'Kolonel Mat': Siapa & konspirasi ke atas Nik Aziz ?

0 comments

Sudah tentu pengakuan Nik Aziz kepada media mengenai wujudnya watak 'Kolonel Mat' mempunyai moti tersendiri. Selain bermotif untuk 'divert' isu daripada membincangkan isu kronisme anak menantu, ia juga bertujuan meletakkan sasaran baru iaitu 'kolonel Mat' untuk dibahaskan. Seperti taktik Amerika, meletakkan "Osama ben Laden" sebagai target, Tok Guru pula mensasarkan kepada "Kolonel Mat".

Memang Nik Aziz sudah menjangkakan apa yang 'keluar dari mulutnya' akan diberi perhatian. Seperti beliau menulis di blognya mengenai 'dua tiga kerat' pemimpin PAS bermasalah, terus dibahas dan diperdebatkan oleh Dewan Tertinggi PAS, hingga ke larut malam yang membawa kepada berlakunya Seminar Politik PAS baru-baru ini.

Entah mengapa, sentuhan Tok Guru kini hilang bisanya, walaupun berjaya membuka mata pimpinan tertinggi PAS untuk membahaskan isu 'dua tiga kerat pemimpin' bermasalah itu, tetapi 'endingnya' kepada episod itu kurang menarik. EGM tidak dibuat. 'Dua tiga kerat' pemimpin bermasalah tidak dipecat dan PAS mendapat imej negatif hasil bedilan dua orang intelektual yang sebelum ini dikatakan pro PAS.

Adakah ini kebijaksanaan sentuhan Tok Guru yang dianggap Mursyidul Am Parti Islam? Klik di sini

Barangkali episod yang menusuk kalbu Tok Guru dan menggoncang keluarganya itu, rentetan daripada 'penyelesaian' masalah dalaman PAS dengan mencadangkan 'dua tiga kerat' pemimpin PAS. Yang didakwa tidak kena musibah, tetapi yang mendakwa terkena musibah hingga terpaksa menggugurkan menantu kesayangannya dan hampir bergoncang tiang seri rumah Tok Guru sendiri.

Tok Guru pemimpin agama sepatutnya melihat semua itu dari sudut agama dan ketentuan Ilahi.

Siapa 'Kolonel Mat' ?

MSO penulis buku politik yang banyak memfokuskan isu-isu Kelantan membuat kesimpulan, apabila Tok Guru berada diambang saat-saat genting, maka Tok Guru akan memyebut nama musuhnya iaitu 'Kononel Mat'.

"Pun begitu saya yakin ada lembaga lain yang berselindung di sebalik belakang "Kolonel Mat" itu dan mungkin ianya sudah dikenal pasti oleh Nik Aziz. Kerana memahami simbol-simbol yang digunakan Nik Aziz itu, apabila beliau menyebut nama "Kolonel Mat" maka jelaslah bahawa memang ada individu yang berusaha untuk menjatuhkannya. Kalau tidak ada usaha itu mungkin kisah Kolonel Mat ini tidak disebut Nik Aziz sedemikian rupa", tulis MSO. Klik di sini

Kickdefella dalam tulisannya bertajuk 'Kolonel Mat' mengakui watak itu memang wujud.

Tulis Kickdefella:

"Kolonel Mat ialah anak kepada Arwah Abid Razak yang pernah menjadi Dresser di Hospital Besar Kota Bharu. Kolonel Mat sewaktu di sekolah dikenali ramai dengan panggilan 'Aziz Punjab' kerana tubuhnya yang tegap dan ketinggiannya yang mencecah lebih 6 kaki. Beliau pernah menjadi penjaga gol untuk Kelab Suara Muda"

"Kolonel Mat menyertai tentera sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Selepas menerima tauliah perlantikan, Kolonel Mat pulang ke Kelantan mengahwini anak sepupu Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang bernama Tuan Bidah Binti Tuan Long. Waktu itu Nik Aziz dikenali dengan panggilan Ayah Zit oleh saudara mara"

"Tetapi Kolonel Mat yang saya kenali itu telah meninggal dunia pada jam 7.40 petang pada 7 Oktober 2003 di Hospital Pakar Subang Jaya. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keenam-enam anaknya"

"Jenazah Kolonel Mat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Shah Alam. Kapten (B) Syed Ahmad dan saya menurunkan jenazah Arwah ke liang lahat"

"Kolonel Mat yang saya kenali ialah arwah ayah saya" Klik di sini

Bermakna Nik Aziz menyedari 'targetnya' adalah 'Kolonel Mat', MSO pula mengesahkan apabila Nik Aziz diambang kritikal, beliau akan menyebut nama 'kononel Mat', manakala Kickdefella secara jujur mengakui 'kolonel Mat' adalah warisan darah dagingnya, iaitu arwah ayahnya sendiri. Dan Kickdefella adalah pewaris gelaran 'kolonel Mat yang paling dekat.

Adakah ini bermaksud dalang yang berusaha menjatuhkan 'dinasti' Nik Aziz adalah Kickdefella ?

Dinasti Nik Aziz ?

'Dinasti' Nik Aziz merupakan istilah yang dipopularkan oleh Kickdefela. Dalam tulisannya bertajuk " Sudah Terlewat Untuk Nik Aziz Berundur", Kickdefella menulis;

"Pembongkaran penyelewengan Abdul Ariffahmi Abd. Rahman, menantu Nik Abdul Aziz membuka mata masyarakat terhadap pembinaan sebuah dinasti oleh keluarga Tuan Guru yang menjadi tonggak PAS Kelantan. Perlahan-lahan satu persatu mula terselak. Lambat laun maklumat terperinci berhubung Sekolah Darul Anuar, Tanah Wakaf Pulau Melaka dan Stesen Minyak berdekatan akan turut hangat diperkatakan"

"Setelah reda seketika kemelut PMBK, ruang siber mula berbicara pula isu-isu yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandara Raya Islam. Bila terbongkar pula isu-isu ketidakpuasan hati pihak tertentu di dalam MPKB-BRI, sudah pasti ada juga yang akan terpalit kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz menerusi anaknya sendiri, Ustaz Nik Abduh. Di dalam posting terbaharu, Ustaz Nik Abduh segera menyatakan hasratnya untuk berundur daripada MPKB-BRI" Klik di sini

Dalam posting bertajuk " Surat Daripada Nik Amalina Nik Abdul Aziz", Kickdefella menyiarkan tanpa edit tulisan isteri Ariffahmi yang mengkritik pedas Kickdefella sebagai penulis 'mabuk'!

Kedua-dua anak Nik Aziz iaitu Nik Abduh dan Nik Amalina menggunakan hujah Kickdefella sebagai 'pemabuk' atau 'peminum arak' untuk mendiskredit watak Kicdefella.

“Beliau (Syed Azidi/kickdefella) bukan peneguk arak, tetapi serangannya seperti peneguk arak yang bersahaja dalam kemabukan. Menaruh madu di dalam racun dan menitik zam – zam di gelas arak" - tulis Nik Abduh. Klik di sini

"Saya pernah diberitahu dia peminum arak tegar. Hearsay…so, jangan percaya sehingga saya dan anda melihatnya sendiri, ok…? Tapi mabuknya dalam penulisan sungguh menjadi-jadi. Semuanya bagaikan sel-sel otaknya telah rosak teruk jika dia benar-benar seorang peminum. Kesian…Hanya orang yang mabuk juga yang boleh percaya apa yang ditulisnya" - Tulis Nik Amalina. Klik di sini

Walaupun kedua-dua anak Tok Guru tidak menuduh Kickdefella sebagai 'peminum arak', tetapi cara fokus dan kiasan penulisannya menunjukkan kedua-dua mereka amat berminat menggunakan isu arak dan mabuk untuk disinonimkan kepada Kickdefella.

Hanya jauhari mengenal manikam!

Seandainya tulisan Kickdefella tidak benar, kenapa anak beranak Tok Guru terpaksa menjawab tulisan-tulisan Kickdefella ? Kenapa Ariffahmi terpaksa diarahkan melucutkan jawatan sebagai CEO PMBK, sedangkan semasa pelantikannya, Nik Aziz sudah berdepan dengan tuduhan kronisme ? Kenapa Nik Aziz sendiri mensasarkan 'kolonel Mat' (arwah ayah Kickdefella?) sebagai perancang kejatuhan PAS Kelantan ?

Kickdefella masih 'simpan' banyak rahsia, walaupun menulis di pemukaan. Tulisnya tanpa penjelasan, "Lambat laun maklumat terperinci berhubung Sekolah Darul Anuar akan turut diperkatakan"

Betulkan Sekolah Darul Anuar, sekolah Tok Guru di Pulau Melaka, hampir bangrap, walaupun diperkenalkan skim produk "Jus Tok Guru" untuk menampungnya ? Betulkah, pada saat, Tok Guru kesempitan wang untuk menampung Sekolah Darul Anuar, Anwar Ibrahim, ketua de factor PKR menghulurkan sumbangan wang yang banyak kepada sekolah itu, hingga Tok Guru terhutang budi kepada Anwar sampai sekarang ?

Sebenarnya isu dinasti Tok Guru sudah hangat diperkatakan sebelum PRU 12. Pelbagai maklumat disalurkan ke dalam blog melikapakjangak (Ramli Abdul Halim), bekas pekerja Urusetia Penerangan PAS Kelantan yang tidak berpuas hati dengan penyelewengan kem Husam Musa menggunakan permitnya (Wasilah) untuk tujuan propaganda politik.

Bedilan Meli Kapak Jangak, disanggah oleh Kickdefella, penulis yang mewakili Husam Musa. Ketika itu berlaku perang sengit antara Meli Vs Kickdefella. Pengomen telah menyalurkan maklumat mengenai Kickdefella minum arak (hujah yang digunakan semula oleh anak-anak Nik Aziz, kronisme Nik Aziz, dengan meletakkan Nik Abduh di MPKB dan Nik Amalina di PKNIK serta Ariffahmi di PMBK.

Berakhir peperangan itu, apabila blog asal Meli Kapak Jangak telah digodam dan Husam Musa menghantar sepucuk surat peguam untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Meli. Semua arkib blog lama Meli telah musnah keseluruhannya dan Meli terpaksa membina blog baru menggunakan nama yang hampir sama.

Siapa yang bawa 'Kolonel Mat' dalam kubu PAS ?

Semua orang tahu Kickdefella adalah penulis upahan seorang exco kanan bernama Husam Musa. Kickdefella dianggap pendekar berani mati kepada Husam. Sesiapa yang mengkritik Husam, akan diperangi habis-habisan oleh Kickdefella. Perkara ini telah dirasai oleh MSO (Mohd Sayuti Omar) dan Meli Kapak Jangak (Ramli Abdul Halim). Klik di sini

Syed Azidi Syed Abd Aziz Al-Bukhary (atau terkenal dengan nama Sheikh Kickdefella ) adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sri Hartamas, di'beli' oleh Husam Musa dengan harga RM6,000 sebulan (sebelum PRU 12) untuk bekerja kepadanya dengan menggunakan 'senjata siber'.

