Parti Islam (PAS) restui Anwar Ataturk jadi boneka Amerika Syarikat ?

Jika Presiden Parti Islam, dengan sengaja tidak menghadirkan diri semasa penamaan calon Anwar di Permatang Pauh tempohari, barangkali pelbagai spekulasi ditohmah kepada Presiden parti Islam itu, termasuk berusaha mensabotaj Anwar Ataturk dan Parti Amerika (PKR). Tetapi hakikatnya, Presiden Parti Islam tetap menghadiri upacara penamaan calon itu, meskipun kehadirannya adalah tanda sokongannya mengangkat Anwar Ataturk sebagai ketua pembangkang Malaysia dan ketua PR yang menaungi parti Islam sendiri. Agak pelik, Parti Islam anti Yahudi dan Amerika, tetapi di dalam negara Parti Islam sendiri berketuakan Parti Amerika (PKR)dan individu yang pro Yahudi, Anwar Ataturk.

Jika Dr Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor mengkritik kaedah penjualan arak dan cara soal siasat SELCAT di Selangor, dikecam habis-habisan oleh sekutu parti Amerika (PKR)iaitu Parti Singapura (DAP). Dr Hassan Ali ditohmah dengan bermacam-macam tuduhan, dikatakan 'orang yang gila kuasa' (mahu jadi MB Selangor) dan gunting dalam lipatan yang mahu merosakkan Pakatan Rakyat!

Tetapi semalam terbukti Anwar Ataturk, tidak balik ke Malaysia mengiringi calon Parti Islam bertanding di Bagan Pinang, tiada sesiapapun dari Parti Islam dan Parti Singapura yang mempertikaikan ketidakhadiran Anwar di Bagan Pinang itu.

Tiada suara sumbang yang berbunyi bahawa Anwar mahu mensabotaj calon Parti Islam di Bagan Pinang, walaupun maksud sebenar ketidakhadiran Anwar ke arah itu.

Dr Hassan Ali mengkritik arak dan SELCAT di Selangor dilihat sebagai mensabotaj PR. Tetapi Anwar yang terang-terangan tidak hadir mengiringi calon Parti Islam tidak dilihat mensabotaj PR ? Itu sudah double standard! Mentang-mentanglah Anwar sebagai ketua PR dan ketua pembangkang di Malaysia, tiada siapa pun berani mengkritiknya. Mentang-mentanglah Dr Hassan Ali, bukan berjawatan MB Selangor, hanya exco biasa bertaraf Pengerusi Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hassan dicincang lumat oleh Khalid Samad, Tony Pua dan konco-konco sekutu parti Amerika (PKR)!

Itulah double stardard, cara PR melayan dua individu dalam PR. Dr Hassan Ali sentiasa menjadi kambing hitam, walaupun tindakannya mempertahankan Melayu dan Islam di Selangor, tetapi Anwar Ataturk, ditatang bak minyak penuh, walaupun tindakannya merosakkan Melayu dan Islam di Malaysia.

Sebenarnya Parti Islam sudah lama memerhati hala tuju Anwar Ataturk. Dari tahun 2005 (ketika Anwar berada di Amerika dan bekerja dengan Presiden Bush) hingga sekarang Parti Islam hanya memerhati. Bukan Parti Islam tidak tahu siapa Anwar Ataturk, mereka tahu, tetapi mereka akan terus menjadi pemerhati. Walaupun sebahagian PAS telah dirosakkan dengan Anwar mewujudkan klon Erdogan, tetapi Parti Islam akan terus menjadi pemerhati. Memerhati dan terus memerhati.

Anwar pun tahu kekuatan dan kelemahan parti Islam. Tidak berani bertindak apa-apa, kecuali hanya sebagai pemerhati sahaja. Meskipun sebahagian tarbiah Parti Islam, telah rosak, Anwar tahu, Parti Islam akan terus memerhati!

Sampai bila Parti Islam akan terus memerhati ? Sampai semua orang Melayu menolak Parti Islam kerana dianggap parti pak turut kepada Parti Amerika, ketika itulah Parti Islam akan menolak secara total anasir-anasir Amerika dan Yahudi. Ketika ketua-ketua Parti Islam ditolak satu persatu dalam pilihanraya, ketika itulah ketua-ketua Parti Islam mempunyai masa untuk kembali ke madrasah dan masjid untuk berceramah menentang Yahudi dan Amerika Syarikat!

