Husam Musa beri kata dua kepada Nik Aziz ?

NST hari ini melaporkan Husam Musa telah beri kata dua kepada Nik Aziz, "Pecat mereka atau saya akan berhenti", dalam pertemuan empat mata, Selasa lepas. Dalam pertemuan itu, Husam bercadang untuk meletakkan jawatan, suasana menjadi emosional dan kedua-duanya telah menangis.


" Sekiranya Nik Aziz mahu kekal, Husam menuntut Ariffahmi dan dua orang ahli Majlis Perbandaran Kota Baharu dilucutkan kelayakan mereka", petik sumber tersebut.

Kenapa Husam marah kepada Ariffahmi hingga mencadangkan agar dipecat ? Sebabnya kemunculan Ariffahmi telah mengugat hubungan Husam dengan Nik Aziz. Sebelum ini tiada yang mempersoalkan apabila Husam menggunakan nama Nik Aziz untuk melaksanakan sesuatu perkara, tetapi setelah munculnya, Ariffahmi, Husam tidak lagi boleh menggunakan nama Nik Aziz sewenang-wenang kerana dia akan double check 'sesuatu arahan yang kononnya datang dari Nik Aziz' itu.

Kemuncak kemarahan Husam, apabila Ariffahmi menggunakan kuasanya sebagai CEO PMBK untuk memecat dengan notis 24 jam, anak buah Husam, blogger Kickdefella. Pemecatan itu sebagai ledakan bom, yang sebelum ini sudah terdapat bunga-bunga api di antara Husam dan Ariffahmi.

Husam turut mendakwa bahawa terdapat satu konspirasi untuk menyingkirnya daripada kerajaan negeri. Konspirasi itu termasuk dari dalaman parti sendiri.Klik di sini

Sebelum ini Mingguan Malaysia melaporkan Husam Musa mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan negeri, berpunca daripada pendedahan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman,menantu Nik Aziz yang kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mingguan Malaysia melaporkan hasrat Husam untuk berundur telah dikemukakannya kepada Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan pada pertemuan empat mata Selasa lalu.

“Husam bertemu dengan Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan bahawa beliau tidak terlibat atau menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku dalam PMBK dan penjelasan itu diterima, tetapi hasratnya untuk meletakkan jawatan ditolak. Klik di sini

Husam Musa dikatakan merajuk dan tidak hadir dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR 10 di Kota Baharu pada 21 November lalu. Husam dikatakan sedang menerima rawatan di hospital atas sebab kesihatan. Menteri Besar, Nik Aziz yang mempengerusikan mesyuarat itu atas sifatnya selaku Pesuruhjaya PAS negeri juga enggan menemui pemberita selepas mesyuarat berlangsung. Alasannya sama seperti Husam; kesihatan. Klik di sini

Namun pada tarikh yang sama, Husam seperti yang dilaporkan dalam anwaribrahimblog datang menyampaikan ceramah di Simposium Nasional 2009, anjuran badan pemikir Anwar, IKD, di Pearl International Hotel, Kuala Lumpur. Klik di sini

Anwar Ibrahim merupakan pengucap utama Simposium itu dan Husam Musa serta Dr Aziz Bari di antara barisan penceramah yang diundang khas dalam program tersebut.

Manakala Berita Harian hari ini pula melaporkan Nik Aziz Nik Mat mengarahkan menantunya, Abdul Ariffahmi Rahman supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).Klik di sini

Adakah ini menunjukkan kemenangan Husam Musa atau kemelut akan terus berlarutan kerana manantu Nik Aziz juga mempunyai kekuatannya yang tersendiri..


0 comments:

Post a Comment