Kenapa Dr Hassan Ali dikambinghitamkan ?0 comments
Nik Aziz menulis di blognya, 'dua tiga kerat' pemimpin bermasalah. Dinamakan Mustafa Ali (Setiausaha Agong), Nasharuddin Mat Isa (Timbalan Presiden) dan Dr Hassan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor. Turut disebut juga nama Haji Hadi, tetapi kalau dia tidak terlibat, kita pakat-pakat belalah, tulis di blog Mursyidul am Parti Islam itu.
Sehingga petang semalam, geng-geng Erdogan masih mencari-cari video ucapan Nasharuddin Mat Isa dan Dr Hassan Ali berjumpa dengan blogger-blogger yang kononnya Nasharuddin dan Dr Hassan Ali ada sebut 'soal kerajaan perpaduan'. "Tok Guru nak tengok video rakaman ucapan Nasha dan Hassan itu, untuk dijadikan bukti dalam mesyuarat khas malam ini. Sesiapa yang mempunyai rakaman video diminta serahkan bukti itu", tulis salah satu blog pro Erdogan yang mengiklankan pencarian 'bukti' video ucapan pemimpin yang dituduh 'bermasalah' bersama blogger. Tetapi hingga ke malam mesyuarat (semalam), tiada siapa pun tampil memberi bukti video dan sekiranya diberikan bukti video pun, tiada apa-apa pun ucapan Nasha dan Hassan seperti yang didakwa. Begitu terdesak geng-geng Erdogan berusaha menghapuskan kepimpinan bukan pro Anwar Ataturk di dalam PAS. Hinggakan terdengar, 'gosip-gosip' di internet, terus disampaikan ke telinga tok guru, kononnya ada bukti kukuh. Kononnya Nasha dan Dr Hassan ada beritahu blogger, pasal nak masuk UMNO. Tetapi terbukti dalam mesyuarat khas Parti Islam semalam, soal masuk UMNO, soal kerajaan perpaduan tidak benar. Tidak ada apa-apa bukti yang boleh mensabitkan berkenaan dengan 'perbincangan terbaru kerajaan perpaduan' seperti yang didakwa dalam blog tok guru. Habis tok guru dapat maklumat dari mana, hinggakan dia sanggup menulis dengan penuh yakin di blognya bahawa dua tiga kerat pemimpin bermasalah sedang runding dengan pemimpin UMNO ? Habis kenapa tok guru yang dianggap sebagai 'pemimpin maqam paling tinggi' dalam hireaki kepimpinan tidak double check ke, maklumat yang disampaikan ke telinganya, hinggakan terlalu yakin menulis Mustafa, Nasha dan Dr Hassan sebagai pemimpin bermasalah ? Kalau ada bukti seperti yang didakwa oleh geng Erdogan, kenapa sehari sebelum mesyuarat, blogger-blogger pro Erdogan masih mencari-cari video rakaman Nasha dan Dr Hassan bersama blogger ? Ini sudah termasuk kes 'bisikan halus' aka fitnah yang sengaja ditiupkan ke telinga tok guru. "Pening..pening", begitulah kata-kata Nik Aziz, ketika keluar awal (10.20 malam) dari mesyuarat khas semalam. Ada yang menyebut beliau pening disebabkan berlaku 'kekecuhan' dalam mesyuarat berkenaan seperti yang dilaporkan oleh wartawan Siasah kepada MSO semalam. Mesyuarat semalam habis sekitar jam 1 pagi. Keghairahan geng pro Anwar untuk menjatuhkan geng anti Anwar, nampaknya sudah masuk ke fasa kronik. Bermacam cubaan dilakukan, termasuk yang terakhir menggunakan pengaruh muryidul am menulis di blognya, hingga memaksa diadakan mesyuarat khas dan akhirnya tok guru terpaksa keluar awal dalam kepeningan. Sebelum ini, difahamkan ada seorang geng pro Anwar menyerahkan 'bukti', foto Nasharuddin bersama Shafie Afdal. "Kalau itulah buktinya, saya ada berlambak lagi gambar bersama-sama dengan Shafie Afdal. Aik tak kan berjumpa dan berbincang dengan Shafie pun tak boleh. Saya dilantik sebagai pembantu Shafie dalam jawatankuasa parlimen, jadi memang banyak lah gambar-gambar kami bersama", jawab Nasha. "Kalau tak boleh berjumpa dengan pemimpin UMNO..pemimpin UMNO dianggap seperti 'Firaun'..ish..saya rasa perjuangan kita sudah lari jauh", jawab Nasha lagi. Benar seperti kata