Anwar pejuang minoriti, maknanya pejuang GAY ?

Hairan, slogan Anwar Ibrahim 'pejuang minoriti' hanya kedengaran di luar negara. Di Filipina di Australia, di Amerika Syarikat. Ini merupakan slogan baru yang dipotretkan kepada Anwar, bermula selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh. Dalam negara, slogan Anwar ini kurang jelas, kerana ditenggelami dengan slogan Hudud yang dilaungkan PAS, tetapi di luar negara slogan 'Anwar pejuang minoriti' amat jelas.

Anwar gembira apabila media dan tokoh luar melabelkan imej itu kepadanya dan memang itu kehendak Anwar kerana beliau boleh menghantar mesej yang jelas kepada pihak luar, tanpa merosakkan reputasinya sebagai ahli politik di Malaysia. Itulah kehebatan bahasa politik Anwar, menggunakan perlambangan yang menguntungkan dirinya, supaya terus disokong oleh pihak luar, tetapi dalam masa tidak kehilangan sokongan dari PAS, yang tidak memahami secara jelas mesej Anwar itu.

Slogan ini mula ketara apabila sahabat baiknya, Joseph Estrada melabelkan Anwar sebagai 'pejuang demokrasi dan pejuang minoriti' ketika lawatan Anwar makan, minum dan bersantai di rumah kediaman mewah Estrada, di Polk Street, Utara Greenhills, Filipina, penghujung Januari lalu.Klik di sini

Peliknya, Estrada tidak melihat Anwar Ibrahim seperti gambaran yang dilihat oleh para penyokong PAS di Malaysia yang melihat Anwar sebagai bekas Presiden ABIM dan diramal bakal Presiden PAS satu ketika dulu. Maknanya para penyokong PAS di Malaysia mempotretkan Anwar sebagai seorang Islamik. Tetapi Estrada yang terkenal sebagai fundamentalis Kristian dan difatwa sebagai "Musuh Islam Nombor Satu di Filipina" oleh Majlis Ulama Bangsamoro melihat Anwar sebagai 'seorang tokoh liberal', bekas tokoh Malaysia yang dipenjarakan kerana sodomi dan kini menjadi 'pejuang minoriti'.

Imej penglihatan Estrada kepada Anwar amat kontras dengan imej penglihatan dari kalangan para penyokong PAS. Sebab itu, Ellen Tordesillas dan Fernando del Mundo, wartawan-wartawan dari Filipina menggambarkan Anwar dan Azizah seperti 'tokoh-tokoh Kristian yang lain, tanpa menghormati Anwar yang pernah dilabel sebagai bakal Presiden PAS.

Ellen Tordesillas melaporkan, Anwar dan Azizah tiba di rumah Estarada jam 7.00 petang (sebelum magrib), iaitu waktu paling ideal bagi bukan Islam untuk mengadakan majlis makan malam. Estrada menjamu Anwar masakan hebat dari seorang chef Perancis, Corner Billy King. Saya tidak fikir chef Perancis atau Estrada mengambil kira faktor-faktor halal/haram pemakanan seorang muslim seperti Anwar. Selepas itu, diadakan acara muzik dan nyanyian. Ekstrada menyanyi, Anwar pun menyanyi. Azizah pula gembira tepuk tangan.

Fernando del Mundo pula melaporkan selain makan malam yang mewah serta kumpulan muzik yang dibayar khusus, minuman arak juga turut dihidangkan. Klik di sini. Mungkin Anwar dan Azizah tidak minum, tetapi hidangan arak itu sendiri melambangkan Estrada tidak nampak gambaran 'Anwar Islamik' seperti yang dilihat oleh para penyokong PAS. Bayangkan bakal Presiden PAS boleh berada dalam majlis seumpama itu. Bayangkan Dr Haron Din berada di tempat Anwar di rumah mewah Estrada ketika itu..

Kumpulan PROGAY Filipina atau The Progressive Organization of Gays in the Philippines yang sebelum ini secara terang-terangan menyokong Anwar Ibrahim turut mempersoalkan sikap sebenar Estrada terhadap GAY.

Menurut kenyataan media Oscar Atadero, Setiausaha Umum PROGAY, yang dikeluarkan pada 27 September 1998 menyelar sikap dwi-standard Estrada. Estrada dilihat melayan Anwar Ibrahim, orang yang dituduh melakukan aktiviti homoseksual di Malaysia, seolah-olah Estrada faham makna'hak asasi dan nilai universal'. Tetapi di dalam negara sendiri, PROGAY mendakwa, kaum homoseksual dilayan seperti Estrada tidak faham nilai universal dan hak asasi manusia. Klik di sini

Hakikat sebenar Anwar Ibrahim adalah seorang GAY dan biseksual. Hakikat ini telah direkodkan di mahkamah. Kata Ezam, sehingga ke hari ini tiada undang-undang lain yang dapat mengatasi hakikat ini. Anwar pernah dipenjara 6 tahun kerana menyalahgunakan kuasanya sebagai TPM untuk melindungi skandal seksnya dengan isteri orang dan melakukan sodomi ke atas bekas pemandunya terbongkar. Anwar didakwa melakukan hubungan seks dengan isteri pembantunya, Azmi Ali yang bernama Shamshida Taharin. Manakala Anwar didakwa melakukan sodomi dengan bekas driber peribadi isterinya, Wan Azizah iaitu Azizan Abu Bakar.

