Anwar Ataturk : Jika anda mahu jadi Martin Luther, letak jawatan Ketua PR!

Semasa berkempen di Bagan Pinang, Anwar tanpa segan silu mengatakan kerjanya sebagai 'ketua pluralisme'(menyamaratakan agama-agama). "Saya baru balik dari Amerika menghadiri sidang Common World (kerjasama Islam dan Kristian), lepas ini, saya akan ke Kerala, India menghadiri sidang Islam dan Hindu, inilah kerja kita, kerja Pakatan Rakyat", kata Anwar.

Benar gesaan Karpal Singh, suatu ketika dulu, Anwar tidak layak jadi ketua PR, PR perlu mencari ketua baru yang lebih layak. Anwar perlu bertaubat!

Kenapa hujah Karpal Singh benar ? Pertama, ketika PKR menghadapi krisis dalaman yang teruk sama ada di Selangor atau Sabah dan Sarawak, Anwar tidak mengambil pendekatan menyelesaikan permasalahan itu, sebaliknya memilih pendekatan melarikan diri, dengan mengatur sekerap mungkin jadual-jadual agenda dialog antara agama (pluralisme) di luar negara.

Inikah pemimpin yang bertanggungjawab ? Ketika gagal mengotakan janji menjadi PM pada 16 September 2008, dia tanpa segan silu terus menerus melakukan pembohongan. Di mana sikap akauntibiliti(kebertanggungjawaban) yang sering dilaung-laungkannya ?

Di mana sikap kebertanggungjawaban seorang ketua de facto yang memprojekkan imej parti hanya tunduk kepada satu individu, yakni dirinya sendiri, tetapi apabila masalah-masalah parti muncul yang memerlukan penyelesaian ketua de facto, individu itu pula melarikan diri dengan melakukan kerja-kerja di luar negara yang tiada sangkut paut dengan parti.

Siapa yang taja Anwar Ataturk untuk melakukan kerja dialog-dialog antara agama itu ? Amerika Syarikat ? Kalaulah Anwar lebih berminat dengan kerja-kerja dialog antara agama, kenapa tawar diri bertanding di Permatang Pauh ? Kenapa menerima jawatan ketua PR, yang sepatutnya menumpukan usaha-usaha yang lebih supaya Parti Islam (PAS) dan Parti Singapura(DAP) tidak terus bercakaran ?

Kerja dalam parti sendiri, kerja dalam gabungan parti-parti (PR) semakin berlambak, tetapi Anwar memilih untuk melakukan kerja lain yang diupah oleh pihak asing!

Soalan kedua, sepanjang Anwar berdialog antara agama di luar negara, adakah menguntungkan Islam ? Adakah layak Anwar Ibrahim digelar sebagai pendakwah/die seperti Ahmad Deedat atau anak muridnya Dr Zakir Naik (Pakistan) ?

Kalau dibandingkan antara Anwar dan Ahmad Deedat atau Dr Zakir Naik, amat jauh berbeza, seperti langit dengan bumi. Ahmad Deedat dan Dr Zakir Naik berusaha untuk menunjukkan kebenaran Islam berbanding dengan agama-agama lain, malah sanggup berdebat dengan paderi Kristian untuk mempertahankan Islam. Tetapi Anwar berusaha menyamaratakan Islam dengan agama-agama lain, bahkan sentiasa menyeronokkan atau mengambil hati penganut-penganut agama lain, supaya dirinya terus disanjung.

Kalau kita analisis ucapan Anwar di Perth Interfaith Conference(Persidangan Islam dan Kristian), Julai 2009 lalu, Anwar tidak mempertahankan Islam, sebaliknya mempertahankan kehebatan dirinya. Sebagai seorang pluralis, pengalamannya berada di penjara, mengkritik negara sendiri (Malaysia), itulah antara isi-isi penting yang selalu diulang-ulang oleh dialog antara agama. Layakkah orang yang sentiasa mendahului ketakjuban kepada diri sendiri dijadikan wakil Islam untuk berdialog dengan agama Islam ? Ya. Kita mungkin kata Anwar tidak layak, tetapi paderi dan para Rabbi merasakan Anwar paling layak, kerana Anwar lambang kerosakan penganut Islam!

Kenapa Anwar amat digemari oleh para Paderi dan Rabbi ? Kerana Anwar simbol Islam 'Apologetic', individu yang mengaku Islam tetapi sanggup tunduk kepada agama lain. Tidak berani mempertahankan kebenaran agama sendiri, tetapi mencari-cari dalil dan nas untuk menyamakan dengan agama lain dan pada kesimpulannya, agama lain adalah benar, agama sendiri menjadi pengemis yang melukut di tepi gantang! Itulah Anwar Ataturk, seorang yang apologetic!

Misalnya di Perth, dalam persidangan antara Islam dan Kristian, Anwar tanpa segan silu mengatakan dia adalah pemuja kepada Nabi Isa (Yesus?) melebihi daripada Nabi Muhamad SAW. Sejak bila pula Islam meletakkan Nabi Isa melebihi martabat Nabi Muhamad SAW ? Inilah yang dikatakan 'apologetic', mengaku kalah dan mengambil hati agama lain, kerana majoriti yang menghadiri persidangan itu terdiri daripada penganut Kristian.

Sebab itu dalam ucapan di Perth, Anwar memperlekehkan umat Islam (seperti Ahmad di Pakistan) yang mempertahankan penghinaan ke atas Nabi Muhamad SAW melalui kartun Darnis. Bahkan lebih jauh lagi, Anwar memanipulasi kefahaman Islam berasaskan 'maqasid syariah' dengan berpegang kepada ulamak-ulamak terpencil yang menolak pembentukan mahkamah syariah.

Bagaimana pula ucapan Anwar di Common World, di Georgetown baru-baru ini ?

Tidak ada yang hebatnya ucapan Anwar itu, selain menggambarkan menyerlahkan lagi sikap apologeticnya itu. Menurut laporan Eric Pilch, dalam Vox Populi, akhbar rasmi Georgetown, Anwar menyeru ke arah kehidupan masyarakat harmoni antara Islam, krsitian dan Yahudi menjadi satu bangsa yang terunggul di dunia.(klik di sini).

Ucapan sebegini amatlah menyeronokkan telinga para paderi dan rabbi, kerana mereka boleh terus menerus menindas Islam. Siapa Presiden Bush yang menceroboh dan membunuh orang awam di Iraq dan Afganistan. Bukankah dia seorang Presiden Amerika Syarikat yang mengaku melakukan perkara itu atas arahan agama Kristian ? Siapa pula Ehud Olmert yang menyerang dan membunuh umat Islam di semenanjung Gazza ? Bukankah dia seorang Yahudi yang melakukan atas arahan agama Judaisme ? Siapa pula Anwar Ibrahim ? Bukankah dia merupakan bekas pekerja Presiden Bush di Jabatan Negara ?

Malah ucapan Anwar di persidangan Islam-Kristian di Universiti Georgetown baru-baru ini, boleh dikatogerikan sebagai memalukan Islam, kerana sebahagian besar isi ucapannya adalah menyentuh berkenaan dirinya, bukannya menyentuh mengenai kemuliaan Islam. Klik di sini

Kalau beginilah wakil-wakil Islam yang sedang diprojeksi oleh para paderi dan rabbi untuk berdialog atas nama agama, sampai bila-bila Islam menjadi agama apologetic..

Sudahlah sejarah Anwar sendiri terpalit dengan imej homoseksual, pemikiran Islamnya pula sarat dengan pluralisme acuan John Esposito..


0 comments:

Post a Comment