Nasha, di parlimen, tiada pengasingan meja makan antara UMNO dan PAS. Mereka boleh duduk dan berbincang di mana-mana, tanpa mengira parti politik. Logik juga jawapan Nasha itu, kalau begitu, Anwar duduk semeja dengan Muhyiddin hari itu, adakah perbincangan Anwar untuk masuk UMNO ? Nik Aziz sendiri yang dirakamkan foto dipimpin oleh Pak Lah dulu, adakah perbincangan untuk masuk UMNO ? Setelah ketiadaan bukti lain untuk mensabitkan Nasha dan Mustafa, akhirnya mesyuarat semalam berakhir dengan acara mengkambinghitamkan Dr Hassan Ali. Kasian Dr Hassan Ali, dia yang mempertahankan maruah Melayu-Islam di Selangor daripada digadai oleh Cina-Cina dari parti Amerika (PKR) dan Parti Singapura (DAP) akhirnya dimangsakan. Salahkah Dr Hassan kerana mempertahankan penjualan arak di Selangor ? Kalau begitu, Parti Islam sudah tidak sensitif lagi dengan jualan arak kepada Melayu di Selangor ? Salahkah Dr Hassan kerana mempertahankan maruah kakitangan kerajaan (majoriti Melayu) yang diperlakukan seperti budak-budak tadika oleh Cina, Teng Chang Kim ? Kalau begitu, Parti Islam sudah tidak mempedulikan lagi nasib masyarakat Melayu/Islam di Selangor ? Menurut geng pro Anwar, Dr Hassan wajar dipecat daripada Pengerusi Pesuruhjaya Selangor dan Exco Selangor, kerana kritikan terbukanya tempohhari menyebabkan PAS kalah di Bagan Pinang. Kalau begitu, selepas ini semua pemimpin PAS yang ada 'dua tiga kerat' dalam kerajaan Selangor kena 'tutup mulut' dan membiarkan Ronnie Liu, Elizabeth Wong, Teresa Kok, Ean Yong Hian Huah bermaharaja lela di Selangor atas nama kebebasan asasi. Minum arak adalah hak kebebabasan asasi. Berbogel dan 'main' seks secara rambang juga hak kebebabasan asasi. Itulah hujah Elizabeth Wong kepada Hassan Ali. "Kalau nak disabitkan kekalahan di Bagan Pinang kerana faktor pertikaian isu SELCAT di Selangor, Parti Islam kena buat post mortem semula. Macam mana Parti Islam nak menang, kalau di Bagan Pinang, Parti Islam hanya ada dua cawangan dan keahliannya tidak sampai 100 orang", kata Hassan Ali. Parti Islam sepatutnya belek semula sejarah. Dr Hassan Ali adalah bekas orang Anwar. Dia masuk PAS pun kerana faktor Anwar. Dan kena belek lagi, kenapa orang yang pernah sokong Anwar seperti Dr Hassan Ali sekarang ini boleh berpaling tadah, tidak lagi menyokong Anwar. Kenapa ? Kalau Dr Hassan Ali pun nak dikorban, semata-mata faktor, kini dia tidak sokong Anwar, maka alamaknya, Parti Islam terpaksa berhadapan dengan masalah yang lebih besar. Hukum Hassan Ali tidak akan menyelesaikan masalah, tetapi akan lebih menambahkan masalah.. Percayalah, selagi PAS berhajat memikul dan menjunjung Anwar sebagai ketua, selagi itulah Parti Islam akan terus ditimpa masalah demi masalah.. Isu Anwar : Faktor Parti Islam terbelah dua..0 comments
Ramai aktivis Parti Islam mempertikaikan kenapa Nik Aziz menjadikan cadangan Dr Aziz Bari untuk membersihkan parti. Dr Aziz Bari kata faktor kekalahan Parti Islam di Bagan Pinang, kerana faktor 'dua tiga kerat pemimpin bermasalah' dalam parti. Dua tiga kerat individu itu adalah Haji Abdul Hadi Awang (Presiden), Nahsharuddin Mat Isa (Timbalan), Mustafa Ali (Setiausaha) dan Dr Hassan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor. Ini bukan 'dua tiga kerat', ini seumpama memotong gerabak keretapi. Kepala gerabak dipotong, yang tinggal hanyalah badan, badan tidak berfungsi tanpa kepala. Maknanya Nik Aziz bersetuju dengan cadangan Dr Aziz Bari supaya memotong 'kepala gerabak keretapi' dan diganti dengan dua tiga kerat pemimpin baru. Persoalannya siapa yang layak ganti tempat Haji Hadi, Nasharuddin, Mustafa Ali dan Dr Hassan itu ?
