Bukit Selambau : Kalaivanar hanya isyarat..ada lagi gelombang besar..

0 comments

Hari ini, Kalaivanar, Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Jerai, mengumumkan beliau keluar parti itu bersama-sama 400 ahli PKR yang lain.

"Mengapa saya keluar PKR ? Adakah kerana saya tidak terpilih jadi calon Bukit Selambau ? Tidak.Tidak. Isu jadi calon Bukit Selambau isu sampingan. Apa dia isu besar ? Isu besar adalah sikap DIKTATOR dan KETIDAKPEDULIAN Anwar Ibrahim. Dia macam FIRAUN. Dia sahaja yang betul. Ahli-ahli bawah semua buruh kasar kena patuh segala arahannya", tegas Kalaivanar.

"Saya bosan. Saya tidak mahu bazirkan masa lagi dan memperdaya orang lain.PKR memperdaya orang India hanya untuk dapatkan sokongan. Mainkan sentimen kita bila mereka naik ke pentas, bercakap tentang lima tahanan Hindraf dan melaungkan Makkal Sakthi (kuasa rakyat). Bila saya cadangkan semua ahli Parlimen pembangkang mengadakan mogok di Parlimen bagi pembebasan lima pemimpin itu (daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri), tiada seorang pun yang mendengarnya," katanya.

"Dengan ini saya bubarkan Bahagian PKR Jerai yang mempunyai 100 ahli dan juga Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat India Kedah yang saya adalah pengerusinya", katanya lagi.

Kalaivanar bukan ahli baru dalam PKR. Dia jadi ahli sejak 1998. Dia sendiri pernah ditahan polis sebanyak 29 kali gara-gara terlibat dengan demonstrasi bela Anwar Ibrahim.

Setelah berjuang bela Anwar, apa dia dapat ? Dapat masuk lokap polis adalah..

"Berbaloikah ditahan 29 kali hanya dapat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat India Kedah ?. Tak berbaloi langsung. Sebab itu isteri saya (K Deivanai), ketua wanita PKR Negeri pun keluar parti juga walaupun dia ditawarkan Ahli Jawatankuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani"

"Lebih baik tak payah susah payah berjuang dalam PKR, S. Manikumar yang baru dua tahun masuk PKR pun disanjung gila, macamlah dia berjasa kepada parti", katanya lagi.

Itu cerita gempak, di sebalik rasa tidak puas hati orang lama PKR terhadap pemilihan calon bidang terjun PKR di Bukit Selambau, S Manikumar.

Anwar Ibrahim memilih S Manikumar, muka baru yang tidak aktif dalam PKR, orang luar kawasan Bukit Selambau semata-mata berdasarkan bodek kipasan turbo daripada DATUK RAVI DHARAN, seorang bisnesman yang banyak sponsor Anwar Ibrahim.

S Manikumar, anak buah V ARUMUGAM telah menjalankan perniagaan dengan ROHINI GUNA, seorang ahli perniagaan Kedah yang merupakan anak buah DATUK RAVI DHARAN.

Dapat lihat link mereka ? V ARUMUGAM - ROHINI GUNA - DATUK RAVI DHARAN - Anwar Ibrahim. Maka muncullah secara tiba-tiba S MANIKUMAR!

Orang-orang PKR Kedah yang berjuang bagai nak mampus seperti Kalaivanar, K. Masilamani, Dr R. Krishnamoorthy, S. Thanenthiran, dan S. Sritharan dipinggirkan dengan begitu saja. Habis madu, sepah dibuang, itulah stail politik Anwar Ibrahim.

Sebab itu semasa Anwar umumkan nama Manikumar sebagai calon PKR, penyokong-penyokong Masilamani mengamuk sakan. Masilamani sudah berjuang sekian lama menjaga kebajikan masyarakat India di Bukit Selambau, tiba-tiba diumumkan nama 'orang luar' mentang-mentanglah ada aset perniagaan.

Datuk Ravi Dharan pula macam bos besar yang ada kabel besar dengan Anwar Ibrahim. Dalam negara, luar negara, semuanya diuruskan oleh Datuk Ravi. Dia menggantikan tempat Datuk Nallakarupan, sepuluh tahun lampau. Dulu di mana ada Anwar, di situlah ada Datuk Nalla. Sampai boleh masuk ke rumah Anwar, melalui pintu dapur tanpa pecat kasut. Sekarang di mana ada Anwar, di situlah ada Datuk Ravi!

Sebenarnya pengumuman keluar PKR oleh Kalaivanar hari ini, hanya isyarat permulaan. Ada satu gelombang lagi akan berlaku. Gelombang Makkal Sakthi, Gelombang HINDRAF yang merasakan diri mereka dipermainkan oleh Anwar.

Di mana Anwar ketika ini, ketika ahli-ahli PKR sedang berkecamuk di Bukit Selambau ?

Anwar tidak peduli semua itu. Dia hanya pedulikan periuk nasinya saja. Ketika ini dia sibuk MELANCONG, berlagak sebagai PERDANA MENTERI melancong di DUBAI, BAHRAIN dan singgah sekejap di BANGKOK.

Peduli apa Anwar dengan HINDRAF dan MAKKAL SAKTHI. Diakan bercita-cita jadi PM, jadi urusan dalaman PKR biarlah Khalid gagap uruskan.

Anwar pula sibuk MELANCONG di BANGKOK!





Read On

Cerita-cerita di sebalik tabir Fairus ..

0 comments

Cerita-cerita ini sudah berlegar di kalangan aktivis PKR, tetapi Anwar cuba tutup pekung, supaya tidak berbau kepada orang ramai. Malulah Anwar sebagai penceramah upahan Al Gore berceramah di seluruh dunia mengenai accountability (kebertanggungjawaban), tetapi ahli partinya sendiri tidak ada accountability.

Seluruh dunia tahu Anwar penceramah upahan Amerika. Dia berceramah mengenai rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, kecekapan tadbir urus dan kerajaan bersih. Itu ceramah Anwar di luar negara.

Di dalam negara macam mana? Dalam PKR macam mana ? Anwar, PKR dan ahli-ahlinya, tiada korupsi? Tiada nepotisme ? Tiada penyelewengan kuasa? Tiada skandal seks?

Kisah peletakan jawatan Fairus adalah contoh paling baik, kerana dia berstatus Timbalan Ketua Menteri 1 PKR Pulau Pinang. Dia pula berada di DUN Penanti, satu DUN di dalam Permatang Pauh, di mana ahli parlimennya adalah Anwar Ibrahim, Penasihat PKR.

Kira Fairus ni macam anak emas Anwar la. Kalau bukan anak emas, tidak diberi kerusi selamat dalam DUN Penanti. Kalau bukan anak emas, tidak diberi jawatan Timbalan Ketua Menteri 1, exco agama, Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang dalam usia semudanya itu.

Fairus pula produk UIA sama seperti Shamsul Iskandar Mat Akin (ketua Angkatan Muda) ketika saat-saat akhir Anwar mengaut harta negara sebagai TPM dan Menteri Kewangan. Sebab itu dikhabarkan Shamsul Iskandar pun ada saham ke arah menjatuhkan Fairus, kerana Fairus pernah sebut dia juga berminat jawatan Ketua Angkatan Muda PKR.

Kira Fairus paling special kepada Anwar. Datang dari produk UIA, bertanding di kerusi tempat lubuk Anwar Ibrahim dan dapat jawatan-jawatan yang tinggi-tinggi.

Pengaruh siapa, Fairus dapat semua keistimewaan itu kalau bukan dari Anwar Ibrahim. Sebab itu apabila Ketua AMK Kepala Batas, Amizudin Ahmat hantar laporan kepada Presiden PKR, Wan Azizah tidak ambil apa-apa tindakan. Menyedari tiada pilihan lain, maka Amizuddin pun buat kenyataan media supaya heboh satu Malaya pada 26 Februari lalu.

Bila heboh satu Malaya, Pengerusi Perhubungan Negeri Pulau Pinang yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru, Dato’ Mohd Zahrain Md Hashim pun kejar pula Amizudin minta bukti-buktinya.

Sebelum itu sempat juga Dato Zaharain balun Amizudin, kenapa buat pendedahan di media. Heboh satu Malaya. Malulah parti kita. Semua orang tahu penyelewengan parti kita. Tak bolehkah serah bukti diam-diam dan kita ambil tindakan.

Amizurdin sound semula kepada Dato Zaharain. Dah serah diam-diam dah. Dah sampai pun ke tangan Presiden PKR. Anwar pun dah tahu. Apa tindakannya? Semuanya nak sorok, semuanya nak main jalan selamat, saya kena fitnah macam mana? Saya kena tuduh makan duit kuari macam mana ? Kena tuduh main rasuah sebab berbini dua macam mana?

Yang saya paling panas hati, sudahlah kena fitnah macam-macam, kontrak saya sebagai ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP)tidak disambung semula, siapa punya kerja?

Siapa orang PKR paling berkuasa di Pulau Pinang, kalau bukan Fairus ? Kenapa dia dengki dengan saya, hingga kontrak pun nak ditamatkan. Nak tutup periuk nasi orang lain ka?

Habislah macam ni. Media dah main isu ni. Anwar pun dah marah-marah dengan tindakan awak bercerita di media ni, kata Dato Zaharain.

Habis saya nak buat macam mana? Serah laporan senyap.Saya dah serah laporan kepada kak Wan Presiden PKR, 8 Januari lalu. Senyap juga. Lebih baik saya beritahu orang media, supaya semua orang tahu.

Cukup..cukup..kata Dato Zaharain, kita buat siasatan dalaman. Tak payah kecoh-kecoh lagi kat media.

Tapi kena siasat betul-betul, warning Amizurdin. Saya boleh serahkan bukti-bukti, tetapi kena ada jawapan ke atas setiap bukti-bukti itu. Jangan jadi seperti laporan dulu, semua buang dalam tong sampah.

Okey..okey..kata Dato Zaharain. Saya akan bentuk badan siasatan. Kita kena bertindak cepat, sebelum SPRM siasat lebih detail. Kita kena halang kes ini jadi lebih besar.

Amizuddin pun bersetuju dengan janji Dato Zaharain. Satu Badan Khas Siasatan ditubuhkan diketuai oleh Abdul Halim (Speaker DUN), Tan Hock Leong (ADUN Machang Bubok), Sim Tze Tzin (ADUN Pantai Jerejak) dan VS Raveetharan (ADUN Batu Uban). Semuanya dari PKR.

Amizudin pun disoal siasat oleh badan siasatan PKR. Dia pun bercerita dia difitnah oleh Fairus dengan tuduhan dia terima wang sebanyak RM 5,000.00 setiap bulan daripada pengusaha kuari. Itu tidak betul. Semua tu fitnah. Fairus juga tuduh dia ada 4 buah kereta dan dua orang isteri. Jahat betul Fairus ni, kata Amizudin.

Itu bab pertama Amizuddin beritahu badan siasatan. Bab dia defend dirinya yang difitnah dan dipecat daripada menjadi ahli majlis MPSP.

Sekarang masuk bab kedua. Bab dia pula mendedahkan bukti-bukti penyalahgunaan Fairus sebagai Timbalan Ketua Menteri.

Saya ada bukti Fairus terlibat dengan rasuah dan salahguna kuasa selaku Timbalan Ketua Menteri. Fairus guna kuasanya sebagai Timbalan Menteri untuk bersekongkol dan melindungi beberapa buah kuari di Bukit Mertajam menjalankan kegiatan haram mereka serta menipu Kerajaan Negeri bahawa syarikat-syarikat itu tidak perlu membayar royalti di atas aktiviti haramnya itu.

Maknanya Fairus salah guna kuasa sebab syarikat-syarikat kuari itu telah bayar kepadanya. Saya ada bukti slip bank, bukti kemasukan duit syarikat kuari kepada akaun Fairus. Saya ada bukti rakaman perbualan saksi-saksi yang membuktikan Fairus terlibat.

Saya nak dedahkan bahawa tiga buah kuari di Seberang Perai sembunyi fakta sebenar pembayaran hasil royalti kepada kerajaan negeri. Siapa punya kerja? Siapa orang PKR yang paling berkuasa dalam kerajaan negeri ? Saya dah siasat penyelewengan ini semua, saya dah serah bukti, apa terjadi ? Bukankah tiga syarikat kuari itu dikenakan denda dan kena bayar denda kepada kerajaan negeri RM800,000.00?

Jadi sebelum ini, siapa yang melindungi syarikat-syarikat kuari itu ? Kalau syarikat-syarikat kuari itu tak bayar royalti kepada kerajaan negeri, ke mana syarikat itu salurkan duit ? Masuk dalam akaun peribadi Fairus ?

Sila semak akauan Fairus. Dari mana dia dapat duit banyak. Boleh beli kereta BMW 5 Sereis dan Mercedes C Class secara tunai. Dari mana sumber duit itu datang, dedah Amizuddin.

Tidak sampai seminggu Amizuddin mendedahkan bukti-bukti itu, secara diam-diam Anwar minta supaya Fairus bercuti dengan alasan sambung belajar ke luar negara. Lim Guan Eng sendiri mengakui permohonan cuti Fairus itu diminta sendiri oleh Anwar.

