Nasib baik Anwar tidak jadi Presiden PAS...

Nasib baik ramalan bekas wartawan Utusan, Sukby Latif yang salah satu bukunya, Anwar bakal calon sesuai jadi Presiden PAS tidak menjadi kenyataan. Subky yang sekarang ini merupakan aktivis PAS Wilayah Persekutuan pernah meramalkan Anwar Ibrahim merupakan bakal Presiden PAS selepas Asri Hj Muda. Ketika itu PAS kalah teruk dan ABIM yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim dikatakan telah 'membekalkan darah baru', ustaz-ustaz ABIM menyertai PAS, termasuk Hadi Awang, Nakhie Ahmad dan Fadhil Noor.

Tetapi pendedahan AIDC di dalam egroup AIDC membongkar maklumat sebaliknya, [klik di sini] kumpulan ustaz ABIM yang dipimpin oleh arwah Fadhil Noor, bukan diarahkan Anwar sertai PAS, tetapi sengaja disingkirkan oleh Anwar untuk persiapan Anwar menyertai UMNO pada tahun 1982. Jadi apabila Anwar sertai UMNO, tiada siapa pun mempersoalkan tindakannya, kerana golongan ustaz ABIM yang lebih pro-ulama semuanya telah masuk PAS dan yang tinggal dalam ABIM adalah golongan 'sekular' pro Anwar Ibrahim.

Nampaknya Subky Latiff juga tertipu dengan lakonan 'zuhud' Anwar ketika dalam ABIM. Tetapi arwah Fadhil Noor, Mohamad Sabu, Sahaluddin Ayub, Hadi Awang, tidak mudah 'tertipu' dengan 'lakonan' zuhud Anwar, kerana mereka orang dalam ABIM, mereka tahu segala-gala tentang Anwar, tentang sikapnya, pendiriannya dan hala tujunya.

Anwar berpaksi pluralisme sejak Presiden ABIM

Ketika arwah Fadhil Noor memangku ABIM selama 5 tahun, (kerana ketika itu Anwar ditahan ISA) bermula pada 3 Disember 1974 hingga Julai 1978, ketika itu arwah mengenali siapakah Anwar, siapa inner circle Anwar dalam dan luar negara. Dan tidak mengejutkan Apabila Anwar keluar dari tahanan ISA, arwah Fadhil Noor meletakkan jawatan dalam ABIM dan mengistiharkan diri tiada kaitan dengan ABIM serta menyertai PAS.

Betul semasa Anwar dalam ABIM, dia pernah mempopularkan konsep "Islam is the way of life", tetapi itu hanya slogan, kerana intipati ucapannya berteraskan kerangka pemikiran Muhamad Iqbal, Ismail Al Faruqi, Syed Hussein Nasr, Jamaluddin Al Afghani. Dulu orang tidak faham siapakah tokoh-tokoh ini. Sekarang ramai sudah semakin faham, rupa-rupanya tokoh-tokoh ini adalah tokoh pencerah Islam Liberal.

Barangkali berlaku pertembungan fikrah antara kumpulan ustaz ABIM pimpinan arwah Fadhil Noor yang lebih bersetuju dengan pemikiran Hassan Al Banna dan Syed Qutb, pemikir Ikhwan Muslimin dari Mesir, berbanding dengan Syed Hussein Nasr, bekas pelarian Iran yang mendapat naungan Amerika Syarikat. Sekarang pun Syed Hussein Nasr masih menetap di Amerika dan mengajar di Universiti George Washington.

Ahmad Lutfi Othman dalam bukunya, "Memo buat Bakal PM" (Penerbitan PEMUDA,1993) merupakan penulis pertama yang membongkar fikrah Anwar yang tidak selari dengan fikrah arwah Fadhil Noor.

Fikrah 'Islam' Anwar berpaksikan pluralisme. Tidak semua orang nampak fikrah tersirat Anwar ini, kecuali orang-orang yang pernah berada dalam inner circe ABIM yang tidak selesa dengan fikrah ini. Ketika tahun 70-an, belum lagi terkenal fikrah pluralisme dan orang tidak tahu pun, fikrah pluralisme adalah adik beradik kepada Islam Liberal.

Tetapi penulis pro PAS, Ahmad Lutfi telah menyiarkan sekeping foto, satu muka surat penuh( halaman 160) yang membuktikan Anwar membawa fikrah ini, dalam bukunya itu.

Anwar Majlis Gereja Wesley Foto satu muka dalam buku Ahmad Lutfi Othman, Memo Buat Bakal PM, ms 160 dialog antara Islam dan Kristian antara Anwar Ibrahim (Presiden ABIM) dengan Tan Chhe Koon (mewakili Wesley Methodist Church), pada 11 November 1979, di salah satu gereja Kuala Lumpur, anjuran Majlis Gereja Wesley.

Dalam muka surat itu, penulis menyiarkan foto dengan caption " Anwar bersama Tan Chee Koon dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Majlis Gereja Wesley, pada 11 November 1979. Kata Anwar, Islam menentang dasar nasionalisme yang sempit. Anwar di waktu itu dikenali sebagai tokoh yang terbuka; sekarang bagaimana ?"

