Antara saman Nalla dan Dr Chandra Muzafar

1 comments

Dato Nallakarupan dan Dr Chandra Muzafar adalah bekas orang kuat Anwar. Kedua-duanya sangat kenal Anwar dan pernah menjadi penyokong paling setia hingga 'sanggup mati' untuk Anwar. Tetapi, pada penghujung karier, apabila tidak mempercayai lagi Anwar, kedua-dua telah disaman oleh bekas tokoh yang disanjung satu ketika dahulu.

Nalla merupakan kawan Anwar lebih 30 tahun. Bekas Pengarah Perhubungan Awam syarikat judi Magnum Berhad yang dilantik oleh Datuk T.K. Lim, pemilik syarikat judi. Tujuan pelantikan Nalla di Magnum Berhad untuk mendekatkan hubungan Magnum dengan Anwar Ibrahim yang menjawat jawatan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu.

Pada 1998, Nalla ditangkap setelah memiliki 125 butir peluru hidup jenis Fiocchi 6.35 mm, 150 butir peluru 38 special, 96 butir peluru 12 bore dan sepucuk pistol jenis 38 Smith & Wesson yang disimpan di rumahnya di Bukit Tunku, sejak 1986 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Selain peluru dan senjata api turut dijumpai beberapa dokumen rahsia dari Anwar Ibrahim di rumah Nalla. Antaranya; Surat asal daripada syarikat awam yang disenaraikan di papan pertama Bursa Saham, Kuala Lumpur, surat asal peribadi yang ditulis tangan oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, lima surat-surat asal daripada syarikat awam yang disenaraikan di papan pertama Bursa Saham Kuala Lumpur, yang dialamatkan kepada Kementerian Kewangan memohon projek-projek Kerajaan, surat terkelas daripada Pegawai Kementerian Kewangan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan wang tunai bercampur-campur yang dijumpai dalam mata wang Pound Sterling, US Dollar, Singapore Dollar dan Ringgit Malaysia berjumlah lebih kurang RM 2 juta.

Dengan terjumpanya dokumen-dokumen rahsia itu di rumah Nalla membuktikan bahawa hubungan Nalla dengan Anwar sangat rapat hinggakan surat-surat rahsia yang sepatutnya disimpan di Kementerian Kewangan boleh disimpan di rumah Nalla.

Pihak polis yang melakukan pemeriksaan di rumah Nalla diketuai oleh Musa Hassan, Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (sekarang ketua polis negara), pada 31 Ogos 98 jam 4.30 petang. Sebab itu Anwar berdendam dengan Musa Hassan sampai sekarang.

Dato Nalla pada 23 Jan 1999 telah memberikan pernyataan beramaran secara sukarela kepada polis dan mendedahkan bahawa dia pernah beberapa kali membawa Shamsidar Mohd Tahrin (isteri Azmin Ali) ke Tivoli Villa dan Anwar telah diberikan anak kunci unit pangsapuri milik Datuk T.K.Lim (pemilik Magnum) untuk kegunaannya.

Kes penglibatan Shamsidar Tahrin dilaporkan oleh adik beradik Azmin Ali, iaitu Ummi Hafilda yang mengekori pergerakan kakak iparnya. Blog x-pkr merumuskan kemarahan adik beradik keluarga Ali kepada Azmin kerana Shamsidar diberi layanan istimewa oleh Anwar dan banyak kontrak diberikan kepada penama itu. Klik di sini

Bermula dari hubungan Anwar dan Shamsidar yang dimainkan peranan oleh Dato Nalla, peranan anak-anak keluarga Ali diketuai oleh Ummi Hafilda menyebabkan karier Anwar sebagai Menteri Kewangan dan TPM hancur dan akhirnya Anwar terpaksa merengkok dalam penjara selama 6 tahun.

Sekarang hubungan Anwar dan Dato Nalla pula tegang. Dato Nalla semasa kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, tahun lepas mendakwa bekas sahabat baiknya,Anwar Ibrahim, pernah menerima wang sebanyak RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian iaitu Magnum Corporation Bhd.

Kata Nalla, "Anwar mengambil wang sebanyak itu daripada tangan saya sendiri. Saya tidak tahu apa dia buat dengan wang itu"

Ekoran daripada kenyataan itu, Anwar telah menyaman ke atas Nalla.

Nalla menyambut baik saman saman daripada Anwar itu. Bahkan dia sangat gembira kerana dapat bertemu Anwar di mahkamah.

“Ini adalah hari paling gembira buat saya kerana pada akhirnya saya akan dapat jumpa Anwar di mahkamah. Nanti di mahkamah saya akan dedah dan buktikan semuanya mengenai wang RM60 juta itu, kata Nalla.

“Saya juga akan dedahkan mengenai lima pita rakaman yang saya simpan di luar negara mengenai Anwar”, katanya lagi. Klik di sini

Namun harapan Nalla untuk bertemu Anwar di mahkamah mungkin hanya tinggal harapan kerana peguam Anwar, SN Nair telah mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi, 29 Ogos lalu untuk menggugurkan kes jika Nalla tidak berjaya mengemukakan bukti dalam masa 14 hari mulai daripada tarikh tersebut.

Untuk pemahaman kes Anwar vs Nalla, klik di sini

Dr Chandra Muzaffar

Berbeza dengan Nalla, Dr Chandra merupakan pegikut Anwar dari segi prinsip perjuangan. Persamaan Anwar dan Dr Chandra adalah kedua-duanya meminati 'politik Islam' dan 'politik Amerika Syarikat'.

Menurut pengakuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid, pada 26 Oktober 1999, Anwar Ibrahim mengawal sebanyak 20 Akaun Induk (Master Accounts) yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion. Salah seorang kroni Anwar yang disalurkan wang adalah Dr Chandra Muzafar melalui badannya ALIRAN. Klik di sini

Pada tahun 1998, setelah Anwar dipecat UMNO, Dr Chandara bersama-sama Ezam Mohd Nor dan Wan Azizah menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial(ADIL) sebuah NGO untuk membela Anwar. Wan Azizah menjadi Presiden NGO ADIL, manakala Dr Chandra memegang jawatan Naib Presiden ADIL. Klik di sini

Pada 4 April 1999, NGO ADIL dibubarkan dan diganti dengan sebuah parti baru yang dinamakan Parti keadilan Nasional (KEADILAN). Wan Azizah menjadi Presiden dan Dr Chandra menjadi Timbalan Presiden parti Keadilan.

Begitulah hubungan intim Dr Chandra bersama Anwar. Namun setelah tiga tahun Parti Keadilan ditubuhkan, Dr Chandra mengambil keputusan untuk menarik balik sokongan kepada Anwar sekaligus keluar daripada Keadilan pada Disember 2001. Bukan setakat Dr Chandra yang keluar Keadilan, bahkan Naib Presiden Keadilan, Zainur Zakaria (bekas peguambela Anwar) turut berbuat demikian. Klik di sini

Agak lama Dr Chandra berdiam diri tidak menyatakan sebab beliau keluar dari parti Keadilan.