Jadi sudah tahu di mana bermulanya kes Fairus ? Siapa yang menjatuhkan Fairus dan kenapa dia dijatuhkan ?

Anwar hanya bertindak lewat, walaupun sudah tahu dari awal, tetapi berusaha melindungi, tetapi bila sudah kritikal sudah heboh satu Malaya, sudah jadi kes SPRM, barulah Anwar mula bertindak.

Anwar bertindak pun kerana nak halang SPRM korek dalam-dalam kes kuari itu. Nanti tidak pasal-pasal bukan setakat nama Fairus sahaja terkeluar, akan keluar lagi nama-nama lain. Jadi kena tutup cepat-cepat. Fairus kena letak jawatan, pergi sambung belajar. TUTUP KES!

Itulah kelemahan parti jika hanya dipimpin dengan SATU KEPALA. Boleh buka, tutup kes ikut SATU KEPALA. Tiada siapa boleh persoalkan.

Bertindak pun kerana terpaksa, setelah Amizuddin pilih kaedah dedah kepada umum. Kalau tidak pilih kaedah itu, sampai ke hari ini, Fairus masih Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan masih menikmati hasil rasuah bulanan dari duit haram!

Dan Anwar pula akan ketepikan kes-kes macam ini. Kes kecil katanya. Bila dia ketepikan bermakna tidak ada kes la. Jadi Anwar pun bebas berceramah di seluruh negara, Saya berjuang untuk sediakan pemimpin bersih, PKR parti bersih, tidak ada penyelewengan, salah guna kuasa dan seks.

Tuan-tuan sekalian, sabar..sabar..sabar, sedikit masa lagi kita akan rampas Putrajaya, kerana kitalah yang paling layak dan paling bersih, kata Anwar.

Read On

Bila Anwar diam-diam selak kain Fairus..

0 comments

Semalam Lim Guan Eng menafikan Mohd Fairus akan letak jawatan. Kata Lim, "Saya dimaklumkan oleh Anwar bahawa Fairus minta untuk bercuti dan atas permintaan Anwar, saya luluskan cuti itu," Katanya lagi, "beliau bercuti sekurang-kurangnya untuk minggu ini. Beliau sepatutnya kembali bertugas pada hari Isnin melainkan beliau memohon untuk menyambung cutinya,"

Itu kenyataan Lim Guan Eng semalam. Tapi hari ini berlainan pula. Lim berkata beliau telah menerima peletakan jawatan Mohamad Fairus berkuatkuasa pada 8 April depan.

Ish..pandai berbohong juga Lim Guan Eng yang mengaku kononnya nak jadi seperti khalifah Umar ibn Abd al-Aziz. Ntah siapa yang pergi bisikkan nama Khalifah Umar Ibn Abd. Aziz kepada Lim Guan Eng ni..Anwar kot. Lim Guan Eng Khalifah Umar Abd Aziz..hahaha

Sebab Anwar ni suka memanipulasikan agama, sebut nama-nama tokoh-tokoh agama, untuk tarik undi tetapi pelaksanaannya lebih teruk dari Yahudi. Hampeh!

Kalau Lim Guan Eng benar-benar nak tiru khalifah Abd Aziz, beri jawatan exco agama kepada wakil PAS dulu. Cakap banyak tak guna. Tunjukkan bukti itu dulu. Jangan beri exco agama kepada PKR kerana PKR akan daulatkan IFC!


Selak kain Fairus

Lihat blog Anwar, ada dia komen pasal Fairus. Tak ada. Tak ada. Ada dia buat kenyataan pasal Fairus. Tak ada. tak ada.

Yang ada di atas pun, kenyataan Anwar melalui Guan Eng. Guan Eng kata, Anwar minta dia luluskan cuti Fairus. Fairus nak pergi mengembara ke luar negara. Nak sambung belajar. Itu versi Lim Guan Eng. Anwar diam saja.

Kenapa pula Anwar berdiam diri dalam kes Fairus, sedangkan dalam kes dia terhegeh-hegeh pergi jumpa Pak lah, dia sendiri offer dirinya untuk ditanya wartawan.

"Awak (wartawan) tak nak tanya saya tentang perjumpaan penting hari ni ke ?", soal Anwar kepada wartawan. Hahaha..sepatutnya wartawan yang soal Anwar isu tu, tetapi bila wartawan tidak berminat, Anwar pula offer diri. Itulah sikap terpilih Anwar, hidung tak mancung pipi yang tersorong-sorong.

Dalam kes Fairus, Anwar seolah-olah bersembunyi di sebalik bontot Lim Guan Eng. Takut benar Anwar dengan kes Fairus, hinggakan Lim Guan Eng terpaksa jadi jurucakap Anwar pula.

Barangkali kalau wartawan terserempak dengan Anwar, mau lari Anwar terkincit-kincit seperti masuk kedutaan Turki tempohari.

Kalau terpaksa juga bertembung, barangkali soalan wartawan bertanya " Apa komen datuk mengenai kes Fairuz?". Anwar akan jawab, "Fairuz...errrr..Najib beli kapal selam. Altantunya..bla..bla..bla.."

Memang dari dulu lagi Anwar tidak pernah menjawab soalan. Lain soalan yang ditanya, lain jawapan yang diberi. Selebihnya dia akan memukul musuhnya cukup-cukup menabur fitnah walaupun tidak mempunyai bukti. Itulah sikap Anwar suka bersembunyi, bila melakukan kesalahan, tidak menjawab soalan bila ditanya dan akan menfitanh pihak lain yang sesuka hati untuk melindungi pekung di dada sendiri.

Apa hal Fairus tiba-tiba letak jawatan ?

Bila sebut nama Fairus, orang dalam PKR sendiri akan geleng kepala. Mulut terkunci tak boleh kata apa-apa, yang mampu hanya mengeleng kepala.

Macam-macam dakwaan ke atas dirinya. Dah kematuk kaki Fairus turun naik pejabat Anwar di Seksen 16, buat penjelasan. Keluar bilik. Anwar senyum. Fairus pun senyum. Dah lama dah, sejak bulan pertengahan tahun lepas lagi. Yang lebih kecoh akhir Disember tahun lalu, tetapi Fairus masih kebal juga. Masuk bilik Anwar lagi. Keluar senyum lagi.

Tetapi yang berlaku sehari dua ini di luar jangkaan. Ribut tiada, angin pun tiada, tiba-tiba hujan turun. Fairus pun hantar surat letak jawatan. Entah dengan kerelaan atau paksaan. Katanya kali ini Anwar paksa Fairus letak jawatan.

"Kalau you tak letak jawatan PKR akan rosak..rekod you sudah ada dengan SPRM, kena bertindak cepat-cepat untuk selamatkan parti", kata Anwar kepada Fairus.

Fairus yang sememangnya bersalah pun hantar surat letak jawatan!

Tetapi dalam kes Elizabeth, Anwar bertindak berlainan. Anwar dari awal-awal lagi berusaha untuk menghalang Elizabeth Wong meletak jawatan meskipun Eliz bersungguh-sungguh mahu letak jawatan.

Kata Anwar kepada Eliz, " Awak tidak bersalah Eliz. Itu hak asasi awak nak bermain dengan sesiapa termasuk Hilmi. Itu salah budak PKR (Hilmi) yang lepas main, ugut nak duit dan sebar kepada umum. Itu kata Anwar kepada Eliz ketika dalam bilik mesyuarat.

Tetapi bila Anwar ditanya wartawan tentang kes Eliz, "Elizabeth...errrr...itu kerja BN tangkap gambar. Khir lepaskan toyonya pergi tangkap gambar di rumah Eliz..err..saya ada bukti cukup Khir Toyo rasuah bla..bla..bla.."

Dalam kes Fairus dan Elizabeth, tindakan Anwar double standard. Apa isu Elizabeth? Isunya adalah dia bermain seks rambang dengan Ahli PKR Melayu bernama Hilmi dan foto-foto bogel Elizabeth tersebar meluar di internet, mungkin disebarkan oleh Hilmi yang melarikan diri ke Indonesia.

Apa pula kes Fairus? Kes Fairus adalah dia disiasat menyeleweng kuasanya sebagai Timbalan Ketua Menteri. Menyeleweng apa ? Menyeleweng dalam menjalankan aktiviti perniagaan haram iaitu rasuah aktiviti kuari. Hah kuari ???

Masalah PKR nih..Kuari pun nak disebat juga. Tak senonoh betul. Dulu masa GERAK lapor Khalid selewengkan lembu-lembu di Selangor, Anwar tergelak sakan. "Apa lah bahlol GERAK ni, lembu pun jadi isu, cari lah benda lain skit.."

Tapi bila isu rasuah "kuari" disabitkan kepada Fairus. Anwar pula pandang serius. Suruh letak jawatan segera. Suruh cepat-cepat pergi ke luar negara, sambung belajar, buat profesor cepat-cepat..

Tetapi jika difikirkan secara logik apa beza lembu-lembu dengan pasir-pasir (kuari). Kedua-duanya perkara kecil ?

Bezanya kes penyalahgunaan pasir-pasir kuari Fairus ini didakwa oleh Amizudin Ahmat, Ketua AMK PKR Kepala Batas. Kes lembu-lembu Khalid dibuat oleh NGO bebas. Beza tuh.

Ini berita mengenai kes Fairus yang ditulis di Malaysiakini:

Ketua AMK Kepala Batas, Amizudin Ahmat hari ini (16 mac) menyerahkan bukti dan laporan kepada jawatankuasa khas siasatan PKR Pulau Pinang berhubung dakwaannya baru-baru ini mengenai pemimpin parti itu menerima wang dari pengusaha kuari.

Ketika dihubungi Malaysiakini berkata, Amizudin baru sahaja selesai disiasat oleh jawatankuasa tersebut yang diketuai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Halim Husin dan tiga ahli jawatankuasanya.

Siasatan selama tiga jam itu diadakan di Pejabat Perhubungan PKR Pulau Pinang mulai jam 3 petang di Bandar Sunway, Seberang Jaya.

Menurut Amizudin, keputusan siasatan jawatankuasa tersebut akan diketahui dalam masa dua minggu lagi.

Dilaporkan bahawa exco AMK itu membuat aduan kepada presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Ismail berhubung isu berkenaan tetapi tiada tindakan diambil terhadap pemimpin yang berkenaan.
klik di sini

Belum pun sampai dua minggu untuk keputusan dibuat oleh jawatankuasa penyiasat PKR, hari ini, secara diam-diam Timbalan Ketua Menteri PKR Pulau Pinang, Fairus letak jawatan.

Jadi sudah jelas, kalau ikut tradisi PKR sesiapa yang meletak jawatan memang orang itu benar-benar bersalah dan terlibat melakukan penyelewengan itu.

Elizabeth letak jawatan. Arumugam letak jawatan. Fairus letak jawatan. Cuma Anwar sahaja yang bertahan hingga ke benang basah, menolak DNA, menolak bersumpah, menolak siasatan polis, menolak hakim dan menolak untuk letak jawatan.

Tetapi kenapa semua sindrom ini hinggap kepada PKR sahaja?

Anwar kata dirinya bersih. Partinya bersih, dia sendiri adalah penceramah kebertanggungjawaban yang diupah oleh Paul Wolfowitz dan Al Gore.

Tetapi bersihkah Anwar ? Bersihkah ahli-ahli PKR? Bersihkah Elizabeth, Arumugam, Fairus dan Anwar?



Read On

Apa lagi Anwar laporkan kepada Al Gore ?

1 comments

Ketika PKR sibuk dengan persiapan dengan tiga pilihanraya kecil, Anwar pula sibuk ke London menghadap tuannya bernama Al Gore. Anwar tidak peduli dengan pilihanraya di Bukit Gantang kerana kawasan itu milik PAS. Selalunya kalau PAS bertanding Anwar akan cari pasal ke Amerika Syarikat. Dulu di Pengkalan Pasir Kelantan. Anwar lari ke Amerika. Kemudian di Kuala Terengganu, Anwar lari ke Turki. Kini penyokong PAS sibuk dengan persiapan di Bukit Gantang, Anwar lari ke London pula..

Apa barang jumpa Ustaz Hadi atau Ustaz Haron Din, mana klass jumpa mereka, lebih baik Anwar jumpa Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika.

Apa barang jumpa mufti-mufti termasuk Datuk Haronsani, mereka semua tiada kuasa untuk perintah dunia, lainlah jumpa manusia berdarah Yahudi bernama Al Gore yang mempunyai yayasan dan think tanknya sendiri di London.

Semua ini jaguh kampung yang anti Israel, apa klass Anwar berkawan dengan jaguh kampung ? Berkawan dengan Al Gore barulah jaguh antarabangsa!


Apa Anwar bincang dengan Al Gore ?

Ini tulisan Anwar berkenaan pertemuannya dengan Al Gore, bertajuk "Wacana Ekonomi di London" yang ditulis pada 14 Mac 2009. Baca dan hayati maksud tersurat dan tersirat.

