'Kolonel Mat': Siapa & konspirasi ke atas Nik Aziz ?

Sudah tentu pengakuan Nik Aziz kepada media mengenai wujudnya watak 'Kolonel Mat' mempunyai moti tersendiri. Selain bermotif untuk 'divert' isu daripada membincangkan isu kronisme anak menantu, ia juga bertujuan meletakkan sasaran baru iaitu 'kolonel Mat' untuk dibahaskan. Seperti taktik Amerika, meletakkan "Osama ben Laden" sebagai target, Tok Guru pula mensasarkan kepada "Kolonel Mat".

Memang Nik Aziz sudah menjangkakan apa yang 'keluar dari mulutnya' akan diberi perhatian. Seperti beliau menulis di blognya mengenai 'dua tiga kerat' pemimpin PAS bermasalah, terus dibahas dan diperdebatkan oleh Dewan Tertinggi PAS, hingga ke larut malam yang membawa kepada berlakunya Seminar Politik PAS baru-baru ini.

Entah mengapa, sentuhan Tok Guru kini hilang bisanya, walaupun berjaya membuka mata pimpinan tertinggi PAS untuk membahaskan isu 'dua tiga kerat pemimpin' bermasalah itu, tetapi 'endingnya' kepada episod itu kurang menarik. EGM tidak dibuat. 'Dua tiga kerat' pemimpin bermasalah tidak dipecat dan PAS mendapat imej negatif hasil bedilan dua orang intelektual yang sebelum ini dikatakan pro PAS.

Adakah ini kebijaksanaan sentuhan Tok Guru yang dianggap Mursyidul Am Parti Islam? Klik di sini

Barangkali episod yang menusuk kalbu Tok Guru dan menggoncang keluarganya itu, rentetan daripada 'penyelesaian' masalah dalaman PAS dengan mencadangkan 'dua tiga kerat' pemimpin PAS. Yang didakwa tidak kena musibah, tetapi yang mendakwa terkena musibah hingga terpaksa menggugurkan menantu kesayangannya dan hampir bergoncang tiang seri rumah Tok Guru sendiri.

Tok Guru pemimpin agama sepatutnya melihat semua itu dari sudut agama dan ketentuan Ilahi.

Siapa 'Kolonel Mat' ?

MSO penulis buku politik yang banyak memfokuskan isu-isu Kelantan membuat kesimpulan, apabila Tok Guru berada diambang saat-saat genting, maka Tok Guru akan memyebut nama musuhnya iaitu 'Kononel Mat'.

"Pun begitu saya yakin ada lembaga lain yang berselindung di sebalik belakang "Kolonel Mat" itu dan mungkin ianya sudah dikenal pasti oleh Nik Aziz. Kerana memahami simbol-simbol yang digunakan Nik Aziz itu, apabila beliau menyebut nama "Kolonel Mat" maka jelaslah bahawa memang ada individu yang berusaha untuk menjatuhkannya. Kalau tidak ada usaha itu mungkin kisah Kolonel Mat ini tidak disebut Nik Aziz sedemikian rupa", tulis MSO. Klik di sini

Kickdefella dalam tulisannya bertajuk 'Kolonel Mat' mengakui watak itu memang wujud.

Tulis Kickdefella:

"Kolonel Mat ialah anak kepada Arwah Abid Razak yang pernah menjadi Dresser di Hospital Besar Kota Bharu. Kolonel Mat sewaktu di sekolah dikenali ramai dengan panggilan 'Aziz Punjab' kerana tubuhnya yang tegap dan ketinggiannya yang mencecah lebih 6 kaki. Beliau pernah menjadi penjaga gol untuk Kelab Suara Muda"

"Kolonel Mat menyertai tentera sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Selepas menerima tauliah perlantikan, Kolonel Mat pulang ke Kelantan mengahwini anak sepupu Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang bernama Tuan Bidah Binti Tuan Long. Waktu itu Nik Aziz dikenali dengan panggilan Ayah Zit oleh saudara mara"

"Tetapi Kolonel Mat yang saya kenali itu telah meninggal dunia pada jam 7.40 petang pada 7 Oktober 2003 di Hospital Pakar Subang Jaya. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keenam-enam anaknya"

"Jenazah Kolonel Mat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Shah Alam. Kapten (B) Syed Ahmad dan saya menurunkan jenazah Arwah ke liang lahat"

"Kolonel Mat yang saya kenali ialah arwah ayah saya" Klik di sini

Bermakna Nik Aziz menyedari 'targetnya' adalah 'Kolonel Mat', MSO pula mengesahkan apabila Nik Aziz diambang kritikal, beliau akan menyebut nama 'kononel Mat', manakala Kickdefella secara jujur mengakui 'kolonel Mat' adalah warisan darah dagingnya, iaitu arwah ayahnya sendiri. Dan Kickdefella adalah pewaris gelaran 'kolonel Mat yang paling dekat.

