'Kolonel Mat': Siapa & konspirasi ke atas Nik Aziz ?0 comments
Sudah tentu pengakuan Nik Aziz kepada media mengenai wujudnya watak 'Kolonel Mat' mempunyai moti tersendiri. Selain bermotif untuk 'divert' isu daripada membincangkan isu kronisme anak menantu, ia juga bertujuan meletakkan sasaran baru iaitu 'kolonel Mat' untuk dibahaskan. Seperti taktik Amerika, meletakkan "Osama ben Laden" sebagai target, Tok Guru pula mensasarkan kepada "Kolonel Mat".
Memang Nik Aziz sudah menjangkakan apa yang 'keluar dari mulutnya' akan diberi perhatian. Seperti beliau menulis di blognya mengenai 'dua tiga kerat' pemimpin PAS bermasalah, terus dibahas dan diperdebatkan oleh Dewan Tertinggi PAS, hingga ke larut malam yang membawa kepada berlakunya Seminar Politik PAS baru-baru ini. Entah mengapa, sentuhan Tok Guru kini hilang bisanya, walaupun berjaya membuka mata pimpinan tertinggi PAS untuk membahaskan isu 'dua tiga kerat pemimpin' bermasalah itu, tetapi 'endingnya' kepada episod itu kurang menarik. EGM tidak dibuat. 'Dua tiga kerat' pemimpin bermasalah tidak dipecat dan PAS mendapat imej negatif hasil bedilan dua orang intelektual yang sebelum ini dikatakan pro PAS. Adakah ini kebijaksanaan sentuhan Tok Guru yang dianggap Mursyidul Am Parti Islam? Klik di sini Barangkali episod yang menusuk kalbu Tok Guru dan menggoncang keluarganya itu, rentetan daripada 'penyelesaian' masalah dalaman PAS dengan mencadangkan 'dua tiga kerat' pemimpin PAS. Yang didakwa tidak kena musibah, tetapi yang mendakwa terkena musibah hingga terpaksa menggugurkan menantu kesayangannya dan hampir bergoncang tiang seri rumah Tok Guru sendiri. Tok Guru pemimpin agama sepatutnya melihat semua itu dari sudut agama dan ketentuan Ilahi. Siapa 'Kolonel Mat' ? MSO penulis buku politik yang banyak memfokuskan isu-isu Kelantan membuat kesimpulan, apabila Tok Guru berada diambang saat-saat genting, maka Tok Guru akan memyebut nama musuhnya iaitu 'Kononel Mat'. "Pun begitu saya yakin ada lembaga lain yang berselindung di sebalik belakang "Kolonel Mat" itu dan mungkin ianya sudah dikenal pasti oleh Nik Aziz. Kerana memahami simbol-simbol yang digunakan Nik Aziz itu, apabila beliau menyebut nama "Kolonel Mat" maka jelaslah bahawa memang ada individu yang berusaha untuk menjatuhkannya. Kalau tidak ada usaha itu mungkin kisah Kolonel Mat ini tidak disebut Nik Aziz sedemikian rupa", tulis MSO. Klik di sini Kickdefella dalam tulisannya bertajuk 'Kolonel Mat' mengakui watak itu memang wujud. Tulis Kickdefella: "Kolonel Mat ialah anak kepada Arwah Abid Razak yang pernah menjadi Dresser di Hospital Besar Kota Bharu. Kolonel Mat sewaktu di sekolah dikenali ramai dengan panggilan 'Aziz Punjab' kerana tubuhnya yang tegap dan ketinggiannya yang mencecah lebih 6 kaki. Beliau pernah menjadi penjaga gol untuk Kelab Suara Muda" "Kolonel Mat menyertai tentera sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Selepas menerima tauliah perlantikan, Kolonel Mat pulang ke Kelantan mengahwini anak sepupu Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang bernama Tuan Bidah Binti Tuan Long. Waktu itu Nik Aziz dikenali dengan panggilan Ayah Zit oleh saudara mara" "Tetapi Kolonel Mat yang saya kenali itu telah meninggal dunia pada jam 7.40 petang pada 7 Oktober 2003 di Hospital Pakar Subang Jaya. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keenam-enam anaknya" "Jenazah Kolonel Mat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Shah Alam. Kapten (B) Syed Ahmad dan saya menurunkan jenazah Arwah ke liang lahat" "Kolonel Mat yang saya kenali ialah arwah ayah saya" Klik di sini Bermakna Nik Aziz menyedari 'targetnya' adalah 'Kolonel Mat', MSO pula mengesahkan apabila Nik Aziz diambang kritikal, beliau akan menyebut nama 'kononel Mat', manakala Kickdefella secara jujur mengakui 'kolonel Mat' adalah warisan darah dagingnya, iaitu arwah ayahnya sendiri. Dan Kickdefella adalah pewaris gelaran 'kolonel Mat yang paling dekat. Adakah ini bermaksud dalang yang berusaha menjatuhkan 'dinasti' Nik Aziz adalah Kickdefella ? Dinasti Nik Aziz ? 'Dinasti' Nik Aziz merupakan istilah yang dipopularkan oleh Kickdefela. Dalam tulisannya bertajuk " Sudah Terlewat Untuk Nik Aziz Berundur", Kickdefella menulis; "Pembongkaran penyelewengan Abdul Ariffahmi Abd. Rahman, menantu Nik Abdul Aziz membuka mata masyarakat terhadap pembinaan sebuah dinasti oleh keluarga Tuan Guru yang menjadi tonggak PAS Kelantan. Perlahan-lahan satu persatu mula terselak. Lambat laun maklumat terperinci berhubung Sekolah Darul Anuar, Tanah Wakaf Pulau Melaka dan Stesen Minyak berdekatan akan turut hangat diperkatakan" "Setelah reda seketika kemelut PMBK, ruang siber mula berbicara pula isu-isu yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandara Raya Islam. Bila terbongkar pula isu-isu ketidakpuasan hati pihak tertentu di dalam MPKB-BRI, sudah pasti ada juga yang akan terpalit kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz menerusi anaknya sendiri, Ustaz Nik Abduh. Di dalam posting terbaharu, Ustaz Nik Abduh segera menyatakan hasratnya untuk berundur daripada MPKB-BRI" Klik di sini Dalam posting bertajuk " Surat Daripada Nik Amalina Nik Abdul Aziz", Kickdefella menyiarkan tanpa edit tulisan isteri Ariffahmi yang mengkritik pedas Kickdefella sebagai penulis 'mabuk'! Kedua-dua anak Nik Aziz iaitu Nik Abduh dan Nik Amalina menggunakan hujah Kickdefella sebagai 'pemabuk' atau 'peminum arak' untuk mendiskredit watak Kicdefella. “Beliau (Syed Azidi/kickdefella) bukan peneguk arak, tetapi serangannya seperti peneguk arak yang bersahaja dalam kemabukan. Menaruh madu di dalam racun dan menitik zam – zam di gelas arak" - tulis Nik Abduh. Klik di sini "Saya pernah diberitahu dia peminum arak tegar. Hearsay…so, jangan percaya sehingga saya dan anda melihatnya sendiri, ok…? Tapi mabuknya dalam penulisan sungguh