Bagaimana Soros bantu PKR ?

Sekarang mari kita cernakan apa yang cuba disampaikan dalam polemik RPK dan Ezam Mohd Nor [klik di sini] berkenaan dengan penyaluran dana asing kepada PKR. Read between the lines.

Dakwaan RPK kepada Ezam & Anuar

Raja Petra mendakwa, Anuar Shaari, Ezam dan dua orang lain telah berkunjung ke Amerika Syarikat sekitar tahun 2003 untuk mengutip duit atas nama Free Anwar Campaign (FAC).

Dakwanya lagi, seorang informernya (tidak dinyatakan nama) dari Amerika Syarikat telah menelefonnya untuk mengesahkan identiti benarkah keempat individu itu mewakili mewakili FAC (RPK tidak menjawab pengesahan ini benar/tidak.Lagipun takrif FAC luas, satu misi untuk membebaskan Anwar (tidak semestinya website RPK) yang ketika itu masih lagi merengkok di penjara Sungai Buloh)

Tetapi RPK mendakwa dia mengesahkan soalan lain iaitu berkenaan pembangkang di Malaysia (PKR?) kekurangan dana dan jika pembangkang disalurkan jutaan ringgit kemungkinan besar pembangkang akan memenangi pilihan raya umum tahun itu (2004). RPK dakwa infomer itu berjanji kepadanya untuk menyalurkan 10 hingga 20 juta kepada pembangkang di Malaysia.

RPK dakwa lagi dana sejumlah di atas telah disalurkan (bagaimana RPK dapat mengesahkan penyaluran dana itu ?) ke Hong Kong,(disalurkan kepada siapa di Hong Kong?) tetapi sebelum sempat disalurkan ke Malaysia, dana itu lesap entah ke mana.

Dakwa RPK dia diberitahu oleh pemimpin kanan PKR (siapa?) bahawa dana itu diberikan oleh George Soros dan empat individu tersebut telah berjumpa secara peribadi dengan Soros di pejabatnya, di Amerika Syarikat.

Jawapan Ezam kepada RPK

Ezam menafikan dakwaan RPK bahawa dia terima dana dari Soros. Dia menafikan sekeras-kerasnya berjumpa dengan Soros, ataupun wakil soros ataupun organisasi Soros iaitu Open Society Institute (OSI).

Tetapi Ezam mengakui dia, Anuar Shaari dan dua individu (yang disembunyikan identiti oleh RPK; Ezam menamakan sebagai Azmin Ali dan Adlin Murtadza Zabri) berkunjung ke Amerika Syarikat sekitar tahun 2003, tetapi bukan untuk berjumpa Soros, sebaliknya berjumpa wakil-wakil senat Amerika Syarikat di Capitol Hill dan NGO. Kedatangan Ezam dan tiga rakannya atas undangan Ambasador Roland , duta Cambodia di New York.

(Apakah motif RPK sembunyikan identiti 2 individu selain Ezam & Anuar ? Apakah motif Ezam dedahkan 2 individu yang disembunyikan oleh RPK ? Motifnya sebagai saksi alibi, bahawa kunjungan mereka itu tidak bertujuan jumpa Soros, jika tidak percaya boleh dirujuk kepada Azmin Ali dan Adlin yang sama-sama turut serta)

Selain itu, Ezam turut mengesahkan terdapat satu rombongan lain selepas itu (yang tidak disertainya) yang berjumpa dan berunding dengan Soros. Rombongan itu diketuai oleh Wan Azizah Wan Ismail bersama dengan Azmin Ali dan Khalid Jaafar yang diatur oleh Elizabeth Wong, individu yang diketahui umum menjadi penghubung Soros dan PKR.

Tetapi Ezam tidak dapat mengesahkan dalam rundingan itu, Soros telah memberi dana, kerana pertemuan mereka tidak dilaporkan kepada mesyuarat parti.

Tersirat di sebalik polemik ini

RPK dan Ezam sama-sama bersetuju terdapat hubungan intim di antara PKR, Amerika Syarikat dan Soros. RPK menuduh Ezam dan Anuar terima duit Soros, tetapi gagal dibuktikan secara spesifik. Ezam menafikan dakwaan itu kerana kunjungannya ke Amerika Syarikat bukan jumpa Soros, sebaliknya jumpa senat-senat di Capitol Hill. Saksinya Anuar, Azmin dan Adlin.

Subjek 'Soros' sebagai penderma dana kepada PKR diperkatakan oleh RPK dan Ezam. RPK walaupun cuba mengaitkan dengan Ezam dan Anuar tetapi gagal membuktikan dana itu disalurkan kepada mereka berdua, tetapi hanya membuat kenyataan dana itu ditransitkan dari Amerika Syarikat ke Hong Kong, tetapi lesap tanpa sampai ke Malaysia.