Namun pada 5 Mac 2008, Dr Chandra memberi sebabnya kenapa dia keluar dari Keadilan dan tidak lagi menyokong Anwar :

Kata Dr Chandra, "dia (Anwar) menjalinkan hubungan intim dengan golongan tertentu di Amerika Syarikat (AS). Rakyat Malaysia tahu tentang dasar luar AS yang begitu agresif mahu menguasai dunia seperti di Asia Barat. AS mahu kekal berkuasa ke atas laluan strategik di rantau itu. Anwar juga begitu akrab dengan golongan tertentu di AS, antaranya dengan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan yang juga bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz yang merupakan antara perancang utama Perang Iraq"


"Anwar juga menjadi Pengerusi Yayasan Untuk Masa Depan (Foundation For The Future) yang ditubuhkan dan dilancarkan oleh pentadbiran Amerika Syarikat yang kononnya untuk memperkenalkan demokrasi di Asia Barat.Yayasan itu ditubuhkan oleh kuasa tertentu untuk kepentingan mereka. Anwar terlibat dalam usaha ini. Dia mendapat sokongan media Barat dan pemimpin tertentu di Barat". katanya lagi.

Ketika ditanya wartawan Utusan, Apakah pembabitan Anwar dengan Barat ini yang menyebabkan dia menarik diri daripada PKR?, Dr Chandra menjawab; YA.


Katanya; "Memang benar. Inilah yang menjadi faktor saya tarik diri pada Disember 2001. Saya lihat faktor ini melemahkan PKR dan mungkin menyebabkan komplikasi serius terhadap Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat. Hubungan Anwar dengan Amerika Syarikat dan Barat boleh membahayakan kedaulatan kita. Jika hubungan seperti itu wujud, bagaimana dia boleh memimpin untuk kepentingan negara ini?"


"Secara umumnya, orang begini kalau memimpin negara, dia akan melemahkan kerajaan dan negara. Sebab itulah selama dua tahun dalam PKR, saya tidak tunduk kepada kehendak Anwar kerana pendiriannya tidak konsisten dan tidak berterus terang.Sekiranya Anwar dapat menjadi Perdana Menteri, dia tidak akan memberi manfaat kepada rakyat dan negara. Malah, seperti yang saya katakan, dia akan berkompromi dengan golongan tertentu di Amerika Syarikat dalam soal kedaulatan dan kemerdekaan negara", katanya lagi. Klik di sini

Sebelum itu pada 3 Mac 2008, Dr Chandra mengemukakan pendapat yang sama dalam forum anjuran Star Publication Berhad di Menara Star di Petaling Jaya. Kenyataan Dr Chandra itu diterbitkan oleh The Star dan New Straits Times pada 5 Mac 2008.

Anwar marah dengan kenyataan Dr Chandra itu dan menyamannya dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta. Klik di sini


Namun kes saman ke atas Dr Chandra berkesudahan hampir sama dengan Nalla. Anwar sengaja melengah-lengahkan kes dan mencari pelbagai alasan untuk memastikan kes itu dapat digugurkan. Peguam Anwar telah mengemukakan pra perbicaraan kepada Dr Chandra dengan perkara remeh temeh, termasuk meminta Dr Chandra menjawab soalan-soalan yang dikemukakan Anwar terlebih dahulu, sebelum kes itu dibicarakan. Klik di sini

Inilah Anwar, nampak hebat, menyaman orang lain, jika sesuatu perkara itu dianggap mengancam karier politiknya, tetapi dalam masa yang sama berusaha menggugurkan kes, kerana diketahui jika diteruskan kes itu di mahkamah akan terus memudaratkan reputasi politiknya.

Itulah Anwar, orang-orang yang pernah menjadi penyokong setianya satu ketika dahulu, akhirnya menjadi musuh politiknya, dan bekas orang-orangnya inilah yang akhirnya mendedahkan siapakah sebenarnya Anwar

Read On

Apabila Anwar mahu gugurkan saman Nalla..

0 comments

Sesuatu yang pelik apabila Peguam Anwar, SN Nair "mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi meminta bekas ahli PKR, Datuk K S Nallakarupan mengemukakan bukti berhubung dakwaan beliau bahawa Anwar menerima 60 juta dari Magnum Corporation Bhd, jika Nalla gagal mengemukakan bukti dalam tempoh 14 hari, maka pihak Anwar akan mendesak untuk menggugurkan kes"

Mahkamah Tinggi, 29 Ogos telah menerima permintaan Anwar dan meminta Dato Nalla mengemukakan bukti dalam masa 14 hari, jika tidak dapat mengemukakan bukti bermakna kes itu akan digugurkan. Klik di sini

Di mana peliknya ? Kes ini membabitkan Anwar saman bekas rakan baiknya, Dato Nalla, bukannya Dato Nalla saman rakan baiknya Anwar. Sepatutnya, jika Anwar saman Nalla, maka Anwar perlu menerusnya prosiding ini serta menuntut ganti rugi malu, bukannya menuntut agar kes ini digugurkan. Nampak seperti Anwar mahu mengertak Nalla di mahkamah, setelah proses mahkamah berjalan, ada usaha Anwar untuk menggunakan mahkamah semula untuk menggugurkan kes yang dibuatnya sendiri.

Sebelum ini, sudah ada cakap-cakap di belakang tabir, Anwar sentiasa menelefon Nalla untuk berunding di luar mahkamah agar kes ini ditutup. Anwar dikatakan berusaha mendekati semula Nalla dan berunding agar kes ini tidak diperbesarkan. Anwar akui kesilapannya menyaman Nalla dan bersedia menarik balik kes ini bila-bila masa jika Nalla bersedia berunding.

Sebenarnya cerita Anwar mahu menarik balik saman ke atas Nalla sudah berlegar di kalangan inner circle PKR sejak Januari 2009. Mereka menyebut, Anwar bakal menarik diri daripada kes saman itu, jika diteruskan tidak menguntungkan Anwar kerana banyak perkara negatif yang akan merosakkan reputasi Anwar sebagai ahli politik akan terbongkar.

Adakah permohonan peguam Anwar dan keputusan Mahkamah Tinggi dua hari lepas adalah sebahagian daripada konpirasi Anwar ?

Latar belakang kes

Semasa kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, Nala mendakwa bekas sahabat baiknya,Anwar Ibrahim, pernah menerima wang sebanyak RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian iaitu Magnum Corporation Bhd.

Kata Nalla, "Anwar mengambil wang sebanyak itu daripada tangan saya sendiri. Saya tidak tahu apa dia buat dengan wang itu, tetapi dia memutar kata-kata menuduh saya yang ambil wang itu,"

Nalla yang merupakan Pengarah Perhubungan Awam Magnum turut memaklumkan semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri meluluskan banyak lesen perjudian untuk kedai empat nombor ekor.

"Saya sudah buat salah dulu, saya mahu minta maaf kerana mengikut Anwar dahulu. Selepas main tenis saya tahu mana dia pergi, sebab itu saya tidak terkejut" katanya. Klik di sini

Dalam ceramah itu, bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor dan bekas sahabat baik Anwar, Nalla membuat dakwaan bahawa Anwar pernah melakukan penyelewengan serius semasa menjadi Menteri Kewangan.

