Konvensyen PR didominasi PKR ?Buat pertama kali PR akan berkonvensyen pada 19 Disember 2009, di Auditorium MBSA Shah Alam, Selangor. Semuanya diatur oleh PKR, tuan rumah PKR, pemilihan logo PKR, inisiatif pendaftaran PR juga PKR. Pendek kata semuanya didominasi oleh PKR, dari pengerusi PR hingga sekecil-kecil urusan teknikal. Menurut Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah, satu dokumen yang mengandungi empat teras utama PKR akan dibentangkan untuk persetujuan tiga parti kompenan iaitu PKR, PAS dan DAP. Dengan persetujuan keempat-empat teras itu, dijangkakan ketiga-tiga parti khususnya antara PAS dan DAP tidak akan bertembung lagi antara satu sama lain. "Semua parti bergabung dalam satu entiti yang mantap dan bersatu padu, lebih 1,500 perwakilan dari setiap parti akan hadir dalam konvensyen itu", kata Sivarasa. Dijangkakan ucaputama konvensyen itu akan disampaikan oleh Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PR dan Penasihat Umum PKR. Polemik pra pendaftaran PR Orang yang dipertanggungjawabkan mendaftar PR adalah Zaid Ibrahim dari PKR. Zaid telah menghantar permohonan pendaftaran itu kepada Pendaftar Pertubuhan dengan nama PAKATAN RAKYAT MALAYSIA (PRM). Nama pun sudah mirip kepada PKR dengan mengambil nama satu parti kompenan yang bergabung dengan PKR iaitu PRM (Parti Rakyat Malaysia). Pernah Nik Aziz berkata, "PRM ni adik sikit kepada Komunis, kerana elemen sosialisnya", sekarang nama PRM digunakan juga untuk menggabungkan ketiga-tiga parti pakatan pembangkang itu. Peringkat awal Zaid Ibrahim ditohmah oleh ahli-ahli Pakatan yang lain dengan menuduh Zaid gila kuasa, kerana meletakkan dirinya sebagai PENGERUSI Pakatan Rakyat Malaysia. Zaid menjelaskan, dia bukan gila kuasa, dia hanya meletakkan namanya sebagai Pengerusi hanya bersifat sementara. Itu jawatankuasa PROTEM. Selepas lulus pendaftaran, nama lain akan dicadangkan sebagai Pengerusi PRM. Nampaknya polemik ini hanya berlegar di sekitar PKR, PAS mengambil sikap untuk berdiam diri. Tidak dapat dipastikan adakah usaha mendaftarkan PR ini mendapat sokongan penuh daripada PAS atau sebaliknya, kerana PAS memilih pendekatan untuk tidak bercakap dalam soal ini. Kenapa Zaid pilih Nik Aziz pengerusi PR ? Menjadi misteri yang tidak terjawab sampai sekarang, kenapa Zaid Ibrahim mencadangkan Nik Aziz Nik Mat sebagai Pengerusi PRM ? Kenapa Nik Aziz ? Kenapa tidak kekalkan Pengerusi PR yang sedia ada iaitu Anwar Ibrahim ? "Untuk menjayakan usaha ini, ia memerlukan “pengorbanan” dari Anwar Ibrahim. Abdul Hadi Awang juga boleh membuat sumbangan besar dengan meminta Tok Guru Nik Aziz untuk menjadi Ketua atau Pengurusi kepada Pakatan Rakyat; sama seperti Mahatma Gandhi yang menjadi “spiritual leader” kepada parti Kongres India. Lim Kit Siang pula boleh membuktikan semangat “statesmanship” dengan bersetuju dengan cadaangan ini serta menjadi penasihat dalam hal-hal demokrasi dan hak asasi" Apa maksud "spiritual leader" ? Adakah bermaksud boneka ?. Kalau itu maksud sebenar Zaid, rasanya sudah cukup Nik Aziz dibonekakan oleh Husam Musa. Sudah puluhan tahun Nik Aziz 'dipergunakan' di Kelantan, hingga kini imejnya calar balar, hinggakan anak-anaknya berdoa agar ayahandanya cepat-cepat berundur dari arena politik. Itu mengawal satu parti Islam, Nik Abduh sudah mendoakan ayahandanya mengundurkan diri, bagaimana pula Nik Aziz diberi amanah untuk mengawal ketiga-tiga parti yang berlainan ideologi dan prinsip ? Adakah Nik Abduh merestuinya ? Tetapi cadangan Zaid itu tidak mendapat reaksi positif