Kemudian dalam buku yang sama Ahmad Lutfi menyiarkan satu lagi foto satu muka penuh di halaman 182 yang menunjukkan wakil-wakil DAP termasuk Lim Kit Siang (ketika itu Setiausaha Agung DAP) menghadiri majlis Perasmian Muktamar Sanawi ABIM, 1980 yang ABIM ketika itu dipimpin oleh Anwar Ibrahim.

Lim Kit Siang-Dengar Ceramah ABIM 1980Lim Kit Siang dalam Muktamar ABIM pimpinan Anwar Ibrahim, 1980.

Dalam bahagian caption, Ahmad Lutfi menulis, "Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang dalam majlis Perasmian Muktamar Sanawi ABIM, 1980. Kit Siang juga pernah jemput Anwar beri kursus kepada wakil-wakil rakya DAP. Sekarang, apa agaknya Kit Siang terhadap Anwar. Cuma..dalam isu kerugian Bank Negara, Kit Siang sifatkan Anwar tidak faham ekonomi, lebih rendah dari pelajar menengah perakuanan!"

Dalam muka surat 187 pula, Ahmad Lufti menulis khusus fikrah Islam Anwar dari kaca mata sarjana Barat dari Amerika Syarikat. Penulis memasukkan khusus bab "Anwar dari kaca mata Profesor Texas" untuk menggambarkan hala tuju keislaman Anwar.

Penulis menulis begini; " Wajar juga ditelaah pandangan sarjana luar terhadap Anwar ketika beliau memimpin ABIM, sebelum mengupas lebih lanjut hal-hal yang berkaitan dengan Anwar mengenai perkembangan Islam. Saya memetik sebahagian tulisan Fred R Von der Mehden, seorang profesor Sains Politik di Rise University, Texas, Amerika Syarikat bertajuk "kebangkitan Islam di Malaysia".

Tulisan Fred R Von der Mehden berkenaan Anwar Ibrahim ini dimuatkan dalam buku karya John Esposito (sekarang Pengarah Center for Muslim anda Christian Understanding - CMCU - Universiti Georgetown, Amerika Syarikat) yang bertajuk " Islam and Development - Religion and Sociopolitical Change, 1980 yang kemudiannya diterjemahkan ke bahasa Indonesia terbitan Bulan Bintang Jakarta, 1986, dengan tajuk "Identitas Islam - Pada Perubahan Sosial Politik".

Tentu ada sebab tersendiri kenapa Ahmad Lutfi, bekas Setiausaha Agong Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia memilih skop penulisan orientalis seperti John Esposito dan Fred R Von untuk dipadankan dengan Anwar Ibrahim.

Sekarang sudah semakin terdedah, apabila Anwar Ibrahim berhijrah ke Amerika Syarikat (selepas bebas dari penjara 2004) dan menjadi pensyarah jemputan di CMCU, Georgetown University, Amerika Syarikat di bawah asuhan John Esposito.

Setakat ini, saya sendiri dapat membuat kesimpulan, kenapakah kumpulan ustaz ABIM yang diketuai oleh arwah ustaz Fadhil Noor meninggalkan ABIM pada tahun 1978.

Memang tabiat orang yang berlatar belakangkan agama, mereka tidak mendedahkan sebab sebenar mereka menjauhi daripada sesuatu perkara, tetapi masa dan sejarah masa lalu dan masa depan akan membuka rahsia sebab musabab itu.


Wajah sebenar Anwar terserlah di Melborne, Australia

Pada 4 - 5 Disember 2009 lalu Anwar telah berkunjung ke Melborne, Australia. Dia dijemput sebagai salah seorang penceramah utama dalam Program The Parliament of World's Religions (Parlimen Agama Dunia). Klik di sini dan di sini

Apa itu Parlimen Agama Dunia ? Diasaskan oleh paderi Kristian pada tahun 1893, di Chicago, Amerika Syarikat untuk menggalakkan dailog antara agama. Badan ini digerakkan oleh Mary Baker Eddy (pengasas Pergerakan Sains Kristian) dan paderi Henry Jessup yang menubuhkan The Council for a Parliament of the World's Religions (CPWR. Klik di sini


Persidangan Palimen Agama Dunia diadakan secara berkala di pelbagai negara yang telah ditetapkan. Misalnya, di Chicago (1983 1988 dan 1993), Cape Town, Afrika Selatan (1999), Sepenyol (2004), Mexico (2007) dan terbaru di Melborne (2009). Klik di sini

Siapakah di belakang Parlimen Agama Dunia ? Pengerusi Ahli Pemegang Amanah Parlimen ini dipenegrusikan oleh Paderi Dr. William E. Lesher, yang pernah terlibat dalam banyak Majlis Gereja Sedunia.Beliau berkhidmat dalam United Board for Christian Higher Education in Asia dan sebagai ahli Lembaga Pengarah dalam the Board for the Global Ethics and Religion Forum.

