Betul Erdogan berjaya jadi hero setelah bangun meninggalkan forum Davos di Switzerland, tetapi apa hujah yang Erdogan berikan selepas Simon Peres, Presiden Israel berucap panjang mempertahankan tindakannya menyerang Palestin?
Peres berhujah panjang lebar ditonton semua orang, manakala Erdogan dipertonton mengalah meninggalkan majlis, siapa pemenangnya ?
Bukankah forum itu seumpama gimik, mengajak umat Islam menonton kononnya adegan debat Erdogan vs Simon Peres, akhirnya mereka hanya dapat mendengar hujah-hujah sebelah pihak (dari Israel) dan Erdogan pula melakukan adegan dramatik dengan meninggal dewan. Taktik gempak mengajak orang ramai mendengar hujah-hujah Peres? Simon Peres yang berhujah panjang lebar atau Erdogan yang tidak diberi ruang, hanya berdramatik meninggalkan dewan ? Seluruh dunia yang menyaksikan adegan itu mahukan fakta..jadi mana fakta Erdogan ?
Cukup bersimpatikah masyarakat Barat kepada Perdana Menteri Turki yang tidak cukup kuat berhujah, hanya berharap kepada dramatik meninggalkan majlis?
Erdogan marah kerana pengerusi majlis tidak adil dan berat sebelah kepada Simon Peres. Pengerusi majlis pun dari Amerika, David Ignatius dari Washington Post. Kalau sudah tahu tidak adil, kenapa Erdogan tawarkan diri untuk berdebat. Erdogan tidak fasih berbahasa Inggeris, sedangkan Peres menggunakan bahasa Inggeris. Dengan serba kekurangan itu, kenapa Erdogan begitu berani ?
David Ignatius menggunakan bahasa Inggeris. Simon Peres pun sama. Majoriti penonton kebanyakan masyarakat Barat. Hanya Erdogan berbahasa Turki. Itupun sudah tidak adil.
Erdogan sudah dikenali sebagai sekutu Amerika. Jadi layakkan sekutu Amerika 'berdebat' dengan Israel yang disokong oleh Amerika. Debat antara sekutu Amerika lawan dalang Amerika dan dipengerusikan oleh Amerika. Ini macam wayang kulit. Berdebat sesama sendiri untuk mendapat saham politik kepada kedua2 pihak. Walhal kedua-dua pihak itu datang dari pihak yang sama.
Sepatutnya yang layak berdebat dengan Perez adalah wakil dari Palestin sendiri. Wakil Hamas (orang yang dituduh). Kalau Hamas tidak layak masuk ke forum Davos, sepatutnya diganti oleh orang seperti Ahmadinejab (Presiden Iran) atau Presiden Syria yang sebelum ini tidak mempunyai kepentingan dengan Amerika.
Tetapi pengajur majlis nampaknya rapi dalam pengaturan jadual. Pengerusinya dari Amerika. Pendebat Israel, Simon Peres yang terlalu vokal serta retorik. Manakala lawannya Erdogan, tokoh yang sebelum ini terkenal sebagai sekutu Amerika yang tidak pandai berbahasa Inggeris diletakkan sebagai regu Peres. Bukankah semua ini seperti plot drama.
Walaupun Erdogan dianggap hero kerana berani cakap berdepan dengan Peres tetapi beberapa fakta penting elok dikaji semula:
1. Erdogan dan Turki menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel. Bermakna, Erdogan mengiktiraf kewujudan Negara Israel ketika majoriti dunia muslim memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel. Erogan dianggap hero, kerana meninggalkan sidang Davos tetapi tidak berani memutuskan hubungan diplomatik..hero apa?
2. Erdogan dan Turki ditugaskan Aemrika menjadi 'orang tengah' untuk memujuk negara-negara jiran Israel terutama Syria menerima kewujudan Negara Israel. Jadi Erdogan 'orang tengah' Israel dan Syria. Erdogan juga ditugaskan Amerika untuk berunding dengan Hamas. Jadi tugas Erdogan lebih kepada melaksanakan misi Amerika, bukannya mewakili aspirasi negara2 Islam
John Esposito pernah berkata Amerika tidak akan benarkah semua negara Islam di dunia muncul menjadi jaguh, kecuali menjadi seperti Turki dan Indonesia. Mendalam maksud Esposito ini. Plot di atas serba sedikit memberi kefahaman kepada kita kenapa Esposito kata Amerika hanya restu 'negara Islam Turki'..
Percaya atau tidak, jika dikatakan 'debat Perez Vs Erdogan' sudah dirancang awal dan mereka telah mengkaji kekuatan dan kelemahan Peres dan Erdogan..Tulisan Anwar bertajuk "Rundingan Khas Isu Ghazza" (seperti di bawah) yang ditulis pada 6 Januari 2009, memberi bayangan tentang komplot itu...
Jadual di Ankara sejak tiba malam tadi hingga waktu berangkat pulang jam 3 petang penuh sekali. Maaf, saya tidak dapat lapurkan pertemuan peringkat tertinggi di sini. Pastinya isu genting dan mendesak berkisar tragedi yang menimpa rakyat Palestin di Ghazza
Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan merupakan satu-satunya tokoh negara Islam yang mengambil inisiatif berunding dengan pimpinan Hamas, Syria, Arab Saudi, Iran, beberapa negara Eropah dan Russia. Erdogan, Presiden Abdullah Gul dan penasihat luar Ahmad Davutoglu hampir melepaskan semua tugas lain dan hanya tertumpu ka isu Ghazza.
Saya bertuah kerana dimaklum dan sempat berunding menyatakan sikap dan pendirian. Tambah menyayatkan manakala diperhati pembunuhan dan penyiksaan sebagai helah politik Israel menjelang pilihanraya; pukulan akhir Bush-Cheney sabelum meninggalkan kuasa. Malah lebih sengsara lagi manakala dibayangkan betapa lesu sebahagian negara Arab mengizinkan rakyat Palestin terlantar lantaran curiganya mereka terhadap pengaruh Hamas.
Saya dan Azizah melakukan sedayanya di sini dan kini dalam perjalanan pulang - fi amanilllah.
ANWAR IBRAHIM
klik di sini http://anwaribrahimblog.com/2009/01/06/rundingan-khas-isu-ghazza/#comments
Soalnya kenapa Anwar Ibrahim boleh diajak berunding tentang "pertemuan tertinggi Turki". Siapa Anwar ? Ketua Pembangkang Malaysia ? Hebat sangatkah ketua Pembangkang Malaysia, hingga diajak berunding mengenai perancangan rahsia yang dirahsiakan Anwar ? Kenapa tidak jemput ketua pembangkang Indonesia terlibat sama ? Kenapa tidak jemput wakil Hamas untuk mendapat gambaran sebenar mengenai apa yang berlaku di Gaza ?
Anwar tidak tahu perkembangan terperinci di Gaza, kerana dia berada di Malaysia. Kecualilah Amerika telah tugaskan Anwar untuk menasihatkan negara-negara Islam Khususnya Turki yang akan membuat pendirian apabila menyentuh kepentingan Israel dan Amerika..
Maknanya kehadiran Anwar ke Turki berunding bersama pemimpin tertinggi Turki mengenai plot yang dirahsiakan bukan mewakili Malaysia sebaliknya mewakili kepentingan Amerika..
Dan Anwar sudah lama jaga Erdogan dan Turki, semenjak berkhidmat di Amerika lagi pada tahun 2005 hingga sekarang..
Bravo Erdogan..Bravo Anwar...Baravo..
0 comments:
Post a Comment