Ada yang tak kena dengan Parti Islam ?

0 comments

Selepas Husam Musa, calon Erdogan yang mendakwa dirinya 'pemenang' Timbalan Presiden parti Islam dalam muktamar baru-baru ini, khabarnya Nik Aziz berjumpa secara berasingan untuk memujuk ahli-ahli kumpulan Erdogan itu.

Husam Musa yang kecewa dengan kekalahan itu 'disebabkan janggut yang tidak panjang' sempat memberi kata dua kepada kumpulan pro ulama pimpinan ustaz Hadi Awang dan ustaz Nasha;

"Berhati-hati, ketiga-tiga Naib Presiden yang menang itu (Mahfuz, Salahuddin & Tuan Ibrahim) adalah sealiran dengan saya, mereka akan membawa visi dan misi kesinambungan perjuangan saya, setiap langkah tokoh-tokoh kerajaan perpaduan akan dipatahkan", begitulah lebih kurang amaran yang diberikan oleh Husam Musa.

Setelah muktamar telah lama berlalu, bukan kumpulan yang dianggap pro-ulama yang terkena 'sumpahan' ketua Erdogan (Husam) itu, tetapi satu persatu ahli-ahli kumpulan Erdogan yang dikaitkan dengan mendewakan Anwar itu menerima kesannya.

Nik Aziz, tokoh yang dianggap menaungi kumpulan Erdogan termasuk mentornya (Anwar Ibrahim menerima kesan yang paling teruk. Belum pernah seorang tok guru yang disanjung sebagai Mursyidul Am satu ketika dulu, lunyai habis kredibilitinya.

Semakin Anwar bersuara membela Nik Aziz semakin parah peribadi tok guru tercalar. Dulu tidak pernah kecoh soal 'dinasti anak beranak tok guru' walaupun sudah lama berakar umbi, tetapi kini terbuka semua pekung di dada, akibat bedilan 'kolonel Mat' upahannya sendiri.

Naib Presiden yang sebelum ini didakwa menyokong kumpulan Erdogan, Mahfuz Omar berpaling tadah membedil tok guru sendiri agar dipercepatkan perletakan jawatan Ariffahmi kerana bimbang isu anak menantu akan menjadi liabiliti kepada Parti Islam.

Anakanda perempuan tok guru, Nik Amalina membuka blog, membela suaminya (Ariffahmi) sekaligus membela ayahandanya sendiri. "Husam Musa perlu letak jawatan sebagai exco. Dia yang membawa masuk 'kolonel Mat' dalam kubu, jadi dia perlu bertanggungjawab atas kemelut kerajaan Kelantan. Full Stop." Itu bedilan tegas Nik Amalina di blognya.

Tuan Ibrahim Tuan Man, salah seorang Naib Presiden yang dikaitkan menyokong Tok Guru Nik Aziz kerana pertalian persaudaraan, dibedil pula oleh penulis-penulis upahan Erdogan.

"Tuan Ibrahim sengaja tidak mahu mengambil tindakan kepada Hassan Ali. Tuan Ibrahim sudah berpaling tadah menyokong kumpulan UG (Unity Goverment)". Itu antara tulisan sinis blog-blog Erdogan menemplak sikap tidak tegas mengenakan tindakan disiplin kepada Pesurujaya PAS Selangor yang dianggap kumpulan pro ulama.

Semua itu adalah situasi terkini apa yang terjadi ke atas parti Islam setelah bergabung dengan Anwar Ibrahim. Baru-baru ini konvesyen PR yang berlangsung di Shah Alam yang juga dikendalikan Anwar, kita akan lihat kesannya seawal-awalnya enam bulan dari sekarang. Apa pula bakal terjadi ke atas Parti Islam itu.

Ada yang tidak kena dengan Parti Islam ?

Salah seorang orang kuat Husam Musa, Rosli Allani, meletakkan semua jawatan dalam Parti Islam kelantan. Semua ini kerana terbongkarnya 'kes perkahwinan tidak sah' menggunakan sindiket haram di Subang, Selangor.

Terbongkarnya kisah Rosli Allani akan menjadi pandora box kepada yang lain. Harap tidak merebak kerana kalau terbongkar semakin ramai yang akan letak jawatan.

Tanpa disangka, dua tiga hari lepas, Tok Guru Nik Aziz membuka mulut tentang 'Mengkaji semula calon luar kelantan'. Hujan tidak, ribut pun tidak, Nik Aziz terpancul perkataan itu. MSO juga turut terkejut; "Pilihanraya lambat lagi, kenapa sudah sibuk soal calon ?", katanya.

Seperti biasa apabila Tok Guru Nik Aziz berkata-kata, orang mula beri perhatian. Nasharuddin Mat Isa (Bachok), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai) dan Saifuddin Nasution (Machang). Semua mata tertumpu kepada Ahli Parlimen Bachok, kerana tok guru pernah sergahnya satu ketika dulu.

Tetapi yang ditumpu tidak meletup. Yang duduk diam pula melompat-lompat.

"Saya telah diamanahkan oleh PAS Pusat untuk bertanding di kerusi berkenaan.Saya telah serahkan diri kepada parti dan saya hanya menerima apa sahaja keputusan pucuk pimpinan," kata Salahuddin Ayub yang bertanding di Kubang Kerian.

Penarik Beca, secara bergurau menulis ""bukan sahaja kerusi Parlimen orang Kelantan tak nak bagi kat orang luar, kerusi bas pun depa tak nak bagi dah kat hampa. Orang luar macam hang, nak tumpang kerusi bas Kelantan pun dah payah dah. Kerusi Parlimen lagi la aku tak berani komen"

Tidak tahu kepada siapa yang Penarik Beca tujukan itu. Apatah lagi menggunakan perlambangan bas.

Khabarnya tokoh berjiwa marhaen ini selalu berulang alik dengan bas dari Kelantan ke Kuala Lumpur dan dari Kuala Lumpur ke destinasi asalnya. Transitnya di KL di Puduraya.

Kenapa tokoh marhaen ini tidak terus ambil tiket dari Kelantan ke destinasi asal ? Kenapa perlu transit di Puduraya ? Ada apa di Puduraya ?

Sepatutnya destinasi biasa Kelantan ke Kuala Lumpur adalah Hentian Putra. Kenapa pula transit di Puduraya ?

Apa semua ini ada kaitan dengan pendedahan screwkuat ? Klik di sini

Harap-harap kotak pandora tidak terbuka lagi. Dipanjatkan doa agar tidak terus menerus musibah demi musibah menimpa Parti Islam.

Kalau Anwar punca musibah itu. Kita kerat punca penyakit berjangkit itu!





Read On

Anugerah "Tokoh Demokrasi" bukti Anwar guna konsultan kempen US

0 comments

Selepas Foreign Policy Magazine menamakan Anwar Ibrahim sebagai salah seorang tokoh daripada 100 tokoh pemikir dunia baru-baru ini, sekali lagi Anwar diberi anugerah yang sama di peringkat negara iaitu sebagai "Tokoh Demokrasi".

Majlis penganugerahan "Tokoh Demokrasi" berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 20 Disember 2009 yang dihadiri oleh Robert Murdoch mewakili IAPC (The International Association of Political Consultants).

Apa itu IAPC ?

IAPC atau The International Association of Political Consultants adalah sebuah Konsultan Politik Antarabangsa yang ditubuhkan di Amerika Syarikat pada tahun 1968. Idea asal penubuhan dicetuskan oleh Joseph Napolitan, sekitar tahun 1960-an, berdasarkan pengalamannya menjadi tokoh penting di sebalik tabir menaikkan tokoh-tokoh penting dalam kerajaan Amerika Syarikat. Antara pengalamannya adalah bekas Pengarah Kempen Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy pada tahun 1960 dan Pengarah Media Kempen Hubert Horatio Humphrey untuk calon Naib Presiden Amerika Syarikat pada tahun 1968. Klik di sini

Khusus sebagai konsultan kempen di Amerika Syarikat, Joseph Napolitan menubuhkan APPC (The American Association of Political Consultants).

Pada tahun 1968, Joseph Napolitan berpakat dengan Michel Bongrand, tokoh konsultan kempen politik dari Peranchis untuk mewujudkan Konsultan Kempen Politik di Peringkat Antarabangsa. Pertemuan di Paris, pada tahun tersebut yang dihadiri oleh tokoh-tokoh kempen politik dari 15 buah negara akhirnya mewujudkan sebuah organisasi dinamakan IAPC. Klik di sini

IAPC berpengkalan di Amerika Syarikat dan mempunyai cawangan-cawangan di negara-negara strategik. Pengerusinya adalah Ben Goddard; Presidennya, Tom Edmonds; Setiausahanya, Faye Diamond dan Bendaharinya adalah Nancy Todd Tyner. Keempat-empat tokoh tersebut adalah dari Amerika Syarikat.Klik di sini

Siapa Robert Murdock ?

Robert Murdock adalah konsultan Amerika Syarikat yang menetap di Indonesia. Beliau merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah IAPC [klik di sini] yang dipertanggungjawabkan membuka cawangan IAPC di peringkat Asia yang dinamakan APAPC (The Asia Pacific Association of Political Consultants).

Di peringkat Asia, APAPC ditubuhkan pada tahun 2005 [klik di sini] yang berpusat di dua negara iaitu Australia dan Indonesia [klik di sini]. Kedua-dua pusat operasi itu diuruskan oleh Robert Murdock [klik di sini]

Penasihat utama APAPC adalah Joseph "Joe" Napolitan, warganegara Amerika Syarikat yang menjadi pengasas IAPC dan APPC. Klik di sini


Konsultan Amerika juru kempen Anwar ?

Dengan pemilihan Anwar Ibrahim sebagai "Tokoh Demokrasi" bermakna mengesahkan badan konsultan Amerika Syarikat sudah mengesahkan siapakah tokoh yang menjadi pilihan mereka untuk dikempen sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia pada masa akan datang.

Itu merupakan isyarat yang sangat jelas dan Anwar terlalu gembira dengan pemilihan itu sehinggakan menwar-warkan secara terbuka di blognya. Klik di sini di sini dan di sini

Pada tahun 2007, Robert Murdock dan IAPC telah memberi anugerah yang sama kepada Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dari Indonesia. [Klik di sini] Anugerah yang diberikan kepada SBY itu diberikan sempena dengan Persidangan Dunia IAPC ke-40 di Bali, Indonesia. Dalam persidangan itu, Anwar Ibrahim bersama Dr Colin Rubenstein [Executive Director of the Australia/Israel and Jewish Affairs Council (AIJAC)] merupakan antara tenaga penceramahnya. Klik di sini dan di sini

Kesan pemilihan SBY sebagai "Tokoh Demokrasi" sangat penting kepada survival politiknya. Kesan paling utama SBY mempunyai pelobi, jurukempen dan konsultan pemikir dari Amerika Syarikat. Akibatnya dalam pemilihan jawatan Presiden Indonesia, Robert Murdock dan IAPC menjadi juru kempen di sebalik tabir SBY yang membolehkan beliau mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Indonesia.

Murdock mengiktiraf Indonesia dan SBY sebagai model "Demokrasi" dan "Kebebasan" di Asia.[klik di sini]. Pujian dan kempen besar-besaran Murdock kepada SBY akan menaikkan imej tokoh itu di peringkat antarabangsa khususnya di Amerika Syarikat.

Sebab itu jika dibandingkan dengan dua peristiwa yang muncul serentak kepada Anwar dalam bulan Disember ini, Anwar tidak begitu teruja dengan kedatangan Dr Yusof Al Qaradawi, ulama tersohor dari Mesir yang datang ke Malaysia, jika dibandingkan dengan kedatangan Robert Murdock yang datang dari Amerika Syarikat.

Anwar lebih teruja dengan kunjungan Robert Mudock yang memberi anugerah "Tokoh Demokrasi" kepadanya. Hal ini dibuktikan dengan beberapa penulisan 'penuh ghairah' di blognya.

Sebab itu, semasa berceramah di Pusat Konvesnyen Putrajaya, anjuran JAKIM, Dr Yusof Al Qaradawi membangkitkan soal masa depan Islam di Indonesia. Walaupun Murdock memuji Indonesia sebagai "Negara Demokrasi dan Kebebasan", tetapi Dr Yusof Al Qaradawi melihat sebaliknya, di mana terdapat ancaman besar kepada masa depan Islam apabila perjuangan bertunjangkan "Demokrasi" dan "Kebabasan".

Dr Yusof Al Qaradawi menceritakan pengalamannya sendiri berada di Indonesia, di mana di hotel-hotel hanya dibekalkan dengan kitab Injil. Ini merupakan proses kristianisasi secara halus, kata ulama tersohor itu.

Hadiah amat besar kepada Anwar tahun ini adalah anugerah "Tokoh Demokrasi" dari Robert Murdock. Bermakna, mulai saat ini, Anwar boleh tidur bermimpikan mahligai Putrajaya, kerana Murdock telah melakukan pekara yang sama kepada SBY sebagai Presiden Indonesia.





Read On

Kenapa Anwar Ibrahim tak jadi bersumpah di depan Dr Yusof Al Qaradawi ?