menjadi-jadi. Semuanya bagaikan sel-sel otaknya telah rosak teruk jika dia benar-benar seorang peminum. Kesian…Hanya orang yang mabuk juga yang boleh percaya apa yang ditulisnya" - Tulis Nik Amalina. Klik di sini Walaupun kedua-dua anak Tok Guru tidak menuduh Kickdefella sebagai 'peminum arak', tetapi cara fokus dan kiasan penulisannya menunjukkan kedua-dua mereka amat berminat menggunakan isu arak dan mabuk untuk disinonimkan kepada Kickdefella. Hanya jauhari mengenal manikam! Seandainya tulisan Kickdefella tidak benar, kenapa anak beranak Tok Guru terpaksa menjawab tulisan-tulisan Kickdefella ? Kenapa Ariffahmi terpaksa diarahkan melucutkan jawatan sebagai CEO PMBK, sedangkan semasa pelantikannya, Nik Aziz sudah berdepan dengan tuduhan kronisme ? Kenapa Nik Aziz sendiri mensasarkan 'kolonel Mat' (arwah ayah Kickdefella?) sebagai perancang kejatuhan PAS Kelantan ? Kickdefella masih 'simpan' banyak rahsia, walaupun menulis di pemukaan. Tulisnya tanpa penjelasan, "Lambat laun maklumat terperinci berhubung Sekolah Darul Anuar akan turut diperkatakan" Betulkan Sekolah Darul Anuar, sekolah Tok Guru di Pulau Melaka, hampir bangrap, walaupun diperkenalkan skim produk "Jus Tok Guru" untuk menampungnya ? Betulkah, pada saat, Tok Guru kesempitan wang untuk menampung Sekolah Darul Anuar, Anwar Ibrahim, ketua de factor PKR menghulurkan sumbangan wang yang banyak kepada sekolah itu, hingga Tok Guru terhutang budi kepada Anwar sampai sekarang ? Sebenarnya isu dinasti Tok Guru sudah hangat diperkatakan sebelum PRU 12. Pelbagai maklumat disalurkan ke dalam blog melikapakjangak (Ramli Abdul Halim), bekas pekerja Urusetia Penerangan PAS Kelantan yang tidak berpuas hati dengan penyelewengan kem Husam Musa menggunakan permitnya (Wasilah) untuk tujuan propaganda politik. Bedilan Meli Kapak Jangak, disanggah oleh Kickdefella, penulis yang mewakili Husam Musa. Ketika itu berlaku perang sengit antara Meli Vs Kickdefella. Pengomen telah menyalurkan maklumat mengenai Kickdefella minum arak (hujah yang digunakan semula oleh anak-anak Nik Aziz, kronisme Nik Aziz, dengan meletakkan Nik Abduh di MPKB dan Nik Amalina di PKNIK serta Ariffahmi di PMBK. Berakhir peperangan itu, apabila blog asal Meli Kapak Jangak telah digodam dan Husam Musa menghantar sepucuk surat peguam untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Meli. Semua arkib blog lama Meli telah musnah keseluruhannya dan Meli terpaksa membina blog baru menggunakan nama yang hampir sama. Siapa yang bawa 'Kolonel Mat' dalam kubu PAS ? Semua orang tahu Kickdefella adalah penulis upahan seorang exco kanan bernama Husam Musa. Kickdefella dianggap pendekar berani mati kepada Husam. Sesiapa yang mengkritik Husam, akan diperangi habis-habisan oleh Kickdefella. Perkara ini telah dirasai oleh MSO (Mohd Sayuti Omar) dan Meli Kapak Jangak (Ramli Abdul Halim). Klik di sini Syed Azidi Syed Abd Aziz Al-Bukhary (atau terkenal dengan nama Sheikh Kickdefella ) adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sri Hartamas, di'beli' oleh Husam Musa dengan harga RM6,000 sebulan (sebelum PRU 12) untuk bekerja kepadanya dengan menggunakan 'senjata siber'. Seorang pelawat menghantar artikel kepada blog anti-Husam mendedahkan bagaimana Husam menguasai media alternatif untuk mempopularkan dirinya. Husam dikatakan menaja Syarikat Global Media Channel atau ipglobal.tv (syarikat IT) yang terletak di bangunan bersebelahan Jalan Telipot, Kota Bharu. Syarikat projek IT itu menggunakan 30 orang pekerja di bawah seliaan Sheikh Kicdefella dan Hisham. Syarikat Global Media Channel berperanan menyediakan media tv dan portal berita untuk mengangkat imej Husam kepada pelawat dunia maya. Husam telah menggunakan pengaruhnya sebagai exco Ekonomi Kelantan untuk mengeluarkan duit PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan) bagi menyengarakan kos operasi syarikat itu. Klik di sini Nik Amalina ketika menulis membela suaminya turut mengesahkan maklumat ini; "Pada hemat saya, isu PMBK tercetus hasil dari perselisihan peribadi. Ada seorang kakitangan(Kickdefella?) yang tidak berpuas hati dengan gaji yang ditagihnya untuk menjadi seorang bos di anak syarikat PMBK. Ia bukan masalah luaran yang besar tapi masalah dalaman yang hanya membabitkan seorang kakitangan sahaja. Seorang sahaja! Jawapannya mudah, gaji yang ditagihnya adalah terlalu tinggi, lebih tinggi dari gaji bos PMBK" "Saya kagum! Tidak sia-sia membiarkan kosong kerusi panas di Darul Digital, kerana jika diisi, skripnya mungkin lebih parah. Sedarlah sahabat semua bahawa Kickdefella itu penipu besar di abad ini" "Seorang yang digelar Kickdefella berjaya membawa semua watak yang diarahkannya sendiri. Mahu jadi apa? Seorang gila? Kurang siuman? Tiga suku? Katakan saja...Saya tidaklah berminat untuk mengetahui detail tentang dirinya, tapi saya tahu dia bekerja untuk seorang Exco Kerajaan Kelantan" "Makin hari dia (Kickdeffela) membuat onar demi onar. Dia mula membuat rancangan demi rancangan. Serangannya sering menjadi kerana ia kejahatan yang dirancang rapi. Lebih-lebih lagi dia mempunyai back-up yang kukuh dari seorang ‘bos lain’(Husam?). Makan gaji dengan orang lain(Ariffahmi?), bekerja untuk orang lain(Husam?). Inilah masalahnya! Seandainya Nik Amalina mensasarkan semua perencanaan itu disebabkan oleh Kickdefella, penulis upahan Husam Musa, adakah ini bermakna Husam merupakan godfather konspirator untuk menjatuhkan Nik Aziz ? Adakah musuh utama Nik Aziz yang dilabel sebagai 'Kolonel Mat' itu sebenarnya merujuk kepada Husam Musa ? Husam Musa beri kata dua kepada Nik Aziz ?0 comments
NST hari ini melaporkan Husam Musa telah beri kata dua kepada Nik Aziz, "Pecat mereka atau saya akan berhenti", dalam pertemuan empat mata, Selasa lepas. Dalam pertemuan itu, Husam bercadang untuk meletakkan jawatan, suasana menjadi emosional dan kedua-duanya telah menangis.