Pada tahun 2000, Anwar telah didapati bersalah bersubahat dengan adik angkatnya, Sukma Darmawan meliwat Azizan Abu Bakar. Anwar dihukum penjara 9 tahun. Kemudian Anwar merayu untuk dibebaskan. Rayuan pertama gagal. Akhirnya Anwar berjaya mendapat pembebasan pada tahun 2004, apabila persidangan tiga hakim di Mahkamah Persekutuan bersetuju Anwar dibebaskan walaupun ketiga-tiga hakim itu percaya Anwar melakukan aktiviti homoseksual dengan Azizan di Tivoli Villa.

Selepas dibebaskan, pada tahun 2005, Tun Dr Mahathir Mohamad ditanya mengenai status pembebasan Anwar Ibrahim. Dr Mahathir melabelkan Anwar adalah 'seorang homoseksual' semasa sesi soal jawab bersama wartawan selepas program "Human Rights and Globalisation” anjuran SUHAKAM pada 9 September 2005.

Anwar marah dengan label 'homoseksual' itu lalu menyaman Dr Mahathir sebanyak RM100 juta, tetapi dalam perbicaraan di mahkamah, Anwar Ibrahim tewas, bermakna mahkamah mengesahkan Anwar adalah seorang homoseksual. Klik di sini

Bermakna sudah dua kali pengesahan mahkamah ke atas Anwar Ibrahim, sebagai peliwat Azizan Abu Bakar (2000) dan sebagai homoseksual (2009).

Justeru itu, apabila Anwar kini berusaha mempotretkan dirinya sebagai 'Pejuang Minoriti', satu persoalan muncul 'Minoriti untuk kumpulan apa ?'

Seseorang pejuang dilabelkan mengikut latar belakang dirinya dan kelompok yang diperjuangkan. Seorang yang berasal dari kaum orang asli akan memperjuangkan kaum minoriti orang asli, maka dia selayaknya dilabel 'pejuang minoriti kaum asli'.

Anwar yang telah didapati bersalah melakukan aktiviti homoseksual, sekiranya dilabel pejuang minoriti, maka selayaknya dilabel 'Pejuang Minoriti kaum homoseksual'.

Menurut wikipedia, takrif minoriti lebih popular dengan orientasi seks songsang yang dikenali sebagai LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender). Pejuang LGBT tidak terus terang memperjuangkan kecuali berselindung di sebalik imej lain atau menggunakan bahasa isyarat atau simbol-simbol.

Selalunya 'pejuang minoriti LGBT' berselindung di sebalik imej 'demokrasi'(democracy), 'hak asasi'(human right) dan 'kebebasan'(freedom). Pejuang-pejuang ini akan mengunakan warna-warna pelangi (simbol LGBT) atau salah satu daripadanya seperti biru muda dalam lambang keadilan.

Menurut wikipedia : Kumpulan minoriti seksual adalah satu kumpulan yang identiti seks, orientasi atau amalan-amalan dipertikaikan oleh majoriti masyarakat.Pada umumnya dirujuk kepada lesbian dan homoseksual, biseksual dan transgender (orang yang tukar jantina). Empat kategori ini (lesbian, homoseks, biseksual, dan transgender) lebih popular dipanggil sebagai LGBT.

Salah satu simbol GAY adalah simbol berbentuk 'ribbon pink'. Jadi kita tertanya-tanya, apakah Wan Azizah sendiri tahu imej Anwar adalah homoseksual, ketika dia menubuhkan Presatuan ADIL untuk memperjuangkan Anwar pada tahun 1998. Simbol Persatuan ADIL juga adalah 'Ribbon'.

Begitu juga dengan simbol seluar dalam (underware) yang digunakan sebagai logo PROGAY Filipina adalah sinonim dengan keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan, mangsa liwat Anwar yang menerangkan di mahkamah bahawa Anwar menghadiahinya sehelai seluar dalam LEVI'S warna kelabu. Bagi kumpulan GAY seluar dalam mempunyai nilai sentimental yang tinggi, pasangan yang dikasihi akan dihadiahkan seluar dalam kegemaran.Klik di sini

Jadi, kena tanya Anwar, apa motif dia hadiahkan Saiful, sehelai seluar dalam LEVI'S ?

2 comments:

Post a Comment