Kalimah Allah : Apabila Anwar berselindung di belakang Dr Mohd Nur Manuty

Sebelum ini orang yang paling galak bercakap tentang anugerah kalimah Allah kepada Kristian adalah Anwar Ibrahim. Di Perth, tahun lalu, apabila Anwar berhadapan dengan masyarakat Kristian, dia mendekatkan dirinya sebagai 'seorang Kristian'. Didakwa kepada penganut Kristian bahawa sepanjang 6 tahun berada di penjara, sebahagian masanya dihabiskan dengan membaca semua koleksi terjemahan Bible.

Di Perth, dalam persidangan antara Islam dan Kristian, Anwar tanpa segan silu mengatakan dia adalah pemuja kepada Nabi Isa (Yesus?) melebihi daripada Nabi Muhamad SAW. Sejak bila pula Islam meletakkan Nabi Isa melebihi martabat Nabi Muhamad SAW ? Inilah yang dikatakan 'apologetic', mengaku kalah dan mengambil hati agama lain, kerana majoriti yang menghadiri persidangan itu terdiri daripada penganut Kristian.

Di Ipoh Perak, ketika berhadapan dengan penyokong Cina (kebanyakan Kristian ?), Anwar sekali lagi menjadi 'pembela Kristian" dengan 'memfakwakan' kalimah Allah adalah hak masyarakat Kristian.

Anwar menggunakan dua hujah. Pertama di Arab, muslim dan bukan muslim berkongsi kalimah Allah. Kedua Abdullah Munsyi pernah menterjemah kalimah 'Lord' kepada 'Allah', ketika itu Majlis Fatwa tidak pun mempertikaikan terjemahan Abdullah Munsyi itu.

Kedua-dua hujah Anwar ini sebenarnya tidak mempunyai asas yang kukuh. Uztaz Taib Azamuddin, bekas imam besar masjid negara dan Dr Haron Din, Timbalan Musyidul Am PAS telah mengemukakan hujah masing-masing untuk menolak hujah Anwar itu.

Dr Haron Din, menunjukkan bukti perbandingan Al Quran dan Bible. Dalam 'Holly Bible' tiada disebut langsung kalimah 'Allah' tetapi kesemuanya memakai nama 'God', 'Lord' serta 'Jesus'. Berbeza berbanding dalam al Quran bermula halaman pertama sudah ada kalimah Allah malah dalam Surah Al-Baqarah, daripada 286 ayat terdapat 279 kalimah itu.

Berkenaan dengan terjemahan Abdullah Munsyi pula, Anwar sengaja memesongkan fakta. Abdullah Munsyi hidup semasa penjajahan British. Ketika itu Majlis Fatwa belum lagi ditubuhkan. Menyedari fakta ini, sebab itu Anwar dengan lantang bersuara, kenapa Majlis Fatwa tidak bersuara ketika Abdullah Munsyi menterjemahkan Lord kepada Allah dalam terjemahan Bible yang pertama ?

Pendek kata Anwar menjadi jaguh memperjuangkan kalimah Allah kepada Kristian. Bukan di hadapan pengundi Islam, tetapi di hadapan pengundi bukan Islam. Kita mahu juga mendengar Anwar bersuara lantang kepada pengundi Islam, kalau benar-benar dia mahu menjadi pejuang Mat King Leather. Tetapi setakat ini, Anwar menikus apabila berhadapan pengundi Islam, idea memperjuangkan kalimah Allah kepada Kristian langsung tidak keluar dari mulutnya.

Dalam situsi sekarang, apabila isu kalimah Allah menjadi isu nasional, langsung Anwar tidak akan bersuara. Sebelum ini menjadi jaguh Kristian, tetapi apabila melihat reaksi umat Islam di negara ini, langsung Anwar terkedu.

Kalau masyarakat Kristian menganggap Anwar sebagai 'messiah', sebenarnya anggapan itu silap. Anwar hanya akan bersuara apabila berhadapan dengan masyarakat Kristian, tetapi menikus apabila berhadapan dengan masyarakat Islam. Sepatutnya Anwar perlu berceramah dan mempertahankan prisipnya kepada masyarakat Islam yang menjadi 60 peratus pengundi di negara ini. Tetapi tidak berlaku begitu. Jadi Anwar bukan 'messiah' tetapi dia adalah cameleon!

Ketika berhadapan dengan masyarakat India, Anwar menjadikan dirinya 'Sivaji The Bos'. Ketika dalam ABIM dahulu, Anwar menjadikan dirinya seorang 'Insan Kamil Lagi Mutakkamil', Ketika berhadapan dengan masyarakat Budhha, Anwar menjadikan dirinya sebagai 'Confucius'. Ketika berhadapan dengan masyarakat Kristian, Anwar menjadikan dirinya sebagai 'messiah'. Sebenarnya itulah diri Anwar, seumpama seekor binatang yang boleh bertukar kulit di pelbagai tempat, binatang bernama 'Chameleon'!

Hari ini, ketika kecoh isu kalimah Allah yang sebelum ini pernah dimomok-momokkannya, Anwar sekali lagi menikus. Di blognya, dia sendiri tidak berani menulis mempertahankan hujah-hujahnya untuk membenarkan kalimah Allah kepada Kristian, sebaliknya berselindung dengan hujah Dr Mohd Nur Manuty.

Dr. Muhd Nur Manuty pula mengeluarkan fatwa di atas kapasitinya sebagai Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) PKR. Pendirian BIPPA merupakan pendirian rasmi PKR.

Kami berpendirian bahawa, keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.

Maksudnya, Parti Keadilan Rakyat telah mengambil pendirian rasmi yang ‘paling terbuka’ dalam isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur iaitu membenarkan akhbar mingguan Herald mengunakan kalimah ‘Allah’.

Sepatutnya kenyataan itu tidak layak dikeluarkan oleh Dr Mohd Nur Manuty, kerana kapasitinya sebagai pengerusi biro, sedangkan isu kalimah Allah merupakan isu nasional yang sepatutnya diwartakan oleh Anwar Ibrahim sebagai Penasihat umum PKR dan pengerusi PR.

Dalam isu kalimah Allah, bukanlah penting kepada Anwar sebab itu hanya layak dikeluarkan kenyataan oleh pengerusi biro sahaja. Lagi pun PKR bukan parti Islam, semua agama diiktiraf dalam PKR sebab itu ditubuhkan Biro Pemahaman dan Pemantapan (semua) Agama (BIPPA).

Inilah nasib Islam, di tangan Anwar dan PKR, hanya tercorot dalam satu biro sahaja. Bukan setakat satu biro, malah dikongsi dengan pelbagai agama termasuk Kristian, Budhha, Hindu dan Islam.

Kira, apabila Anwar menjadi PM nanti, Dr Mohd Nur Manuty lah Menteri Semua Agama dalam kabinet Anwar. Mungkin ketika itu tidak perlu lagi fungsi JAKIM, YADIM, IKIM dan sebagainya yang berbau 'rasis', kerana peranan itu bertindih dengan fungsi Menteri Semua Agama.


0 comments:

Post a Comment