Rafizi menang Ketua AMK PKR ?0 comments
Nampaknya arus perubahan anak muda PKR makin kuat. Rata-rata tidak sukakan Shamsul Iskandar Mat Akin, budak setakat dari segi saiz/karektor badan (gemuk dan pendek), tetapi sikap ketua AMK itu yang yang dilihat penakut dan lembab. Gelaran Shmasul kencing dalam seluar menjadi imej negatif yang menghantuinya hingga sekarang. Maka tiada pilihan lain, Ketua AMK baru perlu dipilih. Mereka kata, "cukup-cukup shamsul ketot pegang ketua AMK, kalau berkarisma sangat, awak bertanding pula, Naib Presiden PKR, ada berani?"
Calon kedua yang disebut-sebut adalah chegubard atau nama sebenar Badrul Hisham Shaharin. Ramai yang tidak suka caon ini, sebab dia tiada idealisme. Bukti yang paling jelas chegubard tiada idealisme, dia sendiri terpaksa menulis kertas edaran bertajuk "Menjawab tuduhan che’GuBard tidak punya idealisma?”. Kalau dah ada idealisme, tidak perlu jawab isu tiada idealisme, kecuali memang tiada idealisme, maka terpaksa menjawab isu idealisme untuk membuktikan ada juga idealisme. Bukti kedua tiada idealisme adalah nama chegubard itu sendiri. Ramai yang kata chegubard tiada jati diri sendiri. Kalau nak tunjuk Badrul Hisham seorang guru tuisyen, gunalah nama Cikgu Bard, bukannya chegubard. Ramai yang tahu, dari mana chegubard ambil nama tu. Tak lain tak bukan dari nama "Che Guevara", tokoh sosialis Cuba. Nampak sangat tak ada idea, nama pun klon nama orang lain. Sebab itu chegubard suka berdemo, nak tiru gaya Che Guevara, dalam demo pula chegubard suka jadi hero, suka buat provokasi untuk tarik perhatian polis dan media. Suka pekik, suka melolong, itu saja kelebihan chegubard! Tapi dari segi keberanian chegubard lebih berani daripada shamsul ketot. Shmasul semua orang tahu, saja buat-buat berani, tetapi buat-buat berani hingga terkencing dalam seluar. Sebab itu, menyedari kelemahan penakutnya shamsul, hingga gagal menarik anak muda untuk berdemo sokong Anwar peliwat di mahkamah, chegubard, selaku 'anak saudara' sangkut Anwar menawarkan diri. Bayangkan shamsul ketot janji nak himpunkan 5000 anak muda sokong Anwar di mahkamah, tetapi yang keluar hanya 50 orang sahaja. Tak ada karisma langsung shamsul ketot, hinggakan chegubard menulis warkahnya bertajuk 'Angin pemilihan makin terasa’ untuk diedarkan kepada perwakilan AMK. Dari segi menonjol dan berani, ya lebih kepada chegubard, tetapi dari segi otak, langsung tak boleh pakai, jadi fail juga macam shamsul ketot. Jadi siapa yang paling layak terajui AMK ? Sudah tentu Rafizi Ramli. Walaupun perwatakannya lembut dan tidak suka berdemontasi, tetapi dari segi kelulusan sudah mengalahkan kedua-dua calon itu. Shamsul lulusan UIA, chegubard dapat sijil beli dari Korea (sijil chegubard tidak boleh pohon kerja, sebab universiti Korea yang dimasuki chegubard itu tidak diiktiraf kerajaan). Itupun chegubard boleh belajar di universiti (kolej?) swasta di Korea sebab Ezam hantar. Ketika itu Ezam ketua AMK, dapat grant belajar untuk anak muda yang minat berdemontrasi, jadi Ezam hantar chegubard. Rafizi budak cerdik, lulusan United Kingdom. Dia yang rekrut Nik Nazmi, semasa Nik Nazmi belajar di UK, jadi tidak hairan apabila Nik Nazmi naik dalam PKR, dulu jadi SETPOL Khalid Gagap, sekarang jadi Pengarah Komunikasi PKR, orang yang pertama ditunjuk oleh Nik Nazmi untuk jadi Ketua AMK adalah Rafizi. Kalau Nik Nazmi dah tunjuk tu, kira Anwar tunjuk lah, kerana Nik Nazmi adalah orang kesayangan Anwar, dulu bekas pegawai khas Anwar, disebut-sebut sebagai 'pewaris diari merah' selepas Azmin, dan sekarang apabila PKR kalah dari segi perang media, Anwar pujuk Nik Nazmi berhenti dari jadi SETPOL Khalid dan memegang jawatan baru Pengarah Komunikasi. Ingat senang ke nak berhenti dari jawatan SETPOL, jawatan yang menjanjikan lubuk duit, tetapi Nik Nazmi sanggup berhenti juga, maknanya gaji Pengarah Komunikasi lebih lumayan daripada SETPOL. Hujah Anwar senang saja, kalau PKR kalah dalam PRU 13, tiada lagi jawatan SETPOL, tetapi jawatan PENGARAH KOMUNIKASI kekal. Kalau awak (Nik Nazmi) tidak pegang jawatan Pengarah KOMUNIKASI, PKR akan tewas dalam PRU 13. Itu hujah mudah Anwar kepada Nik Nazmi. Lihat siapa di belakang Rafizi, siapa yang bawa Rafizi turun ke cabang-cabang dan ranting ? Orang itu tidak lain tidak bukan adalah Azmin Ali, bakal Timbalan Presiden PKR. Siapa Azmin di sisi Anwar ? Itu kena tanya dengan Ezam dan Anuar Shaari. Kalau tidak tidak muncul istilah 'Parti 3 A'. Kalau 3 A dirujuk kepada Anwar, Azizah dan Nurul Izzah memang kena, sebab mereka anak beranak, tetapi 3 A dirujuk kepada Anwar, Wan Azizah dan Azmin, dilihat pincang kerana Azmin bukan ahli keluarga sebenar Anwar. Tetapi Azmin mengaku Anwar adalah ahli keluarganya, termasuk dari keluarga sebelah isterinya, Shamsida Taharin. Ini salasilah baru, kena tanya dengan Dato Nallakarupan, macam mana boleh muncul salasilah ni! Sekarang makin jelas, Azmin sokong Rafizi, Nik Nazmi pun sokong Rafizi, bermakna Nik Nazmi adalah anak buah Azmin, sebab itu Wan Azizah lantik orangnya, Faekah menjadi SETPOL baru Khalid Gagap. Ada polititing rupanya di pejabat MB Selangor, hinggakan dua orang kuat Anwar, Azmin dan Azizah, masing-masing bertarung untuk merebut kasih kepada Anwar ! Menuntut pendirian Anwar berkenaan HUDUD1 comments
Semalam, Anwar mengadakan sidang media selepas mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat di Petaling Jaya kononnya ingin beri penjelasannya tentang hudud, tetapi seperti biasa jawapan Anwar tidak memuaskan, samar-samar dan tiada pendirian. Akhirnya seperti seperti sebelum ini, Anwar akan mengambil peluang melakukan serangan-serangan dilemparkan kepada pihak lain khususnya UMNO.