Seorang pelawat menghantar artikel kepada blog anti-Husam mendedahkan bagaimana Husam menguasai media alternatif untuk mempopularkan dirinya. Husam dikatakan menaja Syarikat Global Media Channel atau ipglobal.tv (syarikat IT) yang terletak di bangunan bersebelahan Jalan Telipot, Kota Bharu. Syarikat projek IT itu menggunakan 30 orang pekerja di bawah seliaan Sheikh Kicdefella dan Hisham.

Syarikat Global Media Channel berperanan menyediakan media tv dan portal berita untuk mengangkat imej Husam kepada pelawat dunia maya.

Husam telah menggunakan pengaruhnya sebagai exco Ekonomi Kelantan untuk mengeluarkan duit PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan) bagi menyengarakan kos operasi syarikat itu. Klik di sini

Nik Amalina ketika menulis membela suaminya turut mengesahkan maklumat ini;

"Pada hemat saya, isu PMBK tercetus hasil dari perselisihan peribadi. Ada seorang kakitangan(Kickdefella?) yang tidak berpuas hati dengan gaji yang ditagihnya untuk menjadi seorang bos di anak syarikat PMBK. Ia bukan masalah luaran yang besar tapi masalah dalaman yang hanya membabitkan seorang kakitangan sahaja. Seorang sahaja! Jawapannya mudah, gaji yang ditagihnya adalah terlalu tinggi, lebih tinggi dari gaji bos PMBK"

"Saya kagum! Tidak sia-sia membiarkan kosong kerusi panas di Darul Digital, kerana jika diisi, skripnya mungkin lebih parah. Sedarlah sahabat semua bahawa Kickdefella itu penipu besar di abad ini"

"Seorang yang digelar Kickdefella berjaya membawa semua watak yang diarahkannya sendiri. Mahu jadi apa? Seorang gila? Kurang siuman? Tiga suku? Katakan saja...Saya tidaklah berminat untuk mengetahui detail tentang dirinya, tapi saya tahu dia bekerja untuk seorang Exco Kerajaan Kelantan"

"Makin hari dia (Kickdeffela) membuat onar demi onar. Dia mula membuat rancangan demi rancangan. Serangannya sering menjadi kerana ia kejahatan yang dirancang rapi. Lebih-lebih lagi dia mempunyai back-up yang kukuh dari seorang ‘bos lain’(Husam?). Makan gaji dengan orang lain(Ariffahmi?), bekerja untuk orang lain(Husam?). Inilah masalahnya!

Seandainya Nik Amalina mensasarkan semua perencanaan itu disebabkan oleh Kickdefella, penulis upahan Husam Musa, adakah ini bermakna Husam merupakan godfather konspirator untuk menjatuhkan Nik Aziz ?

Adakah musuh utama Nik Aziz yang dilabel sebagai 'Kolonel Mat' itu sebenarnya merujuk kepada Husam Musa ?


Read On

Husam Musa beri kata dua kepada Nik Aziz ?

0 comments

NST hari ini melaporkan Husam Musa telah beri kata dua kepada Nik Aziz, "Pecat mereka atau saya akan berhenti", dalam pertemuan empat mata, Selasa lepas. Dalam pertemuan itu, Husam bercadang untuk meletakkan jawatan, suasana menjadi emosional dan kedua-duanya telah menangis.


" Sekiranya Nik Aziz mahu kekal, Husam menuntut Ariffahmi dan dua orang ahli Majlis Perbandaran Kota Baharu dilucutkan kelayakan mereka", petik sumber tersebut.

Kenapa Husam marah kepada Ariffahmi hingga mencadangkan agar dipecat ? Sebabnya kemunculan Ariffahmi telah mengugat hubungan Husam dengan Nik Aziz. Sebelum ini tiada yang mempersoalkan apabila Husam menggunakan nama Nik Aziz untuk melaksanakan sesuatu perkara, tetapi setelah munculnya, Ariffahmi, Husam tidak lagi boleh menggunakan nama Nik Aziz sewenang-wenang kerana dia akan double check 'sesuatu arahan yang kononnya datang dari Nik Aziz' itu.

Kemuncak kemarahan Husam, apabila Ariffahmi menggunakan kuasanya sebagai CEO PMBK untuk memecat dengan notis 24 jam, anak buah Husam, blogger Kickdefella. Pemecatan itu sebagai ledakan bom, yang sebelum ini sudah terdapat bunga-bunga api di antara Husam dan Ariffahmi.

Husam turut mendakwa bahawa terdapat satu konspirasi untuk menyingkirnya daripada kerajaan negeri. Konspirasi itu termasuk dari dalaman parti sendiri.Klik di sini

Sebelum ini Mingguan Malaysia melaporkan Husam Musa mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan negeri, berpunca daripada pendedahan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman,menantu Nik Aziz yang kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mingguan Malaysia melaporkan hasrat Husam untuk berundur telah dikemukakannya kepada Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan pada pertemuan empat mata Selasa lalu.

“Husam bertemu dengan Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan bahawa beliau tidak terlibat atau menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku dalam PMBK dan penjelasan itu diterima, tetapi hasratnya untuk meletakkan jawatan ditolak. Klik di sini

Husam Musa dikatakan merajuk dan tidak hadir dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR 10 di Kota Baharu pada 21 November lalu. Husam dikatakan sedang menerima rawatan di hospital atas sebab kesihatan. Menteri Besar, Nik Aziz yang mempengerusikan mesyuarat itu atas sifatnya selaku Pesuruhjaya PAS negeri juga enggan menemui pemberita selepas mesyuarat berlangsung. Alasannya sama seperti Husam; kesihatan. Klik di sini

Namun pada tarikh yang sama, Husam seperti yang dilaporkan dalam anwaribrahimblog datang menyampaikan ceramah di Simposium Nasional 2009, anjuran badan pemikir Anwar, IKD, di Pearl International Hotel, Kuala Lumpur. Klik di sini

Anwar Ibrahim merupakan pengucap utama Simposium itu dan Husam Musa serta Dr Aziz Bari di antara barisan penceramah yang diundang khas dalam program tersebut.

Manakala Berita Harian hari ini pula melaporkan Nik Aziz Nik Mat mengarahkan menantunya, Abdul Ariffahmi Rahman supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).Klik di sini

Adakah ini menunjukkan kemenangan Husam Musa atau kemelut akan terus berlarutan kerana manantu Nik Aziz juga mempunyai kekuatannya yang tersendiri..


Read On

Kenapa Kickdefella saran Husam Musa tinggalkan PAS ?

4 comments

Dalam artikel terbaru Kickdefella, bertajuk "After Kickdefella, they go for Husam", 21 November 09, penulis tajaan Husam itu menyeru bosnya agar meninggalkan kerajaan negeri Kelantan dan meninggalkan PAS kerana kerajaan negeri dan parti Islam itu tidak membela 'insan-insan kecil' seperti Husam Musa.

"Saya akan merasa amat gembira jika Dato’ Husam tinggalkan Kerajaan Negeri Kelantan. Ini kerana semenjak 3 tahun saya mengenalinya saya dapat merasakan betapa penderitaan yang menimpanya dan keluarganya kerana sandiwara politik dalaman PAS Negeri Kelantan", tulis Kickdefella

"Tidak berada didalam Kerajaan dan tinggalkan PAS adalah yang terbaik buat Husam tetapi ia adalah malatpetaka buat PAS Kelantan dan rakyat yang memerlukan pembelaan", saran Kickdefella.

Kikdefella : "Saya berani berkata, Kerajaan Negeri Kelantan sudah tidak berminat membela insan-insan kecil. Yang masih mempertahankan insan-insan kecil hanya dua tiga orang sahaja lagi di dalam exco Kerajaan Negeri dan Husam adalah seorang darinya. Saya akan pertahankan Husam"

Ini satu polemik baru yang melanda kerajaan negeri Kelantan. Setelah Kickdefella atau Syed Azidi dipecat dengan notis 24 jam dari PMBK (Perbadanan Menteri Besar Besar Kelantan) oleh Ariffahmi Abdul Rahman, CEO PMBK, merangkap menantu Nik Aziz, polemik demi polemik berterusan sehingga menelanjangkan 'keburukan-keburukan' kerajaan Negeri yang sebelum ini tidak pernah terdedah.

Sebelum ini Nik Aziz boleh campur tangan dalam kepimpinan PAS Pusat, di atas kapasitinya Muryidul Am, termasuk mencadangkan EGM, sekarang Nik Aziz terpaksa berhempas pulas menyelamatkan kerajaan pimpinannya angkara perbalahan antara anak buah Husam, Kickdefella dengan menantunya, Arif Fahmi.

Nik Aziz akan berpihak kepada siapa ? Berpihak kepada exco kesayangannya, Husam Musa atau berpihak kepada menantunya Ariffahmi ?

Setakat hari ini, kecenderungan Nik Aziz adalah berpihak kepada menantunya. Kickdefella telah dipecat dari PMBK dan Husam juga mengaku dirinya telah dipersalahkan oleh exco-exco lain.

Walaupun pada 18 November lalu, Kickdefella menulis bahawa berdasarkan maklumat-maklumat yang telah diberikan kepadanya, Nik Aziz telah meminta Ariffahmi meletakkan jawatan sebagai CEO di PMBK dan pengumuman itu akan dibuat oleh Menteri Besar tidak lama lagi, namun sehingga ke hari ini maklumat dan ramalan Kickdefella itu tidak menjadi kenyataan. Klik di sini

Bahkan godfather Kickdefella, Husam Musa memberitahu Malaysian Insider, 20 November lalu, bahawa terdapat 'konspirasi untuk menjatuhkannya' dalam kerajaan Negeri Kelantan.Klik di sini

“Terdapat usaha untuk mencetuskan perbalahan antara saya dan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan),” akui beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Saya sedar tentang kewujudan konspirasi (pihak tertentu) terhadap saya,” kata beliau lagi.

Malaysian Insider melaporkan Nik Aziz disebut-sebut sedang mempertimbangkan untuk menggugurkan Husam daripada Kabinet pentadbiran negeri ekoran isu Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang dipecat sebagai Pengarah Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) minggu lalu.Syed Azidi atau blogger Kickdefella itu pula dilihat sebagai antara orang kanan Husam.

Kickdeffela yang menyedari penderitaan dan tekanan yang dihadapi oleh bosnya itu seterusnya membuat seruan drastik yang mengejutkan ramai ramai pihak;

Kickdefella : “Saya akan merasa amat gembira jika Datuk Husam tinggalkan kerajaan negeri Kelantan...Tidak berada di dalam kerajaan dan tinggalkan PAS adalah yang terbaik buat Husam.." Klik di sini

Konspirasi apa sebenarnya yang sedang dirancangkan oleh Husam, Kickdefella, Ariffahmi dan Nik Aziz ini ?

Kalau 'konspirasi tidak serius', kenapa orang kanan Husam, Kickdefella tergamak mencadangkan bosnya meletak jawatan dalam kerajaan negeri sekaligus keluar dari parti PAS ?