Ezam mendakwa Anwar pernah memberikan projek bernilai RM15 bilion kepada 15 rakannya dengan setiap seorang menerima RM1 bilion manakala Nallakarupan pula mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah menerima wang sebanyak RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian, Magnum Corporation Bhd.

Dakwaan daripada kedua-dua bekas orang kuat Anwar ini mengejutkan ramai pihak. Ibrahim Ali, bekas kawan baik Anwar turut terkejut dengan dakwaan itu dan mencadangkan agar mereka berdua membuat laporan polis dan BPR untuk mengesahkan tuduhan itu benar. Klik di sini

Difahamkan ekoran pendedahan itu, BPR telah mengambil keterangan daripada Nalla. Klik di sini

Nalla menyambut baik saman saman daripada Anwar itu. Bahkan dia sangat gembira kerana dapat bertemu Anwar di mahkamah.

“Ini adalah hari paling gembira buat saya kerana pada akhirnya saya akan dapat jumpa Anwar di mahkamah. Nanti di mahkamah saya akan dedah dan buktikan semuanya mengenai wang RM60 juta itu, kata Nalla.

“Saya juga akan dedahkan mengenai lima pita rakaman yang saya simpan di luar negara mengenai Anwar”, katanya lagi. Klik di sini

Menurut pendedahan orang yang pernah rapat dengan Anwar, ketika menjadi Menteri kewangan, Anwar memang rapat dengan taukeh-taukeh judi. Antaranya Datuk T.K. Lim, pemilik Magnum Berhad. Melalui perantara Nalla, T.K Lim melantik Nalla sebagai Pengarah Magnum Berhad, supaya hubungannya sentiasa rapat dengan Anwar.

Menurut sumber Magnum Berhad ketika itu, Anwar dianggap RAJA atau dipanggil KING di Magnum. Beliau boleh meminta atau mengarah apa saja di Magnum, kemahuannya pasti dipenuhi!

Semasa menjadi Menteri Kewangan juga, Anwar amat rapat dengan Raja Judi Genting bernama TS Lim Goh Tong (mendiang). Anwar akan menghabiskan cuti pendek atau hujung minggu bersama keluarga di Genting Highlands dengan tajaan penuh pihak Genting. Pembantu Khas TS Lim Goh Tong semasa itu, seorang lelaki berbangsa India banyak menghabiskan waktu kerjanya di pejabat Anwar. Sekarang Anwar giat membantu bekas pembantu khas TS LIm Goh Tong meneroka peluang niaga luar negara.

Anwar juga amat rapat dengan pemilik kasino di luar negara, TS Vincent Tan. Setiap kunjungan AnWAR ke luar negara, pastinya TS Vincent akan menghantar wakil khasnya mengiringi rombongan Anwar bagi menjaga 'kebajikan' AnWAR. Hingga sekarang Anwar masih punya hubungan dengan kumpulan TS Vincent. Ibu pejabat PKR di Tropicana (sebelah tol Damansara) adalah hasil 'rundingan' AnWAR dengan Datuk Danny Tan (adik TS Vincent). Klik di sini


Siapa Nalla ?

Nallakarupan merupakan 'rakan sepermainan tenis' Anwar Ibrahim sejak dari tahun 1990-an hingga Anwar dipecat daripada UMNO pada tahun 1998. Dia merupakan bekas pengarah syarikat judi, Magnum Corporation.

Ketika Anwar dipecat, Nalla merupakan salah seorang yang ditahan polis. Ketika ditahan, polis mendapati Nalla menyimpan beberapa dokumen 'rahsia' daripada Menteri Kewangan yang tidak sepatutnya disimpan oleh orang awam. Hal ini tidak mengejutkan, kerana Anwar ketika itu Menteri Kewangan dan Nalla merupakan kawan baik Anwar. Selain itu Nalla juga menyimpan beberapa butir peluru tanpa lesen.

Nalla dikatakan sebagai 'kawan baik' yang membekalkan lelaki dan perempuan kepada Anwar untuk aktiviti seks haram. Ketika diminta polis untuk membuat pengakuan tentang kegiatannya, Nalla menolaknya kerana mahu menjaga 'persahabatan' dengan kawannya Anwar. Namun 10 tahun kemudian, pada tahun 2008, Nalla mengakui kesilapannya tidak memberi kerjasama kepada polis dan mengakui semua tuduhan yang dikenakan ke atas Anwar dahulunya adalah benar.

Jadi inilah imej sebenar Anwar Ibrahim, tokoh yang dijoloki sebagai bakal Presiden PAS satu ketika dahulu.



Read On

Soalan untuk Tan Boon Hwa

0 comments

Semalam (27 Ogos) Tan Boon Hwa buat sidang media khas di ibu pejabat DAP di Petaling Jaya. Ean Yong dan Lim Kit Siang pun hadir. Walaupun masih banyak rahsia dalam rahsia yang cuba diselindungkannya, tetapi Tan mula bersuara berkenaan misteri kematian mendiang Teoh. Klik di sini


Kenyataan Tan :

"Saya menegaskan bahawa saya tidak pernah bertelingkah atau bergaduh dengan Teoh Beng Hock pada semua masa di bawah tahanan SPRM,"

Tan berkata, pada jam 2 pagi hari Khamis tersebut, beliau masih disiasat dalam sebuah bilik di pejabat suruhanjaya itu. Tambahnya, beliau hanya keluar sebentar untuk minum air di pantri dan membuat panggilan telefon kepada keluarganya setengah jam selepas itu.


Soalan untuk Tan :

1. Apa maksud anda, apabila berkata "pada jam 2 pagi anda masih disiasat". Adakah anda cuba menggambarkan bahawa proses siasatan masih belum tamat pada jam 2 pagi?

2. Apa maksud apabila Malaysiakini melaporkan "beliau (Tan) hanya keluar sebentar untuk minum air di pantri dan membuat panggilan telefon kepada keluarganya setengah jam selepas itu" ? Bilakah masa 'keluar sebentar itu', sebelum jam 2 pagi atau selepas jam 2 pagi ? 'Keluar sebentar', maknanya akan masuk balik untuk disoalsiasat ?

3. Adakah anda ingin mengambarkan proses siasatan masih diteruskan selepas jam 2 pagi tanpa henti sehingga jam 1.30 tengahari 16 Julai ?. Benarkah begitu seperti yang anda cuba gambarkan dalam writ saman anda kepada SPRM yang dilaporkan oleh Malaysiakini (22 Julai), "he was questioned by the MACC from 8.45pm on July 15 to 1.35pm the next day"?. klik di sini

4. Kalau benar, bermakna bercanggah dengan kenyataan anda yang pernah dibuat dalam Harakahdaily (1 Ogos) sebelum ini bahawa anda berkata, "Saya disoal siasat bermula 15 Julai jam 10 malam hingga 2 pagi 16 Julai". klik di sini

6. Kalau berpandukan percakapan anda kepada Harakahdaily (1 Ogos), anda mengesahkan soalsiasat anda tamat pada jam 2 pagi, jadi selepas jam 2 pagi, anda buat apa ? Kenapa tidak pulang ke rumah ?