Taktik menyerang pihak lain bertalu-talu ini bertujuan untuk melarikan persoalan pokok, pendiriannya tentang hudud, dan mengajak penyokongnya membicarakan persoalan lain. Inilah jawapan master of the spin, tidak menjawab isu sebaliknya menyalahkan pihak lain. Kenapa Anwar tidak mahu menyatakan pendiriannya tentang hudud ? Rasanya semua orang tahu jawapannya, sama seperti apabila orang ramai mendesak Anwar melakukan sumpah dengan menafikan tidak meliwat Saiful. Anwar juga enggan, sebaliknya menyalahkah PUTERA UMNO membaca fatihah kasi betul. Apabila Anwar tidak menjawab soalan, dan mula menyalahkan pihak lain bertalu-talu bermakna, dia berusaha untuk menyembunyikan sesuatu. Dalam konteks hudud, Anwar sebenarnya tidak menyokong hudud, sebab itu serangan bertalu-talu kepada pihak lain. Dalam konteks liwat, Anwar sebenarnya meliwat Saiful Bukhari, sebab itu dia enggan bersumpah hingga sekarang. Pelik juga, orang yang pernah menjadi Presiden ABIM seperti Anwar menolak hudud. Lagi pelik, orang yang pernah diramalkan menjadi bakal Presiden PAS satu ketika dulu menolak hudud, sedangkan hudud menjadi gagasan utama PAS. Tetapi itulah realiti sebenar Anwar. Split karektor. Orang pernah meramalkan jadi Presiden PAS, akhirnya dia masuk UMNO. Orang pernah ramalkan jadi pejuang Islam, akhirnya dia jadi jaguh kepada bukan Islam. Orang pernah ramal jadi Insan Quranik, insan kamil lagi muttakamil, akhirnya dia jadi tokey pemerdagangan kalimah Allah. Orang pernah ramal jadi jaguh anti Yahudi, akhirnya dia lah kepala penyokong Yahudi dan orang pernah ramal jadi PM dari tahun 1997, tetapi hingga sekarang masih jadi peliwat. Kenapa Anwar gagal mencapai cita-cita hingga sekarang. Sebabnya Anwar mengamalkan politik bermuka dua. Pendirian tidak jelas. Ketika dia menonjolkan dirinya seolah-olah sama seperti perjuangan PAS, tetapi anak buahnya membelasah teruk polisi PAS. Siapa tidak kenal Nik Nazmi, bekas pegawai paling kanan Anwar sekarang pegarah komunikasi PKR yang bertanggungjawab menerangkan dasar-dasar PKR kepada umum. Apa pendirian Nik Nazmi tentang hudud ? Nik Nazmi secara jelas menyatakan hudud tidak sesuai di Malaysia dan dasar PKR menolak hudud. Jadi ? Klik di sini Mungkin ada berhujah, itu pandangan peribadi Nik Nazmi. Benarkah begitu ? Kalau benar, ada tak Nik Nazmi ditegur Anwar kerana mengeluarkan kenyataan menyanggah hudud ? Tidak ada. Ada tak, PKR mengadakan jawatankuasa disiplin menghakimi Nik Nazmi yang menentang hudud sebagaimana yang dilakukan ke atas Zul Nordin mengadakan jawatankuasa disiplin kerana kenyataannya menentang kalimah Allah kepada bukan Islam ? Pun tidak ada. Nik Nazmi lepas. Zul Noordin kena! Itu belum ditanya lagi pendirian pembesar-pembesar PKR tentang hudud. Apa pandangan Lim Boon Chye ? Sivarasa Rasiah ? Dr Xavier Jayakumar ? Chua Jui Meng ? Tian Chua ? Elizaberth Wong ? Irene Fernandez ? Dr Jeffrey Kitingan ? Rasanya anda tahu jawapannya. Kalau ada yang mengatakan tidak adil kerana bertanya kepada bukan Islam, sekarang kita bertanyakan kepada pembesar-pembesar PKR Islam. Apa pandangan Wan Azizah ? Azmin Ali ? Nurul Izzah ? Zaid Ibrahim ? Semua orang sudah tahu, pendirian mereka tentang hudud adalah sama dengan Anwar. Tidak bersetuju dengan hudud tetapi mendiamkan diri untuk menjaga hati PAS. Tetapi pendirian Zaid tentang hudud semua orang tahu. Bukan setakat tentang malah saman pula PAS di mahkamah kerana mahu melaksanakan hudud. Ada yang berkata itu pendirian lama Zaid, ketika dalam UMNO, sekarang Zaid telah berubah, sudah sokong hudud. Dulu Zaid minum arak, sekarang tidak lagi, itu lah kempen-kempen PAS untuk memenangkan Zaid di Hulu Selangor. Ironiknya, walaupun PAS bermati-matian membersihkan imej Zaid, tetapi semalam, Zaid mengeluarkan kenyataan medianya sekali lagi menentang pelaksanaan hudud di Malaysia. Bermakna, Zaid masih lagi minum arak ! Klik di sini Kalau orang kiri kanan Anwar semuanya menentang hudud, hanya Anwar seorang menyokong hudud ? Penasihat umum macam mana gagal mempengaruhi orang disekilingnya untuk menyokong hudud ? Hakikat sebenar dalam mesyuarat inner circle PKR, Anwar menjadi ketua menentang hudud, sebab itu semua anak buahnya konsisten menentang hudud, tetapi apabila Anwar berhadapan dengan PAS, dia berpura-pura jadi seperti PAS, sedangkan anak buah Anwar lain konsisten menentang hudud. Cerdik la sikit main politik, tempelak Anwar. Bagi Anwar semuanya politik. Gadai kalimah Allah pun politik, meliwat pun politik! Bagi Anwar tiada erti halal/haram dalam kamus politiknya. Nak kenal pendirian sebenar berkenaan Islam, dengar ucapan Anwar di depan khalayak bukan Islam. Ketika bercakap dengan media ABC Australia pada tahun 2007, Anwar dengan lantang menolak Negara Islam. Ketika Anwar berucap di depan masyarakat Cina di Kajang pada tahun 2008, Anwar sekali lagi mengulangi pendiriannya menolak Islamic State (Negara Islam). Tetapi ada juga mereka yang pro Anwar berhujah itu pendirian lama Anwar, pendirian sebelum menjadi Ketua PR. Allah Maha Kaya mahu tunjukkan kebenaran. Ketika Anwar pergi ke US pada Jun 2010, dalam program melutut kepada Yahudi baru-baru ini, sekali lagi Anwar mengulangi pendiriannya menolak Negara Islam. Dah berapa kali mahu ulang, kata Anwar, dah berpuluh-puluh kali dah, kata Anwar di Woodrow Wilson Center, Washington DC. Bukan setakat Anwar kata dia menolak Negara Islam, tetapi dia memberi sebab kenapa dia menolak Negara Islam. Pertama Negara Islam menghalang kebebasan beragama. Kedua Negara Islam menghalang kebebasan (termasuk soal meliwat. Anwar juga menjelaskan secara terperinci, apa yang dia mahu. Dia mahu sebuah Negara Sekular, yang menjunjung kedaulatan undang-undang barat yang menjamin kebebasan beragama termasuk murtad dan menjamin kebebasan meliwat!. Klik di sini Kalau sudah terang-terang Anwar menolak Negara Islam, jadi apalah sangat dengan hudud yang merupakan salah satu daripada kompenan Negara Islam.. Bagaimana Anwar boleh sakit belakang ?0 comments
Orang ramai diriuhkan Anwar sakit tulang belakang hingga terpaksa berkerusi roda, tak boleh berjalan (semasa di penjara), terpaksa dipapah (di hadapan penyokong), pakai penyendal leher. Itu lah imej Anwar semasa dalam penjara. Orang tengok kat Anwar pun kasian, sebab setiap kali keluar khalayak ramai, itulah imejnya. Tengok Anwar amat letih, memang tak layak langsung jadi PM, kalau lihat penampilan Anwar masa itu. Kalau dibandingkan dengan umur pakcik berumur 100 tahun, Anwar lebih teruk daripada itu.