Pagi semalam saya tiba di London dan terus mengikuti perbincangan sehari di kalangan lapan tokoh bersama Mantan Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore. Perbincangan sabelah pagi berkisar soal kegawatan ekonomi - kerangka ransangan ekonomi Presiden Obama; Eropah, China dan India.

Rumusan secara tuntas menjurus kapada keperluan melakukan anjakan dari pendekatan lama. Ini termasuk penyediaan dana tambahan serta kesediaan merombak kaedah pengurusan ekonomi dan pengagihan kekayaan.

Turut diberikan penekanan adalah keperitan hidup rakyat akibat pengangguran. Mauduk berikutnya berkisar isu hak asasi dan kebebasan, hubungan Amerika Syarikat dan dunia Islam. Tidak ketinggalan adalah tajuk wajib buat Al Gore iaitu alam sekitar dan lingkungannya.


Kesimpulan dari tulisan di atas, Anwar berbincang dengan Al Gore bersama dengan lapan orang lain dalam satu majlis yang tidak dinyatakannya. Anwar tidak menyatakan siapakah penganjurnya, di manakah tempatnya yang sepatutnya menjadi prasyarat satu majlis formal.

Anwar hanya dia bersama lapan tokoh (siapa?) berbincang dengan Al Gore. Maknanya mungkin anjuran Al Gore, berbincang di satu tempat di London yakni laksana perbincangan kumpulan think tank kepada Al Gore.

Apa topik dibincangkan ? Anwar tulis, soal kegawatan ekonomi..jangan salah sangka fikir soal kegawatan ekonomi Malaysia pula, kerana Al Gore tidak berminat bincang soal ekonomi Malaysia. Apa barang bincang soal ekonomi Malaysia dengan Al Gore dan think tanknya di London..

Anwar tulis soal ekonomi Amerika dan kaedah rangsangan ekonomi Presiden Obama. Bermakna yang dibincangkan adalah masalah Amerika Syarikat.

Jadi kalau bincang mengenai Amerika Syarikat, kenapa jemput Anwar ? Adakah Anwar terlibat secara langsung dengan Amerika ? Anwar kan warganegara Malaysia, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, kenapa dijemput Anwar yang tiada kaitan dengan Amerika ? Kenapa tidak dijemput ketua Pembangkang parlimen Indonesia, Turki atau Iran terlibat sama ?

Kecuali Anwar sebenarnya terlalu istimewa kepada Al Gore, dianggap sebagai sebahagian daripada kakitangan Amerika, (baca : Ejen Amerika) yang diplan di Malaysia?

Gaya Anwar tulis macamlah dia bercakap dengan ulamak-ulamak besar dunia, diguna perkataan "mauduk" walaupun yang dibincangkan itu semuanya kepala-kepala besar Amerika yang pro Israel.

"Mauduk berikutnya berkisar isu hak asasi dan kebebasan, hubungan Amerika Syarikat dan dunia Islam"... Wah hebat betul Anwar meliberalkan Islam, meletakkan bahasa Arab 'mauduk' untuk meliberalkan imej hak asasi, kebebasan dan Amerika Syarikat..

Anwar bercakap dengan Al Gore guna perkataan 'mauduk'..hahaha..betul-betul kena tipu la lu..

Perkataan 'mauduk' tu untuk melenakan pembaca di Malaysia dan menyembunyikan perkara sebenar yang dibincangkan dengan Al Gore.

Apakah Anwar hanya bincang mengenai plan strategik ekonomi Presiden Obama sahaja semasa di London. (baca : menyediakan draf kertas kerja untuk melobi Obama)

Tidak. Tidak. Banyak lagi aktiviti lain Anwar lakukan dalam masa program sehari itu. Antaranya berjumpa dengan pelabur asing, wartawan BBC, Ekonomist, kawan-kawan IIIT, Turki dan lain-lain. Klik di sini

Woo.woo..woo...banyak betul aktiviti Anwar dalam sehari di London ya. Bermakna sempatlah Anwar beritahu Al Gore tentang kes liwatnya yang bakal dihadapi bulan Julai ini..

Kalau Anwar tidak mulakan bercerita mengenai isu liwatnya, pasti Al Gore yang mula bertanyakan dulu, kerana kes liwatnya amat diminati oleh media antarabangsa.

Mustahil Anwar tidak mengadu kes liwatnya kepada Al Gore, sedangkan dia tahu, dia bakal dipenjarakan kali kedua ?

Sebelum dituduh di mahkamah Al Gore lah antara tokoh Amerika pertama menghantar surat sokongan supaya kerajaan Malaysia menggugurkan kes. Inikah pula, sudah terbukti Anwar akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi pada 1 Julai ini.

Belum disebut kes di mahkamah pun digesa suruh gugurkan kes, apatah lagi apakah kesnya sudah disebut di Mahkamah Tinggi ?


Apa pula strategi Al Gore ?

Apa pula strategi Al Gore bantu Anwar kali ini ?

Kalau tahun 1998, Al Gore sendiri datang ke Malaysia dan mengecam kerajaan Malaysia dalam Majlis APEC serta menyokong RE-FOR-MASI.

Itu 1998, ketika Al Gore, Naib Presiden Amerika. Sekarang 2009, Al Gore pun sudah tidak ada jawatan dalam kerajaan Amerika kecuali sebagai think tank kepada Presiden Obama saja.

Jadi apa agaknya strategi Al Gore membantu Anwar ?

Menurut blog GAP (klik di sini), Anwar jumpa Al Gore untuk dapatkan 'pertolongan politik' (baca : Suaka Politik), ingin kembali semula Ke Amerika dan minta Obama campur tangan supaya kes liwat itu digugurkan!

Macam tak logik saja idea ini. Tak kan Anwar hendak meninggalkan rakyat Malaysia, sedangkan dia ketua pembangkang di palimen ?

Kalau bercakap dari segi logik, logikkah Anwar warganegara Malaysia, menjadi warganegara Amerika selama dua tahun pada 2005-2007 ?

Dari segi logik, Anwar berkata Indonesia adalah model negara Islam terbaik di rantau Asia Tenggara. Demokrasi di Indonesia berkembang dengan cepat selepas jatuhnya Suharto dan naiknya Gus Dur. Dari segi logik, kalau Anwar kata Indonesia terbaik, sepatutnya selepas naiknya Gus Dur, maka berduyun-duyunlah rakyat Malaysia berhijrah ke Indonesia untuk mencari pekerjaan.

Logiknya begitu, tetapi sebaliknya berlaku. Selepas naiknya Gus Dur sebagai Presiden Indonesia, munculnya Islam Liberal secara cepat berkembang dan semakin ramai rakyat Indonesia berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan.

Mana logiknya, negara yang Anwar sebut sebagai 'model terbaik', tetapi rakyatnya menderita hingga terpaksa berhijrah ke negara lain?

Habis kenapa Anwar bertanding di Permatang Pauh ? hahaha..lu fikirlah sendiri kenapa Anwar tergesa-gesa bertanding di Permatang Pauh...

Anwar bukan mahu berkhidmatpun kepada rakyat Malaysia..kalau dia benar-benar ikhlas, kenapa ketika parlimen bersidang pun dia masih berforum dengan Amerika di Doha. Puji melangit Anwar kepada Presiden Obama hingga termenung Madeline Albright dibuatnya.

Kalau Anwar benar-benar prihatin kepada rakyat dan Pakatan Rakyat, kenapa ketika PKR sedang sibuk dengan memilih calon di Bukit Selambau dan Batang Ali, Anwar sempat melarikan diri ke London ?.

Kedua-dua tempat ini PKR yang letakkan calon. Bukannya calon PAS! Anwar pula penyelaras PKR Sarawak!

Masih tidak cukup elauan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, hingga terpaksa minta elauan tambahan daripada Yayasan Al Gore ?

Sebab itu GAP mendapat maklumat (dalaman?), katanya Anwar sedang melobi Al Gore untuk melobi Presiden Obama untuk mendapat jawatan PENASIHAT AGAMA ISLAM PRESIDEN OBAMA!

wooo..wooo..wooo..tidak logik..tak logik

Anwar tidak layak jadi penasihat agama Islam ? Mana kelulusan dia ? Dia bukan kelulusan agama..di UM dulu pun dia hanya dapat general degree , kelulusan Sastera dan Sains Sosial.

Dari pondok mana Anwar dapat ijazah agama ?.tak ada..tak ada..semua ijazah semuanya dari universiti Kristian, Georgetown University, St Anteneo University Manila..

Sebab itu semasa Anwar jadi Presiden ABIM, ABIM terpecah kepada beberapa kabilah, termasuk ABIM Perlis, PUM dan Ustaz Hadi, Mat Sabu, Salahuddin semuanya keluar ABIM masuk PAS..

Kenapa semasa Anwar jadi Presiden ABIM, ABIM berpecah belah, sedangkan ramai meramalkan Anwar bakal Presiden PAS ?

Sebab apa ya...Susah nak cerita ni..tapi senang ceritanya begini..kalau dengan Al Gore yang berdarah Yahudi pun, Anwar boleh liberalkan menjadi Islam dengan menggunakan perkataan 'mauduk'..Al Gore tu Yahudi beb..bukannya ulama!

Cuba perhatikan Anwar berceramah, selain mukadimahnya dengan ayat2 Al Quran dan bahasa Arab yang sudah dihafal sejak dari kecil, lihat isi di dalamnya, penuh dengan kata pujangga, falsafah barat..John Locke..Adam Smith..william shakespear dan lain-lain..

Jadi Anwar memang tidak layak jadi penasihat agama Islam Presiden Obama, tetapi Anwar lebih layak jadi PENASIHAT AGAMA OBAMA.

Beza tu, penasihat agama Islam dengan penasihat agama..

Itulah maksud..'mauduk Al Gore'!





Read On

Annapolis Summit : Semakin nafi, semakin terdedah pekung Anwar!

0 comments

Anwar Ibrahim berusaha mencuci semua dosa-dosa lampaunya semasa bermastautin di Amerika Syarikat selama dua tahun-dari 2005 hingga 2007. Ingat anda berada di Amerika selama dua tahun, bukan dua hari!. Bermacam-macam kerja telah anda lakukan, dengan bertopengkan Pensyarah pelawat Universiti John Hopkins, Georgetown.



Sila nafikan anda pernah menjadi Pengerusi Foundation For The Future, terlibat dalam Council Foreign Relations (CFR), International Crisis Group (ICG), Konsultan Bank Dunia, panel pemikir National Endowment for Democracy (NED), Generation Investment Management Group dan AccountAbility (Institute of Social and Ethical AccountAbility).

Sila nafikan anda tidak terlibat dengan kesemua instrumen Amerika itu. Nafikan..

Ingat, semua badan yang disenaraikan di atas, semuanya alat-alat tali barut Amerika. Anda dibayar oleh Amerika untuk mencapai misi Amerika!


Annapolis Summit, Steve Clemons - Washington Note

Anda perlu bertanya kepada Steve Clemons, kenapa dia siarkan nama anda di blog tersohornya, The Washington Note, kenapa ? Klik di sini

Adakah anda ingin mengatakan Steve Clemons juga berkonspirasi ingin memburuk-burukkan nama anda ?

Tulisan Steve Clemons mengenai penglibatan anda dalam menyokong annapolis summit konsisten. Tulisan lainnya boleh dilihat di sini. Tulisan ini lebih jelas, tujuan surat sokongan yang ditandatangani oleh anda menyokong penuh usaha Presiden Bush mengadakan Annapolis Summit, supaya mengiktiraf Negara Israel dan Negara Palestin melalui pelantikan presiden boneka Mahmod Abbas

Tulisan Steve Clemons yang menyebut nama anda juga terdapat di website huffingtonpost.com. Klik di sini

Jadi anda boleh nilaikan sendiri bagaimana konsistennya Steve Clemons menyakinkan pembacanya bahawa Anwar Ibrahim adalah salah seorang Muslim yang menjadi sekutu Amerika menadatangani surat deklrasi menyokong Annapolis summit itu.

Siapa Steve Clemons ? Dia adalah Pengarah New American Foundation, pemikir kumpulan Demokrat Amerika dan seorang blogger terkemuka di Amerika yang mempunyai websitenya sendiri dinamakan The Washington Note.

Steve Clemons sendiri mengakui yayasannya, New America Foundation atau American Strategy Program merupakan salah satu badan bersama the International Crisis Group (ICG), dan the US/Middle East Project telah menyediakan surat pada November 2007 kepada Presiden Bush dan Condoleeza Rice.

Bermakna anda mewakili ICG dan Steve Clemons mewakili The New America Foundation. Adakah penglibatan anda dengan ICG juga anda ingin nafikan ?


Siapa Gareth Evans, John R. Malott & Christopher Patten ?

Berbeza dengan senarai awal, artikel kedua bersifat kenyataan media lebih lengkap senarai namanya,(klik di sini) termasuk nama Steve Clemons sendiri dan beberapa nama lain termasuk , Gareth Evans, John R. Malott & Christopher Patten.