7. Apa maksud laporan Malaysiakini mengatakan "dan (Tan) membuat panggilan telefon kepada keluarganya setengah jam selepas itu" ?. Setengah jam selepas jam 2 pagi, (2.30 pagi ?) anda menelefon keluarga ? Siapa keluarga itu ? Isteri ? Benarkah anda hanya menelefon 'keluarga' sahaja ?

8. Daripada apa yang digambarkan oleh anda itu, nampaknya siasatan SPRM tidaklah sekejam yang anda cuba gambarkan sebelum ini. Anda bebas keluar masuk untuk minum air, bebas menelefon sesiapa sahaja. Anda bebas bertindak sendiri tanpa diekori oleh mana-mana pegawai SPRM. Benarkah begitu yang cuba anda gambarkan, kalau benar bermakna amat bertentangan dengan cercaan anda dalam sidang media di SUK Selangor, selepas sehari kematian mendiang ?

Nota:

1. Maklumat berkenaan kenyataan Tan menelefon keluarga adalah maklumat baru. Tan tidak pernah mendedahkan maklumat itu sebelum ini. Bermakna maklumat sah, sepanjang siasatan itu, telefon saksi tidak dirampas oleh SPRM kerana Tan sendiri mengesahkan, dia bebas menelefon sesiapa sahaja yang dia mahu.

2. Kalau benar, kenyataan Tan bahawa tiada pertelingkahan atau pergaduhan antara dirinya dengan mendiang, pada semua masa semasa berada di SPRM, dia sepatutnya tidak cepat melatah dan bersabar memberi hujah-hujahnya di dalam inkues, bukannya kepada pihak media.

3. Lagipun, kenyataan yang mengatakan berlaku pertelagahan di antara Tan dan mendiang dibuat oleh pihak ketiga, Mohd. Anuar Ismail (Pegawai Penyiasat SPRM), di dalam inkues. Bukannya kenyataan yang dibuat oleh saksi sendiri iaitu Bulkini Paharuddin.

4. Sepatutnya Tan menunggu keterangan saksi tersebut (Bulkini), sebelum membuat kenyataan media di luar inkues. Perlu diingat, Bulkini bakal memberi keterangannya di inkues dan Bulkini bakal mendedahkan apa yang disaksikan serta mendedahkan apa yang berlaku dalam soal siasat Tan, kerana Bulkini merupakan pegawai penyiasat Tan.


Kenyataan Tan :

Bagaimanapun, ketika keluar kali kedua untuk ke tandas kira-kira jam 5 atau 6 pagi, beliau terserempak dengan Teoh di pantri.

"Saya nampak Teoh mundar-mandir di pantri. Saya tanya pada dia, 'Teoh, kamu masih berada di sini?'

"Teoh hanya tunduk kepala. Saya terus pergi ke tandas. Kemudian saya balik ke pantri. Saya tidak nampak Teoh lagi," katanya.


Soalan untuk Tan :

1. Apa maksud kenyataan Malaysiakini apabila melaporkan "bagaimanapun, ketika keluar kali kedua untuk ke tandas kira-kira jam 5 atau 6 pagi, beliau terserempak dengan Teoh di pantri" ?

2. Apakah bermaksud pada jam 5 atau 6 pagi, ketika keluar kali kedua untuk ke tandas (dari mana?), Tan terserempak dengan Teoh di pantri ?. Kalau pada jam 5 atu 6 pagi keluar ke tandas kali kedua, apakah keluar yang pertama tadi juga ke tandas ?

3. Kenapa Tan masih mundar-mandir ke pantri sampai dua kali ?. Adakah ini bermaksud Tan tidak tidur dan sentiasa berkeliaran di pejabat SPRM selepas jam 2 pagi (selepas tamat sesi soalsiasat) hingga masuk ke sesi kedua soalsiasat pada jam 11 pagi, 16 Julai ?

4. Apa maksud Tan apabila berkata, "Saya nampak Teoh mundar-mandir di pantri. Saya tanya pada dia, 'Teoh, kamu masih berada di sini?". Teoh hanya tunduk kepala. Saya terus pergi ke tandas. Kemudian saya balik ke pantri. Saya tidak nampak Teoh lagi ?

5. Apakah ini bermaksud, Tan melihat agak lama reaksi Teoh, hingga dapat melihat tindakan mendiang yang mundar-mandir ?

6. Benarkah jika Tan melihat reaksi Teoh yang mundar-mandir itu, dia hanya berkata "Teoh, kamu masih ada di sini ?"

7. Benarkah Teoh tidak menjawab apa-apa 'teguran' Tan dan hanya menundukkan kepalanya, sedangkan dalam kenyataan Tan kepada Malaysiakini (17 Julai), Tan berkata, teoh menjawab "Umh" ?

8. Kenyataan media Tan dalam Malaysiakini (17 Julai) melaporkan: The duo met only when Tan woke up at about 6am the following day while on the way to the toilet. "He was in the pantry. I greeted him, but he replied only with a 'Umh'. But when I came out of the toilet, he was gone. He did look a little tired," said Tan. Klik di sini

9. Kenapa terdapat percanggahan fakta Tan dibuat dalam wawancara Malaysiakini ketika tarikh berbeza ?


Nota :

1. Untuk menjawab soalan-soalan di atas, kita menunggu jawapan Tan Boon Hwa dan Bulkini Paharuddin di dalam inkues, kerana masing-masing mempunyai hujah tersendiri.

2. Sebagai saksi, Bulkini walaupun mengetahui berlakunya pertelingkahan di antara Tan dan mendiang, tetapi dia tidak membuat sebarang pendedahan media untuk mempopularkan dirinya. Sebaliknya, dia dengan sabar menunggu gilirannya dipanggil untuk menjelaskan maklumatnya.

3. Sepatutnya Tan Boon Hwa juga sebagai seorang saksi perlu memahami etika saksi inkues. Keterangan hanya boleh dibuat dalam inkues, bukannya di luar inkues. Apakah ini bermaksud Tan cuba menghina inkues ?






Read On

Siapa saksi nampak Tan Boon Hwa vs Teoh Beng Hock bertengkar di tandas ?

0 comments

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, satu bukti baru terbongkar berkenaan dengan punca kematian mendiang Teoh, iaitu wujud satu pertengkaran di antara Tan dan mendiang di tandas, tingkat 14, Pejabat SPRM, Plaza Masalam, selepas jam 3.45, kira-kira empat hingga lima jam sebelum mendiang ditemui mati. Klik di sini

Fakta ini telah diketahui oleh Gobind Deo apabila Tan Boon Hwa datang menemuinya, untuk mendapat nasihat guaman, sebaik sahaja berlakunya tragedi kematian mendiang. Atas faktor itu, Gobind Deo, peguam keluarga mendiang, merangkap peguam DAP telah menasihatkan Tan Boon Hwa untuk membuat laporan polis dan memfailkan saman terhadap SPRM, dengan tujuan untuk melindungi bukti ini terbongkar.