Masa kat kubur, melawat arwah Mak Yam, lagi sadis. Terpaksa usung dengan kerusi roda sekaligus. Bukan setakat usung Anwar, tapi usung kerusi roda sekali. Bukan sorang yang usung, kena usung ramai-ramai. Dah tak leh jalan dah masa tu..tambah sadis lagi dengan suara latar Zul Noordin yang mendayu-dayu. Siapa kata Zul Noordin tak berjasa kepada Anwar ? Tak caya tonton video, Anwar di kubur arwahnya, siapakah suara latarnya ? Kalau Zulkifli Sulong (bekas ketua pengarang harakah) kata dia mula tidak percaya dengan Zul Nordin, apabila mendengar taklimat Zul Nordin mengenai Anwar kena racun arsenik. Zul Sulong kata Zul Noordin berbohong apabila dia kata' apabila usap rambut Anwar, gugur satu persatu..luruh habis rambut Anwar akibat racun arsenik'. Zahid Mat Arip kata, dia pun tertipu dengan keracunan arsenik, Wan Azizah sendiri bawa cerita, Saifuddin jadi tukang tokok tambah, maka tanpa usul periksa berdemo lah rakyat di jalanan. Sekarang baru Zahid junior sedar, semua itu lakonan semata, katanya, 'kalau ikut hukum akal, Anwar dah terkena racun arsenik, rambut gugur 1999, dah lama dah Anwar padam. Sekarang sihat segar bugar apa cerita ? Masa itu Anwar, Azizah dan Keadilan pohon kepada kerajaan supaya Anwar dapat berubat di luar negara (Munich, Jerman), masa masih dalam penjara lagi, tetapi bukan kes racun arsenik, tetapi pasal sakit tulang belakang. Dua penyakit berbeza Anwar ni, satu arsenik, tetapi penyakit ni lenyap apabila pihak hospital mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar tidak pernah diracun arsenik, makna pecahlah tembelang Anwar berbohong. Kes arsenik senyap. Tetapi sakit tulang belakang masih misteri belum selesai hingga ke hari ini. Sebab itu masa Anwar dibebaskan pada 2004, dalam masa yang singkat, Anwar terus ke Munich. Katanya nak merawat sakit tulang belakang. Anuar Shaari kata banyak kekeliruan di sini. Riuh rendah, Anwar di rumahnya dan di KLIA dengan imej berkerusi roda, penyendal leher, tetapi sebaik sahaja sampai ke Munich, terus hilang kerusi roda, boleh berjalan dah, walaupun belum dirawat lagi. Itulah dashatnya Anwar, dari imej kena papah, kena usung beramai ramai, berkerusi roda, terus boleh berjalan apabila tiba di luar negara. Walaupun belum dirawat, terus boleh berjalan. Itulah Anwar memang dia serasi dengan luar negara. Dalam negara ni semua ni low class, luar negara juga first class..haha Anuar Shaari kata masa di Munich, Anwar bekerja macam orang tidak sakit. Sukma pun ada masa di Munich. Walaupun Azizah tak suka kepada Sukma, adik angkat Anwar itu datang juga. Katanya kerja Sukma di Munich urut mengurut badan Anwar dan merawat muka, maklumlah Anwar dah lama duduk dalam penjara. Kenalah urut-urut sikit Memang Anwar dibedah tulang belakang, tapi sikit saja. Katanya dah settle terus. Itulah maksud Anuar Shaari, Anwar bekerja macam oarng tak sakit. Ikut adat, kalau orang yang dibedah, dilarang jumpa wartawan dan orang ramai. Tapi Anwar semasa di Munich sebelum dan selepas dibedah sama saja, mesyuarat setiap petang bersama staff-staff yang dibawa bersamanya (lebih kurang 15 orang), belum campur lagi dengan semua ahli keluarga, hari-hari menerima tetamu dari Malaysia dan luar negara. Wartawan Barat bertali arus datang mengunjunginya dan mewawancaranya. Ya. macam orang tidak sakit. Macam orang bercuti. Lepas itu kesihatan Anwar pulih sepenuhnya. Cergas. Dari orang yang seperti berumur 100 tahun semasa di penjara, terus menjadi lelaki berumur seperti 15 tahun. Aktif. Terus berhijrah ke UK dan Amerika Syarikat. 3 tahun duduk di luar negara. Ceramah sana, cermah sini, jadi penceramah Amerika la. Hong Kong, Dubai, Thailand, Anwar berceramah. Aktif sungguh. Dah tak ada sakit tulang belakang dah. Tiba-tiba cerita sakit tulang belakang kembali semula apabila Anwar ditahan satu malam akibat tuduhan meliwat kali kedua ke atas bekas pekerjanya, Saiful Bukhari. Masa itu Azizah kata, Anwar masih sakit tulang belakang, tak boleh tidur atas simen..habis yang merawat di Munich dulu apa cerita ? Kata dah bedah, dah settle semua, ni sakit balik ? Maka setiap kali datang ke mahkamah, setiap kali nak naik/turun tangga berpapahlah Anwar, dah tak larat dah. Itu belum masuk penjara balik, kalau masuk mesti berkerusi roda dan umur akan kembali menjadi lelaki berumur 100 tahun semula.. Tapi dalam masa sama, Anwar masih aktif berceramah di luar negara, naik/turun tangga tak berpapah pun. Anwar naik sendiri dengan lagak macho nya. Malu lah Anwar kalau datang berceramah di luar negara dengan berpapah, nanti orang tak panggil Anwar ceramah lagi, sebab dah uzur. Anwar cuma berpapah masa datang mahkamah saja. Satu ketika dulu, blogger Maharaja Zhou pernah mempersoalkan hal berkaitan dengan sakit Anwar ni. Sakit tulang belakang, tetapi berbalut sampai ke leher. Apa cerita nih? Saya sarankan anda membaca buku Ahmad Lutfi Othman, bertajuk "Anwar lawan Ghaffar', tahun 1993. Dalam muka surat 203, di bawah tajuk "Anwar dan Kudanya : Lebih mudah menunggangi manusia daripada menunggangi Kuda! Mendalam maksud Ahmad Lutfi ini. Masa itu Ahmad Lutfi menyerang Anwar 360 darjah sebab Anwar jadi pembesar dalam UMNO. Entah apa maksudnya, Ahmad Lutfi mendedikasikan satu tajuk khusus berkenaan Anwar dan kuda dalam buku paling tebalnya itu. Tebal buku itu, 437 halaman. Banyak gambar-gambar Anwar. Dalam buku itu Ahmad Lutfi memuatkan petikan akhbar Cina yang melaporkan Anwar jatuh kuda semasa menunggang kuda di Country Resort Bukit Kiara, kepunyaan tokey judi terkenal Vincent Tan. Masa tu, Anwar adalah penerusi penaja Majlis Ekuin Malaysia. Semua paper Melayu tak carry pasai Anwar jatuh kuda, tetapi paper Cina carry. Masa itu orang tertanya-tanya kenapa Anwar tampil dengan imej baru, iaitu bertopang leher, orang ramai tertanya-tanya, kenapa ? Tetapi tiada jawapannya sebab media Melayu semuanya dikawal oleh Anwar, jadi ceritanya tak keluar. Yang keluar dalam paper Cina, Anwar pakai penyendal leher sebab jatuh kuda! Jadi cerita Anwar pakai penyendal leher bukannya cerita baru, tetapi cerita lama, sejak 1992 lagi. Memanglah lelaki yang suka aktiviti berkuda ni akan ada risiko, apabila terjatuh, sakit belakang dan sakit leher. Tetapi kalau tidak jatuh pun, kalau tabiat suka berkuda menjadi satu tabiat, dari dulu hingga sekarang, maka sakit tulang belakang sukar diubati. Kata orang tua-tua, ibarat kelapa, makin tua, makin pekat santannya! Kisah Anwar nak peluk Hillary Clinton0 comments