" Sekiranya Nik Aziz mahu kekal, Husam menuntut Ariffahmi dan dua orang ahli Majlis Perbandaran Kota Baharu dilucutkan kelayakan mereka", petik sumber tersebut. Kenapa Husam marah kepada Ariffahmi hingga mencadangkan agar dipecat ? Sebabnya kemunculan Ariffahmi telah mengugat hubungan Husam dengan Nik Aziz. Sebelum ini tiada yang mempersoalkan apabila Husam menggunakan nama Nik Aziz untuk melaksanakan sesuatu perkara, tetapi setelah munculnya, Ariffahmi, Husam tidak lagi boleh menggunakan nama Nik Aziz sewenang-wenang kerana dia akan double check 'sesuatu arahan yang kononnya datang dari Nik Aziz' itu. Kemuncak kemarahan Husam, apabila Ariffahmi menggunakan kuasanya sebagai CEO PMBK untuk memecat dengan notis 24 jam, anak buah Husam, blogger Kickdefella. Pemecatan itu sebagai ledakan bom, yang sebelum ini sudah terdapat bunga-bunga api di antara Husam dan Ariffahmi. Husam turut mendakwa bahawa terdapat satu konspirasi untuk menyingkirnya daripada kerajaan negeri. Konspirasi itu termasuk dari dalaman parti sendiri.Klik di sini Sebelum ini Mingguan Malaysia melaporkan Husam Musa mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan negeri, berpunca daripada pendedahan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman,menantu Nik Aziz yang kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mingguan Malaysia melaporkan hasrat Husam untuk berundur telah dikemukakannya kepada Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan pada pertemuan empat mata Selasa lalu. “Husam bertemu dengan Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan bahawa beliau tidak terlibat atau menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku dalam PMBK dan penjelasan itu diterima, tetapi hasratnya untuk meletakkan jawatan ditolak. Klik di sini Husam Musa dikatakan merajuk dan tidak hadir dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR 10 di Kota Baharu pada 21 November lalu. Husam dikatakan sedang menerima rawatan di hospital atas sebab kesihatan. Menteri Besar, Nik Aziz yang mempengerusikan mesyuarat itu atas sifatnya selaku Pesuruhjaya PAS negeri juga enggan menemui pemberita selepas mesyuarat berlangsung. Alasannya sama seperti Husam; kesihatan. Klik di sini Namun pada tarikh yang sama, Husam seperti yang dilaporkan dalam anwaribrahimblog datang menyampaikan ceramah di Simposium Nasional 2009, anjuran badan pemikir Anwar, IKD, di Pearl International Hotel, Kuala Lumpur. Klik di sini Anwar Ibrahim merupakan pengucap utama Simposium itu dan Husam Musa serta Dr Aziz Bari di antara barisan penceramah yang diundang khas dalam program tersebut. Manakala Berita Harian hari ini pula melaporkan Nik Aziz Nik Mat mengarahkan menantunya, Abdul Ariffahmi Rahman supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).Klik di sini Adakah ini menunjukkan kemenangan Husam Musa atau kemelut akan terus berlarutan kerana manantu Nik Aziz juga mempunyai kekuatannya yang tersendiri.. Kenapa Kickdefella saran Husam Musa tinggalkan PAS ?4 comments
Dalam artikel terbaru Kickdefella, bertajuk "After Kickdefella, they go for Husam", 21 November 09, penulis tajaan Husam itu menyeru bosnya agar meninggalkan kerajaan negeri Kelantan dan meninggalkan PAS kerana kerajaan negeri dan parti Islam itu tidak membela 'insan-insan kecil' seperti Husam Musa.