Tan Boon Hwa dengan sengaja mencipta arus memburuk-buruk SPRM dengan menggunakan media dengan motif suapaya masyarakat keliru dan memfokuskan kepada SPRM, bukannya fokus kepadanya yang menjadi suspek terakhir berjumpa dengan mendiang.


Empat saksi penyelewengan dua exco

Pada 15 Julai empat saksi telah dipanggil oleh SPRM Selangor untuk disiasat tingkat 14, pejabat SPRM Selangor, Plaza Masalam, Shah Alam. Mereka adalah saksi-saksi kepada penyelewengan dua exco DAP Selangor, Ronnie Liu dan Ean Yong Hian Wah. Empat saksi itu adalah seorang Melayu dan tiga Cina iaitu, Haron, Tan Boon Hwa, Lee Wye Wing dan mendiang Teoh Beng Hock.

Haron dibenarkan pulang ke rumahnya selepas tamat soal siasat pada 1.00 pagi, 16 Julai. Lee Wye Wing pulang ke rumahnya pada jam 9 pagi, selepas tamat sesi soal siasat 5.00 pagi, 16 Julai.

Mendiang Teoh Beng Hock, tamat sesi soal siasat jam 3.45, 16 Julai. Meskipun telah tamat dan dibenarkan pulang, tetapi mendiang meminta izin untuk berehat buat sementara waktu di bilik tetamu, pejabat SPRM.

Manakala Tan Boon Hwa pula diselubungi dengan pelbagai misteri. Meskipun telah tamat, sesi soal siasat pada jam 1.30 pagi, 16 Julai, dan dibenarkan pulang tetapi dia enggan, meskipun ditawarkan oleh pegawai SPRM untuk menghantar ke rumahnya di Kajang.

Setelah dibebaskan dari sesi soal siasat, jam 1.30 pagi, Tan Boon Hwa berkeras tidak mahu pulang ke rumahnya dan memilih untuk berlegar-legar di pejabat SPRM.


Siapa saksi lihat pertengkaran Tan-Teoh di tandas ?

Selepas, mendiang Teoh, tamat sesi soal siasatnya, pada jam 3.45 pagi, 16 Julai, dia telah pergi ke tandas. Tan Boon Hwa yang sudah lama menunggu mendiang, turut sama mengekorinya ke tandas pejabat SPRM (Tingkat 14, Plaza Masalam).

Di dalam tandas itu, Tan Boon Hwa telah menanyakan kepada mendiang apakah soalan-soalan yang diajukan oleh pegawai SPRM kepadanya. Mendiang menjawab secara jujur soalan-soalan yang ditanya dan jawapan-jawapan yang telah diberikan olehnya. Mendengar jawapan itu, Tan tidak berpuas hati dan meninggikan suara serta mengancam mendiang kerana telah menjadi tali barut SPRM untuk menjatuhkan bos-bos mereka (dua exco DAP; Ronnie Liu & Ean Yong)

Makian dan ancaman Tan Boon Hwa kepada mendiang telah disaksikan oleh seorang pegawai SPRM bernama Bulkini yang ketika itu juga berada di tandas.

Bulkini adalah Penolong Penguasa SPRM yang boleh berbahasa Cina kerana sebelum ini telah berkhidmat khusus untuk komuniti Cina selama 14 tahun (dahulunya dikenali sebagai BPR).

Bulkini adalah pegawai penyiasat SPRM Putrajaya, dipinjamkan buat sementara ke pejabat SPRM Selangor untuk menyiasat kes penyelewengan dua exco DAP Selangor.

Pada 15 Julai 2009, Bulkini telah menjadi pegawai penyiasat kepada Tan Boon Hwa dari jam 8.30 malam, 15 Julai hingga 1.30 pagi, 16 Julai. Selepas tamat sesi soal siasat Bulkini membenarkan Tan Boon Hwa pulang ke rumahnya dan diminta hadir semula pada jam 11.00 pagi, 16 Julai untuk menyambung keterangan. Namun Tan Boon Hwa enggan pulang sebaliknya mengambil keputusan untuk berada di pejabat SPRM.

Melihat keanehan Tan Boon Hwa, menolak pelawaan untuk pulang, Bulkini mula mengsyaki sesuatu. Dalam hatinya, terbetik apakah yang ditunggu oleh saksi itu. Oleh itu Bulkini telah memantau pergerakan saksinya dari kejauhan.

Selepas mendiang Teoh tamat sesi soal siasatnya, jam 3.45 pagi (16 Julai), dia terus ke tandas dan pergerakannya turut diekori oleh Tan Boon Hwa. Melihat kejadian aneh itu, Bulkini juga turut mengekori saksinya ke tandas untuk mengetahui apa yang mereka lakukan..

Sekarang BULKINI, pegawai SPRM telah menjadi saksi pertengkaran Tan dan mendiang di tandas. Pegawai itu juga telah mendengar satu persatu topik perbalahan mereka pada pagi itu.

Bermakna Tan Boon Hwa bercakap bohong dan menyembunyikan fakta sebenar bahawa dia dan mendiang bertengkar di tandas.

Tan Boon Hwa juga menyembunyikan fakta bahawa dia pernah memberi kata-kata ancaman kepada mendiang kerana mendiang telah terlepas cakap dan sanggup menjadi tali barut SPRM.

Ada satu lagi isu lain yang sedang berlegar, benarkah Tan Boon Hwa memarahi mendiang dan terlepas cakap mengatakan anak yang dikandung tunangnya bukan anak mendiang, tetapi anak Ean Yong ?









Read On

Last bullet Ronnie Liu

0 comments

Dua hari lepas, orang kanan Ronnie Liu 'bergelut' dengan pegawai-pegawai SPRM. Wong Chuan How, pegawai khas Ronnie Liu bikin drama 'pergelutan'. Dia yang yang mahu masuk ke kereta SPRM. Dia juga yang meronta-ronta mahu melarikan diri. Dia juga yang terjatuh seorang diri. Dia lapor polis, pergi hospital, luka sedikit tetapi berbalut tebal, seolah-olah kaki patah, dah tak boleh jalan dah. Ini lakonan terbaik anak buah Ronnie Liu.


Semua orang tertumpu kepada luka dan balutan kaki Wong Chuan How kerana dengan 'balutan' itu akan menutup segala penyelewengan yang dilakukannya.

Wong Chuan How adalah pencuri wang rakyat selangor. Dia adalah penama yang digunakan oleh Ronnie Liu untuk mencuri wang peruntukan Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan 235 projek bernilai hampir RM500,000. Itulah faktanya!

Daripada semua projek itu, 84 projek telah dinamakan kepada Wong Chuan How (DUN Sungai Pelek) yang bernilai jumlah kewangan lebih RM200,000. Amat tidak munasabah, Wong Chuan How, membolot 84 projek atas dirinya sendiri dengan pelbagai nama syarikat. Tetapi itulah hakikatnya! Klik di sini dan sini

Wong Chuan How lah Ahli Majlis Daerah Sepang, dia juga lah pembantu khas Ronnie Liu. Dia juga merupakan kontraktor dan pemilik syarikat-syarikat Enterperise yang menjadi prokasi Ronnie Liu.

