Siapa ’pembantu sesat’ hasut Tok Guru Nik Aziz ?

Pendedahan anak tok guru Nik Aziz besar impaknya. Selain membetulkan keadaan yang tidak seimbang, turut merencatkan plan Husam Musa Erdogan meneruskan agendanya.

Sebelum Nik Abduh dedah, orang-orang team tok guru Hadi semua kalah. Bermula Roslan SMS (setiausaha akhbar) di Selangor, berjangkit kepada bekas Imam besar Masjid Negara, Taib Azmudien di Kedah.

Tetapi selepas terdedah semua tembelang, habis haru biru. Rupa-rupa selama ini ada ’satu lembaga’ duduk melingkungi tok guru Nik Aziz. Lembaga itu diistilahkan Nik Abduh sebagai ’pembantu-pembantu sesat’

Seperti kata Nasrudin Tantawi, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, dia kenal benar peribadi Nik Abduh, faham wataknya, tidak suka mengata orang, bercakap jujur, alim orangnya seperti mana yang pernah ditunjukkan ketika sama-sama aktif dalam PMRAM di Mesir.

Tetapi bila Nik Abduh sendiri tulis ’pembantu-pembantu sesat’ bermakna dia amat marah dengan kelakuan pembantu-pembantu ayahandanya itu. Sudah tentu, Nik Abduh mendapat maklumat yang betul dan ditapis berkali-kali, barulah dia yakin menulisnya.

Dia menulis bukan kerana hanya dengar-dengar cakap. Dia sendiri bercakap dengan ayahandanya. Ketika di rumah, ketika tiada pengampu dan orang-orang politik. Bermakna apa yang didengar oleh Nik Abduh bait-bait perkataan ayahandanya adalah benar.

Kemudian muncul sang pendekar Erdogan hentam Nik Abduh. Seperti biasa Erdogan Khalid Samad pun perli-perli dan memperlekehkan Nik Abduh. Lagak tulisannya seolah-olah kata Nik Abduh seperti budak hingusan. Erdogan di Terengganu pun bersuara juga. Syed Azman, pandai-pandai pula mewakili dirinya sebagai jurucakap PAS Terengganu, sedangkan Ustaz Hadi, malah pesuruhjaya PAS Terengganu, Mustafa Ali berdiam diri.

Itulah sikap Erdogan. Sikap kurang ajar, sudah sebati dengan mereka. Tidak kira siapa, sama ada Taib Azamudien disindirnya di parlimen, walaupun isu besar, Kalimah Allah, atau Nik Abduh, anak tok guru Nik Aziz pun dicercanya juga. Dr Haron Din yang tinggi ilmunya pun boleh diperlekehkan. Dan jangan terkejut, suatu hari nanti, geng-geng Erdogan ini akan mencerca tok guru Nik Aziz sendiri, bila tok guru sudah tidak mahu jadi pendinding kepada mereka.

Itulah Erdogan, hipokrit, kurang ajar, merasa dirinya amat bagus, dan mengamalkan politik menghalalkan cara.

Macam lah Khalid Samad dan Syed Azman, tahu apa yang dipercakapkan antara anak beranak di rumah Tok Guru. Macamlah Nik Abduh yang berpendidikan agama mahu mereka-reka cerita, dalam perbualan dengan ayahandanya itu.

Tradisi orang Kelantan, apatah lagi tradisi orang alim, perbualan di rumah, terutamanya antara anak dan bapa, tiada pembohongan. Tidak mungkin seorang ayah mahu berbohong dan berpolitik dengan anak sendiri. Lainlah kalau di Kota Darulnaim yang dipenuhi dengan orang-orang politik.

Siapa pembantu sesat ?

Soalan ini umum. Nik Abduh pun tidak sebut nama dalam tulisannya. Nasrudin Tantawi kata, siapa makan cili, dia terasa pedasnya. Untuk berlaku adil, kata Roslan SMS, biar yang makan cili itu membuat penjelasan sendiri.

Tidak semena-mena Husam Musa pun mengeluarkan kenyataan, dia berbangga dapat jadi orang ’kesayangan tok guru’. Bukan senang jadi orang yang paling rapat dengan tok guru, katanya.

Tetapi Husam juga bukan setakat rapat dengan tok guru, dia juga rapat dengan ’defacto PKR’ Anwar Ibrahim, sampai ke Dubai dicarinya Anwar. Anwar pun pernah kata sesiapa yang ’berunding dengan saya’, mari kita pergi ke Dubai, Singapura atau Hong Kong. Maka bergegaskan Husam mengekori Anwar ke Dubai semata-mata untuk buat report kepada Anwar bahawa ada geng ulama sedang buat gerakan untuk muzakarah dengan UMNO.

Risau betul Husam Musa, bila dapat tahu geng ulama buat muzakarah dengan UMNO, sampai dia sendiri terkincit-kincit mengekori Anwar di Dubai.

Soalnya, betulkah Husam yang dimaksudkan dengan pembantu sesat itu ?

Husam memang salah seorang pembantu tok guru. Semua orang tahu perkara itu. Husam juga berusaha main silap mata untuk cantas tokoh-tokoh politik lain yang dianggap berpotensi untuk jadi calon MB Kelantan.

Tanya Takiyudin Hasan dan Ustaz Nik Amar, bagaimana Husam cantas dan kerat mereka. Malah Ustaz Daud Iraqi, Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan pun pernah dikerat Husam. Sampaikan tidak dapat bernafas, Ketua Dewan Ulama itu.