Abdar Rahman Koya, seorang penulis independen Malaysia telah lama memerhatikan sikap Anwar dan kesannya kepada PAS. Pada Disember 2004, Abdar Rahman Koya menulis mendedahkan siapa Anwar di Muslimedia.com bertajuk "Doubts over Anwar’s friends as he re-enters Malaysian politics" [klik di sini)

Abdar Rahman menulis, "Sewaktu berada di Hospital Munich, pemerhati dan penyokongnya memberikan pandangan sepintas lalu terhadap Anwar ‘baru’ seperti yang dikatakan di mana dia baru sahaja menghabiskan masa selama 6 tahun di belakang tirai besi"

"Personaliti yang melawatnya, daripada bekas presiden Indonesia seperti Abdurrahman Wahid, BJ Habibie, intelektual Islam seperti Yusuf Qaradawi dan sebagainya, kepada pembuat-keputusan politik kanan Eropah dan AS, dan juga temu ramahnya bersama media Barat, telah mendedahkan gambaran sebenar Anwar sebagai seorang Muslim ‘Moderate’ yang telah dipelihara oleh inkubator media Barat"

"Rasa sangsi ini ditambah lagi dengan pertemuan Anwar di Munich bersama Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika, Paul Wolfowitz, seekor ‘pemangsa’ dalam pentadbiran Bush dan arkitek serangan AS ke atas Iraq tahun lepas."

"Sumber yang rapat dengan Anwar telah memberitahu Crescent International bahawa Anwar telah dinasihatkan mengenai bahaya kerana telah dilihat sebagai seseorang yang disukai oleh Amerika, dalam pandangan Muslim secara umumnya benci kepada AS"

"Satu pertemuan tertutup selepas iftar bersama pemimpin parti pada 7 November telah mendedahkan Anwar di ‘sebelah yang lain’, jauh dari paparan media Barat, dan dia jarang mengitik ‘keras’ terhadap dasar AS"


"Dalam satu majlis, apabila ditanyakan mengenai pandangannya terhadap PAS, Anwar mengatakan agenda ‘reformasinya’ tidak pernah dimasukkan tentang sebuah negara Islam atau pelaksanaan hukum hudud"

Abdar Rahman menulis artikel kedua melanjutkan kupasan tersebut dalam artikel yang bertajuk "Implications of Anwar Ibrahim’s promotion of a moderate and west-friendly Islam" di uslimedia.com, Mei 2005. [klik di sini]

"Oleh yang demikian bermula satu usaha ‘mempakejkan’ semula Anwar Ibrahim oleh Amerika Syarikat: beliau berhenti daripada menjadi 'pemimpin kebangkitan' sehingga 1998, dan beliau telah menjadi seseorang yang bersahabat dengan 'mentor' (Paul Wolfowitz) dari Barat -mereka ini dijadikan penghubung masa depan politik oleh 'bakal pemimpin Asia Tenggara – adalah sesuatu yang tidak ternilai kepada Barat dalam pencarian terdesak mereka untuk “agen perubahan” dalam dunia Muslim"

"Sekurang-kurangnya dari pembinaan imejnya, dari cara berpakaian kepada kenyataan berhati-hati yang dibuatnya tentang hegemoni (dominasi Amerika sebagai kuasa tunggal)AS dan Barat, beliau telah memperoleh status sebagai “kesayangan Barat”.


"Dalam stail yang sama, pelbagai perkataan telah digunakan oleh kelompok Barat untuk menggambarkannya : Anwar adalah seorang yang 'moderate', seorang pemikir, seorang reformis : Beliau seorang 'Muslim liberal', seorang 'Muslim demokrat' ; istilah yang Anwar sendiri mungkin tidak selesa, tetapi kepada sesiapa yang menggunakannya untuk Anwar, mereka tiada apa yang perlu dipersalahkan kecuali kepada diri Anwar sendiri"

"Siapa kawan sebenar Anwar menjadi soalan yang sentiasa diajukan sejak pembebasannya : soalan seperti ini boleh diabaikan dalam semangat realiti diplomatik antarabangsa apabila beliau berada dalam kedudukan teratas dalam kerajaan. Tetapi sekarang beliau tidak mempunyai jawatan politik, ramai yang tertanya-tanya kenapa beliau bertemu dengan orang seperti Wolfowitz, dan dialu-alukan di Pentagon"

"Sekarang Anwar Ibrahim muncul untuk menjadi “agen perubahan ”, selagi dibenarkan oleh Barat ; beliau bercakap tentang demokrasi dalam dunia Muslim tetapi tidak sampai kepada mengkritik rakannya dalam dunia Arab, terutamanya keluarga pemerintah Saudi, (kerana) beliau telah menikmati hubungan yang mesra semenjak Kerajaan Saudi berkempen dalam dunia Muslim menentang Revolusi “Shi’ite” di Iran.