Adakah ini bermaksud dalang yang berusaha menjatuhkan 'dinasti' Nik Aziz adalah Kickdefella ?

Dinasti Nik Aziz ?

'Dinasti' Nik Aziz merupakan istilah yang dipopularkan oleh Kickdefela. Dalam tulisannya bertajuk " Sudah Terlewat Untuk Nik Aziz Berundur", Kickdefella menulis;

"Pembongkaran penyelewengan Abdul Ariffahmi Abd. Rahman, menantu Nik Abdul Aziz membuka mata masyarakat terhadap pembinaan sebuah dinasti oleh keluarga Tuan Guru yang menjadi tonggak PAS Kelantan. Perlahan-lahan satu persatu mula terselak. Lambat laun maklumat terperinci berhubung Sekolah Darul Anuar, Tanah Wakaf Pulau Melaka dan Stesen Minyak berdekatan akan turut hangat diperkatakan"

"Setelah reda seketika kemelut PMBK, ruang siber mula berbicara pula isu-isu yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandara Raya Islam. Bila terbongkar pula isu-isu ketidakpuasan hati pihak tertentu di dalam MPKB-BRI, sudah pasti ada juga yang akan terpalit kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz menerusi anaknya sendiri, Ustaz Nik Abduh. Di dalam posting terbaharu, Ustaz Nik Abduh segera menyatakan hasratnya untuk berundur daripada MPKB-BRI" Klik di sini

Dalam posting bertajuk " Surat Daripada Nik Amalina Nik Abdul Aziz", Kickdefella menyiarkan tanpa edit tulisan isteri Ariffahmi yang mengkritik pedas Kickdefella sebagai penulis 'mabuk'!

Kedua-dua anak Nik Aziz iaitu Nik Abduh dan Nik Amalina menggunakan hujah Kickdefella sebagai 'pemabuk' atau 'peminum arak' untuk mendiskredit watak Kicdefella.

“Beliau (Syed Azidi/kickdefella) bukan peneguk arak, tetapi serangannya seperti peneguk arak yang bersahaja dalam kemabukan. Menaruh madu di dalam racun dan menitik zam – zam di gelas arak" - tulis Nik Abduh. Klik di sini

"Saya pernah diberitahu dia peminum arak tegar. Hearsay…so, jangan percaya sehingga saya dan anda melihatnya sendiri, ok…? Tapi mabuknya dalam penulisan sungguh menjadi-jadi. Semuanya bagaikan sel-sel otaknya telah rosak teruk jika dia benar-benar seorang peminum. Kesian…Hanya orang yang mabuk juga yang boleh percaya apa yang ditulisnya" - Tulis Nik Amalina. Klik di sini

Walaupun kedua-dua anak Tok Guru tidak menuduh Kickdefella sebagai 'peminum arak', tetapi cara fokus dan kiasan penulisannya menunjukkan kedua-dua mereka amat berminat menggunakan isu arak dan mabuk untuk disinonimkan kepada Kickdefella.

Hanya jauhari mengenal manikam!

Seandainya tulisan Kickdefella tidak benar, kenapa anak beranak Tok Guru terpaksa menjawab tulisan-tulisan Kickdefella ? Kenapa Ariffahmi terpaksa diarahkan melucutkan jawatan sebagai CEO PMBK, sedangkan semasa pelantikannya, Nik Aziz sudah berdepan dengan tuduhan kronisme ? Kenapa Nik Aziz sendiri mensasarkan 'kolonel Mat' (arwah ayah Kickdefella?) sebagai perancang kejatuhan PAS Kelantan ?

Kickdefella masih 'simpan' banyak rahsia, walaupun menulis di pemukaan. Tulisnya tanpa penjelasan, "Lambat laun maklumat terperinci berhubung Sekolah Darul Anuar akan turut diperkatakan"

Betulkan Sekolah Darul Anuar, sekolah Tok Guru di Pulau Melaka, hampir bangrap, walaupun diperkenalkan skim produk "Jus Tok Guru" untuk menampungnya ? Betulkah, pada saat, Tok Guru kesempitan wang untuk menampung Sekolah Darul Anuar, Anwar Ibrahim, ketua de factor PKR menghulurkan sumbangan wang yang banyak kepada sekolah itu, hingga Tok Guru terhutang budi kepada Anwar sampai sekarang ?

Sebenarnya isu dinasti Tok Guru sudah hangat diperkatakan sebelum PRU 12. Pelbagai maklumat disalurkan ke dalam blog melikapakjangak (Ramli Abdul Halim), bekas pekerja Urusetia Penerangan PAS Kelantan yang tidak berpuas hati dengan penyelewengan kem Husam Musa menggunakan permitnya (Wasilah) untuk tujuan propaganda politik.