0 comments

Apabila Anwar menyiarkan iklan di blognya (klik di sini) tentang kedatangan Dr Yusof Al Qaradawi, di Masjid Negeri Shah Alam (Masjid Sultan Abdul Aziz Syah, ramai yang menyangka akan berlaku peristiwa besar, terutamanya kesanggupan Anwar bersumpah untuk membersihkan dirinya daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ada juga yang berfikir kedatangan Dr Yusof Al Qaradawi ke Malaysia kerana jemputan Anwar Ibrahim, dalam satu rangka strategi membersihkan imejnya sebagai peliwat bersempena dengan perbicaraan yang bakal dijalankan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pada 25 Januari akan datang.

Rupa-rupanya kedatangan Dr Yusof Al Qaradawi ke Malaysia bukan tas usaha Anwar, tetapi usaha kerajaan Malaysia yang mengiktiraf beliau sebagai tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa 1431/2009 yang diadakan di Pusat Konvesyen Putrajaya dua hari lepas.

Bermakna, Anwar mengambil kesempatan kehadiran ulama tersohor ke Malaysia itu untuk program Maal Hijrah menjemput ke Masjid Negeri Shah Alam malam tadi.

Cara Anwar iklankan di blognya begitu menarik; "Syarahan Perdana Oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi, Anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan, Di Masjid Negeri Shah Alam, SABTU, 19 DISEMBER 2009, Program Bermula Dengan Solat Maghrib, Seterusnya Pengenalan Oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim"

Sudah tentu dalam suasana riuh rendah, Angkatan Muda PKR mahu merealisasi program "40 hari bela liwat", orang ramai akan berfikir kedatangan Dr Yusof Al Qaradawi sebahagian daripada siri program itu. Sebenarnya tidak, ulama tersohor itu bukan datang kerana 'membela Anwar' tetapi datang kerana dijemput kerajaan Malaysia untuk menerima anugerah tokoh Maal Hijrah.

Sebenarnya anggapan dan sinonim Dr Yusof Al Qaradawi dengan Anwar Ibrahim sebelum ini sengaja dicipta oleh Anwar sendiri.

Blog depa kata, "Suatu ketika, iaitu pada era Reformasi, nama Yusuf Al-Qadhrawi bagaikan tidak lekang. Tokoh ulama kontemporari ini seringkali diuar-uarkan sebagai menyokong sebarang tindakan Anwar Ibrahim"

"Bahkan Anwar ketika berceramah di Ayer Keroh di kawasan lapang hadapan Taman Ular dan Buaya pada 1997, memberitahu orang ramai yang bersesak-sesak, KONONNYA Dr. Yusuf Al-Qadhrawi telah menghubunginya menerusi telefon dan mengajarnya suatu doa agar terlepas dari bahaya yang berbunyi (Tasbih Nabi Yunus)"

"Ketika Anwar tercebur sekali lagi dan terbirit-birit lari ke Kedutaan Turki untuk menyorok selama beberapa hari atas alasan takut dibunuh, keluarnya dia dari Kedutaan Turki, nama tokoh itulah yang disebutnya terlebih dahulu"

"Semalam, Yusuf Al-Qadhrawi telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa yang dianjurkan oleh Malaysia dan sepanjang bersama-samanya, orang yang sentiasa memberitahu yang dia sangat rapat dengan Yusuf Al-Qadhrawi, tidak pula kelihatan di mana-mana"

"Tidakkah gembira hati Anwar apabila 'KAWAN RAPATNYA' itu menerima anugerah dan berada di negara ini. Tidakkah Anwar teringin nak berjumpa tanpa perlu terbang ke Dubai seperti kebiasaannya ?" Klik di sini


Kenapa Anwar tidak bersumpah ?


Bermakna tidak salah, sekiranya terdapat anggapan 'Anwar bakal bersumpah di depan Dr Yusof Al Qaradawi' kerana Anwar sendiri yang sentiasa bersandarkan kepada ulama tersohor itu sebelum ini.

Hakikatnya Anwar tidak bersumpah di Masjid Negeri Shah Alam, malam tadi, kelibat Anwar pun tidak kelihatan. Yang hadir Dr Yusof Al Qaradawi, Ustaz Abd Ghani Shamsuddin (penterjemah ucapan ulama itu) dan Khalid Ibrahim. Turut kelihatan Hadi Awang, Presiden PAS yang tiba kemudiannya.

Dalam iklan di blognya, Anwar sendiri mengatakan beliau akan memberi kata-kata aluan kepada Dr Yusof Al Qaradawi dalam program malam tadi, tetapi Anwar tidak muncul, kata-kata aluan itu diganti dengan ucapan Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.

Kemudian Dr Yusof berceramah dengan diterjemahkan oleh ustaz Abd. Ghani Shamsuddin, Setiuasaha Dewan Ulama, PAS Pusat. Hingga ke penghujung ucapan dan terjemahan Dr Yusof Qaradawi, Anwar tidak muncul di hadapan.

Mengapa Anwar tidak tampil bersumpah di depan Dr Yusof Al Qaradawi untuk membersihkan dirinya, sedangkan itulah masa terbaik yang patut dilakukannya ?

Bukan setakat tidak tampil ke hadapan, tetapi Anwar tidak memberikan kata-kata aluan kepada Dr Yusof Al Qaradawi seperti yang dijanjikan di blognya ? Kenapa ?

Bukan setakat itu, kelibat Anwar juga tidak kelihatan dalam program itu, kenapa ?

Di sini, muncul satu misteri, kenapa Anwar tidak kelihatan dalam program tersebut sedangkan sebelum ini Anwar sendiri menyiarkan iklan bahawa dia sendiri akan terlibat memberi kata-kata aluan kepada ulama tersohor itu ?

Anwar tidak sudi berjumpa dengan Dr Yusof Al Qaradawi atau ulama tersohor itu tidak sudi berjumpa dengan Anwar ?

Ini sekaligus mengingatkan cerita-cerita yang pernah berlegar di internet sebelum ini, bahawa Dr Yusof Al Qaradawi pernah berpesan kepada Hadi Awang, Presiden PAS supaya berhati-hati dengan Anwar Ibrahim, semasa pertemuan mereka di Paris tahun lepas.Klik di sini

Ini juga mengigatkan kembali kata-kata Azmin Ali dalam wawancara dengan Agendadaily, bahawa Dr Yusof Al Qaradawi pernah disiasat oleh Anwar selama 5 jam untuk menentukan tokoh ulama itu teroris atau tidak. Ketika itu Anwar bekerja di Amerika Syarikat, mengambil tugas yang diarahkan oleh Paul Wolfowitz, zionis Amerika itu. Klik di sini

Sebelum Dr Yusof Al Qaradawi menutup ucapannya di Masjid Negeri Shah Alam malam tadi, beliau mengingatkan hadirin agar berhati-hati dengan 'golongan munafik', kerana 'golongan munafik' boleh berpura-pura, seolah-olah pro Islam, tetapi hakikatnya berusaha memecah belah Islam.

Adakah ucapan itu ditujukan kepada Anwar ?


Read On

Terbongkar semula : Anwar arah DNA afifa ditukar ?

0 comments

Pendedahan The Unspinners dua hari lepas (klik di sini) membuka satu lembaran baru dalam kes pertuduhan salah laku seks Anwar-Shamshida 1998.

Dalam perbicaraan kes salah laku Anwar 1998, pihak pendakwa telah mengemukakan saksi ke 21, seorang pakar forensik, Lim Koon Boon telah membentangkan hasil kajiannya, berkenaan dengan 13 kesan tompokan air mani Anwar Ibrahim dan Shamshida Taharin pada tilam yang dirampas pada 10 Julai 1998 dari sebuah unit apartmen mewah Tivoli Villa, tempat yang didakwa berlakunya hubungan seksual antara kedua pasangan itu.

Sebab itu The Unspinners berhujah; "Mereka (penyokong Anwar) berkata air mani Anwar telah diperah sewaktu Anwar tidur atau pengsan dan kemudian disapukan atas tilam itu.
Tetapi penyokong Anwar tidak dapat menjelaskan bagaimana air mani Shamshida boleh disapu atas tilam yang sama?"

Sebab itu juga, walaupun Anwar membawa dua pakar DNA dari luar negara, Dr. Henry Roberts dari Australia dan Dr. Duncan Colin Woods dari Britain, tetapi keshahihan DNA milik Anwar dan Shamshida dari kesan tilam itu tidak dapat disangkal. Bermakna kedua-dua pakar DNA Anwar juga turut bersetuju kesan 13 tompok di atas tilam itu adalah milik Anwar dan Shamshida.

Seperti The Unspinners, seorang lagi blogger bernama X-files Anwar (klik di sini) turut membangkitkan perkara sama, pada 19 November lalu.

X-files mendedahkan; "Menurut maklumat yang sahih, Anwar telah campur tangan mengarahkan Musa Hassan,(ketika itu) pegawai penyiasat kes Anwar melarang Farah Afifah dibawa ke Bukit Aman untuk mengambil sampel darahnya, sebaliknya Anwar mengatakan kepada Musa, terima apa sahaja darah yang telah diberikan oleh Shamshida"

"Dalam masa yang sama Shamshida dikatakan telah berjumpa dengan doktor kenalan Anwar dan mengambil darah anak perempuan sulongnya bernama Farah Shazliyana. Darah Farah Shazliyana itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis"

"Bermakna ujian DNA yang kononnya dikatakan sampel darah Afifah, bukanlah darah kanak-kanak itu sebenarnya, tetapi darah anak sulong Shamshida, Farah Shazliyana."


Bagaimana kes ini timbul semula ?

Kes ini bermula daripada pendedahan Dato Khalid Jafri (arwah) melalui bukunya, "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM". Anwar sendiri membuat laporan polis supaya menangkap penulisnya yang dituduh sebagai fitnah. Hasil siasatan polis mendapati laporan dalam buku ini ada asasnya dan mendakwa Anwar ke mahkamah sehingga Anwar dijatuhi hukuman bersalah dan dipenjara selama 6 tahun di Sungai Buloh.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwa berjaya membuktikan tanpa keraguan, terdapatnya hubungan intim dan salah laku seksual antara Anwar dan Shamshida,di Tivoli Villa. Bukti yang paling kukuh yang tidak disangkal oleh Anwar adalah laporan kimia daripada Lim Koon Boon.

Dalam perbicaraan itu juga, Musa Hassan, pegawai penyiasat Anwar (sekarang Ketua Polis Negara) mendedahkan di mahkamah bahawa Anwar telah campur tangan beberapa kali untuk menutup kes itu terus disiasat.

Kali pertama, pada 30 Ogos 1997: Anwar telah mengarahkannya supaya menghentikan siasatan lanjut mengenai surat layang berkaitan salah laku seks dan homoseksualnya bertajuk ''Talqin Terbuka Untuk Anwar Ibrahim''. Arahan Anwar kepada Musa itu dibuat di hadapan Datuk Ismail Che Rus dan Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah di pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri. Klik di sini

Kali kedua, pada 2 September 1998 (pada hari yang sama Anwar dipecat daripada UMNO) : Musa Hassan memberitahu Mahkamah Tinggi beliau telah dipanggil oleh Anwar ke pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri kira-kira pukul 12.20 tengah hari pada 2 September 1998. Dalam pertemuan itu, menurut Musa, Anwar menyatakan kepada beliau, apa gunanya beliau memanggil saksi-saksi untuk merakamkan pernyataan mereka kerana Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar telah menulis surat kepadanya menafikan tohmahan-tohmahan kegiatan seksual dan homoseksual yang dilakukannya. Klik di sini

Semasa perbicaraan itu, Musa Hassan juga turut menyatakan kekecewaannya kerana Anwar telah mengarahkannya supaya tidak membawa kanak-kanak (Afifa) ke Bukit Aman untuk diambil sampel darah, sebaliknya menerima apa sahaja darah yang diberikan oleh Shamshida.

Di kalangan inner circle Anwar (setakat ini penama itu perlu dirahsiakan) mengetahui Shamshida telah membawa Farah Shazliyana (anak sulongnya) dan bukannya Farah Afifah (kanak-kanak yang sepatutnya diambil sampel darah) ke klinik kenalan Anwar Ibrahim. Sampel darah Shazliyana itu telah diserahkan Shamshida kepada pihak polis.

Inner circle Anwar itu turut mendakwa mereka mempunyai bukti nama doktor dan alamat klinik yang telah pemalsuan pengambilan sampel darah tersebut.

Arwah Khalid Jafri, penulis buku 50 Dalil juga turut mengetahui perkara ini. Selepas didapati bersalah di mahkamah akibat kenyataan polis mengesahkan hasil ujian DNA (darah yang diserahkan oleh Shamshida) mendapati pemilik darah itu bukan anak Anwar, arwah Kahlid Jafri berusaha membuat rayuan dengan menyertakan bukti-buktinya serta mendesak ujian DNA dilakukan sekali lagi ke atas Farah Afifa, namun belum sempat rayuan dibuat arwah telah meninggal dunia akibat kencing manis.

Datuk Nallakarupan yang sebelum ini berpihak kepada Anwar, kini telah beralih arah menjadi penentang Anwar.

Pada tahun lepas, Datuk Nalla telah membuat pengakuan bahawa semua tuduhan yang dikenakan ke atas Anwar pada tahun 1998 adalah benar dan beliau menyesal kerana tidak bekerjasama dengan pihak polis sebelas tahun lepas.

