Ada yang tak kena dengan Parti Islam ?

Selepas Husam Musa, calon Erdogan yang mendakwa dirinya 'pemenang' Timbalan Presiden parti Islam dalam muktamar baru-baru ini, khabarnya Nik Aziz berjumpa secara berasingan untuk memujuk ahli-ahli kumpulan Erdogan itu.

Husam Musa yang kecewa dengan kekalahan itu 'disebabkan janggut yang tidak panjang' sempat memberi kata dua kepada kumpulan pro ulama pimpinan ustaz Hadi Awang dan ustaz Nasha;

"Berhati-hati, ketiga-tiga Naib Presiden yang menang itu (Mahfuz, Salahuddin & Tuan Ibrahim) adalah sealiran dengan saya, mereka akan membawa visi dan misi kesinambungan perjuangan saya, setiap langkah tokoh-tokoh kerajaan perpaduan akan dipatahkan", begitulah lebih kurang amaran yang diberikan oleh Husam Musa.

Setelah muktamar telah lama berlalu, bukan kumpulan yang dianggap pro-ulama yang terkena 'sumpahan' ketua Erdogan (Husam) itu, tetapi satu persatu ahli-ahli kumpulan Erdogan yang dikaitkan dengan mendewakan Anwar itu menerima kesannya.

Nik Aziz, tokoh yang dianggap menaungi kumpulan Erdogan termasuk mentornya (Anwar Ibrahim menerima kesan yang paling teruk. Belum pernah seorang tok guru yang disanjung sebagai Mursyidul Am satu ketika dulu, lunyai habis kredibilitinya.

Semakin Anwar bersuara membela Nik Aziz semakin parah peribadi tok guru tercalar. Dulu tidak pernah kecoh soal 'dinasti anak beranak tok guru' walaupun sudah lama berakar umbi, tetapi kini terbuka semua pekung di dada, akibat bedilan 'kolonel Mat' upahannya sendiri.

Naib Presiden yang sebelum ini didakwa menyokong kumpulan Erdogan, Mahfuz Omar berpaling tadah membedil tok guru sendiri agar dipercepatkan perletakan jawatan Ariffahmi kerana bimbang isu anak menantu akan menjadi liabiliti kepada Parti Islam.

Anakanda perempuan tok guru, Nik Amalina membuka blog, membela suaminya (Ariffahmi) sekaligus membela ayahandanya sendiri. "Husam Musa perlu letak jawatan sebagai exco. Dia yang membawa masuk 'kolonel Mat' dalam kubu, jadi dia perlu bertanggungjawab atas kemelut kerajaan Kelantan. Full Stop." Itu bedilan tegas Nik Amalina di blognya.

Tuan Ibrahim Tuan Man, salah seorang Naib Presiden yang dikaitkan menyokong Tok Guru Nik Aziz kerana pertalian persaudaraan, dibedil pula oleh penulis-penulis upahan Erdogan.

"Tuan Ibrahim sengaja tidak mahu mengambil tindakan kepada Hassan Ali. Tuan Ibrahim sudah berpaling tadah menyokong kumpulan UG (Unity Goverment)". Itu antara tulisan sinis blog-blog Erdogan menemplak sikap tidak tegas mengenakan tindakan disiplin kepada Pesurujaya PAS Selangor yang dianggap kumpulan pro ulama.

Semua itu adalah situasi terkini apa yang terjadi ke atas parti Islam setelah bergabung dengan Anwar Ibrahim. Baru-baru ini konvesyen PR yang berlangsung di Shah Alam yang juga dikendalikan Anwar, kita akan lihat kesannya seawal-awalnya enam bulan dari sekarang. Apa pula bakal terjadi ke atas Parti Islam itu.

Ada yang tidak kena dengan Parti Islam ?

Salah seorang orang kuat Husam Musa, Rosli Allani, meletakkan semua jawatan dalam Parti Islam kelantan. Semua ini kerana terbongkarnya 'kes perkahwinan tidak sah' menggunakan sindiket haram di Subang, Selangor.

Terbongkarnya kisah Rosli Allani akan menjadi pandora box kepada yang lain. Harap tidak merebak kerana kalau terbongkar semakin ramai yang akan letak jawatan.

Tanpa disangka, dua tiga hari lepas, Tok Guru Nik Aziz membuka mulut tentang 'Mengkaji semula calon luar kelantan'. Hujan tidak, ribut pun tidak, Nik Aziz terpancul perkataan itu. MSO juga turut terkejut; "Pilihanraya lambat lagi, kenapa sudah sibuk soal calon ?", katanya.

Seperti biasa apabila Tok Guru Nik Aziz berkata-kata, orang mula beri perhatian. Nasharuddin Mat Isa (Bachok), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai) dan Saifuddin Nasution (Machang). Semua mata tertumpu kepada Ahli Parlimen Bachok, kerana tok guru pernah sergahnya satu ketika dulu.

Tetapi yang ditumpu tidak meletup. Yang duduk diam pula melompat-lompat.

"Saya telah diamanahkan oleh PAS Pusat untuk bertanding di kerusi berkenaan.Saya telah serahkan diri kepada parti dan saya hanya menerima apa sahaja keputusan pucuk pimpinan," kata Salahuddin Ayub yang bertanding di Kubang Kerian.

Penarik Beca, secara bergurau menulis ""bukan sahaja kerusi Parlimen orang Kelantan tak nak bagi kat orang luar, kerusi bas pun depa tak nak bagi dah kat hampa. Orang luar macam hang, nak tumpang kerusi bas Kelantan pun dah payah dah. Kerusi Parlimen lagi la aku tak berani komen"

Tidak tahu kepada siapa yang Penarik Beca tujukan itu. Apatah lagi menggunakan perlambangan bas.

Khabarnya tokoh berjiwa marhaen ini selalu berulang alik dengan bas dari Kelantan ke Kuala Lumpur dan dari Kuala Lumpur ke destinasi asalnya. Transitnya di KL di Puduraya.

Kenapa tokoh marhaen ini tidak terus ambil tiket dari Kelantan ke destinasi asal ? Kenapa perlu transit di Puduraya ? Ada apa di Puduraya ?

Sepatutnya destinasi biasa Kelantan ke Kuala Lumpur adalah Hentian Putra. Kenapa pula transit di Puduraya ?

Apa semua ini ada kaitan dengan pendedahan screwkuat ? Klik di sini

Harap-harap kotak pandora tidak terbuka lagi. Dipanjatkan doa agar tidak terus menerus musibah demi musibah menimpa Parti Islam.

Kalau Anwar punca musibah itu. Kita kerat punca penyakit berjangkit itu!





0 comments:

Post a Comment