Kalau bukan GAY, kenapa inti perjuangan Anwar senada dengan LGBT ?

Saya berkali-kali membaca memorandum komuniti LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) yang dihantar kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada 10 Jun 2010 berkenaan berkenaan diskriminasi yang mengaibkan komuniti LGBT atau LGBTIQ atau 'Queer' dalam media.Klik di sini

Setelah membaca berkali-kali, saya terkejut kerana inti perjuangan LGBT dan kosa kata yang digunakan senada dengan gagasan yang Anwar Ibrahim sebut selama ini.

Tulis memorandum itu : 'First, to push for the protection of the human rights of individuals perceived or identified lesbians, bisexuals, gay, transsexual, transgendered, queer, under the Constitution and the Universal Declaration of Human Rights'.[Pertama, untuk melindungi hak asasi individu yang dilihat atau mengidentifikasikan diri mereka sebagai lesbian, biseksual, gay, transseksual, transgender, queer, di bawah Perlembagaan Malaysia dan Deklarasi Hak Asasi Manusia]

Perkataan 'human rights' atau hak asasi manusia sering Anwar sebut di mana-mana, sama ada dalam forum, dialog atau pentas ceramah, malah perkataan itu menjadi teras perjuangan Anwar selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh.

Bandingkan teras perjuangan LGBT ini dengan ucapan Anwar di FCCT (Foreign Correspondence Club of Thailand) pada 6 Februari 2007.

Susan Loone yang mengikuti ceramah Anwar itu mengupasnya dalam blognya bertajuk 'Anwar grilled on press freedom, homosexuality, communism'.

Menurut Susan, ketika Anwar ditanya, 'jika menjadi PM, apa pandangan kamu tentang isu homoseksualiti? Adakah anda akan mendiskriminasi homoseksual di Malaysia?', Anwar menjawab, “It is not our business to probe people’s personal lives” (Ia bukan urusan kami untuk menyiasat kehidupan peribadi rakyat). Klik di sini

Maksudnya apa ? Maksudnya homoseksual merupakan hak asasi peribadi manusia, dan jika Anwar menjadi PM, bukan urusannya untuk menyiasat kehidupan peribadi tersebut, walaupun hakikat sebenar homoseksual bertentangan dengan Al Quran dan Sunnah.

Sebagai bekas Presiden ABIM dan bakal Presiden PAS, Anwar sepatutnya tahu hukum homoseksual dan Islam dan bukannya bersandarkan kepada nilai hak asasi semata-mata.

Sila baca artikel "Kenapa video Anwar diletak foto arak?" untuk pemahaman lanjut. Klik di sini

Tulis memorandum itu : 'Second, to pressure the government to repeal all laws that outlaw and criminalise mutually consensual sexual behaviour between adults'[Kedua, untuk mendesak kerajaan untuk memansuhkan semua undang-undang yang mendiskriminasi hubungan seksual dengan kerelaan kedua-dua pasangan dewasa]

Perjuangan ini hampir sama dengan demonstrasi kumpulan PROGAY Filipina pada tahun 1998, yang membela Anwar Ibrahim di kedutaan Malaysia, Manila, ketika Anwar didakwa melakukan aktiviti homoseksualiti.

Dalam video demonstrasi PROGAY itu seperti yang dipaparkan di channel anwaribrahimdotcom, penyokong-penyokong Anwar di Filipina membawa sepanduk-sepanduk di antaranya bertulis "Repeal Sodomy Law & All Anti-GAY Law's Decriminalize Homosexuality in Malaysia" (Mansuhkan Undang-undang Liwat & Semua Undang-undang Anti-Homoseksual Yang Mendiskriminasi Aktiviti Homoseksual di Malaysia); "Repeal Internal Security Act & Stop Human Rights violation in Malaysia"(Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri & Hentikan Pencabulan Hak Asasi Manusia di Malaysia) dan "Gay Rights are Human Rights!" (Hak-hak Homoseksual adalah Hak-hak Kemanusiaan!).

Kita menjadi keliru, seandainya Anwar menafikan dirinya adalah GAY, kenapa PROGAY Filipina dari kelompok minoriti LGBT (Lesbian, Homoseksual, Biseksual dan Transgender) berdemonstrasi menyokongnya dengan membawa sepanduk-sepanduk yang mengesahkan Anwar adalah mangsa undang-undang disebabkan aktiviti homoseksual ?

Sekarang kita bandingkan ulasan Anwar berkenaan undang-undang homoseksual seperti yang dilaporkan oleh International Herald Tribune.

"Undang-undang mengenai homoseksual di Malaysia hendaklah dipinda, kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang didapati bersalah dan hukuman penjara sembilan tahun, tetapi dibebaskan kerana berjaya dalam rayuan kes liwat"

“Dalam pandangan umum, kalangan umat Islam dan banyak bukan Islam yang saya tahu, homoseksual adalah tidak diterima pakai,” katanya. “Sudah mencukupi. Tetapi di sini soalannya adalah bagaimanakah anda menggunakan undang-undang dan mengganggu rahsia rakyat dan pilihan individu mereka sendiri?”

“Ini merupakan batas-batasnya. Saya rasa jika rahsia individu didedahkan mungkin tidak menyenangkan, tetapi saya memikirkan undang-undang hendaklah dipinda".
Klik di sini

Tulis memorandum itu : 'Fourth, to pressure the government to repeal all laws that restrict freedom of expression and freedom of information'. [ Keempat, untuk mendesak kerajaan untuk memansuhkan semua undang-undang yang mengawal kebebasan berekspresi dan kebebasan informasi]

Sekarang bandingkan dengan ucapan Anwar ketika diwawancara oleh media Australia ABC (Australian Broadcasting Channel) pada 25 Mac 2007.

Ketika ditanya oleh wartawan ABC, apabila Anwar menolak konsep Negara Islam, apakah anda (Anwar) mahu 'Negara Sekular' ? Anwar keberatan menggunakan istilah 'Negara Sekular' tetapi lebih cenderung menggunakan istilah "Negara Liberal dan Demokratik".

Wartawan itu inginkan kepastian lagi, dalam sebuah "Negara Liberal dan Demokratik", bagaimana dengan status 'Kebebasan Beragama' seperti yang termaktub dalam sebuah negara sekular ?

Anwar menjawab negara yang menjadi impiannya itu mengutamakan kebebasan kepercayaan (Freedom of Conscience) dan kebebasan beragama (freedom of faith/religion). Beliau menegaskan isu yang berkaitan kepercayaan merupakan hak individu, dan tidak boleh diputuskan oleh negara atau undang-undang (Konsep ini sama seperti falsafah John Locke, bapa pencerahan agama Eropah).

Seandainya ada yang berpandangan itu merupakan pegangan lama Anwar (pada tahun 2007), sekarang kita bandingkan dengan pegangan baru 2010, ketika Anwar berucap di Woodrow Wilson International Center, Washington DC pada 24 Jun.Klik di sini

Dalam forum itu Anwar menegaskan, dia mahukan kebebasan beragama (Freedom of Conscience) dan kebebasan media (free media) atau 'freedom of information' (kebebasan maklumat).

Kenapa inti perjuangan Anwar mesti bermula dengan 'freedom' (kebebasan)?






0 comments:

Post a Comment