Zulkifli Nordin mangsa kerakusan Anwar meliberalkan Islam

Anwar Ibrahim memberi kata dua kepada Zulkifli Nordin sebelum memulakan ceramah di Hulu Kelang semalam. Anwar berkata selama ini beliau telah bertolak ansur dengan sikap ahli parlimen PKR dari Kulim Bandar Bharu itu dengan membiarkannya dengan pendapatnya sendiri, tetapi sekarang ini peguam kes liwatnya itu sudah melampaui batas. "Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi", kata Anwar.Klik di sini

Zulkifli Nordin pula dalam kenyataan balas hairan dengan sikap Anwar yang dulunya mempunyai imej Islam yang kuat (termasuk ABIM dan pertubuhan Islam luar negara), tetapi kini menjadi terlalu liberal hingga menyokong tindakan bukan Islam. Walaupun terdapat ulama luar negara (seperti yang diwar-warkan Anwar) yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama lain, tetapi kenapakah Anwar menolak pandangan ulama dalam negara yang majoriti tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

"Saya berharap Anwar akan mengambil sikap bebas tetapi beliau (sudah) menyokong pihak Kristian", kata Zulkifli.

Sama ada semua episod ini sandiwara Zulkifli Nordin dan Anwar, tetapi hakikatnya, semua episod ini bermula dari hidden hand yang dimainkan oleh Ketua Umum PKR itu sendiri.

Zul Nordin secara konsisten menentang pemberian kalimah Allah ini sejak pertama kali muncul di parlimen pertengahan tahun lepas. Malah beliau juga turut menentang penganjuran Forum Memeluk Islam, anjuran Bar Council yang bermotifkan untuk membincangkan isu murtad secara terbuka. Bahkan ekoran penentangan Zul itu, beliau diancam dengan tindakan disiplin.

Manakala, Anwar Ibrahim pula secara konsisten mempertahankan penggunaan kalimah Allah kepada Kristian sejak Februari 2008, apabila Persatuan Kristian Malaysia (CFM) meminta Kalimah Allah itu kepada Ibrahim dalam perjumpaan tertutup Anwar bersama 200 paderi dan aktivis Kristian di Petaling Jaya. Klik di sini

Bermakna isu kalimah Allah ini sudah lama dirunding secara tertutup di antara Anwar Ibrahim dengan Persatuan Kristian Malaysia, sejak 2 tahun lalu, namun tahun 2010, baru isu ini benar-benar terbongkar apabila mahkamah membenarkan kalimah itu digunapakai oleh Kristian.

Tetapi semasa rundingan sulit itu, tiada pihak Parti Islam terlibat, hanya rundingan antara Anwar Ibrahim dengan pihak Persatuan Kristian. Anwar hanya membawa bersama-samanya Tian Chua dan Dr Xavier Jayakumar, manakala Persatuan Kristian membawa 200 ahli terdiri daripada paderi dan mubaligh Kristian.

Timbul satu soalan, kenapa Persatuan Kristian begitu berani menuntut kalimah Allah itu daripada Anwar, sedangkan Anwar sebelum ini diwar-warkan seorang 'ekstrim Islam' yang sebelum ini mendakwa dirinya membina Universiti Islam, Bank Islam dan pelbagai jenama Islamisasi lagi ?

Bahkan sebelum ini Anwar sering memandang serong terhadap gerak geri mubaligh Kristian, malah tindakan Raffles mengubah Abdullah Munsyi menterjemahkan Kitab Bible ke Bahasa Melayu, semasa zaman penjajah dahulu ditempelaknya sebagai agenda jahat mahu mengkristiankan Melayu. Malah Abdullah Munsyi yang menerima upahan British itu pun dituduh 'Abdullah Paderi'.

Tetapi apa beza Anwar mengecam tindakan Raffles menterjemah Bible ke Bahasa Melayu dengan tindakan Anwar menyokong pemberian kalimah Allah dan penterjemahan Bible ke Bahasa Melayu kepada Kristian ?

Di mana kedudukan Anwar sebenarnya? Kalau kedudukan sekarang adalah benar, bermakna tindakannya selama 12 tahun dalam gerakan Islam dan 16 tahun dalam UMNO adalah tidak benar ? Hanya 7 tahun selepas keluar penjara Sungai Buloh adalah tindakan yang paling benar dan paling menepati ciri-ciri pejuang Islam, Insan Kamil lagi Muttakamil ?

Kalau 7 tahun yang dilalui Anwar ini paling benar dan menepati ciri-ciri generasi Quranic seperti yang pernah diwar-warkan oleh Anwar, bagaimana pula dengan kedudukan Parti Islam yang mendokong konsep kepimpinan ulama berlandaskan Al Quran As Sunnah ? Adakah posisi Parti Islam adalah salah dan tidak menepati Al Quran dan As Sunnah, manakala tindakan Anwar dalam PKR bersama Tian Chua, Dr Xavier Jayakumar, Elizabert Wong, adalah benar dan menepati Al Quran As Sunnah ?

