Bagaimana Anwar boleh sakit belakang ?0 comments
Orang ramai diriuhkan Anwar sakit tulang belakang hingga terpaksa berkerusi roda, tak boleh berjalan (semasa di penjara), terpaksa dipapah (di hadapan penyokong), pakai penyendal leher. Itu lah imej Anwar semasa dalam penjara. Orang tengok kat Anwar pun kasian, sebab setiap kali keluar khalayak ramai, itulah imejnya. Tengok Anwar amat letih, memang tak layak langsung jadi PM, kalau lihat penampilan Anwar masa itu. Kalau dibandingkan dengan umur pakcik berumur 100 tahun, Anwar lebih teruk daripada itu.
Masa kat kubur, melawat arwah Mak Yam, lagi sadis. Terpaksa usung dengan kerusi roda sekaligus. Bukan setakat usung Anwar, tapi usung kerusi roda sekali. Bukan sorang yang usung, kena usung ramai-ramai. Dah tak leh jalan dah masa tu..tambah sadis lagi dengan suara latar Zul Noordin yang mendayu-dayu. Siapa kata Zul Noordin tak berjasa kepada Anwar ? Tak caya tonton video, Anwar di kubur arwahnya, siapakah suara latarnya ? Kalau Zulkifli Sulong (bekas ketua pengarang harakah) kata dia mula tidak percaya dengan Zul Nordin, apabila mendengar taklimat Zul Nordin mengenai Anwar kena racun arsenik. Zul Sulong kata Zul Noordin berbohong apabila dia kata' apabila usap rambut Anwar, gugur satu persatu..luruh habis rambut Anwar akibat racun arsenik'. Zahid Mat Arip kata, dia pun tertipu dengan keracunan arsenik, Wan Azizah sendiri bawa cerita, Saifuddin jadi tukang tokok tambah, maka tanpa usul periksa berdemo lah rakyat di jalanan. Sekarang baru Zahid junior sedar, semua itu lakonan semata, katanya, 'kalau ikut hukum akal, Anwar dah terkena racun arsenik, rambut gugur 1999, dah lama dah Anwar padam. Sekarang sihat segar bugar apa cerita ? Masa itu Anwar, Azizah dan Keadilan pohon kepada kerajaan supaya Anwar dapat berubat di luar negara (Munich, Jerman), masa masih dalam penjara lagi, tetapi bukan kes racun arsenik, tetapi pasal sakit tulang belakang. Dua penyakit berbeza Anwar ni, satu arsenik, tetapi penyakit ni lenyap apabila pihak hospital mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar tidak pernah diracun arsenik, makna pecahlah tembelang Anwar berbohong. Kes arsenik senyap. Tetapi sakit tulang belakang masih misteri belum selesai hingga ke hari ini. Sebab itu masa Anwar dibebaskan pada 2004, dalam masa yang singkat, Anwar terus ke Munich. Katanya nak merawat sakit tulang belakang. Anuar Shaari kata banyak kekeliruan di sini. Riuh rendah, Anwar di rumahnya dan di KLIA dengan imej berkerusi roda, penyendal leher, tetapi sebaik sahaja sampai ke Munich, terus hilang kerusi roda, boleh berjalan dah, walaupun belum dirawat lagi. Itulah dashatnya Anwar, dari imej kena papah, kena usung beramai ramai, berkerusi roda, terus boleh berjalan apabila tiba di luar negara. Walaupun belum dirawat, terus boleh berjalan. Itulah Anwar memang dia serasi dengan luar negara. Dalam negara ni semua ni low class, luar negara juga first class..haha Anuar Shaari kata masa di Munich, Anwar bekerja macam orang tidak sakit. Sukma pun ada masa di Munich. Walaupun Azizah tak suka kepada Sukma, adik angkat Anwar itu datang juga. Katanya kerja Sukma di Munich urut mengurut badan Anwar dan merawat muka, maklumlah Anwar dah lama duduk dalam penjara. Kenalah urut-urut sikit Memang Anwar dibedah tulang belakang, tapi sikit saja. Katanya dah settle terus. Itulah maksud Anuar Shaari, Anwar bekerja macam oarng tak sakit. Ikut adat, kalau orang yang dibedah, dilarang jumpa wartawan dan orang ramai. Tapi Anwar semasa di Munich sebelum dan selepas dibedah sama saja, mesyuarat setiap petang bersama staff-staff yang dibawa bersamanya (lebih kurang 15 orang), belum campur lagi dengan semua ahli keluarga, hari-hari menerima tetamu dari Malaysia dan luar negara. Wartawan Barat bertali arus datang mengunjunginya dan mewawancaranya. Ya. macam orang tidak sakit. Macam orang bercuti. Lepas itu kesihatan Anwar pulih sepenuhnya. Cergas. Dari orang yang seperti berumur 100 tahun semasa di penjara, terus menjadi lelaki berumur seperti 15 tahun. Aktif. Terus berhijrah ke UK dan Amerika Syarikat. 3 tahun duduk di luar negara. Ceramah sana, cermah sini, jadi penceramah Amerika la. Hong Kong, Dubai, Thailand, Anwar berceramah. Aktif sungguh. Dah tak ada sakit tulang belakang dah. Tiba-tiba cerita sakit tulang belakang kembali semula apabila Anwar ditahan satu malam akibat tuduhan meliwat kali kedua ke atas bekas pekerjanya, Saiful Bukhari. Masa itu Azizah kata, Anwar masih sakit tulang belakang, tak boleh tidur atas simen..habis yang merawat di Munich dulu apa cerita ? Kata dah bedah, dah settle semua, ni sakit balik ? Maka setiap kali datang ke mahkamah, setiap kali nak naik/turun tangga berpapahlah Anwar, dah tak larat dah. Itu belum masuk penjara balik, kalau masuk mesti berkerusi roda dan umur akan kembali menjadi lelaki berumur 100 tahun semula.. Tapi dalam masa sama, Anwar masih aktif berceramah di luar negara, naik/turun tangga tak berpapah pun. Anwar naik sendiri dengan lagak macho nya. Malu lah Anwar kalau datang berceramah di luar negara dengan berpapah, nanti orang tak panggil Anwar ceramah lagi, sebab dah uzur. Anwar cuma berpapah masa datang mahkamah saja. Satu ketika dulu, blogger Maharaja Zhou pernah mempersoalkan hal berkaitan dengan sakit Anwar ni. Sakit tulang belakang, tetapi berbalut sampai ke leher. Apa cerita nih? Saya sarankan anda membaca buku Ahmad Lutfi Othman, bertajuk "Anwar lawan Ghaffar', tahun 1993. Dalam muka surat 203, di bawah tajuk "Anwar dan Kudanya : Lebih mudah menunggangi manusia daripada menunggangi Kuda! Mendalam maksud Ahmad Lutfi ini. Masa itu Ahmad Lutfi menyerang Anwar 360 darjah sebab Anwar jadi pembesar dalam UMNO. Entah apa maksudnya, Ahmad Lutfi mendedikasikan satu tajuk khusus berkenaan Anwar dan kuda dalam buku paling tebalnya itu. Tebal buku itu, 437 halaman. Banyak gambar-gambar Anwar. Dalam buku itu Ahmad Lutfi memuatkan petikan akhbar Cina yang melaporkan Anwar jatuh kuda semasa menunggang kuda di Country Resort Bukit Kiara, kepunyaan tokey judi terkenal Vincent Tan. Masa tu, Anwar adalah penerusi penaja Majlis Ekuin Malaysia. Semua paper Melayu tak carry pasai Anwar jatuh kuda, tetapi paper Cina carry. Masa itu orang tertanya-tanya kenapa Anwar tampil dengan imej baru, iaitu bertopang leher, orang ramai tertanya-tanya, kenapa ? Tetapi tiada jawapannya sebab media Melayu semuanya dikawal oleh Anwar, jadi ceritanya tak keluar. Yang keluar dalam paper Cina, Anwar pakai penyendal leher sebab jatuh kuda! Jadi cerita Anwar pakai penyendal leher bukannya cerita baru, tetapi cerita lama, sejak 1992 lagi. Memanglah lelaki yang suka aktiviti berkuda ni akan ada risiko, apabila terjatuh, sakit belakang dan sakit leher. Tetapi kalau tidak jatuh pun, kalau tabiat suka berkuda menjadi satu tabiat, dari dulu hingga sekarang, maka sakit tulang belakang sukar diubati. Kata orang tua-tua, ibarat kelapa, makin tua, makin pekat santannya! Kisah Anwar nak peluk Hillary Clinton0 comments
Ketika berceramah di hadapan masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru Cina di Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu baru-baru ini Anwar berkata Hillary Clinton, Setiausaha Negara Amerika Syarikat terus bangun dan bersalam dengannya apabila ternampak kelibat Anwar.