Ketika berceramah di hadapan masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru Cina di Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu baru-baru ini Anwar berkata Hillary Clinton, Setiausaha Negara Amerika Syarikat terus bangun dan bersalam dengannya apabila ternampak kelibat Anwar.
Anwar membayangkan dirinya 'sang dewa yang sangat berkaliber' hinggakan terus bangun dan bersalam sebaik sahaja melihat dirinya. Sang dewa aka si chameleon dulu pernah dinobatkan pejuang Islam yang maha sempurna. Insan kamil lagi muttakamil wa tahi kambing kata Mat Sabu sebagai ejekan Anwar dalam ceramah-ceramahnya satu ketika dulu. Dulu, semasa ABIM, Anwar lebih suka digelar 'Pak Sheikh'. Presiden ABIM katakan. Dasyhat motto Anwar ketika itu, 'Islam is the way of life', Ketika itu usahkan mahu berpeluk dengan wanita yang bukan muhrim, mahu bersalam dan bertentang mata dengan wanita juga haram. Penarik Beca pernah menulis di blognya, yang dia pernah tertipu dengan lakonan ABIM yang super Islamik itu. Akhirnya dia kondem balik ABIM dengan kata merapu, ntah apa-apa. Blogger Al Muslimum juga berkata begitu, dulu semasa sekolah tertarik dengan ABIM apabila melihat perwatakan zuhud Anwar, sekadar mula tersedar, rupa-rupanya semua itu hanya lakonan semata-mata. Sebab itu Al Muslimum menulis artikel kecam Anwar bertajuk 'Anwar dari Islamik ke Sekular!' Sebenarnya bukan Penarik Beca dan Al Muslimum sahaja tertipu, malah ramai lagi, termasuk pimpinan utama Parti Islam sekarang ini; Mat Sabu, Haji Hadi Awang, Salehuddin Ayub, malah ramai lagi. Sekarang bagaimana ? Adakah sama Anwar sekarang dengan Anwar digelar 'Pak Sheikh', Insan Kamil lagi Muttakamil dulu. Adakah Anwar sekarang paling layak menjadi PRESIDEN Parti Islam, bagi menggantikan Asri (dulu) atau Haji Hadi(sekarang) seperti yang pernah diramalkan oleh Subky Latif dulu ? Sekarang tiada lagi slogan "Islam is the way of life", slogan itu telah Anwar tukar kepada "Freedom is the way of life". Dulu mahu 'Islam', sekarang mahu 'kebebasan'(freedom). Bahaya perjuangan 'Freedom' ni. Bukan setakat kebebasan media, tetapi kebebasan hak asasi, termasuk bebas menukar agama dan mengamalkan amalan seks yang dilarang agama (homoseksual dan lesbian). Sebab itu wartawan Barat sering bertanyakan Anwar, adalah 'freedom' yang Anwar maksudkan termasuk 'bebas menukar agama'. Anwar jawab YA. Maknanya sama pemahaman Barat dan Anwar tentang "FREEDOM". Sebab itu bertalu-talu soalan media Barat bertanyakan Anwar mengenai HOMOSEKSUAL kerana FREEDOM bermaksud menghalalkan homoseksual. Kalau homoseksual pun dihalalkan, apatah lagi bersalam atau berpeluk dengan wanita bukan muhrim. Pak Sheikh sana, pak sheikh sini, akhirnya terpeluk isteri Azmin Ali. Kerana dah biasa terpeluk, Anwar tidak kisah kalau Hillary Clinton pun mahu memeluknya. "Hillary Clinton (Setiausaha Amerika Syarikat) ketika di Qatar, apabila dia nampak saya dia terus bangun dan salam. Saya ingat kalau peluk, saya pun OK tetapi dia tidak peluk saya, kalau dia peluk, nanti Utusan Malaysia akan ambil gambar". Ini kata-kata Anwar yang memang terkenal 'nakal' hinggakan "Mokhtar", adik iparnya ditugaskan untuk mengawal 'kenakalan' Anwar. "Saya nak tanya dia bagaimana keadaan Clinton (bekas Presiden Amerika Syarikat) kerana membuat pemeriksaan jantung. Tetapi belum sempat saya bertanya, dia kata sebenarnya kami bersama anda Anwar, kami berjuang untuk keadilan," Boleh caya ke kata-kata Anwar ? Belum sempat Anwar bertanya, Hillary sudah kecut perut hingga terpaksa mengaku, "Saya (Hillary) akan bersama-sama Anwar, kami berjuang untuk keadilan" Jadi kalau Anwar kata Dr Yusof al Qaradawi sokong dia, memang tidak hairan, sebab Hillary Clinton, Setiausaha Negara Amerika Syarikat pun sokongnya. Sekarang mari kita baca pandangan penulis pro GAY, Amerika Syarikat, bernama JOE KLIEN yang menulis mengenai pertemuan Anwar dan Hillary di Qatar itu.Klik di sini "On Sunday in Doha, Anwar met Hillary Clinton...and Clinton agreed to have her picture taken with him, which is a significant public sign of support that I hope the Secretary will follow up with a phone call to her Malaysian counterpart" Tulisan KLIEN ini menunjukkan Anwar yang melebih-lebih, bukannya Hillary Clinton seperti yang diceritakan oleh Anwar di Kota Kinabalu. Anwar yang mahu jumpa sangat-sangat dengan Hillary..Anwar yang minta keizinan daripada Hillary untuk dirakamkan foto supaya memberi impak bahawa Setiausaha Negara pun menyokong Anwar. KLIEN, bekas 'setiausaha akhbar' Bill Clinton pula telah disogok oleh Anwar untuk menyokongnya (mamat ni yang mengatur pertemuan Anwar dengan Clinton?) dengan berkata, 'semoga dengan pertemuan itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu akan menghubungi kerajaan Malaysia (supaya