Ezam pula bersumpah tidak pernah berurusan dengan Soros atau wakilnya, dia tahu terdapat rombongan lain diketuai Wan Azizah, Azmin dan Khalid berunding dengan Soros, tetapi dia tidak dapat mengesahkan sama ada Soros salurkan dana atau tidak kerana rundingan mereka itu tidak dilaporkan kepada parti.

Ezam dengan tegas berkata sekiranya dia berbohong walaupun satu perkataan dari kenyataan di atas haram ke atas setiap amal baiknya di dunia dan halal api neraka kepadanya.

Ezam berkata tuduhan ini merupakan fitnah RPK ke atasnya yang hanya menulis tanpa bukti, tetapi pengecut dan lari ke luar negara.

Soalan untuk RPK. Jika dia mendakwa Ezam dan Anuar melobi untuk dapatkan dana di luar negara menggunakan websitenya (FAC), apakah tidak mungkin RPK yang sekarang ini berada di luar negara sedang melobi dana Soros menggunakan resume FAC atau Malaysia-Today ?

Kecenderungan RPK mendapat dana asing sangat positif, berdasarkan gaya hidupnya yang hidup di luar negara tidak setimpal dengan status seorang penulis/blogger. Siapa taja RPK dan Malaysia-Today?

Bagaimana Soros bantu PKR ?

Berdasarkan keterangan di atas, dapat disimpulkan Soros memberi dana atas sebab Anwar sama FAC atau membantu kerja-kerja politik pembangkang Anwar di Malaysia. Dana itu ditransit dari Amerika Syarikat ke Hong Kong dan dari Hong Kong ke Malaysia.

Pengatur di antara PKR dan Soros adalah Elizaberth Wong yang ketika itu terlibat aktif dalam NGO SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) dan pengasas Malaysiakini.com. Sekarang Elizaberth Wong adalah exco kerajaan negeri Selangor. SUARAM dan Malaysiakini.com adalah pro Anwar Ibrahim.

Tetapi keterangan di atas tidak menceritakan secara detail bagaimanakah dana itu disalurkan ke PKR, selain daripada menyatakan transit ke Hong Kong. Anwar pernah berkata semasa kempen 16 September 2008, 'urusan rundingan lompat parti BN ke PKR boleh diuruskan di tiga destinasi sama ada Hong Kong, Dubai atau Singapura'. Maksudnya apa ?

Lokman Noor Adam, bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan menghuraikan lebih terperinci bagaimanakah proses penyaluran dana tersebut. Salah satu kaedahnya dengan memasukkan ke dalam akaun CITYBANK dan PUBLIC BANK ke atas nama SYARIKAT GELORA SDN BHD, kepunyaan Khalid Jaafar.

Khalid adalah salah seorang kepercayaan Anwar yang dipertanggungjawabkan menjaga badan pemikir Anwar yang dinamakan Institut Kajian Dasar (IKD).

Selain Khalid, seorang lagi pemegang amanah SYARIKAT GELORA SDN BHD adalah Azwandin Hamzah, bekas Exco Pemuda Keadilan Nasional dan pegawai IKD.

Menurut Lokman, Azwandin Hamzah telah memberikan bukti-bukti resit proses transisi dana dari Amerika Syarikat ke dalam akaun SYARIKAT GELORA SDN BHD dan kemudiannya disalurkan untuk kegiatan PKR.

Siapakah Soros ?

George Soros adalah seorang berbangsa Yahudi, seorang hartawan di Amerika Syarikat. Dia merupakan pengerusi Soros Fund Management, Quantum Fund dan Open Society Institute (OSI).

Dia bergiat aktif berkempen untuk Presiden Obama menjadi Presiden Amerika Syarikat dengan menaja beberapa NGO pro Demokrat. Antara NGO tersebut adalah MoveOn.Org, Human Rights Watch, Media Matters dan ICG (International Crisis Group).

Calvina Fay dari Drug Free America Foundation berkata Soros merupakan “individu yang paling jahat di dunia” kerana sebahagian daripada kekayaannya, dianggarkan berjumlah $7 bilion, disalurkan kepada kumpulan pejuang hak kaum GAY, pengguguran bayi, penggunaan dadah haram dan hak pelacur.

Menurut Professor Michel Chossudovsky, Soros (Open Society Institute) bekerjasama IMF (International Monetary Fund),dan NED (The National Endowment for Democracy) untuk melantik Presiden proksi pro Amerika Syarikat dalam pilihan raya umum Ukraine.

Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dengan Soros dalam ICG, sebuah organisasi ala-CIA tajaan Open Society Institute.

Di Malaysia, Soros dikenali sebagai penyangak matawang kerana berusaha merudumkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997. Ketika itu Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta Chairman of the Development Committee of the IMF(the International Monetary Fund) yang dilantik oleh sahabat baiknya, Michel Camdessus.

Ada berpendapat, usaha Soros dan IMF ini untuk memberi tekanan ekonomi kepada Malaysia, supaya Dr Mahathir disingkirkan dan dinaikkan Anwar, tetapi usaha ini tidak berjaya.







1 comments:

Post a Comment