Bagaimana Soros bantu PKR ?

0 comments

Sekarang mari kita cernakan apa yang cuba disampaikan dalam polemik RPK dan Ezam Mohd Nor [klik di sini] berkenaan dengan penyaluran dana asing kepada PKR. Read between the lines.

Dakwaan RPK kepada Ezam & Anuar

Raja Petra mendakwa, Anuar Shaari, Ezam dan dua orang lain telah berkunjung ke Amerika Syarikat sekitar tahun 2003 untuk mengutip duit atas nama Free Anwar Campaign (FAC).

Dakwanya lagi, seorang informernya (tidak dinyatakan nama) dari Amerika Syarikat telah menelefonnya untuk mengesahkan identiti benarkah keempat individu itu mewakili mewakili FAC (RPK tidak menjawab pengesahan ini benar/tidak.Lagipun takrif FAC luas, satu misi untuk membebaskan Anwar (tidak semestinya website RPK) yang ketika itu masih lagi merengkok di penjara Sungai Buloh)

Tetapi RPK mendakwa dia mengesahkan soalan lain iaitu berkenaan pembangkang di Malaysia (PKR?) kekurangan dana dan jika pembangkang disalurkan jutaan ringgit kemungkinan besar pembangkang akan memenangi pilihan raya umum tahun itu (2004). RPK dakwa infomer itu berjanji kepadanya untuk menyalurkan 10 hingga 20 juta kepada pembangkang di Malaysia.

RPK dakwa lagi dana sejumlah di atas telah disalurkan (bagaimana RPK dapat mengesahkan penyaluran dana itu ?) ke Hong Kong,(disalurkan kepada siapa di Hong Kong?) tetapi sebelum sempat disalurkan ke Malaysia, dana itu lesap entah ke mana.

Dakwa RPK dia diberitahu oleh pemimpin kanan PKR (siapa?) bahawa dana itu diberikan oleh George Soros dan empat individu tersebut telah berjumpa secara peribadi dengan Soros di pejabatnya, di Amerika Syarikat.

Jawapan Ezam kepada RPK

Ezam menafikan dakwaan RPK bahawa dia terima dana dari Soros. Dia menafikan sekeras-kerasnya berjumpa dengan Soros, ataupun wakil soros ataupun organisasi Soros iaitu Open Society Institute (OSI).

Tetapi Ezam mengakui dia, Anuar Shaari dan dua individu (yang disembunyikan identiti oleh RPK; Ezam menamakan sebagai Azmin Ali dan Adlin Murtadza Zabri) berkunjung ke Amerika Syarikat sekitar tahun 2003, tetapi bukan untuk berjumpa Soros, sebaliknya berjumpa wakil-wakil senat Amerika Syarikat di Capitol Hill dan NGO. Kedatangan Ezam dan tiga rakannya atas undangan Ambasador Roland , duta Cambodia di New York.

(Apakah motif RPK sembunyikan identiti 2 individu selain Ezam & Anuar ? Apakah motif Ezam dedahkan 2 individu yang disembunyikan oleh RPK ? Motifnya sebagai saksi alibi, bahawa kunjungan mereka itu tidak bertujuan jumpa Soros, jika tidak percaya boleh dirujuk kepada Azmin Ali dan Adlin yang sama-sama turut serta)

Selain itu, Ezam turut mengesahkan terdapat satu rombongan lain selepas itu (yang tidak disertainya) yang berjumpa dan berunding dengan Soros. Rombongan itu diketuai oleh Wan Azizah Wan Ismail bersama dengan Azmin Ali dan Khalid Jaafar yang diatur oleh Elizabeth Wong, individu yang diketahui umum menjadi penghubung Soros dan PKR.

Tetapi Ezam tidak dapat mengesahkan dalam rundingan itu, Soros telah memberi dana, kerana pertemuan mereka tidak dilaporkan kepada mesyuarat parti.

Tersirat di sebalik polemik ini

RPK dan Ezam sama-sama bersetuju terdapat hubungan intim di antara PKR, Amerika Syarikat dan Soros. RPK menuduh Ezam dan Anuar terima duit Soros, tetapi gagal dibuktikan secara spesifik. Ezam menafikan dakwaan itu kerana kunjungannya ke Amerika Syarikat bukan jumpa Soros, sebaliknya jumpa senat-senat di Capitol Hill. Saksinya Anuar, Azmin dan Adlin.