Datuk Nalla merupakan individu penting dalam kes perbicaraan Anwar pada tahun 1998, iaitu orang tengah yang membawa Anwar-Shamshida dalam kereta miliknya, Daimler WBV 37, ke Trivoli Villa, Bangsar.

Ketika itu, Datuk Nalla adalah Pengarah Eksekutif Magnum Corporation (syarikat judi) memiliki dua unit Tivoli Villa (2-5-13 dan 2-5-14), di Tingkat 5, Blok 2 Tivoli Villa, tempat Anwar dan Shamshida didakwa melakukan hubungan terkutuk itu.


Read On

Anwar : Ada apa dengan BTN ?

5 comments




Menonton video lama Anwar di BTN dan membandingkan dengan tindakannya hari ini tentunya menarik. Selain terdapat kontradiksi yang amat besar, tentunya akan menyerlahkan lagi wajah Anwar yang digambarkan sebagai seekor binatang 'The Chameleon' oleh majalah The Economist baru-baru ini.

Hari ini Anwar mahu dikenali sebagai 'pejuang multi-culture' tanpa sempadan agama dan budaya, tetapi berasaskan prinsip demokrasi, hak asasi dan kebebasan beragama. Lantas badan yang memperjuangkan hak keagamaan dituduhnya 'ortodok', manakala badan yang memperjuangkan hak kaum dituduhnya sebagai 'racist'.

Tetapi 16 tahun dahulu Anwar lah yang berusaha menonjolkan dirinya sebagai 'pejuang Melayu' dengan memakai kosmetik Melayu-Islam dan mengembar-gemburkan dirinya sebagai bekas Presiden PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia) dan ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia).

Maka BTN diperkudakan Anwar sebagai mengilap imejnya sebagai 'pejuang Melayu', manakala ABIM dimanipulasikan untuk menonjolkan imejnya sebagai 'pejuang Islam'. Serta IKD (Institut Kajian Dasar) yang dipimpin oleh sahabat baiknya, Kamaruddin Jaafar(bekas Setiausaha Agung ABIM) dieksploitasi sepenuhnya untuk menaikkan imej Anwar sebagai 'pejuang Melayu-Islam'.

Dr Siddiq Fadhil, bekas Presiden ABIM dan ketika itu menjadi panel IKD diberi kolum khas di Berita Harian untuk menulis sokongan secara halus kepada Anwar dengan menonjolkan penulisan bercorak Melayu-Islam yang dinamakan 'Melayu Baru'.

Pendek kata, Anwar Ibrahim yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memperkudakan semua instrumen semaksima mungkin untuk menyokong popularitinya, sama ada BTN, IKD, ABIM dan PKPIM. Bukan setakat itu, institusi pengajian tinggi khususnya UIA (Universiti Islam Antarabangsa) dan badan pemikir Islam Antarabangsa dari Amerika Syarikat, bernama IIIT (International Institute of Islamic Thought) juga diperalatkan untuk kepentingan dirinya.

Semuanya digabungkan oleh Anwar menjadi satu pasukan, missionari berkempen untuk membantu memperkukuhkan dirinya sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

Anwar suka pasang orang

Dari dulu hingga sekarang, sifat Anwar tidak pernah berubah, dia mahu memiliki segala-galanya untuk kepentingan dirinya. Lagaknya mengalahkan PM, bersikap diktator, mahu segala-galanya di bawah kawalannya.

Sifat Anwar suka 'memasang orang-orangnya' di pelbagai posisi. Malah semua media massa dan elektronik dikawalnya seketat-ketatnya dengan hanya menyiarkan berita-beritanya muka depan yang berbentuk positif.

Sikap 'memasang orang' dan 'mengatur soalan-soalan yang dirancang' terbukti daripada video ini.

Individu yang bertanya adalah Mustafa Kamil Ayub bertanyakan soalan untuk mengangkat imej Anwar sebagai 'Pejuang Melayu' dengan menjadi pembela hak keistimewaan orang Melayu serta mempertahankan DEB. Adakah soalan ini dirancang ? Mungkin. Sebab sifat Anwar suka merancang soalan-soalan yang sepatutnya ditanya kepada dirinya, termasuk di kalangan para wartawan.

Video ini dirakam tahun 1993, dalam Kursus Perdana BTN di Langkawi. Kursus Perdana adalah kursus yang dihadiri oleh pemegang-pemegang jawatan tinggi dalam agensi kerajaan atau swasta, apatah lagi kursus itu dihadiri sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Tahun 1993, Anwar baru sahaja memegang kuasa sebagai TPM, ekoran kemenangannya sebagai Timbalan Presiden UMNO melawan Ghafar Baba. Walaupun sebelum itu, Anwar pernah berjanji tidak akan melanggar jawatan Timbalan Presiden, kerana menghormati 'orang yang lebih tua', Ghaffar Baba (ketika itu menjadi TPM), tetapi Anwar mungkin janji pada saat akhir, dan mencalonkan dirinya sebagai Timbalan Presiden UMNO hingga Ghafar terpaksa menyerah kalah.

Sebagai TPM, Anwar bertanggungjawab menjaga BTN. Sebagai TPM yang baru memperolehi kuasa, Anwar memperalatkan BTN untuk memperkukuhkan kedudukan serta sokongan di kalangan pemegang-pemegang jawatan tertinggi dalam jabatan kerajaan dan swasta.

Kesempatan seperti ini diambil sepenuhnya oleh Anwar dengan menjadi penceramah utama dan menjawab soalan-soalan yang mempopularkan dirinya dalam Kursus Perdana BTN di Langkawi itu.

Mustafa Kamil Ayub, sememangnya sudah dikenali sebagai penyokong totok Anwar. Ketika itu Mustafa Kamil adalah Ketua Jabatan Latihan dan Kepimpinan Pelajar, bahagian Hal Ehwal Pelajar di UIA. Kemasukan Mustafa Kamil di bahagian Hal Ehwal Pelajar UIA juga diplan oleh Anwar (dengan kuasanya sebagai Presiden UIA), untuk memperkukuhkan pengaruh ABIM dan PKPIM di UIA berdasarkan rekod Mustafa Kamil sebagai Presiden PKPIM dan aktivis ABIM, sejak dari UKM lagi.

Dengan kepakaran Mustafa Kamil sebagai bekas aktivis PKPIM, ABIM dan IIFSO (klik di sini)yang sejalur dengan latar belakang Anwar, maka dia diharapkan dapat merekrut lebih ramai lagi kader-kader baru di kalangan pelajar yang sama fikrah dengan Anwar.

Selain itu Mustafa Kamil juga dilantik sebagai sahabat BTN dengan menjadi penceramah dan fasilitator BTN, yang menjelajah ke seluruh negara untuk memperkukuhkan kader-kader Anwar.

Salah seorang yang telah direkrut adalah Rosli Abdullah, bekas aktivis PKPIM yang diterap masuk ke dalam BTN setelah tamat belajar. Hasil daripada kroni PKPIM/ABIM, Rosli dilantik menjadi Pengarah BTN Terengganu. Apabila Anwar dipecat daripada UMNO, Mustafa Kamil Ayub dan Rosli Abdullah ikut jejak langkah Anwar. Mustafa Kamil sertai Keadilan, manakala Rosli Abdullah sertai PAS dengan menjadi Pengarah UBI (Unit Bimbingan Ummah) semasa PAS memerintah Terengganu.

Anwar kata bukan Melayu 'pendatang' ?

Soalan Mustafa Kamil disambut oleh Anwar dengan penuh ghairah. Sesuatu yang mengejutkan, Anwar menggelar kaum Cina dan India sebagai 'pendatang', sedangkan hari ini Anwar mendakwa orang bukan Melayu bukan pendatang, malah Anwar menuduh pula kaum Melayu sebagai pendatang sama seperti Cina dan India. Dakwa Anwar hari ini, kaum Melayu bukan kaum asal di tanah air ini, kaum asal adalah penduduk orang asli. Itu hujah dipegang Anwar sekarang ini.

Tetapi 16 tahun dahulu, ketika Anwar berada dalam kerajaan, Melayu adalah penduduk asal, manakala bukan Melayu adalah 'pendatang'. Malah ditemplaknya kaum pendatang itu agar jangan mengungkit persoalan hak keistimewaan orang Melayu kerana sudah termaktub dalam 'perjanjian keramat' (termaktub dalam perlembagaan) yang mewartakan kedudukan Bahasa Melayu, Agama Islam dan Hak Keistimewaan Orang-orang Melayu.

Lebih menarik lagi, walaupun Anwar mendakwa dirinya sebagai 'pejuang Bahasa Melayu', tetapi dalam kursus itu, Anwar begitu berbangga menggunakan bahasa rojak, (Bahasa Melayu campur Bahasa Inggeris), walaupun pesertanya adalah Melayu.

Dr Mahathir yang pernah menyampaikan ceramah dan menjawab sesi soal jawab dalam kursus perdana BTN, menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dan tidak pernah menggunakan bahasa rojak seperti Anwar.

Itulah sikap Anwar, terlalu banyak mahu menjadi 'pejuang'; Pejuang Bahasa, agama, kaum akhirnya semuanya menjadi rojak! Bukan setakat rojak, tetapi boleh berubah-ubah dan tidak konsisten, akhirnya semuanya hancur lebur!

Lebih menarik lagi, ketika Anwar mempertahankan hak keistimewaan Melayu dan DEB, dia membuat perbandingan dengan Amerika Syarikat. Semuanya mesti merujuk kepada Amerika Syarikat, hinggakan kaum Melayu di Malaysia juga mahu disinonimkan dengan bangsa Barat di Amerika Syarikat.

Kenapa Anwar bakar pejabat BTN Bellamy dan pejabat IIIT di UIA ?

Satu peristiwa paling menarik dan masih menjadi misteri sampai ke hari ini, ketika Anwar dipecat daripada UMNO, dua tempat yang dikaitkan sebagai pusat operasi Anwar terbakar secara tiba-tiba. Satu perancangan atau kebetulan ? Kenapa kedua-duanya 'dibakar' serentak ?

Satu daripadanya adalah ibu pejabat BTN di Bellamy, Kuala Lumpur. Keduanya ibu pejabat IIIT (Malaysia) di UIA, Petaling Jaya. Kebakaran itu mengakibatkan semua dokumen-dokumen penting berkaitan dengan operasi BTN dan IIIT musnah.

Kenapa berlaku perancangan membakar kedua-dua pusat operasi Anwar, ketika Anwar kehilangan kuasa ? Ada sesuatu mahu dilindungi ?




Read On

Konvensyen PR didominasi PKR ?

0 comments



Buat pertama kali PR akan berkonvensyen pada 19 Disember 2009, di Auditorium MBSA Shah Alam, Selangor. Semuanya diatur oleh PKR, tuan rumah PKR, pemilihan logo PKR, inisiatif pendaftaran PR juga PKR. Pendek kata semuanya didominasi oleh PKR, dari pengerusi PR hingga sekecil-kecil urusan teknikal.

Menurut Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah, satu dokumen yang mengandungi empat teras utama PKR akan dibentangkan untuk persetujuan tiga parti kompenan iaitu PKR, PAS dan DAP. Dengan persetujuan keempat-empat teras itu, dijangkakan ketiga-tiga parti khususnya antara PAS dan DAP tidak akan bertembung lagi antara satu sama lain.

"Semua parti bergabung dalam satu entiti yang mantap dan bersatu padu, lebih 1,500 perwakilan dari setiap parti akan hadir dalam konvensyen itu", kata Sivarasa.

Dijangkakan ucaputama konvensyen itu akan disampaikan oleh Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PR dan Penasihat Umum PKR.

Polemik pra pendaftaran PR

Orang yang dipertanggungjawabkan mendaftar PR adalah Zaid Ibrahim dari PKR. Zaid telah menghantar permohonan pendaftaran itu kepada Pendaftar Pertubuhan dengan nama PAKATAN RAKYAT MALAYSIA (PRM). Nama pun sudah mirip kepada PKR dengan mengambil nama satu parti kompenan yang bergabung dengan PKR iaitu PRM (Parti Rakyat Malaysia).

Pernah Nik Aziz berkata, "PRM ni adik sikit kepada Komunis, kerana elemen sosialisnya", sekarang nama PRM digunakan juga untuk menggabungkan ketiga-tiga parti pakatan pembangkang itu.

Peringkat awal Zaid Ibrahim ditohmah oleh ahli-ahli Pakatan yang lain dengan menuduh Zaid gila kuasa, kerana meletakkan dirinya sebagai PENGERUSI Pakatan Rakyat Malaysia.

Zaid menjelaskan, dia bukan gila kuasa, dia hanya meletakkan namanya sebagai Pengerusi hanya bersifat sementara. Itu jawatankuasa PROTEM. Selepas lulus pendaftaran, nama lain akan dicadangkan sebagai Pengerusi PRM.

Nampaknya polemik ini hanya berlegar di sekitar PKR, PAS mengambil sikap untuk berdiam diri. Tidak dapat dipastikan adakah usaha mendaftarkan PR ini mendapat sokongan penuh daripada PAS atau sebaliknya, kerana PAS memilih pendekatan untuk tidak bercakap dalam soal ini.

Kenapa Zaid pilih Nik Aziz pengerusi PR ?

