Bagaimana Anwar boleh sakit belakang ?

Orang ramai diriuhkan Anwar sakit tulang belakang hingga terpaksa berkerusi roda, tak boleh berjalan (semasa di penjara), terpaksa dipapah (di hadapan penyokong), pakai penyendal leher. Itu lah imej Anwar semasa dalam penjara. Orang tengok kat Anwar pun kasian, sebab setiap kali keluar khalayak ramai, itulah imejnya. Tengok Anwar amat letih, memang tak layak langsung jadi PM, kalau lihat penampilan Anwar masa itu. Kalau dibandingkan dengan umur pakcik berumur 100 tahun, Anwar lebih teruk daripada itu.

Masa kat kubur, melawat arwah Mak Yam, lagi sadis. Terpaksa usung dengan kerusi roda sekaligus. Bukan setakat usung Anwar, tapi usung kerusi roda sekali. Bukan sorang yang usung, kena usung ramai-ramai. Dah tak leh jalan dah masa tu..tambah sadis lagi dengan suara latar Zul Noordin yang mendayu-dayu. Siapa kata Zul Noordin tak berjasa kepada Anwar ? Tak caya tonton video, Anwar di kubur arwahnya, siapakah suara latarnya ?

Kalau Zulkifli Sulong (bekas ketua pengarang harakah) kata dia mula tidak percaya dengan Zul Nordin, apabila mendengar taklimat Zul Nordin mengenai Anwar kena racun arsenik. Zul Sulong kata Zul Noordin berbohong apabila dia kata' apabila usap rambut Anwar, gugur satu persatu..luruh habis rambut Anwar akibat racun arsenik'. Zahid Mat Arip kata, dia pun tertipu dengan keracunan arsenik, Wan Azizah sendiri bawa cerita, Saifuddin jadi tukang tokok tambah, maka tanpa usul periksa berdemo lah rakyat di jalanan. Sekarang baru Zahid junior sedar, semua itu lakonan semata, katanya, 'kalau ikut hukum akal, Anwar dah terkena racun arsenik, rambut gugur 1999, dah lama dah Anwar padam. Sekarang sihat segar bugar apa cerita ?

Masa itu Anwar, Azizah dan Keadilan pohon kepada kerajaan supaya Anwar dapat berubat di luar negara (Munich, Jerman), masa masih dalam penjara lagi, tetapi bukan kes racun arsenik, tetapi pasal sakit tulang belakang. Dua penyakit berbeza Anwar ni, satu arsenik, tetapi penyakit ni lenyap apabila pihak hospital mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar tidak pernah diracun arsenik, makna pecahlah tembelang Anwar berbohong. Kes arsenik senyap. Tetapi sakit tulang belakang masih misteri belum selesai hingga ke hari ini.

Sebab itu masa Anwar dibebaskan pada 2004, dalam masa yang singkat, Anwar terus ke Munich. Katanya nak merawat sakit tulang belakang. Anuar Shaari kata banyak kekeliruan di sini. Riuh rendah, Anwar di rumahnya dan di KLIA dengan imej berkerusi roda, penyendal leher, tetapi sebaik sahaja sampai ke Munich, terus hilang kerusi roda, boleh berjalan dah, walaupun belum dirawat lagi.

Itulah dashatnya Anwar, dari imej kena papah, kena usung beramai ramai, berkerusi roda, terus boleh berjalan apabila tiba di luar negara. Walaupun belum dirawat, terus boleh berjalan. Itulah Anwar memang dia serasi dengan luar negara. Dalam negara ni semua ni low class, luar negara juga first class..haha

Anuar Shaari kata masa di Munich, Anwar bekerja macam orang tidak sakit. Sukma pun ada masa di Munich. Walaupun Azizah tak suka kepada Sukma, adik angkat Anwar itu datang juga. Katanya kerja Sukma di Munich urut mengurut badan Anwar dan merawat muka, maklumlah Anwar dah lama duduk dalam penjara. Kenalah urut-urut sikit

Memang Anwar dibedah tulang belakang, tapi sikit saja. Katanya dah settle terus. Itulah maksud Anuar Shaari, Anwar bekerja macam oarng tak sakit. Ikut adat, kalau orang yang dibedah, dilarang jumpa wartawan dan orang ramai. Tapi Anwar semasa di Munich sebelum dan selepas dibedah sama saja, mesyuarat setiap petang bersama staff-staff yang dibawa bersamanya (lebih kurang 15 orang), belum campur lagi dengan semua ahli keluarga, hari-hari menerima tetamu dari Malaysia dan luar negara. Wartawan Barat bertali arus datang mengunjunginya dan mewawancaranya. Ya. macam orang tidak sakit. Macam orang bercuti.