Subjek 'Soros' sebagai penderma dana kepada PKR diperkatakan oleh RPK dan Ezam. RPK walaupun cuba mengaitkan dengan Ezam dan Anuar tetapi gagal membuktikan dana itu disalurkan kepada mereka berdua, tetapi hanya membuat kenyataan dana itu ditransitkan dari Amerika Syarikat ke Hong Kong, tetapi lesap tanpa sampai ke Malaysia.

Ezam pula bersumpah tidak pernah berurusan dengan Soros atau wakilnya, dia tahu terdapat rombongan lain diketuai Wan Azizah, Azmin dan Khalid berunding dengan Soros, tetapi dia tidak dapat mengesahkan sama ada Soros salurkan dana atau tidak kerana rundingan mereka itu tidak dilaporkan kepada parti.

Ezam dengan tegas berkata sekiranya dia berbohong walaupun satu perkataan dari kenyataan di atas haram ke atas setiap amal baiknya di dunia dan halal api neraka kepadanya.

Ezam berkata tuduhan ini merupakan fitnah RPK ke atasnya yang hanya menulis tanpa bukti, tetapi pengecut dan lari ke luar negara.

Soalan untuk RPK. Jika dia mendakwa Ezam dan Anuar melobi untuk dapatkan dana di luar negara menggunakan websitenya (FAC), apakah tidak mungkin RPK yang sekarang ini berada di luar negara sedang melobi dana Soros menggunakan resume FAC atau Malaysia-Today ?

Kecenderungan RPK mendapat dana asing sangat positif, berdasarkan gaya hidupnya yang hidup di luar negara tidak setimpal dengan status seorang penulis/blogger. Siapa taja RPK dan Malaysia-Today?

Bagaimana Soros bantu PKR ?

Berdasarkan keterangan di atas, dapat disimpulkan Soros memberi dana atas sebab Anwar sama FAC atau membantu kerja-kerja politik pembangkang Anwar di Malaysia. Dana itu ditransit dari Amerika Syarikat ke Hong Kong dan dari Hong Kong ke Malaysia.

Pengatur di antara PKR dan Soros adalah Elizaberth Wong yang ketika itu terlibat aktif dalam NGO SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) dan pengasas Malaysiakini.com. Sekarang Elizaberth Wong adalah exco kerajaan negeri Selangor. SUARAM dan Malaysiakini.com adalah pro Anwar Ibrahim.

Tetapi keterangan di atas tidak menceritakan secara detail bagaimanakah dana itu disalurkan ke PKR, selain daripada menyatakan transit ke Hong Kong. Anwar pernah berkata semasa kempen 16 September 2008, 'urusan rundingan lompat parti BN ke PKR boleh diuruskan di tiga destinasi sama ada Hong Kong, Dubai atau Singapura'. Maksudnya apa ?

Lokman Noor Adam, bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan menghuraikan lebih terperinci bagaimanakah proses penyaluran dana tersebut. Salah satu kaedahnya dengan memasukkan ke dalam akaun CITYBANK dan PUBLIC BANK ke atas nama SYARIKAT GELORA SDN BHD, kepunyaan Khalid Jaafar.

Khalid adalah salah seorang kepercayaan Anwar yang dipertanggungjawabkan menjaga badan pemikir Anwar yang dinamakan Institut Kajian Dasar (IKD).

Selain Khalid, seorang lagi pemegang amanah SYARIKAT GELORA SDN BHD adalah Azwandin Hamzah, bekas Exco Pemuda Keadilan Nasional dan pegawai IKD.

Menurut Lokman, Azwandin Hamzah telah memberikan bukti-bukti resit proses transisi dana dari Amerika Syarikat ke dalam akaun SYARIKAT GELORA SDN BHD dan kemudiannya disalurkan untuk kegiatan PKR.

Siapakah Soros ?

George Soros adalah seorang berbangsa Yahudi, seorang hartawan di Amerika Syarikat. Dia merupakan pengerusi Soros Fund Management, Quantum Fund dan Open Society Institute (OSI).

Dia bergiat aktif berkempen untuk Presiden Obama menjadi Presiden Amerika Syarikat dengan menaja beberapa NGO pro Demokrat. Antara NGO tersebut adalah MoveOn.Org, Human Rights Watch, Media Matters dan ICG (International Crisis Group).