Menjadi misteri yang tidak terjawab sampai sekarang, kenapa Zaid Ibrahim mencadangkan Nik Aziz Nik Mat sebagai Pengerusi PRM ? Kenapa Nik Aziz ? Kenapa tidak kekalkan Pengerusi PR yang sedia ada iaitu Anwar Ibrahim ?

"Untuk menjayakan usaha ini, ia memerlukan “pengorbanan” dari Anwar Ibrahim. Abdul Hadi Awang juga boleh membuat sumbangan besar dengan meminta Tok Guru Nik Aziz untuk menjadi Ketua atau Pengurusi kepada Pakatan Rakyat; sama seperti Mahatma Gandhi yang menjadi “spiritual leader” kepada parti Kongres India. Lim Kit Siang pula boleh membuktikan semangat “statesmanship” dengan bersetuju dengan cadaangan ini serta menjadi penasihat dalam hal-hal demokrasi dan hak asasi"

Apa maksud "spiritual leader" ? Adakah bermaksud boneka ?. Kalau itu maksud sebenar Zaid, rasanya sudah cukup Nik Aziz dibonekakan oleh Husam Musa. Sudah puluhan tahun Nik Aziz 'dipergunakan' di Kelantan, hingga kini imejnya calar balar, hinggakan anak-anaknya berdoa agar ayahandanya cepat-cepat berundur dari arena politik.

Itu mengawal satu parti Islam, Nik Abduh sudah mendoakan ayahandanya mengundurkan diri, bagaimana pula Nik Aziz diberi amanah untuk mengawal ketiga-tiga parti yang berlainan ideologi dan prinsip ? Adakah Nik Abduh merestuinya ?

Tetapi cadangan Zaid itu tidak mendapat reaksi positif daripada PAS. Hadi Awang, Presiden PAS kata kena tanya Nik Aziz sendiri adakah dia sanggup atau tidak. Dia sendiri enggan komen lanjut.

Tetapi cadangan Zaid itu menimbulkan polemik besar dalam PKR. Ahli-ahli PKR yang terkenal sebagai pemuja Anwar melenting dengan cadangan itu. Mereka menuduh Zaid biadap kerana membelakangkan Anwar.

Anwar sendiri ketika ditanya mengenai pemilihan Nik Aziz sebagai Ketua berkata "Saya akan pertimbangkan cadangan itu" yang mengambarkan kesukarannya untuk melepaskan jawatan sebagai ketua kepada pakatan tiga parti pembangkang.

"Bila saya mencadangkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dilantik ketua Pakatan Rakyat, riuh-rendah kedengaran suara menyokong dan menentang. Ramai yang memberi pendapat mereka. Ada pula yang menuduh kononnya ini strategi saya nak jadi ketua Pakatan. Kata mereka saya tak hormat Anwar Ibrahim apabila membuat cadangan ini. Nampaknya masih ada yang tak faham atau pura-pura tak faham", kata Zaid.




"Premis utama dalam cadangan saya itu ialah kita perlu kepada seorang “spiritual leader”, sama saperti Mahatma Gandhi sewaktu zaman India memperjuangkan kemerdekaan dahulu...Yang saya maksudkan sebagai pemimpin spiritual ini adalah seorang pemimpin yang tidak ada cita-cita nak jadi Perdana Menteri atau apa-apa jawatan besar. Ini sama seperti Gandhi yang tidak mahu apa-apa jawatan, hanya setakat menyokong Jawaharlal Nehru sebagai Perdana Menteri India merdeka. Yang Gandhi mahu hanyalah India yang merdeka, bersatu dan bebas dari penjajahan. Pemimpin seperti ini bergerak atas keluhuran perjuangan" kata Zaid lagi.

"Saya tegaskan di sini bahawa buat masa ini memang tak ada mana-mana wakil rakyat yang lebih sesuai dan berupaya daripada Anwar Ibrahim untuk menjawat jawatan Perdana Menteri apabila Pakatan memperolehi undi majoriti rakyat nanti. Jadi penyokong dan peminat Anwar Ibrahim tak usahlah bimbang", Zaid membuat kesimpulan.

Bermakna, sudah jelas maksud tersurat dan tersirat Zaid mendaftarkan PRM serta mencadangkan Nik Aziz sebagai ketua PRM semata-mata untuk memastikan PAS memberi sokongan. Jika PAS menarik diri, PRM akan gagal kehilangan PRM kehilangan suara Melayu. Jadi untuk memastikan kejayaan PRM, PKR mengula-gulakan nama Nik Aziz, tetapi bukan berhasrat untuk menjadi PM, untuk memastikan kemenangan PRM dalam pilihanraya umum. Apabila PRM sudah menang, ketika itu Anwar Ibrahim akan diangkat menjadi PM.

Begitu licik sekali permainan Anwar yang berselindung di sebalik imej Zaid Ibrahim dan Nik Aziz!

Pakatan akan menjadi satu parti, satu logo ?

Bab ini belum dibincangkan sepenuhnya. Bab ini paling sensitif kerana akan menyinggung perasaan ahli-ahli kompenan yang mendakwa partinya paling dominan.

PKR mungkin tidak kisah soal logo, kerana impian mereka hanya mahu jawatan PM, tetapi bagaimana pula dengan PAS dan DAP ?

Jika kita meneliti logo konvesyen PR yang pertama, kita dapat rasai pembunuhan secara senyap imej PAS. Selain tiada latar belakang berwarna 'hijau' logo itu dipenuhi dengan imej simbol mata bentuk bunga raya Malaysia. Imej di luar bunga raya itu juga masih lagi didominasi imej PKR

Persoalannya, bersediakah PAS menerima hukuman 'pembunuhan secara senyap' seperti mana yang terjadi ke atas Parti Rakyat Malaysia apabila bergabung dengan Parti Keadilan Nasional ?

Apakah PAS setaraf dengan Parti Rakyat Malaysia ?




Read On

Nasib baik Anwar tidak jadi Presiden PAS...

0 comments

Nasib baik ramalan bekas wartawan Utusan, Sukby Latif yang salah satu bukunya, Anwar bakal calon sesuai jadi Presiden PAS tidak menjadi kenyataan. Subky yang sekarang ini merupakan aktivis PAS Wilayah Persekutuan pernah meramalkan Anwar Ibrahim merupakan bakal Presiden PAS selepas Asri Hj Muda. Ketika itu PAS kalah teruk dan ABIM yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim dikatakan telah 'membekalkan darah baru', ustaz-ustaz ABIM menyertai PAS, termasuk Hadi Awang, Nakhie Ahmad dan Fadhil Noor.

Tetapi pendedahan AIDC di dalam egroup AIDC membongkar maklumat sebaliknya, [klik di sini] kumpulan ustaz ABIM yang dipimpin oleh arwah Fadhil Noor, bukan diarahkan Anwar sertai PAS, tetapi sengaja disingkirkan oleh Anwar untuk persiapan Anwar menyertai UMNO pada tahun 1982. Jadi apabila Anwar sertai UMNO, tiada siapa pun mempersoalkan tindakannya, kerana golongan ustaz ABIM yang lebih pro-ulama semuanya telah masuk PAS dan yang tinggal dalam ABIM adalah golongan 'sekular' pro Anwar Ibrahim.

Nampaknya Subky Latiff juga tertipu dengan lakonan 'zuhud' Anwar ketika dalam ABIM. Tetapi arwah Fadhil Noor, Mohamad Sabu, Sahaluddin Ayub, Hadi Awang, tidak mudah 'tertipu' dengan 'lakonan' zuhud Anwar, kerana mereka orang dalam ABIM, mereka tahu segala-gala tentang Anwar, tentang sikapnya, pendiriannya dan hala tujunya.

Anwar berpaksi pluralisme sejak Presiden ABIM

Ketika arwah Fadhil Noor memangku ABIM selama 5 tahun, (kerana ketika itu Anwar ditahan ISA) bermula pada 3 Disember 1974 hingga Julai 1978, ketika itu arwah mengenali siapakah Anwar, siapa inner circle Anwar dalam dan luar negara. Dan tidak mengejutkan Apabila Anwar keluar dari tahanan ISA, arwah Fadhil Noor meletakkan jawatan dalam ABIM dan mengistiharkan diri tiada kaitan dengan ABIM serta menyertai PAS.

Betul semasa Anwar dalam ABIM, dia pernah mempopularkan konsep "Islam is the way of life", tetapi itu hanya slogan, kerana intipati ucapannya berteraskan kerangka pemikiran Muhamad Iqbal, Ismail Al Faruqi, Syed Hussein Nasr, Jamaluddin Al Afghani. Dulu orang tidak faham siapakah tokoh-tokoh ini. Sekarang ramai sudah semakin faham, rupa-rupanya tokoh-tokoh ini adalah tokoh pencerah Islam Liberal.

Barangkali berlaku pertembungan fikrah antara kumpulan ustaz ABIM pimpinan arwah Fadhil Noor yang lebih bersetuju dengan pemikiran Hassan Al Banna dan Syed Qutb, pemikir Ikhwan Muslimin dari Mesir, berbanding dengan Syed Hussein Nasr, bekas pelarian Iran yang mendapat naungan Amerika Syarikat. Sekarang pun Syed Hussein Nasr masih menetap di Amerika dan mengajar di Universiti George Washington.

Ahmad Lutfi Othman dalam bukunya, "Memo buat Bakal PM" (Penerbitan PEMUDA,1993) merupakan penulis pertama yang membongkar fikrah Anwar yang tidak selari dengan fikrah arwah Fadhil Noor.

Fikrah 'Islam' Anwar berpaksikan pluralisme. Tidak semua orang nampak fikrah tersirat Anwar ini, kecuali orang-orang yang pernah berada dalam inner circe ABIM yang tidak selesa dengan fikrah ini. Ketika tahun 70-an, belum lagi terkenal fikrah pluralisme dan orang tidak tahu pun, fikrah pluralisme adalah adik beradik kepada Islam Liberal.

Tetapi penulis pro PAS, Ahmad Lutfi telah menyiarkan sekeping foto, satu muka surat penuh( halaman 160) yang membuktikan Anwar membawa fikrah ini, dalam bukunya itu.

Anwar Majlis Gereja Wesley Foto satu muka dalam buku Ahmad Lutfi Othman, Memo Buat Bakal PM, ms 160 dialog antara Islam dan Kristian antara Anwar Ibrahim (Presiden ABIM) dengan Tan Chhe Koon (mewakili Wesley Methodist Church), pada 11 November 1979, di salah satu gereja Kuala Lumpur, anjuran Majlis Gereja Wesley.

Dalam muka surat itu, penulis menyiarkan foto dengan caption " Anwar bersama Tan Chee Koon dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Majlis Gereja Wesley, pada 11 November 1979. Kata Anwar, Islam menentang dasar nasionalisme yang sempit. Anwar di waktu itu dikenali sebagai tokoh yang terbuka; sekarang bagaimana ?"

Kemudian dalam buku yang sama Ahmad Lutfi menyiarkan satu lagi foto satu muka penuh di halaman 182 yang menunjukkan wakil-wakil DAP termasuk Lim Kit Siang (ketika itu Setiausaha Agung DAP) menghadiri majlis Perasmian Muktamar Sanawi ABIM, 1980 yang ABIM ketika itu dipimpin oleh Anwar Ibrahim.

Lim Kit Siang-Dengar Ceramah ABIM 1980Lim Kit Siang dalam Muktamar ABIM pimpinan Anwar Ibrahim, 1980.

Dalam bahagian caption, Ahmad Lutfi menulis, "Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang dalam majlis Perasmian Muktamar Sanawi ABIM, 1980. Kit Siang juga pernah jemput Anwar beri kursus kepada wakil-wakil rakya DAP. Sekarang, apa agaknya Kit Siang terhadap Anwar. Cuma..dalam isu kerugian Bank Negara, Kit Siang sifatkan Anwar tidak faham ekonomi, lebih rendah dari pelajar menengah perakuanan!"

Dalam muka surat 187 pula, Ahmad Lufti menulis khusus fikrah Islam Anwar dari kaca mata sarjana Barat dari Amerika Syarikat. Penulis memasukkan khusus bab "Anwar dari kaca mata Profesor Texas" untuk menggambarkan hala tuju keislaman Anwar.

Penulis menulis begini; " Wajar juga ditelaah pandangan sarjana luar terhadap Anwar ketika beliau memimpin ABIM, sebelum mengupas lebih lanjut hal-hal yang berkaitan dengan Anwar mengenai perkembangan Islam. Saya memetik sebahagian tulisan Fred R Von der Mehden, seorang profesor Sains Politik di Rise University, Texas, Amerika Syarikat bertajuk "kebangkitan Islam di Malaysia".

Tulisan Fred R Von der Mehden berkenaan Anwar Ibrahim ini dimuatkan dalam buku karya John Esposito (sekarang Pengarah Center for Muslim anda Christian Understanding - CMCU - Universiti Georgetown, Amerika Syarikat) yang bertajuk " Islam and Development - Religion and Sociopolitical Change, 1980 yang kemudiannya diterjemahkan ke bahasa Indonesia terbitan Bulan Bintang Jakarta, 1986, dengan tajuk "Identitas Islam - Pada Perubahan Sosial Politik".

Tentu ada sebab tersendiri kenapa Ahmad Lutfi, bekas Setiausaha Agong Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia memilih skop penulisan orientalis seperti John Esposito dan Fred R Von untuk dipadankan dengan Anwar Ibrahim.

