Kerana Tidak Mahu Jumpa Anwar kritik Perdana Menteri Australia..

Anwar mula 'melenting' dengan mengkritik Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd sebagai seorang yang 'korup' semata-mata Perdana Menteri itu menolak untuk berjumpa dengan Anwar semasa Anwar melawat Australia dua tiga hari lepas.

Kritikan Anwar disiarkan dalam akhbar The Age semalam. Klik di sini


Bila Kevin Rudd menolak berjumpa dengan Anwar maka dimakinya 'korup', bila Kevin Rudd mahu berjumpa dengan Anwar, maka dipujinya 'pemimpin hebat'. Inilah sikap Anwar, memaki dan memuji mengikut kepentingan peribadinya. Siapa Anwar untuk berjumpa Kevin Rudd ? Anwar PM ? TPM ? Menteri Luar Malaysia ?

Kalau setakat Anwar menjaja jawatannya sebagai wakil Amerika Syarikat atau diplomat jemputan CFR (Council on Foriegn Relation), itu tidak laku kepada Kevin Rudd. Dia lebih rapat dengan Amerika Syarikat, jika dibandingkan dengan Anwar yang hanya sebagai wakil. Dia sering dipanggil oleh kerajaan Amerika Syarikat atas kapasitinya Perdana Menteri, jika dibandingkan dengan Anwar yang terpaksa menggunakan pelobi-pelobi Yahudi termasuk Al Gore, Madeline Albright dan Richard Haass.

Dengan Turki atau Indonesia, bolehlah Anwar kelentong dan jual nama 'wakil Amerika'. Silap besarlah Anwar guna taktik sama dengan Kevin Rudd, tokoh itu lebih besar pangkatnya di kaca mata Amerika Syarikat, jika dibandingkan dengan Anwar, hanya 'wakil Amerika yang dilantik'!

Lagipun Kevin Rudd sudah tahu motif sebenar Anwar mahu berjumpa dengannya. Anwar sudah menceritakan tujuannya kepada Stephen Smith, Menteri Luar Australia dalam program Muslim-Christian Interfaith Conference, di Perth, Australia beberapa bulan lepas dan Menteri Luar itu telah melaporkan kepada Perdana Menterinya.

Apakah hajat Anwar yang disampaikan Stephen Smith ? Menurut The Economict yang melaporkan pertemuan itu, Anwar telah meminta bantuan Australia untuk membantunya menghadapi perbicaraan kes liwat di mahkamah Malaysia. Anwar kata, sokongan Australia amat penting, kerana Australia merupakan mata dan telinga Amerika Syarikat di benua Asia dan peranan Australia adalah melobi Amerika Syarikat untuk mengecam sistem kehakiman Malaysia di peringkat antarabangsa.

"Apakah yang telah dilakukannya bersama Stephen Smith, Menteri Luar Australia ? “Berkomplot,” jawab Anwar, dengan kenyitan mata yang penuh konspirasi", tulis majalah itu dengan penuh sinis. "Anwar perlukan sokongan antarabangsa sekali lagi dalam menghadapi kes liwat terbarunya itu", tegas majalah itu.Klik di sini

Itu sahaja permintaan Anwar. Permintaan bermotif peribadi, memohon simpati dan sokongan antarabangsa semata-mata takut menghadapi realiti, bahawa dia bakal dibicarakan dalam kes liwat.

Kenapa Anwar mula mengkritik Kevin Rudd ? Satu faktornya kerana Kevin Rudd menolak berjumpa dengan Anwar dengan alasan protokol. Kevin Rudd, Perdana Menteri Ausralia, Anwar pula siapa ?

Faktor kedua kerana Anwar mahu balas dendam dengan tindakan Majalah The Economist cawangan Australia (majalah Yahudi Amerika Syarikat)mengkritik Anwar sebagai "Malaysia's Chameleon"(Binatang Sesumpah Malaysia) dalam edisi Asia/Australia, 30 Julai 2009 lalu.

Majalah itu membandingkan dua watak berbeza Anwar ketika di Manek Urai, Kelantan dengan di Perth, Australia

Di Manik Urai, majalah itu melaporkan Anwar berkempen untuk kemenangan PAS, yang dilabel The Economist sebagai 'Parti Konservatif Islam' yang menguatkuasakan larangan minuman keras, manakala di Perth, Anwar berucap di majlis kebebasan beragama dan kebebasan hak asasi manusia termasuk berusaha menyamakan antara agama Kristian dan Islam.

Ketika berada di Kelantan, Anwar menampilkan dirinya sebagai 'pejuang Islam konservatif' sama seperti PAS, tetapi ketika berada di Perth, Anwar menampilkan dirinya sebagai 'pejuang kebebasan beragama dan kebebasan hak asasi' sama seperti penganut-penganut Kristian.

Malah di Perth, Anwar mendefinisikan maqasid syariah sebagai peraturan asas Islam yang menolak undang-undang atau hukuman, tetapi matlamat tertingginya adalah kebebasan beragama.

Sudah tentu penganut Kristian yang mendengar ucapan Anwar itu akan terpegun dengan kefahaman Islam Moderat Anwar, bahawa dia memperjuangkan kebebasan beragama dan menolak mahkamah syariah!

Inilah pemimpin 'Islam' yang dicari-cari untuk menjadi regu Kristian, kata khalayak yang terpesona dengan kata-kata Anwar itu. Tetapi mjalah itu melaporkan versi lain, Anwar bukan 'penyelamat' Krsitian tetapi dia adalah 'chameleon', seekor binatang sesumpah yang boleh bertukar warna mengikut keadaan dan tempat.

Kali ini, Akhbar The Age pula melaporkan kecaman semula Anwar Kevin Rudd dan kerajaannya, tetapi dalam masa sama Anwar melawat Universiti Monash Melborne dan meminta Australia memantau pilihanraya di Malaysia.

Tidakkah itu double standard, kritik Kevin Rudd yang tak mahu berjumpa dengannya, tetapi terhegeh-hegeh meminta bantuan Australia memantau pilihanraya Malaysia.

Tetapi, untuk apa sebenarnya Anwar melawat Australia ? Adakah Anwar dijemput untuk memberi buah pandangannya mengenai 'ekonomi dunia' sesuai dengan tarafnya sebagai bekas Menteri Kewangan dan Penasihat ekonomi Selangor ?

Sebenarnya dunia Barat tidak pernah mengiktiraf kepakaran Anwar dalam bidang ekonomi. Mereka tahu latar belakang kelulusan Anwar. Lagipun semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan, semua idea bukan dari Anwar, sebaliknya daripada pakar-pakar ekonomi dari Barat. Anwar hanya boneka Barat seperti mana Micel Camdessus melantik Anwar dalam IMF.

Jadi apa tujuan Anwar dijemput ke Australia ? Masih dalam ruang lingkup kepakaran Anwar iaitu pluralisme agama. Bab ini memang Barat iktiraf Anwar.

Di Australia baru-baru ini, Anwar bersetuju dengan cadangan menubuhkan Parlimen Agama Sedunia.Klik di sini

Wow! hebat sekali cadangan itu. Parlimen Antara Agama beb! Hebat tu menang hebat, tetapi berbau hamis IFC seperti yang dicadangkan oleh KAF (penaja Anwar) untuk menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama di Malaysia.

Di luar negara, begitu lantang Anwar berkokok persoalan IFC, tetapi di dalam negara, Anwar menyembunyikan kuku apabila persoalan IFC ditimbulkan.

'Chameleon' katakan..

1 comments:

Post a Comment