Anda tidak kenal siapa Gareth Evans, John R. Malott & Christopher Patten ? Mustahil anda tidak kenal mereka, kerana mereka pernah berjasa kepada anda.

Gareth Evans, CEO The International Crisis Group (ICG) adalah orang bertanggungjawab melantik anda sebagai Executive Committee ICG. Klik di sini dan Klik di sini

Ingat lagi pada John Mallott dan Christopher Patten ? Mereka berdua merupakan pembela anda semasa kes 1998. Selepas anda dibebaskan dari penjara pada 2004, mereka juga yang meletakkan anda menjadi pensyarah pelawat di St Antony College, UK. Mereka juga terlibat bersama-sama anda dalam Council on Foreign Relations (CFR)

Berdasar nama badan yang diwakili oleh individu seperti USAID, RAND Corporation, Brookings Intitute, CFR, ICG, badan-badan itu sudah tidak asing bagi anda.

Anda sendiri mengakui pernah berceramah di Doha, Qatar dalam majlis yang dianjurkan oleh Brooking Institute dalam ceramah anda di Malam Saksi 14.

Adakah pengakuan yang keluar dari mulut anda sendiri juga anda ingin nafikan. Adakah ketika membuat pengakuan itu, anda sendiri separuh sedar ?

Satu lagi, nama anda diletakkan sebaris dengan nama-nama bekas CIA. Adakah anda mempunyai apa-apa akses dengan CIA ?

NTAnwar
Read On

Anwar Ibrahim : Hentikan sifat munafik, anda penyokong Israel!

0 comments

Kalau anda bukan penyokong Israel, kenapa anda sokong Paul Wolfowitz, bekas Setiausaha Pertahanan Amerika. Ketika diwawancara oleh Stephen Sackur dalam program BBC HARD TALK, 10 Mei 2005, anda bermati-matian mempertahankan Wolfowitz, ketika seluruh dunia umat Islam mengecam tindakan kejamnya membunuh ribuan umat Islam di Iraq.




Anda bela seorang Yahudi, Zionis bernama Paul Wolfowitz, tetapi dalam masa sama anda kecam seorang muslim bernama Osama bin Laden, sedangkan Wolfowitz yang anda bela telah terbukti sebagai penjenayah dan arkitek perang Iraq yang dibenci oleh seluruh dunia, manakala Osama Laden, yang anda kecam gagal dibuktikan sebagai teroris.


Steve Clemons kata anda penyokong Annapolis Summit

Steve Clemons seorang blloger tersohor terkemuka di Amerika menulis dalam blog popularnya, The Washington Note bahawa anda terlibat sama menyokong Annapolis Summit yang diusahakan oleh Presiden Bush dan Condoleeza Rice.

Menurut Steve Clemons anda salah seorang yang menandatangani surat sokongan Annapolis Summit. Anda tandatangani sokongan itu atas kapasiti sebagai AJK Kehormat International Crisis Group (ICG) bersama-sama dengan sahabat-sahabat Amerika anda seperti; JOHN McLAUGHLIN (bekas Timbalan pengarah CIA), JOHN MALOTT, (bekas Pesuruhjaya EU for Foreign Relations ), RITA HAUSER (RAND Corporation Board Member) dan lain-lain. Bukti klik di sini

Apa itu Annapolis Summit ? Annapolis Summit adalah 'perjanjian damai' antara Palestin yang diwakili oleh Mahmod Abbas (Fatah) dengan Ehud Olmert (ketika itu Perdana Menteri Israel) untuk mengiktiraf Isarel sebuah negara yang sah dan mengiktiraf Abbas sebagai Perdana Menteri Boneka Israel di Palestin. Klik di sini

Ketika majoriti rakyat Palestin diwakili oleh Hamas menolak Annapolis Summit, anda pula bersekongkol dengan Amerika menyokong penubuhan negara Israel.


Gershon Baskin kata anda anti Hamas

Anda kenal Gershon Baskin ? Dia adalah seorang Yahudi, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Maklumat Israel/Palestin (IPCRI). Dia dakwa pernah jumpa anda di Amerika sebanyak dua kali pada tahun 2005 untuk bertanyakan tentang Hamas. Apa yang anda jawab tentang Hamas kepada Gershon Baskin?

Gershon Baskin kata anda telah mencerca Hamas sebagai tidak demokrasi dan tidak boleh menyertai pilihanraya di Palestin kerana Hamas mempunyai pasukan bersenjata.

Jawapan tegas anda itu yang mengecam Hamas, sangat disukai oleh Gershon Baskin hingga dia membuat catatan khas memuji anda dengan mengatakan "sekiranya Anwar Ibrahim rakyat Palestin, isu perbalahan Palestin-Israel akan selesai kerana Anwar Ibrahim boleh duduk semeja berunding dengan Ariel Sharon (bekas Perdana Menteri Israel). klik di sini


Website moon of Alabama kata Foundation For The Future missinori Amerika perkuatkan Israel

Anda bermati-matian menafikan Foundation For The Future yang pernah anda pengerusikan sebagai alat tajaan Amerika. Anda beritahu rakyat muslim Malaysia bahawa Foundation itu seolah-olah anda yang buat dengan bantuan kewangan daripada negara-negara Islam di Timur Tengah. Klik di sini

Tetapi rakyat Malaysia boleh boleh diperbodohkan dengan tulisan dan kata-kata anda semata-mata. Jabatan Negara Amerika mewartakan bahawa Foundation for The Future adalah projek tajaan mereka di Timur Tengah melalui projek Amerika yang dinamakan BMENA (the Broader Middle East and North Africa). Malah anda sendiri dilantik menerajui foundation itu dengan eshan Amerika Syarikat. Klik di sini

Apakah misi Foundation For The Future di Timur Tengah ? Laman website moon of Alabama mendedahkan seorang blogger terkemuka Amerika bernama Billmon mendedahkan fungsi utama Foundation itu memberi tajaan dan bekalan senjata kepada kumpulan Fatah, pimpinan Mahmod Abbas (pro Israel/Amerika) supaya melawan kumpulan Hamas. Klik di sini

Apakah ini peranan anda dalam Foundation For The Future sebenarnya ? Memang benar, sebab itu anda takut mengaku yayasan yang anda terajui itu ditaja oleh Amerika, kerana bimbang agenda jahat akan pecah dan diketahui oleh umat Islam.


Gus Dur kata anda agen Amerika

Kawan rapat anda yang sanggup ulang alik dari Indonesia ke Kuala Lumpur semata-mata untuk membela anda dan berkempen untuk memenangkan anda di Permatang Pauh, bernama Gus Dur mendedahkan agenda anda bersama Paul Wolfowitz yang anda sembunyikan selama ini.

Kawan baik anda (Gus Dur) tulis di laman webnya, bahawa dia terlibat sama semasa pertemuan anda dengan Paul Wolfowitz di Munich pada tahun 2004. Dia kata anda telah dilantik oleh Paul Wolfowitz (ketika itu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika) sebagai Agen Amerika atau jurucakap Amerika di negara Islam untuk melemahkan semangat golongan muda menubuhkan Negara Islam. Kata kawan baik anda lagi, peranan anda dipertanggungjawab oleh bapak zionis di Amerika (Wolfowitz) untuk melemahkan golongan muslim fundalmentalis dengan melahirkan seramai mungkin muslim moderat seperti anda. Klik di sini


Anda tidak bersungguh kecam Israel

Sehari dua ini, anda kerap menulis di blog mengecam Israel dan Amerika kerana kekejaman di Palestin. Tahniah diucapkan. Anda memperlekehkan Bush/Cheney sebagai faktor penyebab serangan Israel itu. Semua orang tahu maksud anda itu, kecaman anda itu semata-mata menurut skrip kerana anda tahu Bush/Cheney bakal kehilangan kuasa tidak lama lagi.

Anda tidak mengecam Barack Obama dan Hillary Clinton. Kenapa ? Walhal serangan ke atas Palestin dilakukan semasa pemerintahan regim Obama ? Anda juga tidak bersungguh mengecam Israel, ditulis kabur-kabur supaya orang keliru dan dalam masa sama mengecam dunia Arab.

Selalunya jika anda anggap kenyataan media yang sangat penting, anda akan susun dalam bahasa formal dan dibuat dua versi. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Motifnya sangat jelas, tulisan Bahasa Melayu ditujukan kepada rakyat Malaysia, manakala tulisan Bahasa Inggeris ditujukan kepada rakan-rakan anda di Barat supaya mereka mengerti visi anda terhadap sesuatu isu.

Tetapi dalam kes Ghazza, anda hanya buat versi Bahasa Malaysia sahaja dan tulisan anda tidak menyakinkan pembaca, kecuali terpancar unsur mempertahankan pengaruh politik agar tidak dihakis oleh tsunami Israel.

Kedutaan Amerika di Malaysia pun tidak memahami tulisan Bahasa Melayu anda, apatah lagi rakan-rakan anda di Barat terutamanya di Amerika tidak memahami langsung tulisan Bahasa Melayu anda itu.


Anda sendiri mengaku baca karya Yahudi, Hana Arent, sokong Holocaust

Anda sendiri mengakui pernah membaca buku karya Hana Arent, seorang Yahudi di Jerman. Anda mengupas isi kandungan buku itu yang mempertahankan Holocaust, iaitu suatu mitos yang Yahudi dendangkan secara zaman berzaman bahawa rakyatnya dibunuh dengan kejam secara beramai-ramai semasa pemerintahan Nazi di Jerman.




Cara penceritaan anda (video yang pernah diterbitkan oleh AIDC) mengambarkan anda sangat teruja dan sangat simpati dengan pembunuhan Yahudi-Holocaust itu. Begitu syahdu sekali simpati anda dengan pembunuhan itu.

Cara berfikir anda sama dengan rakan baik anda, Gus Dur yang mempertahankan kewujudan Holocaust dan sanggup mengecam Mahmoud Ahmadinejab, Presiden Iran yang mendakwa Holocaust hanya mitos dan propanganda Israel.

Bezanya Gus Dur lebih berterus terang sokongannya kepada Israel, tetapi anda, bersimpang siur tetapi maksud akhirnya sama matlamat dengan Gus Dur.

Anwar Ibrahim, usah munafik, siapa kawan-kawan anda di Amerika yang membantu anda. Siapa Al Gore, siapa Madeline Albright, siapa Cohen, siapa Carl Gershman. Bukankah semua itu Yahudi neokoservatif Amerika yang berusaha melemahkan negara Islam dan bercita-cita memperkuatkan negara Israel?
Read On

Ucapan Anwar di Doha 2009 sokong Israel?

0 comments

Ucapan Anwar di Sidang Pleno US –Muslim World Forum 2009, 14 Februari jelas menyokong Obama dan berusaha sedaya upaya membodek secara melampau Presiden baru Amerika itu, kononnya lebih bijaksana dan menghormati dunia Islam dalam memperjuangkan kebebasan dan demokrasi di dunia Islam.

Dalam masa sama, Anwar turut memburuk-burukkan bekas majikannya Presiden Bush yang dikatakan hanya pandai ’retorik yang berapi-api’ dan ’bahasa yang suka mencari perbalahan’, walhal semasa era Bush, Anwar Ibrahim juga menjadi alat missionari Presiden Bush meliberalkan dunia Islam.

Anwar juga pernah berucap di US –Muslim World Forum 2005, juga di Doha, Qatar, ketika itu, dia puji melangit dasar-dasar Bush memerangi kononnya ’pengganas Islam’ yang dilabel ’teroris’. Anwar jugalah yang mempertahankan dasar Bush dalam memperkenalkan Guantanamo Bay untuk menahan ’penganas-penganas’ itu.

Anwar kata Obama sangat bagus. Undur tentera di Iraq (walaupun tentera Amerika masih berkuasa di Iraq, undur sedikit sahaja) ; memikirkan semula pendekatan di Afghanistan (walaupun bilangan tentera Amerika ditambah berlipat ganda di Afganistan dengan alasan memerangi keganasan). Semuanya bagus belaka!

Obama sokong Israel. Anwar pun sokong juga. Apa sahaja yang Obama buat semuanya terbaik. Bravo!

Itulah Anwar. Ketika Presiden Bush berkuasa, dialah pembodek bontot Bush nombor wahid. Ketika Bush kehilangan kuasa dan diganti calon Demokrat, Barack Obama, Anwar pula akan menyesuaikan laras bahasanya membodek Obama melampau-lampau, seolah-olah dia tidak pernah menjadi tali barut Bush, Wolfowitz dan parti Republikan.

Ini baru betul. Hidup Anwar sebagai kaki bodek dan membontot pihak yang paling berkuasa ? Tetapi yang dibontot semuanya Presiden Amerika yang sememangnya diketahui kesemuanya pro Israel, baik Repulikan atau Demokrat.


Anwar nak ubah negara-negara Islam ke arah mana ?


Ketika berucap di depan Madeline Albright, Doha, Qatar, 2009, Anwar kata ”Kita tidak boleh menunggu arahan Obama untuk mengubah dunia Islam, tetapi kita sendiri perlu mengubah negara kita masing-masing mengikut aspirasi Obama.