"Saya akan merasa amat gembira jika Dato’ Husam tinggalkan Kerajaan Negeri Kelantan. Ini kerana semenjak 3 tahun saya mengenalinya saya dapat merasakan betapa penderitaan yang menimpanya dan keluarganya kerana sandiwara politik dalaman PAS Negeri Kelantan", tulis Kickdefella "Tidak berada didalam Kerajaan dan tinggalkan PAS adalah yang terbaik buat Husam tetapi ia adalah malatpetaka buat PAS Kelantan dan rakyat yang memerlukan pembelaan", saran Kickdefella. Kikdefella : "Saya berani berkata, Kerajaan Negeri Kelantan sudah tidak berminat membela insan-insan kecil. Yang masih mempertahankan insan-insan kecil hanya dua tiga orang sahaja lagi di dalam exco Kerajaan Negeri dan Husam adalah seorang darinya. Saya akan pertahankan Husam" Ini satu polemik baru yang melanda kerajaan negeri Kelantan. Setelah Kickdefella atau Syed Azidi dipecat dengan notis 24 jam dari PMBK (Perbadanan Menteri Besar Besar Kelantan) oleh Ariffahmi Abdul Rahman, CEO PMBK, merangkap menantu Nik Aziz, polemik demi polemik berterusan sehingga menelanjangkan 'keburukan-keburukan' kerajaan Negeri yang sebelum ini tidak pernah terdedah. Sebelum ini Nik Aziz boleh campur tangan dalam kepimpinan PAS Pusat, di atas kapasitinya Muryidul Am, termasuk mencadangkan EGM, sekarang Nik Aziz terpaksa berhempas pulas menyelamatkan kerajaan pimpinannya angkara perbalahan antara anak buah Husam, Kickdefella dengan menantunya, Arif Fahmi. Nik Aziz akan berpihak kepada siapa ? Berpihak kepada exco kesayangannya, Husam Musa atau berpihak kepada menantunya Ariffahmi ? Setakat hari ini, kecenderungan Nik Aziz adalah berpihak kepada menantunya. Kickdefella telah dipecat dari PMBK dan Husam juga mengaku dirinya telah dipersalahkan oleh exco-exco lain. Walaupun pada 18 November lalu, Kickdefella menulis bahawa berdasarkan maklumat-maklumat yang telah diberikan kepadanya, Nik Aziz telah meminta Ariffahmi meletakkan jawatan sebagai CEO di PMBK dan pengumuman itu akan dibuat oleh Menteri Besar tidak lama lagi, namun sehingga ke hari ini maklumat dan ramalan Kickdefella itu tidak menjadi kenyataan. Klik di sini Bahkan godfather Kickdefella, Husam Musa memberitahu Malaysian Insider, 20 November lalu, bahawa terdapat 'konspirasi untuk menjatuhkannya' dalam kerajaan Negeri Kelantan.Klik di sini “Terdapat usaha untuk mencetuskan perbalahan antara saya dan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan),” akui beliau kepada The Malaysian Insider hari ini. “Saya sedar tentang kewujudan konspirasi (pihak tertentu) terhadap saya,” kata beliau lagi. Malaysian Insider melaporkan Nik Aziz disebut-sebut sedang mempertimbangkan untuk menggugurkan Husam daripada Kabinet pentadbiran negeri ekoran isu Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang dipecat sebagai Pengarah Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) minggu lalu.Syed Azidi atau blogger Kickdefella itu pula dilihat sebagai antara orang kanan Husam. Kickdeffela yang menyedari penderitaan dan tekanan yang dihadapi oleh bosnya itu seterusnya membuat seruan drastik yang mengejutkan ramai ramai pihak; Kickdefella : “Saya akan merasa amat gembira jika Datuk Husam tinggalkan kerajaan negeri Kelantan...Tidak berada di dalam kerajaan dan tinggalkan PAS adalah yang terbaik buat Husam.." Klik di sini Konspirasi apa sebenarnya yang sedang dirancangkan oleh Husam, Kickdefella, Ariffahmi dan Nik Aziz ini ? Kalau 'konspirasi tidak serius', kenapa orang kanan Husam, Kickdefella tergamak mencadangkan bosnya meletak jawatan dalam kerajaan negeri sekaligus keluar dari parti PAS ? Biar betul, saranan orang kanan Husam ini ? Adakah cerita lain yang tersembunyi, yang belum didedahkan oleh kikdefella hingga dia tergamak menyeru bosnya keluar dari PAS ? Hari ini, 21 November, Husam Musa berangkat ke Kuala Lumpur bertemu dengan 'bapa konspirasi', Anwar Ibrahim dalam program Simposium National 2009, di Pearl International Hotel Kuala Lumpur, anjuran badan pemikir Anwar, IKD. IKD sememangnya memilih, 'tokoh-tokoh tertentu' hadir dalam programnya. IKD tidak berminat menjemput Hadi Awang (Presiden PAS) atau Nasharuddin Mat Isa (Timbalan Presiden) atau Naharuddin Tantawi (ketua Dewan Pemuda), kerana kesemuanya dari kem yang sama, pro-ulama. Tetapi IKD sengaja memilih Husam Musa, tokoh dari PAS, walaupun tokoh itu telah tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS. Seperti biasa simposium itu meletakkan Anwar sebagai tokoh utama, manakala Husam Musa dan Dr Aziz Bari diberi penghormatan sebagai tetamu istimewa diatas peranan yang telah dimainkan sebelum ini. Apabila Husam bersemuka semula dengan bapa konspirasi, Anwar Ibrahim, apa agaknya yang dilaporkan kepada ketua penasihat umum PKR itu ? Jadi benarlah dakwaan sebelum ini, Husam Musa tidak wala kepada PAS dan pimpinan tertinggi PAS, bila ada masalah menimpanya, dia akan mencari alasan untuk berjumpa dengan godfathernya, Anwar Ibrahim. Kader-kader Anwar diperkemaskan semula!0 comments![]() Pusingan pertama Anwar menguasai Parti Islam gagal apabila proksinya Husam Musa tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS. Husam yang menjadi kuda hitam Anwar Ibrahim tewas teruk dalam pertarungan itu, meskipun membawa slogan besar, 'Menjana Perubahan', membawa Parti Islam menjadi parti alternatif Melayu. Tetapi slogan itu tidak bersambut, perwakilan Parti Islam tetap memilih Nasharuddin Mat Isa yang mewakili kem ulama. Namun meskipun kalah, Husam tetap memberi amaran kepada Nasharuddin dan Haji Hadi Awang, bahawa 'orang-orangnya' dalam barisan kepimpinan baru, terutamanya Naib-Naib Presiden Parti Islam akan terus memerhati gerak geri Presiden dan Timbalan Presiden yang didakwa cenderung bekerjasama dengan UMNO. Meskipun Anwar tidak mempunyai 'tangan rasmi' dalam PAS selepas kekalahan Husam, tetapi bukan bermakna pengaruh Anwar dalam PAS telah