Lepas itu kesihatan Anwar pulih sepenuhnya. Cergas. Dari orang yang seperti berumur 100 tahun semasa di penjara, terus menjadi lelaki berumur seperti 15 tahun. Aktif. Terus berhijrah ke UK dan Amerika Syarikat. 3 tahun duduk di luar negara. Ceramah sana, cermah sini, jadi penceramah Amerika la. Hong Kong, Dubai, Thailand, Anwar berceramah. Aktif sungguh. Dah tak ada sakit tulang belakang dah.

Tiba-tiba cerita sakit tulang belakang kembali semula apabila Anwar ditahan satu malam akibat tuduhan meliwat kali kedua ke atas bekas pekerjanya, Saiful Bukhari. Masa itu Azizah kata, Anwar masih sakit tulang belakang, tak boleh tidur atas simen..habis yang merawat di Munich dulu apa cerita ? Kata dah bedah, dah settle semua, ni sakit balik ?

Maka setiap kali datang ke mahkamah, setiap kali nak naik/turun tangga berpapahlah Anwar, dah tak larat dah. Itu belum masuk penjara balik, kalau masuk mesti berkerusi roda dan umur akan kembali menjadi lelaki berumur 100 tahun semula..

Tapi dalam masa sama, Anwar masih aktif berceramah di luar negara, naik/turun tangga tak berpapah pun. Anwar naik sendiri dengan lagak macho nya. Malu lah Anwar kalau datang berceramah di luar negara dengan berpapah, nanti orang tak panggil Anwar ceramah lagi, sebab dah uzur. Anwar cuma berpapah masa datang mahkamah saja.

Satu ketika dulu, blogger Maharaja Zhou pernah mempersoalkan hal berkaitan dengan sakit Anwar ni. Sakit tulang belakang, tetapi berbalut sampai ke leher. Apa cerita nih?

Saya sarankan anda membaca buku Ahmad Lutfi Othman, bertajuk "Anwar lawan Ghaffar', tahun 1993. Dalam muka surat 203, di bawah tajuk "Anwar dan Kudanya : Lebih mudah menunggangi manusia daripada menunggangi Kuda! Mendalam maksud Ahmad Lutfi ini. Masa itu Ahmad Lutfi menyerang Anwar 360 darjah sebab Anwar jadi pembesar dalam UMNO.

Entah apa maksudnya, Ahmad Lutfi mendedikasikan satu tajuk khusus berkenaan Anwar dan kuda dalam buku paling tebalnya itu. Tebal buku itu, 437 halaman. Banyak gambar-gambar Anwar.

Dalam buku itu Ahmad Lutfi memuatkan petikan akhbar Cina yang melaporkan Anwar jatuh kuda semasa menunggang kuda di Country Resort Bukit Kiara, kepunyaan tokey judi terkenal Vincent Tan. Masa tu, Anwar adalah penerusi penaja Majlis Ekuin Malaysia.

Semua paper Melayu tak carry pasai Anwar jatuh kuda, tetapi paper Cina carry. Masa itu orang tertanya-tanya kenapa Anwar tampil dengan imej baru, iaitu bertopang leher, orang ramai tertanya-tanya, kenapa ? Tetapi tiada jawapannya sebab media Melayu semuanya dikawal oleh Anwar, jadi ceritanya tak keluar. Yang keluar dalam paper Cina, Anwar pakai penyendal leher sebab jatuh kuda!

Jadi cerita Anwar pakai penyendal leher bukannya cerita baru, tetapi cerita lama, sejak 1992 lagi.

Memanglah lelaki yang suka aktiviti berkuda ni akan ada risiko, apabila terjatuh, sakit belakang dan sakit leher. Tetapi kalau tidak jatuh pun, kalau tabiat suka berkuda menjadi satu tabiat, dari dulu hingga sekarang, maka sakit tulang belakang sukar diubati.

Kata orang tua-tua, ibarat kelapa, makin tua, makin pekat santannya!

0 comments:

Post a Comment