Nak ubah ke mana negara-negara Islam ? Nak ubah ke arah fundamentalis ? Tidak. Bukan ke arah fundamentalis, kerana Obama tidak suka fundamentalis kerana kata Anwar fundamentalislah yang membiakkan radikalisme.

Habis nak ubah ke mana ? Anwar kata, Obama suruh kita ubah negara-negara Islam dari negara yang fundamentalis (yang mengamalkan hukum-hukum Islam seperti Mahkamah Syariah) kepada negara kebebasan dan demokrasi.

Mana contoh negara Islam yang bebas dan demokrasi ? Anwar kata hanya ada dua negara sahaja, pertama; Indonesia (negara diancam Islam Liberal) dan kedua; Turki (negara yang iktiraf Israel sebuah negara sah).

Anwar kata lagi bentuk negara itu seperti yang dimodelkan oleh Obama, walaupun Obama Kristian tetapi dia boleh baca hadith (baca hadith ker terjemahan hadith?) yang menyeru semua agama baik Islam, Kristian, Judaisme, Buddha, Hinduisme bertolerasi dalam agama.

Anwar kata dalam negara yang diimpikan oleh Obama itu negara yang mengamalkan pluralisme sepenuhnya, semua agama adalah sama rata.

Habis negara-negara Islam lain, termasuk Iran, Sudan, Arab Saudi, Malaysia dan lain-lain tidak mengamalkan prinsip kebebasan dan demokrasi kah ? Anwar kata tidak. Demokrasi bukan sekadar sertai pilihanraya, kata Anwar. Dia kata pengertian demokrasi sangat luas merangkumi aspek cara hidup (bebas agama, bebas ekonomi, bebas budaya, bebas politik).

Di negara saya (Malaysia) kata Anwar pun tidak demokrasi. Hanya parti PKR sahaja demokrasi. Kami di Malaysia sedang berjuang (melalui PKR) membebaskan Malaysia ke arah kebebasan dan demokrasi. Berjuang untuk kebebasan agama, politik dan ekonomi.

Soal seks bebas dibolehkan sesama ahli parti seperti Elizabeth Wong dan Hilmi. Itulah prinsip demokrasi tulin, merentasi sempadan agama dan kaum, bertunjangkan prinsip hak asasi manusia!

Terkejut beruk si Yahudi tua bernama Madeline Albright (penasihat Hillary Clinton) dan Martin Indyk (peneraju utama badan pemikir Obama) mendengar ucapan lantang Anwar itu yang membawa maksud, ‘Sayalah (Anwar) orang pertama yang akan melaksanakan dasar Obama, walaupun belum diarahkan oleh Presiden Amerika yang baru, saya sanggup melakukannya’

Wooo..wooo...woo...ini bodek tahap dewa!

Ini baru betul-betul pembodek, belum ditawarkan sudah bersedia offer diri. Tak bayar gaji pun tak apa, saya sanggup bekerja sebagai balaci! Wow..high class punya bodek !

Soal Anwar lagi dengan tegas, ”siapa lagi rakan Amerika yang boleh dipercayai kalau bukan kita dan soalan kedua adakah sekarang ini Amerika pun sudah tidak percaya kepada kita ?”

Bahasa mudah ini saya terjemahkan semula daripada ayat berkias Anwar yang berbunyi,
”Sekiranya kita boleh menjangkakan sesetengah pendekatan semula dengan Amerika Syarikat – soalan yang masih kekal : Adakah Amerika Syarikat akan menemui rakan-rakan yang boleh dipercayai di dunia Muslim? Adakah mereka (Amerika) mempunyai rakan-rakan yang boleh dipercayai di kalangan kita ? ”

Anwar guna perkataan ’kita’. Siapa ’kita’ itu ? Kalau difikirkan mudah ’kita’ itu merujuk ’umat Islam secara umum’. Bukan. Anwar bukan bermaksud umat Islam kerana bukan semua yang hadir di forum US-Muslim, Doha itu mewakili semua pihak Islam.

Golongan Islam yang dilabel sebagai fundamentalis oleh Amerika seperti Ahmadinejab (Iran), Dr Yusof Qardawi (Mesir), Ustaz Hadi Awang (Malaysia) tidak dijemput hadir. Yang dijemput hadir adalah golongan-golongan pro-Amerika yang dikenali sebagai Muslim Moderat atau Muslim Liberal seperti Anwar Ibrahim.

Bermakna perkataan ’kita’ yang dimaksudkan Anwar itu merujuk kepada golongan Islam Liberal yang hadir dalam forum itu termasuk Anwar Ibrahim dan rakan-rakan seangkatannya. Klik di sini untuk melihat senarai kehadiran.


Kes Gazza : Anwar sokong Israel ?


Anwar kata begini, ”Penyelesaian ketara terhadap konflik Arab-Israel masih lagi tidak kelihatan, walau bagaimanapun, pelantikan George Mitchell sebagai utusan Timur Tengah adalah langkah yang dialu-alukan”

Maksudnya apa? Maksudnya Anwar menyerahkan sepenuhnya kepada Amerika menyelesaikan masalah Gazza. Cara Amerika adalah cara terbaik. Bukan cara Hamas. Bukan cara Iran atau negara-negara islam yang lain.

Dulu semasa Presiden Bush, Amerika selesai melalui Annapolis Summit dengan mengikat perjanjian antara Ehud Olmert dan Mahmud Abbas (Presiden boneka Israel). Anwar pun setuju cara Bush, diapun menandatangani surat deklarasi sokongan Annapolis Summit, walaupun perjanjian itu menguntungkan Israel kerana Israel mendapat status Negara Sah serta merugikan Palestin kerana suara majoriti (Hamas) diketepikan. Klik di sini.

Itu dulu, semasa era Bush. Sekarang era Obama lain pula, dia lantik utusan Amerika iaitu George Mitchell menangani masalah Timur Tengah. Anwar pun setuju juga cara Obama, walaupun George Mitchell secara terang-terangan menyebelahi Israel dan meminggirkan kumpulan Hamas.

Siapa George Michell ni ? Dia pro negara-negara Islam kah ? Sudah tentu tidak, dia memang pro Israel. Apa yang baik untuk Israel maka baiklah untuk Amerika!


George Mitchell, utusan Obama berjumpa dengan Shimon Perez, orang yang paling berkuasa di Israel


Dua-dua pun Anwar setuju. Asal sahaja diusahakan oleh Amerika, walaupun Amerika memang jelas ikut telunjuk Israel.

Dalam ucapan Anwar di Doha itu, ada tak Anwar menyuarakan simpati umat Islam di Palestin yang dibunuh secara kejam oleh Israel? Tak ada. Tak ada. Anwar tidak sentuh pun suara umat Islam di Palestin. Anwar tidak pernah membela umat Islam di Palestin dan Hamas yang kena tindas dengan Israel.

Kalau Anwar tidak menyuarakan kekejaman tindakan Israel itu bermakna Anwar setuju lah. Sebab Anwar ini seorang yang lantang dan berani, kalau dia tidak bersetuju, dia akan terus menuding ke arah pihak yang tidak dipersetujui seperti yang dilakukan oleh Erdogan ke atas Simon Perez. Tetapi kes kekejaman Israel dia diam. Maknanya setujulah!

Tetapi ada sedikit Anwar sentuh mengenai Palestin. Kata Anwar, ” Kita telah lihat di Algeria pada 1991 dan sekali lagi yang paling terbaru di Palestin. Di kebanyakan negara, demokrasi hanya dijuarai setakat mengadakan pilihan raya – tanpa mengira pelaksanaan pilihan raya tersebut. Sebenarnya ini merupakan demokrasi palsu”

Adakah itu maksud Anwar bela Palestin ? Tidak. Tidak. Itu kes demokrasi dan pilihan raya. Di Algeria (1991) ketika dibuat pilihanraya, kumpulan FIS (Front Pembela Islam) yang menang tetapi kemudiannya dibatalkan kemenangannya oleh Amerika, kerana FIS adalah adalah kumpulan fundamentalis.

Begitu juga yang terbaru di Palestin, ketika diadakan pilihanraya kumpulan HAMAS yang menang, lalu dibatalkan kemenangannya oleh Amerika kerana HAMAS pun dari kumpulan fundamentalis.

Bermakna Anwar tidak bercakap mengenai kezaliman Israel menyerang Palestin, tetapi Anwar bercakap mengenai sistem pilihan raya di Algeria dan Palestin. Misalnya ketika pilihanraya di Algeria kumpulan pro- Amerika telah ditewaskan oleh kumpulan Fundamentalis. Begitu juga di Palestin, ketika dibuat pilihanraya, kumpulan pro-demokrasi (Fatah) telah ditewaskan oleh kumpulan fundamentalis(Hamas).

Anwar kata, Amerika kena hati-hati menakrif pengertian demokrasi, sekiranya hanya ditakrif sekadar semata-mata menyertai pilihanraya, kumpulan pro-Amerika akan ditewaskan oleh kumpulan anti Amerika dengan mudah.

Jadi Anwar membuat saranan, demokrasi harus dinilai dari semua aspek, agama, budaya, politik, ekonomi dan Anwar seru agar pihak Amerika membantu kumpulan pro-demokrasi (baca : pro- Amerika) di negara-negara Islam untuk menjayakan agenda mereka.

Sebagai penutup, Anwar berucap dengan penuh maksud tersirat;

"Muslim mesti komited untuk berubah. Soalan yang masih bermain di minda adalah bagaimana kita boleh meneruskannya?

Pertama sekali – penglibatan sebenar mestilah merangkumi semua aspek. Kita tidak perlu bermula dengan membina dinding (peraturan hukum agama ?) di sekeliling kita, meletakkan prasyarat, serta membuat hukuman terlebih dahulu terhadap kumpulan dan parti. Halangan ini hanya akan menguatkan prejudis lama dan menyemai syak wasangka berpanjangan.

Penglibatan yang membuahkan hasil mestilah bermula dengan penyataan bahawa tiada negara (termasuk Amerika), tiada wilayah (termasuk dunia Arab), dan tiada budaya dan agama(termasuk Islam) memiliki monopoli terhadap nilai-nilai kebebasan, keadilan dan kehormatan manusia. Ini sudah tentunya prinsip universal yang kita semua kongsi bersama"


Ucapan Anwar ini memang power beb! Kerana super power lah menyebabkan Madeline Albright merenung sakan ke arah Anwar!

Kata Albright di dalam hati..inilah bakal Perdana Menteri 'harapan baru' Malaysia...
Read On

Anwar kata para demonstran Israel jaguh kampung, Anwar pula jaguh apa?

0 comments

Saya tertarik dengan video majlis makan malam PKR di Padang Timur Petaling Jaya, pada 20 Februari lepas. Tertarik kerana majlis itu disangkakan anjuran DAP tetapi rupa-rupanya PKR. Tertarik kerana Anwar jemput ramai diplomat asing, dari kedutaan asing termasuk Australia, Eropah, Amerika Syarikat, India dan lain-lain.

Sejak bila pula kedutaan asing berminat campur tangan politik Malaysia dan dalam banyak parti di Malaysia, hanya PKR sahaja kedutaan asing minat. Kenapa ?
Dengan kedatangan wakil-wakil kedutaan asing, Anwar berucap dengan penuh semangat malam itu. Garang semacam. Anwar kata saja nak tunjuk garang kepada kedutaan asing, nak beritahu mereka, kita (PKR) masih kuat. Masih berpengaruh!

Kenapa Anwar perlu tunjuk kuat, tunjuk masih berpengaruh kepada kedutaan asing ? Apa faedahnya ? Apakah selama ini, Anwar telah buat apa-apa perjanjian dengan duta-duta asing terutamanya Eropah dan Amerika Syarikat ?

Anwar kata, 'tadi duta tanya saya, bila lagi nak tukar kerajaan ?' Anwar jawab..sabar..sabar..pelan-pelan.. 'i have the numbers..increasing by the hour'

Itu cerita 16 september yang tak menjadi. Cerita selepasnya nak tawan Sarawak, nak tawan itu, nak tawan ini, akhirnya kerna sibuk nak tawan menawan, askar-askar PKR sendiri berantakan. Dua exco PKR Perak melompat jadi bebas, akhirnya Perak tumbang, exco PKR Kedah pula letak jawatan kerana skandal. Exco PKR Selangor cuti sebulan kerna hobi seks bebasnya terbongkar. Ini cerita baru, hingga Anwar terpaksa panggil duta-duta asing semula.

Kami masih kuat..kami masih relevan..kami akan tumbangkan kerajaan secepat mungkin, kata Anwar kepada duta-duta asing.

Ini makin mengelirukan kita sebagai rakyat Malaysia, kenapa pula sampai duta-duta asing bertanyakan bilakah Anwar akan mengubah kerajaan dan menjadi PM ? Kenapa pula duta-duta asing begitu berminat sehingga sanggup turun makan malam dan mendengar penjelasan Anwar di majlis PKR ?

Anwar pun berkata, kita jemput duta-duta asing untuk tunjukkan kepada mereka "the real Malaysia" ?