"Untuk PAS, yang telah lama dilihat sebagai simbol gerakan Islam Malaysia, Anwar tidak berbeza dengan ramai pemimpin parti memerintah yang berkempen untuk menentang PAS dengan memperkenalkan secara meluas “Islam Hadhari” – tema politik Perdana Menteri Abdullah Badawi. Anwar pula sibuk mempromosikan “demokrasi dan perubahan” di kalangan Muslim"


"Tetapi Amerika dan kumpulan pemikir Baratnya tidak berada dalam keadaan terdesak : kepimpinan yang ada sekarang mampu memberikan kerjasama, tetapi untuk ‘perang ke atas keganasan’ memberikan hasil yang ketara, Amerika memerlukan seorang lelaki dengan kombinasi kualiti yang perlu : Islam yang masih pro-barat, dan oleh yang demikian senang untuk berunding - bagi mencapai kejayaan secara berperingkat dalam kedudukan peringkat tertinggi kerajaan"

"Lawatan Anwar ke beberapa institusi di Barat, seperti ke Universiti Oxford dan Universiti John Hopkins, juga boleh dibaca dengan cara yang sama : satu amalan perhubungan awam untuk menarik perhatian Washington bahawa pembangkang Malaysia “bersahabat dengan semua”

"Ketiadaan kepimpinan PAS yang berkebolehan mungkin salah satu sebab kenapa hala tuju PAS dikuasai oleh Anwar. Sekarang PAS lebih suka menjadi pemerhati dalam perdebatan yang menyentuh mengenai Negara Islam, dan sambutan pemimpinnya kepada cabaran-cabaran telah dibawa bersama oleh kem yang kononnya ‘liberal’ semakin suram"

"Ini mungkin akan menyebabkan kerosakan jangka panjang kepada gerakan Islam, dan risiko mengubah satu-satunya gerakan Islam dalam negara kepada satu parti politik ‘Islam’ ala Turki yang muncul kebanyakannya untuk undi dan beberapa perkara kecil yang lain"


Pada bulan Jun 2005, Abdar Rahman Koya menulis satu lagi artikel bertajuk " Malaysia’s PAS facing pressure to change tack because of association with Anwar Ibrahim" [Klik di sini]

"Sekiranya perbualan bersama dengan penyokong PAS dan maklum balas dihantar ke internet sebagai petunjuk, kemerosotan ini memang jelas. Asas kewujudan PAS - untuk mendirikan sebuah negara Islam di Malaysia - berada dalam ancaman kerana memandangkan PAS bersedia untuk memperolehi semula sokongan daripada Anwar Ibrahim"


"Suka atau tidak, Anwar dan parti yang beliau menjadi penasihat sekarang telah mengadakan hubungan dengan PAS, sebagai apa yang dikenali sebagai Barisan Alternatif. Ini memberikan banyak masalah kepadanya secara peribadi, terutamanya kerana beliau merasakan beliau perlu terlibat dalam kepentingan dunia, sebagai contoh bertemu dengan pemimpin berhaluan kanan dari Washington dan kumpulan pemikir dari Barat, yang kesemuanya akan membentuknya sebagai seorang “pemimpin Muslim yang moderat”


"Lawatan Anwar ke seluruh dunia untuk bertemu dengan pemimpin politik dan rakan-rakannya yang memegang jawatan penting di Washington dan Eropah mempunyai dua matlamat dan objektif menang-menang : Peranan Barat dalam membentuknya sebagai seorang agen perubahan sebelum beliau memegang kuasa; dan untuk menjelaskan bahawa PAS bukan sebuah parti ‘pengganas’ Islam, seperti yang ditakuti oleh pemimpin Barat, tetapi sebuah parti yang bebas dan demokratik yang mana Barat mampu “bekerjasama bersama” untuk memegang kuasa"


"PAS merasakan berada di bawah tekanan yang semakin meningkat untuk memformulasikan semula agendanya, dan pada masa yang sama menimbangkan kembali penubuhan sebuah Negara Islam"


"Sesetengah pemimpin keADILan, termasuk ANwar, telah mengambil tanggungjawab tersebut untuk bercakap mewakili PAS, cuba untuk mempertahankan agenda negara Islam PAS, terutamanya semasa temuramah dengan media Barat dan dalam ceramah di negara Barat, dan di majlis perhimpunan tempatan yang dihadiri oleh “Muslim yang moderat” dan bukan Muslim"

"Apabila ditanya sama ada beliau bersetuju dengan usaha PAS untuk sebuah Negara Islam, dalam kebanyakan soalan disebutkan bahawa Negara Islam bermaksud penafian terhadap kebebasan kepada bukan Islam untuk mengamalkan kepercayaan mereka, jawapan Anwar hanya menekankan kepada persepsi seperti : Beliau berkata PAS perlu bekerja dalam lingkungan sebuah “jaminan perlembagaan” dalam kebebasan beragama kepada bukan Muslim, memandangkan sekiranya tiada terdapat jaminan seperti itu dalam Islam. Ketika semua ini sedang berlaku, kepimpinan PAS telah berdiam diri"


Nampaknya apa yang telah ditulis oleh Abdar Rahman pada tahun 2004 dan 2005, hari ini sebahagiannya telah menjadi kenyataan. Telah wujud elemen PAS pro Turki, seperti semakin berkembangkan puak Erdogan di dalam PAS dan kemungkinan PAS dapat dinuetral sepenuhnya oleh Anwar dalam beberapa tahun lagi sekiranya Anwar mendapat lebih banyak dana daripada Amerika Syarikat.

0 comments:

Post a Comment