Biar betul, saranan orang kanan Husam ini ? Adakah cerita lain yang tersembunyi, yang belum didedahkan oleh kikdefella hingga dia tergamak menyeru bosnya keluar dari PAS ?

Hari ini, 21 November, Husam Musa berangkat ke Kuala Lumpur bertemu dengan 'bapa konspirasi', Anwar Ibrahim dalam program Simposium National 2009, di Pearl International Hotel Kuala Lumpur, anjuran badan pemikir Anwar, IKD.

IKD sememangnya memilih, 'tokoh-tokoh tertentu' hadir dalam programnya. IKD tidak berminat menjemput Hadi Awang (Presiden PAS) atau Nasharuddin Mat Isa (Timbalan Presiden) atau Naharuddin Tantawi (ketua Dewan Pemuda), kerana kesemuanya dari kem yang sama, pro-ulama.

Tetapi IKD sengaja memilih Husam Musa, tokoh dari PAS, walaupun tokoh itu telah tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS. Seperti biasa simposium itu meletakkan Anwar sebagai tokoh utama, manakala Husam Musa dan Dr Aziz Bari diberi penghormatan sebagai tetamu istimewa diatas peranan yang telah dimainkan sebelum ini.

Apabila Husam bersemuka semula dengan bapa konspirasi, Anwar Ibrahim, apa agaknya yang dilaporkan kepada ketua penasihat umum PKR itu ?

Jadi benarlah dakwaan sebelum ini, Husam Musa tidak wala kepada PAS dan pimpinan tertinggi PAS, bila ada masalah menimpanya, dia akan mencari alasan untuk berjumpa dengan godfathernya, Anwar Ibrahim.


Read On

Kader-kader Anwar diperkemaskan semula!

0 comments



Pusingan pertama Anwar menguasai Parti Islam gagal apabila proksinya Husam Musa tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS. Husam yang menjadi kuda hitam Anwar Ibrahim tewas teruk dalam pertarungan itu, meskipun membawa slogan besar, 'Menjana Perubahan', membawa Parti Islam menjadi parti alternatif Melayu. Tetapi slogan itu tidak bersambut, perwakilan Parti Islam tetap memilih Nasharuddin Mat Isa yang mewakili kem ulama.

Namun meskipun kalah, Husam tetap memberi amaran kepada Nasharuddin dan Haji Hadi Awang, bahawa 'orang-orangnya' dalam barisan kepimpinan baru, terutamanya Naib-Naib Presiden Parti Islam akan terus memerhati gerak geri Presiden dan Timbalan Presiden yang didakwa cenderung bekerjasama dengan UMNO.

Meskipun Anwar tidak mempunyai 'tangan rasmi' dalam PAS selepas kekalahan Husam, tetapi bukan bermakna pengaruh Anwar dalam PAS telah terputus. Kini Anwar menukar strategi lain, dengan menggunakan tokoh-tokoh intelektual, di luar PAS pula untuk mempengaruhi Parti Islam.

Sebaik sahaja, Parti Islam tewas di Bagan Pinang, Anwar membisikkan kritikannya ke telinga Dr Aziz Bari, pensyarah yang pernah dinobatkan sebagai pakar undang-undang oleh organ tabloid Harakah.

Dr Aziz Bari menyahut seruan itu dan menulis di media mengkritik kelemahan punca kekalahan PAS di Bagan Pinang disebabkan dua tiga kerat pimpinan yang bermasalah. Dua tiga kerat yang dimaksudkan itu adalah Hadi Awang (Presiden), Mustafa Ali (Setiausaha Agung), Nasharuddin Mat Isa (Timbalan) dan Dr Hassan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor).

Kemudian disambut oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dengan menulis di blognya agar Parti Islam segera mengadakan EGM untuk memecat dua tiga kerat pemimpin bermasalah seperti yang disebut oleh Dr Aziz Bari.

Maka bermesyuaratlah pimpinan Parti Islam hingga ke pagi dengan membuat beberapa ketetapan diantaranya, EGM ditolak dan diganti dengan Seminar Politik. Seluruh pimpinan PAS Selangor telah diarah untuk disiasat.

Pada hari seminar, Dr Aziz Bari sekali lagi dipanggil berucap. Sebelum itu Dr Aziz Bari sudah tahu, dia agak malu alah untuk mengkritik secara terang-terangan kepada perwakilan Parti Islam, lalu digunakan medium Malaysiakini, sehari sebelum seminar untuk mengkritik secara keras dan mendesak secara terbuka agar Hadi Awang, Presiden PAS meletakkan jawatan.

Sekali lagi cubaan proksi Anwar, Dr Aziz Bari menemui kegagalan, apabila perwakilan tidak menyahut seruannya itu.

Namun, Anwar sudah berbangga dengan prestasi cubaan kedua ini, kerana berjaya mengkucar kacirkan perpaduan sesama ahli Parti Islam. Sekarang Anwar boleh berbangga, kalau ada dakwaan mengatakan PKR lemah dan sentiasa kaau bilau, Anwar secara sinis akan bertanya, bagaimana dengan Parti Islam ?

Ir Khalid Samad, bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor yang terang-terangan masuk berucap di gereja Shah Alam dan memperjuangkan kalimah Allah kepada penganut Kristian, tidak pula dianggap pemimpin bermasalah. Begitu juga dengan Ir Nizar Jamaluddin yang menjadi puppet DAP di Perak serta mengadai tanah rezab Melayu di Perak kepada cina-cina DAP pun tidak pula dianggap bermasalah.

Ironinya, Nasharuddin Mat Isa dan Dr Hassan Ali dianggap proksi UMNO walaupun tiada bukti yang mampu menjustifikasinya, tetapi Nizar tidak pula dikritik walaupun bekas Menteri Besar PAS Perak itu lebih DAP daripada Ngeh dan Nga.

Hari ini, semua dakwaan proksi-proksi Anwar yang memainkan peranan dalam Parti Islam ternyata benar, apabila badan pemikir Anwar, IKD menghimpunkan semua proksi-proksi mereka dalam Simposium National 2009, di Pearl International Hotel, Kuala Lumpur.




Sekali lagi proksi-proksi Anwar dijemput hadir untuk memperkemaskan kuda-kuda mereka untuk perancangan yang seterusnya.

Simposium National 2009 anjuran badan pemikir Anwar, di Kuala Lumpur itu laksana pertemuan rahsia Zionis Amerika seperti CFR dan Bilderberg Group.

Siapa yang hadir dalam pertemuan itu. Tidak lain tidak bukan, Anwar Ibrahim, Husam Musa dan Dr Aziz Bari..

Sudah tentu sekali lagi di belakang IKD adalah yayasan Kristian Jerman, Konrad Adenuer Stiftung yang tidak pernah berputus asa untuk menubuhkan IFC di Malaysia!

Read On

Kes saham : Kenapa Anwar sibuk jawab bagi pihak Azmin, Shamshida ?

0 comments

SA Vigneswaran, Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, mendakwa beliau memiliki dokumen berkaitan pembelian saham melibatkan tiga individu termasuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang mencecah RM8 juta pada awal 1990-an. Dua lagi individu yang terbabit seperti didakwa dalam dokumen itu ialah isteri Azmin, Shamshida Tahrin dan iparnya, Jamal Tahrin.

“Mengikut dokumen ini dalam tempoh tiga tahun mulai 1992, seorang daripadanya telah membelanjakan kira-kira RM800,000 untuk membeli saham, manakala jumlah saham yang dibeli seorang lagi mencecah RM8.5juta,” katanya pada sidang akhbar

Lima hari kemudian, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari pula membuat laporan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mendakwa mempunyai dokumen pemilikan saham bernilai RM2 juta membabitkan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali serta isterinya, Shamshida Taharin, ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Kedua-dua dakwaan itu secara jelas membabitkan Azmin Ali, (isterinya) Shamshida Taharin dan (ipar Azmin) Jamal Taharin. Kaitan dengan Anwar Ibrahim pula, nilaian saham yang berjuta ringgit itu dibeli sekitar tahun 90-an, ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Azmin ketika itu berjawatan Setiausaha Sulit Anwar(pegawai kerajaan), di Kementerian Kewangan dan pejabat TPM, hanya bergaji bulanan di sekitar RM3,000 sebulan. Manakala isteri Azmin, Shamshida Taharin pula pada ketika itu dikaitkan sebagai 'perempuan simpanan Anwar' mendapat keistimewaan yang luar biasa di Phileo Allied Bank mendapat gaji bulanan RM25,000, kereta audi dengan pemandu dan tidak perlu hadir ke tempat kerja (berdasarkan laporan pengakuan berkanun, Datuk Murad Khalid, bekas penolong Bank Negara Malaysia dan laporan daripada Zulkifli Sulaiman, Pengurus Besar di Phileo Allied Bank). Klik di sini

Kenapa Anwar terlalu memberi keistimewaan kepada Shamshida sehingga sanggup menyalahgunakan kuasa mengarahkan kroninya Tong Kooi Ong, CEO Phileo Allied Bank, mengambil Shamshida dengan ganjaran gaji yang luar biasa, berbanding dengan kelayakannya?

Apa istimewanya Shamshida Taharin berbanding dengan wanita-wanita lain yang lebih berpengalaman dalam bidang perbankan ?

Kalau Shamshida hebat dalam bidang perbankan, kenapa Phileo Allied Bank, terpaksa 'gulung tikar' selepas Anwar dipecat daripada Menteri Kewangan Malaysia ?

Kalau dicampur gaji Azmin dan Shamshida, belum lagi berkelayakan untuk membeli nilaian saham berjumlah RM10.5 juta seperti yang didedahkan oleh Vigneswaran dan Anuar Shaari. Jadi dari mana Azmin dan Shamshida mendapat duit-duit sampingan lain yang berjumlah jutaan ringgit untuk membeli saham-saham itu ?

Bukan setakat itu, adik beradik Shamshida Taharin iaitu Jamal Taharin, Johan Taharin dan Jamil Taharin juga memiliki saham berjuta-juta ringgit, sedangkan kedua ibu bapa mereka (Taharin dan Siti Rahmah) hanya seorang guru pencen. Dari mana ipar Azmin Ali mendapat duit sebanyak itu ?

Lebih pelik lagi kebanyakan saham dibeli atas nama Azmin Ali dan Shamshida Taharin, tetapi turut dinyatakan akan diberi kepada Jamal, Johan dan Jamil sebanyak 10 - 20 persen. Adakah ini bermakna semua saham itu adalah hak milik Azmin dan Shamshida tetapi menggunakan proksi nama Jamal, Johan dan Jamil ?

Bukan setakat saham, Azmin dan Shamsida didakwa mengamalkan cara hidup mewah. Blog GAP menunjukkan bukti invois pembelian katil dan sofa yang bernilai puluhan ribu. Set katil italia super king size Shamshida bernilai RM 26,500.00, manakala set sofa italian lether pula bernilai RM 24,000.00.

