Anwar sertai perhimpunan anti ISA sebab takut diISAkan

PAS boleh mendabik dada kerana Berjaya mengerah segala bala tenteranya untuk berdemonstrasi membantah ISA, di Dataran Merdeka semalam. Dari Presiden PAS, Ahli Majlis Tertinggi hingga ke pasukan sayap merah (unit Amal Pemuda PAS).
Tetapi sesuatu demonstrasi yang dianjurkan, bukan dikira dari segi kejayaan menganjurkan, namun dinilai pada pencapaian matlamatnya.


Apakah selepas demonstrasi semalam, ISA akan dimansuhkan ? Saya fikir tidak.
Jadi sekiranya tidak dimansuhkan ISA, walaupun dikerah seluruh bala tentera berdemonstrasi, kenapa perlu menganjurkan kerja yang akhirnya sudah diketahui tidak membuahkan hasil ?

Di sinilah noktah persoalannya : Untuk apa demonstrasi dianjurkan, walaupun sudah ketahui tiada hasil ?

PAS sendiri mengalami krisis sokongan masyarakat Melayu terhadap partinya. Hal ini terbukti dengan kehilangan 40 peratus pengundi Melayu di Bukit Gantang dan hanya Berjaya mengekalkan kemenangan majoriti 65 undi di Manek Urai. Itu isyarat-isyarat awal yang bakal mencemaskan parti Islam.

Apatah lagi krisis pertembungan Erdogan dan Ulama yang masih berlarutan, walaupun Muktamar PAS telah lama berlalu.

Jadi apa jalan keluarnya ? Jawapannya mesti tumpu ke luar, turun ke jalan raya, berdemonstrasi!

Benar, itu adalah jalan keluar terbaik, tetapi sejauhmanakah keberkesanannya ?

Penganjur boleh berbangga dengan kejayaan mengadakan demontrasi, tetapi belum tentu penganjur boleh meraih keuntungannya. Mungkin keuntungan yang diharapkan, tetapi kerugian yang diterima.

Politik itu mempunyai kesenian yang tersendiri. Tidak semestinya Berjaya menganjurkan demonstrasi semalam akan Berjaya memenangi hati pengundi Melayu agar kembali menyokong parti Islam. Mungkin kesan sebaliknya.

Siapa untung PAS, Anwar atau DAP?

Lim Kit Siang tidak perlu mengerahkan seluruh tenteranya untuk turun ke jalan raya. Cukup sekadar dia dan anaknya (Lim Guan Eng) dan beberapa kerat tokoh DAP tunjuk muka, kerana semua persiapan telah disediakan oleh PAS.

Anwar Ibrahim lagi bijak, tidak perlu mengarahkan segala bala tenteranya untuk bersekang mata untuk mengarahkan bala tenteranya turun di jalan raya, kerana PAS telah bertungkus lumus bekerja keras.

Cukup sekadar Anwar muncul di pejabat PAS, di Kuala Lumpur dan memberikan ucapan, lepas itu balik ke rumah dan tidur. Itu sudah kejayaan besar, tidak perlu bekerja keras, menghabiskan masa dan tenaga, tetapi Berjaya memperolehi populariti.

Selepas ini, Anwar bakal muncul dalam CNN, CBS, Al Jazeera atau BBC dan boleh mendakwa semua itu adalah hasil usahanya. Anwar akan meletakkan dirinya sebagai hero, sebagai manusia yang ‘berkarisma’, berjaya menghimpunkan rakyat menyokongnya.
Dunia barat tidak kenal siapa Haji Hadi Awang atau Lim Kit Siang, mereka hanya kenal Anwar Ibrahim.

Dan sudah tentu dunia barat akan memuji kehebatan Anwar Ibrahim, Berjaya menganjurkan demonstrasi anti ISA, di Kuala Lumpur dengan mengembling sokongan Haji Hadi dan Lim Kit Siang.

Sebab itu politik itu seni. Walaupun PAS Berjaya menganjurkannya, tetapi tidak semestinya Berjaya mengaut populariti. Di dalam Negara belum tentu PAS Berjaya meraih simpati sokongan Melayu, apatah lagi meraih populariti di Amerika Syarikat ?

Seperti dalam PRU 12, akibat percaturan bijak Anwar Ibrahim, walaupun partinya masih setahun jagung dan keahliannya kurang, tetapi keputusan akhir adalah PKR Berjaya menghantar 30 ahli parlimen, DAP (28) dan PAS (23).

Itulah harga yang paling mahal dengan kerja keras PAS, mengerah semua bala tenteranya dengan tred rekod sebagai Parti Islam yang tertua, akhirnya Berjaya memenangi 23 kerusi parlimen berbanding dengan PKR, 30 kerusi. Sepatutnya dari segi logik, keputusan sebaliknya.

