Kenapa perwakilan Filem Gay Jakarta minta bantuan Anwar ?

1 comments

Ekoran pendedahan Pochong, AIDCclub [klik di sini] yang mendedahkan nama-nama wakil LGBT Malaysia hadir ke Festival Filem Q (Festivel Filem Gay) di Jakarta, Amir Muhammad penerbit syarikat Matahari dan penerbit serta pengarah filem independent di Malaysia telah menghantar twitter kepada Anwar pada 1 Oktober 2010.

Amir Muhammad@amirmu menghantar twitter kepada Anwar berbunyi: "Anti-Anwar website attacks ORANG MACAM KITA. But (more shockingly) misspells my name!"(Laman Anti Anwar menyerang ORANG MACAM KITA. Tetapi (lebih terkejut mereka) salah eja nama saya!

Anwar menjawab : Not new- Umno's machinations 12 years! (Bukan baru - komplot sudah Umno 12 tahun!)

Persoalan pertama : Kenapa Amir Muhammad hantar twitter kepada Anwar Ibrahim dengan mengatakan laman anti Anwar serang 'Orang Macam Kita' ? Adakah Amir tahu Anwar juga termasuk dalam kelompok 'Orang Macam Kita' dan adakah Anwar merupakan penaung kepada semua 'Orang Macam Kita' di Malaysia ?

Persoalan kedua : Adakah Anwar juga mengesahkan beliau termasuk salah seorang daripada rangkaian
'Orang Macam Kita' dengan tidak menyoal kembali apakah maksud sebenar 'Orang Macam Kita' ? Anwar kata dia terkejut kerana usaha menyerang itu dilakukan sejak 12 tahun lalu, tetapi adakah sejak 12 tahun lalu, Anwar berjaya membersihkan imej homoseksual yang terpalit ke atas dirinya ?

'Orang Macam Kita'

'Orang Macam Kita' adalah sebuah antologi cerpen dan esei mengenai seksualiti alternatif atau seksual luar tabie di Malaysia. Seksualiti luar tabie termasuklah Lesbian, Homoseksual, Biseksual dan Transgender yang lebih dikenali dengan nama ringkasnya LGBT.

Buku itu memuatkan 25 karya dari himpunan penulis-penulis LGBT Malaysia, antaranya; "Anak Ikan" (Ajami Hashim & Fadli al-Akiti),"Lurus Atau Bengkok" (Dina Zaman), "Gay.a Ke Aku?" (Zulkifli Bin Mohamad), "Sekilas Ikan Di Air, Siapa Tahu Jantan Betina: Siapa Sebenarnya Panji Semirang Asmarantaka?" (Farish A. Noor), "Avatar Tekne Seksual" (Clarissa Lee), "Sejarah Ringkas Media Cetak Tentang Orang Macam Kita" (Hafidz Baharom), "Pencuri Hati" (Nizam Zakaria) dan lain-lain. Klik di sini

'Orang Macam Kita' diterbitkan oleh Matahari Books sebuah syarikat penerbitan,yang ditubuhkan oleh penulis dan pembikin filem, Amir Muhammad. Selain menerbitkan buku itu, Matahari Books juga menerbitkan buku LGBT lain yang bertajuk "Body 2 Body: A Malaysian Queer Anthology". Klik di sini dan di sini dan di sini

Menurut wikipedia Matahari Books termasuk dalam senarai LGBT Malaysia. Klik di sini

Apakah maksud sebenar 'Orang Macam Kita' ? Adakah sekadar sebuah judul buku antologi cerpen dan esei yang berkaitan dengan seks luar tabie atau lebih jauh daripada itu seperti yang ditulis oleh Hafidz Baharom dalam tajuknya "Sejarah Ringkas Media Cetak Tentang Orang Macam Kita" ?

Kita hormati pengakuan Hafidz Baharom yang mengaku dirinya gay [klik di sini] (I am openly gay thus rather active in highlighting LGBT issues in Malaysia, and I have a partner) yang terlibat dalam LGBT Malaysia seperti PT Foundation, Seksualiti Merdeka, Amnesty International Malaysian dan lain-lain.

Tetapi bagaimanakah pula status Amir Muhammad yang syarikatnya aktif menerbitkan buku-buku LGBT ? Bagaimana pula status Anwar Ibrahim yang menafikan berkali-kali termasuk dalam lingkaran 'Orang Macam Kita', tetapi disokong kuat oleh lingkaran 'Orang Macam Kita' ? Klik di sini dan di sini

Dan kembali kepada persoalan di atas, kalau Anwar bukan termasuk lingkaran LGBT, kenapa Amir Muhammad yang syarikatnya tersenarai dalam LGBT Malaysia mengadu kepada Anwar apabila 'Orang Macam Kita' diserang ?. Klik di sini dan di sini

"Hanya Jauhari Menyelindung Manikam: Memburu Ikon Gay dalam Filem Malaysia", kata Fadli al-Akiti, salah seorang penulis dalam 'Orang Macam Kita'.