"Inilah gambaran 'merakyatkan ekonomi' mainan pelacur politik Azmin Ali. Menipu,mengencing,meludah,mengkahak seteruk-teruknya seluruh penyokong jumud mereka demi ketuanan rakyat!", kata GAP. Klik di sini

Menurut rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN), cukai yang dikenakan di atas saham-saham di atas nama Shamshida Taharin dan adik beradiknya, seperti Johan Taharin melebihi nilai RM500,000. Wow banyak tu..

Tetapi yang lebih pelik, orang yang dituduh, Azmin, Shamsidar dan adik beradiknya mendiamkan diri apabila dituduh, yang paling lantang menjawab adalah Anwar Ibrahim, kenapa ?

Vigneswaran dan Anuar tidak mendedah saham Anwar, Wan Azizah,adik beradik Wan Azizah, anak-anak Anwar, termasuk Nurul Izzah, tetapi Vigneswaran dan Anuar mendedahkan saham-saham milik Azmin, Shamshida dan adik beradik Shamsida Taharin.

Berdasarkan keghairahan Anwar menjawab adakah ini menunjukkan betul semua tuduhan itu, dari dulu hingga sekarang Azmin, Shamshida, Johan, Jamil dan Jamal kaya raya kerana pengaruh kroni Anwar ?

Cara menjawab Anwar pun meragukan. Anwar bukan menjawab soalan, tetapi membunuh kredibiliti orang yang mendakwa. Vigneswaran dituduh 'perkakas MIC' dan Anuar dituduh 'pengemis politik'!. Menjawab soalan ke tu ?

Sebenarnya dalam hati kecil, dia amat takut kes ini disiasat semula oleh polis dan SPRM, jika kes ini dibuka semula maka akan terdedah semua skandal Anwar, Azmin dan Shamshida yang cuba disembunyikan selama ini.

Kita sama-sama tunggu, fail kes ini telah sampai di atas meja polis dan SPRM!.

Read On

Anwar : Di kiri Nik Aziz, di kanan Paul Wolfowitz!

0 comments

Ezam pernah bersemuka dengan Husam Musa, ketika ura-ura bekas Ketua Pemuda PKR itu mahu meninggalkan PKR. Husam tanya dari hati ke hati, kenapa mahu meninggalkan Anwar. Ezam tanya Husam, kamu kenal siapa Anwar ? Husam jawab kenal. Ezam tanya lagi, kamu tahu dark side Anwar ?. Husam jawab tahu. Saya dan pimpinan PAS tahu segala-galanya tentang Anwar. Habis kalau tahu kenapa 'pertahankan' Anwar?, soal Ezam lagi. Kami mahu tunggang Anwar. Bukan sokong Anwar, tetapi tunggang Anwar, kata Husam dengan tegas.




Ezam menutup perbualan peribadi dengan Husam dengan mengatakan. Walaupun pemimpin PAS tahu segala-gala tentang Anwar, tetapi tidak sama dengan saya tahu siapa Anwar. Saya bekas Setiausaha Politik Anwar. Saya ditugaskan Anwar tubuh Parti Keadilan. Saya berjuang demi Anwar, sehingga dari Dataran Merdeka, ke Kamunting dan Penjara Kajang. Anwar ada dua wajah; Di kirinya Dr Yusof Qardawi dan di kanannya Yahudi. Mampu lawan Anwar ? Sama ada PAS tunggang Anwar, atau Anwar tunggang PAS, penutup bicara Ezam sambil menolak pelawaan Husam menyertai PAS.

Menariknya, kata-kata Ezam ternyata benar. Ketika Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz mempertahankan Parti Islam bergabung dengan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar, penasihat umum PKR sempat cilok ke Indonesia berjumpa dengan Paul Wolfowitz. Berhempas pulas mursyidul am Parti Islam membendung Parti Islam supaya tidak pecah, kerana faktor Anwar itu, tetapi ironinya, penasihat umum PKR pula bertindak sebaliknya dalam kawalan parti sendiri, membiarkan sahaja perpecahan demi perpecahan dalam PKR. Saya cabar mana-mana ahli PKR mahu keluar, sila keluar dengan segera!, bentak Anwar.

Anwar tidak kisah sesiapapun mahu keluar dari PKR, walaupun satu ketika dahulu pernah berjasa dengan parti. Dari sebesar-besar pahlawan seperti Ezam, Dr Chandra, Zainur Zakaria, Roslan Kassim, Marina Yusof, Saidatul Karuak, Jeffrey Kitingan, Christina Liew, Dato Nalla, hinggakan kepada para pendekar, dari Lokman Noor Adam, Hanafiah Man, Zahid Mat Arip,Ghani Haron, Anuar Shaari, Azwandin Hamzah hingga tidak terhitung senarai nama. Kalau ditulis satu persatu, berhelai-helai kertas, sampai menimpun himpunan ahli-ahli PKR yang keluar parti.

Anwar tidak peduli, selagi 3A masih kekal (Anwar, Azizah & Azizah). Mereka bertiga tunggak parti. Semua yang lain umpama debu-debu berterbangan. Anwar tidak peduli, selagi Azmin dan Azizah menjadi tiang utama, Anwar boleh terbang ke sana ke mari memncari kekuatan baru di seberang laut. Berdiskusi dengan para penguasa Yahudi dunia, dari Martin Indyk, Al Gore, Richard Hass, hingga yang terbaru Paul Wolfowitz.

Siapa kata Anwar tidak setia dengan Wolfowitz, meskipun telah tercabut jawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat dan Presiden Bank Dunia, tetapi Wolfowitz masih seorang pemikir di AEI (American Enterprise Intitute), sebuah think tank kerajaan Amerika Syarikat.

Bandingkan tulisan Anwar di blog Anwaribrahimblog bertarikh 13 November 2009 [klik di sini] dengan blog PPIUK [klik di sini], dua versi cerita dalam menceritakan satu perkara yang sama.

Blog Anwar melaporkan; "Saya ke Jakarta kelmarin memenuhi undangan Habibie Center untuk acara Memantapkan Konsolidasi Demokrasi dan Mengakhiri Masa Transisi: Agenda Bangsa 2009-2014...Turut hadir ialah Wakil Presiden Indonesia, Boediono; mantan Presiden, BJ Habibie; Gabenor Lembaga Ketahanan Nasional (Lemhanas), Prof. Dr. Muladi SH dan mantan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan, Prof. Wardiman Djojonegoro."

Blog PPIUK melaporkan; "Bringing an international flavor under the main theme of the 10th Anniversary, “Strengthening the Consolidation of Democray and Ending the Transition Period: the National Agenda for 2009- 2014”, we bring together a panel of well known international scholars to speak about how Indonesia’s democratization has had an effect in Southeast Asia. As a major player in the region, and as a thriving democracy, Indonesia’s role is vital in promoting the values of democracy and human rights, as well as setting the regional agenda towards democracy.This discussion will shed light on why democracy is a strategic agenda for the region’s future, and how Indonesia should play a major role.Speakers: Ambassador Paul Wolfowitz (USA), Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim (Malaysia), Ambassador Heinrich Seemann (Germany). Prof. Bridget Welsh & Mr. Niu Tiehang (China). Moderator: Prof. Dr. Dewi Fortuna Anwar (The Habibie Center).

Terima kasih Kumbang kerana berjaya mendedahkan dark side kehadiran Paul Wolfowitz [klik di sini] yang sengaja disembunyikan oleh Anwar di blognya. Kalau tidak, kita terus dihanyutkan dengan mainan kata-kata Anwar yang sentiasa menunjukkan dirinya hero, walaupun dia sentiasa menyembunyikan agenda tangan hitamnya.

Namun walau bersembunyi tangan-tangan gelapnya di belakang, tetapi masih terpancar kekeruhan 'nur' di mukanya!

Itulah maksud Ezam yang mengatakan bekas bosnya mempunyai 'two face'. Satu wajah berbicara 'Islam' dengan tokoh-tokoh Parti Islam bernaung di bawah dagu Nik Aziz. Satu face lagi, berbicara 'demokrasi', bernaung di bawah dagu Paul Wolfowitz.

Dicantumkan kedua-duanya menjadi 'Islam dan Demokrasi' yang menjadi tema ucapan Anwar di dunia Islam. Nik Aziz sokong Anwar, Paul Wolfowitz pun sokong Anwar. Itulah kehebatan Anwar!

Anwar dan Habibie mempunyai banyak persamaan. Kedua-dua mempunyai badan pemikir. Habibie dinamakan The Habibie Center dan Anwar Institut Kajian Dasar. Kedua-duanya mendapat tajaan yayasan Kristian Jerman; Habibie tajaan dari HSF (Heinrich Seemann Foundation) dan FNF (Frederich Naumann Foundation), manakala Anwar dari KAF (Konrad Adeneur Foundation) dan FNF (Frederich Naumann Foundation)

Kedua-dua berjuang atas tema demokrasi, berketuakan Paul Wolfowitz, serta menggunakan Prof. Bridget Welsh (CIA) dari SAIS, John Hopkins University sebagai penganalisis politik untuk membantu karier politik masing-masing.

Maka tidak hairan, apabila Anwar dipecat daripada kerajaan, Habibie dan Paul Wolfowitz mengkritik Malaysia dan apabila Anwar dibebaskan dan mendapat rawatan di Munich, Habibie dan Paul Wolfowitz merupakan tetamu penting yang penting.





Read On

Serangan ke atas PM : Fokus utama Anwar?

0 comments

Di tengah kemelut PKR yang kian meruncing, dari Sabah, Sarawak hingga ke Semanjung, Anwar mula bertindak memanggil semua ahli parlimen PKR berkumpul di pejabatnya. Menurut pendedahan Zulkifli Nordin, salah seorang ahli parlimen PKR, motif utama perbincangan itu bukan untuk menyelesaikan kemelut PKR, tetapi Anwar mengarahkan semua ahli parlimen PKR mencari jalan untuk melakukan serangan besar-besaran ke atas Perdana Menteri, Najib Razak.

Bak kata pujangga, bukan nak selsaikan kudis sendiri, tetapi nak cari jalan salahkah orang lain. Itulah politik menuding jari. Nak tuding jari ke orang lain, tetapi terlupa empat jari lain menuding ke arah diri sendiri.

Anwar memang pakar mengamalkan politik tuding jari, sebab itu masalah PKR tidak selesai sampai sekarang. Bukan semakin baik, tetapi semakin parah. Kenapa ? Sebabnya bukan nak bincang cara selesaikan masalah sendiri, tetapi sibuk selesaikan masalah rumah tangga orang lain.

Bermula dengan dua ADUN PKR Perak melompat jadi calon bebas (ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu dan Adun Behrang Jamaluddin Mat Radzi), hingga menyebabkan kerajaan PR di Perak akhirnya tumbang. Sepatutnya kes kelemahan ADUN-ADUN PKR ini dijadikan pengajaran dan diambil tindakan segera membendungnya, tetapi seperti biasa, Anwar tidak berminat menjaga partinya sendiri, dan sentiasa menyalahkan pihak lain, akhirnya kejadian yang sama terus berulang hingga ADUN PKR Lunas, Mohammad Radzhi Salleh lompat parti dan yang terbaru, ADUN PKR Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah juga melompat jadi calon bebas.

