Antara saman Nalla dan Dr Chandra Muzafar

Dato Nallakarupan dan Dr Chandra Muzafar adalah bekas orang kuat Anwar. Kedua-duanya sangat kenal Anwar dan pernah menjadi penyokong paling setia hingga 'sanggup mati' untuk Anwar. Tetapi, pada penghujung karier, apabila tidak mempercayai lagi Anwar, kedua-dua telah disaman oleh bekas tokoh yang disanjung satu ketika dahulu.

Nalla merupakan kawan Anwar lebih 30 tahun. Bekas Pengarah Perhubungan Awam syarikat judi Magnum Berhad yang dilantik oleh Datuk T.K. Lim, pemilik syarikat judi. Tujuan pelantikan Nalla di Magnum Berhad untuk mendekatkan hubungan Magnum dengan Anwar Ibrahim yang menjawat jawatan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu.

Pada 1998, Nalla ditangkap setelah memiliki 125 butir peluru hidup jenis Fiocchi 6.35 mm, 150 butir peluru 38 special, 96 butir peluru 12 bore dan sepucuk pistol jenis 38 Smith & Wesson yang disimpan di rumahnya di Bukit Tunku, sejak 1986 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Selain peluru dan senjata api turut dijumpai beberapa dokumen rahsia dari Anwar Ibrahim di rumah Nalla. Antaranya; Surat asal daripada syarikat awam yang disenaraikan di papan pertama Bursa Saham, Kuala Lumpur, surat asal peribadi yang ditulis tangan oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, lima surat-surat asal daripada syarikat awam yang disenaraikan di papan pertama Bursa Saham Kuala Lumpur, yang dialamatkan kepada Kementerian Kewangan memohon projek-projek Kerajaan, surat terkelas daripada Pegawai Kementerian Kewangan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan wang tunai bercampur-campur yang dijumpai dalam mata wang Pound Sterling, US Dollar, Singapore Dollar dan Ringgit Malaysia berjumlah lebih kurang RM 2 juta.

Dengan terjumpanya dokumen-dokumen rahsia itu di rumah Nalla membuktikan bahawa hubungan Nalla dengan Anwar sangat rapat hinggakan surat-surat rahsia yang sepatutnya disimpan di Kementerian Kewangan boleh disimpan di rumah Nalla.

Pihak polis yang melakukan pemeriksaan di rumah Nalla diketuai oleh Musa Hassan, Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (sekarang ketua polis negara), pada 31 Ogos 98 jam 4.30 petang. Sebab itu Anwar berdendam dengan Musa Hassan sampai sekarang.

Dato Nalla pada 23 Jan 1999 telah memberikan pernyataan beramaran secara sukarela kepada polis dan mendedahkan bahawa dia pernah beberapa kali membawa Shamsidar Mohd Tahrin (isteri Azmin Ali) ke Tivoli Villa dan Anwar telah diberikan anak kunci unit pangsapuri milik Datuk T.K.Lim (pemilik Magnum) untuk kegunaannya.

Kes penglibatan Shamsidar Tahrin dilaporkan oleh adik beradik Azmin Ali, iaitu Ummi Hafilda yang mengekori pergerakan kakak iparnya. Blog x-pkr merumuskan kemarahan adik beradik keluarga Ali kepada Azmin kerana Shamsidar diberi layanan istimewa oleh Anwar dan banyak kontrak diberikan kepada penama itu. Klik di sini

Bermula dari hubungan Anwar dan Shamsidar yang dimainkan peranan oleh Dato Nalla, peranan anak-anak keluarga Ali diketuai oleh Ummi Hafilda menyebabkan karier Anwar sebagai Menteri Kewangan dan TPM hancur dan akhirnya Anwar terpaksa merengkok dalam penjara selama 6 tahun.

Sekarang hubungan Anwar dan Dato Nalla pula tegang. Dato Nalla semasa kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, tahun lepas mendakwa bekas sahabat baiknya,Anwar Ibrahim, pernah menerima wang sebanyak RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian iaitu Magnum Corporation Bhd.

Kata Nalla, "Anwar mengambil wang sebanyak itu daripada tangan saya sendiri. Saya tidak tahu apa dia buat dengan wang itu"

Ekoran daripada kenyataan itu, Anwar telah menyaman ke atas Nalla.

Nalla menyambut baik saman saman daripada Anwar itu. Bahkan dia sangat gembira kerana dapat bertemu Anwar di mahkamah.

“Ini adalah hari paling gembira buat saya kerana pada akhirnya saya akan dapat jumpa Anwar di mahkamah. Nanti di mahkamah saya akan dedah dan buktikan semuanya mengenai wang RM60 juta itu, kata Nalla.

“Saya juga akan dedahkan mengenai lima pita rakaman yang saya simpan di luar negara mengenai Anwar”, katanya lagi. Klik di sini

Namun harapan Nalla untuk bertemu Anwar di mahkamah mungkin hanya tinggal harapan kerana peguam Anwar, SN Nair telah mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi, 29 Ogos lalu untuk menggugurkan kes jika Nalla tidak berjaya mengemukakan bukti dalam masa 14 hari mulai daripada tarikh tersebut.

Untuk pemahaman kes Anwar vs Nalla, klik di sini

Dr Chandra Muzaffar

Berbeza dengan Nalla, Dr Chandra merupakan pegikut Anwar dari segi prinsip perjuangan. Persamaan Anwar dan Dr Chandra adalah kedua-duanya meminati 'politik Islam' dan 'politik Amerika Syarikat'.