Anwar membayangkan dirinya 'sang dewa yang sangat berkaliber' hinggakan terus bangun dan bersalam sebaik sahaja melihat dirinya. Sang dewa aka si chameleon dulu pernah dinobatkan pejuang Islam yang maha sempurna. Insan kamil lagi muttakamil wa tahi kambing kata Mat Sabu sebagai ejekan Anwar dalam ceramah-ceramahnya satu ketika dulu. Dulu, semasa ABIM, Anwar lebih suka digelar 'Pak Sheikh'. Presiden ABIM katakan. Dasyhat motto Anwar ketika itu, 'Islam is the way of life', Ketika itu usahkan mahu berpeluk dengan wanita yang bukan muhrim, mahu bersalam dan bertentang mata dengan wanita juga haram. Penarik Beca pernah menulis di blognya, yang dia pernah tertipu dengan lakonan ABIM yang super Islamik itu. Akhirnya dia kondem balik ABIM dengan kata merapu, ntah apa-apa. Blogger Al Muslimum juga berkata begitu, dulu semasa sekolah tertarik dengan ABIM apabila melihat perwatakan zuhud Anwar, sekadar mula tersedar, rupa-rupanya semua itu hanya lakonan semata-mata. Sebab itu Al Muslimum menulis artikel kecam Anwar bertajuk 'Anwar dari Islamik ke Sekular!' Sebenarnya bukan Penarik Beca dan Al Muslimum sahaja tertipu, malah ramai lagi, termasuk pimpinan utama Parti Islam sekarang ini; Mat Sabu, Haji Hadi Awang, Salehuddin Ayub, malah ramai lagi. Sekarang bagaimana ? Adakah sama Anwar sekarang dengan Anwar digelar 'Pak Sheikh', Insan Kamil lagi Muttakamil dulu. Adakah Anwar sekarang paling layak menjadi PRESIDEN Parti Islam, bagi menggantikan Asri (dulu) atau Haji Hadi(sekarang) seperti yang pernah diramalkan oleh Subky Latif dulu ? Sekarang tiada lagi slogan "Islam is the way of life", slogan itu telah Anwar tukar kepada "Freedom is the way of life". Dulu mahu 'Islam', sekarang mahu 'kebebasan'(freedom). Bahaya perjuangan 'Freedom' ni. Bukan setakat kebebasan media, tetapi kebebasan hak asasi, termasuk bebas menukar agama dan mengamalkan amalan seks yang dilarang agama (homoseksual dan lesbian). Sebab itu wartawan Barat sering bertanyakan Anwar, adalah 'freedom' yang Anwar maksudkan termasuk 'bebas menukar agama'. Anwar jawab YA. Maknanya sama pemahaman Barat dan Anwar tentang "FREEDOM". Sebab itu bertalu-talu soalan media Barat bertanyakan Anwar mengenai HOMOSEKSUAL kerana FREEDOM bermaksud menghalalkan homoseksual. Kalau homoseksual pun dihalalkan, apatah lagi bersalam atau berpeluk dengan wanita bukan muhrim. Pak Sheikh sana, pak sheikh sini, akhirnya terpeluk isteri Azmin Ali. Kerana dah biasa terpeluk, Anwar tidak kisah kalau Hillary Clinton pun mahu memeluknya. "Hillary Clinton (Setiausaha Amerika Syarikat) ketika di Qatar, apabila dia nampak saya dia terus bangun dan salam. Saya ingat kalau peluk, saya pun OK tetapi dia tidak peluk saya, kalau dia peluk, nanti Utusan Malaysia akan ambil gambar". Ini kata-kata Anwar yang memang terkenal 'nakal' hinggakan "Mokhtar", adik iparnya ditugaskan untuk mengawal 'kenakalan' Anwar. "Saya nak tanya dia bagaimana keadaan Clinton (bekas Presiden Amerika Syarikat) kerana membuat pemeriksaan jantung. Tetapi belum sempat saya bertanya, dia kata sebenarnya kami bersama anda Anwar, kami berjuang untuk keadilan," Boleh caya ke kata-kata Anwar ? Belum sempat Anwar bertanya, Hillary sudah kecut perut hingga terpaksa mengaku, "Saya (Hillary) akan bersama-sama Anwar, kami berjuang untuk keadilan" Jadi kalau Anwar kata Dr Yusof al Qaradawi sokong dia, memang tidak hairan, sebab Hillary Clinton, Setiausaha Negara Amerika Syarikat pun sokongnya. Sekarang mari kita baca pandangan penulis pro GAY, Amerika Syarikat, bernama JOE KLIEN yang menulis mengenai pertemuan Anwar dan Hillary di Qatar itu.Klik di sini "On Sunday in Doha, Anwar met Hillary Clinton...and Clinton agreed to have her picture taken with him, which is a significant public sign of support that I hope the Secretary will follow up with a phone call to her Malaysian counterpart" Tulisan KLIEN ini menunjukkan Anwar yang melebih-lebih, bukannya Hillary Clinton seperti yang diceritakan oleh Anwar di Kota Kinabalu. Anwar yang mahu jumpa sangat-sangat dengan Hillary..Anwar yang minta keizinan daripada Hillary untuk dirakamkan foto supaya memberi impak bahawa Setiausaha Negara pun menyokong Anwar. KLIEN, bekas 'setiausaha akhbar' Bill Clinton pula telah disogok oleh Anwar untuk menyokongnya (mamat ni yang mengatur pertemuan Anwar dengan Clinton?) dengan berkata, 'semoga dengan pertemuan itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu akan menghubungi kerajaan Malaysia (supaya menggugurkan kes liwat Anwar). Mana bukti Anwar ke Qatar hari itu untuk melobi sokongan kepadanya ? Buktinya, ditulis sendiri oleh wartawan TIME itu sendiri : "he (Anwar) told me he fully expects to go back to prison". Nampaknya Anwar sendiri yakin bahawa dia akan kembali ke penjara. Kenapa terlalu yakin ? Dulu kata ada alibi ? Dulu kata tak kenal Saiful ? Dulu kata tidak liwat Saiful ? Kalau tidak meliwat, dan ada alibi kenapa yakin masuk penjara semula ? Satu lagi, apa hal Anwar dok melobi sana-sini supaya sokong dirinya. Anda liwat ke tidak ? Kalau tidak buktikan di mahkamah!. Kalau di mahkamah pun ada konspirasi, anda panggil Haji Hadi dan Nik Aziz bersumpah dengan kalimah wallahi wabillahi, wattalahi, saya (Anwar Ibrahim), tidak pernah meliwat Saiful Bukhari Azlan, seperti tarikh dan tempat dan didakwa. Habis cerita! Ni macam orang yang nak mati kelemasan, minta sokongan sana, minta sokongan sini. Apa ke hal nya ? Apa hal Anwar ni minta sokongan Bagaimana Soros bantu PKR ?0 comments
Sekarang mari kita cernakan apa yang cuba disampaikan dalam polemik RPK dan Ezam Mohd Nor [klik di sini] berkenaan dengan penyaluran dana asing kepada PKR. Read between the lines.