Sejak 23 Julai lalu, blog t4bth telah mendedahkan nama Wong Chuan How terlibat dalam pencurian wang rakyat Selangor, sejak itulah Ronnie Liu dan Wong Chuan How merancang strategi bagaimanakah mahu bikin kecoh kepada SPRM. Bukan Ronnie Liu tidak tahu, SPRM sedang menunggu masa sesuai untuk menahan dan menyoalsiasat pegawai khasnya. Jadi mereka menunggu ketibaan pegawai-pegawai SPRM.

Semuanya bermula pada kira-kira jam 9.30 pagi (15 Ogos) apabila para pegawai SPRM pergi ke pejabat pusat khidmat DUN Sungai Pelek untuk menemui Wong. Wong sudah tahu kedatangan SPRM sebab itu dia bersedia bersama seorang peguamnya.

Mula-mula Wong mendengar dengan baik penjelasan pegawai-pegawai SPRM dan bersedia untuk memberi keterangan lanjut di ibu pejabat SPRM, Putrajaya. Tetapi selepas keluar dari pejabat khidmat itu, Wong melarikan diri ke kereta lain yang tidak disediakan oleh SPRM. Di situlah bermulalah drama Wong, bergelut dan terjatuh, apabila menyedari ramai wartawan yang datang membuat liputan.

Dia memaki hamun pegawai-pegawai SPRM dan mendakwa kakinya patah. Tidak lama kemudian, bosnya, Ronald Liu dan membawanya ke balai polis di Balai Polis Sungai Pelek – walaupun Ronnie Liu sendiri mengatakan dia tidak percaya kepada polis.

Begitulah babak-babak drama terakhir Ronnie Liu dan anak buahnya. Bermula dengan Ronnie Liu dengan lagak gangster menggempur pejabat SPRM Selangor dan menendang pintu bilik mayat, Hospital Klang, hingga kepada pembantunya, Wong Chuan How, meronta-ronta tidak mahu bekerjasama dengan SPRM. Kenapa meronta-ronta, ada bersalah kah?

Seorang lagi anak buah Ronnie Liu juga berperangai seperti Wong. Nama dia Tan Boon Hwa. Watak-watak anak buah Ronnie Liu sama sahaja. Semuanya berlagak samseng. Seorang ahli majlis Sepang, seorang lagi ahli majlis perbandaran Kajang. Selagi Ronnie berkuasa di PBT, berapa banyak lagi samseng Cina akan dimasukkan sebagai ahli majlis daerah!

Lakonan Tan Boon Hwa, tidak kurang menariknya. Sebaik sahaja mengaku menjadi saksi terakhir menemui mendiang Teoh, pada 16 Julai (6.15 pagi), keesokkan harinya, dia buat sidang akhbar di pejabat SUK. Sidang akhbar paling gempar, dengan lakonan pelbagai aksi, membuat tuduhan demi tuduhan memburuk-burukkan SPRM.

Pelik juga, melihat telatah gelabah Tan Boon Hwa ini, membuat tuduhan demi tuduhan,seolah-olah ingin menyembunyikan sesuatu. Masyarakat umum akan tersentak dengan tuduhan-tuduhan melampau Tan itu dan meletakkan SPRM sebagai pihak bersalah atas kematian Teoh.

Kalau dinilai secara rasional, strategi Tan ini seperti strategi yang Wong yang mengembar gemburkan pergelutan, hingga masyarakat melupakan bahawa dia adalah suspek yang menjadi proksi Ronnie Liu mencuri wang rakyat Selangor.

Memang strategi kumpulan kongsi gelap ini senang diduga. Melakukan provokasi dan pergaduhan untuk menutup kesalahan yang telah dilakukan.

Tan Boon Hwa, anda jangan lupa, ada saksi yang nampak anda bertengkar dengan mendiang Teoh di tandas SPRM pada pagi sebelum mendiang ditemui mati. Anda tidak boleh lari dari fakta ini.

Saya akan dedahkan siapakah saksi itu pada tulisan berikutnya.





Read On

Kunci jawapan di tangan Tan Boon Hwa : Betulkah Tan & Teoh bertengkar di dalam tandas ?

1 comments

Bismillahirahmanirahim, dengan Nama ALLAH, saya ingin bertanya sejujur-jujurnya kepada Tan Boon Hwa saksi terakhir yang mengaku berjumpa dengan Teoh Beng Hock, pukul 6.30/sesudah subuh bahawa :

"Benarkah anda (Tan Boon Hwa) telah memarahi dan bertengkar dengan Teoh Beng Hock di tandas, tingkat 14, pejabat SPRM, Plaza Masalam, selepas jam 3.45, pada 16 Julai 2008"

Pertanyaan ini dibuat kerana terdapat seorang saksi yang telah nampak dan mendengar pertengkaran mereka berdua pada masa dan tarikh yang disebutkan di atas. Saksi tersebut adalah salah seorang pegawai SPRM yang pada masa dan tarikh tersebut, kebetulan juga mahu pergi ke tandas dan mendengar percakapan yang diucapkan dalam bahasa Cina.

Ini merupakan maklumat yang shahih yang diperolehi daripada sumber-sumber yang tidak boleh diberitahu di sini. Kita mahu Tan Boon Hwa lebih bertanggungjawab dan memberitahu perkara sebenar kepada masyarakat awam berkaitan dengan maklumat ini.


Latar belakang kejadian

Terdapat 4 orang saksi yang telah dipanggil oleh SPRM pada 15 Julai. Pertama bernama Haron, kedua; Teoh Beng Hock, ketiga; Tan Boon Hwa dan keempat Lee Wye Wing.

Haron tamat sesi soalsiasat pada jam 1 pagi (16 Julai) dan dibenarkan pulang. Saksi tersebut telah pulang ke rumahnya.

Tan Boon Hwa masuk ke pejabat SPRM pada jam 8.30 malam, 15 Julai dan tamat soal siasat jam 1.30 pagi (16 Julai) serta dibenarkan pulang. Pegawai SPRM menawarkan diri untuk menghantar Tan pulang ke rumahnya (di Kajang), tetapi Tan menolak tawaran itu dan meminta kebenaran untuk bermalam di SPRM.

Lee Wye Wing masuk ke pejabat SPRM untuk sesi soal siasat pada jam 2.00 pagi (16 Julai) dan tamat sesi soal siasat pada jam 5.00 pagi (16 Julai). Meskipun telah tamat sesi soal jawab pada jam 5.00 pagi dan dibenarkan pulang, Lee minta untuk berehat di bangunan SPRM serta dilaporkan meninggalkan bangunan SPRM kira-kira jam 9 pagi, 16 Julai.

Teoh Beng Hock masuk ke pejabat SPRM pada jam 5.00 petang, 15 Julai dan tamat sesi soal jawab pada jam 3.45 pagi, 16 Julai.