Sekarang sudah semakin terdedah, apabila Anwar Ibrahim berhijrah ke Amerika Syarikat (selepas bebas dari penjara 2004) dan menjadi pensyarah jemputan di CMCU, Georgetown University, Amerika Syarikat di bawah asuhan John Esposito.

Setakat ini, saya sendiri dapat membuat kesimpulan, kenapakah kumpulan ustaz ABIM yang diketuai oleh arwah ustaz Fadhil Noor meninggalkan ABIM pada tahun 1978.

Memang tabiat orang yang berlatar belakangkan agama, mereka tidak mendedahkan sebab sebenar mereka menjauhi daripada sesuatu perkara, tetapi masa dan sejarah masa lalu dan masa depan akan membuka rahsia sebab musabab itu.


Wajah sebenar Anwar terserlah di Melborne, Australia

Pada 4 - 5 Disember 2009 lalu Anwar telah berkunjung ke Melborne, Australia. Dia dijemput sebagai salah seorang penceramah utama dalam Program The Parliament of World's Religions (Parlimen Agama Dunia). Klik di sini dan di sini

Apa itu Parlimen Agama Dunia ? Diasaskan oleh paderi Kristian pada tahun 1893, di Chicago, Amerika Syarikat untuk menggalakkan dailog antara agama. Badan ini digerakkan oleh Mary Baker Eddy (pengasas Pergerakan Sains Kristian) dan paderi Henry Jessup yang menubuhkan The Council for a Parliament of the World's Religions (CPWR. Klik di sini


Persidangan Palimen Agama Dunia diadakan secara berkala di pelbagai negara yang telah ditetapkan. Misalnya, di Chicago (1983 1988 dan 1993), Cape Town, Afrika Selatan (1999), Sepenyol (2004), Mexico (2007) dan terbaru di Melborne (2009). Klik di sini

Siapakah di belakang Parlimen Agama Dunia ? Pengerusi Ahli Pemegang Amanah Parlimen ini dipenegrusikan oleh Paderi Dr. William E. Lesher, yang pernah terlibat dalam banyak Majlis Gereja Sedunia.Beliau berkhidmat dalam United Board for Christian Higher Education in Asia dan sebagai ahli Lembaga Pengarah dalam the Board for the Global Ethics and Religion Forum.

Selain paderi Dr William, terdapat juga paderi Canon Dr. Gwynne Guibord, paderi Dr. John Pawlikowski, paderi Dr. Thomas A. Baima, paderi Dr. Richard Luecke, paderi Timothy Lyne, Rabbi Herman Schaalman, Rabbi Peter Knobel, Rabbi Herbert Bronstein, dan lain-lain. Klik di sini

Sementara itu Ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa Parlimen Antara Agama ini adalah Dr. Saleha Abedin (Director of the Institute of Muslim Minority Affairs headquartered in London); Paderi Dr. Marcus C.R. Braybrooke (Chairman of the World Congress of Faiths and Patron of the International Interfaith Centre at Oxford); Sri Sri Mata Amritanandamayi Devi (Hindu, Kerala, India); Dalai Lama Tenzin Gyatso (Buddhist/Tibet); Rabbi David Rosen (the International Director of Interreligious Affairs of the American Jewish Committee); Paderi Desmond Tutu (the Emeritus Anglican Archbishop of Cape Town ) dan lain-lain. Klik di sini

Manakala dalam program Parlimen Agama Sedunia di Melborne baru-baru ini menampilkan 60 penceramah utama. Dari Malaysia adalah Anwar Ibrahim dan Dr Chandra Muzafar.

Kebanyakan penceramah Islam yang dijemput kebanyakan tersenarai sebagai tokoh Islam Liberal seperti Prof Dr Siti Musdah Mulia, Dr M Din Syamsuddin (kedua-dua dari Indonesia), prof. Dr Tariq Ramadhan dan lain-lain.

Selain paderi-paderi Kristian, terdapat juga enam orang Rabbi Yahudi yang turut memberi ceramah iaitu; Rabbi Michael Melchior, Rabbi Michael Melchior, Rabbi Michael Lerner, Rabbi David Rosen, Rabbi David Saperstein dan Rabbi Irwin Kula. Klik di sini

Penglibatan Anwar Ibrahim dan Dr Chandra Muzafar tentunya amat menarik kerana Dr Chandra sebelum ini pernah mendakwa Anwar tidak sesuai menjadi Perdana Menteri Malaysia, kerana beliau tahu siapakah Anwar dan tahu 'permainan' di sebalik tabir Anwar khususnya dengan Amerika Syarikat. Ekoran kenyataan itu Dr Chandra telah disaman oleh Anwar dan kesnya masih dalam proses mahkamah Malaysia.Klik di sini

Satu lagi perkara menarik adalah nama Anwar [klik di sini] turut tersenarai bersama Prof Dr. Hans Küng [klik di sini]

Nama Prof Dr Hans Kung popular di Malaysia pada tahun 2005, apabila Shahbudin Yahya, perwakilan UMNO Pulau Pinang mendedahkan penglibatan Konrad Adeneur Foundation (KAF) dan IKD (Institut Kajian Dasar) berusaha menghidupkan Interfaith Council (IFC) melalui program Projek Global Ethic di Pulau Pinang. Pemikir utama projek Global Ethic adalah Prof Dr Hans Kung.

Peter Schier, Wakil KAF di Malaysia terpaksa menjelaskan siapakah Prof Dr Hans Kung, apakah Projek Global Ethic, hubungan KAF dengan Anwar dan usaha KAF dalam menggalakkan IFC di Malaysia dalam dua siri interbiu akhbar The Sun. Klik di sini dan di sini

Kesimpulan dari wawancara Peter Schier itu merumuskan memang beliau dan KAF menjadi penaja Anwar Ibrahim dan badan pemikirnya, IKD. Beliau juga turut mengakui menjadi penaja utama dalam menghidupkan IFC di Malaysia dan tujuan utama penajaan yayasan Kristian Jerman itu kepada badan pemikir Anwar kerana matlamat mereka sama ke arah pluralisme agama.

Sebenarnya yayasan Kristian Jerman itu sudah lama menjadi penaja kepada badan pemikir Anwar (IKD), sejak dari tahun 1984 ketika Kamaruddin Jaafar (bekas Setiausaha ABIM) menjadi Pengerusi IKD dan ketika Dr Siddiq Fadhil (bekas Presiden ABIM) menjadi panel pemikir IKD. Klik di sini

AnwarParlimenReligous Anwar Ibrahim bersama Prof. Dr Siti Musdah Mulia dalam program Parlimen Agama Dunia. Dalam program itu Anwar lebih menuding jari kepada dunia Islam dan membela dunia Barat. Klik di sini

Lebih menarik lagi penglibatan Anwar bersama Prof. Dr Siti Musdah Mulia, tokoh Islam Liberal Indonesia. Tokoh bekas sayap kanan NU (Nahdatul Ulama) pimpinan Gus Dur itu telah menimbulkan kontroversi di Indonesia, apabila beliau menghalalkan kegiatan homoseksual di kalangan muslim Indonesia. Klik di sini

Sekarang kita semakin nampak belang si chameleon yang digelar oleh majalah The Economist ini..



Read On

Kerana Tidak Mahu Jumpa Anwar kritik Perdana Menteri Australia..

1 comments

Anwar mula 'melenting' dengan mengkritik Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd sebagai seorang yang 'korup' semata-mata Perdana Menteri itu menolak untuk berjumpa dengan Anwar semasa Anwar melawat Australia dua tiga hari lepas.

Kritikan Anwar disiarkan dalam akhbar The Age semalam. Klik di sini


Bila Kevin Rudd menolak berjumpa dengan Anwar maka dimakinya 'korup', bila Kevin Rudd mahu berjumpa dengan Anwar, maka dipujinya 'pemimpin hebat'. Inilah sikap Anwar, memaki dan memuji mengikut kepentingan peribadinya. Siapa Anwar untuk berjumpa Kevin Rudd ? Anwar PM ? TPM ? Menteri Luar Malaysia ?

Kalau setakat Anwar menjaja jawatannya sebagai wakil Amerika Syarikat atau diplomat jemputan CFR (Council on Foriegn Relation), itu tidak laku kepada Kevin Rudd. Dia lebih rapat dengan Amerika Syarikat, jika dibandingkan dengan Anwar yang hanya sebagai wakil. Dia sering dipanggil oleh kerajaan Amerika Syarikat atas kapasitinya Perdana Menteri, jika dibandingkan dengan Anwar yang terpaksa menggunakan pelobi-pelobi Yahudi termasuk Al Gore, Madeline Albright dan Richard Haass.

Dengan Turki atau Indonesia, bolehlah Anwar kelentong dan jual nama 'wakil Amerika'. Silap besarlah Anwar guna taktik sama dengan Kevin Rudd, tokoh itu lebih besar pangkatnya di kaca mata Amerika Syarikat, jika dibandingkan dengan Anwar, hanya 'wakil Amerika yang dilantik'!

Lagipun Kevin Rudd sudah tahu motif sebenar Anwar mahu berjumpa dengannya. Anwar sudah menceritakan tujuannya kepada Stephen Smith, Menteri Luar Australia dalam program Muslim-Christian Interfaith Conference, di Perth, Australia beberapa bulan lepas dan Menteri Luar itu telah melaporkan kepada Perdana Menterinya.

Apakah hajat Anwar yang disampaikan Stephen Smith ? Menurut The Economict yang melaporkan pertemuan itu, Anwar telah meminta bantuan Australia untuk membantunya menghadapi perbicaraan kes liwat di mahkamah Malaysia. Anwar kata, sokongan Australia amat penting, kerana Australia merupakan mata dan telinga Amerika Syarikat di benua Asia dan peranan Australia adalah melobi Amerika Syarikat untuk mengecam sistem kehakiman Malaysia di peringkat antarabangsa.

"Apakah yang telah dilakukannya bersama Stephen Smith, Menteri Luar Australia ? “Berkomplot,” jawab Anwar, dengan kenyitan mata yang penuh konspirasi", tulis majalah itu dengan penuh sinis. "Anwar perlukan sokongan antarabangsa sekali lagi dalam menghadapi kes liwat terbarunya itu", tegas majalah itu.Klik di sini

Itu sahaja permintaan Anwar. Permintaan bermotif peribadi, memohon simpati dan sokongan antarabangsa semata-mata takut menghadapi realiti, bahawa dia bakal dibicarakan dalam kes liwat.

Kenapa Anwar mula mengkritik Kevin Rudd ? Satu faktornya kerana Kevin Rudd menolak berjumpa dengan Anwar dengan alasan protokol. Kevin Rudd, Perdana Menteri Ausralia, Anwar pula siapa ?

Faktor kedua kerana Anwar mahu balas dendam dengan tindakan Majalah The Economist cawangan Australia (majalah Yahudi Amerika Syarikat)mengkritik Anwar sebagai "Malaysia's Chameleon"(Binatang Sesumpah Malaysia) dalam edisi Asia/Australia, 30 Julai 2009 lalu.

Majalah itu membandingkan dua watak berbeza Anwar ketika di Manek Urai, Kelantan dengan di Perth, Australia

Di Manik Urai, majalah itu melaporkan Anwar berkempen untuk kemenangan PAS, yang dilabel The Economist sebagai 'Parti Konservatif Islam' yang menguatkuasakan larangan minuman keras, manakala di Perth, Anwar berucap di majlis kebebasan beragama dan kebebasan hak asasi manusia termasuk berusaha menyamakan antara agama Kristian dan Islam.

Ketika berada di Kelantan, Anwar menampilkan dirinya sebagai 'pejuang Islam konservatif' sama seperti PAS, tetapi ketika berada di Perth, Anwar menampilkan dirinya sebagai 'pejuang kebebasan beragama dan kebebasan hak asasi' sama seperti penganut-penganut Kristian.

Malah di Perth, Anwar mendefinisikan maqasid syariah sebagai peraturan asas Islam yang menolak undang-undang atau hukuman, tetapi matlamat tertingginya adalah kebebasan beragama.

Sudah tentu penganut Kristian yang mendengar ucapan Anwar itu akan terpegun dengan kefahaman Islam Moderat Anwar, bahawa dia memperjuangkan kebebasan beragama dan menolak mahkamah syariah!

Inilah pemimpin 'Islam' yang dicari-cari untuk menjadi regu Kristian, kata khalayak yang terpesona dengan kata-kata Anwar itu. Tetapi mjalah itu melaporkan versi lain, Anwar bukan 'penyelamat' Krsitian tetapi dia adalah 'chameleon', seekor binatang sesumpah yang boleh bertukar warna mengikut keadaan dan tempat.

Kali ini, Akhbar The Age pula melaporkan kecaman semula Anwar Kevin Rudd dan kerajaannya, tetapi dalam masa sama Anwar melawat Universiti Monash Melborne dan meminta Australia memantau pilihanraya di Malaysia.

Tidakkah itu double standard, kritik Kevin Rudd yang tak mahu berjumpa dengannya, tetapi terhegeh-hegeh meminta bantuan Australia memantau pilihanraya Malaysia.