'Orang Macam Kita' ke Festivel Filem Q

Festival Filem Q Jakarta bermaksud Festivel Filem Gay atau lebih tepat LGBT. Perkataan Q adalah singkatan kepada
Queer yang bermaksud seks songsang merujuk kepada LGBT-Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender.

Diadakan secara tahunan di Indonesia, sejak dari tahun 2002. Festival Filem Q adalah pesta filem LGBT terbesar di Asia yang diadakan di sebuah negara Islam terbesar.Ia diiktiraf sebahagian dari Teddy Award, satu Festival Filem LGBT yang diadakan di Berlin. Klik di sini

Matahari Books yang menerbitkan buku 'Orang Macam Kita' diiktiraf mewakili LGBT Malaysia. Sudah tentu pemilik syarikat itu, Amir Muhammad juga turut hadir. Klik di sini dan di sini

Amir juga pernah menerbitkan filem LGBT berjudul "Pangyau". Klik di sini dan di sini

12 tahun dituduh, adakah Anwar sekarang bersih imej Gay ?
Cara Anwar memberi respon kepada Amir tidak menjawab persoalan. Adakah Anwar kini benar-benar yakin beliau benar-benar bersih dari imej Gay yang dituduh selama 12 tahun dulu, sedangkan dari dulu hingga sekarang Anwar enggan bersumpah dengan nama Allah meskipun dituntut oleh banyak pihak termasuk alim ulama sendiri ?

Jika menolak kaedah bersumpah, apa lagi sandaran Anwar ? Mahkamah ?.

Pada tahun 2009, Anwar tewas kepada Dr Mahathir dalam samannya RM100 juta kerana Dr Mahathir menuduh Anwar seorang homoseksual selepas program "Human Rights and Globalisation" anjuran SUHAKAM pada 9 September 2005. Bermakna mahkamah mengesahkan Anwar seorang gay dan bukan setakat tewas, malah Anwar perlu membayar kos kepada Dr Mahathir. Klik di sini

Pada tahun 2000, Datuk Ariffin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman bersalah bersubahat dengan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja meliwat Azizan Abu Bakar, bekas pemandu Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, di unit No. 10-7-2, di Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, Kuala Lumpur pada satu malam, pukul 7.45, antara Januari hingga Mac 1993.

Anwar dihukum dihukum penjara sembilan tahun dan Sukma Darmawan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat kali sebatan.Klik di sini

Pada tahun 2004, rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan yang didengar oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Hamid Mohamed dan Datin Paduka Rahmah Hussain serta Hakim Mahkamah Rayuan, Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud bersepakat mengatakan aktiviti homoseksual antara Anwar, Sukma dan Azizan benar-benar berlaku di Tivoli Villa, tetapi Anwar dibebaskan kerana ketiga-tiga hakim tidak sepakat dari segi tarikh sebenar kejadian liwat tersebut.

Atas alasan percanggahan tarikh, maka Anwar dibebaskan, tetapi adakah bererti Anwar bersih daripada melakukan aktiviti homoseksual ?

Ketika ditanya oleh Lorraine Hahn Wartawan dari CNN di Munich pada 25 September 2004, Anwar sendiri tidak dapat menjawab kenyataan hakim yang mengatakan "... we find evidence to confirm that the appellants [Dato' Seri Anwar bin Ibrahim and Sukma Darmawan Sasmitaat Madja] were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen."

Malah Anwar sendiri turut mengakui pembebasannya bukan semata-mata hujah perundangan, tetapi kerana kompromi politik.Klik di sini

Jadi maksudnya apa ?

LGBT tahu status Anwar walaupun Anwar cuba bermain wayang dan berselindung di sebalik kata-kata penafian, sebab itu LGBT terus menyokong Anwar sampai sekarang.

Read On

Apa misteri Pembebasan Anwar Ibrahim 2004 ?

1 comments

Ketika Anwar Ibrahim dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004, ramai pendokong-pendokong Anwar termasuk Ezam Mohd Nor, Anuar Shaari, Zulkifli Nordin melompat keriangan, tetapi keriangan tidak sampai ke petang, kerana hari ini, Ezam, Anuar dan Zul Nordin bukan lagi menjadi penyokong Anwar. Mereka seorang demi seorang menjauhkan diri daripada Anwar, malah mula mempercayai apa yang selama ini mereka tolak mentah-mentah.