Persoalan kedua, siapa Dr Aziz Bari dalam Parti Islam hingga pendapatnya menjadi 'fatwa' yang perlu disambut oleh pemimpin tertinggi Parti Islam, Mursyidul Am, al ustaz, tok guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ? Dr Aziz Bari, penasihat parti Islam ? Rasanya tidak! Ketua dewan ulamak parti Islam ? Rasanya tidak! Ketua Dewan Majlis Syura Pusat ?. Pun tidak ! Kalau semuanya tidak, kenapa Muryidul Am mendengar pendapat orang luar, yang diistilahkan sebagai parasit oleh Faisal Tehrani, serta membelakangkan semua sistem dalam Parti Islam, termasuk Majlis Syura, Majlis Tertinggi dan Dewan Harian parti. Persoalan ketiga, apa methodologi Dr Aziz Bari dan menjustifikasi punca kekalahan Parti Islam di Bagan Pinang itu kerana 'dua tiga kerat pemimpin bermasalah itu'. Adakah Dr Aziz membuat kajian spesifik, berdasarkan kajian soal selidik atau panggilan telefon responden ? Kalau menggunakan kaedah soal selidik, boleh dibahaskan lagi, berapa ramai sampel dibuat? Di manakah target responden? Dan sebagainya. Rasanya persoalan ketiga pun tidak dilakukan oleh Dr Aziz Bari. Jadi pendapatnya sekadar pendapat yang tidak pernah diuji sejauh manakah kebenarannya. Dan tidak boleh ditolak kemungkinan, Dr Aziz sendiri terpengaruh dengan sumber maklumat orang-orang yang berada di sekelilingnya, termasuk Dr Zulkifli Ahmad, Khalid Samad, Dr Hatta Ramli, Husam Musa yang kesemuanya lebih dikenali sebagai inner cirle Erdogan. Sebab itu Roslan Shahir Mohd Sharir (Roslan SMS), Ketua Penerangan Parti Islam Selangor menolak pendapat Dr Aziz Bari yang dianggap di luar dari segi kepakarannya. "Dr Aziz berhak mengeluarkan pandangannya, tetapi apabila luar dari kepakarannya, tiadalah sehebat mana dia berbanding kita yang awam ini...Masakan seorang pakar bedah mahu menonjol berbahas dalam bab ekonomi atau seorang jurutera angkasa mahu berbahas bab nasib para penaja kecil atau seorang tok mudim mahu menganyam tikar...Bagaimana kalau pakar ini (Dr Aziz Bari) bermain politik?" Klik di sini Untuk berlaku adil, di mana Dr Aziz, ketika PAS hanya menang dengan majoriti 65 undi di Manik Urai ? Kenapa ketika itu Dr Aziz tidak menyalahkan Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz yang menjadi ketua badan perhubungan Parti Islam Kelantan, faktor liabiliti kemerosotan undi di Manik Urai ? Sebab itu secara sinis Roslan SMS yang merupakan bekas setiausaha akhbar Haji Hadi Awang, Presiden Parti Islam merumuskan begini; "Dimana Dr Aziz ketika PKR tewas di Batang Ai? Kenapa tak disuruh tukar Dato Seri Anwar, singkirkan Azmin Ali, contohnya?" Dr Aziz Bari, proksi baru Anwar ? Setelah Husam Musa, orang yang selalu disebut-sebut sebagai proksi Anwar dalam Parti Islam, tewas jawatan Naib Presiden, Anwar seolah-olah tidak berputus asa mahu menguasai parti itu. Walaupun Husam tiada apa-apa jawatan, tetapi Musyidul Am, Nik Abdul Aziz masih ada. Cuma 'penasihat'nya telah tewas, maka Anwar memilih 'penasihat baru', orang bukan politik, seperti Dr Aziz Bari. Pertama, Dr Aziz Bari adalah produk UIA, ijazah sarjana muda di UIA [LL.B (Hons)(IIUM], ijazah sarjana (master) di Nottingham. Manakala Ph.D pula di Birmingham, United Kingdom. Bermakna Dr Aziz adalah benar-benar produk UIA, yang pernah di'tanam' Anwar ketika menjadi Presiden UIA satu ketika dulu. Masih ramai lagi produk-produk Anwar yang 'tertanam' di UIA, termasuklah Yusri Mohamad (bekas Presiden ABIM), Dr Osman Bakar (Istac), Dr Siddiq Baba (bekas Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar)dan ramai lagi. Ketika Anwar berkuasa dalam kerajaan dan menjadi Presiden UIA, Anwar berusaha bersungguh-sungguh menjadikan UIA miliknya dengan menanam kesemua orang kepercayaannya di UIA. Bermula dari Rektor, ditanamnya Abdul Hamid Sulaiman, warganegara Amerika Syarikat, kawan baik Anwar, dari IIIT (International Institute of Islamic Thought). Kemudian para pensyarah, termasuk Dr Jamal Berzinji, warganegara Amerika Syarikat, dari IIIT; Aminah Wadud, warganegara Amerika, pelopor perjuangan feminisme, Islam Liberal; Dr Badrul Amin, ustaz PKR yang suka memaki hamun para mufti dan sebagainya. Bukan setakat itu, Anwar juga menanam orang-orangnya di bahagian Hal Ehwal Pelajar, termasuk Dr Muhamad