daripada PAS. Hadi Awang, Presiden PAS kata kena tanya Nik Aziz sendiri adakah dia sanggup atau tidak. Dia sendiri enggan komen lanjut. Tetapi cadangan Zaid itu menimbulkan polemik besar dalam PKR. Ahli-ahli PKR yang terkenal sebagai pemuja Anwar melenting dengan cadangan itu. Mereka menuduh Zaid biadap kerana membelakangkan Anwar. Anwar sendiri ketika ditanya mengenai pemilihan Nik Aziz sebagai Ketua berkata "Saya akan pertimbangkan cadangan itu" yang mengambarkan kesukarannya untuk melepaskan jawatan sebagai ketua kepada pakatan tiga parti pembangkang. "Bila saya mencadangkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dilantik ketua Pakatan Rakyat, riuh-rendah kedengaran suara menyokong dan menentang. Ramai yang memberi pendapat mereka. Ada pula yang menuduh kononnya ini strategi saya nak jadi ketua Pakatan. Kata mereka saya tak hormat Anwar Ibrahim apabila membuat cadangan ini. Nampaknya masih ada yang tak faham atau pura-pura tak faham", kata Zaid. "Premis utama dalam cadangan saya itu ialah kita perlu kepada seorang “spiritual leader”, sama saperti Mahatma Gandhi sewaktu zaman India memperjuangkan kemerdekaan dahulu...Yang saya maksudkan sebagai pemimpin spiritual ini adalah seorang pemimpin yang tidak ada cita-cita nak jadi Perdana Menteri atau apa-apa jawatan besar. Ini sama seperti Gandhi yang tidak mahu apa-apa jawatan, hanya setakat menyokong Jawaharlal Nehru sebagai Perdana Menteri India merdeka. Yang Gandhi mahu hanyalah India yang merdeka, bersatu dan bebas dari penjajahan. Pemimpin seperti ini bergerak atas keluhuran perjuangan" kata Zaid lagi. "Saya tegaskan di sini bahawa buat masa ini memang tak ada mana-mana wakil rakyat yang lebih sesuai dan berupaya daripada Anwar Ibrahim untuk menjawat jawatan Perdana Menteri apabila Pakatan memperolehi undi majoriti rakyat nanti. Jadi penyokong dan peminat Anwar Ibrahim tak usahlah bimbang", Zaid membuat kesimpulan. Bermakna, sudah jelas maksud tersurat dan tersirat Zaid mendaftarkan PRM serta mencadangkan Nik Aziz sebagai ketua PRM semata-mata untuk memastikan PAS memberi sokongan. Jika PAS menarik diri, PRM akan gagal kehilangan PRM kehilangan suara Melayu. Jadi untuk memastikan kejayaan PRM, PKR mengula-gulakan nama Nik Aziz, tetapi bukan berhasrat untuk menjadi PM, untuk memastikan kemenangan PRM dalam pilihanraya umum. Apabila PRM sudah menang, ketika itu Anwar Ibrahim akan diangkat menjadi PM. Begitu licik sekali permainan Anwar yang berselindung di sebalik imej Zaid Ibrahim dan Nik Aziz! Pakatan akan menjadi satu parti, satu logo ? Bab ini belum dibincangkan sepenuhnya. Bab ini paling sensitif kerana akan menyinggung perasaan ahli-ahli kompenan yang mendakwa partinya paling dominan. PKR mungkin tidak kisah soal logo, kerana impian mereka hanya mahu jawatan PM, tetapi bagaimana pula dengan PAS dan DAP ? Jika kita meneliti logo konvesyen PR yang pertama, kita dapat rasai pembunuhan secara senyap imej PAS. Selain tiada latar belakang berwarna 'hijau' logo itu dipenuhi dengan imej simbol mata bentuk bunga raya Malaysia. Imej di luar bunga raya itu juga masih lagi didominasi imej PKR Persoalannya, bersediakah PAS menerima hukuman 'pembunuhan secara senyap' seperti mana yang terjadi ke atas Parti Rakyat Malaysia apabila bergabung dengan Parti Keadilan Nasional ? Apakah PAS setaraf dengan Parti Rakyat Malaysia ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ARKIB BLOG
TENTANG SAYA
LANGSUNG DARI AnwarDotComDARI ANWAR IBRAHIM BLOGLINK BLOG & WEBANDA PENGUNJUNG KE |
0 comments:
Post a Comment