Calvina Fay dari Drug Free America Foundation berkata Soros merupakan “individu yang paling jahat di dunia” kerana sebahagian daripada kekayaannya, dianggarkan berjumlah $7 bilion, disalurkan kepada kumpulan pejuang hak kaum GAY, pengguguran bayi, penggunaan dadah haram dan hak pelacur.

Menurut Professor Michel Chossudovsky, Soros (Open Society Institute) bekerjasama IMF (International Monetary Fund),dan NED (The National Endowment for Democracy) untuk melantik Presiden proksi pro Amerika Syarikat dalam pilihan raya umum Ukraine.

Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dengan Soros dalam ICG, sebuah organisasi ala-CIA tajaan Open Society Institute.

Di Malaysia, Soros dikenali sebagai penyangak matawang kerana berusaha merudumkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997. Ketika itu Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta Chairman of the Development Committee of the IMF(the International Monetary Fund) yang dilantik oleh sahabat baiknya, Michel Camdessus.

Ada berpendapat, usaha Soros dan IMF ini untuk memberi tekanan ekonomi kepada Malaysia, supaya Dr Mahathir disingkirkan dan dinaikkan Anwar, tetapi usaha ini tidak berjaya.







Read On

Dari mana sumber duit Anwar ?

1 comments





Pertikaian Raja Petra dan Ezam Mohd Nor [klik di sini] membuka dimensi baru mengenai punca kewangan Anwar dan PKR. Raja Petra secara tidak langsung telah mengesahkan sumber-sumber kewangan yang diperolehi Anwar itu adalah berpunca dari dana asing khususnya dari Amerika Syarikat.

Lapor Raja Petra, "Saya kemudiannya menelefon orang hubungan saya di AS bagi mengesahkan identiti empat sekawan tu. Saya juga memberitahunya nama keempat-empat orang individu itu dan orang hubung saya di AS mengesahkannya.

Menurutnya, adalah penting bagi saya mengesahkan bahawa empat sekawan tu dibenarkan untuk bertindak atas nama Free Anwar Campaign. Selepas tu, dia mengajukan pertanyaan lain kepada saya, "Benarkah pembangkang amat kekurangan wang dan jika mereka mempunyai beberapa juta ringgit, maka mereka mempunyai peluang yang lebih baik bagi memenangi pilihanraya umum yang seterusnya?"

"Ya," saya menjawab.

"Okey," ujarnya. “Kalau begitu, kami akan dapatkan sejumlah wang untuk mereka. Setakat sepuluh ataupun dua puluh juta ringgit, tu tak jadi masalah bagi kami. Kami boleh mendapatkannya."
Klik di sini

Ezam telah pun menjawab dakwaan Raja Petra ini. Tuduhan ini tidak benar. Ezam menafikan beliau terlibat dalam trip mengutip wang dari hartawan Yahudi bernama Soros itu. Ezam bersumpah sepanjang memegang jawatan dalam PKR, beliau tidak pernah berurusan dengan Soros atau mana-mana wakil Soros.

Tetapi Ezam tidak menafikan memang PKR berurusan dengan Soros yang wakili oleh trip lain yang tidak disertainya. Ezam menamakan tiga individu kepercayaan Anwar yang berurusan dengan Soros iaitu Wan Azizah, Azmin Ali dan Khalid Jaafar.

Sememangnya setiap kali Anwar memohon dana asing, tiga individu ini akan memainkan peranan penting. Sama ada Anwar atau Azizah kemudian diikuti dengan Azmin dan Khalid. Anwar atau Azizah sebagai pemohon, manakala Azmin sebagai operavite pengurusan, manakala Khalid pula sebagai pemudah cara untuk penyaluran dana.

Ezam tidak terlibat dalam proses pemindahan dana asing itu, sebab itu Anwar tidak kisah jika Ezam mahu meninggalkan PKR. Tetapi jika Azmin, Azizah atau Khalid amat bahaya kerana mereka terlibat dalam sistem pengutipan wang asing. Banyak rahsia akan terbongkar jika salah seorang daripada mereka akan belot. Sebab itu, Anwar menjaga mereka betul-betul, terutamanya jaminan kewangan.