Nur Manuty (bekas Presiden ABIM), Mustafa Kamil Ayub (bekas Presiden PKPIM)hinggalah ke legasi terakhir, Dr Siddiq Baba. Dari proses rekrut terancang inilah maka lahirlah produk-produk seperti Ezam Mohd Nor, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan sebagainya. Setelah Anwar dipecat UMNO pada tahun 1998, sebahagian besar akar Anwar telah terpelanting keluar, tetapi tidak bermakna, 'orang-orang yang ditanam' Anwar semuanya pupus di UIA. Masih ramai lagi, cuma mereka memilih pendekatan mendiamkan diri, atau menjelmakan diri dalam 'warna baju Islam' versi Parti Islam, seperti Dr Aziz Bari. Kedua, Dr Aziz Bari turut dimasuki elemen-elemen anasir luar yang satu 'fikrah' dengan Anwar Ibrahim. Jika Dr Aziz adalah benar-benar produk Parti Islam, dia akan terhindar dari elemen-elemen asing, tetapi fakta latar belakang Dr Aziz sendiri menunjukkan dia mendapat asuhan dari United Kingdom, maka dia juga tidak terkecuali terdedah dari elemen-elemen anasir luar terutamanya yayasan Kristian yang mempunyai agenda tersembunyi di sebaliknya. Selain penerbitan buku-buku Dr Aziz diterbitkan oleh DBP, buku-bukunya diterbitkan oleh IKD (badan pemikir Anwar) dengan bantuan kewangan dari KAF (Konrad Adenauer Foundation). Misalnya buku bertajuk " Politik Perlembagaan : Satu Perbincangan Tentang Isu-Isu Semasa dari Sudut Perlembagaan dan Undang-Undang, Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar (IKD), 2006". Hasil tulisan Dr Aziz berkenaan konrtadiksi undang-undang sivil dan undang-undang syariah juga turut disponsor oleh KAF. "Enforcement of Shari'ah in Malaysia : Divine Provisions in a Constitutional Democracy " in Islam and Democracy : The Southest Asian Experience, Singapore: Centre for Contemporary Islamic Studies (CCIS) and Konrad Adenauer Foundation (KAF), 2004. Dr Aziz Bari adalah salah seorang aktivis dari waubebas.org [klik di sini] WauBebas.org ialah salah satu aktiviti utama Malaysia Think Tank, di samping Libertarian Education Project (LEAP) dan Project to Advance Democratic Institutions (PADI). WauBebas.Org adalah satu portal web yang menghimpunkan hasil tulisan pemikir dan aktivis kebebasab dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. WauBebas.org ialah satu projek bersama Malaysia Think Tank dan 'Atlas Global Initiative for Free Trade, Peace and Prosperity' yang dilancarkan pada 23 Ogos 2008. Kumpulan ini digerakkan oleh Wan Saiful Wan Jan, bekas aktivis HIZBI UK. Penasihat dalam negara organisasi ini adalah YB Dato’ Kamarudin Jaffar(PAS), YB Yusmadi Yusoff(PKR)dan YM Tunku Abdul Aziz Ibrahim. Manakala penasihat luar negara pula Dr Tom G Palmer, felo kanan di Cato Institute dan pengarah Cato University. Beliau juga merupakan timbalan presiden program antarabangsa di Atlas Economic Research Foundation dan pengarah umum Atlas Global Initiative for Free Trade, Peace and Prosperity; Dr Mark Pennington, Pensyarah Kanan di Jabatan Politk, Queen Mary, University of London, dan Felo di Institute of Economic Affairs, London; Linda Whetstone, ahli Lembaga Pengarah Institute of Economic Affairs, London; Atlas Economic Research Foundation, Washington; dan Mont Pelerin Society. Pengerusi dan pengasas bersama International Policy Network, London dan Professor Julian Morris iaitu Pengarah Eksekutif International Policy Network, London.Klik di sini Melihat kepada individu-individu yang berada dalam WauBebas.org, sama ada penasihat dalam dan luar negara, semuanya tidak dapat lari dari daripada lingkaran Anwar Ibrahim. Hubungan Anwar dengan Yayasan Kristian, Konrad Adenuer Faoundation, tidak dapat disangkal lagi sejak 1987 hingga sekarang. Selain memilih Anwar, KAF juga turut memilih Dr Aziz Bari, sebagai salah seorang yang perlu dipromote di Malaysia. Sebelum ini KAF telah memilih Khalid Jaafar (IKD), Zainah Anwar (SIS), Malik Imtiaz Sarwar (peguambela murtad) dan Zaid Ibrahim (penentang undang-undang hudud Kelantan). Bukankah itu satu lingkaran gelap Anwar Ibrahim yang perlu disambung-sambung kaitannya ? Seperti yang disoal oleh Roslan SMS, sejauh manakah pendapatnya Dr Aziz, benar-benar bebas, adakah dia juga sedang berpolitiking atau sedang membawa agenda pihak lain ? Siapa pakar rujuk Nik Aziz ? Haji