terputus. Kini Anwar menukar strategi lain, dengan menggunakan tokoh-tokoh intelektual, di luar PAS pula untuk mempengaruhi Parti Islam. Sebaik sahaja, Parti Islam tewas di Bagan Pinang, Anwar membisikkan kritikannya ke telinga Dr Aziz Bari, pensyarah yang pernah dinobatkan sebagai pakar undang-undang oleh organ tabloid Harakah. Dr Aziz Bari menyahut seruan itu dan menulis di media mengkritik kelemahan punca kekalahan PAS di Bagan Pinang disebabkan dua tiga kerat pimpinan yang bermasalah. Dua tiga kerat yang dimaksudkan itu adalah Hadi Awang (Presiden), Mustafa Ali (Setiausaha Agung), Nasharuddin Mat Isa (Timbalan) dan Dr Hassan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor). Kemudian disambut oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dengan menulis di blognya agar Parti Islam segera mengadakan EGM untuk memecat dua tiga kerat pemimpin bermasalah seperti yang disebut oleh Dr Aziz Bari. Maka bermesyuaratlah pimpinan Parti Islam hingga ke pagi dengan membuat beberapa ketetapan diantaranya, EGM ditolak dan diganti dengan Seminar Politik. Seluruh pimpinan PAS Selangor telah diarah untuk disiasat. Pada hari seminar, Dr Aziz Bari sekali lagi dipanggil berucap. Sebelum itu Dr Aziz Bari sudah tahu, dia agak malu alah untuk mengkritik secara terang-terangan kepada perwakilan Parti Islam, lalu digunakan medium Malaysiakini, sehari sebelum seminar untuk mengkritik secara keras dan mendesak secara terbuka agar Hadi Awang, Presiden PAS meletakkan jawatan. Sekali lagi cubaan proksi Anwar, Dr Aziz Bari menemui kegagalan, apabila perwakilan tidak menyahut seruannya itu. Namun, Anwar sudah berbangga dengan prestasi cubaan kedua ini, kerana berjaya mengkucar kacirkan perpaduan sesama ahli Parti Islam. Sekarang Anwar boleh berbangga, kalau ada dakwaan mengatakan PKR lemah dan sentiasa kaau bilau, Anwar secara sinis akan bertanya, bagaimana dengan Parti Islam ? Ir Khalid Samad, bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor yang terang-terangan masuk berucap di gereja Shah Alam dan memperjuangkan kalimah Allah kepada penganut Kristian, tidak pula dianggap pemimpin bermasalah. Begitu juga dengan Ir Nizar Jamaluddin yang menjadi puppet DAP di Perak serta mengadai tanah rezab Melayu di Perak kepada cina-cina DAP pun tidak pula dianggap bermasalah. Ironinya, Nasharuddin Mat Isa dan Dr Hassan Ali dianggap proksi UMNO walaupun tiada bukti yang mampu menjustifikasinya, tetapi Nizar tidak pula dikritik walaupun bekas Menteri Besar PAS Perak itu lebih DAP daripada Ngeh dan Nga. Hari ini, semua dakwaan proksi-proksi Anwar yang memainkan peranan dalam Parti Islam ternyata benar, apabila badan pemikir Anwar, IKD menghimpunkan semua proksi-proksi mereka dalam Simposium National 2009, di Pearl International Hotel, Kuala Lumpur. ![]() Sekali lagi proksi-proksi Anwar dijemput hadir untuk memperkemaskan kuda-kuda mereka untuk perancangan yang seterusnya. Simposium National 2009 anjuran badan pemikir Anwar, di Kuala Lumpur itu laksana pertemuan rahsia Zionis Amerika seperti CFR dan Bilderberg Group. Siapa yang hadir dalam pertemuan itu. Tidak lain tidak bukan, Anwar Ibrahim, Husam Musa dan Dr Aziz Bari.. Sudah tentu sekali lagi di belakang IKD adalah yayasan Kristian Jerman, Konrad Adenuer Stiftung yang tidak pernah berputus asa untuk menubuhkan IFC di Malaysia! Kes saham : Kenapa Anwar sibuk jawab bagi pihak Azmin, Shamshida ?0 comments
SA Vigneswaran, Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, mendakwa beliau memiliki dokumen berkaitan pembelian saham melibatkan tiga individu termasuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang mencecah RM8 juta pada awal 1990-an. Dua lagi individu yang terbabit seperti didakwa dalam dokumen itu ialah isteri Azmin, Shamshida Tahrin dan iparnya, Jamal Tahrin.
“Mengikut dokumen ini dalam tempoh tiga tahun mulai 1992, seorang daripadanya telah membelanjakan kira-kira RM800,000 untuk membeli saham, manakala jumlah saham yang dibeli seorang lagi mencecah RM8.5juta,” katanya pada sidang akhbar Lima hari kemudian, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari pula membuat laporan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mendakwa mempunyai dokumen pemilikan saham bernilai RM2 juta membabitkan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali serta isterinya, Shamshida Taharin, ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Kedua-dua dakwaan itu secara jelas membabitkan Azmin Ali, (isterinya) Shamshida Taharin dan (ipar Azmin) Jamal Taharin. Kaitan dengan Anwar Ibrahim pula, nilaian saham yang berjuta ringgit itu dibeli sekitar tahun 90-an, ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Azmin ketika itu berjawatan Setiausaha Sulit Anwar(pegawai kerajaan), di Kementerian Kewangan dan pejabat TPM, hanya bergaji bulanan di sekitar RM3,000 sebulan. Manakala isteri Azmin, Shamshida Taharin pula pada ketika itu dikaitkan sebagai 'perempuan simpanan Anwar' mendapat keistimewaan yang luar biasa di Phileo Allied Bank mendapat gaji bulanan RM25,000, kereta audi dengan pemandu dan tidak perlu hadir ke tempat kerja (berdasarkan laporan pengakuan berkanun, Datuk Murad Khalid, bekas penolong Bank Negara Malaysia dan laporan daripada Zulkifli Sulaiman, Pengurus Besar di Phileo Allied Bank). Klik di sini Kenapa Anwar terlalu memberi keistimewaan kepada Shamshida sehingga sanggup menyalahgunakan kuasa mengarahkan kroninya Tong Kooi Ong, CEO Phileo Allied Bank, mengambil Shamshida dengan ganjaran gaji yang luar biasa, berbanding dengan kelayakannya? Apa istimewanya Shamshida Taharin berbanding dengan wanita-wanita lain yang lebih berpengalaman dalam bidang perbankan ? Kalau Shamshida hebat dalam bidang perbankan, kenapa Phileo Allied Bank, terpaksa 'gulung tikar' selepas Anwar dipecat daripada Menteri Kewangan Malaysia ? Kalau dicampur