menggugurkan kes liwat Anwar). Mana bukti Anwar ke Qatar hari itu untuk melobi sokongan kepadanya ? Buktinya, ditulis sendiri oleh wartawan TIME itu sendiri : "he (Anwar) told me he fully expects to go back to prison". Nampaknya Anwar sendiri yakin bahawa dia akan kembali ke penjara. Kenapa terlalu yakin ? Dulu kata ada alibi ? Dulu kata tak kenal Saiful ? Dulu kata tidak liwat Saiful ? Kalau tidak meliwat, dan ada alibi kenapa yakin masuk penjara semula ? Satu lagi, apa hal Anwar dok melobi sana-sini supaya sokong dirinya. Anda liwat ke tidak ? Kalau tidak buktikan di mahkamah!. Kalau di mahkamah pun ada konspirasi, anda panggil Haji Hadi dan Nik Aziz bersumpah dengan kalimah wallahi wabillahi, wattalahi, saya (Anwar Ibrahim), tidak pernah meliwat Saiful Bukhari Azlan, seperti tarikh dan tempat dan didakwa. Habis cerita! Ni macam orang yang nak mati kelemasan, minta sokongan sana, minta sokongan sini. Apa ke hal nya ? Apa hal Anwar ni minta sokongan Bagaimana Soros bantu PKR ?0 comments
Sekarang mari kita cernakan apa yang cuba disampaikan dalam polemik RPK dan Ezam Mohd Nor [klik di sini] berkenaan dengan penyaluran dana asing kepada PKR. Read between the lines.
Dakwaan RPK kepada Ezam & Anuar Raja Petra mendakwa, Anuar Shaari, Ezam dan dua orang lain telah berkunjung ke Amerika Syarikat sekitar tahun 2003 untuk mengutip duit atas nama Free Anwar Campaign (FAC). Dakwanya lagi, seorang informernya (tidak dinyatakan nama) dari Amerika Syarikat telah menelefonnya untuk mengesahkan identiti benarkah keempat individu itu mewakili mewakili FAC (RPK tidak menjawab pengesahan ini benar/tidak.Lagipun takrif FAC luas, satu misi untuk membebaskan Anwar (tidak semestinya website RPK) yang ketika itu masih lagi merengkok di penjara Sungai Buloh) Tetapi RPK mendakwa dia mengesahkan soalan lain iaitu berkenaan pembangkang di Malaysia (PKR?) kekurangan dana dan jika pembangkang disalurkan jutaan ringgit kemungkinan besar pembangkang akan memenangi pilihan raya umum tahun itu (2004). RPK dakwa infomer itu berjanji kepadanya untuk menyalurkan 10 hingga 20 juta kepada pembangkang di Malaysia. RPK dakwa lagi dana sejumlah di atas telah disalurkan (bagaimana RPK dapat mengesahkan penyaluran dana itu ?) ke Hong Kong,(disalurkan kepada siapa di Hong Kong?) tetapi sebelum sempat disalurkan ke Malaysia, dana itu lesap entah ke mana. Dakwa RPK dia diberitahu oleh pemimpin kanan PKR (siapa?) bahawa dana itu diberikan oleh George Soros dan empat individu tersebut telah berjumpa secara peribadi dengan Soros di pejabatnya, di Amerika Syarikat. Jawapan Ezam kepada RPK Ezam menafikan dakwaan RPK bahawa dia terima dana dari Soros. Dia menafikan sekeras-kerasnya berjumpa dengan Soros, ataupun wakil soros ataupun organisasi Soros iaitu Open Society Institute (OSI). Tetapi Ezam mengakui dia, Anuar Shaari dan dua individu (yang disembunyikan identiti oleh RPK; Ezam menamakan sebagai Azmin Ali dan Adlin Murtadza Zabri) berkunjung ke Amerika Syarikat sekitar tahun 2003, tetapi bukan untuk berjumpa Soros, sebaliknya berjumpa wakil-wakil senat Amerika Syarikat di Capitol Hill dan NGO. Kedatangan Ezam dan tiga rakannya atas undangan Ambasador Roland , duta Cambodia di New York. (Apakah motif RPK sembunyikan identiti 2 individu selain Ezam & Anuar ? Apakah motif Ezam dedahkan 2 individu yang disembunyikan oleh RPK ? Motifnya sebagai saksi alibi, bahawa kunjungan mereka itu tidak bertujuan jumpa Soros, jika tidak percaya boleh dirujuk kepada Azmin Ali dan Adlin yang sama-sama turut serta) Selain itu, Ezam turut mengesahkan terdapat satu rombongan lain selepas itu (yang tidak disertainya) yang berjumpa dan berunding dengan Soros. Rombongan itu diketuai oleh Wan Azizah Wan Ismail bersama dengan Azmin Ali dan Khalid Jaafar yang diatur oleh Elizabeth Wong, individu yang diketahui umum menjadi penghubung Soros dan PKR. Tetapi Ezam tidak dapat mengesahkan dalam rundingan itu, Soros telah memberi dana, kerana pertemuan mereka tidak dilaporkan kepada mesyuarat parti. Tersirat di sebalik polemik ini RPK dan Ezam sama-sama bersetuju terdapat hubungan intim di antara PKR, Amerika Syarikat dan Soros. RPK menuduh Ezam dan Anuar terima duit Soros, tetapi gagal dibuktikan secara spesifik. Ezam menafikan dakwaan itu kerana kunjungannya ke Amerika Syarikat bukan jumpa Soros, sebaliknya jumpa senat-senat di Capitol Hill. Saksinya Anuar, Azmin dan Adlin. Subjek 'Soros' sebagai penderma dana kepada PKR diperkatakan oleh RPK dan Ezam. RPK walaupun cuba mengaitkan dengan Ezam dan Anuar tetapi gagal membuktikan dana itu disalurkan kepada mereka berdua, tetapi hanya membuat kenyataan dana itu ditransitkan dari Amerika Syarikat ke Hong Kong, tetapi lesap tanpa sampai ke Malaysia. Ezam pula bersumpah tidak pernah berurusan dengan Soros atau wakilnya, dia tahu terdapat rombongan lain diketuai Wan Azizah, Azmin dan Khalid berunding dengan Soros, tetapi dia tidak dapat mengesahkan sama ada Soros salurkan dana atau tidak kerana rundingan mereka itu tidak dilaporkan kepada parti. Ezam dengan tegas berkata sekiranya dia berbohong walaupun satu perkataan dari kenyataan di atas haram ke atas setiap amal baiknya di dunia dan halal api neraka kepadanya. Ezam berkata tuduhan ini merupakan fitnah RPK ke atasnya yang hanya menulis tanpa bukti, tetapi pengecut dan lari ke luar negara. Soalan untuk RPK. Jika dia mendakwa Ezam dan Anuar melobi untuk dapatkan dana di luar negara menggunakan websitenya (FAC), apakah tidak mungkin RPK yang sekarang ini berada di luar negara sedang melobi dana Soros menggunakan resume FAC atau Malaysia-Today ? Kecenderungan