Abdul Hadi Awang, apabila timbul sesuatu kemelut politik yang gagal diselesaikan, beliau akan ke luar negara menemui rangkaian gerakan Islam antarabangsa, termasuk Ikhwan Muslim yang salah seorang anggotanya adalah Dr Yusof Qardawi. SongkokPutih bekas webmaster Tranungkite (pro Hadi Awang) dalam perdebatan Tulang Besi (pro Erdogan) merumuskan, Haji Hadi Awang bukanlah seorang Presiden parti Islam, yang mudah dipedaya dengan maklumat-maklumat palsu.. "Dia (Tulang Besi) fitnah bahawa Tuan Guru Haji Abdul Hadi seolah-olah bodoh dan mudah diperdaya. Sebelum membuat keputusan Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah membuat solat istiqarah 3 malam berturut-turut dan keputusannya ada kaitan dengan pertemuan beliau dengan Dr Yusof Qardawi di Paris. Tulisan SongkokPutih, klik di sini "Apa yang nak sebut pertemuan ini (Haji Hadi dan Dr Yusof Qardawi) adalah atas isu antarabangsa. Sampingan daripada pertemuan itu Dr Yusof Qardawi memberi pandangan supaya berhati-hati dengan Anwar Ibrahim", Tulisan SongkokPutih, klik di sini Seandainya Haji Hadi Awang merujuk kepada Dr Yusof Qardawi, siapa pula tukang rujuk Muryidul Am, Nik Abdul Aziz Nik Mat ? Nampaknya, Nik Abdul Aziz tidak merujuk kepada Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul Am), atau Datuk Haron Taib (Ketua Dewan Ulama), kerana kedua-dua dilihat sealiran dengan Presiden PAS, yang merujuk kepada Dr Yusof Qardawi. Jadi Nik Abdul Aziz merujuk kepada siapa ? Secara jenaka, ramai berkata, Nik Aziz hanya merujuk kepada Anwar Ibrahim. Sebenarnya, bukan berjenaka, kerana keseluruhan benteng penasihat Nik Abdul Aziz telah dihijack oleh Anwar. Bermula dari Husam Musa, hingga Anuar Bakri, Setiausaha Politik Nik Abdul Aziz. Nik Aziz mengambil Anuar Bakri sebagai Setiausaha politiknya tanpa melihat asal usul sejarah politiknya. Mentang-mentang nama itu dicadangkan oleh orang kesayangannya, Husam Musa, maka diambilnya menjadi penasihat politik. Sejarah membuktikan Anuar bakri merupakan salah seorang staff Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan. Apabila Anwar dipecat UMNO pada tahun 1998, Anuar Bakri, juga turut melepaskan jawatannya di kementerian kewangan dan menjadi seorang 'zuhud' dengan menongkat dagu di bawah Nik Aziz. Nik Aziz sangat tertarik dengan kezuhudan Anuar Bakri itu, lalu diangkatnya menjadi Setiausaha Politik. Bukankah Anuar Bakri inilah yang dituduh sebagai 'pembantu sesat' oleh anakanda Nik Aziz sendiri (Nik Abduh) satu ketika dahulu yang bertindak melaga-lagakan dua tok guru (Nik Aziz dan Hadi Awang) ? Kalau beginilah tukang-tukang penasihat Nik Aziz, maka tidak hairan, satu ketika dahulu, jarum-jarum Amerika Syarikat cuba membeli hati Nik Aziz dengan memberi anugerah Nobel Keamanan oleh Gusi Peace Price Foundation yang beribu pejabat di Manila. Klik di sini dan di sini Namun setelah dinasihat oleh penasihat-penasihat lain(selain penasihat yang dihijack Anwar) di kalangan PAS, akhirnya Nik Aziz menolak anugerah itu. "Badan Perhubungan Pas telah membuat keputusan agar Nik Aziz menolak anugerah berkenaan. Tidak diketahui sebab-sebab kenapa keputusan itu dibuat.Surat penolakan berkenaan telah pun dihantar kepada wakil yayasan itu di negara ini dan pihak Manila telah pun maklum mengenai penolakan berkenaan" Klik di sini Sekarang kerana hijack Anwar yang menggunakan sepenuhnya payung Nik Aziz, Parti Islam telah terbelah dua.. Kes saman 100 Juta Dr M : Konspirasi Anwar supaya kalah?1 comments
Dari segi logik, betapa bodohnya peguam-peguam Anwar, seolah-olah tidak pengalaman dalam bidang perundangan, apabila dengan secara sengaja membiarkan kesilapan-kesilapan teknikal supaya kesnya ditolak. Antara kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh barisan peguam Anwar dalam menyediakan hujah di mahkamah adalah tidak mematuhi peruntukan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 apabila memorandum rayuannya dibuat dalam bahasa Inggeris, tidak ditandatangani oleh peguam cara perayu, tidak mempunyai tarikh spesifik, tidak mengandungi kronologi peristiwa kes serta gagal melampirkan indeks rekod rayuan dengan teratur. Semua ini kesilapan-kesilapan teknikal yang dilakukan oleh peguam yang tidak berpengalaman atau disengajakan untuk membolehkan kes itu kalah.Klik di sini
