Penasihat ekonomi : Rakyat Selangor tunggu apa Anwar akan buat ?

Hari ini Anwar secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Penasihat Ekonomi Selangor. Dia diberi kemudahan sebuah pejabat di sebuah bangunan milik KDEB (Kumpulan Darul Ehsan Bhd) bersama dengan kemudahan kakitangannya.

TS Khalid semasa mengumumkan pelantikan Anwar, dia kata Anwar dibayar gaji RM1.00 sebulan. Satu gimik ? Anwar telah banyak wang, hingga menolak gaji ribuan dan sanggup bekerja dengan gaji RM1.00 sebulan atau hanya gembar-gembur gaji RM1.00 sebulan untuk sembunyikan elaun beribu-ribu yang tidak dideclare ?

Anwar sengaja canang bernilai RM1.00 sebulan untuk mengelak SPRM datang mengintainya ?
Ironi TS Khalid mempunyai kelulusan ekonomi, kononnya pernah hebat dalam korporat semasa di Guthrie gagal menjana ekonomi Selangor dan terpaksa meminta bantuan daripada lulusan Sastera, Universiti Malaya seperti Anwar.

TS Khalid kata pelantikan Anwar kerana 'kepakarannya' dalam perbankan Islam yang hari ini menjelma Bank Islam (kononnya idea Anwar), tempat TS Khalid berhutang sebanyak RM67.4 juta (USD18.521 mil).

Setiausaha Politik TS Khalid, Nik Nazmi Nik Ahmad merupakan orang pertama menyokong pelantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi Selangor. Nik Nazmi sendiri berhutang beratus-ratus ribu dengan PNB (Permodalan Nasional Berhad), katanya TS Khalid memberi duit tunai kepada Nik Nazmi untuk melangsai hutang piutang itu. Dari mana TS Khalid cekau duit sebanyak itu ?

SPRM kena intai-intai pendapatan TS Khalid ini..

Sebenarnya pelantikan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor menimbulkan tanda tanya; Apa sudah berlaku dengan ekonomi Selangor ? Kenapa perlu lantik Anwar ketika ini ? Kenapa tidak lantik sejak dari mula kerajaan PR ditubuhkan ? Apa yang sebenarnya berlaku dalam kerajaan Selangor ?

Semua itu menimbulkan tanda tanya. Barangkali Anwar tidak dilantik menjadi penasihat ekonomi Selangor sejak dari mula kerajaan PR ditubuhkan kerana ketika itu TS Khalid dan seluruh warga PKR percaya Anwar bakal menjadi PM pada 16 September 2008, tetapi kerana cita-cita itu tidak kesampaian, maka terpaksalah Anwar menerima jawatan lantikan iaitu penasihat ekonomi

Sebenarnya sebelum ini Anwar juga telah dilantik sebagai 'penasihat ekonomi Perak' secara tidak rasmi, semasa Nizar menjadi Menteri Besar. Tetapi sebaik sahaja Anwar dilantik menjadi penasihat ekonomi Perak, Anwar mengemukakan idea 'membeli calon BN' yang mengakibatkan kerajaan PR runtuh. Kerana tidak berjaya di Perak, sekarang Anwar beralih ke Selangor pula.

Persoalan pertama; Kenapa lantik Anwar, seorang tokoh yang terkenal dengan retorik politiknya, kenapa tidak lantik seorang yang benar-benar pakar dalam bidang ekonomi dan tidak berpolitik seperti Profesor Diraja Ungku Aziz ?

Persoalan kedua; Sejauh manakah bidang kuasa Penasihat Ekonomi Selangor ? Adakah lebih besar daripada kuasa Menteri Besar ? Bukankah pelantikan Anwar, bermakna mengenepikan peranan UPEN (Unit Perancang Ekonomi Negeri) yang lebih pakar dalam bidang ekonomi ?

Pertanyaan ini dibuat kerana mempelajari sejarah dan sikap Anwar yang tidak suka berada di bawah. Dia suka berada di atas, walaupun hireki jawatannya di bawah. Ketika berada dalam kerajaan, dia berlagak menjadi PM, walaupun sebenarnya dia hanya no 2 (TPM).

Begitu juga dalam hireki kepimpinan PKR. Anwar hanya 'Penasihat Umum', tetapi bidang kuasanya melangkui kuasa 'penasihat' biasa, dia menjadi Presiden PKR, Bendahari PKR dan Setiausaha PKR. Pendek kata PKR adalah Anwar Ibrahim dan Anwar Ibrahim adalah PKR. Presiden PKR yang tertulis dalam kertas adalah Dr Wan Azizah, tetapi isterinya itu sekadar Presiden boneka yang tidak mempunyai apa-apa kuasa.