Tetapi, untuk apa sebenarnya Anwar melawat Australia ? Adakah Anwar dijemput untuk memberi buah pandangannya mengenai 'ekonomi dunia' sesuai dengan tarafnya sebagai bekas Menteri Kewangan dan Penasihat ekonomi Selangor ?

Sebenarnya dunia Barat tidak pernah mengiktiraf kepakaran Anwar dalam bidang ekonomi. Mereka tahu latar belakang kelulusan Anwar. Lagipun semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan, semua idea bukan dari Anwar, sebaliknya daripada pakar-pakar ekonomi dari Barat. Anwar hanya boneka Barat seperti mana Micel Camdessus melantik Anwar dalam IMF.

Jadi apa tujuan Anwar dijemput ke Australia ? Masih dalam ruang lingkup kepakaran Anwar iaitu pluralisme agama. Bab ini memang Barat iktiraf Anwar.

Di Australia baru-baru ini, Anwar bersetuju dengan cadangan menubuhkan Parlimen Agama Sedunia.Klik di sini

Wow! hebat sekali cadangan itu. Parlimen Antara Agama beb! Hebat tu menang hebat, tetapi berbau hamis IFC seperti yang dicadangkan oleh KAF (penaja Anwar) untuk menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama di Malaysia.

Di luar negara, begitu lantang Anwar berkokok persoalan IFC, tetapi di dalam negara, Anwar menyembunyikan kuku apabila persoalan IFC ditimbulkan.

'Chameleon' katakan..

Read On

Penasihat ekonomi : Rakyat Selangor tunggu apa Anwar akan buat ?

0 comments

Hari ini Anwar secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Penasihat Ekonomi Selangor. Dia diberi kemudahan sebuah pejabat di sebuah bangunan milik KDEB (Kumpulan Darul Ehsan Bhd) bersama dengan kemudahan kakitangannya.

TS Khalid semasa mengumumkan pelantikan Anwar, dia kata Anwar dibayar gaji RM1.00 sebulan. Satu gimik ? Anwar telah banyak wang, hingga menolak gaji ribuan dan sanggup bekerja dengan gaji RM1.00 sebulan atau hanya gembar-gembur gaji RM1.00 sebulan untuk sembunyikan elaun beribu-ribu yang tidak dideclare ?

Anwar sengaja canang bernilai RM1.00 sebulan untuk mengelak SPRM datang mengintainya ?
Ironi TS Khalid mempunyai kelulusan ekonomi, kononnya pernah hebat dalam korporat semasa di Guthrie gagal menjana ekonomi Selangor dan terpaksa meminta bantuan daripada lulusan Sastera, Universiti Malaya seperti Anwar.

TS Khalid kata pelantikan Anwar kerana 'kepakarannya' dalam perbankan Islam yang hari ini menjelma Bank Islam (kononnya idea Anwar), tempat TS Khalid berhutang sebanyak RM67.4 juta (USD18.521 mil).

Setiausaha Politik TS Khalid, Nik Nazmi Nik Ahmad merupakan orang pertama menyokong pelantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi Selangor. Nik Nazmi sendiri berhutang beratus-ratus ribu dengan PNB (Permodalan Nasional Berhad), katanya TS Khalid memberi duit tunai kepada Nik Nazmi untuk melangsai hutang piutang itu. Dari mana TS Khalid cekau duit sebanyak itu ?

SPRM kena intai-intai pendapatan TS Khalid ini..

Sebenarnya pelantikan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor menimbulkan tanda tanya; Apa sudah berlaku dengan ekonomi Selangor ? Kenapa perlu lantik Anwar ketika ini ? Kenapa tidak lantik sejak dari mula kerajaan PR ditubuhkan ? Apa yang sebenarnya berlaku dalam kerajaan Selangor ?

Semua itu menimbulkan tanda tanya. Barangkali Anwar tidak dilantik menjadi penasihat ekonomi Selangor sejak dari mula kerajaan PR ditubuhkan kerana ketika itu TS Khalid dan seluruh warga PKR percaya Anwar bakal menjadi PM pada 16 September 2008, tetapi kerana cita-cita itu tidak kesampaian, maka terpaksalah Anwar menerima jawatan lantikan iaitu penasihat ekonomi

Sebenarnya sebelum ini Anwar juga telah dilantik sebagai 'penasihat ekonomi Perak' secara tidak rasmi, semasa Nizar menjadi Menteri Besar. Tetapi sebaik sahaja Anwar dilantik menjadi penasihat ekonomi Perak, Anwar mengemukakan idea 'membeli calon BN' yang mengakibatkan kerajaan PR runtuh. Kerana tidak berjaya di Perak, sekarang Anwar beralih ke Selangor pula.

Persoalan pertama; Kenapa lantik Anwar, seorang tokoh yang terkenal dengan retorik politiknya, kenapa tidak lantik seorang yang benar-benar pakar dalam bidang ekonomi dan tidak berpolitik seperti Profesor Diraja Ungku Aziz ?

Persoalan kedua; Sejauh manakah bidang kuasa Penasihat Ekonomi Selangor ? Adakah lebih besar daripada kuasa Menteri Besar ? Bukankah pelantikan Anwar, bermakna mengenepikan peranan UPEN (Unit Perancang Ekonomi Negeri) yang lebih pakar dalam bidang ekonomi ?

Pertanyaan ini dibuat kerana mempelajari sejarah dan sikap Anwar yang tidak suka berada di bawah. Dia suka berada di atas, walaupun hireki jawatannya di bawah. Ketika berada dalam kerajaan, dia berlagak menjadi PM, walaupun sebenarnya dia hanya no 2 (TPM).

Begitu juga dalam hireki kepimpinan PKR. Anwar hanya 'Penasihat Umum', tetapi bidang kuasanya melangkui kuasa 'penasihat' biasa, dia menjadi Presiden PKR, Bendahari PKR dan Setiausaha PKR. Pendek kata PKR adalah Anwar Ibrahim dan Anwar Ibrahim adalah PKR. Presiden PKR yang tertulis dalam kertas adalah Dr Wan Azizah, tetapi isterinya itu sekadar Presiden boneka yang tidak mempunyai apa-apa kuasa.

Sebenarnya kepimpinan PKR berketuakan Anwar Ibrahim bukan sahaja hari ini, tetapi sejak Anwar berada di penjara lagi. Ketika Anwar di penjara, Wan Azizah menjadi Presiden PKN (Parti Keadilan Nasional) yang hanya menjalankan tugas-tugas boneka dari suaminya. Dari penjara Sungai Buloh, Anwar menulis surat-surat arahan kepada Wan Azizah untuk melakukan apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Posmen penghantaran surat-surat Anwar itu adalah Azmin Ali. Sebab itu dari dulu, kini dan selamanya PKR adalah parti 3 A.

Malah sikap pemujaan dan taajub kepada diri sendiri Anwar mula dikesan sejak dari zaman pelajar lagi. Bekas rakan baiknya semasa pelajar, Kamaruzaman Yaakub, mengakui, salah satu sikap Anwar adalah 'suka diusung'. Di mana-mana pengikut-pengikutnya suka mengusung Anwar dan Anwar amat gembira sekiranya terus diusung, kalau boleh tidak mahu turun-turun dari usungan itu. Malas nak jalan kaki sendiri, suka memperhambakan orang lain.

Sikap Anwar ini diterjemahkan oleh Faisal Tehrani, sebagai 'memikul biawak hidup' dalam kontek membicarakan kerjasama antara PAS dan PKR. Faisal, penulis muda pro PAS, terhidu sesuatu mala petaka bakal berlaku kepada PAS, apabila PAS beriya-iya 'memikul Anwar' seumpama memikul 'biawak hidup. Ternyata ramalan Faisal Tehrani ternyata benar, apabila PAS hari ini terbelah dua, gara-gara memikul Anwar Ibrahim.

Begitu juga ketika Anwar memimpin ABIM, ABIM dilihat sebagai Anwar Bin Ibrahim dan Anwar Ibrahim adalah ABIM. Anwar menyusun aktivis-aktivis yang pro kepadanya dalam ABIM, manakala aktivis-aktivis yang bukan pronya akan ditendang keluar dari ABIM. Apabila Anwar masuk UMNO, ABIM menjadi tulang belakang Anwar dalam kerajaan dengan berpusat di IKD (Institut Kajian Dasar). Apabila Anwar dipecat dari UMNO, ABIM juga turut menjadi suara vokal menentang kerajaan. Sekarang ABIM kembali menyokong PKR, apabila aktivis-aktivisnya dihimpunkan di UNISEL.

Memang sikap Anwar dari dulu lagi, dia akan cengkam sepenuhnya apa yang dimiliki dan tidak akan sesekali melepaskan 'apa yang dirasakan haknya' kepada orang lain.

Sekarang Anwar adalah Pengerusi PR. Anwar tidak akan lepas jawatan Pengerusi PR, walaupun kredibilitinya semakin merundum dengan isu pembohongan 16 September dan salah laku moral yang sedang dibicarakan di mahkamah. Walaupun peratusan undian yang dibuat oleh NTV7 menunjukkan peratus undian Anwar semakin merosot, tetapi Anwar tidak sesekali akan melepaskan jawatan itu kepada Nik Aziz Nik Mat.

Sama ada dirancang atau tidak, setelah Anwar dimaklumkan popularitinya kian merosot oleh badan risikannya, Merdeka Centre dan individu yang sedang meningkat populariti adalah Nik Aziz, maka tidak lama selepas itu Nik Aziz sendiri ditimpa pelbagai krisis anak menantu yang mengurangkan popularitinya. Orang di belakang tabir yang memainkan peranan mencemar imej Nik Aziz adalah 'kolonel Mat' Kickdefella, anak buah Husam Musa. Husam Musa pula adalah ketua kumpulan Erdogan PAS yang berketuakan Anwar Ibrahim.

Jadi Anwar merosot populariti kerana pembohongan dan salah laku seks peribadi, apa kurangnya dengan Nik Aziz yang terlibat secara kronik dalam amalan kronisme dan nepotisme dalam pentadbirannya. Maka, apa lebihnya Nik Aziz sebagai ketua PR, kenapa tidak dikekalkan Anwar Ibrahim sebagai ketua PR ? Sebab itu Zulkifli Nordin berkata, Ketua PR hanya untuk Anwar Ibrahim selama-lamanya.

Sekarang Anwar dilantik pula sebagai Penasihat Ekonomi Selangor. Apakah Anwar tidak membawa sifatnya semasa ABIM, PKR dan PR sekarang ? Anwar Ibrahim adalah kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor adalah Anwar Ibrahim. TS Khalid hanya boneka Anwar semata-mata. Posmen Anwar dengan TS Khalid adalah Azmin Ali.

Wartawan Utusan Malaysia pernah mewawancara Dr Hassan Ali,berkenaan dengan soalan, adalah terdapat campur tangan Anwar Ibrahim dalam kerajaan negeri Selangor. Ketika itu Dr Hassan menjawab, setakat yang dia tahu, tidak ada.

Selepas 6 bulan dari sekarang, elok wartawan yang sama bertanyakan sekali lagi kepada Dr Hassan Ali, adakah terdapat campur tangan Anwar dalam kerajaan negeri Selangor ? Apa agaknya jawapan Dr Hassan ketika itu..



Read On

'Kolonel Mat': Siapa & konspirasi ke atas Nik Aziz ?

0 comments

Sudah tentu pengakuan Nik Aziz kepada media mengenai wujudnya watak 'Kolonel Mat' mempunyai moti tersendiri. Selain bermotif untuk 'divert' isu daripada membincangkan isu kronisme anak menantu, ia juga bertujuan meletakkan sasaran baru iaitu 'kolonel Mat' untuk dibahaskan. Seperti taktik Amerika, meletakkan "Osama ben Laden" sebagai target, Tok Guru pula mensasarkan kepada "Kolonel Mat".

Memang Nik Aziz sudah menjangkakan apa yang 'keluar dari mulutnya' akan diberi perhatian. Seperti beliau menulis di blognya mengenai 'dua tiga kerat' pemimpin PAS bermasalah, terus dibahas dan diperdebatkan oleh Dewan Tertinggi PAS, hingga ke larut malam yang membawa kepada berlakunya Seminar Politik PAS baru-baru ini.

Entah mengapa, sentuhan Tok Guru kini hilang bisanya, walaupun berjaya membuka mata pimpinan tertinggi PAS untuk membahaskan isu 'dua tiga kerat pemimpin' bermasalah itu, tetapi 'endingnya' kepada episod itu kurang menarik. EGM tidak dibuat. 'Dua tiga kerat' pemimpin bermasalah tidak dipecat dan PAS mendapat imej negatif hasil bedilan dua orang intelektual yang sebelum ini dikatakan pro PAS.

Adakah ini kebijaksanaan sentuhan Tok Guru yang dianggap Mursyidul Am Parti Islam? Klik di sini

Barangkali episod yang menusuk kalbu Tok Guru dan menggoncang keluarganya itu, rentetan daripada 'penyelesaian' masalah dalaman PAS dengan mencadangkan 'dua tiga kerat' pemimpin PAS. Yang didakwa tidak kena musibah, tetapi yang mendakwa terkena musibah hingga terpaksa menggugurkan menantu kesayangannya dan hampir bergoncang tiang seri rumah Tok Guru sendiri.

Tok Guru pemimpin agama sepatutnya melihat semua itu dari sudut agama dan ketentuan Ilahi.