RPK mendapat dana asing sangat positif, berdasarkan gaya hidupnya yang hidup di luar negara tidak setimpal dengan status seorang penulis/blogger. Siapa taja RPK dan Malaysia-Today? Bagaimana Soros bantu PKR ? Berdasarkan keterangan di atas, dapat disimpulkan Soros memberi dana atas sebab Anwar sama FAC atau membantu kerja-kerja politik pembangkang Anwar di Malaysia. Dana itu ditransit dari Amerika Syarikat ke Hong Kong dan dari Hong Kong ke Malaysia. Pengatur di antara PKR dan Soros adalah Elizaberth Wong yang ketika itu terlibat aktif dalam NGO SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) dan pengasas Malaysiakini.com. Sekarang Elizaberth Wong adalah exco kerajaan negeri Selangor. SUARAM dan Malaysiakini.com adalah pro Anwar Ibrahim. Tetapi keterangan di atas tidak menceritakan secara detail bagaimanakah dana itu disalurkan ke PKR, selain daripada menyatakan transit ke Hong Kong. Anwar pernah berkata semasa kempen 16 September 2008, 'urusan rundingan lompat parti BN ke PKR boleh diuruskan di tiga destinasi sama ada Hong Kong, Dubai atau Singapura'. Maksudnya apa ? Lokman Noor Adam, bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan menghuraikan lebih terperinci bagaimanakah proses penyaluran dana tersebut. Salah satu kaedahnya dengan memasukkan ke dalam akaun CITYBANK dan PUBLIC BANK ke atas nama SYARIKAT GELORA SDN BHD, kepunyaan Khalid Jaafar. Khalid adalah salah seorang kepercayaan Anwar yang dipertanggungjawabkan menjaga badan pemikir Anwar yang dinamakan Institut Kajian Dasar (IKD). Selain Khalid, seorang lagi pemegang amanah SYARIKAT GELORA SDN BHD adalah Azwandin Hamzah, bekas Exco Pemuda Keadilan Nasional dan pegawai IKD. Menurut Lokman, Azwandin Hamzah telah memberikan bukti-bukti resit proses transisi dana dari Amerika Syarikat ke dalam akaun SYARIKAT GELORA SDN BHD dan kemudiannya disalurkan untuk kegiatan PKR. Siapakah Soros ? George Soros adalah seorang berbangsa Yahudi, seorang hartawan di Amerika Syarikat. Dia merupakan pengerusi Soros Fund Management, Quantum Fund dan Open Society Institute (OSI). Dia bergiat aktif berkempen untuk Presiden Obama menjadi Presiden Amerika Syarikat dengan menaja beberapa NGO pro Demokrat. Antara NGO tersebut adalah MoveOn.Org, Human Rights Watch, Media Matters dan ICG (International Crisis Group). Calvina Fay dari Drug Free America Foundation berkata Soros merupakan “individu yang paling jahat di dunia” kerana sebahagian daripada kekayaannya, dianggarkan berjumlah $7 bilion, disalurkan kepada kumpulan pejuang hak kaum GAY, pengguguran bayi, penggunaan dadah haram dan hak pelacur. Menurut Professor Michel Chossudovsky, Soros (Open Society Institute) bekerjasama IMF (International Monetary Fund),dan NED (The National Endowment for Democracy) untuk melantik Presiden proksi pro Amerika Syarikat dalam pilihan raya umum Ukraine. Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dengan Soros dalam ICG, sebuah organisasi ala-CIA tajaan Open Society Institute. Di Malaysia, Soros dikenali sebagai penyangak matawang kerana berusaha merudumkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997. Ketika itu Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta Chairman of the Development Committee of the IMF(the International Monetary Fund) yang dilantik oleh sahabat baiknya, Michel Camdessus. Ada berpendapat, usaha Soros dan IMF ini untuk memberi tekanan ekonomi kepada Malaysia, supaya Dr Mahathir disingkirkan dan dinaikkan Anwar, tetapi usaha ini tidak berjaya. Dari mana sumber duit Anwar ?1 commentsPertikaian Raja Petra dan Ezam Mohd Nor [klik di sini] membuka dimensi baru mengenai punca kewangan Anwar dan PKR. Raja Petra secara tidak langsung telah mengesahkan sumber-sumber kewangan yang diperolehi Anwar itu adalah berpunca dari dana asing khususnya dari Amerika Syarikat. Lapor Raja Petra, "Saya kemudiannya menelefon orang hubungan saya di AS bagi mengesahkan identiti empat sekawan tu. Saya juga memberitahunya nama keempat-empat orang individu itu dan orang hubung saya di AS mengesahkannya. Menurutnya, adalah penting bagi saya mengesahkan bahawa empat sekawan tu dibenarkan untuk bertindak atas nama Free Anwar Campaign. Selepas tu, dia mengajukan pertanyaan lain kepada saya, "Benarkah pembangkang amat kekurangan wang dan jika mereka mempunyai beberapa juta ringgit, maka mereka mempunyai peluang yang lebih baik bagi memenangi pilihanraya umum yang seterusnya?" "Ya," saya menjawab. "Okey," ujarnya. “Kalau begitu, kami akan dapatkan sejumlah wang untuk mereka. Setakat sepuluh ataupun dua puluh juta ringgit, tu tak jadi masalah bagi kami. Kami boleh mendapatkannya."Klik di sini Ezam telah pun menjawab dakwaan Raja Petra ini. Tuduhan ini tidak benar. Ezam menafikan beliau terlibat dalam trip mengutip wang dari hartawan Yahudi bernama Soros itu. Ezam bersumpah sepanjang memegang jawatan dalam PKR, beliau tidak pernah berurusan dengan Soros atau mana-mana wakil Soros. Tetapi Ezam tidak menafikan memang PKR berurusan dengan Soros yang wakili oleh trip lain yang tidak disertainya. Ezam menamakan tiga individu kepercayaan Anwar yang berurusan dengan Soros iaitu Wan Azizah, Azmin Ali dan Khalid Jaafar. Sememangnya setiap kali Anwar memohon dana asing, tiga individu ini akan memainkan peranan penting. Sama ada Anwar atau Azizah kemudian diikuti dengan Azmin dan Khalid. Anwar atau Azizah sebagai pemohon, manakala Azmin sebagai operavite pengurusan, manakala Khalid pula sebagai pemudah cara untuk penyaluran dana. Ezam tidak terlibat dalam proses pemindahan dana asing itu, sebab itu Anwar tidak kisah jika Ezam mahu meninggalkan PKR. Tetapi jika Azmin, Azizah atau Khalid amat bahaya kerana mereka terlibat dalam sistem pengutipan wang asing. Banyak rahsia akan terbongkar jika salah seorang daripada mereka akan belot. Sebab itu, Anwar menjaga mereka betul-betul, terutamanya jaminan kewangan. Sekarang kita nilai satu persatu nilai-nilai aset Anwar dan PKR : 1. Rumah atau 'mahligai' Anwar dan Azizah di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. Mahligai yang dipenuhi dengan CCTV dan 24 penghawa dingin. Dari mana Anwar mendapat sumber kewangan membina mahligai ini yang bernilai rm7 juta itu ? 