Sekarang kita nilai satu persatu nilai-nilai aset Anwar dan PKR :

1. Rumah atau 'mahligai' Anwar dan Azizah di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. Mahligai yang dipenuhi dengan CCTV dan 24 penghawa dingin. Dari mana Anwar mendapat sumber kewangan membina mahligai ini yang bernilai rm7 juta itu ?

2. Di mahligai itu, Anwar mempunyai beberapa pembantu, termasuk orang gaji, tukang kebun dan pegawai keselamatan yang bertugas 24 jam. Berapa belanja untuk menampung kos ini ?

3. Anwar memiliki beberapa kereta mewah. Salah satunya MG Rover (pacuan 4 roda) yang diberikan oleh Azmin Ali. Anwar mempunyai beberapa orang driber peribadi. Antaranya Mokhtar, Botak, Kahar dan Sani. Berapa kos perbelanjaan Anwar untuk membayar driber-driber ini ?

4. Anwar juga mempunyai pegawal peribadi yang bernama Mokhtar dan beberapa pegawai peribadi lain yang tidak rasmi. Blog gelagat Anwar mendedahkan Anwar turut menggunakan seorang komando Singapura yang memakai motor putih plat FR8802J. Pakar DNA dan forensik drpd Australia dan India. Dari mana Anwar dapat duit bayar kos mereka ini ? Klik di sini

5. Anwar mempunyai pejabat peribadinya di Seksyen 16, Petaling Jaya yang mulai beroperasi sejak tahun 2007. Sebuah rumah banglow dua tingkat dengan beberapa orang staf yang diketuai oleh Ibrahim Yaakub sebagai ketua staff. Antara stafnya Rahimi Osman, Nathanielle Tan dan seorang warga negara US bernama Azri. Siapa bayar mereka ? Dari mana Anwar dapatkan kewangan untuk bayar mereka ? Khabarnya Kedutaan Turki turut membekalkan dua orang staff membantu Anwar untuk menjalankan kerja-kerja politik Anwar di Malaysia. Betul kah ?

6. Anwar juga mempunyai seorang pembantu peribadi bernama Aasil Kazi Ahmad, rakyat Pakistan yang memiliki kewarganegaraan US untuk menguruskan urusan Anwar di luar negara khususnya urusan dengan Amerika Syarikat. Siapa bayar Aasil ? Kenapa Anwar perlu pegawai khas US ? klik di sini

7. Sebaik sahaja menang besar dalam PRU 12, Anwar beli bangunan di Tropicana, Damansara sebagai ibu pejabat PKR baru. Dari mana Anwar cekau duit sebanyak itu untuk membeli bangunan PKR ? Betulkan bangunan Tropicana itu diberi oleh Datuk Danny Tan secara bayaran token ? Datuk Danny Tan adalah adik kepada Vincent Tan, antara tokey judi yang terkaya di Malaysia. Anwar memang baik dengan tokey-tokey judi sejak dari dulu lagi. Betul kah Soh Chee Wan, masih jadi operative kewangan Anwar selain dari Datuk Ravi ?

8. Anwar juga mempunyai sebuah badan pemikir yang dinamakan Institut Kajian Dasar. Dulu beroeprasi di Jalan Telawi Bangsar, kini berpindah ke Bukit Jelutong di rumah Khalid Jaafar, ketua pengarahnya. Dari mana Anwar cekau duit bayar Khalid dan kos operasi IKD untuk mengembangkan projek Islam Liberal di Malaysia ?

Berdasarkan item-item di atas, dari mana sumber kewangan Anwar, sedangkan Anwar hanya seorang seorang ahli parlimen dan hanya menerima elauan RM1 untuk penasihat ekonomi Selangor ?

Read On

Anwar kini sedang melobi Amerika Syarikat...

0 comments

Setelah berjaya mendapat sokongan daripada 50 ahli Parlimen Australia yang menuntut kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atasnya, kini Anwar sedang berusaha mendapatkan sokongan Amerika Syarikat pula.

Sebenarnya sokongan Australia tidak menghairankan kerana perkara ini telah didedahkan oleh Majalah The Economist sejak 30 Julai 2009 lagi.


Wartawan majalah itu sudah menjangkakan kehadiran Anwar ke Perth mempunyai serampang dua mata, selain dari berdialog antara agama, memberi janji-janji manis kepada penganut Kristian, termasuk memberi kalimah Allah, tetapi matlamat terbesarnya adalah untuk mendapat sokongan antarabangsa mengenai kes liwatnya.