Tetapi yang lebih untung adalah DAP yang Berjaya meningkatkan jumlah suaranya di parlimen akibat undi daripada ahli-ahli parti Islam.

Sebab itu memang wajar, jika akhbar harian Israel, The Jerusalem Post, meramalkan Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia. Akhbar Israel tidak meramalkan Haji Hadi Awang atau Lim Kit Siang sebagai PM, mereka meramalkan hanya Anwar Ibrahim sahaja bakal PM!

Demonstrasi untuk menyelamatkan kerajaan PR Selangor ?

Semua rakyat Malaysia tahu apa yang berlaku di Selangor. Haji Hadi tahu, Anwar tahu dan Lim Kit Siang juga tahu. Mereka ramalkan kerajaan PR akan runtuh jika tidak diselamatkan.

Tetapi benarkah ‘kerajaan PR Selangor’ bakal runtuh seperti ramalan mereka itu ? Saya tidak fikir begitu. Kerajaan PR Selangor amat kuat!

Hasil undi ahli-ahli parti Islam, PKR memperolehi 15 kerusi, DAP (13) dan PAS (8). Berdasarkan kedudukan kerusi memang layak PKR menerajui kepala negeri sebagai Menteri Besar. DAP sebagai majority kedua terbesar, memohon jawatan Timbalan Menteri Besar, tetapi undang-undang tubuh kerajaan Selangor tidak membenarkan TMB di kalangan bukan Melayu, jadi peluang lebih terbuka kepada PAS.

Tetapi untuk menjaga autonomi kerajaan PKR di Selangor, dimansuhkan jawatan TMB, hanya Khalid Ibrahim dijadikan ketua de facto, selain membolot 4 kerusi exco. Manakala PAS dan DAP berkongsi 3 jawatan exco mewakili parti masing-masing.

Bezanya exco yang disandang DAP lebih kanan dalam susun atur pentadbiran Selangor.
Senarai lengkap seperti berikut;

1. Tan Sri Khalid Ibrahim -Menteri Besar (PKR)
Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri , Belia & Sukan

2. YB Teresa Kok Suh Sim (DAP)
Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan

3. YB Ronnie Liu Tian Khiew (DAP)
Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan

4. YB Eam Yong Hian Wah (DAP)
Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram

5. YB Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong (PKR)
Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar

6. YB Yaakob bin Sapari (PKR)
Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan

7. YB Rodziah binti Ismail (PKR)
Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi

8. YB Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam (PKR)
Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin


9. YB Dato Dr. Hassan bin Mohamed Ali (PAS)
Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam

10. YB Dr. Halimah binti Ali (PAS)
Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan

11. YB Iskandar bin Abdul Samad (PAS)
Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan


Semenjak gabungan PAS, PKR dan DAP menerajui Selangor, telah banyak perubahan drastik telah dilakukan antaranya :

1. Meluluskan RM 8 Juta untuk rumah-rumah ibadat bukan Islam (gereja/tokong/kuil) dalam bajet 2009

2. Memansuhkan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (Islam) menjadi Pengerusi Rumah Ibadat Bukan Islam diganti dengan pengerusi bersama antara Teresa Kok, Ronnie Liu dan Dr Xavier jayakumar

3. Memansuhkan peraturan sekatan rumah ibadat bukan Islam termasuk peraturan ketinggian.

4. Meluluskan 10 juta untuk memperkasakan sekolah Cina dan Tamil.

5. Menobatkan mendiang S Kugan sebagai "wira Selangor" dan menderma RM10,000 kepada keluarganya, walaupun mendiang S Kugan mempunyai rekod jenayah sejak berumur 13 tahun lagi.

6. Pelantikan besar-besaran bukan Melayu ke dalam kerajaan Selangor dan agensinya, misalnya Datin Paduka Low Siew Moi, sebagai penasihat kewangan MB; Tricia Yeoh sebagai pegawai penyelidik Dasar-dasar Awam Selangor; Dr Tan Kee Kwong sebagai Task Force tanah Selangor; Khong Ho Ming sebagai konsultan KDEB, William Leong sebagai anggota panel Kajian Semula Air Selangor dan ramai lagi yang dilantik di pelbagai agensi.

Sebab itu ada kewajarannya keluhan ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, bekas aktivis PAS Selangor dengan berkata apa yang PAS dapat daripada ‘kerajaan PR’ Selangor setelah berjaya menyakinkan ahli memangkah PKR dan DAP ?

Hanya satu yang PAS dapat iaitu berjaya mengadakan ceramah-ceramah di Selangor!


0 comments:

Post a Comment