Dakwaan RPK kepada Ezam & Anuar Raja Petra mendakwa, Anuar Shaari, Ezam dan dua orang lain telah berkunjung ke Amerika Syarikat sekitar tahun 2003 untuk mengutip duit atas nama Free Anwar Campaign (FAC). Dakwanya lagi, seorang informernya (tidak dinyatakan nama) dari Amerika Syarikat telah menelefonnya untuk mengesahkan identiti benarkah keempat individu itu mewakili mewakili FAC (RPK tidak menjawab pengesahan ini benar/tidak.Lagipun takrif FAC luas, satu misi untuk membebaskan Anwar (tidak semestinya website RPK) yang ketika itu masih lagi merengkok di penjara Sungai Buloh) Tetapi RPK mendakwa dia mengesahkan soalan lain iaitu berkenaan pembangkang di Malaysia (PKR?) kekurangan dana dan jika pembangkang disalurkan jutaan ringgit kemungkinan besar pembangkang akan memenangi pilihan raya umum tahun itu (2004). RPK dakwa infomer itu berjanji kepadanya untuk menyalurkan 10 hingga 20 juta kepada pembangkang di Malaysia. RPK dakwa lagi dana sejumlah di atas telah disalurkan (bagaimana RPK dapat mengesahkan penyaluran dana itu ?) ke Hong Kong,(disalurkan kepada siapa di Hong Kong?) tetapi sebelum sempat disalurkan ke Malaysia, dana itu lesap entah ke mana. Dakwa RPK dia diberitahu oleh pemimpin kanan PKR (siapa?) bahawa dana itu diberikan oleh George Soros dan empat individu tersebut telah berjumpa secara peribadi dengan Soros di pejabatnya, di Amerika Syarikat. Jawapan Ezam kepada RPK Ezam menafikan dakwaan RPK bahawa dia terima dana dari Soros. Dia menafikan sekeras-kerasnya berjumpa dengan Soros, ataupun wakil soros ataupun organisasi Soros iaitu Open Society Institute (OSI). Tetapi Ezam mengakui dia, Anuar Shaari dan dua individu (yang disembunyikan identiti oleh RPK; Ezam menamakan sebagai Azmin Ali dan Adlin Murtadza Zabri) berkunjung ke Amerika Syarikat sekitar tahun 2003, tetapi bukan untuk berjumpa Soros, sebaliknya berjumpa wakil-wakil senat Amerika Syarikat di Capitol Hill dan NGO. Kedatangan Ezam dan tiga rakannya atas undangan Ambasador Roland , duta Cambodia di New York. (Apakah motif RPK sembunyikan identiti 2 individu selain Ezam & Anuar ? Apakah motif Ezam dedahkan 2 individu yang disembunyikan oleh RPK ? Motifnya sebagai saksi alibi, bahawa kunjungan mereka itu tidak bertujuan jumpa Soros, jika tidak percaya boleh dirujuk kepada Azmin Ali dan Adlin yang sama-sama turut serta) Selain itu, Ezam turut mengesahkan terdapat satu rombongan lain selepas itu (yang tidak disertainya) yang berjumpa dan berunding dengan Soros. Rombongan itu diketuai oleh Wan Azizah Wan Ismail bersama dengan Azmin Ali dan Khalid Jaafar yang diatur oleh Elizabeth Wong, individu yang diketahui umum menjadi penghubung Soros dan PKR. Tetapi Ezam tidak dapat mengesahkan dalam rundingan itu, Soros telah memberi dana, kerana pertemuan mereka tidak dilaporkan kepada mesyuarat parti. Tersirat di sebalik polemik ini RPK dan Ezam sama-sama bersetuju terdapat hubungan intim di antara PKR, Amerika Syarikat dan Soros. RPK menuduh Ezam dan Anuar terima duit Soros, tetapi gagal dibuktikan secara spesifik. Ezam menafikan dakwaan itu kerana kunjungannya ke Amerika Syarikat bukan jumpa Soros, sebaliknya jumpa senat-senat di Capitol Hill. Saksinya Anuar, Azmin dan Adlin. Subjek 'Soros' sebagai penderma dana kepada PKR diperkatakan oleh RPK dan Ezam. RPK walaupun cuba mengaitkan dengan Ezam dan Anuar tetapi gagal membuktikan dana itu disalurkan kepada mereka berdua, tetapi hanya membuat kenyataan dana itu ditransitkan dari Amerika Syarikat ke Hong Kong, tetapi lesap tanpa sampai ke Malaysia. Ezam pula bersumpah tidak pernah berurusan dengan Soros atau wakilnya, dia tahu terdapat rombongan lain diketuai Wan Azizah, Azmin dan Khalid berunding dengan Soros, tetapi dia tidak dapat mengesahkan sama ada Soros salurkan dana atau tidak kerana rundingan mereka itu tidak dilaporkan kepada parti. Ezam dengan tegas berkata sekiranya dia berbohong walaupun satu perkataan dari kenyataan di atas haram ke atas setiap amal baiknya di dunia dan halal api neraka kepadanya. Ezam berkata tuduhan ini merupakan fitnah RPK ke atasnya yang hanya menulis tanpa bukti, tetapi pengecut dan lari ke luar negara. Soalan untuk RPK. Jika dia mendakwa Ezam dan Anuar melobi untuk dapatkan dana di luar negara menggunakan websitenya (FAC), apakah tidak mungkin RPK yang sekarang ini berada di luar negara sedang melobi dana Soros menggunakan resume FAC atau Malaysia-Today ? Kecenderungan RPK mendapat dana asing sangat positif, berdasarkan gaya hidupnya yang hidup di luar negara tidak setimpal dengan status seorang penulis/blogger. Siapa taja RPK dan Malaysia-Today? Bagaimana Soros bantu PKR ? Berdasarkan keterangan di atas, dapat disimpulkan Soros memberi dana atas sebab Anwar sama FAC atau membantu kerja-kerja politik pembangkang Anwar di Malaysia. Dana itu ditransit dari Amerika Syarikat ke Hong Kong dan dari Hong Kong ke Malaysia. Pengatur di antara PKR dan Soros adalah Elizaberth Wong yang ketika itu terlibat aktif dalam NGO SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) dan pengasas Malaysiakini.com. Sekarang Elizaberth Wong adalah exco kerajaan negeri Selangor. SUARAM dan Malaysiakini.com adalah pro Anwar Ibrahim. Tetapi keterangan di atas tidak menceritakan secara detail bagaimanakah dana itu disalurkan ke PKR, selain daripada menyatakan transit ke Hong Kong. Anwar pernah berkata semasa kempen 16 September 2008, 'urusan rundingan lompat parti BN ke PKR boleh diuruskan di tiga destinasi sama ada Hong Kong, Dubai atau Singapura'. Maksudnya apa ? Lokman Noor Adam, bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan menghuraikan lebih terperinci bagaimanakah proses penyaluran dana tersebut. Salah satu kaedahnya dengan memasukkan ke dalam akaun CITYBANK dan PUBLIC BANK ke atas nama SYARIKAT GELORA SDN BHD, kepunyaan Khalid Jaafar. Khalid adalah salah seorang kepercayaan Anwar yang dipertanggungjawabkan menjaga badan pemikir Anwar yang dinamakan Institut Kajian Dasar (IKD). Selain Khalid, seorang lagi pemegang amanah SYARIKAT GELORA SDN BHD adalah Azwandin Hamzah, bekas Exco Pemuda Keadilan Nasional dan pegawai IKD. Menurut Lokman, Azwandin Hamzah telah memberikan bukti-bukti resit proses transisi dana dari Amerika Syarikat ke dalam akaun SYARIKAT GELORA SDN BHD dan kemudiannya disalurkan untuk kegiatan PKR. Siapakah Soros ? George Soros adalah seorang berbangsa Yahudi, seorang hartawan di Amerika Syarikat. Dia merupakan pengerusi Soros Fund Management, Quantum Fund dan Open Society Institute (OSI). Dia bergiat aktif berkempen untuk Presiden Obama menjadi Presiden Amerika Syarikat dengan menaja beberapa NGO pro Demokrat. Antara NGO tersebut adalah MoveOn.Org, Human Rights Watch, Media Matters dan ICG (International Crisis Group). Calvina Fay dari Drug Free America Foundation berkata Soros merupakan “individu yang paling jahat di dunia” kerana sebahagian daripada kekayaannya, dianggarkan berjumlah $7 bilion, disalurkan kepada kumpulan pejuang hak kaum GAY, pengguguran bayi, penggunaan dadah haram dan hak pelacur. Menurut Professor Michel Chossudovsky, Soros (Open Society Institute) bekerjasama IMF (International Monetary Fund),dan NED (The National Endowment for Democracy) untuk melantik Presiden proksi pro Amerika Syarikat dalam pilihan raya umum Ukraine. Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dengan Soros dalam ICG, sebuah organisasi ala-CIA tajaan Open Society Institute. Di Malaysia, Soros dikenali sebagai penyangak matawang kerana berusaha merudumkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997. Ketika itu Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta Chairman of the Development Committee of the IMF(the International Monetary Fund) yang dilantik oleh sahabat baiknya, Michel Camdessus. Ada berpendapat, usaha Soros dan IMF ini untuk memberi tekanan ekonomi kepada Malaysia, supaya Dr Mahathir disingkirkan dan dinaikkan Anwar, tetapi usaha ini tidak berjaya. Dari mana sumber duit Anwar ?1 commentsPertikaian Raja Petra dan Ezam Mohd Nor [klik di sini] membuka dimensi baru mengenai punca kewangan Anwar dan PKR. Raja Petra secara tidak langsung telah mengesahkan sumber-sumber kewangan yang diperolehi Anwar itu adalah berpunca dari dana asing khususnya dari Amerika Syarikat. Lapor Raja Petra, "Saya kemudiannya menelefon orang hubungan saya di AS bagi mengesahkan identiti empat sekawan tu. Saya juga memberitahunya nama keempat-empat orang individu itu dan orang hubung saya di AS mengesahkannya. Menurutnya, adalah penting bagi saya mengesahkan bahawa empat sekawan tu dibenarkan untuk bertindak atas nama Free Anwar Campaign. Selepas tu, dia mengajukan pertanyaan lain kepada saya, "Benarkah pembangkang amat kekurangan wang dan jika mereka mempunyai beberapa juta ringgit, maka mereka mempunyai peluang yang lebih baik bagi memenangi pilihanraya umum yang seterusnya?" "Ya," saya menjawab. "Okey," ujarnya. “Kalau begitu, kami akan dapatkan sejumlah wang untuk mereka. Setakat sepuluh ataupun dua puluh juta ringgit, tu tak jadi masalah bagi kami. Kami boleh mendapatkannya."Klik di sini Ezam telah pun menjawab dakwaan Raja Petra ini. Tuduhan ini tidak benar. Ezam menafikan beliau terlibat dalam trip mengutip wang dari hartawan Yahudi bernama Soros itu. Ezam bersumpah sepanjang memegang jawatan dalam PKR, beliau tidak pernah berurusan dengan Soros atau mana-mana wakil Soros. Tetapi Ezam tidak menafikan memang PKR berurusan dengan Soros yang wakili oleh trip lain yang tidak disertainya. Ezam menamakan tiga individu kepercayaan Anwar yang berurusan dengan Soros iaitu Wan Azizah, Azmin Ali dan Khalid Jaafar. Sememangnya setiap kali Anwar memohon dana asing, tiga individu ini akan memainkan peranan penting. Sama ada Anwar atau Azizah kemudian diikuti dengan Azmin dan Khalid. Anwar atau Azizah sebagai pemohon, manakala Azmin sebagai operavite pengurusan, manakala Khalid pula sebagai pemudah cara untuk penyaluran dana. Ezam tidak terlibat dalam proses pemindahan dana asing itu, sebab itu Anwar tidak kisah jika Ezam mahu meninggalkan PKR. Tetapi jika Azmin, Azizah atau Khalid amat bahaya kerana mereka terlibat dalam sistem pengutipan wang asing. Banyak rahsia akan terbongkar jika salah seorang daripada mereka akan belot. Sebab itu, Anwar menjaga mereka betul-betul, terutamanya jaminan kewangan. Sekarang kita nilai satu persatu nilai-nilai aset Anwar dan PKR : 1. Rumah atau 'mahligai' Anwar dan Azizah di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. Mahligai yang dipenuhi dengan CCTV dan 24 penghawa dingin. Dari mana Anwar mendapat sumber kewangan membina mahligai ini yang bernilai rm7 juta itu ? 2. Di mahligai itu, Anwar mempunyai beberapa pembantu, termasuk orang gaji, tukang kebun dan pegawai keselamatan yang bertugas 24 jam. Berapa belanja untuk menampung kos ini ? 3. Anwar memiliki beberapa kereta mewah. Salah satunya MG Rover (pacuan 4 roda) yang diberikan oleh Azmin Ali. Anwar mempunyai beberapa orang driber peribadi. Antaranya Mokhtar, Botak, Kahar dan Sani. Berapa kos perbelanjaan Anwar untuk membayar driber-driber ini ? 4. Anwar juga mempunyai pegawal peribadi yang bernama Mokhtar dan beberapa pegawai peribadi lain yang tidak rasmi. Blog gelagat Anwar mendedahkan Anwar turut menggunakan seorang komando Singapura yang memakai motor putih plat FR8802J. Pakar DNA dan forensik drpd Australia dan India. Dari mana Anwar dapat duit bayar kos mereka ini ? Klik di sini 5. Anwar mempunyai pejabat peribadinya di Seksyen 16, Petaling Jaya yang mulai beroperasi sejak tahun 2007. Sebuah rumah banglow dua tingkat dengan beberapa orang staf yang diketuai oleh Ibrahim Yaakub sebagai ketua staff. Antara stafnya Rahimi Osman, Nathanielle Tan dan seorang warga negara US bernama Azri. Siapa bayar mereka ? Dari mana Anwar dapatkan kewangan untuk bayar mereka ? Khabarnya Kedutaan Turki turut membekalkan dua orang staff membantu Anwar untuk menjalankan kerja-kerja politik Anwar di Malaysia. Betul kah ? 6. Anwar juga mempunyai seorang pembantu peribadi bernama Aasil Kazi Ahmad, rakyat Pakistan yang memiliki kewarganegaraan US untuk menguruskan urusan Anwar di luar negara khususnya urusan dengan Amerika Syarikat. Siapa bayar Aasil ? Kenapa Anwar perlu pegawai khas US ? klik di sini 7. Sebaik sahaja menang besar dalam PRU 12, Anwar beli bangunan di Tropicana, Damansara sebagai ibu pejabat PKR baru. Dari mana Anwar cekau duit sebanyak itu untuk membeli bangunan PKR ? Betulkan bangunan Tropicana itu diberi oleh Datuk Danny Tan secara bayaran token ? Datuk Danny Tan adalah adik kepada Vincent Tan, antara tokey judi yang terkaya di Malaysia. Anwar memang baik dengan tokey-tokey judi sejak dari dulu lagi. Betul kah Soh Chee Wan, masih jadi operative kewangan Anwar selain dari Datuk Ravi ? 8. Anwar juga mempunyai sebuah badan pemikir yang dinamakan Institut Kajian Dasar. Dulu beroeprasi di Jalan Telawi Bangsar, kini berpindah ke Bukit Jelutong di rumah Khalid Jaafar, ketua pengarahnya. Dari mana Anwar cekau duit bayar Khalid dan kos operasi IKD untuk mengembangkan projek Islam Liberal di Malaysia ? Berdasarkan item-item di atas, dari mana sumber kewangan Anwar, sedangkan Anwar hanya seorang seorang ahli parlimen dan hanya menerima elauan RM1 untuk penasihat ekonomi Selangor ? Anwar kini sedang melobi Amerika Syarikat...0 comments
Setelah berjaya mendapat sokongan daripada 50 ahli Parlimen Australia yang menuntut kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atasnya, kini Anwar sedang berusaha mendapatkan sokongan Amerika Syarikat pula.
