JAIS tahan bekas mufti, konspirasi Anwar malukan Dr Asri ?

Kenapa ketika ini baru timbul soal Wahabi, hingga JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) menahan Dr Asri Zainal Abidin, Bekas Mufti Perlis, 12.10 tengah malam (Ahad, setelah selesai menyampaikan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ?

Kenapa sekarang baru timbul soal wahabi, sedangkan Dr Asri jugalah orang yang pernah berdebat dengan Astora Jabat dan pernah menjadi mufti Perlis satu ketika dulu ?

Apakah semua ini konspirasi yang ada kaitan dengan tawaran Najib mahu melantik Dr Asri sebagai Yang Dipertua YADIM (Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia) ?

Konspirasi ini nampaknya begitu tersusun, bermula dengan penghantaran memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, pada 12 Oktober 2009, membantah pelantikan Dr Asri sebagai Yang Dipertua YADIM yang baru, kemudian disusuli dengan penangkapan JAIS.

Siapa dalang di sebalik Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)yang menghantar memorandum itu ?

Melihat NGO-NGO yang menyokong memorandum PGSM seperti Pertubuhan Muafakat Masyarakat Sejahtera (MUAFAKAT), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah malaysia (JIM, dan Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) seolah-olah kita sudah menjejaki motif sebenar Dr Asri perlu dimalukan.

JAIS adalah di bawah bidangkuasa kerajaan Selangor. Semua itu akan membawa ke destinasi sebenar kenapa Dr Asri perlu ditangkap.

Orang yang pertama menggesa Anwar bersumpah untuk membersihkan isu liwatnya adalah Dr Asri.

"Dah lama, kita tunggu Anwar bersumpah ni, (sejak dari tahun 1998 lagi)", cabar Dr Asri kepada Anwar.

Cabaran Dr Asri yang ketika itu Mutfi Perlis menyebabkan Anwar kehabisan peluru untuk membidas balik hujah Dr Asri itu.

Semasa Anwar dan Kamar Anoniah (peguam Anwar/ABIM) membawa kes liwat ke mahkamah syariah, wartawan masih bertanya tentang cabaran bersumpah Dr Asri.

"Bagaimana komen datuk, berkenaan cabaran Mufti Perlis supaya bersumpah?", soal wartawan.

"er..er.. Saya dah telefon dr Asri..dia tak tuju kepada saya..itu kenyataan umum", jawab Anwar dengan nada marah.

Anwar tidak senang dan akan marah apabila ada pihak terutamanya dari badan berautoriti agama mempersoalkan tentang keengganannya bersumpah.

Sumpah seperti menjadi fobia yang amat ditakuti oleh Anwar.

Anwar pernah menyeranah wartawan Agendadaily dengan muka yang bengis ketika bertanyakan persoalan sumpah.

"Anda dari mana ?", soal Anwar.

"Dari Agendadaily?", jawab wartawan itu.

" Oh...Apa motif saudara bertanyakan soalan itu. Motif politik atau apa?" soal Anwar balas dengan nada yang tinggi.

Pada sebelah malamnya, semasa Anwar berceramah di Stadium Melawati, Anwar ternyata cukup terganggu dengan soalan wartawan itu. Anwar memperlekehkan wartawan itu di dalam ceramahnya.

"Tadi wartawan kecil upahan UMNO, gesa saya supaya bersumpah, tapi saya tahan dulu kerana ulama halang saya bersumpah", kata Anwar yang tidak menggunakan perhimpunan itu untuk bersumpah bagi membersihkan dirinya.

Dalam ceramah Dr Asri, hakikatnya cabaran itu ditujukan khusus kepada Anwar dan Saiful, walaupun tidak menyebut nama, tetapi maksudnya amat jelas kepada sesiapa yang mendengarnya.

Benarkah Anwar sendiri menelefon Dr Asri bertanyakan soal sumpah itu ? wallahualam. Tetapi sebelum-sebelum ini, banyak kata-kata Anwar disulami dengan pembohongan untuk menyelamatkan diri.

"Come on la..apa susah sangat bersumpah..sebut wallahi wabillahi wattalahi, saya tidak meliwat budak tu, habis cerita", cabar Dr Asri dalam salah satu ceramahnya.

Apakah semua ini satu perancangan Anwar untuk memalukan Dr Asri, setelah bekas mufti Perlis itu bercakap benar, menyerunya supaya bersumpah ?

Bagaimana Anwar telah memperlakukan kepada musuh-musuh politiknya, Dr Mahathir yang digelarnya "firauan" dan Najib yang digelarnya "Altantuya" dalam setiap kali ceramah-ceramahnya, begitulah juga Anwar memalukan Rahim Tambi Chik, Ibrahim Ali, Aziz Shamsuddin dan ramai lagi. Begitulah Anwar penuh dengan hasad dengki dan dendam kasumat ke atas musuh-musuh yang mendedahkan perkara sebenar.

Apatah lagi dengan Dr Asri yang menjadikan Dr Matahthir sebagai sumber rujukan dan dikatakan pada awalnya menerima tawaran Najib sebagai Yang Dipertua YADIM yang baru..

Apakah ini semua tidak menguggat kredibiliti Anwar ? Dalam minda kotor Anwar, sesiapa yang berkawan dengan Dr Mahathir dan Najib adalah musuh politiknya..

Orang itu harus diperangi habis-habisan. Mulutnya perlu ditutup, dirinya perlu dimalukan, agar apa yang dicabar selepas ini sudah kehilangan bisanya.

JAIS telah menahan Dr Asri malam ini. Nampaknya Dr Badrul Amin, penyokong totok Anwar yang banyak memaki hamun Dr Asri dan Datuk Haronsani boleh tidur lena, kerana salah satu daripada cita-citanya sudah tercapai.




0 comments:

Post a Comment