Menurut pengakuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid, pada 26 Oktober 1999, Anwar Ibrahim mengawal sebanyak 20 Akaun Induk (Master Accounts) yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion. Salah seorang kroni Anwar yang disalurkan wang adalah Dr Chandra Muzafar melalui badannya ALIRAN. Klik di sini

Pada tahun 1998, setelah Anwar dipecat UMNO, Dr Chandara bersama-sama Ezam Mohd Nor dan Wan Azizah menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial(ADIL) sebuah NGO untuk membela Anwar. Wan Azizah menjadi Presiden NGO ADIL, manakala Dr Chandra memegang jawatan Naib Presiden ADIL. Klik di sini

Pada 4 April 1999, NGO ADIL dibubarkan dan diganti dengan sebuah parti baru yang dinamakan Parti keadilan Nasional (KEADILAN). Wan Azizah menjadi Presiden dan Dr Chandra menjadi Timbalan Presiden parti Keadilan.

Begitulah hubungan intim Dr Chandra bersama Anwar. Namun setelah tiga tahun Parti Keadilan ditubuhkan, Dr Chandra mengambil keputusan untuk menarik balik sokongan kepada Anwar sekaligus keluar daripada Keadilan pada Disember 2001. Bukan setakat Dr Chandra yang keluar Keadilan, bahkan Naib Presiden Keadilan, Zainur Zakaria (bekas peguambela Anwar) turut berbuat demikian. Klik di sini

Agak lama Dr Chandra berdiam diri tidak menyatakan sebab beliau keluar dari parti Keadilan.


Namun pada 5 Mac 2008, Dr Chandra memberi sebabnya kenapa dia keluar dari Keadilan dan tidak lagi menyokong Anwar :

Kata Dr Chandra, "dia (Anwar) menjalinkan hubungan intim dengan golongan tertentu di Amerika Syarikat (AS). Rakyat Malaysia tahu tentang dasar luar AS yang begitu agresif mahu menguasai dunia seperti di Asia Barat. AS mahu kekal berkuasa ke atas laluan strategik di rantau itu. Anwar juga begitu akrab dengan golongan tertentu di AS, antaranya dengan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan yang juga bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz yang merupakan antara perancang utama Perang Iraq"


"Anwar juga menjadi Pengerusi Yayasan Untuk Masa Depan (Foundation For The Future) yang ditubuhkan dan dilancarkan oleh pentadbiran Amerika Syarikat yang kononnya untuk memperkenalkan demokrasi di Asia Barat.Yayasan itu ditubuhkan oleh kuasa tertentu untuk kepentingan mereka. Anwar terlibat dalam usaha ini. Dia mendapat sokongan media Barat dan pemimpin tertentu di Barat". katanya lagi.

Ketika ditanya wartawan Utusan, Apakah pembabitan Anwar dengan Barat ini yang menyebabkan dia menarik diri daripada PKR?, Dr Chandra menjawab; YA.


Katanya; "Memang benar. Inilah yang menjadi faktor saya tarik diri pada Disember 2001. Saya lihat faktor ini melemahkan PKR dan mungkin menyebabkan komplikasi serius terhadap Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat. Hubungan Anwar dengan Amerika Syarikat dan Barat boleh membahayakan kedaulatan kita. Jika hubungan seperti itu wujud, bagaimana dia boleh memimpin untuk kepentingan negara ini?"


"Secara umumnya, orang begini kalau memimpin negara, dia akan melemahkan kerajaan dan negara. Sebab itulah selama dua tahun dalam PKR, saya tidak tunduk kepada kehendak Anwar kerana pendiriannya tidak konsisten dan tidak berterus terang.Sekiranya Anwar dapat menjadi Perdana Menteri, dia tidak akan memberi manfaat kepada rakyat dan negara. Malah, seperti yang saya katakan, dia akan berkompromi dengan golongan tertentu di Amerika Syarikat dalam soal kedaulatan dan kemerdekaan negara", katanya lagi. Klik di sini

Sebelum itu pada 3 Mac 2008, Dr Chandra mengemukakan pendapat yang sama dalam forum anjuran Star Publication Berhad di Menara Star di Petaling Jaya. Kenyataan Dr Chandra itu diterbitkan oleh The Star dan New Straits Times pada 5 Mac 2008.

Anwar marah dengan kenyataan Dr Chandra itu dan menyamannya dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta. Klik di sini


Namun kes saman ke atas Dr Chandra berkesudahan hampir sama dengan Nalla. Anwar sengaja melengah-lengahkan kes dan mencari pelbagai alasan untuk memastikan kes itu dapat digugurkan. Peguam Anwar telah mengemukakan pra perbicaraan kepada Dr Chandra dengan perkara remeh temeh, termasuk meminta Dr Chandra menjawab soalan-soalan yang dikemukakan Anwar terlebih dahulu, sebelum kes itu dibicarakan. Klik di sini

Inilah Anwar, nampak hebat, menyaman orang lain, jika sesuatu perkara itu dianggap mengancam karier politiknya, tetapi dalam masa yang sama berusaha menggugurkan kes, kerana diketahui jika diteruskan kes itu di mahkamah akan terus memudaratkan reputasi politiknya.

Itulah Anwar, orang-orang yang pernah menjadi penyokong setianya satu ketika dahulu, akhirnya menjadi musuh politiknya, dan bekas orang-orangnya inilah yang akhirnya mendedahkan siapakah sebenarnya Anwar

1 comments:

Post a Comment