Sebenarnya sokongan Australia tidak menghairankan kerana perkara ini telah didedahkan oleh Majalah The Economist sejak 30 Julai 2009 lagi. Wartawan majalah itu sudah menjangkakan kehadiran Anwar ke Perth mempunyai serampang dua mata, selain dari berdialog antara agama, memberi janji-janji manis kepada penganut Kristian, termasuk memberi kalimah Allah, tetapi matlamat terbesarnya adalah untuk mendapat sokongan antarabangsa mengenai kes liwatnya. "That morning, Mr Anwar had been in Perth where he had met Australia’s foreign minister. What had he been doing with Stephen Smith? “Plotting,” replies Mr Anwar, with a conspiratorial wink. Mr Anwar spends a lot of time abroad with national and religious leaders whose names he drops slightly too easily into an engaging conversational style. He moves like quicksilver from one intriguing subject to the next, but you get the uncanny sense that he is speaking to what interests you.Mr Anwar thinks he will soon need international support.". Klik di sini Nampaknya usaha melobi yang dilakukan oleh Anwar sejak pertengahan tahun lepas telah membuahkan hasil beberapa hari lepas, apabila 50 ahli palimen Australia berusaha untuk campur tangan ke atas negara Malaysia. Nampaknya ramalan wartawan The Economict ternyata benar; " Anwar sedang berkonspirasi dengan Stephen Smith, Menteri Luar Australia ?" Kini Anwar berada di Doha, Qatar pula. Bunyi negaranya Islamik, tetapi programnya tidak begitu Islamik sebagaimana yang cuba digambarkan Anwar. Anwar kini mengikuti program "US-Islamic World Forum" (Forum Amerika Syarikat dan Dunia Islam) yang setiap tahun diadakan di Doha, Qatar. Kenapa Amerika Syarikat pilih Doha, Qatar sebagai "base" untuk forum itu ? Sebabnya Doha adalah proksi Amerika Syarikat dan Perdana Menteri Doha, Sheikh Hamad bin Jassem bin Jabor al-Thani merupakan tali barut pemuja kerajaan Amerika Syarikat. Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki juga terlibat dalam program itu. Itu pun salah seorang pemuja Amerika Syarikat nombor wahid. Sama juga seperti Anwar Ibrahim dari Malaysia! Hillary Clinton, Setiausaha Negera Amerika akan hadir untuk memberi ucapannya dalam program itu. Begitu juga dengan Richard Holbrooke, salah seorang kawan rapat Anwar yang melantik Anwar dalam Diplomat Jemputan CFR (Concil on Foreign Relations). Dengan kehadiran tokoh-tokoh penting Amerika Syarikat ini bolehlah Anwar mengadu domba kepada Amerika Syarikat untuk campur tangan kepada kerajaan Malaysia. Anwar memang pakar bab mengadu domba, lihatlah apa yang dilakukan ke atas DAP dan PAS, kedua-dua tunduk kepada Anwar. Lihat lah apa yang dilakukan ke atas Ustaz Hadi Awang, hingga Presiden Parti Islam itu bersetuju beri kalimah Allah kepada Kristian. Lihatlah 'ayat' yang digunakan Anwar kepada Saiful, walaupun Saiful menolak, tetapi akhirnya Anwar berjaya juga taram punggung Saiful. Lepas taram, Anwar makan karipap daging, sambil bertanya "Are You Ok ?" Zahid Mat Arip pernah labelkan kehebatan Anwar ini sebagai 'binatang politik' yang 'pandai menggunakan kata-kata". Maksud 'binatang yang berkata-kata' adalah separuh manusia dan separuh binatang aka iblis atau dajal! Itulah kehebatan Anwar, bila berbicara secara bersemuka dengannya. Ustaz Hadi tewas dalam kalimah Allah, Saiful pernah tewas dalam isu liwat dan mungkin Amerika Syarikat juga bakal termakan dengan hasutan-hasutan Anwar. Kalau baca blog Anwar,[klik di sini] cara Anwar gambarkan mengenai program 'US-Islamic World Forum' ini, semuanya indah dan bagus belaka. Semuanya Islamik belaka. Tidak ada cacat celanya, walhal program itu di belakangnya adalah agenda Yahudi!. Memang Anwar pakar bab-bab 'retorik' ni. Buktinya Kalimah Allah yang ditentang oleh majoriti ulama' Islam untuk diberikan kepada Kristian, tetapi 'terpaksa' 'cair' dengan retorik-retorik Anwar. Sudah terang lagi bersuluh, agenda 'kalimah Allah', ada udang di sebalik batu dan semua orang tahu mengenai perkara itu, tetapi Anwar secara terang-terangan terus meretorikkan seolah-olah dia membawa 'kultus' dari Dr Yusof Al Qaradawi untuk memberikan kalimah Allah itu kepada Kristian. Walhal pihak JAKIM telah bertanya perkara sama kepada Al Qaradawi, dan Qaradawi bersetuju dengan tindakan kerajaan Malaysia, kerana hanya orang Arab sahaja yang tahu berkenaan sosio-budaya-politik Arab, begitu juga dengan orang Melayu sahaja yang tahu tentang sosio-budaya-politik Malaysia. Tetapi suara JAKIM tewas dengan suara Anwar yang sentiasa membawa mesejnya dalam setiap kali ceramah Mahkamah Rakyat! Siapa di belakang 'US-Islamic World Forum' ini ? Di belakangnya adalah konspirasi Yahudi yang berselindung di belakang badan pemikir The Brookings Institution dan The Saban Center Middle East. Siapa tidak kenal Strobe Talbot, Presiden Brookings. Dia adalah seorang Yahudi, bekas Timbalan Setiausaha Negara semasa pemerintahan Presiden Bill Clinton. Siapa tidak kenal Martin Indyk, Presiden Saban Center ? Dia adalah seorang Yahudi yang aktif dalam AIPAC (The American Israel Public Affairs Committee). Jadi Anwar adalah perkakas Yahudi atas berselindung di sebalik Forum Islam ? Klik di sini dan di sini Anwar hari ini akan menyampaikan ceramah dalam forum itu bertajuk "A Fresh Start: Has Barack Obama Initiated a New Beginning with Muslim Communities”. Masih tidak habis-habis jadi pembodek Obama, dari Paris ke Doha, inilah kerja Anwar pembodek bontot kerajaan Amerika Syarikat! Tetapi bodek tu bodek ada makna. Dulu bodek Paul Wolfowitz hingga dapat taraf bermastatutin di Amerika Syarikat selama dua tahun. Bodek Obama ni pula, Anwar nak apa ? Dalam ucapan Anwar forum yang sama pada tahun lepas, Anwar juga bodek Obama. Dia kata Obama lah pemimpin dunia yang maha bijaksana dan menghormati dunia Islam dalam memperjuangkan kebebasan dan demokrasi di dunia Islam. Dulu orang tidak faham apa makna 'kebebasan' dan 'demokrasi' yang dimaksudkan Anwar. Apabila berlaku isu Kalimah Allah, barulah rakyat Malaysia faham, itulah maksud kebebasan dan demokrasi yang cuba diterapkan Anwar di Malaysia. Dalam ucapan dulu, Anwar kata; "Sekiranya kita boleh menjangkakan sesetengah pendekatan semula dengan Amerika Syarikat – soalan yang masih kekal : Adakah Amerika Syarikat akan menemui rakan-rakan yang boleh dipercayai di dunia Muslim? Adakah mereka (Amerika) mempunyai rakan-rakan yang boleh dipercayai di kalangan kita ? ” Klik di sini Siapa ’kita’ itu ? Kalau difikirkan mudah ’kita’ itu merujuk ’umat Islam secara umum’. Bukan. Anwar bukan bermaksud umat Islam kerana bukan semua yang hadir di forum US-Muslim, Doha itu mewakili semua pihak Islam. 