Bedilan Meli Kapak Jangak, disanggah oleh Kickdefella, penulis yang mewakili Husam Musa. Ketika itu berlaku perang sengit antara Meli Vs Kickdefella. Pengomen telah menyalurkan maklumat mengenai Kickdefella minum arak (hujah yang digunakan semula oleh anak-anak Nik Aziz, kronisme Nik Aziz, dengan meletakkan Nik Abduh di MPKB dan Nik Amalina di PKNIK serta Ariffahmi di PMBK.

Berakhir peperangan itu, apabila blog asal Meli Kapak Jangak telah digodam dan Husam Musa menghantar sepucuk surat peguam untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Meli. Semua arkib blog lama Meli telah musnah keseluruhannya dan Meli terpaksa membina blog baru menggunakan nama yang hampir sama.

Siapa yang bawa 'Kolonel Mat' dalam kubu PAS ?

Semua orang tahu Kickdefella adalah penulis upahan seorang exco kanan bernama Husam Musa. Kickdefella dianggap pendekar berani mati kepada Husam. Sesiapa yang mengkritik Husam, akan diperangi habis-habisan oleh Kickdefella. Perkara ini telah dirasai oleh MSO (Mohd Sayuti Omar) dan Meli Kapak Jangak (Ramli Abdul Halim). Klik di sini

Syed Azidi Syed Abd Aziz Al-Bukhary (atau terkenal dengan nama Sheikh Kickdefella ) adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sri Hartamas, di'beli' oleh Husam Musa dengan harga RM6,000 sebulan (sebelum PRU 12) untuk bekerja kepadanya dengan menggunakan 'senjata siber'.

Seorang pelawat menghantar artikel kepada blog anti-Husam mendedahkan bagaimana Husam menguasai media alternatif untuk mempopularkan dirinya. Husam dikatakan menaja Syarikat Global Media Channel atau ipglobal.tv (syarikat IT) yang terletak di bangunan bersebelahan Jalan Telipot, Kota Bharu. Syarikat projek IT itu menggunakan 30 orang pekerja di bawah seliaan Sheikh Kicdefella dan Hisham.

Syarikat Global Media Channel berperanan menyediakan media tv dan portal berita untuk mengangkat imej Husam kepada pelawat dunia maya.

Husam telah menggunakan pengaruhnya sebagai exco Ekonomi Kelantan untuk mengeluarkan duit PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan) bagi menyengarakan kos operasi syarikat itu. Klik di sini

Nik Amalina ketika menulis membela suaminya turut mengesahkan maklumat ini;

"Pada hemat saya, isu PMBK tercetus hasil dari perselisihan peribadi. Ada seorang kakitangan(Kickdefella?) yang tidak berpuas hati dengan gaji yang ditagihnya untuk menjadi seorang bos di anak syarikat PMBK. Ia bukan masalah luaran yang besar tapi masalah dalaman yang hanya membabitkan seorang kakitangan sahaja. Seorang sahaja! Jawapannya mudah, gaji yang ditagihnya adalah terlalu tinggi, lebih tinggi dari gaji bos PMBK"

"Saya kagum! Tidak sia-sia membiarkan kosong kerusi panas di Darul Digital, kerana jika diisi, skripnya mungkin lebih parah. Sedarlah sahabat semua bahawa Kickdefella itu penipu besar di abad ini"

"Seorang yang digelar Kickdefella berjaya membawa semua watak yang diarahkannya sendiri. Mahu jadi apa? Seorang gila? Kurang siuman? Tiga suku? Katakan saja...Saya tidaklah berminat untuk mengetahui detail tentang dirinya, tapi saya tahu dia bekerja untuk seorang Exco Kerajaan Kelantan"

"Makin hari dia (Kickdeffela) membuat onar demi onar. Dia mula membuat rancangan demi rancangan. Serangannya sering menjadi kerana ia kejahatan yang dirancang rapi. Lebih-lebih lagi dia mempunyai back-up yang kukuh dari seorang ‘bos lain’(Husam?). Makan gaji dengan orang lain(Ariffahmi?), bekerja untuk orang lain(Husam?). Inilah masalahnya!

Seandainya Nik Amalina mensasarkan semua perencanaan itu disebabkan oleh Kickdefella, penulis upahan Husam Musa, adakah ini bermakna Husam merupakan godfather konspirator untuk menjatuhkan Nik Aziz ?

Adakah musuh utama Nik Aziz yang dilabel sebagai 'Kolonel Mat' itu sebenarnya merujuk kepada Husam Musa ?


0 comments:

Post a Comment