Dr Asri hanya mangsa konspirasi pembersihan kumpulan anti Anwar di Selangor

Di tengah-tengah isu kemelut kepimpinan PAS Selangor, tiba-tiba isu Dr Asri meletup. Seakan ada usaha untuk menutup isu pembersihan kumpulan anti Anwar di Selangor dengan meletupkan satu isu lain yang bakal mengegarkan negara dengan menahan Dr Asri di di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, Ahad lalu.

JAIS adalah di bawah kerajaan Selangor. MB Selangor pula dipimpin oleh fraksi dari PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim yang berketuakan Anwar Ibrahim. Dan MB meletakkan bidang kuasa JAIS di bawah Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, yang berketuakan Dr Hassan Ali, dari PAS.

Ketika Dr Asri ditahan JAIS pada malam Ahad lalu, tiada siapa tahu siapa yang mengarahkan penahanan itu ? Dr Hassan Ali yang menjadi exco yang menjaga JAIS, terpinga-pinga, tidak tahu menahu. Jadi kerja siapa ? Kerja 'orang nombor satu kerajaan Selangor' yang mendapat arahan dari ketua umum PKR ?

Beberapa hari sebelum itu, PAS Pusat telah mengadakan mesyuara khas untuk membincangkan 'dua tiga kerat pemimpin PAS' yang bermasalah. Keputusan daripada mesyuarat khas itu satu jawatankuasa disiplin dibentuk dengan diketuai Tuan Ibrahim Tuan Man (anak saudara Nik Aziz) menyiasat kepimpinan PAS Selangor yang diketuai oleh Dr Hassan Ali.

Tetapi dengan meletupnya isu penahanan Dr Asri oleh JAIS telah melenyapkan isu siasatan ke atas PAS Selangor, kerana semua tumpuan media difokuskan kepada sebab dan tangan hitam yang menahan bekas mufti Perlis itu.

1. Kenapa semasa malam Dr Asri ditahan, YB Saari Sungip (ADUN PAS Hulu Klang) dan YB Zuraidah Kamaruddin (Ahli Parlimen PKR Ampang) turut sama berada dalam ceramah Dr Asri di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ?

2. Adakah kehadiran kedua-dua YB ini telah dirancang dari awal dan adakah kedua-dua YB ini sememangnya 'diarahkan' untuk turut serta dalam ceramah Dr Asri di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ?

3. Terdapat kontradiksi tentang pendirian JIM terhadap Dr Asri. JIM seperti yang dilaporkan turut sama-sama menyokong Persatuan Peguam Syarie Malaysia(PGSM)dalam memorandum kepada Yang Dipertuan Agong. PGSM dan JIM menuduh Dr Asri amat bahaya kerana mengamalkan wahabi. Tetapi yang hadir mendengar ceramah Dr Asri pada malam kejadian itu adalah kedua YB yang berlatarbelakangkan JIM, iaitu YB Saari Sungip, bekas Yang Dipertua JIM dan YB Zuraidah Kamaruddin, bekas aktivis wanita JIM. Jadi apa pendirian sebenar JIM terhadap Dr Asri ?

4. YB Zuraidah memang totok penyokong Anwar Ibrahim. Sesuai dengan jawatannya sebagai Ketua Wanita PKR. Bagaimana pula dengan Saari Sungip. Dahulu merupakan bekas Ahli Majlis tertinggi Keadilan, penyokong totok Anwar. Pernah ditahan ISA kerana menjadi perancang utama perhimpunan 100,000 rakyat di jalanan untuk menyokong Anwar. Kononnya menyertai PAS kerana tidak setuju dengan Anwar, tetapi hingga kini dia tidak menyatakan sebab musabah, dia anti Anwar, sejak berada dalam PAS.

5. Seandainya Saari benar-benar anti Anwar, kenapa pula semasa berada dalam PAS, dia pula bertelagah dengan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hassan Ali yang sememangnya diketetahui seorang ketua anti Anwar di Selangor ?