Soalan untuk Tan Boon Hwa :

1. Kenapa selepas jam 2.00 pagi, 16 Julai, meskipun pegawai SPRM menawarkan diri untuk dihantar pulang, tetapi anda menolak, malahan anda meminta izin untuk bermalam di SPRM dan bersedia menunggu sesi kedua soal siasat pada jam 11 pagi, 16 Julai ?

2. Betulkah anda telah berjanji dengan pegawai SPRM bahawa anda akan membawa beberapa dokumen sokongan kepada SPRM semasa sesi kedua soal siasat, pada jam 11 pagi, 16 Julai. Anda dilaporkan telah menelefon isteri anda dan meminta membawa beberapa dokumen dibawa kepada anda untuk diserahkan kepada pegawai SPRM. Namun sehingga selesai soal jawab sesi kedua, pada jam 1.30 tengahari (16 Julai), anda gagal memberikan dokumen sepertimana yang dijanjikan ?

3. Betulkah selepas jam 3.45 pagi, 16 Julai, anda mengekori Teoh Beng Hock ke tandas, SPRM dan anda telah bertanya apakah soalan yang telah ditanya oleh pegawai SPRM kepada Teoh. Anda dilaporkan telah memarahi Teoh dan bertengar dengannya dalam tandas tersebut. Dilaporkan seorang saksi telah nampak dan menyaksikan pertangkaran anda itu ?

4. Apa yang telah anda lakukan di antara jam 3.45 pagi (16 Julai) hingga jam 10.59 pagi (16 Julai) ketika anda dibebaskan daripada sesi soal jawab, hingga anda masuk semula untuk sesi soal jawab kedua pada jam 11.00 pagi hingga 1.30 tengahari, 16 Julai ?

5. Betulkah selepas pertengkaran dengan Teoh, anda telah menelefon beberapa orang lain, selain daripada isteri anda ?


Kematian Teoh

Mendian Teoh ditemui mati di koridor luar Tingkat 5, Plaza Masalam pada jam 1.30 tengahari, 16 Julai. Tetapi berita kematian telah tersebar di internet, jam 11 pagi, 16 Julai. Bermakna terdapat dua versi masa mayat dijumpai iaitu pada jam 11 pagi dan jam 1.30 tengahari

Menurut laporan polis, mendiang mungkin mati sekitar 4-5 jam sebelum ditemui. Sekiranya ditemui jam 1.30 tengahari, bermakna mendiang mati sekitar jam 8.30 pagi atau 9.30 pagi, 16 Julai.

Sekiranya berdasarkan sebaran internet, mayat dijumpai pada jam 11 pagi, bermakna mendiang mati sekitar jam 6.00 pagi atau 7.00 pagi, 16 Julai.

Mayat mendiang ditemui di koridor luar, Tingkat 5, Plaza Masalam. Koridor itu milik syarikat TUAH TANKER SDN BERHAD. Di bawah koridor tingkat 5 itu adalah OLD TOWN WHITE Coffee.


Keterangan Tan Boon Hwa tentang pertemuan dengan Teoh

Tan Boon Hwa telah memberitahu media, bahawa dia berjumpa dengan Teoh selepas Subuh/ sekitar 6.15 pagi, 16 Julai, di pantry, dekat tandas, Tingkat 14 pejabat SPRM. tan berkata dia jumpa Teoh dan menegur, tetapi hanya menjawab 'uhm' dan nampak keletihan. Selepas itu Tan berkata, dia masuk tandas, apabila keluar tandas, dia dapati, Teoh telah tiada di tempat itu.

Itu kata Tan. Pertama, dia mengakui sebagai saksi terakhir berjumpa mendiang, sekitar jam 6.15 pagi, 16 Julai, di pantry, dekat tandas. Adakah Tan bercakap benar ?

Bagaimana pula dengan saksi yang nampak Tan dan Teoh bertengkar di tandas, bangunan SPRM selepas jam 3.45 pagi, 16 Julai?

Siapa cakap benar, saksi yang nampak Tan dan Teoh bertengkar di tandas, selepas jam 3.45 pagi atau hanya keterangan Tan yang mendakwa hanya berjumpa di tandas, pada jam 6.15 pagi, 16 Julai ?

Saya mencabar Gobind Singh Deo, membangkitkan soalan "benarkah wujud pertengkaran Tan-Teoh, di tandas, selepas jam 3.45 pagi, 16 Julai" kepada salah seorang pegawai SPRM yang menjadi saksi kepada insiden itu.

Itupun kalau Gobind berminat untuk mencari punca sebenar kematian, kalau Gobind juga berniat untuk melindungi, atau mahu menyalahkan pihak lain, dia akan menyekat soalan ini dikeluarkan dalam inkues nanti.

Didoakan semoga keluarga Teoh menemui jawapan sebenar kematian anaknya itu.

Read On

Anwar sertai perhimpunan anti ISA sebab takut diISAkan

0 comments

PAS boleh mendabik dada kerana Berjaya mengerah segala bala tenteranya untuk berdemonstrasi membantah ISA, di Dataran Merdeka semalam. Dari Presiden PAS, Ahli Majlis Tertinggi hingga ke pasukan sayap merah (unit Amal Pemuda PAS).
Tetapi sesuatu demonstrasi yang dianjurkan, bukan dikira dari segi kejayaan menganjurkan, namun dinilai pada pencapaian matlamatnya.


Apakah selepas demonstrasi semalam, ISA akan dimansuhkan ? Saya fikir tidak.
Jadi sekiranya tidak dimansuhkan ISA, walaupun dikerah seluruh bala tentera berdemonstrasi, kenapa perlu menganjurkan kerja yang akhirnya sudah diketahui tidak membuahkan hasil ?

Di sinilah noktah persoalannya : Untuk apa demonstrasi dianjurkan, walaupun sudah ketahui tiada hasil ?

PAS sendiri mengalami krisis sokongan masyarakat Melayu terhadap partinya. Hal ini terbukti dengan kehilangan 40 peratus pengundi Melayu di Bukit Gantang dan hanya Berjaya mengekalkan kemenangan majoriti 65 undi di Manek Urai. Itu isyarat-isyarat awal yang bakal mencemaskan parti Islam.

Apatah lagi krisis pertembungan Erdogan dan Ulama yang masih berlarutan, walaupun Muktamar PAS telah lama berlalu.

Jadi apa jalan keluarnya ? Jawapannya mesti tumpu ke luar, turun ke jalan raya, berdemonstrasi!

Benar, itu adalah jalan keluar terbaik, tetapi sejauhmanakah keberkesanannya ?

Penganjur boleh berbangga dengan kejayaan mengadakan demontrasi, tetapi belum tentu penganjur boleh meraih keuntungannya. Mungkin keuntungan yang diharapkan, tetapi kerugian yang diterima.

Politik itu mempunyai kesenian yang tersendiri. Tidak semestinya Berjaya menganjurkan demonstrasi semalam akan Berjaya memenangi hati pengundi Melayu agar kembali menyokong parti Islam. Mungkin kesan sebaliknya.