'Kita’ yang dimaksudkan Anwar itu merujuk kepada golongan Islam Liberal yang hadir dalam forum itu termasuk Anwar Ibrahim dan rakan-rakan seangkatannya. Klik di sini untuk melihat senarai kehadiran. Kesimpulan : Kalau di Perth, Australia dulu, Anwar menghadiri "Muslim Christian Interfaith Conference'. Itu program atas kertas, tetapi program belakang-belakang adalah berunding dengan Paderi Reverend Professor James Haire berkenaan dengan isu kalimah Allah [klik di sini] dan lebih penting lagi rundingan pintu belakang Stephen Smith, Menteri Luar Australia berkenaan dengan isu liwat. Hari ini sudah terbukti hasilnya berkenaan dengan isu kalimah Allah dan sokongan 50 ahli parlimen Australia. Bagaimana pula dengan kehadiran Anwar dalam program anjuran Brookings Institution dan Saban Center di Doha, Qatar itu. Itu atas kertas. Rundingan belakang-belakang itu yang lebih mustahak. Lepas ini kita akan lihat kesannya. Anwar memang sibuk main belakang-belakang ni! Jangan biarkan lelaki GAY menafsir agama0 comments
Anwar amat marah kalau dituduh sebagai gay. Tun M pernah sebut "saya tidak seorang GAY menjadi Perdana Menteri. Bayangkan mempunyai Perdana Menteri seorang GAY, semua manusia tidak akan selamat", di "Human Rights and Globalisation” anjuran SUHAKAM pada 9 September 2005, walaupun Tun M tidak menyebut secara spesifik siapakah Lelaki GAY itu, tetapi Anwar tampil ke hadapan mengaku dirinya lah yang dimaksudkan GAY itu, lantas menyaman 100 juta.
Amat sensitif Anwar mendengar istilah GAY dan LIWAT. Kalau terdengar, terus disaman 100 juta kepada siapa yang melafazkannya. Cuba lihat sendiri di anwaribrahimblog, tiada satu pun perkataan LIWAT walaupun pada hakikatnya Anwar sedang menghadapi pra perbicaraan sejak dua tahun lalu. Bayangkan Anwar berusaha menangguh-nanguhkan kes LIWAT hampir dua tahun. Kalau orang yang tidak bersalah, mempunyai bukti kukuh, ada alibi kuat, cepat-cepat mahu bersihkan imejnya di mahkamah. Tidak mahu imej GAY dan LIWAT terus mencalar imej individu yag mengaku bakal PM. Apa kesudahannya kes saman 100 juta Tun M ke atas lelaki GAY itu ? Kesudahannya Anwar tewas di mahkamah. Anwar gagal membuang imej GAY di mahkamah. Bukan setakat itu mahkamah turut memerintahkan Anwar membayar kos kepada Tun M kerana menyamannya, tanpa berjaya mengemukakan bukti kukuh, Rekod-rekod di mahkamah masih menyimpan dokumen-dokumen yang membuktikan Anwar GAY dan tidak berjaya dipadamkan Anwar hingga ke hari ini. Klik di sini Saya masih ingat ketika tahun 1998, ketika Anwar dipecat dari UMNO, ketika Anwar kehilangan kuasa TPM dan Menteri Kewangan, rakyat jadi kebingungan, berarak di jalan raya, 'reformasi..reformasi..reformasi', tetapi sebahagian besar tukang-tukang jerit 'reformasi' itu kini tidak lagi bersama Anwar. Satu persatu meninggalkan Anwar. Ezam, Lokman, Roslan, Hamidzun, Anuar, Zahid, Hanafiah, Hamdan, Nadzmi, Azwandin, Saidatul, Chandra, Nalla, Shaari, Kalaivanar, Rosli, Zainuddin, Ghani, malah kalau mahu disenaraikan kesemuanya, tidak cukup ruangan ini. Kenapa kesemuanya mengambil langkah memisahkan diri daripada Anwar, sedangkan pada tahun 1998, merekalah tonggak melaungkan slogan 'reformasi'? Malah, saya juga masih ingat, bukan setakat rakyat biasa yang keliru dengan tuduhan GAY ke atas Anwar ketika itu, malah tokoh-tokoh agama juga keliru. Contohnya Dr Haron Din, tokoh agama yang terkenal di Forum Islam. Saya masih ingat, sebaik sahaja dituduh GAY, Anwar membawa rombongannya ke rumah Dr Haron Din dan ketika itu Anwar menggunakan benteng imej Dr Haron Din untuk membersihkan imej GAY nya itu. Lama itu GAY menyepi, setelah Anwar bertapa di penjara Sungai Buloh selama 6 tahun dan apabila tampilnya seorang pemuda handsome pada tahun 2008 mengaku bekas pegawai peribadi Anwar, buat repot polis diliwat oleh majikannya, sekali lagi isu GAY mula berkumandang semula. Faisal Tehrani yang terkejut dari lena tidurnya, terbangkit dengan keriuhan di luar sana sambil berkata, "LEWAT lagi?". Penarik Beca pun kaget : "Awat Anwar buang tabiat, kata ada alibi, awat tercirit-cirit ke kedutaan Turki. Jangan buang kerja gila!". Saya sebutkan nama-nama blogger PAS yang amat faham pergertian GAY mengikuti perspektif agama. Saya turut difahamkan, ketika munculnya lelaki muda bernama Saiful Bukhari, antara orang pertama yang berminat menemui dan bertanyakan sendiri kepada lelaki itu adalah Dr Haron Din. Sesuai dengan nama Dr Haron Din yang dijaja oleh Anwar pada tahun 1998, sudah tentu apabila muncul lelaki baru, ulama tersohor itu ingin bertanyakan kedua-dua belah pihak. Barangkali menyedari kesilapan teknikal 12 tahun lampau, ulama itu hanya mendengar dari mulut lelaki Anwar Ibrahim sahaja, tanpa mempedulikan lelaki-lelaki lain termasuk Sukma Darmawan, Azizan Abu Bakar, Khairani Hj Nahfis, Meor Abd Razak dan lain-lain. Tetapi khabarnya hasrat Dr Haron Din berjumpa dengan lelaki muda Saiful tidak kesampaian, kerana masa bergerak terlalu pantas, Anwar