gaji Azmin dan Shamshida, belum lagi berkelayakan untuk membeli nilaian saham berjumlah RM10.5 juta seperti yang didedahkan oleh Vigneswaran dan Anuar Shaari. Jadi dari mana Azmin dan Shamshida mendapat duit-duit sampingan lain yang berjumlah jutaan ringgit untuk membeli saham-saham itu ? Bukan setakat itu, adik beradik Shamshida Taharin iaitu Jamal Taharin, Johan Taharin dan Jamil Taharin juga memiliki saham berjuta-juta ringgit, sedangkan kedua ibu bapa mereka (Taharin dan Siti Rahmah) hanya seorang guru pencen. Dari mana ipar Azmin Ali mendapat duit sebanyak itu ? Lebih pelik lagi kebanyakan saham dibeli atas nama Azmin Ali dan Shamshida Taharin, tetapi turut dinyatakan akan diberi kepada Jamal, Johan dan Jamil sebanyak 10 - 20 persen. Adakah ini bermakna semua saham itu adalah hak milik Azmin dan Shamshida tetapi menggunakan proksi nama Jamal, Johan dan Jamil ? Bukan setakat saham, Azmin dan Shamsida didakwa mengamalkan cara hidup mewah. Blog GAP menunjukkan bukti invois pembelian katil dan sofa yang bernilai puluhan ribu. Set katil italia super king size Shamshida bernilai RM 26,500.00, manakala set sofa italian lether pula bernilai RM 24,000.00. "Inilah gambaran 'merakyatkan ekonomi' mainan pelacur politik Azmin Ali. Menipu,mengencing,meludah,mengkahak seteruk-teruknya seluruh penyokong jumud mereka demi ketuanan rakyat!", kata GAP. Klik di sini Menurut rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN), cukai yang dikenakan di atas saham-saham di atas nama Shamshida Taharin dan adik beradiknya, seperti Johan Taharin melebihi nilai RM500,000. Wow banyak tu.. Tetapi yang lebih pelik, orang yang dituduh, Azmin, Shamsidar dan adik beradiknya mendiamkan diri apabila dituduh, yang paling lantang menjawab adalah Anwar Ibrahim, kenapa ? Vigneswaran dan Anuar tidak mendedah saham Anwar, Wan Azizah,adik beradik Wan Azizah, anak-anak Anwar, termasuk Nurul Izzah, tetapi Vigneswaran dan Anuar mendedahkan saham-saham milik Azmin, Shamshida dan adik beradik Shamsida Taharin. Berdasarkan keghairahan Anwar menjawab adakah ini menunjukkan betul semua tuduhan itu, dari dulu hingga sekarang Azmin, Shamshida, Johan, Jamil dan Jamal kaya raya kerana pengaruh kroni Anwar ? Cara menjawab Anwar pun meragukan. Anwar bukan menjawab soalan, tetapi membunuh kredibiliti orang yang mendakwa. Vigneswaran dituduh 'perkakas MIC' dan Anuar dituduh 'pengemis politik'!. Menjawab soalan ke tu ? Sebenarnya dalam hati kecil, dia amat takut kes ini disiasat semula oleh polis dan SPRM, jika kes ini dibuka semula maka akan terdedah semua skandal Anwar, Azmin dan Shamshida yang cuba disembunyikan selama ini. Kita sama-sama tunggu, fail kes ini telah sampai di atas meja polis dan SPRM!. Anwar : Di kiri Nik Aziz, di kanan Paul Wolfowitz!0 comments
Ezam pernah bersemuka dengan Husam Musa, ketika ura-ura bekas Ketua Pemuda PKR itu mahu meninggalkan PKR. Husam tanya dari hati ke hati, kenapa mahu meninggalkan Anwar. Ezam tanya Husam, kamu kenal siapa Anwar ? Husam jawab kenal. Ezam tanya lagi, kamu tahu dark side Anwar ?. Husam jawab tahu. Saya dan pimpinan PAS tahu segala-galanya tentang Anwar. Habis kalau tahu kenapa 'pertahankan' Anwar?, soal Ezam lagi. Kami mahu tunggang Anwar. Bukan sokong Anwar, tetapi tunggang Anwar, kata Husam dengan tegas.
Ezam menutup perbualan peribadi dengan Husam dengan mengatakan. Walaupun pemimpin PAS tahu segala-gala tentang Anwar, tetapi tidak sama dengan saya tahu siapa Anwar. Saya bekas Setiausaha Politik Anwar. Saya ditugaskan Anwar tubuh Parti Keadilan. Saya berjuang demi Anwar, sehingga dari Dataran Merdeka, ke Kamunting dan Penjara Kajang. Anwar ada dua wajah; Di kirinya Dr Yusof Qardawi dan di kanannya Yahudi. Mampu lawan Anwar ? Sama ada PAS tunggang Anwar, atau Anwar tunggang PAS, penutup bicara Ezam sambil menolak pelawaan Husam menyertai PAS. Menariknya, kata-kata Ezam ternyata benar. Ketika Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz mempertahankan Parti Islam bergabung dengan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar, penasihat umum PKR sempat cilok ke Indonesia berjumpa dengan Paul Wolfowitz. Berhempas pulas mursyidul am Parti Islam membendung Parti Islam supaya tidak pecah, kerana faktor Anwar itu, tetapi ironinya, penasihat umum PKR pula bertindak sebaliknya dalam kawalan parti sendiri, membiarkan sahaja perpecahan demi perpecahan dalam PKR. Saya cabar mana-mana ahli PKR mahu keluar, sila keluar dengan segera!, bentak Anwar. Anwar tidak kisah sesiapapun mahu keluar dari PKR, walaupun satu ketika dahulu pernah berjasa dengan parti. Dari sebesar-besar pahlawan seperti Ezam, Dr Chandra, Zainur Zakaria, Roslan Kassim, Marina Yusof, Saidatul Karuak, Jeffrey Kitingan, Christina Liew, Dato Nalla, hinggakan kepada para pendekar, dari Lokman Noor Adam, Hanafiah Man, Zahid Mat Arip,Ghani Haron, Anuar Shaari, Azwandin Hamzah hingga tidak terhitung senarai nama. Kalau ditulis satu persatu, berhelai-helai kertas, sampai menimpun himpunan ahli-ahli PKR yang keluar parti. Anwar tidak peduli, selagi 3A masih kekal (Anwar, Azizah & Azizah). Mereka bertiga tunggak parti. Semua yang lain umpama debu-debu berterbangan. Anwar tidak peduli, selagi Azmin dan Azizah menjadi tiang utama, Anwar boleh terbang ke sana ke mari memncari kekuatan baru di seberang laut. Berdiskusi dengan para penguasa Yahudi dunia, dari Martin Indyk, Al Gore, Richard Hass, hingga yang terbaru Paul Wolfowitz. Siapa kata Anwar tidak setia dengan Wolfowitz, meskipun telah tercabut jawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat dan Presiden Bank Dunia, tetapi Wolfowitz masih seorang pemikir di AEI (American Enterprise Intitute), sebuah think tank kerajaan Amerika Syarikat. Bandingkan tulisan Anwar di blog Anwaribrahimblog bertarikh 13 November 2009 [klik di sini] dengan blog PPIUK [klik di sini], dua