Selangor berkocak, Anwar Ataturk lari jumpa Al Gore

Drama Parti Islam (PAS) dengan Parti Singapura (DAP) di Selangor sudah masuk pusingan kedua. Hari itu pasal arak, kali ini pasal SELCAT. Di tengah-tengah kekecohan ini, Ketua Umum parti Amerika (PKR) pula 'terbang' ke New York, mengadap Al Gore, mentornya untuk bertukar-tukar idea, begitulah bunyi bahasa yang ditulis oleh Anwar Ataturk di blognya.


Tetapi, Anwar mengadap Al Gore bukan nak bincang pasal arak di Selangor. Buat apa bincang pasal arak, kerana Al Gore pun minum arak juga. Al Gore keturunan Yahudi, arak sudah menjadi minuman rasmi. Semasa dia jadi Naib Presiden Amerika, arak selalu dihidang, di mana-mana majlis yang dihadirinya. Sekarang dia jadi penasihat Presiden Obama, bebas minum arak di mana-mana, kerana dia sudah tidak pegang jawatan rasmi. American is the free country.

Anwar juga tidak mungkin bawa isu SELCAT kepada Al Gore. Isu SELCAT isu kecil. Sebagai bekas Naib Presiden Amerika, Al Gore tiada masa untuk melayan isu sekecil itu.

Jadi, Anwar jumpa Al Gore, bincang pasal apa ?

Tulis Anwar, "..... saya harus membaca sebanyak mungkin terutama mengenai China kerana subjek ini menjadi tema diskusi dengan mantan Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore dan beberapa teman nanti. Nasib baik kami diberi penganjur tiket kelas pertama, waduh selesa sekali!" Klik di sini

Waduh..waduh.. selesa sekali Anwar naik tiket kelas pertama.Penganjur Anwar sungguh baik hati, sampai beri layanan first class.. Siapa penganjur Anwar ? Siapa Anwar pada kaca mata penganjur, sampai dilayan first class, sampai Anwar berwaduh-waduh..

Bayangkan itu baru tiket penerbangan, bagaimana pula dengan kos hotel, makan minum dan honororium hasil diskusi itu, tentu lebih lumayan lagi. Maklumlah yayasan-yayasan Yahudi pihak penganjur itu sanggup membayarnya.

Ini sekaligus menjawab, Anwar sebagai bekas banduan, boleh membina mahligai di Bukit Segambut, hasil daripada pendapatan wang-wang penganjur Yahudi Amerika itu.

Inilah contoh pejuang marhaen yang tulin, rakyat biasa cuma mampu naik tiket kelas ekonomi, itupun kalau ada duit ke Amerika, tetapi Anwar mampu naik tiket first class. Rakyat biasa cuma mampu membina rumah-rumah setinggan di lembah Bukit Segambut, tetapi Anwar berjaya membina mahligai di atas Bukit Segambut.

Inilah untungnya bekerja dengan Yahudi, hanya berdiskusi dengan Al Gore, semuanya dilayan first class..waduh-waduh..

Diskusi dengan Al Gore, tentang apa ?

Tentang negara China. Siapa Anwar ni, ketua pembangkang negara China kah, sampai berdiskusi mengenai negara China pun turut dijemput. Tentu Anwar seorang yang hebat, hingga dijadikan rakan sebincangan Yahudi Al Gore.

Masih teringat, tulisan Gershon Baskin, seorang warga Yahudi di Israel mengatakan, jika Anwar warga Palestin, tentu Anwar boleh jadi rakan seperbincangan Ariel Sharon untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin.Hebatkan Anwar bekas Perdana Menteri Israel pun suka kepadanya

Memang Anwar hebat, tetapi kehebatannya kerana wang dan pangkat. Dulu semasa dalam UMNO, dia puji dan bodek Tun Dr Mahathir, kerana PM beri dia pangkat dan wang. Apabila kena pecat dengan Tun Dr Mahathir, dia bekerja pula dengan musuh Tun, iaitu Yahudi. Yahudi memang sudah lama berdendam dengan Tun Mahathir dan menggunakan Anwar untuk merosakkan Malaysia. Anwar sedia menerima tugas, tidak kira siapa dan dari mana duit itu, asal saja boleh mencapai cita-citanya.

Sekarang Anwar bekerja dengan Yahudi untuk balun Tun Mahathir pula. Hebat kan Anwar.

Al Gore perlukan maklumat negara China untuk dipersembahkan kepada Presiden Obama yang berminat untuk memasuki negara itu, yang dikatakan merupakan kuasa terkuat di dunia bagi pihak Asia.

Maklumat negara China itu, Al Gore akan dapati daripada Anwar. Jadi siapakah sebenarnya Anwar ini ? Pembekal maklumat negara-negara Asia kepada Amerika ?

Kalau pembekal maklumat tarafnya adalah agen.Agen kerjanya mendapatkan maklumat -maklumat untuk dipersembahkan kepada penganjurnya. Jadi apa fungi Anwar? Anwar agen Amerika ?

Anwar tulis, selain berdiskusi dengan si Yahudi Al Gore, ada juga 'teman-teman' lain. Siapa teman-teman itu ?

Baguslah bertemankan Yahudi yang banyak merosakkan negara-negara Islam dan membunuh nyawa umat Islam yang tidak berdosa..

Balik ke Malaysia nanti, bolehlah kelentong Parti Islam lagi, supaya Parti Islam tidak dapat lari dari gengamannya..

Hebat Anwar kan..







0 comments:

Post a Comment