Siasat Dr Hassan Ali : Usaha memandulkan suara Parti Islam Selangor

Sekiranya diikut cadangan segelitir pihak dalam Mesyuarat Khas PAS supaya Dr Hassan Ali dipecat dari Pengerusi Pesuruhjaya PAS Selangor dan exco kerajaan negeri Selangor, sudah tentu kepimpinan PAS Selangor hari ini menjadi haru biru. Tetapi dengan kebijaksanaan Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS, beliau mengarahkan agar ditubuhkan satu Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man (anak saudara Nik Aziz) menyiasat bukan sahaja kepada satu individu yang bernama Dr Hassan Ali, malah keseluruhan kepimpinan PAS Selangor, termasuk bekas Timbalan Pesuruhajaya PAS Selangor yang dipecat, Ir Khalid Samad.

Sebenarnya isu Dr Hassan Ali dipertikaikan oleh PKR Selangor sendiri yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim. Beberapa minggu sebelum berlangsungnya Mesyuarat Khas PAS, Khalid Ibrahim dikatakan telah menghantar sepucuk surat kepada Presiden PAS mempertikaikan sikap exco PAS yang bertindak tanpa menghormati semangat Pakatan Rakyat (PR).

"Inilah masalah kami. Kami main bola tetapi tiba-tiba ada antara ahli pasukan kami main ragbi," kata Khalid Ibrahim kepada wartawan Singapura.

Kata-kata Khalid Ibrahim itu ditujukan kepada Dr Hassan Ali yang dilihat tidak sehaluan dengan pendirian kerajaan PR, kombinasi antara PKR, DAP dan PAS.

Anwar Ibrahim sendiri selaku penasihat umum PKR juga turut menyatakan ketidakpuasan hatinya dengan kaedah Dr Hassan yang dianggap sebagai 'pembangkang' dalam kerajaan pembangkang di Selangor. Luahan Anwar itu, tidak dinyatakan di dalam blognya ataupun kepada Presiden PAS, tetapi diluahkan secara tertutup kepada pelajar-pelajar Malaysia semasa Anwar berkampung di Amerika Syarikat selama 10 hari baru-baru ini.

Usaha memandulkan suara Parti Islam ?

Tuan Ibrahim Tuan Man, selaku Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat telah menemui Dr Hassan dan di antara lain 'amaran' Tuan Ibrahim kepada Hassan Ali supaya dia menutup mulut dan tidak lagi membangkitkan isu-isu yang boleh mencetuskan kontroversi antara parti-parti PR!

Cubaan PAS pusat menutup mulut Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga exco kerajaan negeri belum tentu dapat menjamin kestabilan kepimpinan PR di Selangor. Cubaan ini seperti memaksa aktivis-aktivis Parti Islam Selangor 'menutup mata dan mulut' apabila mereka sendiri menyaksikan dengan mata dan kepala mereka penyelewengan demi penyelewengan dilakukan oleh parti-parti rakan komponen terutamanya PKR dan DAP dalam pentadbiran mereka di Selangor.

"Menteri Besar Selangor terlalu memberi ruang kepada DAP dalam melakukan tindakan mereka, tanpa sekatan", luah Dr Hassan Ali dalam satu pertemuan tertutup dengan ahli-ahli PAS Selangor.

Mohd Khairuddin Othman, Setiausaha Badan perhubungan PAS Selangor pula mendedahkan terlalu banyak kepincangan yang dilakukan oleh parti bukan Islam di Selangor yang mengancam survival umat Islam Selangor.

Misalnya isu bantuan kerajaan negeri terhadap sekolah agama di Selangor dibantah keras oleh exco DAP. Mereka (DAP) tidak mahu peruntukan diberikan kepada sekolah agama Islam sahaja, tetapi bantuan yang sama juga harus diberi kepada sekolah-sekolah bukan Islam, termasuk sekolah Cina, Tamil dan Kristian. Akhirnya keputusan mesyuarat berpihak kepada bukan Islam (kerana jumlah mereka ramai dan disokong oleh PKR) iaitu memutuskan bantuan untuk sekolah agama diberi sama rata selaras dengan dasar PR yang mewujudkan keadilan dan sama rata.

Begitu juga dengan bantuan kepada pembinaan masjid, hendaklah di sama rata dengan pembinaan kuil, tokong dan gereja. Jika umat Islam mendapat satu masjid di Selangor, masyarakat Cina, India dan Kristian juga berhak mendapat tokong, kuil dan gereja sesuai dengan kepercayaan mereka.

Keputusan mesyuarat juga memutuskan jika terdapat kuil-kuil Hindu yang dibina secara haram dirobohkan, maka kerajaan negeri wajib menggantikan dengan tapak tanah yang baru, termasuk menggantikan tanah yang dimiliki oleh MAIS (Majlis Agama Islam Selangor)

"Mereka sering bercakap soal kebebasan dan hak asasi tanpa mengira sensitiviti agama Islam", luah Dr Hassan lagi, dalam pertemuan baru-baru ini.

Difahamkan penguatkuasaan enakmen Islam yang dicadangkan oleh Dr Hassan Ali ditentang sepenuhnya oleh wakil-wakil DAP dan sesetengah wakil PKR. Enakmen itu yang berkaitan dengan tangkapan khalwat, zina, bercumbu-cumbuan, orang minum arak yang melibatkan umat Islam, ditentang sepenuhnya oleh DAP yang dianggap berlawanan dengan konsep hak asasi dan kebebasan.

"Itu enakmen warisan kolot UMNO! Sekarang ni pentadbiran PR. Jangan nak sambung lidah UMNO dalam kerajaan negeri!", tempelak wakil DAP.

Seorang blogger muda pro Erogan, Zainurfaqar Yaakub, mendedahkan di dalam blognya, sebahagian intipati ucapan Dr Hassan Ali semasa bertemu dengan ahli-ahli PAS Selangor.

"Beliau (Dr Hassan) menceritakan terdapat cadangan daripada exco DAP untuk membuat IT International Zone (kalau tidak silap) iaitu salah satu fungsinya adalah tempat untuk hiburan bertaraf antarabangasa seperti hiburan 24 jam, kelab malam 10mlm-4pg, kedai arak etc. Cadangan tenpat adalah di Puchong dan Shah Alam. Hassan berhujah dalam meting exco bahawa armarhum Sultan sudah menitahkan Shah Alam dilarang dibuat perkara-perkara seperti itu". Klik di sini

Sebenarnya pendedahan blogger pro Erdogan itu tidak mengejutkan kerana terdapat lagi pendedahan-pendedahan yang lebih ekselusif yang dibuat oleh Dr Hassan Ali yang tidak pernah didedahkan oleh mana-mana blog.

Kalau anda mendengar sendiri dari mulut aktivis-aktivis Parti Islam Selangor yang terlibat secara langsung dalam pentadbiran kerajaan negeri, anda pasti akan membuat kesimpulan bahawa umat Islam Selangor akan hancur dikerjakan sepenuhnya oleh DAP dan PKR yang berpegang kepada konsep sama rata, keadilan, kebabasan dan hak asasi.

Demi Allah, umat Islam Selangor bakal hancur, jika suara-suara dua tiga kerat Parti Islam dimandulkan!





0 comments:

Post a Comment