Siapa barisan peguam Anwar ? Mereka terdiri daripada peguam-peguam yang berpengalaman iaitu Raja Aziz Addrusse, Dato’ Cumarasamy, Mr. S.N. Nair dan En. Wan Anuar Shaddat bin Mohamed Amin dengan mengunakan firma guaman milik S. N Nair (Tetuan S.N. Nair & Partners), Peguamcara dan Peguambela, Suite 5C, Level 5, Wisma Kosas, Jalan Melayu 50100 Kuala Lumpur. Dari segi barisan peguam, memang sudah cukup mantap. Tetapi dari segi isi penghujahan dan kurang cermat dalam penyediaan hujah, seolah-olah peguam pelatih. Sebab itu, kekalahan ini sememangnya dirancang. Semua ini game plan Anwar! Latar belakang kes Kes saman ini berasaskan kenyataan Dr Mahathir semasa sesi soal jawab bersama wartawan selepas program "Human Rights and Globalisation” anjuran SUHAKAM pada 9 September 2005. Transkrit soal jawab antara wartawan dan Dr Mahathir seperti berikut; “Q: Tun, your detractors say that you committed the same things when people spoke against you. You detained them and you arrested them. A: Which one? Q: Ops lalang A: Ops lalang was not because they speak against me. You must be very precise. You know, it is not because they spoke against me. It is because they brought up issues like Chinese education and all that and because of that there was a lot of tension between the Malays and Chinese and the ISA has always been used in order to dampen down any tension. It is not because they spoke against me… You tell me which one of them spoke…” Q: The Deputy Prime Minister A: The Deputy Prime Minister did not speak against me. Q: So none of it, so you are saying, you never spoke, used it A: Ya, but the press makes it up. The press makes out that I have something against my Deputy. In our society sodomy is not acceptable. Of course, among some media people even, they they they are gay. So they don’t like my taking action against a person for the kind of thing that they indulge in. So I became a bad guy because of that. But I cannot have a person who is like that in my Cabinet who may succeed and become the Prime Minister. Imagine having a gay Prime Minister nobody will be safe”. Berdasarkan transkrit di atas, Anwar merasakan dirinya yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir sebagai seorang homoseks yang tidak layak menjadi Perdana Menteri dengan tafsiran kata-kata Dr Mahathir seperti berikut; "Saya tidak boleh menerima orang seperti itu (gay) dalam kabinet saya dan akan menjadi Perdana Menteri. Bayangkan mempunyai Perdana Menteri seorang gay, semua manusia tidak akan selamat" Apakah kata-kata yang betul-betul menimbulkan kemarahan Anwar ? Seperti yang dibold di atas, satu kata-kata yang betul-betul menimbulkan kemarahan Anwar iaitu 'seorang homoseks(gay) tidak boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia'. Tidak seperti kes saman Anwar ke atas Dr Chandra, kata-kata diucap pada 3 Mac 2008, dalam masa 3 hari (pada 7 Mac 2008), Anwar terus failkan petisyan saman, tetapi dalam kes Dr Mahathir, Anwar mengambil masa kira-kira 4 bulan untuk mengemukakan petisyen di mahkamah. Dr Mahathir sebut 'gay tidak sesuai jadi PM' pada 9 September 2005, manakala Anwar failkan petisen di mahkamah pada 26 Januari 2006. Kenapa Anwar mengambil masa yang terlalu lama untuk menyaman Dr Mahathir, sedangkan Anwar hanya mengambil masa 3 hari untuk menyaman Dr Chandra ? Di sini sudah menunjukkan Anwar sendiri teragak-agak untuk menyaman Dr Mahathir dan perbincangan secara teliti telah dilakukan dengan para peguamnya yang terpaksa memakan masa berbulan-bulan untuk mengkaji implikasi baik buruknya. Tetapi dalam masa sama, Anwar telah berceramah satu negara, bahawa beliau akan menyaman Dr Mahathir dan seluruh instrumen digunakan (termasuk Suara Keadilan) untuk bikin gempak, bahawa beliau akan menyeret Dr Mahathir ke mahkamah. Walaupun semboyan telah ditiupkan di media rakyat(termasuk pentas ceramah dan Suara Keadilan), tetapi Anwar sendiri masih teragak-agak untuk melaksanakan dalam bentuk tindakan. Setelah 'terlajak meniup semboyan', akhirnya pada 26 Januari 2006, Anwar mengemukakan petisyen tersebut di mahkamah. Tetapi sekitar Februari 2006, sudah bertiup cakap-cakap di kalangan