Kader-kader Anwar diperkemaskan semula!Pusingan pertama Anwar menguasai Parti Islam gagal apabila proksinya Husam Musa tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS. Husam yang menjadi kuda hitam Anwar Ibrahim tewas teruk dalam pertarungan itu, meskipun membawa slogan besar, 'Menjana Perubahan', membawa Parti Islam menjadi parti alternatif Melayu. Tetapi slogan itu tidak bersambut, perwakilan Parti Islam tetap memilih Nasharuddin Mat Isa yang mewakili kem ulama. Namun meskipun kalah, Husam tetap memberi amaran kepada Nasharuddin dan Haji Hadi Awang, bahawa 'orang-orangnya' dalam barisan kepimpinan baru, terutamanya Naib-Naib Presiden Parti Islam akan terus memerhati gerak geri Presiden dan Timbalan Presiden yang didakwa cenderung bekerjasama dengan UMNO. Meskipun Anwar tidak mempunyai 'tangan rasmi' dalam PAS selepas kekalahan Husam, tetapi bukan bermakna pengaruh Anwar dalam PAS telah terputus. Kini Anwar menukar strategi lain, dengan menggunakan tokoh-tokoh intelektual, di luar PAS pula untuk mempengaruhi Parti Islam. Sebaik sahaja, Parti Islam tewas di Bagan Pinang, Anwar membisikkan kritikannya ke telinga Dr Aziz Bari, pensyarah yang pernah dinobatkan sebagai pakar undang-undang oleh organ tabloid Harakah. Dr Aziz Bari menyahut seruan itu dan menulis di media mengkritik kelemahan punca kekalahan PAS di Bagan Pinang disebabkan dua tiga kerat pimpinan yang bermasalah. Dua tiga kerat yang dimaksudkan itu adalah Hadi Awang (Presiden), Mustafa Ali (Setiausaha Agung), Nasharuddin Mat Isa (Timbalan) dan Dr Hassan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor). Kemudian disambut oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dengan menulis di blognya agar Parti Islam segera mengadakan EGM untuk memecat dua tiga kerat pemimpin bermasalah seperti yang disebut oleh Dr Aziz Bari. Maka bermesyuaratlah pimpinan Parti Islam hingga ke pagi dengan membuat beberapa ketetapan diantaranya, EGM ditolak dan diganti dengan Seminar Politik. Seluruh pimpinan PAS Selangor telah diarah untuk disiasat. Pada hari seminar, Dr Aziz Bari sekali lagi dipanggil berucap. Sebelum itu Dr Aziz Bari sudah tahu, dia agak malu alah untuk mengkritik secara terang-terangan kepada perwakilan Parti Islam, lalu digunakan medium Malaysiakini, sehari sebelum seminar untuk mengkritik secara keras dan mendesak secara terbuka agar Hadi Awang, Presiden PAS meletakkan jawatan. Sekali lagi cubaan proksi Anwar, Dr Aziz Bari menemui kegagalan, apabila perwakilan tidak menyahut seruannya itu. Namun, Anwar sudah berbangga dengan prestasi cubaan kedua ini, kerana berjaya mengkucar kacirkan perpaduan sesama ahli Parti Islam. Sekarang Anwar boleh berbangga, kalau ada dakwaan mengatakan PKR lemah dan sentiasa kaau bilau, Anwar secara sinis akan bertanya, bagaimana dengan Parti Islam ? Ir Khalid Samad, bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor yang terang-terangan masuk berucap di gereja Shah Alam dan memperjuangkan kalimah Allah kepada penganut Kristian, tidak pula dianggap pemimpin bermasalah. Begitu juga dengan Ir Nizar Jamaluddin yang menjadi puppet DAP di Perak serta mengadai tanah rezab Melayu di Perak kepada cina-cina DAP pun tidak pula dianggap bermasalah. Ironinya, Nasharuddin Mat Isa dan Dr Hassan Ali dianggap proksi UMNO walaupun tiada bukti yang mampu menjustifikasinya, tetapi Nizar tidak pula dikritik walaupun bekas Menteri Besar PAS Perak itu lebih DAP daripada Ngeh dan Nga. Hari ini, semua dakwaan proksi-proksi Anwar yang memainkan peranan dalam Parti Islam ternyata benar, apabila badan pemikir Anwar, IKD menghimpunkan semua proksi-proksi mereka dalam Simposium National 2009, di Pearl International Hotel, Kuala Lumpur. Sekali lagi proksi-proksi Anwar dijemput hadir untuk memperkemaskan kuda-kuda mereka untuk perancangan yang seterusnya. Simposium National 2009 anjuran badan pemikir Anwar, di Kuala Lumpur itu laksana pertemuan rahsia Zionis Amerika seperti CFR dan Bilderberg Group. Siapa yang hadir dalam pertemuan itu. Tidak lain tidak bukan, Anwar Ibrahim, Husam Musa dan Dr Aziz Bari.. Sudah tentu sekali lagi di belakang IKD adalah yayasan Kristian Jerman, Konrad Adenuer Stiftung yang tidak pernah berputus asa untuk menubuhkan IFC di Malaysia!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ARKIB BLOG
TENTANG SAYA
LANGSUNG DARI AnwarDotComDARI ANWAR IBRAHIM BLOGLINK BLOG & WEBANDA PENGUNJUNG KE |
0 comments:
Post a Comment