Siapa 'Kolonel Mat' ?

MSO penulis buku politik yang banyak memfokuskan isu-isu Kelantan membuat kesimpulan, apabila Tok Guru berada diambang saat-saat genting, maka Tok Guru akan memyebut nama musuhnya iaitu 'Kononel Mat'.

"Pun begitu saya yakin ada lembaga lain yang berselindung di sebalik belakang "Kolonel Mat" itu dan mungkin ianya sudah dikenal pasti oleh Nik Aziz. Kerana memahami simbol-simbol yang digunakan Nik Aziz itu, apabila beliau menyebut nama "Kolonel Mat" maka jelaslah bahawa memang ada individu yang berusaha untuk menjatuhkannya. Kalau tidak ada usaha itu mungkin kisah Kolonel Mat ini tidak disebut Nik Aziz sedemikian rupa", tulis MSO. Klik di sini

Kickdefella dalam tulisannya bertajuk 'Kolonel Mat' mengakui watak itu memang wujud.

Tulis Kickdefella:

"Kolonel Mat ialah anak kepada Arwah Abid Razak yang pernah menjadi Dresser di Hospital Besar Kota Bharu. Kolonel Mat sewaktu di sekolah dikenali ramai dengan panggilan 'Aziz Punjab' kerana tubuhnya yang tegap dan ketinggiannya yang mencecah lebih 6 kaki. Beliau pernah menjadi penjaga gol untuk Kelab Suara Muda"

"Kolonel Mat menyertai tentera sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Selepas menerima tauliah perlantikan, Kolonel Mat pulang ke Kelantan mengahwini anak sepupu Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang bernama Tuan Bidah Binti Tuan Long. Waktu itu Nik Aziz dikenali dengan panggilan Ayah Zit oleh saudara mara"

"Tetapi Kolonel Mat yang saya kenali itu telah meninggal dunia pada jam 7.40 petang pada 7 Oktober 2003 di Hospital Pakar Subang Jaya. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keenam-enam anaknya"

"Jenazah Kolonel Mat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Shah Alam. Kapten (B) Syed Ahmad dan saya menurunkan jenazah Arwah ke liang lahat"

"Kolonel Mat yang saya kenali ialah arwah ayah saya" Klik di sini

Bermakna Nik Aziz menyedari 'targetnya' adalah 'Kolonel Mat', MSO pula mengesahkan apabila Nik Aziz diambang kritikal, beliau akan menyebut nama 'kononel Mat', manakala Kickdefella secara jujur mengakui 'kolonel Mat' adalah warisan darah dagingnya, iaitu arwah ayahnya sendiri. Dan Kickdefella adalah pewaris gelaran 'kolonel Mat yang paling dekat.

Adakah ini bermaksud dalang yang berusaha menjatuhkan 'dinasti' Nik Aziz adalah Kickdefella ?

Dinasti Nik Aziz ?

'Dinasti' Nik Aziz merupakan istilah yang dipopularkan oleh Kickdefela. Dalam tulisannya bertajuk " Sudah Terlewat Untuk Nik Aziz Berundur", Kickdefella menulis;

"Pembongkaran penyelewengan Abdul Ariffahmi Abd. Rahman, menantu Nik Abdul Aziz membuka mata masyarakat terhadap pembinaan sebuah dinasti oleh keluarga Tuan Guru yang menjadi tonggak PAS Kelantan. Perlahan-lahan satu persatu mula terselak. Lambat laun maklumat terperinci berhubung Sekolah Darul Anuar, Tanah Wakaf Pulau Melaka dan Stesen Minyak berdekatan akan turut hangat diperkatakan"

"Setelah reda seketika kemelut PMBK, ruang siber mula berbicara pula isu-isu yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandara Raya Islam. Bila terbongkar pula isu-isu ketidakpuasan hati pihak tertentu di dalam MPKB-BRI, sudah pasti ada juga yang akan terpalit kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz menerusi anaknya sendiri, Ustaz Nik Abduh. Di dalam posting terbaharu, Ustaz Nik Abduh segera menyatakan hasratnya untuk berundur daripada MPKB-BRI" Klik di sini

Dalam posting bertajuk " Surat Daripada Nik Amalina Nik Abdul Aziz", Kickdefella menyiarkan tanpa edit tulisan isteri Ariffahmi yang mengkritik pedas Kickdefella sebagai penulis 'mabuk'!

Kedua-dua anak Nik Aziz iaitu Nik Abduh dan Nik Amalina menggunakan hujah Kickdefella sebagai 'pemabuk' atau 'peminum arak' untuk mendiskredit watak Kicdefella.

“Beliau (Syed Azidi/kickdefella) bukan peneguk arak, tetapi serangannya seperti peneguk arak yang bersahaja dalam kemabukan. Menaruh madu di dalam racun dan menitik zam – zam di gelas arak" - tulis Nik Abduh. Klik di sini

"Saya pernah diberitahu dia peminum arak tegar. Hearsay…so, jangan percaya sehingga saya dan anda melihatnya sendiri, ok…? Tapi mabuknya dalam penulisan sungguh menjadi-jadi. Semuanya bagaikan sel-sel otaknya telah rosak teruk jika dia benar-benar seorang peminum. Kesian…Hanya orang yang mabuk juga yang boleh percaya apa yang ditulisnya" - Tulis Nik Amalina. Klik di sini

Walaupun kedua-dua anak Tok Guru tidak menuduh Kickdefella sebagai 'peminum arak', tetapi cara fokus dan kiasan penulisannya menunjukkan kedua-dua mereka amat berminat menggunakan isu arak dan mabuk untuk disinonimkan kepada Kickdefella.

Hanya jauhari mengenal manikam!

Seandainya tulisan Kickdefella tidak benar, kenapa anak beranak Tok Guru terpaksa menjawab tulisan-tulisan Kickdefella ? Kenapa Ariffahmi terpaksa diarahkan melucutkan jawatan sebagai CEO PMBK, sedangkan semasa pelantikannya, Nik Aziz sudah berdepan dengan tuduhan kronisme ? Kenapa Nik Aziz sendiri mensasarkan 'kolonel Mat' (arwah ayah Kickdefella?) sebagai perancang kejatuhan PAS Kelantan ?

Kickdefella masih 'simpan' banyak rahsia, walaupun menulis di pemukaan. Tulisnya tanpa penjelasan, "Lambat laun maklumat terperinci berhubung Sekolah Darul Anuar akan turut diperkatakan"

Betulkan Sekolah Darul Anuar, sekolah Tok Guru di Pulau Melaka, hampir bangrap, walaupun diperkenalkan skim produk "Jus Tok Guru" untuk menampungnya ? Betulkah, pada saat, Tok Guru kesempitan wang untuk menampung Sekolah Darul Anuar, Anwar Ibrahim, ketua de factor PKR menghulurkan sumbangan wang yang banyak kepada sekolah itu, hingga Tok Guru terhutang budi kepada Anwar sampai sekarang ?

Sebenarnya isu dinasti Tok Guru sudah hangat diperkatakan sebelum PRU 12. Pelbagai maklumat disalurkan ke dalam blog melikapakjangak (Ramli Abdul Halim), bekas pekerja Urusetia Penerangan PAS Kelantan yang tidak berpuas hati dengan penyelewengan kem Husam Musa menggunakan permitnya (Wasilah) untuk tujuan propaganda politik.

Bedilan Meli Kapak Jangak, disanggah oleh Kickdefella, penulis yang mewakili Husam Musa. Ketika itu berlaku perang sengit antara Meli Vs Kickdefella. Pengomen telah menyalurkan maklumat mengenai Kickdefella minum arak (hujah yang digunakan semula oleh anak-anak Nik Aziz, kronisme Nik Aziz, dengan meletakkan Nik Abduh di MPKB dan Nik Amalina di PKNIK serta Ariffahmi di PMBK.

Berakhir peperangan itu, apabila blog asal Meli Kapak Jangak telah digodam dan Husam Musa menghantar sepucuk surat peguam untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Meli. Semua arkib blog lama Meli telah musnah keseluruhannya dan Meli terpaksa membina blog baru menggunakan nama yang hampir sama.

Siapa yang bawa 'Kolonel Mat' dalam kubu PAS ?

Semua orang tahu Kickdefella adalah penulis upahan seorang exco kanan bernama Husam Musa. Kickdefella dianggap pendekar berani mati kepada Husam. Sesiapa yang mengkritik Husam, akan diperangi habis-habisan oleh Kickdefella. Perkara ini telah dirasai oleh MSO (Mohd Sayuti Omar) dan Meli Kapak Jangak (Ramli Abdul Halim). Klik di sini

Syed Azidi Syed Abd Aziz Al-Bukhary (atau terkenal dengan nama Sheikh Kickdefella ) adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sri Hartamas, di'beli' oleh Husam Musa dengan harga RM6,000 sebulan (sebelum PRU 12) untuk bekerja kepadanya dengan menggunakan 'senjata siber'.

Seorang pelawat menghantar artikel kepada blog anti-Husam mendedahkan bagaimana Husam menguasai media alternatif untuk mempopularkan dirinya. Husam dikatakan menaja Syarikat Global Media Channel atau ipglobal.tv (syarikat IT) yang terletak di bangunan bersebelahan Jalan Telipot, Kota Bharu. Syarikat projek IT itu menggunakan 30 orang pekerja di bawah seliaan Sheikh Kicdefella dan Hisham.

Syarikat Global Media Channel berperanan menyediakan media tv dan portal berita untuk mengangkat imej Husam kepada pelawat dunia maya.

Husam telah menggunakan pengaruhnya sebagai exco Ekonomi Kelantan untuk mengeluarkan duit PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan) bagi menyengarakan kos operasi syarikat itu. Klik di sini

Nik Amalina ketika menulis membela suaminya turut mengesahkan maklumat ini;

"Pada hemat saya, isu PMBK tercetus hasil dari perselisihan peribadi. Ada seorang kakitangan(Kickdefella?) yang tidak berpuas hati dengan gaji yang ditagihnya untuk menjadi seorang bos di anak syarikat PMBK. Ia bukan masalah luaran yang besar tapi masalah dalaman yang hanya membabitkan seorang kakitangan sahaja. Seorang sahaja! Jawapannya mudah, gaji yang ditagihnya adalah terlalu tinggi, lebih tinggi dari gaji bos PMBK"

"Saya kagum! Tidak sia-sia membiarkan kosong kerusi panas di Darul Digital, kerana jika diisi, skripnya mungkin lebih parah. Sedarlah sahabat semua bahawa Kickdefella itu penipu besar di abad ini"

"Seorang yang digelar Kickdefella berjaya membawa semua watak yang diarahkannya sendiri. Mahu jadi apa? Seorang gila? Kurang siuman? Tiga suku? Katakan saja...Saya tidaklah berminat untuk mengetahui detail tentang dirinya, tapi saya tahu dia bekerja untuk seorang Exco Kerajaan Kelantan"

"Makin hari dia (Kickdeffela) membuat onar demi onar. Dia mula membuat rancangan demi rancangan. Serangannya sering menjadi kerana ia kejahatan yang dirancang rapi. Lebih-lebih lagi dia mempunyai back-up yang kukuh dari seorang ‘bos lain’(Husam?). Makan gaji dengan orang lain(Ariffahmi?), bekerja untuk orang lain(Husam?). Inilah masalahnya!

Seandainya Nik Amalina mensasarkan semua perencanaan itu disebabkan oleh Kickdefella, penulis upahan Husam Musa, adakah ini bermakna Husam merupakan godfather konspirator untuk menjatuhkan Nik Aziz ?

Adakah musuh utama Nik Aziz yang dilabel sebagai 'Kolonel Mat' itu sebenarnya merujuk kepada Husam Musa ?


Read On

Husam Musa beri kata dua kepada Nik Aziz ?

0 comments

NST hari ini melaporkan Husam Musa telah beri kata dua kepada Nik Aziz, "Pecat mereka atau saya akan berhenti", dalam pertemuan empat mata, Selasa lepas. Dalam pertemuan itu, Husam bercadang untuk meletakkan jawatan, suasana menjadi emosional dan kedua-duanya telah menangis.


" Sekiranya Nik Aziz mahu kekal, Husam menuntut Ariffahmi dan dua orang ahli Majlis Perbandaran Kota Baharu dilucutkan kelayakan mereka", petik sumber tersebut.

Kenapa Husam marah kepada Ariffahmi hingga mencadangkan agar dipecat ? Sebabnya kemunculan Ariffahmi telah mengugat hubungan Husam dengan Nik Aziz. Sebelum ini tiada yang mempersoalkan apabila Husam menggunakan nama Nik Aziz untuk melaksanakan sesuatu perkara, tetapi setelah munculnya, Ariffahmi, Husam tidak lagi boleh menggunakan nama Nik Aziz sewenang-wenang kerana dia akan double check 'sesuatu arahan yang kononnya datang dari Nik Aziz' itu.

Kemuncak kemarahan Husam, apabila Ariffahmi menggunakan kuasanya sebagai CEO PMBK untuk memecat dengan notis 24 jam, anak buah Husam, blogger Kickdefella. Pemecatan itu sebagai ledakan bom, yang sebelum ini sudah terdapat bunga-bunga api di antara Husam dan Ariffahmi.