Mungkin perkara yang sama akan berlaku lagi, satu demi satu ADUN-ADUN PKR menjadi bebas. Yang masih PKR, seperti Zulkifli Nordin juga diasak supaya melompat parti, apatah lagi yang lain-lain. Sepatutnya Anwar memperkasakan ahli-ahli parti, tetapi Anwar lebih berminat menjaga kain orang lain, ahli sendiri diperlekehkan dan dihina supaya melompat parti.

Agenda serang Najib paling penting ?

Adakah ini pemikiran yang sesuai untuk orang yang disebut-sebut sebagai bakal PM ? Tiada agenda lain yang lebih utama, kecuali menyerang musuh yang dianggap penghalang cita-cita menjadi PM ?

Dulu serang Dr Mahathir, hingga habis gelaran yang maha jahat dilemparkan kepadanya. Tetapi Dr Mahathir tetap berjaya dalam karier politiknya, sebaliknya Anwar habis karier politik. Masa itu hanya satu tangga sahaja, tetapi belum sampai ke tangga terakhir, terus tersungkur ke pintu neraka!.

Ini bukan kata saya, tetapi kata majalah Yahudi yang selalu promote Anwar, Newsweek yang mengambarkan Anwar masuk ke alam neraka dan kembali semula dari alam neraka (to hell and back)

Kenapa Newsweek mengambarkan Anwar sebagai "to hell and back". Buruk betul 'gelaran Newsweek' kepada Anwar. Semua itu kena tanya Katherine Meyer Graham, korporat media Yahudi Amerika yang memiliki majalah Newsweek dan akhbar Washington Post. Klik di sini

Anwar sendiri berbangga-bangga dengan mukanya sentiasa masuk dalam majalah jaringan Yahudi, tetapi dalam masa sama, Yahudi cucuk jarum, dengan melabel Anwar sebagai 'manusia dari neraka'.

Itulah untungnya Anwar masuk rangkaian Yahudi, jadi ahli CFR (Council on foreign Relations)kerana dapat publisiti murahan dalam semua media kawalan Yahudi, termasuk TIME, Newsweek, Washington Post, juga syarikat TV CNN, ABC dan sebagainya.

Sebenarnya percubaan Anwar mencemar imej Najib, bukanlah perkara baru, sebelum Najib naik jadi PM, Anwar telah berusaha bersungguh-sungguh mencemar imej Najib di media antarabangsa, termasuk mengupah si gay bernama Arnaud Dubus, menulis di akhbar Perancis, Liberation. Klik di sini

Siapa Dubus ini ? Dubus juga adalah seorang wartawan yang gemar melepak di kelab-kelab gay di kota Bangkok dan mudah tertarik dengan jejaka tampan.

Siapa penaja Dubus ? Dubus bekerja di bawah tajaan ahkbar Liberation Perancis milik Edouard Rothschild, keluarga Yahudi Eropah yang memiliki kekayaan dalam bidang perbankan dan media di tiga lokasi berbeza iaitu Britain, Peranchis dan Amerika Syarikat.

Untuk mendapat maklumat-maklumat mengenai Asia Tengara, khususnya Malaysia, keluarga Rothschild hantar Dubus ke kota Bangkok. Dari kota Bangkok, Dubus berjumpa dengan Anwar. Anwar pun suka ke Bangkok!

Adakah Anwar baik dengan keluarga Rothschild ? Jawabnya Ya.

Anwar selalu himpit Emma Rothschild, salah seorang warisan keluarga besar Rothschild. Anwar selalu agung-agungkan pemikiran falsafah Amartya Sen, seorang yang berasal dari agama Hindu convert kepada atiesme setelah berkahwin dengan Emma Rothschild. Bermakna Anwar bodek Amartya Sen sebab nak beli jiwa Emma dan nak dapat simpati daripada keluarga Yahudi Rothschild.

Pada tahun 2007, Anwar sendiri menulis di blognya (anwaribrahimblog, klik di sini) bahawa dia berwacana empat tokoh bersama empat tokoh di Florence, Itali. Empat tokoh itu adalah Anwar Ibrahim , Amartya Sen , Emma Rothchild dan Michel Camdessus. Maknanya mereka kawan baik dan Anwar termasuk salah seorang daripada rangkaian mereka!

Satu pendedahan menarik telah dibuat oleh David Pidcock, Klik di sini yang mendedahkan kenapa Al Gore bermati-matian menyokong Anwar Ibrahim. Ini juga berkaitan dengan sentimen perkaitan keluarga Rothschild.

"ramai orang terkejut apabila Al Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat menyokong secara terbuka kepada Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Ramai yang tidak mengetahui sokongan Al Gore sebenarnya diatur oleh IMF dan Wall Street. Peneraju IMF ketika itu adalah Michael Camdessus, yang merupakan sahabat dan sekutu Anwar dan mereka pernah menjadi penulis bersama dalam sebuah buku.. Ramai yang tidak mengetahui sentimen Al Gore dipengaruhi oleh anak perempuan yang berkahwin dengan Paul Schiff,(keturunan Rothschild) pengarah Wall Street(milik Yahudi). Paul Schiff adalah keturunan Jacob Schiff yang ditugaskan untuk membiayai Revolusi Bolshevik yang menjadi dendam lama keturunannya"


Jadi apabila Zulkifli Nordin mendedahkan Anwar mengarahkan semua ahli parlimen PKR serang Najib, sebenarnya tidak mengejutkan, kerana Anwar sudah lama melakukan dan sudah lama berdendam dengan sesiapa sahaja yang mengugat kedudukannya sebagai PM.

Sudah lama Anwar mengidam jawatan PM. Tahun 1998, dia pernah idam jawatan itu, Yahudi dan media miliknya membantu menaikkan imej Anwar,Dr Mahathir dibalunnya cukup-cukup, tetapi Anwar, tetap tidak dapat.

Tahun 2008, Anwar sekali lagi idam jawatan PM, sekali lagi Yahudi dan media miliknya projek Anwar sebagai 'bakal PM', termasuk di akhbar Jerusalem Post, pak Lah dibalun Anwar cukup-cukup, tetapi Anwar masih tidak dapat.

Anwar pernah berjanji kepada korporat Yahudi di Amerika Syarikat yang sebelum ini banyak melabur duit kepadanya dan seluruh rakyat Malaysia bahawa 16 September 2008, dia akan jadi PM, tetapi pada tarikh tersebut, Anwar gagal kotakan janji, bukan dia yang jadi PM, sebaliknya Najib yang tidak pernah meminta-minta pula diangkat rakyat Malaysia menjadi PM.

"Jika Anwar gagal mengotakan janjinya menjadi PM pada 16 September, dia akan kehilangan seluruh sokongan,dia dicop sebagai penipu dan tiada lagi masa depan untuk Anwar..bukan rakyat Malaysia yang minta Anwar jadi PM pada 16 September, tetapi Anwar sendiri yang janji..bukan sekali dia berjanji, malah mengulangi beberapa kali, saya percaya Anwar akan jadi PM 16 September..kalau dia menipu saya dan Anwar bakal masuk penjara semula.." itulah kata-kata kawan baik Anwar yang juga jurukempen Anwar di internet, bernama Raja Petra Raja Kamaruddin, Malaysia-Today.

Sebab itu sampai sekarang, Raja Petra melarikan diri, hingga gagal dikesan, di mana lokasi sebenar Raja Petra bersembunyi.

Jadi jangan terkejut, jika serangan demi serangan akan dilakukan oleh Anwar ke atas Najib selepas ini. Sesiapa saja yang berada di kerusi PM, akan menjadi mangsa serangan nafsu serakah Anwar Ibrahim!

Jadi Anwar kena bertanya kepada diri sendiri, kenapa sejak dari dulu, dia gagal menjadi PM ? Apa salah Anwar, hinggakan usaha dilakukan selama sebelas tahun, akhirnya sia-sia sahaja ?

Tepuk dada tanya selera (kalau tanya iman, Anwar tak berani bersumpah!), tanya diri sendiri, kenapa ? Jawabnya semua itu perancangan Allah. Allah tak makbulkan manusia yang bongkak, taajub kepada kehebatan diri sendiri, dipenuhi dengan nafsu serakah yang jahat dan dendam kesumat mainan syaitan!




Read On

Seminar politik : Apa yang PAS dapat ?

0 comments

Cadangan asal Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat menulis di blognya mengesyorkan EGM untuk memecat beberapa 'pemimpin bermasalah'termasuk nama Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Datuk Dr Hassan Ali yang merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Tetapi apabila Mesyuarat Khas diadakan, Nik Aziz gagal mempertahankan hujah-hujahnya, terpaksa keluar awal dari mesyuarat kerana alasan kesihatan. Memang kesihatan Nik Aziz, tidak begitu stabil dalam sehari dua ini. Khabarnya Mursyidul Am baru saja keluar dari IJN untuk rawatan susulan.

Peninggalan Nik Aziz, mesyuarat khas berlanjutan hingga ke jam 1 pagi. Banyak perkara dibahaskan, tetapi keputusan mesyuarat, mereka menolak EGM seperti yang dicadangkan oleh Mursyidul AM dan diganti dengan Seminar Politik. Keputusan kedua adalah ahli mesyuarat menolak cadangan Mursyidul Am untuk memecat 'dua tiga kerat pemimpin bermasalah', sebaliknya menyiasat kepincangan beberapa kerat pemimpin tertinggi PAS Selangor.

Hari ini, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang ditugaskan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat mengesahkan Abdul Hadi Awang, Nasharuddin Mat Isa dan Mustafa Ali tidak disiasat.

"Kita tak perlu nak siasat semua, tak ada pertuduhan... tak perlulah nak siasat," katanya kepada mStar Online.

"Mesyuarat hanya putuskan untuk kita siasat PAS Selangor, kita bersikap adil, bukan untuk melindungi mana-mana pihak," katanya lagi. Klik di sini

Seminar politik, apa PAS dapat ?

Dr Aziz Bari silap baca politik. Dia menjangka apabila gesaannya disambut oleh Nik Aziz, sudah tentu perwakilan PAS akan menyokong saranannya. Dia menganggap apabila Mursyidul Am telah bersetuju dengan pandangannya, maka dia merasakan semua perwakilan PAS akan akur dengan saranan Mursyidul Am PAS itu. Nik Aziz adalah ikon PAS, kata Dr Aziz Bari dengan ghairah kepada Malaysiakini.

Sebab itu beberapa hari sebelum dijemput berseminar, Dr Aziz Bari menghamburkan semua peluru kritikannya kepada Hadi Awang dalam laman web Malaysiakini. Habis semua peluru dimuntahnya. Hadi lembab! Hadi phobia dengan kekalahan di Marang dan Terengganu! Hadi tidak setaraf dengan Yusof Rawa dan sebagainya yang membawa motif, Hadi perlu berundur dari jawatan Presiden PAS.