'The real Malaysia ???' betulkah program makan malam anjuran PKR itu mencerminkan 'the real Malaysia'?

Di mana kedudukan orang Melayu yang mewakili 60 peratus rakyat negara ini ? Sebagai tukang tarik tali yang diwakili oleh Anwar dan Kak Wan ? Hanya sebagai 'boneka' yang berteriak lainnya bukan Melayu ? Itulah 'the real Malaysia ?'

Kalau itulah 'the real Malaysia' habislah 'Tanah Melayu' dijual kepada kaum lain dan negara asing jika benar-benar jadi berjaya jadi PM..huh!

Kesimpulannya Anwar telah berpakat dengan negara-negara asing. Tanpa negara-negara asing, ttidak sehebat mana pun Anwar.

Anwar tuduh rakyat Malaysia yang berdemonstrasi menentang Israel dan Amerika sebagai 'jaguh kampung'..berani di tempat sendiri, tetapi pengecut di depan Amerika.

Biarlah orang yang berdemontrasi dituduh jaguh kampung, lebih baik jadi jaguh kampung daripada jadi 'jaguh upahan' negara-negara asing seperti Anwar.

Sekurang-kurang jaguh kampung sayangkan agama dan negaranya, tetapi jaguh upahan asing (agen asing), sanggup gadaikan agama dan negara kepada negara asing asalkan cita-cita tercapai.

Sayangnya jaguh upahan, bukannya muda lagi, umur semakin tua, lambat laun, wakil-wakil asing akan cari jaguh upahan lain untuk menggantikan Anwar yang sentiasa sakit tulang belakang!

Alahai Anwar..dulu jadi 'ofis boy' kepada Paul Wolfowitz..kini beriya-iya pula ,mahu jumpa al Gore

Dulu bodek Wolfowitz untuk jadi balaci Presiden Bush

Sekarang nak bodek al Gore pula, sebab nak jadi balaci Presiden Barcak Obama..

Itulah tugas Anwar selama-lamanya, sebagai tukang bodek, tukang kipas, Presiden Amerika untuk jadi ofis boy Amerika..

Memang tak layak langsung jadi PM !
Read On

Anwar kata para demonstran Israel jaguh kampung, Anwar pula jaguh apa?

0 comments

Saya tertarik dengan video majlis makan malam PKR di Padang Timur Petaling Jaya, pada 20 Februari lepas. Tertarik kerana majlis itu disangkakan anjuran DAP tetapi rupa-rupanya PKR. Tertarik kerana Anwar jemput ramai diplomat asing, dari kedutaan asing termasuk Australia, Eropah, Amerika Syarikat, India dan lain-lain.





Sejak bila pula kedutaan asing berminat campur tangan politik Malaysia dan dalam banyak parti di Malaysia, hanya PKR sahaja kedutaan asing minat. Kenapa ?
Dengan kedatangan wakil-wakil kedutaan asing, Anwar berucap dengan penuh semangat malam itu. Garang semacam. Anwar kata saja nak tunjuk garang kepada kedutaan asing, nak beritahu mereka, kita (PKR) masih kuat. Masih berpengaruh!

Kenapa Anwar perlu tunjuk kuat, tunjuk masih berpengaruh kepada kedutaan asing ? Apa faedahnya ? Apakah selama ini, Anwar telah buat apa-apa perjanjian dengan duta-duta asing terutamanya Eropah dan Amerika Syarikat ?

Anwar kata, 'tadi duta tanya saya, bila lagi nak tukar kerajaan ?' Anwar jawab..sabar..sabar..pelan-pelan.. 'i have the numbers..increasing by the hour'

Itu cerita 16 september yang tak menjadi. Cerita selepasnya nak tawan Sarawak, nak tawan itu, nak tawan ini, akhirnya kerna sibuk nak tawan menawan, askar-askar PKR sendiri berantakan. Dua exco PKR Perak melompat jadi bebas, akhirnya Perak tumbang, exco PKR Kedah pula letak jawatan kerana skandal. Exco PKR Selangor cuti sebulan kerna hobi seks bebasnya terbongkar. Ini cerita baru, hingga Anwar terpaksa panggil duta-duta asing semula.

Kami masih kuat..kami masih relevan..kami akan tumbangkan kerajaan secepat mungkin, kata Anwar kepada duta-duta asing.

Ini makin mengelirukan kita sebagai rakyat Malaysia, kenapa pula sampai duta-duta asing bertanyakan bilakah Anwar akan mengubah kerajaan dan menjadi PM ? Kenapa pula duta-duta asing begitu berminat sehingga sanggup turun makan malam dan mendengar penjelasan Anwar di majlis PKR ?

Anwar pun berkata, kita jemput duta-duta asing untuk tunjukkan kepada mereka "the real Malaysia" ?

'The real Malaysia ???' betulkah program makan malam anjuran PKR itu mencerminkan 'the real Malaysia'?

Di mana kedudukan orang Melayu yang mewakili 60 peratus rakyat negara ini ? Sebagai tukang tarik tali yang diwakili oleh Anwar dan Kak Wan ? Hanya sebagai 'boneka' yang berteriak lainnya bukan Melayu ? Itulah 'the real Malaysia ?'

Kalau itulah 'the real Malaysia' habislah 'Tanah Melayu' dijual kepada kaum lain dan negara asing jika benar-benar jadi berjaya jadi PM..huh!

Kesimpulannya Anwar telah berpakat dengan negara-negara asing. Tanpa negara-negara asing, ttidak sehebat mana pun Anwar.

Anwar tuduh rakyat Malaysia yang berdemonstrasi menentang Israel dan Amerika sebagai 'jaguh kampung'..berani di tempat sendiri, tetapi pengecut di depan Amerika.

Biarlah orang yang berdemontrasi dituduh jaguh kampung, lebih baik jadi jaguh kampung daripada jadi 'jaguh upahan' negara-negara asing seperti Anwar.

Sekurang-kurang jaguh kampung sayangkan agama dan negaranya, tetapi jaguh upahan asing (agen asing), sanggup gadaikan agama dan negara kepada negara asing asalkan cita-cita tercapai.

Sayangnya jaguh upahan, bukannya muda lagi, umur semakin tua, lambat laun, wakil-wakil asing akan cari jaguh upahan lain untuk menggantikan Anwar yang sentiasa sakit tulang belakang!

Alahai Anwar..dulu jadi 'ofis boy' kepada Paul Wolfowitz..kini beriya-iya pula ,mahu jumpa al Gore

Dulu bodek Wolfowitz untuk jadi balaci Presiden Bush

Sekarang nak bodek al Gore pula, sebab nak jadi balaci Presiden Barcak Obama..

Itulah tugas Anwar selama-lamanya, sebagai tukang bodek, tukang kipas, Presiden Amerika untuk jadi ofis boy Amerika..

Memang tak layak langsung jadi PM !
Read On

Anwar Ibrahim : Mulut sokong Hamas, tetapi hati sokong Amerika?

0 comments

Anda perlu hentikan lakonan. Anda perlu jujur dengan diri sendiri, bukan semata-mata untuk mendapat saham politik. Ingat semua rakyat Malaysia bodoh tidak tahu membezakan siapakah yang anda sokong sebenarnya?

Sebelum ini ketika di PRK KT, anda kata anda sokong Hamas, berbuih mulut anda yakinkan penyokong PAS, anda adalah penyokong Hamas.


Tetapi beberapa hari lepas, ketika anda menganjurkan Malam Solidariti Palestin, anda pula memakai warna Fatah.

Ketika anda berada di depan khalayak PAS, anda tunjukkan diri anda bersama dengan Hamas. Anda bercakap bahasa Melayu. Amerika tak faham, Yahudi pun tak faham, yang faham hanyalah orang Islam.

Tetapi bila anda anjurkan Malam Solidariti Palestin yang pastinya dirakam foto dan video dan tersebar di seluruh dunia, anda pula sengaja memakai warna Fatah sebagai simbolik sebenar sokongan anda.

Memang Amerika dan Yahudi tidak faham apa yang anda cakapkan kerana anda memilih untuk bercakap dalam bahasa Melayu sahaja. Anda memang mahu tujukan kepada rakyat Islam di Malaysia. Tetapi ketika berceramah di Stadium Melawati, pada malam 15 September, anda memilih bercakap dalam dua bahasa, bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, walaupun yang hadir dalam ceramah anda semuanya rakyat Malaysia.


Walaupun anda bercakap bahasa Melayu, tetapi kawan-kawan Zionis anda di Amerika dan Zionis di Israel faham sokongan anda, apabila melihat foto dan simbol sokongan anda.

Amerika dan Israel telah lemahkan Palestin dengan pecahkan kepada Fatah dan Hamas dan Amerika telah memilih pendiriannya untuk menyokong kumpulan Fatah supaya berperang sesama sendiri. Anwar juga turut pilih simbol seperti yang dipilih Amerika.

Kenapa anda takut pakai warna 'hijau'?
Read On

Anwar operator CIA

0 comments

Kemasukan secara tiba-tiba ADUN Bota, Dato Nasaruddin Hashim ke dalam PKR menguatkan spekulasi bahawa CIA telah bantu Anwar beli calon-calon BN.

Dikhabarkan Anwar telah hubungi tujuh ADUN BN di Perak, tetapi yang bersetuju untuk melompat hanyalah ADUN Bota. Anwar beri jaminan ada tiga ADUN BN lagi akan melompat.

Di Negeri Sembilan, cerita sama juga berlaku. Dikhabarkan tiga ADUN BN akan melompat ke PKR. Khabarnya, jika tiga ADUN ini melompat, PR akan boleh membentuk kerajaan dan
seorang Menteri Besar dari PKR akan dipilih, berkongsi kuasa dengan DAP.

Sekali lagi Anwar berperanan di sebalik pembelian calon-calon itu.

Anwar operator CIA

Inilah wajah sebenar Anwar Ibrahim. Menjelajah ke luar negara bercakap topic DEMOKRASI, kecam Sadam Hussien perlu ditumbangkan kerana tidak demokrasi. Kecam Iran tidak demokrasi, kecam Osama Laden sebagai teroris, tetapi dalam masa sama membela Wolfowitz , si zionis Amerika yang membunuh beribu-ribu umat Islam di Iraq. Walhal kalau Anwar bukan operator CIA, yang sepatutnya dikecam bukannya Osama Laden, tetapi si Zionis Wolfowitz yang secara jelas membunuh umat Islam yang tidak berdosa di Iraq, ketika menjadi Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika.

Jadi memang patut seorang wartawan Iraq lempar kasut kepada Presiden Bush, sebagai melambangkan kebencian rakyat Iraq di atas serangan Amerika.

Anwar kata dia bantah cara Wolfowitz serang Iraq. Tetapi dalam masa sama mempertahankan Wolfowitz sebagai kawan baiknya, meskipun seluruh dunia mengecam Wolfowitz. Bukankah itu lidah bercabang!


Anwar kata dia bantah Wolfowitz di Pentagon. Betulkah dia bantah, sedangkan Stephen Sackur wartawan BBC HARD TALK pun seperti tidak percaya Anwar bantah Wolfowitz.(lihat video di atas)

Kenapa Stephen Sackur tidak percaya kata-kata Anwar ?

Pertama kenyataan media susulan daripada Anwar yang menyatakan kecaman itu selain dari cakap satu pihak sahaja (Anwar).

Kedua, perjumpaan Anwar dan Wolfowitz di Pentagon, pusat CIA. Seseorang yang dikenali sebagai identiti Muslim akan disoalsiasat dengan rapi ketika mahu masuk ke Amerika, apatah lagi masuk ke Pentagon yang merupakan pusat CIA Amerika. Tidak siapapun muslim dapat masuk ke pusat CIA itu, kecuali telah dikenalpasti sebagai rakan atau operator atau talibarut Amerika.




Wolfowitz, si zionis itu akan menghalau Anwar, jika dikenalpasti Anwar sebagai musuh, sebaliknya akan mengalu-alukan jika Anwar adalah tali barut Timbalan Setiausaha Amerika itu.

Ketiga, selepas pertemuan, Anwar disogok pelbagai ’habuan’ oleh Wolfowitz termasuk pensyarah pelawat di John Hopkins Universiti (bekas tempat Wolfowitz jadi dekan), konsultan Bank Dunia dan Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future (kedua-dua habuan ini diberi ketika Wolfowitz jadi Presiden Bank Dunia).

Begitu murah maruah Anwar, bercakap berdegar-degar membantah Wolfowitz membunuh umat Islam, tetapi dalam masa sama mengutip laba dan menjadi khadam berketuakan si Yahudi itu.

Kalau benar sekalipun Anwar membantah Wolfowitz kerana serangan Iraq, orang seperti ini (Anwar) tidak layak menjadi menjadi ketua apatah lagi menjadi PM, kerana, cakap berdegar-degar, tetapi mudah 'dibeli' dan mudah tunduk kepada sesiapa sahaja (walaupun Yahudi) asalkan orang itu berkuasa dan mempunyai banyak duit.

Tidak hairan Anwar suka membeli orang, kerana dirinya pun mudah dibeli dengan wang ringgit.