Husam turut mendakwa bahawa terdapat satu konspirasi untuk menyingkirnya daripada kerajaan negeri. Konspirasi itu termasuk dari dalaman parti sendiri.Klik di sini

Sebelum ini Mingguan Malaysia melaporkan Husam Musa mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan negeri, berpunca daripada pendedahan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman,menantu Nik Aziz yang kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mingguan Malaysia melaporkan hasrat Husam untuk berundur telah dikemukakannya kepada Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan pada pertemuan empat mata Selasa lalu.

“Husam bertemu dengan Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan bahawa beliau tidak terlibat atau menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku dalam PMBK dan penjelasan itu diterima, tetapi hasratnya untuk meletakkan jawatan ditolak. Klik di sini

Husam Musa dikatakan merajuk dan tidak hadir dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR 10 di Kota Baharu pada 21 November lalu. Husam dikatakan sedang menerima rawatan di hospital atas sebab kesihatan. Menteri Besar, Nik Aziz yang mempengerusikan mesyuarat itu atas sifatnya selaku Pesuruhjaya PAS negeri juga enggan menemui pemberita selepas mesyuarat berlangsung. Alasannya sama seperti Husam; kesihatan. Klik di sini

Namun pada tarikh yang sama, Husam seperti yang dilaporkan dalam anwaribrahimblog datang menyampaikan ceramah di Simposium Nasional 2009, anjuran badan pemikir Anwar, IKD, di Pearl International Hotel, Kuala Lumpur. Klik di sini

Anwar Ibrahim merupakan pengucap utama Simposium itu dan Husam Musa serta Dr Aziz Bari di antara barisan penceramah yang diundang khas dalam program tersebut.

Manakala Berita Harian hari ini pula melaporkan Nik Aziz Nik Mat mengarahkan menantunya, Abdul Ariffahmi Rahman supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).Klik di sini

Adakah ini menunjukkan kemenangan Husam Musa atau kemelut akan terus berlarutan kerana manantu Nik Aziz juga mempunyai kekuatannya yang tersendiri..


Read On

Kenapa Kickdefella saran Husam Musa tinggalkan PAS ?

4 comments

Dalam artikel terbaru Kickdefella, bertajuk "After Kickdefella, they go for Husam", 21 November 09, penulis tajaan Husam itu menyeru bosnya agar meninggalkan kerajaan negeri Kelantan dan meninggalkan PAS kerana kerajaan negeri dan parti Islam itu tidak membela 'insan-insan kecil' seperti Husam Musa.

"Saya akan merasa amat gembira jika Dato’ Husam tinggalkan Kerajaan Negeri Kelantan. Ini kerana semenjak 3 tahun saya mengenalinya saya dapat merasakan betapa penderitaan yang menimpanya dan keluarganya kerana sandiwara politik dalaman PAS Negeri Kelantan", tulis Kickdefella

"Tidak berada didalam Kerajaan dan tinggalkan PAS adalah yang terbaik buat Husam tetapi ia adalah malatpetaka buat PAS Kelantan dan rakyat yang memerlukan pembelaan", saran Kickdefella.

Kikdefella : "Saya berani berkata, Kerajaan Negeri Kelantan sudah tidak berminat membela insan-insan kecil. Yang masih mempertahankan insan-insan kecil hanya dua tiga orang sahaja lagi di dalam exco Kerajaan Negeri dan Husam adalah seorang darinya. Saya akan pertahankan Husam"

Ini satu polemik baru yang melanda kerajaan negeri Kelantan. Setelah Kickdefella atau Syed Azidi dipecat dengan notis 24 jam dari PMBK (Perbadanan Menteri Besar Besar Kelantan) oleh Ariffahmi Abdul Rahman, CEO PMBK, merangkap menantu Nik Aziz, polemik demi polemik berterusan sehingga menelanjangkan 'keburukan-keburukan' kerajaan Negeri yang sebelum ini tidak pernah terdedah.

Sebelum ini Nik Aziz boleh campur tangan dalam kepimpinan PAS Pusat, di atas kapasitinya Muryidul Am, termasuk mencadangkan EGM, sekarang Nik Aziz terpaksa berhempas pulas menyelamatkan kerajaan pimpinannya angkara perbalahan antara anak buah Husam, Kickdefella dengan menantunya, Arif Fahmi.

Nik Aziz akan berpihak kepada siapa ? Berpihak kepada exco kesayangannya, Husam Musa atau berpihak kepada menantunya Ariffahmi ?

Setakat hari ini, kecenderungan Nik Aziz adalah berpihak kepada menantunya. Kickdefella telah dipecat dari PMBK dan Husam juga mengaku dirinya telah dipersalahkan oleh exco-exco lain.

Walaupun pada 18 November lalu, Kickdefella menulis bahawa berdasarkan maklumat-maklumat yang telah diberikan kepadanya, Nik Aziz telah meminta Ariffahmi meletakkan jawatan sebagai CEO di PMBK dan pengumuman itu akan dibuat oleh Menteri Besar tidak lama lagi, namun sehingga ke hari ini maklumat dan ramalan Kickdefella itu tidak menjadi kenyataan. Klik di sini

Bahkan godfather Kickdefella, Husam Musa memberitahu Malaysian Insider, 20 November lalu, bahawa terdapat 'konspirasi untuk menjatuhkannya' dalam kerajaan Negeri Kelantan.Klik di sini

“Terdapat usaha untuk mencetuskan perbalahan antara saya dan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan),” akui beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Saya sedar tentang kewujudan konspirasi (pihak tertentu) terhadap saya,” kata beliau lagi.

Malaysian Insider melaporkan Nik Aziz disebut-sebut sedang mempertimbangkan untuk menggugurkan Husam daripada Kabinet pentadbiran negeri ekoran isu Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang dipecat sebagai Pengarah Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) minggu lalu.Syed Azidi atau blogger Kickdefella itu pula dilihat sebagai antara orang kanan Husam.

Kickdeffela yang menyedari penderitaan dan tekanan yang dihadapi oleh bosnya itu seterusnya membuat seruan drastik yang mengejutkan ramai ramai pihak;

Kickdefella : “Saya akan merasa amat gembira jika Datuk Husam tinggalkan kerajaan negeri Kelantan...Tidak berada di dalam kerajaan dan tinggalkan PAS adalah yang terbaik buat Husam.." Klik di sini

Konspirasi apa sebenarnya yang sedang dirancangkan oleh Husam, Kickdefella, Ariffahmi dan Nik Aziz ini ?

Kalau 'konspirasi tidak serius', kenapa orang kanan Husam, Kickdefella tergamak mencadangkan bosnya meletak jawatan dalam kerajaan negeri sekaligus keluar dari parti PAS ?

Biar betul, saranan orang kanan Husam ini ? Adakah cerita lain yang tersembunyi, yang belum didedahkan oleh kikdefella hingga dia tergamak menyeru bosnya keluar dari PAS ?

Hari ini, 21 November, Husam Musa berangkat ke Kuala Lumpur bertemu dengan 'bapa konspirasi', Anwar Ibrahim dalam program Simposium National 2009, di Pearl International Hotel Kuala Lumpur, anjuran badan pemikir Anwar, IKD.

IKD sememangnya memilih, 'tokoh-tokoh tertentu' hadir dalam programnya. IKD tidak berminat menjemput Hadi Awang (Presiden PAS) atau Nasharuddin Mat Isa (Timbalan Presiden) atau Naharuddin Tantawi (ketua Dewan Pemuda), kerana kesemuanya dari kem yang sama, pro-ulama.

Tetapi IKD sengaja memilih Husam Musa, tokoh dari PAS, walaupun tokoh itu telah tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS. Seperti biasa simposium itu meletakkan Anwar sebagai tokoh utama, manakala Husam Musa dan Dr Aziz Bari diberi penghormatan sebagai tetamu istimewa diatas peranan yang telah dimainkan sebelum ini.

Apabila Husam bersemuka semula dengan bapa konspirasi, Anwar Ibrahim, apa agaknya yang dilaporkan kepada ketua penasihat umum PKR itu ?

Jadi benarlah dakwaan sebelum ini, Husam Musa tidak wala kepada PAS dan pimpinan tertinggi PAS, bila ada masalah menimpanya, dia akan mencari alasan untuk berjumpa dengan godfathernya, Anwar Ibrahim.


Read On

Kader-kader Anwar diperkemaskan semula!

0 comments



Pusingan pertama Anwar menguasai Parti Islam gagal apabila proksinya Husam Musa tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS. Husam yang menjadi kuda hitam Anwar Ibrahim tewas teruk dalam pertarungan itu, meskipun membawa slogan besar, 'Menjana Perubahan', membawa Parti Islam menjadi parti alternatif Melayu. Tetapi slogan itu tidak bersambut, perwakilan Parti Islam tetap memilih Nasharuddin Mat Isa yang mewakili kem ulama.

Namun meskipun kalah, Husam tetap memberi amaran kepada Nasharuddin dan Haji Hadi Awang, bahawa 'orang-orangnya' dalam barisan kepimpinan baru, terutamanya Naib-Naib Presiden Parti Islam akan terus memerhati gerak geri Presiden dan Timbalan Presiden yang didakwa cenderung bekerjasama dengan UMNO.

Meskipun Anwar tidak mempunyai 'tangan rasmi' dalam PAS selepas kekalahan Husam, tetapi bukan bermakna pengaruh Anwar dalam PAS telah terputus. Kini Anwar menukar strategi lain, dengan menggunakan tokoh-tokoh intelektual, di luar PAS pula untuk mempengaruhi Parti Islam.

Sebaik sahaja, Parti Islam tewas di Bagan Pinang, Anwar membisikkan kritikannya ke telinga Dr Aziz Bari, pensyarah yang pernah dinobatkan sebagai pakar undang-undang oleh organ tabloid Harakah.

Dr Aziz Bari menyahut seruan itu dan menulis di media mengkritik kelemahan punca kekalahan PAS di Bagan Pinang disebabkan dua tiga kerat pimpinan yang bermasalah. Dua tiga kerat yang dimaksudkan itu adalah Hadi Awang (Presiden), Mustafa Ali (Setiausaha Agung), Nasharuddin Mat Isa (Timbalan) dan Dr Hassan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor).

Kemudian disambut oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dengan menulis di blognya agar Parti Islam segera mengadakan EGM untuk memecat dua tiga kerat pemimpin bermasalah seperti yang disebut oleh Dr Aziz Bari.

Maka bermesyuaratlah pimpinan Parti Islam hingga ke pagi dengan membuat beberapa ketetapan diantaranya, EGM ditolak dan diganti dengan Seminar Politik. Seluruh pimpinan PAS Selangor telah diarah untuk disiasat.

Pada hari seminar, Dr Aziz Bari sekali lagi dipanggil berucap. Sebelum itu Dr Aziz Bari sudah tahu, dia agak malu alah untuk mengkritik secara terang-terangan kepada perwakilan Parti Islam, lalu digunakan medium Malaysiakini, sehari sebelum seminar untuk mengkritik secara keras dan mendesak secara terbuka agar Hadi Awang, Presiden PAS meletakkan jawatan.

Sekali lagi cubaan proksi Anwar, Dr Aziz Bari menemui kegagalan, apabila perwakilan tidak menyahut seruannya itu.

Namun, Anwar sudah berbangga dengan prestasi cubaan kedua ini, kerana berjaya mengkucar kacirkan perpaduan sesama ahli Parti Islam. Sekarang Anwar boleh berbangga, kalau ada dakwaan mengatakan PKR lemah dan sentiasa kaau bilau, Anwar secara sinis akan bertanya, bagaimana dengan Parti Islam ?

Ir Khalid Samad, bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor yang terang-terangan masuk berucap di gereja Shah Alam dan memperjuangkan kalimah Allah kepada penganut Kristian, tidak pula dianggap pemimpin bermasalah. Begitu juga dengan Ir Nizar Jamaluddin yang menjadi puppet DAP di Perak serta mengadai tanah rezab Melayu di Perak kepada cina-cina DAP pun tidak pula dianggap bermasalah.

Ironinya, Nasharuddin Mat Isa dan Dr Hassan Ali dianggap proksi UMNO walaupun tiada bukti yang mampu menjustifikasinya, tetapi Nizar tidak pula dikritik walaupun bekas Menteri Besar PAS Perak itu lebih DAP daripada Ngeh dan Nga.

Hari ini, semua dakwaan proksi-proksi Anwar yang memainkan peranan dalam Parti Islam ternyata benar, apabila badan pemikir Anwar, IKD menghimpunkan semua proksi-proksi mereka dalam Simposium National 2009, di Pearl International Hotel, Kuala Lumpur.




Sekali lagi proksi-proksi Anwar dijemput hadir untuk memperkemaskan kuda-kuda mereka untuk perancangan yang seterusnya.

Simposium National 2009 anjuran badan pemikir Anwar, di Kuala Lumpur itu laksana pertemuan rahsia Zionis Amerika seperti CFR dan Bilderberg Group.

Siapa yang hadir dalam pertemuan itu. Tidak lain tidak bukan, Anwar Ibrahim, Husam Musa dan Dr Aziz Bari..

Sudah tentu sekali lagi di belakang IKD adalah yayasan Kristian Jerman, Konrad Adenuer Stiftung yang tidak pernah berputus asa untuk menubuhkan IFC di Malaysia!

Read On