Sekali lagi Dr Aziz silap baca. Ketika menyampaikan hujah-hujah di seminar PAS, Dr Aziz mengharapkan sokongan perwakilan, tetapi sebaliknya perwakilan PAS mengherdiknya semula.

"Saya tak mahu tengok muka Aziz Bari", kata Abu Bakar Chik, salah seorang perwakilan. Tetapi herdikan Abu Bakar Chik masih kurang berbisa jika dibandingkan dengan penghinaan Dr Aziz Bari kepada Presiden PAS di Malaysiakini.

Bukan setakat Dr Aziz Bari yang menjadi bahan kritikan, tetapi juga kritikan mula ditujukan kepada Nik Aziz sendiri.

"Nik Aziz sendiri tunjuk teladan kurang baik, buka rahsia parti dalam blog", kata Suhaizan Kayat, perwakilan dari Johor.

"Dulu kita berbangga sebut perjuangan kita menegakkan Islam..tetapi sekarang, kita takut-takut nak sebut 'perjuangan Islam' sebab nak jaga hati parti kawan", kata Khairul Anuar Wafa, perwakilan dari Negeri Sembilan.

Sebelum ini tidak pernah nada-nada kritikan ditujukan kepada Mursyidul Am PAS, tetapi kini nada-nada seumpama itu semakin jelas kedengaran.

Yang Dr Aziz Bari gagal baca, kenapa perwakilan bertindak menyerangnya semula ? Perwakilan tidak beritahu kepada media apa yang bermain di minda mereka. Tetapi Dr Aziz telah menwar-warkan apa yang bermain di mindanya kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Dia (Aziz Bari) orang luar..kita (perwakilan PAS) yang bermain dalam padang", gulung Presiden PAS semasa ucapan penutup.

Yang Dr Aziz gagal membaca apa yang bermain dalam minda perwakilan PAS adalah mereka (perwakilan) menganggap Dr Aziz 'orang luar', bukan 'orang politik' yang hanya pandai berteori, tetapi tidak ada praktikal.

Bukan setakat itu, yang utama bermain dalam minda perwakilan adalah mereka menganggap suara Dr Aziz adalah 'suara Anwar' yang mahu Hadi Awang berundur jawatan Presiden.

"Kenapa hanya desak Hadi saja letak jawatan, kenapa tidak desak Anwar ?", sayup-sayup kedengaran suara perwakilan.

Tampil pula penceramah kedua, Dr Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaya. Dia tampil dengan hujah-hujah statistik dengan mengatakan hasil kajiannya mendapati sokongan generasi muda dan media baru (internet) terhadap PAS merosot selepas pilihanraya umum lalu, iaitu selepas PAS bergabung dengan PKR dan DAP.

Dr Abu Hassan berkata kajian berkenaan turut meneliti laman-laman blog berunsur politik dan mendapati blog-blog yang sebelum ini menyokong PAS telah kembali menjadi 'atas pagar'.

"Kajian menunjukkan blog-blog sedemikian meningkat 213 peratus,", katanya.

Cuma kajian Dr Abu Hassan tidak mengkaji faktor apa generasi muda mula tidak menyokong PAS dan faktor apa blog-blog yang sebelum ini sokong PAS kini kembali jadi atas pagar ?

Cuma Dr Hassan beri 'clue' kemerosotan imej PAS, selepas PRU 12 iaitu selepas PAS bergabung dengan PKR dan DAP dalam gabungan longgar, Pakatan Rakyat.

Kalau dibaca di luar analisis Dr Hassan itu, PAS mula merosot selepas PRU 12. Maknanya selepas tertubuhnya PR yang beketuakan manusia bernama Anwar Ibrahim. Makna sama ada suka atau tidak, kena terima hakikat, PAS merosot dan sentiasa bergolak hingga ke hari ini berpunca dari satu faktor : Anwar Ibrahim!

Jadi kembali kepada persoalan pokok. Apa yang PAS dapat daripada Seminar Politik ? PAS dapat persepsi negatif yang dihadiahkan daripada dua pengkaji politik, Dr Aziz Bari dan Dr Hasbullah Hassan ? Klik di sini

Itu sahaja yang PAS dapat ?

Kalau itu yang PAS dapat, tidak payah diadakan seminar, kerana ia akan lebih mengeruhkan keadaan dan memanjangkan polemik yang sebenarnya dikehendaki oleh Anwar Ibrahim!



Read On

Siasat Dr Hassan Ali : Usaha memandulkan suara Parti Islam Selangor

0 comments

Sekiranya diikut cadangan segelitir pihak dalam Mesyuarat Khas PAS supaya Dr Hassan Ali dipecat dari Pengerusi Pesuruhjaya PAS Selangor dan exco kerajaan negeri Selangor, sudah tentu kepimpinan PAS Selangor hari ini menjadi haru biru. Tetapi dengan kebijaksanaan Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS, beliau mengarahkan agar ditubuhkan satu Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man (anak saudara Nik Aziz) menyiasat bukan sahaja kepada satu individu yang bernama Dr Hassan Ali, malah keseluruhan kepimpinan PAS Selangor, termasuk bekas Timbalan Pesuruhajaya PAS Selangor yang dipecat, Ir Khalid Samad.

Sebenarnya isu Dr Hassan Ali dipertikaikan oleh PKR Selangor sendiri yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim. Beberapa minggu sebelum berlangsungnya Mesyuarat Khas PAS, Khalid Ibrahim dikatakan telah menghantar sepucuk surat kepada Presiden PAS mempertikaikan sikap exco PAS yang bertindak tanpa menghormati semangat Pakatan Rakyat (PR).

"Inilah masalah kami. Kami main bola tetapi tiba-tiba ada antara ahli pasukan kami main ragbi," kata Khalid Ibrahim kepada wartawan Singapura.

Kata-kata Khalid Ibrahim itu ditujukan kepada Dr Hassan Ali yang dilihat tidak sehaluan dengan pendirian kerajaan PR, kombinasi antara PKR, DAP dan PAS.

Anwar Ibrahim sendiri selaku penasihat umum PKR juga turut menyatakan ketidakpuasan hatinya dengan kaedah Dr Hassan yang dianggap sebagai 'pembangkang' dalam kerajaan pembangkang di Selangor. Luahan Anwar itu, tidak dinyatakan di dalam blognya ataupun kepada Presiden PAS, tetapi diluahkan secara tertutup kepada pelajar-pelajar Malaysia semasa Anwar berkampung di Amerika Syarikat selama 10 hari baru-baru ini.

Usaha memandulkan suara Parti Islam ?

Tuan Ibrahim Tuan Man, selaku Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat telah menemui Dr Hassan dan di antara lain 'amaran' Tuan Ibrahim kepada Hassan Ali supaya dia menutup mulut dan tidak lagi membangkitkan isu-isu yang boleh mencetuskan kontroversi antara parti-parti PR!

Cubaan PAS pusat menutup mulut Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga exco kerajaan negeri belum tentu dapat menjamin kestabilan kepimpinan PR di Selangor. Cubaan ini seperti memaksa aktivis-aktivis Parti Islam Selangor 'menutup mata dan mulut' apabila mereka sendiri menyaksikan dengan mata dan kepala mereka penyelewengan demi penyelewengan dilakukan oleh parti-parti rakan komponen terutamanya PKR dan DAP dalam pentadbiran mereka di Selangor.

"Menteri Besar Selangor terlalu memberi ruang kepada DAP dalam melakukan tindakan mereka, tanpa sekatan", luah Dr Hassan Ali dalam satu pertemuan tertutup dengan ahli-ahli PAS Selangor.

Mohd Khairuddin Othman, Setiausaha Badan perhubungan PAS Selangor pula mendedahkan terlalu banyak kepincangan yang dilakukan oleh parti bukan Islam di Selangor yang mengancam survival umat Islam Selangor.

Misalnya isu bantuan kerajaan negeri terhadap sekolah agama di Selangor dibantah keras oleh exco DAP. Mereka (DAP) tidak mahu peruntukan diberikan kepada sekolah agama Islam sahaja, tetapi bantuan yang sama juga harus diberi kepada sekolah-sekolah bukan Islam, termasuk sekolah Cina, Tamil dan Kristian. Akhirnya keputusan mesyuarat berpihak kepada bukan Islam (kerana jumlah mereka ramai dan disokong oleh PKR) iaitu memutuskan bantuan untuk sekolah agama diberi sama rata selaras dengan dasar PR yang mewujudkan keadilan dan sama rata.

Begitu juga dengan bantuan kepada pembinaan masjid, hendaklah di sama rata dengan pembinaan kuil, tokong dan gereja. Jika umat Islam mendapat satu masjid di Selangor, masyarakat Cina, India dan Kristian juga berhak mendapat tokong, kuil dan gereja sesuai dengan kepercayaan mereka.

Keputusan mesyuarat juga memutuskan jika terdapat kuil-kuil Hindu yang dibina secara haram dirobohkan, maka kerajaan negeri wajib menggantikan dengan tapak tanah yang baru, termasuk menggantikan tanah yang dimiliki oleh MAIS (Majlis Agama Islam Selangor)

"Mereka sering bercakap soal kebebasan dan hak asasi tanpa mengira sensitiviti agama Islam", luah Dr Hassan lagi, dalam pertemuan baru-baru ini.

Difahamkan penguatkuasaan enakmen Islam yang dicadangkan oleh Dr Hassan Ali ditentang sepenuhnya oleh wakil-wakil DAP dan sesetengah wakil PKR. Enakmen itu yang berkaitan dengan tangkapan khalwat, zina, bercumbu-cumbuan, orang minum arak yang melibatkan umat Islam, ditentang sepenuhnya oleh DAP yang dianggap berlawanan dengan konsep hak asasi dan kebebasan.

"Itu enakmen warisan kolot UMNO! Sekarang ni pentadbiran PR. Jangan nak sambung lidah UMNO dalam kerajaan negeri!", tempelak wakil DAP.

Seorang blogger muda pro Erogan, Zainurfaqar Yaakub, mendedahkan di dalam blognya, sebahagian intipati ucapan Dr Hassan Ali semasa bertemu dengan ahli-ahli PAS Selangor.

"Beliau (Dr Hassan) menceritakan terdapat cadangan daripada exco DAP untuk membuat IT International Zone (kalau tidak silap) iaitu salah satu fungsinya adalah tempat untuk hiburan bertaraf antarabangasa seperti hiburan 24 jam, kelab malam 10mlm-4pg, kedai arak etc. Cadangan tenpat adalah di Puchong dan Shah Alam. Hassan berhujah dalam meting exco bahawa armarhum Sultan sudah menitahkan Shah Alam dilarang dibuat perkara-perkara seperti itu". Klik di sini

Sebenarnya pendedahan blogger pro Erdogan itu tidak mengejutkan kerana terdapat lagi pendedahan-pendedahan yang lebih ekselusif yang dibuat oleh Dr Hassan Ali yang tidak pernah didedahkan oleh mana-mana blog.