Selain paderi Dr William, terdapat juga paderi Canon Dr. Gwynne Guibord, paderi Dr. John Pawlikowski, paderi Dr. Thomas A. Baima, paderi Dr. Richard Luecke, paderi Timothy Lyne, Rabbi Herman Schaalman, Rabbi Peter Knobel, Rabbi Herbert Bronstein, dan lain-lain. Klik di sini

Sementara itu Ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa Parlimen Antara Agama ini adalah Dr. Saleha Abedin (Director of the Institute of Muslim Minority Affairs headquartered in London); Paderi Dr. Marcus C.R. Braybrooke (Chairman of the World Congress of Faiths and Patron of the International Interfaith Centre at Oxford); Sri Sri Mata Amritanandamayi Devi (Hindu, Kerala, India); Dalai Lama Tenzin Gyatso (Buddhist/Tibet); Rabbi David Rosen (the International Director of Interreligious Affairs of the American Jewish Committee); Paderi Desmond Tutu (the Emeritus Anglican Archbishop of Cape Town ) dan lain-lain. Klik di sini

Manakala dalam program Parlimen Agama Sedunia di Melborne baru-baru ini menampilkan 60 penceramah utama. Dari Malaysia adalah Anwar Ibrahim dan Dr Chandra Muzafar.

Kebanyakan penceramah Islam yang dijemput kebanyakan tersenarai sebagai tokoh Islam Liberal seperti Prof Dr Siti Musdah Mulia, Dr M Din Syamsuddin (kedua-dua dari Indonesia), prof. Dr Tariq Ramadhan dan lain-lain.

Selain paderi-paderi Kristian, terdapat juga enam orang Rabbi Yahudi yang turut memberi ceramah iaitu; Rabbi Michael Melchior, Rabbi Michael Melchior, Rabbi Michael Lerner, Rabbi David Rosen, Rabbi David Saperstein dan Rabbi Irwin Kula. Klik di sini

Penglibatan Anwar Ibrahim dan Dr Chandra Muzafar tentunya amat menarik kerana Dr Chandra sebelum ini pernah mendakwa Anwar tidak sesuai menjadi Perdana Menteri Malaysia, kerana beliau tahu siapakah Anwar dan tahu 'permainan' di sebalik tabir Anwar khususnya dengan Amerika Syarikat. Ekoran kenyataan itu Dr Chandra telah disaman oleh Anwar dan kesnya masih dalam proses mahkamah Malaysia.Klik di sini

Satu lagi perkara menarik adalah nama Anwar [klik di sini] turut tersenarai bersama Prof Dr. Hans Küng [klik di sini]

Nama Prof Dr Hans Kung popular di Malaysia pada tahun 2005, apabila Shahbudin Yahya, perwakilan UMNO Pulau Pinang mendedahkan penglibatan Konrad Adeneur Foundation (KAF) dan IKD (Institut Kajian Dasar) berusaha menghidupkan Interfaith Council (IFC) melalui program Projek Global Ethic di Pulau Pinang. Pemikir utama projek Global Ethic adalah Prof Dr Hans Kung.

Peter Schier, Wakil KAF di Malaysia terpaksa menjelaskan siapakah Prof Dr Hans Kung, apakah Projek Global Ethic, hubungan KAF dengan Anwar dan usaha KAF dalam menggalakkan IFC di Malaysia dalam dua siri interbiu akhbar The Sun. Klik di sini dan di sini

Kesimpulan dari wawancara Peter Schier itu merumuskan memang beliau dan KAF menjadi penaja Anwar Ibrahim dan badan pemikirnya, IKD. Beliau juga turut mengakui menjadi penaja utama dalam menghidupkan IFC di Malaysia dan tujuan utama penajaan yayasan Kristian Jerman itu kepada badan pemikir Anwar kerana matlamat mereka sama ke arah pluralisme agama.

Sebenarnya yayasan Kristian Jerman itu sudah lama menjadi penaja kepada badan pemikir Anwar (IKD), sejak dari tahun 1984 ketika Kamaruddin Jaafar (bekas Setiausaha ABIM) menjadi Pengerusi IKD dan ketika Dr Siddiq Fadhil (bekas Presiden ABIM) menjadi panel pemikir IKD. Klik di sini

AnwarParlimenReligous Anwar Ibrahim bersama Prof. Dr Siti Musdah Mulia dalam program Parlimen Agama Dunia. Dalam program itu Anwar lebih menuding jari kepada dunia Islam dan membela dunia Barat. Klik di sini

Lebih menarik lagi penglibatan Anwar bersama Prof. Dr Siti Musdah Mulia, tokoh Islam Liberal Indonesia. Tokoh bekas sayap kanan NU (Nahdatul Ulama) pimpinan Gus Dur itu telah menimbulkan kontroversi di Indonesia, apabila beliau menghalalkan kegiatan homoseksual di kalangan muslim Indonesia. Klik di sini

Sekarang kita semakin nampak belang si chameleon yang digelar oleh majalah The Economist ini..



0 comments:

Post a Comment