media bahawa langkah Anwar itu sebenarnya silap. "KUALA LUMPUR - Dari cakap-cakap yang sampai ke pengetahuan kami di ERA BARU, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menukar fikiran menyaman bekas bosnya, Tun Dr. Mahathir Mahamad. Difahamkan Anwar berbuat begitu setelah mendapat nasihat dari pelbagai pihak bahawa tindakan beliau itu akan hanya merugikan beliau selain dari kredibiliti beliau akan bertambah buruk" Klik di sini Pada 5 Januari 2007, peguam Dr Mahathir, VK Lingam & Co menghantar petisen balas menjustitifikasikan kebenaran kata-kata Dr Mahathir (bahawa Anwar adalah homoseks) dengan menyertakan afidavit-afidavit yang menyokong hujah-hujahnya. Hujah Dr Mahathir, Anwar memang seorang homoseksual berdasarkan; Pertama : Pengakuan dan hukuman mahkamah yang telah dikenakan ke atas Munawar Ahmad Anes dan Sukma Darmawan Saasmitaat Madja yang telah merelakan diri mereka diliwat oleh Anwar. Keputusan ke atas kedua-dua kes ini telah menjadi rekod mahkamah dan kedua-dua telah dipenjarakan atas kes berkenaan. 1. Seorang rakyat Pakistan, Dr Munawar A. Anees hari ini dihukum penjara enam bulan setelah mengaku bersalah melakukan perbuatan kelucahan melampau dengan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya.Munawar, yang mempunyai taraf pemastautin tetap di Malaysia dan Amerika Syarikat, mengaku bersalah terhadap tuduhan berikut: ''Bahawa kamu dalam bulan Mac 1993 pada sebelah malam di No. 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, telah melakukan perbuatan kelucahan melampau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memasukkan zakarnya ke dalam jubur kamu dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.'' Klik di sini 2. Sukma Darmawan Sasmitaat Madja membuat pengakuan bersalah melakukan perbuatan meliwat dengan abang angkatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah menyedari kesilapan yang dia lakukan pada masa lepas. 'Bahawa kamu, pada bulan April 1998 pada sebelah malam di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di No. 47, Jalan Damansara di sini telah melakukan perbuatan kelucahan melampau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memasukkan zakarnya ke dalam dubur kamu.'Sukma Darmawan mengaku bersalah dan dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur. Klik di sini dan di sini Kedua : Anwar didapati bersalah Azizan Abu Bakar yang diputuskan oleh Datuk Ariffin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000. Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar. Adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja yang menghadapi dua tuduhan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat kali sebatan.Klik di sini Ketiga : Walaupun Anwar berjaya dalam proses rayuannya di Mahkamah Persekutuan dan mempertikaikan tarikh sebenar kejadian liwat serta dibebaskan pada 2 September 2004, namun ketiga-tiga hakim yang mendengar rayuan bersepakat menyetujui berlakunya aktiviti liwat antara Anwar, Azizan dan Sukma. Mahkamah Persekutuan menyebut seperti berikut ; "... we find evidence to confirm that the appellants [Dato' Seri Anwar bin Ibrahim and Sukma Darmawan Sasmitaat Madja] were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen." Berdasarkan hujah-hujah konkrit yang dinyatakan di atas, Dr Mahathir mengemukakan tuntutan agar saman fitnah Anwar tersebut dibatalkan oleh pihak mahkamah. Setelah meneliti kedua-dua hujah pihak Anwar dan Dr Mahathir, pada 4 Julai 2007, Dato' Tengku Maimun Tuan Mat, hakim Mahkamah Tinggi membuat keputusan mengenepikan saman fitnah tersebut. Keputusan hakim boleh dibaca di sini Pada 20 Oktober 2009, Mahkamah Rayuan bersidang sekali lagi setelah Anwar mengemukakan semakan untuk merayu keputusan pada 4 Julai 2007. Tiga panel hakim, yang diketuai oleh Hakim Abdul Malik yang bersidang bersama Hakim Datuk Azhar Ma'ah dan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad memutuskan untuk mengekalkan keputusan 4 Julai 2007 serta memerintahkan Anwar membayar kos kepada Dr. Mahathir. Klik di sini Tetapi yang menimbulkan keraguan, jika benar Anwar bersungguh-sungguh untuk meneruskan kes ini, kenapa beliau dan barisan peguamnya mengambil sikap tidak serius dalam penghantaran hujah