Kisah Anwar nak peluk Hillary Clinton

Ketika berceramah di hadapan masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru Cina di Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu baru-baru ini Anwar berkata Hillary Clinton, Setiausaha Negara Amerika Syarikat terus bangun dan bersalam dengannya apabila ternampak kelibat Anwar.

Anwar membayangkan dirinya 'sang dewa yang sangat berkaliber' hinggakan terus bangun dan bersalam sebaik sahaja melihat dirinya. Sang dewa aka si chameleon dulu pernah dinobatkan pejuang Islam yang maha sempurna. Insan kamil lagi muttakamil wa tahi kambing kata Mat Sabu sebagai ejekan Anwar dalam ceramah-ceramahnya satu ketika dulu.

Dulu, semasa ABIM, Anwar lebih suka digelar 'Pak Sheikh'. Presiden ABIM katakan. Dasyhat motto Anwar ketika itu, 'Islam is the way of life', Ketika itu usahkan mahu berpeluk dengan wanita yang bukan muhrim, mahu bersalam dan bertentang mata dengan wanita juga haram.

Penarik Beca pernah menulis di blognya, yang dia pernah tertipu dengan lakonan ABIM yang super Islamik itu. Akhirnya dia kondem balik ABIM dengan kata merapu, ntah apa-apa. Blogger Al Muslimum juga berkata begitu, dulu semasa sekolah tertarik dengan ABIM apabila melihat perwatakan zuhud Anwar, sekadar mula tersedar, rupa-rupanya semua itu hanya lakonan semata-mata. Sebab itu Al Muslimum menulis artikel kecam Anwar bertajuk 'Anwar dari Islamik ke Sekular!'

Sebenarnya bukan Penarik Beca dan Al Muslimum sahaja tertipu, malah ramai lagi, termasuk pimpinan utama Parti Islam sekarang ini; Mat Sabu, Haji Hadi Awang, Salehuddin Ayub, malah ramai lagi.

Sekarang bagaimana ? Adakah sama Anwar sekarang dengan Anwar digelar 'Pak Sheikh', Insan Kamil lagi Muttakamil dulu. Adakah Anwar sekarang paling layak menjadi PRESIDEN Parti Islam, bagi menggantikan Asri (dulu) atau Haji Hadi(sekarang) seperti yang pernah diramalkan oleh Subky Latif dulu ?

Sekarang tiada lagi slogan "Islam is the way of life", slogan itu telah Anwar tukar kepada "Freedom is the way of life". Dulu mahu 'Islam', sekarang mahu 'kebebasan'(freedom).

Bahaya perjuangan 'Freedom' ni. Bukan setakat kebebasan media, tetapi kebebasan hak asasi, termasuk bebas menukar agama dan mengamalkan amalan seks yang dilarang agama (homoseksual dan lesbian).

Sebab itu wartawan Barat sering bertanyakan Anwar, adalah 'freedom' yang Anwar maksudkan termasuk 'bebas menukar agama'. Anwar jawab YA. Maknanya sama pemahaman Barat dan Anwar tentang "FREEDOM". Sebab itu bertalu-talu soalan media Barat bertanyakan Anwar mengenai HOMOSEKSUAL kerana FREEDOM bermaksud menghalalkan homoseksual.

Kalau homoseksual pun dihalalkan, apatah lagi bersalam atau berpeluk dengan wanita bukan muhrim. Pak Sheikh sana, pak sheikh sini, akhirnya terpeluk isteri Azmin Ali. Kerana dah biasa terpeluk, Anwar tidak kisah kalau Hillary Clinton pun mahu memeluknya.

"Hillary Clinton (Setiausaha Amerika Syarikat) ketika di Qatar, apabila dia nampak saya dia terus bangun dan salam. Saya ingat kalau peluk, saya pun OK tetapi dia tidak peluk saya, kalau dia peluk, nanti Utusan Malaysia akan ambil gambar". Ini kata-kata Anwar yang memang terkenal 'nakal' hinggakan "Mokhtar", adik iparnya ditugaskan untuk mengawal 'kenakalan' Anwar.

"Saya nak tanya dia bagaimana keadaan Clinton (bekas Presiden Amerika Syarikat) kerana membuat pemeriksaan jantung. Tetapi belum sempat saya bertanya, dia kata sebenarnya kami bersama anda Anwar, kami berjuang untuk keadilan,"

Boleh caya ke kata-kata Anwar ? Belum sempat Anwar bertanya, Hillary sudah kecut perut hingga terpaksa mengaku, "Saya (Hillary) akan bersama-sama Anwar, kami berjuang untuk keadilan"

Jadi kalau Anwar kata Dr Yusof al Qaradawi sokong dia, memang tidak hairan, sebab Hillary Clinton, Setiausaha Negara Amerika Syarikat pun sokongnya.

Sekarang mari kita baca pandangan penulis pro GAY, Amerika Syarikat, bernama JOE KLIEN yang menulis mengenai pertemuan Anwar dan Hillary di Qatar itu.Klik di sini

"On Sunday in Doha, Anwar met Hillary Clinton...and Clinton agreed to have her picture taken with him, which is a significant public sign of support that I hope the Secretary will follow up with a phone call to her Malaysian counterpart"

Tulisan KLIEN ini menunjukkan Anwar yang melebih-lebih, bukannya Hillary Clinton seperti yang diceritakan oleh Anwar di Kota Kinabalu. Anwar yang mahu jumpa sangat-sangat dengan Hillary..Anwar yang minta keizinan daripada Hillary untuk dirakamkan foto supaya memberi impak bahawa Setiausaha Negara pun menyokong Anwar. KLIEN, bekas 'setiausaha akhbar' Bill Clinton pula telah disogok oleh Anwar untuk menyokongnya (mamat ni yang mengatur pertemuan Anwar dengan Clinton?) dengan berkata, 'semoga dengan pertemuan itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu akan menghubungi kerajaan Malaysia (supaya menggugurkan kes liwat Anwar).

Mana bukti Anwar ke Qatar hari itu untuk melobi sokongan kepadanya ?

Buktinya, ditulis sendiri oleh wartawan TIME itu sendiri : "he (Anwar) told me he fully expects to go back to prison". Nampaknya Anwar sendiri yakin bahawa dia akan kembali ke penjara. Kenapa terlalu yakin ? Dulu kata ada alibi ? Dulu kata tak kenal Saiful ? Dulu kata tidak liwat Saiful ? Kalau tidak meliwat, dan ada alibi kenapa yakin masuk penjara semula ?

Satu lagi, apa hal Anwar dok melobi sana-sini supaya sokong dirinya. Anda liwat ke tidak ? Kalau tidak buktikan di mahkamah!. Kalau di mahkamah pun ada konspirasi, anda panggil Haji Hadi dan Nik Aziz bersumpah dengan kalimah wallahi wabillahi, wattalahi, saya (Anwar Ibrahim), tidak pernah meliwat Saiful Bukhari Azlan, seperti tarikh dan tempat dan didakwa. Habis cerita!

Ni macam orang yang nak mati kelemasan, minta sokongan sana, minta sokongan sini. Apa ke hal nya ?








Apa hal Anwar ni minta sokongan


0 comments:

Post a Comment