Kalau anda mendengar sendiri dari mulut aktivis-aktivis Parti Islam Selangor yang terlibat secara langsung dalam pentadbiran kerajaan negeri, anda pasti akan membuat kesimpulan bahawa umat Islam Selangor akan hancur dikerjakan sepenuhnya oleh DAP dan PKR yang berpegang kepada konsep sama rata, keadilan, kebabasan dan hak asasi.

Demi Allah, umat Islam Selangor bakal hancur, jika suara-suara dua tiga kerat Parti Islam dimandulkan!





Read On

Aziz Bari, kenapa tidak desak Anwar Ataturk letak jawatan ketua PR ?

0 comments

Begitu marah sekali Dr Aziz Bari dengan Hadi Awang. Pedas kata-katanya. Hadi lemah. Hilang stim. Tiada aura kepimpinan. Berbanding dengan Anwar, kata Dr Aziz Bari, walaupun Anwar tidak pernah hadir dalam penamaan calon pilihanraya kecil, namun terdapat 'aura kehadirannya, walaupun tuannya tidak wujud! Tetapi Hadi, kata Dr Aziz, walaupun tuannya wujud, tetapi kehadirannya tidak dirasai. Hadi, hadir dan tak hadir sama saja, sinis Dr Aziz Bari lagi.

Dr Aziz Bari mengambil contoh Bagan Pinang. Ketua Pemuda PAS (pro Hadi), ajak berlengan (berperang)!. Inikah contoh pemimpin politik alaf baru ? , soal Dr Aziz lagi. PAS sekarang kehilangan pemimpin berideologi, sebab itu mereka ajak berlengan. Ahli-ahli PAS hanya jadi tukang pasang khemah, tetapi tiada ideologi, begitulah pedas kata-kata Dr Aziz Bari kepada malaysiakini.

MSO merumuskan, Dr Aziz bari sengaja semua kritikan-kritikan itu sebelum menjelang seminar politik PAS. Motifnya satu untuk mendesak Hadi berundur sebagai Presiden PAS. Tujuan dihamburkan kata-kata pedas itu kerana dibimbangi, tidak terkeluar kata-kata itu dalam seminar politik hari ini, kerana masa yang diperuntukkan kepadanya hanya 20 minit sahaja.

Motif Dr Aziz amat jelas, menjadi penyambung lidah kepada bekas gurunya, Anwar Ibrahim, balas dendam kepada Presiden PAS yang membantutkan cita-cita Anwar menjadi orang paling berkuasa di Malaysia. Itulah rumusan MSO.

Silap PAS sebelum ini terlalu mendewakan Dr Aziz Bari hingga menggelarkannya sebagai 'pakar undang-undang', hinggakan diberi muka utama dalam harakah untuk dipuja kepada ahli-ahli PAS. Apabila harakah sudah tidak beri ruang, Dr Aziz berpindah pula kepada Malaysiakini yang sememangnya satu fikrah dengan Dr Aziz iaitu mahu menjadikan Malaysia sebuah negara sekular, sama rata, sama rasa, belakang depan sama saja!

Titik persamaan Anwar, Dr Aziz dan Malaysiakini adalah kedaulatan undang-undang sekular. Mereka bertuhankan ideologi sekularisme yang dibantu oleh dana-dana Nasrani/Yahudi. Di belakang Malaysiakini adalah dana Open Soros Intitute (OSI) kepunyaan George Soros. Soros juga berada di belakang Anwar Ataturk. Juga di belakang Dr Aziz Bari.

Lihat siapa sponsor buku-buku 'undang-undang' Dr Aziz Bari ? Penerbitnya adalah IKD (Institut Kajian Dasar). Milik siapa IKD ? IKD adalah milik Anwar Ataturk. Dari mana IKD dapat duit ? IKD disponsor oleh yayasan Kristian Jerman bernama KAF (Konrad Adenuear Foundation). Siapa pula sponsor KAF ? KAF disponsor oleh George Soros dan AJC (American Jewish Committeee).

Nampak tak tali temali perkaitan konspirasi menjatuhkan Hadi Awang, sebagai Presiden Parti Islam itu yang dianggap sebagai penghalang besar cita-cita Anwar untuk memperkasakan 'sekularisme' tajaan Yahudi di Malaysia.

Banyak kali Hadi menghalang cita-cita rakus Anwar, termasuk paling besar tidak bersetuju dengan cita-cita Anwar menubuhkan kerajaan 'pintu belakang' pada 16 September tahun lalu.

Ketika ditanya wartawan apakah dia (Hadi) akan menjadi PM pada 16 September ini (2008), Hadi menjawab, "Saya tak mahu jadi PM 'angan-angan Mat Jenin'...tau Mat Jenin ? Belum dapat buah kelapa, sudah bercita-cita jadi raja, akhirnya terjatuh dan mati sendiri.."

Siapa lebih realistik dalam berpolitik, Anwar Ataturk atau Hadi Awang ? Ternyata hadi lebih realistik dan beliau tidak akan berkompromi dengan cita-cita yang dipenuhi dengan nafsu serakah serta fantasi yang tidak berpijak di bumi nyata aka pembohong!

Tetapi politik Anwar Ataturk boleh melepasi sempadan halal/haram. Politik menghalalkan cara. Boleh menipu, berbohong, memperdaya, melakukan perkara-perkara di luar tabie, gadai agama, bangsa hatta negara, asalkan matlamatnya untuk menjadi PM tercapai. Sebab itu bagi Anwar, depan belakang sama saja! Sama rata, sama rasa!

Kenapa Dr Aziz tidak desak Anwar berundur ?

Dalam memperkatakan kegagalan Hadi, Dr Aziz kata, dalam politik simple saja, kalau sudah gagal mesti out!

Tetapi kenapa Dr Aziz tidak desak Anwar out, bila gagal mengotakan janji menubuhkan kerajaan pintu belakang, 16 September ?

Bila sudah gagal mesti out, itu teori Dr Aziz Bari. Tetapi kenapa hingga ke hari ini
Anwar masih menjadi ketua PR ? Kenapa tidak out ?

Antara Hadi dan Anwar siapa lebih liabiliti kepada PR ?

1. Anwar adalah ketua PR. Hadi hanya satu satu kompenan di bawah Anwar. Anwar (tanpa berunding dengan Hadi) telah mencanang cita-cita menjadi PM dan menubuhkan kerajaan pada 16 September, tetapi hingga ke hari ini janji itu tidak dapat dikotakan

2. Anwar pro Amerika Syarikat dan Yahudi. Hadi anti Amerika Syarikat dan Yahudi. Anwar berkawan baik dengan tokoh-tokoh Yahudi Amerika Syarikat, termasuk Al Gore, Madeline Albright, Martin Indyk, Paul Wolfowitz, Carl Gershman dan lain-lain. Hadi tidak kenal semua tokoh-tokoh itu, malah tidak mahu diperalat pun oleh tokoh-tokoh Yahudi itu. Hadi hanya berkawan dengan Ahmadinejab, Dr Yussof Qardawi dan semua tokoh-tokoh Islam yang anti Israel.

3. Anwar ada kes liwat. Terbaru masih dibicarakan di mahkamah meliwat pekerjanya sendiri, Saiful Bukhri Azlan. Sebelum ini pernah dijatuhi bersalah di mahkamah kerana meliwat pemandunya, Azizan Abu Bakar. Betul-betul perangai bapa haruan makan anak sendiri. Tetapi Hadi tidak ada amalan terkutuk itu. Hadi tahu halal/haram. Mengutuk perbuatan liwat kerana diharamkan agama dan peliwat tidak boleh jadi pemimpin, apatah lagi mahu menawarkan diri menjadi PM!

Berdasarkan tiga kesimpulan di atas, siapa lebih liabiliti kepada negara ? Kenapa Dr Aziz Bari hanya desak Hadi berundur, kenapa Dr Aziz Bari yang kononnya amat pakar undang-undang tidak desak Anwar berundur ?

Sejak itu, MSO secara berkias mengatakan PAS lebih mendengar kata-kata orang luar berbanding dengan kata-kata ahli-ahli sendiri.

Siapa Dr Aziz Bari ? Penasihat umum PAS ?

Selagi PAS 'berketuakan' Anwar, selagi itu PAS akan kucar-kacir. Memang menjadi tabiat Yahudi, tidak akan senang melihat Parti Islam harmoni, mereka akan lakukan apa sahaja untuk melemahkan Parti Islam, termasuk menggunakan Nik Aziz yang berjubah dan berserban!


Read On

Dr Asri hanya mangsa konspirasi pembersihan kumpulan anti Anwar di Selangor

0 comments

Di tengah-tengah isu kemelut kepimpinan PAS Selangor, tiba-tiba isu Dr Asri meletup. Seakan ada usaha untuk menutup isu pembersihan kumpulan anti Anwar di Selangor dengan meletupkan satu isu lain yang bakal mengegarkan negara dengan menahan Dr Asri di di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, Ahad lalu.

JAIS adalah di bawah kerajaan Selangor. MB Selangor pula dipimpin oleh fraksi dari PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim yang berketuakan Anwar Ibrahim. Dan MB meletakkan bidang kuasa JAIS di bawah Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, yang berketuakan Dr Hassan Ali, dari PAS.

Ketika Dr Asri ditahan JAIS pada malam Ahad lalu, tiada siapa tahu siapa yang mengarahkan penahanan itu ? Dr Hassan Ali yang menjadi exco yang menjaga JAIS, terpinga-pinga, tidak tahu menahu. Jadi kerja siapa ? Kerja 'orang nombor satu kerajaan Selangor' yang mendapat arahan dari ketua umum PKR ?

Beberapa hari sebelum itu, PAS Pusat telah mengadakan mesyuara khas untuk membincangkan 'dua tiga kerat pemimpin PAS' yang bermasalah. Keputusan daripada mesyuarat khas itu satu jawatankuasa disiplin dibentuk dengan diketuai Tuan Ibrahim Tuan Man (anak saudara Nik Aziz) menyiasat kepimpinan PAS Selangor yang diketuai oleh Dr Hassan Ali.

Tetapi dengan meletupnya isu penahanan Dr Asri oleh JAIS telah melenyapkan isu siasatan ke atas PAS Selangor, kerana semua tumpuan media difokuskan kepada sebab dan tangan hitam yang menahan bekas mufti Perlis itu.

1. Kenapa semasa malam Dr Asri ditahan, YB Saari Sungip (ADUN PAS Hulu Klang) dan YB Zuraidah Kamaruddin (Ahli Parlimen PKR Ampang) turut sama berada dalam ceramah Dr Asri di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ?

2. Adakah kehadiran kedua-dua YB ini telah dirancang dari awal dan adakah kedua-dua YB ini sememangnya 'diarahkan' untuk turut serta dalam ceramah Dr Asri di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ?