Maknanya cerita Anwar kononnya dipecat dari UMNO kerana mahu mengislamkan UMNO adalah retorik politik semata-samata. Kalau benar, kenapa Anwar tidak sertai Parti Islam dan berusaha menjadi Presiden Parti Islam selepas dipecat dari UMNO ?

Kenapa tubuh PKR ? Adakah beretorik lagi, kononnya mahu mengislamkan PKR pula ? Berapa ramai sudah menjadi Islam setelah Anwar menjadi ketua defactor PKR ? Dan kalau benar Anwar mahu mengislamisasikan PKR, kenapa pula semakin ramai mubaligh Kristian beramai-ramai menyertai PKR ?

PAS pernah kena tipu dengan Anwar. UMNO pun pernah kena. Sekarang giliran Persatuan Kristian pula dan sekali lagi Anwar mahu menyeret PAS dalam cengkamannya.

Sebab itu Allah memusnahkan kaum Nabi Lut, kerana kalau dibiarkan kaum Nabi Lut itu akan bermaharaja lela menjadi dajal di muka bumi ini. Kaum Nabi Lut amat pintar mempedayakan manusia, jadi sebagi penyelesaiannya kaum itu terpaksa dimusnahkan.

Persoalannya kenapakah Persatuan Kristian berani minta kalimah Allah di hadapan Anwar ?

Semua ini terjawab apabila Bishop Philip Lok mengadakan perjumpaan tertutup dengan Anwar di Gereja Luther, Petaling Jaya, 10 Januari lalu. Anwar bersama dengan Dr Xavier Jayakumar, Zaid Ibrahim dan Dr Jeffey Kitingan, manakala Bishop Philip disertai bersama 100 orang mubaligh Kristian termasuk Bishop Ng Moon Hing dari Persatuan Kristian Malaysia(CFM) dan Father Thomas Phillips dari gereja Roman Khatolik.

Dalam laman asia-lutheran.org, Bishop Philip Lok mendedahkan sebab mereka berani meminta kalimah Allah daripada Allah. Sebabnya Anwar telah 'berjanji sesuatu' dengan Biskop Munib Younan (Bishop Lutheran dari Jerusalem, Israel) semasa sidang dialog Kristian-Muslim di Universiti Georgetown Amerika Syarikat, pada Oktober tahun lalu. Sebab itu Persatuan Kristian berani menuntut janji kepada Anwar. Klik di sini

Entah apa lagi janji Anwar dengan Bishop di luar negara, kita pun tidak tahu. Tetapi ketika balik ke Malaysia, Anwar secara terbuka berceramah di pentas-pentas PAS mengalunkan dendangan Bahasa Arab "Kalimatun Sawa', pada hal mengikut istilah Islam Liberal, "kalimatun Sawa' bermaksud "the bond of interfaith plurality". Di depan audien Islam, Anwar begitu bangga menyebut nama-nama Islam Sheikh Ali Gomaa (Mesir) dan Mustafa Ceric (Bosnia/Hezgovina) dan sesekali tidak menyebut nama-nama Bishop yang turut hadir.

Tetapi apabila berjumpa pula dengan Persatuan Kristian di Malaysia, tidak dibuat secara terbuka, tetapi dibuat secara tertutup (kenapa mesti secara tertutup? apa yang mahu disembunyikan?), Anwar tidak lagi menyebut kalimah Arab, sebaliknya "Kalimatun Sawa" diganti dengan "Commom World", maka disebutnya satu persatu nama-nama Bishop yang hadir; Bishop Munib Younan, The Reverend Joel C. Hunter, The Reverend Thomas F. Michel, Reverend J. Bryan, Rev. Richard Chartes, Patriarch Theofilos III dan lain-lain. Klik di sini

Kenapa mesti ada dua versi, terbuka dan tertutup ?

Hari ini, Anwar Ibrahim akan membuat perhitungan ke atas Zulkifli Nordin kerana menentang hasratnya membenarkan kalimah Allah kepada Kristian.

Zaid Ibrahim juga telah mendesak agar menyingkirkan Zulkifli Nordin daripada PKR kerana melampaui batas dan menghalang demokrasi.

Anwar Ibrahim juga berhujah sama, Zul Nordin telah melampaui batas dan menghalang demokrasi.

Jadi apakah maksud sebenar "demokrasi" mengikut kaca mata Anwar Ibrahim dan Zaid Ibrahim yang pernah mengemukakan fail di mahkamah menghalang pelaksanaan hudud ?

"Kita melaungkan 'demokrasi','reformasi', 'kebebasan', semua itu sia-sia, kalau Zul Nordin tidak dipecat dari PKR", kata Zaid Ibrahim.






0 comments:

Post a Comment