Dari mana sumber duit Anwar ?Pertikaian Raja Petra dan Ezam Mohd Nor [klik di sini] membuka dimensi baru mengenai punca kewangan Anwar dan PKR. Raja Petra secara tidak langsung telah mengesahkan sumber-sumber kewangan yang diperolehi Anwar itu adalah berpunca dari dana asing khususnya dari Amerika Syarikat. Lapor Raja Petra, "Saya kemudiannya menelefon orang hubungan saya di AS bagi mengesahkan identiti empat sekawan tu. Saya juga memberitahunya nama keempat-empat orang individu itu dan orang hubung saya di AS mengesahkannya. Menurutnya, adalah penting bagi saya mengesahkan bahawa empat sekawan tu dibenarkan untuk bertindak atas nama Free Anwar Campaign. Selepas tu, dia mengajukan pertanyaan lain kepada saya, "Benarkah pembangkang amat kekurangan wang dan jika mereka mempunyai beberapa juta ringgit, maka mereka mempunyai peluang yang lebih baik bagi memenangi pilihanraya umum yang seterusnya?" "Ya," saya menjawab. "Okey," ujarnya. “Kalau begitu, kami akan dapatkan sejumlah wang untuk mereka. Setakat sepuluh ataupun dua puluh juta ringgit, tu tak jadi masalah bagi kami. Kami boleh mendapatkannya."Klik di sini Ezam telah pun menjawab dakwaan Raja Petra ini. Tuduhan ini tidak benar. Ezam menafikan beliau terlibat dalam trip mengutip wang dari hartawan Yahudi bernama Soros itu. Ezam bersumpah sepanjang memegang jawatan dalam PKR, beliau tidak pernah berurusan dengan Soros atau mana-mana wakil Soros. Tetapi Ezam tidak menafikan memang PKR berurusan dengan Soros yang wakili oleh trip lain yang tidak disertainya. Ezam menamakan tiga individu kepercayaan Anwar yang berurusan dengan Soros iaitu Wan Azizah, Azmin Ali dan Khalid Jaafar. Sememangnya setiap kali Anwar memohon dana asing, tiga individu ini akan memainkan peranan penting. Sama ada Anwar atau Azizah kemudian diikuti dengan Azmin dan Khalid. Anwar atau Azizah sebagai pemohon, manakala Azmin sebagai operavite pengurusan, manakala Khalid pula sebagai pemudah cara untuk penyaluran dana. Ezam tidak terlibat dalam proses pemindahan dana asing itu, sebab itu Anwar tidak kisah jika Ezam mahu meninggalkan PKR. Tetapi jika Azmin, Azizah atau Khalid amat bahaya kerana mereka terlibat dalam sistem pengutipan wang asing. Banyak rahsia akan terbongkar jika salah seorang daripada mereka akan belot. Sebab itu, Anwar menjaga mereka betul-betul, terutamanya jaminan kewangan. Sekarang kita nilai satu persatu nilai-nilai aset Anwar dan PKR : 1. Rumah atau 'mahligai' Anwar dan Azizah di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. Mahligai yang dipenuhi dengan CCTV dan 24 penghawa dingin. Dari mana Anwar mendapat sumber kewangan membina mahligai ini yang bernilai rm7 juta itu ? 2. Di mahligai itu, Anwar mempunyai beberapa pembantu, termasuk orang gaji, tukang kebun dan pegawai keselamatan yang bertugas 24 jam. Berapa belanja untuk menampung kos ini ? 3. Anwar memiliki beberapa kereta mewah. Salah satunya MG Rover (pacuan 4 roda) yang diberikan oleh Azmin Ali. Anwar mempunyai beberapa orang driber peribadi. Antaranya Mokhtar, Botak, Kahar dan Sani. Berapa kos perbelanjaan Anwar untuk membayar driber-driber ini ? 4. Anwar juga mempunyai pegawal peribadi yang bernama Mokhtar dan beberapa pegawai peribadi lain yang tidak rasmi. Blog gelagat Anwar mendedahkan Anwar turut menggunakan seorang komando Singapura yang memakai motor putih plat FR8802J. Pakar DNA dan forensik drpd Australia dan India. Dari mana Anwar dapat duit bayar kos mereka ini ? Klik di sini 5. Anwar mempunyai pejabat peribadinya di Seksyen 16, Petaling Jaya yang mulai beroperasi sejak tahun 2007. Sebuah rumah banglow dua tingkat dengan beberapa orang staf yang diketuai oleh Ibrahim Yaakub sebagai ketua staff. Antara stafnya Rahimi Osman, Nathanielle Tan dan seorang warga negara US bernama Azri. Siapa bayar mereka ? Dari mana Anwar dapatkan kewangan untuk bayar mereka ? Khabarnya Kedutaan Turki turut membekalkan dua orang staff membantu Anwar untuk menjalankan kerja-kerja politik Anwar di Malaysia. Betul kah ? 6. Anwar juga mempunyai seorang pembantu peribadi bernama Aasil Kazi Ahmad, rakyat Pakistan yang memiliki kewarganegaraan US untuk menguruskan urusan Anwar di luar negara khususnya urusan dengan Amerika Syarikat. Siapa bayar Aasil ? Kenapa Anwar perlu pegawai khas US ? klik di sini 7. Sebaik sahaja menang besar dalam PRU 12, Anwar beli bangunan di Tropicana, Damansara sebagai ibu pejabat PKR baru. Dari mana Anwar cekau duit sebanyak itu untuk membeli bangunan PKR ? Betulkan bangunan Tropicana itu diberi oleh Datuk Danny Tan secara bayaran token ? Datuk Danny Tan adalah adik kepada Vincent Tan, antara tokey judi yang terkaya di Malaysia. Anwar memang baik dengan tokey-tokey judi sejak dari dulu lagi. Betul kah Soh Chee Wan, masih jadi operative kewangan Anwar selain dari Datuk Ravi ? 8. Anwar juga mempunyai sebuah badan pemikir yang dinamakan Institut Kajian Dasar. Dulu beroeprasi di Jalan Telawi Bangsar, kini berpindah ke Bukit Jelutong di rumah Khalid Jaafar, ketua pengarahnya. Dari mana Anwar cekau duit bayar Khalid dan kos operasi IKD untuk mengembangkan projek Islam Liberal di Malaysia ? Berdasarkan item-item di atas, dari mana sumber kewangan Anwar, sedangkan Anwar hanya seorang seorang ahli parlimen dan hanya menerima elauan RM1 untuk penasihat ekonomi Selangor ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
|
Malaysian Politik Search Blog
http://ttsearch.co.cc/search.php?query=anwar&type=and&search=1