"That morning, Mr Anwar had been in Perth where he had met Australia’s foreign minister. What had he been doing with Stephen Smith? “Plotting,” replies Mr Anwar, with a conspiratorial wink. Mr Anwar spends a lot of time abroad with national and religious leaders whose names he drops slightly too easily into an engaging conversational style. He moves like quicksilver from one intriguing subject to the next, but you get the uncanny sense that he is speaking to what interests you.Mr Anwar thinks he will soon need international support.". Klik di sini

Nampaknya usaha melobi yang dilakukan oleh Anwar sejak pertengahan tahun lepas telah membuahkan hasil beberapa hari lepas, apabila 50 ahli palimen Australia berusaha untuk campur tangan ke atas negara Malaysia.

Nampaknya ramalan wartawan The Economict ternyata benar; " Anwar sedang berkonspirasi dengan Stephen Smith, Menteri Luar Australia ?"

Kini Anwar berada di Doha, Qatar pula. Bunyi negaranya Islamik, tetapi programnya tidak begitu Islamik sebagaimana yang cuba digambarkan Anwar. Anwar kini mengikuti program "US-Islamic World Forum" (Forum Amerika Syarikat dan Dunia Islam) yang setiap tahun diadakan di Doha, Qatar.

Kenapa Amerika Syarikat pilih Doha, Qatar sebagai "base" untuk forum itu ? Sebabnya Doha adalah proksi Amerika Syarikat dan Perdana Menteri Doha, Sheikh Hamad bin Jassem bin Jabor al-Thani merupakan tali barut pemuja kerajaan Amerika Syarikat. Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki juga terlibat dalam program itu. Itu pun salah seorang pemuja Amerika Syarikat nombor wahid. Sama juga seperti Anwar Ibrahim dari Malaysia!

Hillary Clinton, Setiausaha Negera Amerika akan hadir untuk memberi ucapannya dalam program itu. Begitu juga dengan Richard Holbrooke, salah seorang kawan rapat Anwar yang melantik Anwar dalam Diplomat Jemputan CFR (Concil on Foreign Relations).

Dengan kehadiran tokoh-tokoh penting Amerika Syarikat ini bolehlah Anwar mengadu domba kepada Amerika Syarikat untuk campur tangan kepada kerajaan Malaysia. Anwar memang pakar bab mengadu domba, lihatlah apa yang dilakukan ke atas DAP dan PAS, kedua-dua tunduk kepada Anwar. Lihat lah apa yang dilakukan ke atas Ustaz Hadi Awang, hingga Presiden Parti Islam itu bersetuju beri kalimah Allah kepada Kristian.

Lihatlah 'ayat' yang digunakan Anwar kepada Saiful, walaupun Saiful menolak, tetapi akhirnya Anwar berjaya juga taram punggung Saiful. Lepas taram, Anwar makan karipap daging, sambil bertanya "Are You Ok ?"

Zahid Mat Arip pernah labelkan kehebatan Anwar ini sebagai 'binatang politik' yang 'pandai menggunakan kata-kata". Maksud 'binatang yang berkata-kata' adalah separuh manusia dan separuh binatang aka iblis atau dajal!

Itulah kehebatan Anwar, bila berbicara secara bersemuka dengannya. Ustaz Hadi tewas dalam kalimah Allah, Saiful pernah tewas dalam isu liwat dan mungkin Amerika Syarikat juga bakal termakan dengan hasutan-hasutan Anwar.

Kalau baca blog Anwar,[klik di sini] cara Anwar gambarkan mengenai program 'US-Islamic World Forum' ini, semuanya indah dan bagus belaka. Semuanya Islamik belaka. Tidak ada cacat celanya, walhal program itu di belakangnya adalah agenda Yahudi!.

Memang Anwar pakar bab-bab 'retorik' ni. Buktinya Kalimah Allah yang ditentang oleh majoriti ulama' Islam untuk diberikan kepada Kristian, tetapi 'terpaksa' 'cair' dengan retorik-retorik Anwar.