Sebenarnya kepimpinan PKR berketuakan Anwar Ibrahim bukan sahaja hari ini, tetapi sejak Anwar berada di penjara lagi. Ketika Anwar di penjara, Wan Azizah menjadi Presiden PKN (Parti Keadilan Nasional) yang hanya menjalankan tugas-tugas boneka dari suaminya. Dari penjara Sungai Buloh, Anwar menulis surat-surat arahan kepada Wan Azizah untuk melakukan apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Posmen penghantaran surat-surat Anwar itu adalah Azmin Ali. Sebab itu dari dulu, kini dan selamanya PKR adalah parti 3 A.

Malah sikap pemujaan dan taajub kepada diri sendiri Anwar mula dikesan sejak dari zaman pelajar lagi. Bekas rakan baiknya semasa pelajar, Kamaruzaman Yaakub, mengakui, salah satu sikap Anwar adalah 'suka diusung'. Di mana-mana pengikut-pengikutnya suka mengusung Anwar dan Anwar amat gembira sekiranya terus diusung, kalau boleh tidak mahu turun-turun dari usungan itu. Malas nak jalan kaki sendiri, suka memperhambakan orang lain.

Sikap Anwar ini diterjemahkan oleh Faisal Tehrani, sebagai 'memikul biawak hidup' dalam kontek membicarakan kerjasama antara PAS dan PKR. Faisal, penulis muda pro PAS, terhidu sesuatu mala petaka bakal berlaku kepada PAS, apabila PAS beriya-iya 'memikul Anwar' seumpama memikul 'biawak hidup. Ternyata ramalan Faisal Tehrani ternyata benar, apabila PAS hari ini terbelah dua, gara-gara memikul Anwar Ibrahim.

Begitu juga ketika Anwar memimpin ABIM, ABIM dilihat sebagai Anwar Bin Ibrahim dan Anwar Ibrahim adalah ABIM. Anwar menyusun aktivis-aktivis yang pro kepadanya dalam ABIM, manakala aktivis-aktivis yang bukan pronya akan ditendang keluar dari ABIM. Apabila Anwar masuk UMNO, ABIM menjadi tulang belakang Anwar dalam kerajaan dengan berpusat di IKD (Institut Kajian Dasar). Apabila Anwar dipecat dari UMNO, ABIM juga turut menjadi suara vokal menentang kerajaan. Sekarang ABIM kembali menyokong PKR, apabila aktivis-aktivisnya dihimpunkan di UNISEL.

Memang sikap Anwar dari dulu lagi, dia akan cengkam sepenuhnya apa yang dimiliki dan tidak akan sesekali melepaskan 'apa yang dirasakan haknya' kepada orang lain.

Sekarang Anwar adalah Pengerusi PR. Anwar tidak akan lepas jawatan Pengerusi PR, walaupun kredibilitinya semakin merundum dengan isu pembohongan 16 September dan salah laku moral yang sedang dibicarakan di mahkamah. Walaupun peratusan undian yang dibuat oleh NTV7 menunjukkan peratus undian Anwar semakin merosot, tetapi Anwar tidak sesekali akan melepaskan jawatan itu kepada Nik Aziz Nik Mat.

Sama ada dirancang atau tidak, setelah Anwar dimaklumkan popularitinya kian merosot oleh badan risikannya, Merdeka Centre dan individu yang sedang meningkat populariti adalah Nik Aziz, maka tidak lama selepas itu Nik Aziz sendiri ditimpa pelbagai krisis anak menantu yang mengurangkan popularitinya. Orang di belakang tabir yang memainkan peranan mencemar imej Nik Aziz adalah 'kolonel Mat' Kickdefella, anak buah Husam Musa. Husam Musa pula adalah ketua kumpulan Erdogan PAS yang berketuakan Anwar Ibrahim.

Jadi Anwar merosot populariti kerana pembohongan dan salah laku seks peribadi, apa kurangnya dengan Nik Aziz yang terlibat secara kronik dalam amalan kronisme dan nepotisme dalam pentadbirannya. Maka, apa lebihnya Nik Aziz sebagai ketua PR, kenapa tidak dikekalkan Anwar Ibrahim sebagai ketua PR ? Sebab itu Zulkifli Nordin berkata, Ketua PR hanya untuk Anwar Ibrahim selama-lamanya.

Sekarang Anwar dilantik pula sebagai Penasihat Ekonomi Selangor. Apakah Anwar tidak membawa sifatnya semasa ABIM, PKR dan PR sekarang ? Anwar Ibrahim adalah kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor adalah Anwar Ibrahim. TS Khalid hanya boneka Anwar semata-mata. Posmen Anwar dengan TS Khalid adalah Azmin Ali.

Wartawan Utusan Malaysia pernah mewawancara Dr Hassan Ali,berkenaan dengan soalan, adalah terdapat campur tangan Anwar Ibrahim dalam kerajaan negeri Selangor. Ketika itu Dr Hassan menjawab, setakat yang dia tahu, tidak ada.

Selepas 6 bulan dari sekarang, elok wartawan yang sama bertanyakan sekali lagi kepada Dr Hassan Ali, adakah terdapat campur tangan Anwar dalam kerajaan negeri Selangor ? Apa agaknya jawapan Dr Hassan ketika itu..



0 comments:

Post a Comment