versi cerita dalam menceritakan satu perkara yang sama. Blog Anwar melaporkan; "Saya ke Jakarta kelmarin memenuhi undangan Habibie Center untuk acara Memantapkan Konsolidasi Demokrasi dan Mengakhiri Masa Transisi: Agenda Bangsa 2009-2014...Turut hadir ialah Wakil Presiden Indonesia, Boediono; mantan Presiden, BJ Habibie; Gabenor Lembaga Ketahanan Nasional (Lemhanas), Prof. Dr. Muladi SH dan mantan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan, Prof. Wardiman Djojonegoro." Blog PPIUK melaporkan; "Bringing an international flavor under the main theme of the 10th Anniversary, “Strengthening the Consolidation of Democray and Ending the Transition Period: the National Agenda for 2009- 2014”, we bring together a panel of well known international scholars to speak about how Indonesia’s democratization has had an effect in Southeast Asia. As a major player in the region, and as a thriving democracy, Indonesia’s role is vital in promoting the values of democracy and human rights, as well as setting the regional agenda towards democracy.This discussion will shed light on why democracy is a strategic agenda for the region’s future, and how Indonesia should play a major role.Speakers: Ambassador Paul Wolfowitz (USA), Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim (Malaysia), Ambassador Heinrich Seemann (Germany). Prof. Bridget Welsh & Mr. Niu Tiehang (China). Moderator: Prof. Dr. Dewi Fortuna Anwar (The Habibie Center). Terima kasih Kumbang kerana berjaya mendedahkan dark side kehadiran Paul Wolfowitz [klik di sini] yang sengaja disembunyikan oleh Anwar di blognya. Kalau tidak, kita terus dihanyutkan dengan mainan kata-kata Anwar yang sentiasa menunjukkan dirinya hero, walaupun dia sentiasa menyembunyikan agenda tangan hitamnya. Namun walau bersembunyi tangan-tangan gelapnya di belakang, tetapi masih terpancar kekeruhan 'nur' di mukanya! Itulah maksud Ezam yang mengatakan bekas bosnya mempunyai 'two face'. Satu wajah berbicara 'Islam' dengan tokoh-tokoh Parti Islam bernaung di bawah dagu Nik Aziz. Satu face lagi, berbicara 'demokrasi', bernaung di bawah dagu Paul Wolfowitz. Dicantumkan kedua-duanya menjadi 'Islam dan Demokrasi' yang menjadi tema ucapan Anwar di dunia Islam. Nik Aziz sokong Anwar, Paul Wolfowitz pun sokong Anwar. Itulah kehebatan Anwar! Anwar dan Habibie mempunyai banyak persamaan. Kedua-dua mempunyai badan pemikir. Habibie dinamakan The Habibie Center dan Anwar Institut Kajian Dasar. Kedua-duanya mendapat tajaan yayasan Kristian Jerman; Habibie tajaan dari HSF (Heinrich Seemann Foundation) dan FNF (Frederich Naumann Foundation), manakala Anwar dari KAF (Konrad Adeneur Foundation) dan FNF (Frederich Naumann Foundation) Kedua-dua berjuang atas tema demokrasi, berketuakan Paul Wolfowitz, serta menggunakan Prof. Bridget Welsh (CIA) dari SAIS, John Hopkins University sebagai penganalisis politik untuk membantu karier politik masing-masing. Maka tidak hairan, apabila Anwar dipecat daripada kerajaan, Habibie dan Paul Wolfowitz mengkritik Malaysia dan apabila Anwar dibebaskan dan mendapat rawatan di Munich, Habibie dan Paul Wolfowitz merupakan tetamu penting yang penting. Serangan ke atas PM : Fokus utama Anwar?0 comments
Di tengah kemelut PKR yang kian meruncing, dari Sabah, Sarawak hingga ke Semanjung, Anwar mula bertindak memanggil semua ahli parlimen PKR berkumpul di pejabatnya. Menurut pendedahan Zulkifli Nordin, salah seorang ahli parlimen PKR, motif utama perbincangan itu bukan untuk menyelesaikan kemelut PKR, tetapi Anwar mengarahkan semua ahli parlimen PKR mencari jalan untuk melakukan serangan besar-besaran ke atas Perdana Menteri, Najib Razak.
Bak kata pujangga, bukan nak selsaikan kudis sendiri, tetapi nak cari jalan salahkah orang lain. Itulah politik menuding jari. Nak tuding jari ke orang lain, tetapi terlupa empat jari lain menuding ke arah diri sendiri. Anwar memang pakar mengamalkan politik tuding jari, sebab itu masalah PKR tidak selesai sampai sekarang. Bukan semakin baik, tetapi semakin parah. Kenapa ? Sebabnya bukan nak bincang cara selesaikan masalah sendiri, tetapi sibuk selesaikan masalah rumah tangga orang lain. Bermula dengan dua ADUN PKR Perak melompat jadi calon bebas (ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu dan Adun Behrang Jamaluddin Mat Radzi), hingga menyebabkan kerajaan PR di Perak akhirnya tumbang. Sepatutnya kes kelemahan ADUN-ADUN PKR ini dijadikan pengajaran dan diambil tindakan segera membendungnya, tetapi seperti biasa, Anwar tidak berminat menjaga partinya sendiri, dan sentiasa menyalahkan pihak lain, akhirnya kejadian yang sama terus berulang hingga ADUN PKR Lunas, Mohammad Radzhi Salleh lompat parti dan yang terbaru, ADUN PKR Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah juga melompat jadi calon bebas. Mungkin perkara yang sama akan berlaku lagi, satu demi satu ADUN-ADUN PKR menjadi bebas. Yang masih PKR, seperti Zulkifli Nordin juga diasak supaya melompat parti, apatah lagi yang lain-lain. Sepatutnya Anwar memperkasakan ahli-ahli parti, tetapi Anwar lebih berminat menjaga kain orang lain, ahli sendiri diperlekehkan dan dihina supaya melompat parti. Agenda serang Najib paling penting ? Adakah ini pemikiran yang sesuai untuk orang yang disebut-sebut sebagai bakal PM ? Tiada agenda lain yang lebih utama, kecuali menyerang musuh yang dianggap penghalang cita-cita menjadi PM ? Dulu serang Dr Mahathir, hingga habis gelaran yang maha jahat dilemparkan kepadanya. Tetapi Dr Mahathir tetap berjaya dalam karier politiknya, sebaliknya Anwar habis karier politik. Masa itu hanya satu tangga sahaja, tetapi belum sampai ke tangga terakhir, terus tersungkur ke pintu neraka!. Ini bukan kata saya, tetapi kata majalah Yahudi yang selalu promote Anwar, Newsweek yang mengambarkan Anwar masuk ke alam neraka dan kembali semula dari alam