6. Zainurfaqar, seorang penulis muda pro Erdogan menulis di blognya berdasarkan pengalamannya mendengar ceramah penjelasan Dr Hassan Ali, sebab utama Saari Sungip dipecat daripada menjadi Ketua Penerangan PAS Selangor kerana pendirian politik Saari yang terlalu liberal (pro Anwar) sama seperti Khalid Samad, YB PAS Shah Alam. Jadi benarkah Saari anti Anwar atau trojen horse yang dihantar Anwar ke dalam PAS yang menyamar sebagai anti Anwar ?

7. Dr Hassan Ali yang menjadi exco yang sepatutnya menjaga JAIS, mendakwa dirinya tidak tahu menahu tentang penangkapan Dr Asri, sedangkan YB Saari Sungip (orang yang menjadi musuh politik Dr Hassan-kerana Dr Hassan pecat Saari sebagai ketua penerangan PAS Selangor) tahu segala-galanya tentang kejadian pada malam penahanan itu.

8. Adakah penahanan Dr Asri adalah usaha untuk mempercepatkan pemecatan Dr Hassan Ali yang dilakukan oleh 'tangan-tangan hitam' tanpa pengetahuan Dr Hassan Ali ?

Walaupun isu penahanan Dr Asri berjaya menenggelamkan kemelut PAS Selangor, namun blog-blog pro Erdogan sedang berkempen kencang untuk memecat Dr Hassan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor sekaligus memecat sebagai exco Selangor.

Kalau Dr Hassan dipecat, siapa penggantinya sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor ? YB Khalid Samad ? Siapa pula pengganti exco PAS untuk Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor ? YB Saari Sungip ?

Persoalan yang lebih besar, adakah pembersihan dan pemecatan Dr Hassan Ali sebagai pesuruhjaya PAS dan exo Selangor seperti yang dicadangkan oleh pemikir Anwar, Dr Aziz Bari boleh menyelesaikan krisis kepimpinan Selangor ?

Anwar dan Dr Aziz Bari mungkin gembira sekiranya Dr Hassan dipecat, kerana tiada lagi suara-suara lantang mempertikaikan penyelewengan DAP dan PKR di Selangor. Mengkritik MB Selangor, kritik tindakan biadap DAP di Selangor, seumpama mengkritik Anwar Ibrahim, kerana Selangor adalah di bawah PKR yang berketuakan Anwar, manakala DAP pula rakan kongsi yang paling disayangi Anwar sebagai ketua PR.

Tetapi adakah dengan pemecatan Dr Hassan yang semata-mata untuk memuaskan hati seorang individu yang bernama Anwar Ibrahim merupakan langkah terbaik untuk mengukuhkan kerajaan PR di Selangor atau langkah yang mempercepatkan keruntuhan kerajaan PR itu.

Seandainya diikut teori Anwar, sejarah telah mengajar satu kejadian keruntuhan kerajaan PR di Perak. Anwar menggunakan teori 'membeli' ADUN BN bernama Nasharuddin Hasyim (ADUN Bota). Ahli-ahli PR keseronokan dengan kebijaksanaan skil politik Anwar itu hingga mampu memancing ADUN BN melompat ke dalam kolam PKR. Selepas dua hari meraikan keseronokan, tiba-tiba dengan sekelip mata, kerajaan PR Perak runtuh, apabila tiga orang ADUN PR pula melompat menjadi calon bebas dan menyokong BN.

Jadi di manakah kebijaksanaan skill politik manusia bernama Anwar Ibrahim menjadi menjadi ketua PR ?

Nampaknya kes di Selangor juga menjurus ke arah itu. Bezanya tangan-tangan Anwar tidak munul secara terang-terangan, dia berselindung di sebalik wajah orang lain. Bermula dengan Aziz Bari, kemudian disambut oleh Nik Aziz, kemudian bergerakkan seluruh missionari geng Erdogan untuk mencantas kepimpinan Dr Hassan Ali.

Sampai bila geng Erdogan mahu menjadi gundik, pemuas nafsu Anwar ?



0 comments:

Post a Comment