Ketika Anwar berbuih mulut di luar negara melaungkan demokrasi, tetapi di negara sendiri, Anwar bertindak membelakangkan demokrasi, membeli calon-calon BN semata-mata untuk memuaskan hatinya dan membuktikan kepada sahabat-sahabatnya di luar negara bahawa dia bakal jadi PM.

sumber NTanwar,aidcclub.forumotion.net
Read On

Debat Perez VS Erdogan dirancang Amerika jadikan Erdogan & Peres Hero?

0 comments

Betul Erdogan berjaya jadi hero setelah bangun meninggalkan forum Davos di Switzerland, tetapi apa hujah yang Erdogan berikan selepas Simon Peres, Presiden Israel berucap panjang mempertahankan tindakannya menyerang Palestin?

Peres berhujah panjang lebar ditonton semua orang, manakala Erdogan dipertonton mengalah meninggalkan majlis, siapa pemenangnya ?



Bukankah forum itu seumpama gimik, mengajak umat Islam menonton kononnya adegan debat Erdogan vs Simon Peres, akhirnya mereka hanya dapat mendengar hujah-hujah sebelah pihak (dari Israel) dan Erdogan pula melakukan adegan dramatik dengan meninggal dewan. Taktik gempak mengajak orang ramai mendengar hujah-hujah Peres? Simon Peres yang berhujah panjang lebar atau Erdogan yang tidak diberi ruang, hanya berdramatik meninggalkan dewan ? Seluruh dunia yang menyaksikan adegan itu mahukan fakta..jadi mana fakta Erdogan ?

Cukup bersimpatikah masyarakat Barat kepada Perdana Menteri Turki yang tidak cukup kuat berhujah, hanya berharap kepada dramatik meninggalkan majlis?

Erdogan marah kerana pengerusi majlis tidak adil dan berat sebelah kepada Simon Peres. Pengerusi majlis pun dari Amerika, David Ignatius dari Washington Post. Kalau sudah tahu tidak adil, kenapa Erdogan tawarkan diri untuk berdebat. Erdogan tidak fasih berbahasa Inggeris, sedangkan Peres menggunakan bahasa Inggeris. Dengan serba kekurangan itu, kenapa Erdogan begitu berani ?

David Ignatius menggunakan bahasa Inggeris. Simon Peres pun sama. Majoriti penonton kebanyakan masyarakat Barat. Hanya Erdogan berbahasa Turki. Itupun sudah tidak adil.

Erdogan sudah dikenali sebagai sekutu Amerika. Jadi layakkan sekutu Amerika 'berdebat' dengan Israel yang disokong oleh Amerika. Debat antara sekutu Amerika lawan dalang Amerika dan dipengerusikan oleh Amerika. Ini macam wayang kulit. Berdebat sesama sendiri untuk mendapat saham politik kepada kedua2 pihak. Walhal kedua-dua pihak itu datang dari pihak yang sama.

Sepatutnya yang layak berdebat dengan Perez adalah wakil dari Palestin sendiri. Wakil Hamas (orang yang dituduh). Kalau Hamas tidak layak masuk ke forum Davos, sepatutnya diganti oleh orang seperti Ahmadinejab (Presiden Iran) atau Presiden Syria yang sebelum ini tidak mempunyai kepentingan dengan Amerika.

Tetapi pengajur majlis nampaknya rapi dalam pengaturan jadual. Pengerusinya dari Amerika. Pendebat Israel, Simon Peres yang terlalu vokal serta retorik. Manakala lawannya Erdogan, tokoh yang sebelum ini terkenal sebagai sekutu Amerika yang tidak pandai berbahasa Inggeris diletakkan sebagai regu Peres. Bukankah semua ini seperti plot drama.

Walaupun Erdogan dianggap hero kerana berani cakap berdepan dengan Peres tetapi beberapa fakta penting elok dikaji semula:

1. Erdogan dan Turki menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel. Bermakna, Erdogan mengiktiraf kewujudan Negara Israel ketika majoriti dunia muslim memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel. Erogan dianggap hero, kerana meninggalkan sidang Davos tetapi tidak berani memutuskan hubungan diplomatik..hero apa?

2. Erdogan dan Turki ditugaskan Aemrika menjadi 'orang tengah' untuk memujuk negara-negara jiran Israel terutama Syria menerima kewujudan Negara Israel. Jadi Erdogan 'orang tengah' Israel dan Syria. Erdogan juga ditugaskan Amerika untuk berunding dengan Hamas. Jadi tugas Erdogan lebih kepada melaksanakan misi Amerika, bukannya mewakili aspirasi negara2 Islam

John Esposito pernah berkata Amerika tidak akan benarkah semua negara Islam di dunia muncul menjadi jaguh, kecuali menjadi seperti Turki dan Indonesia. Mendalam maksud Esposito ini. Plot di atas serba sedikit memberi kefahaman kepada kita kenapa Esposito kata Amerika hanya restu 'negara Islam Turki'..

Percaya atau tidak, jika dikatakan 'debat Perez Vs Erdogan' sudah dirancang awal dan mereka telah mengkaji kekuatan dan kelemahan Peres dan Erdogan..Tulisan Anwar bertajuk "Rundingan Khas Isu Ghazza" (seperti di bawah) yang ditulis pada 6 Januari 2009, memberi bayangan tentang komplot itu...

Jadual di Ankara sejak tiba malam tadi hingga waktu berangkat pulang jam 3 petang penuh sekali. Maaf, saya tidak dapat lapurkan pertemuan peringkat tertinggi di sini. Pastinya isu genting dan mendesak berkisar tragedi yang menimpa rakyat Palestin di Ghazza

Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan merupakan satu-satunya tokoh negara Islam yang mengambil inisiatif berunding dengan pimpinan Hamas, Syria, Arab Saudi, Iran, beberapa negara Eropah dan Russia. Erdogan, Presiden Abdullah Gul dan penasihat luar Ahmad Davutoglu hampir melepaskan semua tugas lain dan hanya tertumpu ka isu Ghazza.

Saya bertuah kerana dimaklum dan sempat berunding menyatakan sikap dan pendirian. Tambah menyayatkan manakala diperhati pembunuhan dan penyiksaan sebagai helah politik Israel menjelang pilihanraya; pukulan akhir Bush-Cheney sabelum meninggalkan kuasa. Malah lebih sengsara lagi manakala dibayangkan betapa lesu sebahagian negara Arab mengizinkan rakyat Palestin terlantar lantaran curiganya mereka terhadap pengaruh Hamas.

Saya dan Azizah melakukan sedayanya di sini dan kini dalam perjalanan pulang - fi amanilllah.

ANWAR IBRAHIM

klik di sini http://anwaribrahimblog.com/2009/01/06/rundingan-khas-isu-ghazza/#comments


Soalnya kenapa Anwar Ibrahim boleh diajak berunding tentang "pertemuan tertinggi Turki". Siapa Anwar ? Ketua Pembangkang Malaysia ? Hebat sangatkah ketua Pembangkang Malaysia, hingga diajak berunding mengenai perancangan rahsia yang dirahsiakan Anwar ? Kenapa tidak jemput ketua pembangkang Indonesia terlibat sama ? Kenapa tidak jemput wakil Hamas untuk mendapat gambaran sebenar mengenai apa yang berlaku di Gaza ?

Anwar tidak tahu perkembangan terperinci di Gaza, kerana dia berada di Malaysia. Kecualilah Amerika telah tugaskan Anwar untuk menasihatkan negara-negara Islam Khususnya Turki yang akan membuat pendirian apabila menyentuh kepentingan Israel dan Amerika..

Maknanya kehadiran Anwar ke Turki berunding bersama pemimpin tertinggi Turki mengenai plot yang dirahsiakan bukan mewakili Malaysia sebaliknya mewakili kepentingan Amerika..

Dan Anwar sudah lama jaga Erdogan dan Turki, semenjak berkhidmat di Amerika lagi pada tahun 2005 hingga sekarang..

Bravo Erdogan..Bravo Anwar...Baravo..
Read On

Kes Perak mencerminkan wajah sebenar Anwar Ibrahim

0 comments

Semua orang tahu Ir Nizar hanya sekadar boneka. Bukan sekadar dibonekakan oleh exco-exco Cina DAP, tetapi dibonekakan oleh Anwar Ibrahim.Dari awal lagi Anwar menjadi pegawal kerajaan Perak.

Bermula dari kerajaan Perak menjemput Anwar menjadi penceramah utama anjuran kerajaan negeri pada 3 November tahun lepas, di Ipoh Perak hinggalah kepada saat-saat kejatuhan Nizar sebagai Menteri Besar.


Lagaknya ketika berucap dalam majlis itu seolah-olah dialah Perdana Menteri yang sedang berucap kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan Perak.

Itulah sifat Anwar, dari berjawatan TPM, masuk penjara, berhijrah ke Amerika masih berlagak sebagai Perdana Menteri!

Bayangkan ketika Anwar menyampaikan ucaptama di Majlis Bersama Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Perak di di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan tahun lepas, Anwar gagal merumuskan resipi-resipi terbaik memajukan Perak, selain dari retorik-retorik angkat bakul sendiri, sebut tokoh-tokoh ahli falsafah barat serta mengulang ulang cerita lama,..ketika saya Menteri Kewangan bla bla bla..saya tidak terlibat dengan IMF..

Kerap kali Anwar menafikan dirinya terlibat dengan IMF, dari Parlimen hingga ke Majlis Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Perak, kerana Anwar tahu imej itu masih melekat di minda rakyat bahawa Anwar adalah ejen produk IMF dan Bank Dunia.

Anwar kata pada tahun 1993, dia tulis surat kepada IMF menolak permintaan IMF hendak meminjam kepada Malaysia. Itu yang Anwar kata. Yang Anwar sengaja sorokkan fakta pada tahun 1998, ketika Malaysia menghadapi krisis ekonomi di bawah pimpinannya sebagai Menteri Kewangan, dia menasihatkan kerajaan agar menerima bantuan IMF kerana dia dilantik menjadi Pengerusi Pembangunan IMF. Dia juga sorok fakta, kuatnya sokongannya kepada IMF, hingga Pengarah Urusan IMF, Michel Camdessus sanggup berkunjung ke Malaysia. Berpeluk cium lagi mereka menggambarkan keakraban!


Anwar juga ulang cerita lama. Kata Tun Dr Mahathir menyelamatkan kroni ketika krisis 1998. Tetapi Anwar tidak menceritakan ketika dia menjadi Menteri Kewangan, dialah manusia yang paling banyak memberi rasuah kepada kroni-kroninya termasuk bapanya sendiri, adik beradik, sahabat handai, termasuk Kamaruddin Jaafar, Azmin Ali yang tiada asas peniagaan pun boleh jadi jutawan segera. Semua itu rasuah mengkayakan kroni sahabat handai terdekat.


Satu lagi sifat Anwar, selain daripada angkat bakul sendiri, suka menuding kesalahan kepada orang lain. Dirinya yang betul, orang lain semua salah. Tidak menjawab soalan, tetapi mengalih soalan kepada memerangi pihak lain. Dengan menyalahkan orang lain maka tertutuplah kesalahan diri sendiri

Fakta yang tidak dapat ditangkis, Anwar menjadi ofis boy kepada Yahudi di IMF dan Bank Dunia, dari zaman James Wolfeshon hingga ke zaman Paul Wolfowitz.

Bermakna Anwar sudah dipuppetkan oleh Yahudi di Bank Dunia, kini Anwar bertugas mewujudkan klon-klon puppetnya di Malaysia, termasuk mempuppetkan Ir Nizar, MB yang gagal mendapat kuasa sepenuhnya.

Teori Anwar di Perak pun masih terikat dengan kaedah neocon (Yahudi). Anwar menyerang semua musuh termasuk Sultan. Kembali kepada Rakyat (bahasa popular Anwar ketuanan rakyat). Teknik kedua menghasut rakyat Perak bangun memberontak. Itupun taktik neocon, menghasut dan melaga-lagakan pihak lain.Dan hasilnya perhimpunan di rumah MB pada malam sebelum kejatuhannya, majoritinya adalah Cina. Itulah ketuanan rakyat, Perak yang majoriti Melayu dimiliki oleh Cina dengan membonekakan Nizar.

Anwar kawal Nizar. Semua tindak tanduk Nizar ditunjuk oleh Anwar. Bayangkan ketika Nizar mengadakan sidang media, Anwar turut mencelah percakapan Nizar, seolah-olah penjelasan Nizar tidak diyakini sepenuhnya.

Kalau Anwar bukan penasihat Nizar, kenapa dia berani mencelah, sedangkan Haji Hadi yang turut hadir mendiamkan diri, walhal dia yang sepatutnya menjadi mentor kepada Nizar. Kalau Haji Hadi sebagai Presiden PAS pun boleh dibonekakan, apatah lagi Nizar yang bertaraf anak kecil Erdogan.