bersembunyi di kedutaan asing dan Saiful pula turut diancam keselamatannya. Insya Allah, jika diizinkan Allah, mereka bakal berjumpa di mahkamah Februari ini dan tokoh-tokoh agama termasuk Dr Haron Din akan dapat mengikuti perkembangan secara terperinci apa akan didedahkan di mahkamah. Tetapi tanpa disangka-sangka, sebelum kebenaran GAY atau TIDAK lelaki bernama Anwar Ibrahim itu, tiba-tiba muncul isu KALIMAH ALLAH. Isu GAY kembali senyap. Anwar muncul lagak 'Messiah' menyeru rakyat Islam di Malaysia supaya bersetuju berikan "ALLAH" kepada Kristian. Kali ini, lebih ramai tokoh-tokoh agama yang terkejut dengan sikap Anwar yang bertukar wajah menjadi 'Messiah' itu. Dr Siddiq Fadhil (bekas Presiden ABIM), Dr Kamal Hassan (bekas Rektor UIA), Datuk Wan Zahidi wan Teh (Mufti Wilayah Persekutuan), Datuk Harussani (Mufti Perak),ustaz Taib Azmuddin(bekas Imam Besar) Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS) dan lain-lain. Anwar Ibrahim turun ke gereja-gereja mengadakan perjumpaan sulit dengan 100 hingga 200 paderi dan mubaligh Kristian. Kerana perjumpaan tertutup masyarakat Islam tidak mengetahui secara jelas apa yang sedang dirunding oleh lelaki yang kononnya mendakwa dirinya sebagai 'messiah' itu. Kalau ditanya kepada lelaki itu sudah pasti dia akan memilih sudut-sudut yang menguntungkan politik peribadinya sahaja dan menyembunyikan segala yang sulit yang boleh membunuh kredibiliti politiknya di kaca mata pengundi Islam. Sekiranya Bishop Philip Lok yang menjadi penganjur rundingan sulit Anwar dengan gereja di Petaling Jaya tidak mendedahkan di laman asia-lutheran.org,umat Islam di negara ini tidak tahu pun bahawa Anwar telah berunding Biskop Munib Younan , Bishop dari negara Israel itu semasa sidang dialog Kristian-Muslim di Universiti Georgetown Amerika Syarikat, pada Oktober tahun lalu. Anwar tidak ceritakan perkara ini kepada orang-orang PAS. Kepada orang-orang PAS, Anwar hanya berkata, 'saya menghadiri persidangan 'kalimatun sawa'...Ali Jumah, mufti Mesir pun ada.. Mustafa Ceric, mufti Bosnia pun ada' Klik di sini Tetapi timbul satu persoalan kenapa Bishop dari Lutheran yang menjadi penganjur ? Kenapa bukan gereja Khatolik yang sepatutnya terkedepan ?. Lutheran berpaksikan Martin Luther dan Martin Luther dianggap 'Protestan' dalam cabang agama Kristian. Kalau dalam konteks Islam, nama Martin Luther lebih dikenali di kalangan pendokong-pendokong dan penganut Islam Liberal, sama ada di Indonesia yang lebil dikenali dengan JIL/ISLIB atau di Malaysia yang lebih dikenali sebagai ADIL.Klik di sini Dan ketika Anwar berbicara agama dengan bishop-bishop itu, sekali lagi Dr Haron Din merasa terpanggil, demi pengetahuan dalam bidang agama, demi amanat bekas-bekas guru alim ulama, Dr Haron Din berceramah kepada umat Islam tetang kesan Kalimah Allah kepada bukan Islam. "Apa niatnya mahu kalimah Allah?. Kalau niat baik, kalau ditanya kepada saya, tak payah ambil kalimah itu. Jadi kalau bukan niat baik, apa lagi niat yang satu lagi ?", soal Dr Haron Din. Sekali lagi Dr Haron Din terasa keseorangan dalam menyelamatkan pegangan akidah umatnya. "Hati-hati, benda ini dekat dengan syirik, silap gaya boleh jadi KUFUR", tegur ulama itu. Tetapi seperti biasa Anwar tidak pernah mempedulikan ulama. Siapa Dr Siddiq Faddhil, Dr Haron Din, Ustaz Taib Azmuddin, Mufti Perak atau Mufti Wilayah jika dibandingkan dengan Anwar Ibrahim ? Anwar Ibrahim adalah bekas Presiden ABIM, lelaki yang pernah dijolok bakal Presiden PAS, berkelulusan Pengajian Melayu dari Universiti Malaysia dan pernah dijatuhi hukuman bersalah melakukan homoseksual di Mahkamah Tinggi pada tahun 2000. Zulkifli Nordin mangsa kerakusan Anwar meliberalkan Islam0 comments
Anwar Ibrahim memberi kata dua kepada Zulkifli Nordin sebelum memulakan ceramah di Hulu Kelang semalam. Anwar berkata selama ini beliau telah bertolak ansur dengan sikap ahli parlimen PKR dari Kulim Bandar Bharu itu dengan membiarkannya dengan pendapatnya sendiri, tetapi sekarang ini peguam kes liwatnya itu sudah melampaui batas. "Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi", kata Anwar.Klik di sini
Zulkifli Nordin pula dalam kenyataan balas hairan dengan sikap Anwar yang dulunya mempunyai imej Islam yang kuat (termasuk ABIM dan pertubuhan Islam luar negara), tetapi kini menjadi terlalu liberal hingga menyokong tindakan bukan Islam. Walaupun terdapat ulama luar negara (seperti yang diwar-warkan Anwar) yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama lain, tetapi kenapakah Anwar menolak pandangan ulama dalam negara yang majoriti tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. "Saya berharap Anwar akan mengambil sikap bebas tetapi beliau (sudah) menyokong pihak Kristian", kata Zulkifli. Sama ada semua episod ini sandiwara Zulkifli Nordin dan Anwar, tetapi hakikatnya, semua episod ini bermula dari hidden hand yang dimainkan oleh Ketua Umum PKR itu sendiri. Zul Nordin secara konsisten menentang pemberian kalimah Allah ini sejak pertama kali muncul di parlimen pertengahan tahun lepas. Malah beliau juga turut menentang penganjuran Forum Memeluk Islam, anjuran Bar Council yang bermotifkan untuk membincangkan isu murtad secara terbuka. Bahkan ekoran penentangan Zul itu, beliau diancam dengan tindakan disiplin. Manakala, Anwar Ibrahim pula secara konsisten mempertahankan penggunaan kalimah Allah kepada Kristian sejak Februari 2008, apabila Persatuan Kristian Malaysia (CFM) meminta Kalimah Allah itu kepada Ibrahim dalam perjumpaan tertutup Anwar bersama 200 paderi dan aktivis Kristian di Petaling Jaya. Klik di sini Bermakna isu kalimah Allah ini sudah lama dirunding secara tertutup di antara Anwar Ibrahim dengan Persatuan Kristian Malaysia, sejak 2 tahun lalu, namun tahun 2010, baru isu ini benar-benar