Sudah terang lagi bersuluh, agenda 'kalimah Allah', ada udang di sebalik batu dan semua orang tahu mengenai perkara itu, tetapi Anwar secara terang-terangan terus meretorikkan seolah-olah dia membawa 'kultus' dari Dr Yusof Al Qaradawi untuk memberikan kalimah Allah itu kepada Kristian. Walhal pihak JAKIM telah bertanya perkara sama kepada Al Qaradawi, dan Qaradawi bersetuju dengan tindakan kerajaan Malaysia, kerana hanya orang Arab sahaja yang tahu berkenaan sosio-budaya-politik Arab, begitu juga dengan orang Melayu sahaja yang tahu tentang sosio-budaya-politik Malaysia.

Tetapi suara JAKIM tewas dengan suara Anwar yang sentiasa membawa mesejnya dalam setiap kali ceramah Mahkamah Rakyat!

Siapa di belakang 'US-Islamic World Forum' ini ? Di belakangnya adalah konspirasi Yahudi yang berselindung di belakang badan pemikir The Brookings Institution dan The Saban Center Middle East. Siapa tidak kenal Strobe Talbot, Presiden Brookings. Dia adalah seorang Yahudi, bekas Timbalan Setiausaha Negara semasa pemerintahan Presiden Bill Clinton. Siapa tidak kenal Martin Indyk, Presiden Saban Center ? Dia adalah seorang Yahudi yang aktif dalam AIPAC (The American Israel Public Affairs Committee).

Jadi Anwar adalah perkakas Yahudi atas berselindung di sebalik Forum Islam ? Klik di sini dan di sini

Anwar hari ini akan menyampaikan ceramah dalam forum itu bertajuk "A Fresh Start: Has Barack Obama Initiated a New Beginning with Muslim Communities”. Masih tidak habis-habis jadi pembodek Obama, dari Paris ke Doha, inilah kerja Anwar pembodek bontot kerajaan Amerika Syarikat!

Tetapi bodek tu bodek ada makna. Dulu bodek Paul Wolfowitz hingga dapat taraf bermastatutin di Amerika Syarikat selama dua tahun. Bodek Obama ni pula, Anwar nak apa ?

Dalam ucapan Anwar forum yang sama pada tahun lepas, Anwar juga bodek Obama. Dia kata Obama lah pemimpin dunia yang maha bijaksana dan menghormati dunia Islam dalam memperjuangkan kebebasan dan demokrasi di dunia Islam.

Dulu orang tidak faham apa makna 'kebebasan' dan 'demokrasi' yang dimaksudkan Anwar. Apabila berlaku isu Kalimah Allah, barulah rakyat Malaysia faham, itulah maksud kebebasan dan demokrasi yang cuba diterapkan Anwar di Malaysia.

Dalam ucapan dulu, Anwar kata; "Sekiranya kita boleh menjangkakan sesetengah pendekatan semula dengan Amerika Syarikat – soalan yang masih kekal : Adakah Amerika Syarikat akan menemui rakan-rakan yang boleh dipercayai di dunia Muslim? Adakah mereka (Amerika) mempunyai rakan-rakan yang boleh dipercayai di kalangan kita ? ” Klik di sini

Siapa ’kita’ itu ? Kalau difikirkan mudah ’kita’ itu merujuk ’umat Islam secara umum’. Bukan. Anwar bukan bermaksud umat Islam kerana bukan semua yang hadir di forum US-Muslim, Doha itu mewakili semua pihak Islam.

'Kita’ yang dimaksudkan Anwar itu merujuk kepada golongan Islam Liberal yang hadir dalam forum itu termasuk Anwar Ibrahim dan rakan-rakan seangkatannya. Klik di sini untuk melihat senarai kehadiran.

Kesimpulan : Kalau di Perth, Australia dulu, Anwar menghadiri "Muslim Christian Interfaith Conference'. Itu program atas kertas, tetapi program belakang-belakang adalah berunding dengan Paderi Reverend Professor James Haire berkenaan dengan isu kalimah Allah [klik di sini] dan lebih penting lagi rundingan pintu belakang Stephen Smith, Menteri Luar Australia berkenaan dengan isu liwat. Hari ini sudah terbukti hasilnya berkenaan dengan isu kalimah Allah dan sokongan 50 ahli parlimen Australia.

Bagaimana pula dengan kehadiran Anwar dalam program anjuran Brookings Institution dan Saban Center di Doha, Qatar itu. Itu atas kertas. Rundingan belakang-belakang itu yang lebih mustahak. Lepas ini kita akan lihat kesannya.

Anwar memang sibuk main belakang-belakang ni!





Read On