Masih ingat lagi, bagaimana Presiden PAS beri warning kepada Anwar dalam wawancara Harakah, ingat, dia (Anwar) bukan ketua Pakatan..dalam pakatan tiada siapa ketua..hanya Anwar sahaja yang angkat dirinya sebagai ketua. Masih ingat lagi ketika Presiden PAS menemplak projek 16 September tajaan Anwar..saya tidak mahu jadi PM Mat Jenin..belum dapat buah kelapa sudah berangan-angan jadi raja..

Sebab itu boleh difahami dalam kemelut Perak, Presiden PAS sengaja tidak menonjolkan diri, kerana dia tahu episod terakhir drama itu.


Bayangkan ketika kemelut meruncing, saat-saat kejatuhan Nizar, Anwar masih lagi meremote dari pejabatnya di Petaling Jaya. Anwar bersama Karpal Singh mensyorkan agar Nizar menderhaka kepada Sultan Perak. Bayangkan sampai ke tahap itu nasihat Anwar kepada Nizar.

Nizar yang kelam kabut dan bercelaru minda dengan tekanan politik yang terlalu mengejut terpaksa akur dengan nasihat-nasihat salah Anwar.

Bermula dari Anwar mencuri calon BN yang pada mula sangat dibanggakan oleh Nizar, hingga terpaksa menanggung risiko menggadaikan jawatan Mbnya. Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai, itulah bentuk nasihat Anwar kepada Nizar.

Anwar dari dulu dikenali sebagai ikon penghasut dan demokrasi, imej ini juga diaplikasikan semasa menghadapi saat-saat kejatuhan kerajaan Perak. Nizar turut terjebak.

Anwar dari dulu terkenal sebagai ikon kes mahkamah, imej itu juga dipraktikkan semasa berhadapan situasi Perak. Sultan Perak yang pakar undang-undang dicabarnya melalui undang-undang. Sekali lagi Nizar diheret bersama menjadi penderhaka dan terdedah kes mahkamah.

Anwar dari dulu lagi terkenal menderhaka kepada Raja-raja Melayu, sekarang semakin terserlah mencabar keputusan Sultan Perak memilih MB kesukaan baginda. Anwar cabar Sultan Perak. Sekali lagi Nizar turut diseret sama.

Nizar sudah berjaya dipuppetkan Anwar, dari menjadi penasihat sehingga ke saat-saat kejatuhannya, selepas ini giliran siapa pula ?

Betul kata DR M. Jika ikut formula Anwar atasi krisis ekonomi 1997, sudah lama Malaysia tergadai kepada negara asing, kerana semua formula Anwar berakhir dengan kegagalan seperti kes Perak dan Projek 16 September.

Read On

Kenapa Karpal desak Anwar bertaubat?

0 comments

Nada percakapan Karpal ketika mengecam Anwar bukan main-main. Mukanya serius, melontarkan apa yang terpendam dan sengaja dilindungi selama ini. Seperti gunung berapi. Menunggu masa untuk meletup.

Karpal memuntahkan peluru ketika runtuhnya kerajaan Perak yang diperintah oleh 6 orang exco DAP. Kerajaan Ngeh dan Nga runtuh sekelip mata. Nizar hanya boneka, kerana PAS hanya diwakili satu exco yang tidak penting. PKR lebih penting daripada PAS mempunyai tiga exco. Dua orang bermasalah (lompat parti) dan seorang mewakili kaum Cina untuk mengukuhkan lagi penguasaaan 6 wakil DAP tadi.

Karpal marah ketika kerajaan DAP tumbang. Memang patut dia marah kerana dia merupakan Pengerusi DAP Kebangsaan yang tersentuh apabila kerajaan DAP tumbang sekelip mata di Perak.

Tetapi kemarahannya tidak ditalakan kepada BN, sebaliknya tembak peluru ke dahi Anwar. Anwar patut bertanggungjawab, kerana dialah yang menggalakkan memontum lompat parti. Anwar yang curi calon BN (ADUN Bota) yang menjadi bom jangka ke arah tumbangnya kerajaan Perak. Anwar juga mempromosi projek 16 September yang membawa maksud memburu calon-calon BN untuk mencapai cita-citanya menjadi PM.

Sepanjang 11 bulan lalu, Anwar melakukan pelbagai serangan psikologi, termasuk menghantar pasukan pemburu ke Taiwan untuk membeli calon-calon BN. Anwar sebut rundingan beli calon boleh diadakan di Singapura, Hong Kong atau Dubai. Salah seorang yang tergoda dengan tawaran ini adalah Yong Teck Lee, SUPP Sabah.

Semua rundingan beli membeli calon ini, termasuk dalam salah satu resume, bekas pembancuh kopi Anwar, Saiful Bukhari Azlan.

Sejak 11 bulan yang lalu juga Anwar menjadikan Najib sebagai target. Peribadi Najib diserang habis-habisan sebagai mengambarkan kecemburuan kepada saingan yang bakal menjadi PM bagi mengantikan Anwar.

Anwar masih perasan dirinya yang paling layak menjadi PM, sebab itu peribadi Najib diserang habis-habisan, seolah-olah Najiblah musuh nombor satu bagi dirinya. Sebaliknya Najib lebih bijaksana tidak menyerang peribadi Anwar, walaupun Najib berkemampuan melakukan lebih daripada Anwar lakukan kepadanya.

Pepatah Melayu mengatakan, 'orang tamak selalu rugi', orang tua berpesan, 'orang yang banyak mengkritik orang lain, sebenarnya orang itulah yang bermasalah kerana menggambarkan dirinya penuh dengan hasad dengki, dendam kesumat serta mengamalkan sifat tercela yang dilarang dalam Islam'.

Akhirnya Anwar melompat-lompat kegembiraan apabila berjaya mencuri ADUN Bota dari BN dan terkedu apabila hilangnya kerajaan PR di Perak. Kata orang tua, 'menang sorak kampung tergadai'.

Punca kejatuhan PR di Perak juga berpunca dari orang-orang Anwar sendiri. Anwar ghairah mencuri calon BN, tetapi terlupa menjaga dua exco PKR yang bermasalah. Akhirnya 2 anak buah Anwar ini keluar parti, musuh dinasti Ngeh dan Nga juga keluar parti dan yang disangka masuk PKR rupa-rupanya masuk semula ke dalam BN.

Ibarat seperti beruk, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..

Ketika ini Karpal mula buka mulut hentam Anwar Ibrahim. Anwar perlu letak jawatan sebagai ketua PR! Anwar tidak layak jadi ketua PR! PR perlu pilih calon lain jadi ketua yang lebih bermoral! PR hanya diperbodohkan oleh retorik Anwar! Anwar hanya pandai beretorik, tetapi lemah dalam perancangan!

Ketika inilah, Karpal desak Anwar bertaubat. Kenapa Karpal pilih perkataan 'bertaubat' sebagai satu balasan kepada tindakan Anwar. Itu misteri paling besar.

Pada tahun 1998, Karpal merupakan peguam bela pertama yang dihampiri oleh Ummi Halifda dan Azizan Abu Bakar untuk menjadi peguam bela mereka. Karpal dijelaskan satu persatu mengenai insiden liwat itu dan Karpal mempercayainya, tetapi dia tidak mahu terlibat dengannya kerana membaca gerak Anwar yang bakal dipecat dari UMNO.

Sebab itu dalam sejarah penghakiman kes liwat Anwar, dari dulu hingga sekarang, Karpal tidak akan menjadi peguam bela Anwar, walaupun dirinya diwar-warkan sebagai peguam bela yang 'paling hebat' di Malaysia.

Karpal memang tidak boleh sampai bila-bila menjadi peguam bela kes liwat Anwar kerana dia pernah mempercayai dan pernah menuduh Anwar sebagai peliwat, ketika saat-saat akhir Anwar bersama UMNO. Itu realitinya, percakapannya, ucapannya pernah direkod dalam bentuk kenyataan media.

Menarik untuk direnungi bersama, satu coretan dari blog pakatanmalaysia.blogspot.com yang menulis begini.. "APAKAH KEKUATAN DAN KEISTIMEWAAN UMAT NABI LUTH,APABILA BERHUJAH MEREKA BOLEH MENGALAHKAN HUJAH NABI LUTH DAN NABI LUTH MERAJUK DAN MEMINTA ALLAH MENURUNKAN BENCANA KEATAS UMATNYA".
Read On

Anwar masih forum di Amerika ketika YDP Agong Rasmi Mesyuarat 1 Penggal (II) Parlimen

0 comments

Ketika majlis Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-12 hari ini (16 Feb) berlangsung, Anwar masih lagi di Doha. Katanya terlepas penerbangan.

Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin merasmikan sidang parlimen, tanpa kehadiran Ketua Pembangkang, Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Tak kan lah kebencian Anwar kepada Sultan Perak, hinggakan kehadiran Yang Dipertuan Agong pun mahu diboikot?

Anwar kata, dia nak memartabatkan Raja-Raja Melayu semasa ucapannya dalam Kongres PKR baru-baru ini, tetapi tindak tanduknya semasa kes Perak dan terbaru sidang parlimen, tidak mencerminkan begitu.

Ketika Pakatan Rakyat mengadakan bengkel permaufakatan PKR, PAS, DAP, sejak semalam (15 Feb), semua pemimpin besar PR hadir kecuali ketuanya Anwar Ibrahim.

Anwar yang cadangkan tarikhnya, gesa dirapatkan hubungan antara ketiga parti, tetapi Anwar juga yang tidak hadir.

Tak kan merajuk dengan gesaan Karpal yang desak Anwar letak jawatan sebagai Ketua Pakatan. Kata Karpal, Anwar tidak bermoral..perlu bertaubat dan perlu letak jawatan segera dan PR perlu mencari calon lain sebagai ketua..

Berdasarkan tindak tanduk Anwar di Perak, tidak hadir sidang pembukaan Parlimen, tidak hadir mesyuarat PR, maka kata-kata Karpal adalah benar..

Ketika Anwar sedang berforum dengan Amerika, masalah partinya sedang berkecamuk. Gambar-gambar bogel exco PKR Selangor-Elizaberth Wong sedang disebar luas. Macam mana gambar exco PKR berbogel boleh tersebar. Adakah ahli PKR tidak beretika dan mengambil calon tangkap muat tanpa mengira soal personaliti ?

Sebelum ini Zul Hassan aktivis PKR yang memegang jawatan dalam Majlis Daerah Perak pernah berbangga dengan mengatakan "seks seperti menerima sedekah" ketika dia melakukan perlakuan seks dengan seorang wanita Cina.

ADUN PKR Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah juga pernah 'menghilangkan diri' kerana 'ditangkap basah' bersama wanita lain oleh isterinya sendiri .

V.Arumugam, Adun PKR Bukit Selambau yang juga Exco Kerajaan Kedah juga terpaksa meletak jawatan exco serta mengosongkan kerusi DUNnya apabila kegiatan seksnya dibongkar.

Anwar sendiri sebagai Ketua Penasihat PKR juga masih menanti kes liwatnya di mahkamah, apabila bekas pembantunya melaporkan bahawa dirinya diliwat oleh majikannya.

Inilah wajah sebenar PKR, penuh dengan penyelewengan dan skandal seks.

Seperti kata pepatah, guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari..

Ketidak hadiran Anwar dalam acara penting politik negara, bukan kali pertama. Dulu ketika penamaan calon Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, Anwar juga tidak menghadirkan diri. Dia ghaib di Turki bersama dengan Erdogan untuk menyusun drama kononnya berlaku permusuhan antara Erdogan dan Simon Perez.

Drama disusun untuk menipu dunia Islam supaya menjadikan Turki sebagai model negara Islam yang boleh mengiktiraf Israel sebagai negara sah.


Anwar tidak mempedulikan soal rakyatnya di Permatang Pauh, tidak mempedulikan Raja-raja Melayu, hatta tidak menghormati Yang Dipertuan Agong, tidak mempedulikan Pakatan Rakyat, yang Anwar peduli HANYA menjaga hubungannya dengan Amerika Syarikat.

Penting sangatkah menjaga hubungan dengan Amerika hingga sanggup ketepikan sidang parlimen, PR dan masalah parti sendiri ?

Penting sangatkah menjaga hati Madeline Albright, si Yahudi tua yang sudah tidak bergigi ?

Jawabnya memang penting, kerana program US-Islamic World adalah anjuran Brookings Institution dan Saban Center for Middle East Policy yang dimonolopoli oleh Yahudi Kumpulan Demokrat.

Di belakang kedua-dua badan ini adalah bekas Presiden Bill Clinton. Clinton pula adalah suami kepada Hillary, Setiausaha Negara Amerika sekarang ini.

Clinton juga merupakan god father kepada Barack Obama yang sama-sama dari parti Demokrat.

Apa pula kaitan dengan Madeline Albright? Madeline AlBright adalah bekas Setiausaha Negara pada zaman Bill Clinton dan sekarang menjadi Pengerusi National Demokractic Institute (NDI) yang banyak membantu Anwar dan PKR di Malaysia.

Anwar bukan nampak Madeline Abright, tetapi Anwar nampak siapa di belakang Yahudi tua itu iaitu Barack Obama dan Hillary Clinton.
Read On