terbongkar apabila mahkamah membenarkan kalimah itu digunapakai oleh Kristian. Tetapi semasa rundingan sulit itu, tiada pihak Parti Islam terlibat, hanya rundingan antara Anwar Ibrahim dengan pihak Persatuan Kristian. Anwar hanya membawa bersama-samanya Tian Chua dan Dr Xavier Jayakumar, manakala Persatuan Kristian membawa 200 ahli terdiri daripada paderi dan mubaligh Kristian. Timbul satu soalan, kenapa Persatuan Kristian begitu berani menuntut kalimah Allah itu daripada Anwar, sedangkan Anwar sebelum ini diwar-warkan seorang 'ekstrim Islam' yang sebelum ini mendakwa dirinya membina Universiti Islam, Bank Islam dan pelbagai jenama Islamisasi lagi ? Bahkan sebelum ini Anwar sering memandang serong terhadap gerak geri mubaligh Kristian, malah tindakan Raffles mengubah Abdullah Munsyi menterjemahkan Kitab Bible ke Bahasa Melayu, semasa zaman penjajah dahulu ditempelaknya sebagai agenda jahat mahu mengkristiankan Melayu. Malah Abdullah Munsyi yang menerima upahan British itu pun dituduh 'Abdullah Paderi'. Tetapi apa beza Anwar mengecam tindakan Raffles menterjemah Bible ke Bahasa Melayu dengan tindakan Anwar menyokong pemberian kalimah Allah dan penterjemahan Bible ke Bahasa Melayu kepada Kristian ? Di mana kedudukan Anwar sebenarnya? Kalau kedudukan sekarang adalah benar, bermakna tindakannya selama 12 tahun dalam gerakan Islam dan 16 tahun dalam UMNO adalah tidak benar ? Hanya 7 tahun selepas keluar penjara Sungai Buloh adalah tindakan yang paling benar dan paling menepati ciri-ciri pejuang Islam, Insan Kamil lagi Muttakamil ? Kalau 7 tahun yang dilalui Anwar ini paling benar dan menepati ciri-ciri generasi Quranic seperti yang pernah diwar-warkan oleh Anwar, bagaimana pula dengan kedudukan Parti Islam yang mendokong konsep kepimpinan ulama berlandaskan Al Quran As Sunnah ? Adakah posisi Parti Islam adalah salah dan tidak menepati Al Quran dan As Sunnah, manakala tindakan Anwar dalam PKR bersama Tian Chua, Dr Xavier Jayakumar, Elizabert Wong, adalah benar dan menepati Al Quran As Sunnah ? Maknanya cerita Anwar kononnya dipecat dari UMNO kerana mahu mengislamkan UMNO adalah retorik politik semata-samata. Kalau benar, kenapa Anwar tidak sertai Parti Islam dan berusaha menjadi Presiden Parti Islam selepas dipecat dari UMNO ? Kenapa tubuh PKR ? Adakah beretorik lagi, kononnya mahu mengislamkan PKR pula ? Berapa ramai sudah menjadi Islam setelah Anwar menjadi ketua defactor PKR ? Dan kalau benar Anwar mahu mengislamisasikan PKR, kenapa pula semakin ramai mubaligh Kristian beramai-ramai menyertai PKR ? PAS pernah kena tipu dengan Anwar. UMNO pun pernah kena. Sekarang giliran Persatuan Kristian pula dan sekali lagi Anwar mahu menyeret PAS dalam cengkamannya. Sebab itu Allah memusnahkan kaum Nabi Lut, kerana kalau dibiarkan kaum Nabi Lut itu akan bermaharaja lela menjadi dajal di muka bumi ini. Kaum Nabi Lut amat pintar mempedayakan manusia, jadi sebagi penyelesaiannya kaum itu terpaksa dimusnahkan. Persoalannya kenapakah Persatuan Kristian berani minta kalimah Allah di hadapan Anwar ? Semua ini terjawab apabila Bishop Philip Lok mengadakan perjumpaan tertutup dengan Anwar di Gereja Luther, Petaling Jaya, 10 Januari lalu. Anwar bersama dengan Dr Xavier Jayakumar, Zaid Ibrahim dan Dr Jeffey Kitingan, manakala Bishop Philip disertai bersama 100 orang mubaligh Kristian termasuk Bishop Ng Moon Hing dari Persatuan Kristian Malaysia(CFM) dan Father Thomas Phillips dari gereja Roman Khatolik. Dalam laman asia-lutheran.org, Bishop Philip Lok mendedahkan sebab mereka berani meminta kalimah Allah daripada Allah. Sebabnya Anwar telah 'berjanji sesuatu' dengan Biskop Munib Younan (Bishop Lutheran dari Jerusalem, Israel) semasa sidang dialog Kristian-Muslim di Universiti Georgetown Amerika Syarikat, pada Oktober tahun lalu. Sebab itu Persatuan Kristian berani menuntut janji kepada Anwar. Klik di sini Entah apa lagi janji Anwar dengan Bishop di luar negara, kita pun tidak tahu. Tetapi ketika balik ke Malaysia, Anwar secara terbuka berceramah di pentas-pentas PAS mengalunkan dendangan Bahasa Arab "Kalimatun Sawa', pada hal mengikut istilah Islam Liberal, "kalimatun Sawa' bermaksud "the bond of interfaith plurality". Di depan audien Islam, Anwar begitu bangga menyebut nama-nama Islam Sheikh Ali Gomaa (Mesir) dan Mustafa Ceric (Bosnia/Hezgovina) dan sesekali tidak menyebut nama-nama Bishop yang turut hadir. Tetapi apabila berjumpa pula dengan Persatuan Kristian di Malaysia, tidak dibuat secara terbuka, tetapi dibuat secara tertutup (kenapa mesti secara tertutup? apa yang mahu disembunyikan?), Anwar tidak lagi menyebut kalimah Arab, sebaliknya "Kalimatun Sawa" diganti dengan "Commom World", maka disebutnya satu persatu nama-nama Bishop yang hadir; Bishop Munib Younan, The Reverend Joel C. Hunter, The Reverend Thomas F. Michel, Reverend J. Bryan, Rev. Richard Chartes, Patriarch Theofilos III dan lain-lain. Klik di sini Kenapa mesti ada dua versi, terbuka dan tertutup ? Hari ini, Anwar Ibrahim akan membuat perhitungan ke atas Zulkifli Nordin kerana menentang hasratnya membenarkan kalimah Allah kepada Kristian. Zaid Ibrahim juga telah mendesak agar menyingkirkan Zulkifli Nordin daripada PKR kerana melampaui batas dan menghalang demokrasi. Anwar Ibrahim juga berhujah sama, Zul Nordin telah melampaui batas dan menghalang demokrasi. Jadi apakah maksud sebenar "demokrasi" mengikut kaca mata Anwar Ibrahim dan Zaid Ibrahim yang pernah mengemukakan fail di mahkamah menghalang pelaksanaan hudud ? "Kita melaungkan 'demokrasi','reformasi', 'kebebasan', semua itu sia-sia, kalau Zul Nordin tidak dipecat dari PKR", kata Zaid Ibrahim.
Subscribe to:
Posts (Atom)
ARKIB BLOGTENTANG SAYA
LANGSUNG DARI AnwarDotComDARI ANWAR IBRAHIM BLOGLINK BLOG & WEBANDA PENGUNJUNG KE |
