Bagan Pinang dah umum calon, Anwar masih merewang di Amerika Syarikat..



Hari ini Bagan Pinang telah umum calon. BN hantar Isa Samad, PAS hantar Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifly Mohamad Omar, tetapi ketua PR, Anwar Ataturk masih lagi merewang di Amerika Syarikat. Itu belum lagi menjadi PM, tetapi sudah berlagak sebagai PM, merewang, enjoy, di luar negara, meninggalkan Parti Islam terkontang kanting seorang diri. Ini isyarat awal, Anwar tiada semangat setiakawan, dia boleh meninggalkan rakan partnernya bila-bila masa. Dia boleh lari sekali lagi ke Amerika Syarikat, jika keadaan di Malaysia, tidak begitu berpihak kepadanya. Anwar telah membuktikannya pada tahun 2005-2007. Tanda awal. Dia sedang melobi.

Seperti biasa, Anwar gambarkan dia berangkat ke Amerika Syarikat dengan ditemani oleh Wan Azizah. Tetapi Anwar juga tulis, dia dodoikan Wan Azizah supaya tertidur di hotel dan dia boleh merewang-rewang seorang diri.[Klik di sini] Seperti biasa, Wan Azizah hanya pengiring untuk hantar Anwar sahaja, lepas hantar, Wan Azizah akan balik ke Malaysia untuk mengiringi calon PAS di Bagan Pinang. Tetapi Anwar masih merewang ke seorangan di US.

Bahaya tu Kak Wan, meninggalkan Anwar sorang-sorang di US. Itu negara free country. Itu negara bebas untuk kaum homoseksual. Godfather Anwar, Al Gore pun jadi penyokong utama kaum GAY di Amerika. Dia berkempen habis-habisan supaya kaum Gay dibenarkan hidup secara bebas, mengamalkan aktiviti seks mereka secara bebas, malah Al Gore juga perjuangkan agar kaum Gay boleh berkahwin sesama jenis serta diberikan hak asasi mereka. Itulah namanya perjuangan FREEDOM!

Di New York, Los Angeles, California, dan wilayah-wilayah lain, kaum gay hidup bebas, boleh merewang ke sana sini serta berani declare diri sebagai seorang homoseksual. Itulah negara FREEDOM!

Bukan setakat itu, malah institusi gereja juga telah mengiktiraf gay. Buktinya Gene Robinson, seorang gay telah dilantik sebagai Paderi Besar di New Hampshire Amerika Syarikat pada tahun 2003. Semasa angkat sumpah jadi paderi, 'anak ikan' Gene Robinson bernama Mark Andrew, pun turut sama meraikan upacara bersejarah boyfriendnya itu. Klik di sini dan di sini



Gene Robinson adalah penyokong kuat kepada Presiden Barack Obama kerana polisi Obama lebih cenderung kepada FREEDOM dan hak asasi kaum gay. Jika Obama menang sebagai Presiden, paderi Robinson akan mendaftarkan perkahwinan sesama jenisnya dengan Mark Andrews,dalam akta kebenaran berkahwin sesama jenis yang dinamakan, 'civil union law'. Klik di sini

Itulah maksud Anwar ketika berucap di New York (2005) dalam program NED, sekularisme bukan anti agama, sekularisme cuma pengasingan antara agama dan pemerintahan. Maksudnya, jika mengamalkan seluralisme, semua amalan agama dibenarkan (bebas beragama), sebab itu Anwar kata sekularisme tidak anti agama, malah sekularisme membenarkan cara hidup individu yang bebas, terutamanya boleh dihalalkan perbuatan homoseksual. Pengamal homoseksual pun boleh jadi paderi. Sudah terbukti di US, sekularisme tidak anti agama.

Nampaknya sekali lagi acara mengiringi calon PAS, tanpa kehadiran Anwar. Nampaknya Anwar tidak begitu bersungguh setiap kali calon PAS bertanding, tetapi jika calon PKR bertanding, Anwar akan membatalkan semua program di luar negara dan sanggup bercongol di kawasan pilihanraya dari hari penamaan calon hingga ke hari mengundi.

Ini bukan kali pertama Anwar buat perangai dengan PAS. Ketika penamaan calon pilihanraya kecil Kuala Terengganu - P036 - pada Januari 09, Anwar juga tidak mengiringi calon PAS. Ketika itu Anwar merewang-rewang di Dubai dan Turki. Kedua-duanya negara sekutu Amerika Syarikat. Klik di sini

Malah ketika parlimen bersidang, Anwar tidak ghairah menghadiri sidang parlimen, sebaliknya pada masa yang sama lebih ghairah menghadiri persidangan Amerika Syarikat, di Doha, Qatar. Nampak sangat Anwar lebih pentingkan Amerika Syarikat, berbanding dengan negara sendiri. Klik di sini

Nak kata Anwar sibuk kerana dia Menteri Luar Negari. Tidak juga. Dia hanyalah ketua pembangkang, parlimen Malaysia, merangkap ketua PR. Sepatutnya sebagai ketua kepada 'pakatan parti-parti rakyat', Anwar harus bertanggungjawab sepenuhnya. Nak kata, Anwar adalah PM. Tidak juga. Hasratnya nak jadi PM pada 16 September tahun lepas hanya tinggal angan-angan Mat Jenin saja. Tetapi cara Anwar sibuk merewang ke sana sini, mengalahkan Menteri Luar Negara hatta mengalahkan PM Malaysia!

Apa penting sangat Anwar merewang di Amerika, hingga meninggalkan PAS keseorangan di Malaysia ?

Anwar kata sangat penting. Godfather Yahudi Al Gore sudah panggil. Godfather Al Gore nak berdiskusi pasal negara China. Maka Anwar pun cepat-cepat ke kedai buku beli buku-buku negara China. Tak sempat baca di rumah, diangkutnya semua buku-buku itu naik kapal terbang. Kena baca, kena faham, sebab nak menjawab depan godfather ni. Tak boleh engkar arahan godfather!.

Sekali fikir, kalau setakat nak berdiskusi hanya menggunakan bahan-bahan bacaan buku, tidak semestinya jemput Anwar, kerani Al Gore pun boleh jadi tukang baca. Apa barang, berdiskusi guna buku. Dua kali fikir, kalau ya pun nak berdiskusi dengan Al Gore, tak kan berdiskusi selama seminggu...wow! Biasanya orang lain berdiskusi paling lama dua hari, lepas tu baliklah ke tempat asal, tetapi Anwar tak balik-balik, kenapa ? Pergi berdiskusi ke, buat apa?

Anwar tidak pernah hormat dengan Haji Hadi. Siapa Haji Hadi ? Lainlah dengan Al Gore, si Yahudi, neocons penaung kaum Gay di Amerika Syarikat. Sebab itu Anwar menolak jemputan untuk menghadiri penamaan calon PAS kerana sibuk menadah kitab dengan Yahudi Amerika!

0 comments:

Post a Comment