Hubungan Husam dan Takiyuddin, memang tidak mesra sejak zaman Universiti Malaya lagi. Husam yang dikenali sebagai ’geng Kerinci’ pernah kerat Takiyuddin yang ketika itu menjadi Presiden PMUM.(Persatuan Mahasiswa UM). Sampai sekarang masih berdarah lagi luka lama itu.

Ustaz Nik Amar pula dilihat sebagai saingan politik Husam paling wahid. Apatah lagi sudah dianugerahkan ’datuk’ oleh Sultan Kelantan dan latar belakang pendidikan agamanya. Tambahan pula, dia berada di lubuk PAS iaitu Pengkalan Chepa.

Tengok bagaimana Husam mempermainkan Ustaz Nik Amar. Husam menganjurkan program kebudayaan, dijemputnya Maya Karin ke Kelantan, tetapi disuruhnya Ustaz Nik Amar beri hadiah kepada Maya Karin. Sampai malu tersipu-sipu ustaz Nik Amar.

Roslan Kassim, bekas Keadilan kenal siapa Husam kerana mereka sama-sama menjadi exco PMIUM (Persatuan Mahasiswa Islam UM). Dulu PMIUM ditarbiah oleh Anwar dan ABIM sebelum Anwar masuk UMNO pada tahun 1982. Makna Husam sudah kenal Anwar sejak dari zaman kampus lagi.

Selepas habis belajar Husam jadi wartawan Harakah dan pulang ke Kelantan jadi pembantu khas tok guru. Mula-mula dia seorang pendiam dan simpan kukunya hingga diangkat jadi Setiausaha Politik.

Bila sudah jadi SETPOL tok guru, Husam mula tunjuk kuku. Semua jadual tok guru dicaturnya. Dia seumpama tukang jaga pintu, siapa boleh dibenarkan masuk jumpa tok guru. Ramai aktivis-aktivis PAS veteran dicantasnya. Orang-orang Husam mula disusun menguasai Kota Darul Naim.

Akibat politiking keterlaluan, Husam dicalonkan menjadi ahli parlimen Kubang Kerian. Kemudian diturun pangkat semula bertanding di DUN Pengkalan Chepa dan dilantik exco ekonomi. Selepas itu PAS Pengkalan Chepa tolak Husam kerana Husam bukan anak tempatan. Husam kembali bertanding ke kawasannya sendiri.

Ketika pegang exco ekonomi Kelantan, pengaruh Husam semakin besar. Maklumlah dia pegang exco paling penting. Kroni-kroni Husam mula dicaturkan di sana sini. Exco ekonomi ni sama taraf dengan Menteri Kewangan yang pernah dipegang oleh Anwar.

Sejarah membuktikan PAS Kelantan pernah hilang banyak kerusi dan beza UMNO dan PAS ketika itu hanya satu kerusi sahaja. Salah satu faktor PAS kehilangan banyak kerusi adalah faktor Husam.

Maknanya Husam bukanlah penasihat yang paling bergeliga beri pendapat kepada tok guru. Kalau betul-betul bergeliga, kenapa sampai tinggal majoriti satu kerusi ?

Tetapi benarkah pembantu sesat itu Husam ?

Ketika Husam melepaskan jawatan SETPOL, Husam sudah mencaturkan kroninya menjadi SETPOL baru yang bertugas sebagai tukang jaga pintu.

SETPOL itu namanya Anuar Bakri Haron. Dia dianggap pendatang yang muncul ketika PAS berkuasa. Ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, dia menjadi kakitangan menteri Kewangan dan pembantu nombor wahid Anwar.

Ketika Anwar dipecat daripada UMNO, (1998) Anuar Bakri pun bungkus tikar bantal dan bermusafir ke Kelantan. Apa kaitan Anwar kena pecat dengan Anuar Bakri pula bermusafir ?

Anuar Bakri berjumpa dengan Husam atas sentimen aktivis pelajar UM. Anuar Bakri bekas Presiden PMUM. Tetapi dia tidak minat jadi calon politik, dia hanya suka main di sebalik tabir. Sambil-sambil itu dia suka tulis buku-buku sastera.

Ketika Anwar datang ke Kelantan, Anuar Bakri menyorok-nyorok di belakang bekas boss nya itu. Dia tidak mahu kedepan, cukup sebagai pemain di sebalik tabir sahaja.

Sudah mula kedengaran, ramai pembantu-pembantu tok guru lain tidak sebulu dengan Anuar Bakri, kerana sikapnya yang mahu menguasai dan meremote orang lain. Projek-projek buku habis dikebasnya. Buku-buku ditulis oleh Anuar Bakri tetapi dicetak atas nama tok guru Nik Aziz, supaya laris di pasaran.

Kiri kanan belakang depan disapunya. Itulah Anuar Bakri, kroni Husam yang nampak speperti low profil, tetapi hebat orangnya. Kalau tidak hebat masakan tok guru lantik sebagai SETPOL.

Persoalannya siapakah pembantu sesat yang dimaksudkan oleh Nik Abduh itu ?





1 comments:

  • Ya Allah.. jahat sungguh sangkaan kamu... bertaubatlah wahai hamba Allah.... dan minta lah maaf kepada husam.....semoga Allah mengampuni kamu...

    salam

    Raja Nor Azrin

Post a Comment