Siapa untung PAS, Anwar atau DAP?

Lim Kit Siang tidak perlu mengerahkan seluruh tenteranya untuk turun ke jalan raya. Cukup sekadar dia dan anaknya (Lim Guan Eng) dan beberapa kerat tokoh DAP tunjuk muka, kerana semua persiapan telah disediakan oleh PAS.

Anwar Ibrahim lagi bijak, tidak perlu mengarahkan segala bala tenteranya untuk bersekang mata untuk mengarahkan bala tenteranya turun di jalan raya, kerana PAS telah bertungkus lumus bekerja keras.

Cukup sekadar Anwar muncul di pejabat PAS, di Kuala Lumpur dan memberikan ucapan, lepas itu balik ke rumah dan tidur. Itu sudah kejayaan besar, tidak perlu bekerja keras, menghabiskan masa dan tenaga, tetapi Berjaya memperolehi populariti.

Selepas ini, Anwar bakal muncul dalam CNN, CBS, Al Jazeera atau BBC dan boleh mendakwa semua itu adalah hasil usahanya. Anwar akan meletakkan dirinya sebagai hero, sebagai manusia yang ‘berkarisma’, berjaya menghimpunkan rakyat menyokongnya.
Dunia barat tidak kenal siapa Haji Hadi Awang atau Lim Kit Siang, mereka hanya kenal Anwar Ibrahim.

Dan sudah tentu dunia barat akan memuji kehebatan Anwar Ibrahim, Berjaya menganjurkan demonstrasi anti ISA, di Kuala Lumpur dengan mengembling sokongan Haji Hadi dan Lim Kit Siang.

Sebab itu politik itu seni. Walaupun PAS Berjaya menganjurkannya, tetapi tidak semestinya Berjaya mengaut populariti. Di dalam Negara belum tentu PAS Berjaya meraih simpati sokongan Melayu, apatah lagi meraih populariti di Amerika Syarikat ?

Seperti dalam PRU 12, akibat percaturan bijak Anwar Ibrahim, walaupun partinya masih setahun jagung dan keahliannya kurang, tetapi keputusan akhir adalah PKR Berjaya menghantar 30 ahli parlimen, DAP (28) dan PAS (23).

Itulah harga yang paling mahal dengan kerja keras PAS, mengerah semua bala tenteranya dengan tred rekod sebagai Parti Islam yang tertua, akhirnya Berjaya memenangi 23 kerusi parlimen berbanding dengan PKR, 30 kerusi. Sepatutnya dari segi logik, keputusan sebaliknya.

Tetapi yang lebih untung adalah DAP yang Berjaya meningkatkan jumlah suaranya di parlimen akibat undi daripada ahli-ahli parti Islam.

Sebab itu memang wajar, jika akhbar harian Israel, The Jerusalem Post, meramalkan Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia. Akhbar Israel tidak meramalkan Haji Hadi Awang atau Lim Kit Siang sebagai PM, mereka meramalkan hanya Anwar Ibrahim sahaja bakal PM!

Demonstrasi untuk menyelamatkan kerajaan PR Selangor ?

Semua rakyat Malaysia tahu apa yang berlaku di Selangor. Haji Hadi tahu, Anwar tahu dan Lim Kit Siang juga tahu. Mereka ramalkan kerajaan PR akan runtuh jika tidak diselamatkan.

Tetapi benarkah ‘kerajaan PR Selangor’ bakal runtuh seperti ramalan mereka itu ? Saya tidak fikir begitu. Kerajaan PR Selangor amat kuat!

Hasil undi ahli-ahli parti Islam, PKR memperolehi 15 kerusi, DAP (13) dan PAS (8). Berdasarkan kedudukan kerusi memang layak PKR menerajui kepala negeri sebagai Menteri Besar. DAP sebagai majority kedua terbesar, memohon jawatan Timbalan Menteri Besar, tetapi undang-undang tubuh kerajaan Selangor tidak membenarkan TMB di kalangan bukan Melayu, jadi peluang lebih terbuka kepada PAS.

Tetapi untuk menjaga autonomi kerajaan PKR di Selangor, dimansuhkan jawatan TMB, hanya Khalid Ibrahim dijadikan ketua de facto, selain membolot 4 kerusi exco. Manakala PAS dan DAP berkongsi 3 jawatan exco mewakili parti masing-masing.

Bezanya exco yang disandang DAP lebih kanan dalam susun atur pentadbiran Selangor.
Senarai lengkap seperti berikut;

1. Tan Sri Khalid Ibrahim -Menteri Besar (PKR)
Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri , Belia & Sukan

2. YB Teresa Kok Suh Sim (DAP)
Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan

3. YB Ronnie Liu Tian Khiew (DAP)
Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan

4. YB Eam Yong Hian Wah (DAP)
Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram

5. YB Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong (PKR)
Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar

6. YB Yaakob bin Sapari (PKR)
Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan

7. YB Rodziah binti Ismail (PKR)
Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi

8. YB Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam (PKR)
Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin


9. YB Dato Dr. Hassan bin Mohamed Ali (PAS)
Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam

10. YB Dr. Halimah binti Ali (PAS)
Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan

11. YB Iskandar bin Abdul Samad (PAS)
Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan


Semenjak gabungan PAS, PKR dan DAP menerajui Selangor, telah banyak perubahan drastik telah dilakukan antaranya :

1. Meluluskan RM 8 Juta untuk rumah-rumah ibadat bukan Islam (gereja/tokong/kuil) dalam bajet 2009

2. Memansuhkan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (Islam) menjadi Pengerusi Rumah Ibadat Bukan Islam diganti dengan pengerusi bersama antara Teresa Kok, Ronnie Liu dan Dr Xavier jayakumar

3. Memansuhkan peraturan sekatan rumah ibadat bukan Islam termasuk peraturan ketinggian.

4. Meluluskan 10 juta untuk memperkasakan sekolah Cina dan Tamil.

5. Menobatkan mendiang S Kugan sebagai "wira Selangor" dan menderma RM10,000 kepada keluarganya, walaupun mendiang S Kugan mempunyai rekod jenayah sejak berumur 13 tahun lagi.

6. Pelantikan besar-besaran bukan Melayu ke dalam kerajaan Selangor dan agensinya, misalnya Datin Paduka Low Siew Moi, sebagai penasihat kewangan MB; Tricia Yeoh sebagai pegawai penyelidik Dasar-dasar Awam Selangor; Dr Tan Kee Kwong sebagai Task Force tanah Selangor; Khong Ho Ming sebagai konsultan KDEB, William Leong sebagai anggota panel Kajian Semula Air Selangor dan ramai lagi yang dilantik di pelbagai agensi.

Sebab itu ada kewajarannya keluhan ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, bekas aktivis PAS Selangor dengan berkata apa yang PAS dapat daripada ‘kerajaan PR’ Selangor setelah berjaya menyakinkan ahli memangkah PKR dan DAP ?

Hanya satu yang PAS dapat iaitu berjaya mengadakan ceramah-ceramah di Selangor!


Read On