neraka (to hell and back) Kenapa Newsweek mengambarkan Anwar sebagai "to hell and back". Buruk betul 'gelaran Newsweek' kepada Anwar. Semua itu kena tanya Katherine Meyer Graham, korporat media Yahudi Amerika yang memiliki majalah Newsweek dan akhbar Washington Post. Klik di sini Anwar sendiri berbangga-bangga dengan mukanya sentiasa masuk dalam majalah jaringan Yahudi, tetapi dalam masa sama, Yahudi cucuk jarum, dengan melabel Anwar sebagai 'manusia dari neraka'. Itulah untungnya Anwar masuk rangkaian Yahudi, jadi ahli CFR (Council on foreign Relations)kerana dapat publisiti murahan dalam semua media kawalan Yahudi, termasuk TIME, Newsweek, Washington Post, juga syarikat TV CNN, ABC dan sebagainya. Sebenarnya percubaan Anwar mencemar imej Najib, bukanlah perkara baru, sebelum Najib naik jadi PM, Anwar telah berusaha bersungguh-sungguh mencemar imej Najib di media antarabangsa, termasuk mengupah si gay bernama Arnaud Dubus, menulis di akhbar Perancis, Liberation. Klik di sini Siapa Dubus ini ? Dubus juga adalah seorang wartawan yang gemar melepak di kelab-kelab gay di kota Bangkok dan mudah tertarik dengan jejaka tampan. Siapa penaja Dubus ? Dubus bekerja di bawah tajaan ahkbar Liberation Perancis milik Edouard Rothschild, keluarga Yahudi Eropah yang memiliki kekayaan dalam bidang perbankan dan media di tiga lokasi berbeza iaitu Britain, Peranchis dan Amerika Syarikat. Untuk mendapat maklumat-maklumat mengenai Asia Tengara, khususnya Malaysia, keluarga Rothschild hantar Dubus ke kota Bangkok. Dari kota Bangkok, Dubus berjumpa dengan Anwar. Anwar pun suka ke Bangkok! Adakah Anwar baik dengan keluarga Rothschild ? Jawabnya Ya. Anwar selalu himpit Emma Rothschild, salah seorang warisan keluarga besar Rothschild. Anwar selalu agung-agungkan pemikiran falsafah Amartya Sen, seorang yang berasal dari agama Hindu convert kepada atiesme setelah berkahwin dengan Emma Rothschild. Bermakna Anwar bodek Amartya Sen sebab nak beli jiwa Emma dan nak dapat simpati daripada keluarga Yahudi Rothschild. Pada tahun 2007, Anwar sendiri menulis di blognya (anwaribrahimblog, klik di sini) bahawa dia berwacana empat tokoh bersama empat tokoh di Florence, Itali. Empat tokoh itu adalah Anwar Ibrahim , Amartya Sen , Emma Rothchild dan Michel Camdessus. Maknanya mereka kawan baik dan Anwar termasuk salah seorang daripada rangkaian mereka! Satu pendedahan menarik telah dibuat oleh David Pidcock, Klik di sini yang mendedahkan kenapa Al Gore bermati-matian menyokong Anwar Ibrahim. Ini juga berkaitan dengan sentimen perkaitan keluarga Rothschild. "ramai orang terkejut apabila Al Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat menyokong secara terbuka kepada Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Ramai yang tidak mengetahui sokongan Al Gore sebenarnya diatur oleh IMF dan Wall Street. Peneraju IMF ketika itu adalah Michael Camdessus, yang merupakan sahabat dan sekutu Anwar dan mereka pernah menjadi penulis bersama dalam sebuah buku.. Ramai yang tidak mengetahui sentimen Al Gore dipengaruhi oleh anak perempuan yang berkahwin dengan Paul Schiff,(keturunan Rothschild) pengarah Wall Street(milik Yahudi). Paul Schiff adalah keturunan Jacob Schiff yang ditugaskan untuk membiayai Revolusi Bolshevik yang menjadi dendam lama keturunannya" Jadi apabila Zulkifli Nordin mendedahkan Anwar mengarahkan semua ahli parlimen PKR serang Najib, sebenarnya tidak mengejutkan, kerana Anwar sudah lama melakukan dan sudah lama berdendam dengan sesiapa sahaja yang mengugat kedudukannya sebagai PM. Sudah lama Anwar mengidam jawatan PM. Tahun 1998, dia pernah idam jawatan itu, Yahudi dan media miliknya membantu menaikkan imej Anwar,Dr Mahathir dibalunnya cukup-cukup, tetapi Anwar, tetap tidak dapat. Tahun 2008, Anwar sekali lagi idam jawatan PM, sekali lagi Yahudi dan media miliknya projek Anwar sebagai 'bakal PM', termasuk di akhbar Jerusalem Post, pak Lah dibalun Anwar cukup-cukup, tetapi Anwar masih tidak dapat. Anwar pernah berjanji kepada korporat Yahudi di Amerika Syarikat yang sebelum ini banyak melabur duit kepadanya dan seluruh rakyat Malaysia bahawa 16 September 2008, dia akan jadi PM, tetapi pada tarikh tersebut, Anwar gagal kotakan janji, bukan dia yang jadi PM, sebaliknya Najib yang tidak pernah meminta-minta pula diangkat rakyat Malaysia menjadi PM. "Jika Anwar gagal mengotakan janjinya menjadi PM pada 16 September, dia akan kehilangan seluruh sokongan,dia dicop sebagai penipu dan tiada lagi masa depan untuk Anwar..bukan rakyat Malaysia yang minta Anwar jadi PM pada 16 September, tetapi Anwar sendiri yang janji..bukan sekali dia berjanji, malah mengulangi beberapa kali, saya percaya Anwar akan jadi PM 16 September..kalau dia menipu saya dan Anwar bakal masuk penjara semula.." itulah kata-kata kawan baik Anwar yang juga jurukempen Anwar di internet, bernama Raja Petra Raja Kamaruddin, Malaysia-Today. Sebab itu sampai sekarang, Raja Petra melarikan diri, hingga gagal dikesan, di mana lokasi sebenar Raja Petra bersembunyi. Jadi jangan terkejut, jika serangan demi serangan akan dilakukan oleh Anwar ke atas Najib selepas ini. Sesiapa saja yang berada di kerusi PM, akan menjadi mangsa serangan nafsu serakah Anwar Ibrahim! Jadi Anwar kena bertanya kepada diri sendiri, kenapa sejak dari dulu, dia gagal menjadi PM ? Apa salah Anwar, hinggakan usaha dilakukan selama sebelas tahun, akhirnya sia-sia sahaja ? Tepuk dada tanya selera (kalau tanya iman, Anwar tak berani bersumpah!), tanya diri sendiri, kenapa ? Jawabnya semua itu perancangan Allah. Allah tak makbulkan manusia yang bongkak, taajub kepada kehebatan diri sendiri, dipenuhi dengan nafsu serakah yang jahat dan dendam kesumat mainan syaitan!
Subscribe to:
Posts (Atom)
ARKIB BLOGTENTANG SAYA
LANGSUNG DARI AnwarDotComDARI ANWAR IBRAHIM BLOGLINK BLOG & WEBANDA PENGUNJUNG KE |