3. Terdapat kontradiksi tentang pendirian JIM terhadap Dr Asri. JIM seperti yang dilaporkan turut sama-sama menyokong Persatuan Peguam Syarie Malaysia(PGSM)dalam memorandum kepada Yang Dipertuan Agong. PGSM dan JIM menuduh Dr Asri amat bahaya kerana mengamalkan wahabi. Tetapi yang hadir mendengar ceramah Dr Asri pada malam kejadian itu adalah kedua YB yang berlatarbelakangkan JIM, iaitu YB Saari Sungip, bekas Yang Dipertua JIM dan YB Zuraidah Kamaruddin, bekas aktivis wanita JIM. Jadi apa pendirian sebenar JIM terhadap Dr Asri ?

4. YB Zuraidah memang totok penyokong Anwar Ibrahim. Sesuai dengan jawatannya sebagai Ketua Wanita PKR. Bagaimana pula dengan Saari Sungip. Dahulu merupakan bekas Ahli Majlis tertinggi Keadilan, penyokong totok Anwar. Pernah ditahan ISA kerana menjadi perancang utama perhimpunan 100,000 rakyat di jalanan untuk menyokong Anwar. Kononnya menyertai PAS kerana tidak setuju dengan Anwar, tetapi hingga kini dia tidak menyatakan sebab musabah, dia anti Anwar, sejak berada dalam PAS.

5. Seandainya Saari benar-benar anti Anwar, kenapa pula semasa berada dalam PAS, dia pula bertelagah dengan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hassan Ali yang sememangnya diketetahui seorang ketua anti Anwar di Selangor ?

6. Zainurfaqar, seorang penulis muda pro Erdogan menulis di blognya berdasarkan pengalamannya mendengar ceramah penjelasan Dr Hassan Ali, sebab utama Saari Sungip dipecat daripada menjadi Ketua Penerangan PAS Selangor kerana pendirian politik Saari yang terlalu liberal (pro Anwar) sama seperti Khalid Samad, YB PAS Shah Alam. Jadi benarkah Saari anti Anwar atau trojen horse yang dihantar Anwar ke dalam PAS yang menyamar sebagai anti Anwar ?

7. Dr Hassan Ali yang menjadi exco yang sepatutnya menjaga JAIS, mendakwa dirinya tidak tahu menahu tentang penangkapan Dr Asri, sedangkan YB Saari Sungip (orang yang menjadi musuh politik Dr Hassan-kerana Dr Hassan pecat Saari sebagai ketua penerangan PAS Selangor) tahu segala-galanya tentang kejadian pada malam penahanan itu.

8. Adakah penahanan Dr Asri adalah usaha untuk mempercepatkan pemecatan Dr Hassan Ali yang dilakukan oleh 'tangan-tangan hitam' tanpa pengetahuan Dr Hassan Ali ?

Walaupun isu penahanan Dr Asri berjaya menenggelamkan kemelut PAS Selangor, namun blog-blog pro Erdogan sedang berkempen kencang untuk memecat Dr Hassan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor sekaligus memecat sebagai exco Selangor.

Kalau Dr Hassan dipecat, siapa penggantinya sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor ? YB Khalid Samad ? Siapa pula pengganti exco PAS untuk Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor ? YB Saari Sungip ?

Persoalan yang lebih besar, adakah pembersihan dan pemecatan Dr Hassan Ali sebagai pesuruhjaya PAS dan exo Selangor seperti yang dicadangkan oleh pemikir Anwar, Dr Aziz Bari boleh menyelesaikan krisis kepimpinan Selangor ?

Anwar dan Dr Aziz Bari mungkin gembira sekiranya Dr Hassan dipecat, kerana tiada lagi suara-suara lantang mempertikaikan penyelewengan DAP dan PKR di Selangor. Mengkritik MB Selangor, kritik tindakan biadap DAP di Selangor, seumpama mengkritik Anwar Ibrahim, kerana Selangor adalah di bawah PKR yang berketuakan Anwar, manakala DAP pula rakan kongsi yang paling disayangi Anwar sebagai ketua PR.

Tetapi adakah dengan pemecatan Dr Hassan yang semata-mata untuk memuaskan hati seorang individu yang bernama Anwar Ibrahim merupakan langkah terbaik untuk mengukuhkan kerajaan PR di Selangor atau langkah yang mempercepatkan keruntuhan kerajaan PR itu.

Seandainya diikut teori Anwar, sejarah telah mengajar satu kejadian keruntuhan kerajaan PR di Perak. Anwar menggunakan teori 'membeli' ADUN BN bernama Nasharuddin Hasyim (ADUN Bota). Ahli-ahli PR keseronokan dengan kebijaksanaan skil politik Anwar itu hingga mampu memancing ADUN BN melompat ke dalam kolam PKR. Selepas dua hari meraikan keseronokan, tiba-tiba dengan sekelip mata, kerajaan PR Perak runtuh, apabila tiga orang ADUN PR pula melompat menjadi calon bebas dan menyokong BN.

Jadi di manakah kebijaksanaan skill politik manusia bernama Anwar Ibrahim menjadi menjadi ketua PR ?

Nampaknya kes di Selangor juga menjurus ke arah itu. Bezanya tangan-tangan Anwar tidak munul secara terang-terangan, dia berselindung di sebalik wajah orang lain. Bermula dengan Aziz Bari, kemudian disambut oleh Nik Aziz, kemudian bergerakkan seluruh missionari geng Erdogan untuk mencantas kepimpinan Dr Hassan Ali.

Sampai bila geng Erdogan mahu menjadi gundik, pemuas nafsu Anwar ?



Read On

JAIS tahan bekas mufti, konspirasi Anwar malukan Dr Asri ?

0 comments

Kenapa ketika ini baru timbul soal Wahabi, hingga JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) menahan Dr Asri Zainal Abidin, Bekas Mufti Perlis, 12.10 tengah malam (Ahad, setelah selesai menyampaikan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ?

Kenapa sekarang baru timbul soal wahabi, sedangkan Dr Asri jugalah orang yang pernah berdebat dengan Astora Jabat dan pernah menjadi mufti Perlis satu ketika dulu ?

Apakah semua ini konspirasi yang ada kaitan dengan tawaran Najib mahu melantik Dr Asri sebagai Yang Dipertua YADIM (Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia) ?

Konspirasi ini nampaknya begitu tersusun, bermula dengan penghantaran memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, pada 12 Oktober 2009, membantah pelantikan Dr Asri sebagai Yang Dipertua YADIM yang baru, kemudian disusuli dengan penangkapan JAIS.

Siapa dalang di sebalik Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)yang menghantar memorandum itu ?

Melihat NGO-NGO yang menyokong memorandum PGSM seperti Pertubuhan Muafakat Masyarakat Sejahtera (MUAFAKAT), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah malaysia (JIM, dan Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) seolah-olah kita sudah menjejaki motif sebenar Dr Asri perlu dimalukan.

JAIS adalah di bawah bidangkuasa kerajaan Selangor. Semua itu akan membawa ke destinasi sebenar kenapa Dr Asri perlu ditangkap.

Orang yang pertama menggesa Anwar bersumpah untuk membersihkan isu liwatnya adalah Dr Asri.

"Dah lama, kita tunggu Anwar bersumpah ni, (sejak dari tahun 1998 lagi)", cabar Dr Asri kepada Anwar.

Cabaran Dr Asri yang ketika itu Mutfi Perlis menyebabkan Anwar kehabisan peluru untuk membidas balik hujah Dr Asri itu.

Semasa Anwar dan Kamar Anoniah (peguam Anwar/ABIM) membawa kes liwat ke mahkamah syariah, wartawan masih bertanya tentang cabaran bersumpah Dr Asri.

"Bagaimana komen datuk, berkenaan cabaran Mufti Perlis supaya bersumpah?", soal wartawan.

"er..er.. Saya dah telefon dr Asri..dia tak tuju kepada saya..itu kenyataan umum", jawab Anwar dengan nada marah.

Anwar tidak senang dan akan marah apabila ada pihak terutamanya dari badan berautoriti agama mempersoalkan tentang keengganannya bersumpah.

Sumpah seperti menjadi fobia yang amat ditakuti oleh Anwar.

Anwar pernah menyeranah wartawan Agendadaily dengan muka yang bengis ketika bertanyakan persoalan sumpah.

"Anda dari mana ?", soal Anwar.

"Dari Agendadaily?", jawab wartawan itu.

" Oh...Apa motif saudara bertanyakan soalan itu. Motif politik atau apa?" soal Anwar balas dengan nada yang tinggi.

Pada sebelah malamnya, semasa Anwar berceramah di Stadium Melawati, Anwar ternyata cukup terganggu dengan soalan wartawan itu. Anwar memperlekehkan wartawan itu di dalam ceramahnya.

"Tadi wartawan kecil upahan UMNO, gesa saya supaya bersumpah, tapi saya tahan dulu kerana ulama halang saya bersumpah", kata Anwar yang tidak menggunakan perhimpunan itu untuk bersumpah bagi membersihkan dirinya.

Dalam ceramah Dr Asri, hakikatnya cabaran itu ditujukan khusus kepada Anwar dan Saiful, walaupun tidak menyebut nama, tetapi maksudnya amat jelas kepada sesiapa yang mendengarnya.

Benarkah Anwar sendiri menelefon Dr Asri bertanyakan soal sumpah itu ? wallahualam. Tetapi sebelum-sebelum ini, banyak kata-kata Anwar disulami dengan pembohongan untuk menyelamatkan diri.

"Come on la..apa susah sangat bersumpah..sebut wallahi wabillahi wattalahi, saya tidak meliwat budak tu, habis cerita", cabar Dr Asri dalam salah satu ceramahnya.

Apakah semua ini satu perancangan Anwar untuk memalukan Dr Asri, setelah bekas mufti Perlis itu bercakap benar, menyerunya supaya bersumpah ?

Bagaimana Anwar telah memperlakukan kepada musuh-musuh politiknya, Dr Mahathir yang digelarnya "firauan" dan Najib yang digelarnya "Altantuya" dalam setiap kali ceramah-ceramahnya, begitulah juga Anwar memalukan Rahim Tambi Chik, Ibrahim Ali, Aziz Shamsuddin dan ramai lagi. Begitulah Anwar penuh dengan hasad dengki dan dendam kasumat ke atas musuh-musuh yang mendedahkan perkara sebenar.

Apatah lagi dengan Dr Asri yang menjadikan Dr Matahthir sebagai sumber rujukan dan dikatakan pada awalnya menerima tawaran Najib sebagai Yang Dipertua YADIM yang baru..

Apakah ini semua tidak menguggat kredibiliti Anwar ? Dalam minda kotor Anwar, sesiapa yang berkawan dengan Dr Mahathir dan Najib adalah musuh politiknya..

Orang itu harus diperangi habis-habisan. Mulutnya perlu ditutup, dirinya perlu dimalukan, agar apa yang dicabar selepas ini sudah kehilangan bisanya.

JAIS telah menahan Dr Asri malam ini. Nampaknya Dr Badrul Amin, penyokong totok Anwar yang banyak memaki hamun Dr Asri dan Datuk Haronsani boleh tidur lena, kerana salah satu daripada cita-citanya sudah tercapai.




Read On