"Selepas Anwar bebas 2004, ada satu benda penting yang diputuskan oleh mahkamah, Ezam mula mengkaji kebenaran keputusan para hakim itu. Ezam kaji sendiri satu persatu, merisik kepada sahabat-sahabat lama Anwar mengenai tabiat luar biasa Anwar, akhirnya ezam jumpa jawapannya", kata SD Johari menceritakan sebab Ezam meninggalkan Anwar Ibrahim.

"Sebenarnya keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2004 telah membuktikan Tun Dr Mahathir betul. Keputusan bertulis hakim-hakim juga jelas menunjukkan bahawa aktiviti homoseks yang didakwa, memang berlaku walaupun akhirnya terpaksa membebaskan Anwar atas sebab teknikal.Keputusan itu sebenarnya yang jadi asas saya tinggalkan Anwar selepas itu. Saya tidak boleh berkompromi dengan pemimpin seperti itu. Ini soal moral dan akidah," kata Ezam kepada Sinar Harian dalam mendedahkan 'benda penting' yang terkandung dalam keputusan Mahkamah Presekutuan membebaskan Anwar pada tahun 2004. Klik di sini

Pandangan arwah Hassan Shukri benar

Ketika keghairahan menyambut pembebasan Anwar pada tahun 2004 itu, Timbalan Presiden PAS ketika itu, Ustaz Hassan Shukri memberi pendapat yang sebaliknya.

Dalam majlis Hi tea bersama Pemuda PAS Kepala Batas pada 26 September 2004, perwakilan bertanya Ustaz Hassan Shukri berkenaan isu pembebasan Anwar Ibrahim.

"Kita jangan terlaju dalam menerajui isu Anwar kerana jika diteliti secara betul-betul tuduhan ke atas Anwar, dia tetap bersalah, cuma keraguan berlaku tentang tarikh kejadian. Sebab itu dia (Anwar) terlepas. Jika mahkamah bertindak semula, ini akan mengaibkan PAS", kata Ustaz Hassan.

Selepas ustaz Hassan memberi pandangannya yang benar, pandangannya terus dikritik hebat oleh kumpulan-kumpulan Anwar dalam PAS khususnya dari Dr Zulkifli Ahmad.

Kumpulan-kumpulan Anwar dalam PAS ketika itu menggunakan laman Marhean untuk mengkritik semula pandangan Timbalan Presiden PAS itu.

Selepas itu, tiada lagi kedengaran suara-suara dalam PAS mengkritik pembebasan Anwar Ibrahim.

Kemudian nada yang sama seperti Ustaz Hassan Shukri dinyatakan kembali oleh bekas aktivis PAS Ustaz Omar Khalid, ketika mengulas mengenai pembebasan Anwar pada tahun 2004.

"Anwar telah confirm sudah bersalah dulu, tiga orang hakim menyebut kamu (Anwar) bersalah, cuma ada ruang-ruang untuk kamu dibebaskan, maka kamu dimaafkan, tetapi kamu masih bersalah", kata Ustaz Omar.

Ustaz Omar, bekas Ketua Penerangan PAS Terengganu, dalam kenyataannya menyatakan Anwar Ibrahim seharusnya disebat 80 kali sekiranya mengikut hukum Islam kerana enggan bersumpah muhabalah ekoran tuduhan ke atasnya yang didakwa melakukan kesalahan liwat ke atas bekas pembantunya Saiful Bukhari.


"Apabila saja tidak dapat bukti, masing-masing boleh bersumpah dengan nama Allah, wallahi, wabillahi, wattallahi, saya tidak melakukan, selepas bersumpah, kena bebaskan dia dan seorang lagi mesti bersumpah juga dan bebas. Kalau yang seorang lagi tidak mahu bersumpah, maka kita hendaklah rotan 80 kali", kata ustaz Omar. Klik di sini

Dan paling menarik, sehingga ke hari ini, selepas pembebasannya pada tahun 2004, Anwar Ibrahim tidak pernah bersumpah membersihkan diri tidak melakukan aktiviti homoseksual terhadap adik angkatnya, Sukma Darmawan ataupun terhadap Azizan Abu Bakar, bekas pemandu peribadi Wan Azizah Wan Ismail.

"Sehingga ke hari ini, Anwar gagal memadamkan rekod melakukan aktiviti homoseksual di Tivoli Villa itu", kata Ezam.

"Rekod Anwar di mahkamah ini akan kekal selama-lamanya, jika Anwar tidak berjaya mencabarnya", katanya lagi.



Read On