2. Di mahligai itu, Anwar mempunyai beberapa pembantu, termasuk orang gaji, tukang kebun dan pegawai keselamatan yang bertugas 24 jam. Berapa belanja untuk menampung kos ini ? 3. Anwar memiliki beberapa kereta mewah. Salah satunya MG Rover (pacuan 4 roda) yang diberikan oleh Azmin Ali. Anwar mempunyai beberapa orang driber peribadi. Antaranya Mokhtar, Botak, Kahar dan Sani. Berapa kos perbelanjaan Anwar untuk membayar driber-driber ini ? 4. Anwar juga mempunyai pegawal peribadi yang bernama Mokhtar dan beberapa pegawai peribadi lain yang tidak rasmi. Blog gelagat Anwar mendedahkan Anwar turut menggunakan seorang komando Singapura yang memakai motor putih plat FR8802J. Pakar DNA dan forensik drpd Australia dan India. Dari mana Anwar dapat duit bayar kos mereka ini ? Klik di sini 5. Anwar mempunyai pejabat peribadinya di Seksyen 16, Petaling Jaya yang mulai beroperasi sejak tahun 2007. Sebuah rumah banglow dua tingkat dengan beberapa orang staf yang diketuai oleh Ibrahim Yaakub sebagai ketua staff. Antara stafnya Rahimi Osman, Nathanielle Tan dan seorang warga negara US bernama Azri. Siapa bayar mereka ? Dari mana Anwar dapatkan kewangan untuk bayar mereka ? Khabarnya Kedutaan Turki turut membekalkan dua orang staff membantu Anwar untuk menjalankan kerja-kerja politik Anwar di Malaysia. Betul kah ? 6. Anwar juga mempunyai seorang pembantu peribadi bernama Aasil Kazi Ahmad, rakyat Pakistan yang memiliki kewarganegaraan US untuk menguruskan urusan Anwar di luar negara khususnya urusan dengan Amerika Syarikat. Siapa bayar Aasil ? Kenapa Anwar perlu pegawai khas US ? klik di sini 7. Sebaik sahaja menang besar dalam PRU 12, Anwar beli bangunan di Tropicana, Damansara sebagai ibu pejabat PKR baru. Dari mana Anwar cekau duit sebanyak itu untuk membeli bangunan PKR ? Betulkan bangunan Tropicana itu diberi oleh Datuk Danny Tan secara bayaran token ? Datuk Danny Tan adalah adik kepada Vincent Tan, antara tokey judi yang terkaya di Malaysia. Anwar memang baik dengan tokey-tokey judi sejak dari dulu lagi. Betul kah Soh Chee Wan, masih jadi operative kewangan Anwar selain dari Datuk Ravi ? 8. Anwar juga mempunyai sebuah badan pemikir yang dinamakan Institut Kajian Dasar. Dulu beroeprasi di Jalan Telawi Bangsar, kini berpindah ke Bukit Jelutong di rumah Khalid Jaafar, ketua pengarahnya. Dari mana Anwar cekau duit bayar Khalid dan kos operasi IKD untuk mengembangkan projek Islam Liberal di Malaysia ? Berdasarkan item-item di atas, dari mana sumber kewangan Anwar, sedangkan Anwar hanya seorang seorang ahli parlimen dan hanya menerima elauan RM1 untuk penasihat ekonomi Selangor ? Anwar kini sedang melobi Amerika Syarikat...0 comments
Setelah berjaya mendapat sokongan daripada 50 ahli Parlimen Australia yang menuntut kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atasnya, kini Anwar sedang berusaha mendapatkan sokongan Amerika Syarikat pula.
Sebenarnya sokongan Australia tidak menghairankan kerana perkara ini telah didedahkan oleh Majalah The Economist sejak 30 Julai 2009 lagi. Wartawan majalah itu sudah menjangkakan kehadiran Anwar ke Perth mempunyai serampang dua mata, selain dari berdialog antara agama, memberi janji-janji manis kepada penganut Kristian, termasuk memberi kalimah Allah, tetapi matlamat terbesarnya adalah untuk mendapat sokongan antarabangsa mengenai kes liwatnya. "That morning, Mr Anwar had been in Perth where he had met Australia’s foreign minister. What had he been doing with Stephen Smith? “Plotting,” replies Mr Anwar, with a conspiratorial wink. Mr Anwar spends a lot of time abroad with national and religious leaders whose names he drops slightly too easily into an engaging conversational style. He moves like quicksilver from one intriguing subject to the next, but you get the uncanny sense that he is speaking to what interests you.Mr Anwar thinks he will soon need international support.". Klik di sini Nampaknya usaha melobi yang dilakukan oleh Anwar sejak pertengahan tahun lepas telah membuahkan hasil beberapa hari lepas, apabila 50 ahli palimen Australia berusaha untuk campur tangan ke atas negara Malaysia. Nampaknya ramalan wartawan The Economict ternyata benar; " Anwar sedang berkonspirasi dengan Stephen Smith, Menteri Luar Australia ?" Kini Anwar berada di Doha, Qatar pula. Bunyi negaranya Islamik, tetapi programnya tidak begitu Islamik sebagaimana yang cuba digambarkan Anwar. Anwar kini mengikuti program "US-Islamic World Forum" (Forum Amerika Syarikat dan Dunia Islam) yang setiap tahun diadakan di Doha, Qatar. Kenapa Amerika Syarikat pilih Doha, Qatar sebagai "base" untuk forum itu ? Sebabnya Doha adalah proksi Amerika Syarikat dan Perdana Menteri Doha, Sheikh Hamad bin Jassem bin Jabor al-Thani merupakan tali barut pemuja kerajaan Amerika Syarikat. Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki juga terlibat dalam program itu. Itu pun salah seorang pemuja Amerika Syarikat nombor wahid. Sama juga seperti Anwar Ibrahim dari Malaysia! Hillary Clinton, Setiausaha Negera Amerika akan hadir untuk memberi ucapannya dalam program itu. Begitu juga dengan Richard Holbrooke, salah seorang kawan rapat Anwar yang melantik Anwar dalam Diplomat Jemputan CFR (Concil on Foreign Relations). Dengan kehadiran tokoh-tokoh penting Amerika Syarikat ini bolehlah Anwar mengadu domba kepada Amerika Syarikat untuk campur tangan kepada kerajaan Malaysia. Anwar memang pakar bab mengadu domba, lihatlah apa yang dilakukan ke atas DAP dan PAS, kedua-dua tunduk kepada Anwar. Lihat lah apa yang dilakukan ke atas Ustaz Hadi Awang, hingga Presiden Parti Islam itu bersetuju beri kalimah Allah kepada Kristian. Lihatlah 'ayat' yang digunakan Anwar kepada Saiful, walaupun Saiful menolak, tetapi akhirnya Anwar berjaya juga taram punggung Saiful. Lepas taram, Anwar makan karipap daging, sambil bertanya "Are You Ok ?" Zahid Mat Arip pernah labelkan kehebatan Anwar ini sebagai 'binatang politik' yang 'pandai menggunakan kata-kata". Maksud 'binatang yang berkata-kata' adalah separuh manusia dan separuh binatang aka iblis atau dajal! Itulah kehebatan Anwar, bila berbicara secara bersemuka dengannya. Ustaz Hadi tewas dalam kalimah Allah, Saiful pernah tewas dalam isu liwat dan mungkin Amerika Syarikat juga bakal termakan dengan hasutan-hasutan Anwar. Kalau baca blog Anwar,[klik di sini] cara Anwar gambarkan mengenai program 'US-Islamic World Forum' ini, semuanya indah dan bagus belaka. Semuanya Islamik belaka. Tidak ada cacat celanya, walhal program itu di belakangnya adalah agenda Yahudi!. Memang Anwar pakar bab-bab 'retorik' ni. Buktinya Kalimah Allah yang ditentang oleh majoriti ulama' Islam untuk diberikan kepada Kristian, tetapi 'terpaksa' 'cair' dengan retorik-retorik Anwar. Sudah terang lagi bersuluh, agenda 'kalimah Allah', ada udang di sebalik batu dan semua orang tahu mengenai perkara itu, tetapi Anwar secara terang-terangan terus meretorikkan seolah-olah dia membawa 'kultus' dari Dr Yusof Al Qaradawi untuk memberikan kalimah Allah itu kepada Kristian. Walhal pihak JAKIM telah bertanya perkara sama kepada Al Qaradawi, dan Qaradawi bersetuju dengan tindakan kerajaan Malaysia, kerana hanya orang Arab sahaja yang tahu berkenaan sosio-budaya-politik Arab, begitu juga dengan orang Melayu sahaja yang tahu tentang sosio-budaya-politik Malaysia. Tetapi suara JAKIM tewas dengan suara Anwar yang sentiasa membawa mesejnya dalam setiap kali ceramah Mahkamah Rakyat! Siapa di belakang 'US-Islamic World Forum' ini ? Di belakangnya adalah konspirasi Yahudi yang berselindung di belakang badan pemikir The Brookings Institution dan The Saban Center Middle East. Siapa tidak kenal Strobe Talbot, Presiden Brookings. Dia adalah seorang Yahudi, bekas Timbalan Setiausaha Negara semasa pemerintahan Presiden Bill Clinton. Siapa tidak kenal Martin Indyk, Presiden Saban Center ? Dia adalah seorang Yahudi yang aktif dalam AIPAC (The American Israel Public Affairs Committee). Jadi Anwar adalah perkakas Yahudi atas berselindung di sebalik Forum Islam ? Klik di sini dan di sini Anwar hari ini akan menyampaikan ceramah dalam forum itu bertajuk "A Fresh Start: Has Barack Obama Initiated a New Beginning with Muslim Communities”. Masih tidak habis-habis jadi pembodek Obama, dari Paris ke Doha, inilah kerja Anwar pembodek bontot kerajaan Amerika Syarikat! Tetapi bodek tu bodek ada makna. Dulu bodek Paul Wolfowitz hingga dapat taraf bermastatutin di Amerika Syarikat selama dua tahun. Bodek Obama ni pula, Anwar nak apa ? Dalam ucapan Anwar forum yang sama pada tahun lepas, Anwar juga bodek Obama. Dia kata Obama lah pemimpin dunia yang maha bijaksana dan menghormati dunia Islam dalam memperjuangkan kebebasan dan demokrasi di dunia Islam. Dulu orang tidak faham apa makna 'kebebasan' dan 'demokrasi' yang dimaksudkan Anwar. Apabila berlaku isu Kalimah Allah, barulah rakyat Malaysia faham, itulah maksud kebebasan dan demokrasi yang cuba diterapkan Anwar di Malaysia. Dalam ucapan dulu, Anwar kata; "Sekiranya kita boleh menjangkakan sesetengah pendekatan semula dengan Amerika Syarikat – soalan yang masih kekal : Adakah Amerika Syarikat akan menemui rakan-rakan yang boleh dipercayai di dunia Muslim? Adakah mereka (Amerika) mempunyai rakan-rakan yang boleh dipercayai di kalangan kita ? ” Klik di sini Siapa ’kita’ itu ? Kalau difikirkan mudah ’kita’ itu merujuk ’umat Islam secara umum’. Bukan. Anwar bukan bermaksud umat Islam kerana bukan semua yang hadir di forum US-Muslim, Doha itu mewakili semua pihak Islam. 'Kita’ yang dimaksudkan Anwar itu merujuk kepada golongan Islam Liberal yang hadir dalam forum itu termasuk Anwar Ibrahim dan rakan-rakan seangkatannya. Klik di sini untuk melihat senarai kehadiran. Kesimpulan : Kalau di Perth, Australia dulu, Anwar menghadiri "Muslim Christian Interfaith Conference'. Itu program atas kertas, tetapi program belakang-belakang adalah berunding dengan Paderi Reverend Professor James Haire berkenaan dengan isu kalimah Allah [klik di sini] dan lebih penting lagi rundingan pintu belakang Stephen Smith, Menteri Luar Australia berkenaan dengan isu liwat. Hari ini sudah terbukti hasilnya berkenaan dengan isu kalimah Allah dan sokongan 50 ahli parlimen Australia. Bagaimana pula dengan kehadiran Anwar dalam program anjuran Brookings Institution dan Saban Center di Doha, Qatar itu. Itu atas kertas. Rundingan belakang-belakang itu yang lebih mustahak. Lepas ini kita akan lihat kesannya. Anwar memang sibuk main belakang-belakang ni!
Subscribe to:
Posts (Atom)
ARKIB BLOGTENTANG SAYA
LANGSUNG DARI AnwarDotComDARI ANWAR IBRAHIM BLOGLINK BLOG & WEBANDA PENGUNJUNG KE |
