Al Gore sokong gay!



Bekas Naib Presiden, Al Gore menyokong perkahwainan homoseksual, kenyataan yang dikeluarkan dalam bentuk video 17 Januari 2008. Al Gore yang memenangi anugerah Nobel Prize Keamanan berkata pasangan perkahwinan homoseksual sepatutnya diberi hak yang sama seperti pasangan perkahwinan lelaki dan perempuan.

"Saya fikir pasangan lelaki homoseksual dan pasangan heteroseksual perlu diberi hak untuk rawatan di hospital. Saya tidak nampak pasangan perkahwinan gay menjadi ancaman kepada perkahwinan heteroseksual"


The Baptist Press melaporkan video ucapan al Gore itu boleh didapati di Current.com. Video Al Gore adalah seperti di atas.

Menurut Al Gore, kebahagiaan dan nilai kesetiaan perkahwinan tidak bergantung kepada jenis orientasi perkahwinan.

Semasa beliau menjadi Naib Presiden Amerika Syarikat, beliau dan Presiden Clinton telah melakukan perubahan dengan memberi hak kepada kaum homoseksual dalam satu deklarasi yang ditandatangani oleh Presiden Clinton yang dinamakan "The Defense of Marriage Act into Law"

Pada Mac 2006, ketika menghadiri acara kempen Hak Asasi di Los Angeles, Al Gore mengakui nilai "kasih sayang membawa pergertian yang banyak" sambil merujuk majlis perkahwinan yang dianjurkan oleh datuk bandar San Francisco, Gavin Newsom.

Detroit Free Press melaporkan Gavin Newsom, merupakan datuk bandar yang berani dan terbuka menyeru agar California melaksanakan perkahwinan sesama jenis secara sah di sini undang-undang. Dahulu pasangan gay and lesbian hanya dibenarkan perkahwinan di bawah 'civil unions under California legislation' tetapi pada tahun 2004, datuk bandar Newsom memutuskan untuk memberi semua hak asasi perkahwinan kepada pasangan sejenis itu. Klik di sini

Selepas bersara dari memegang jawatan orang nombor dua terpenting di Amerika Syarikat, Al Gore bersama isterinya Tipper menulis sebuah buku bertajuk " "Joined at the Heart: The Transformation of the American Family," yang dalam buku itu turut memuatkan profil pasangan-pasangan gay.

Menurut Al Gore membenarkan perkahwinan sesama jenis, sesuai dengan falsafah demokrasi dan kebebasan serta hak asasi manusia.

Al Gore merupakan figur yang terkenal di Malaysia, kerana pada tahun 1998, beliau mengecam kerajaan Malaysia dan menyokong "Reformasi" serta berkempen membebaskan Anwar Ibrahim, yang dipecat daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia

 akibat kesalahan moralnya berkaitan dengan seks di luar tabii (liwat).

Anwar didapati bersalah melakukan perbuatan liwat terhadap bekas pemandunya, Azizan Abu Bakar dan dijatuhkan hukuman penjara selama 9 tahun pada tahun 2000. Namun pada tahun 2004, Anwar dibebaskan kerana berjaya dalam proses rayuan di Mahkamah Persekutuan, walaupun kesemua hakim bersepakat bersetuju mengatakan wujudnya aktiviti liwat antara Anwar dan Azizan.

Pembebasan Anwar pada tahun 2004, dianggap sebagai pembebasan teknikal dan diistilahkan sebagai 'pembebasan simpati politik'.

0 comments:

Post a Comment