rayuan, sehingga berlaku kesilapan teknikal seperti tidak ditandatangani oleh peguam cara perayu, tidak mempunyai tarikh spesifik, tidak mengandungi kronologi peristiwa kes serta gagal melampirkan indeks rekod rayuan ? Di sinilah teori bermula, bahawa sebenarnya Anwar tidak mempunyai hujah kukuh untuk menangkis hujah-hujah Dr Mahathir, tetapi beliau terpaksa melakukan untuk memastikan cita-citanya menjadi Perdana Menteri tidak dicemari dengan imej homoseks. Jadi, sekarang Dr Mahathir sudah menang di mahkamah. Bukan setakat Anwar gagal memperolehi tuntutan 100 juta, malah Anwar diperintahkan membayar kos kepada Dr Mahathir kerana membuang masanya dengan mengheret kepada isu remeh yang bertujuan untuk kepentingan politik peribadi. Maka, jika Dr Mahathir menang di mahkamah, bermakna, mahkamah telah mengesahkan kebenaran kata-kata Dr Mahathir pada 9 September 2005, di Bangunan SUHAKAM bahawa 'seorang homoseks(seperti Anwar Ibrahim) tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia'! Anwar Ataturk : Jika anda mahu jadi Martin Luther, letak jawatan Ketua PR!0 comments
Semasa berkempen di Bagan Pinang, Anwar tanpa segan silu mengatakan kerjanya sebagai 'ketua pluralisme'(menyamaratakan agama-agama). "Saya baru balik dari Amerika menghadiri sidang Common World (kerjasama Islam dan Kristian), lepas ini, saya akan ke Kerala, India menghadiri sidang Islam dan Hindu, inilah kerja kita, kerja Pakatan Rakyat", kata Anwar.
Benar gesaan Karpal Singh, suatu ketika dulu, Anwar tidak layak jadi ketua PR, PR perlu mencari ketua baru yang lebih layak. Anwar perlu bertaubat! Kenapa hujah Karpal Singh benar ? Pertama, ketika PKR menghadapi krisis dalaman yang teruk sama ada di Selangor atau Sabah dan Sarawak, Anwar tidak mengambil pendekatan menyelesaikan permasalahan itu, sebaliknya memilih pendekatan melarikan diri, dengan mengatur sekerap mungkin jadual-jadual agenda dialog antara agama (pluralisme) di luar negara. Inikah pemimpin yang bertanggungjawab ? Ketika gagal mengotakan janji menjadi PM pada 16 September 2008, dia tanpa segan silu terus menerus melakukan pembohongan. Di mana sikap akauntibiliti(kebertanggungjawaban) yang sering dilaung-laungkannya ? Di mana sikap kebertanggungjawaban seorang ketua de facto yang memprojekkan imej parti hanya tunduk kepada satu individu, yakni dirinya sendiri, tetapi apabila masalah-masalah parti muncul yang memerlukan penyelesaian ketua de facto, individu itu pula melarikan diri dengan melakukan kerja-kerja di luar negara yang tiada sangkut paut dengan parti. Siapa yang taja Anwar Ataturk untuk melakukan kerja dialog-dialog antara agama itu ? Amerika Syarikat ? Kalaulah Anwar lebih berminat dengan kerja-kerja dialog antara agama, kenapa tawar diri bertanding di Permatang Pauh ? Kenapa menerima jawatan ketua PR, yang sepatutnya menumpukan usaha-usaha yang lebih supaya Parti Islam (PAS) dan Parti Singapura(DAP) tidak terus bercakaran ? Kerja dalam parti sendiri, kerja dalam gabungan parti-parti (PR) semakin berlambak, tetapi Anwar memilih untuk melakukan kerja lain yang diupah oleh pihak asing! Soalan kedua, sepanjang Anwar berdialog antara agama di luar negara, adakah menguntungkan Islam ? Adakah layak Anwar Ibrahim digelar sebagai pendakwah/die seperti Ahmad Deedat atau anak muridnya Dr Zakir Naik (Pakistan) ? Kalau dibandingkan antara Anwar dan Ahmad Deedat atau Dr Zakir Naik, amat jauh berbeza, seperti langit dengan bumi. Ahmad Deedat dan Dr Zakir Naik berusaha untuk menunjukkan kebenaran Islam berbanding dengan agama-agama lain, malah sanggup berdebat dengan paderi Kristian untuk mempertahankan Islam. Tetapi Anwar berusaha menyamaratakan Islam dengan agama-agama lain, bahkan sentiasa menyeronokkan atau mengambil hati penganut-penganut agama lain, supaya dirinya terus disanjung. Kalau kita analisis ucapan Anwar di Perth Interfaith Conference(Persidangan Islam dan Kristian), Julai 2009 lalu, Anwar tidak mempertahankan Islam, sebaliknya mempertahankan kehebatan dirinya. Sebagai seorang pluralis, pengalamannya berada di penjara, mengkritik negara sendiri (Malaysia), itulah antara isi-isi penting yang selalu diulang-ulang oleh dialog antara agama. Layakkah orang yang sentiasa mendahului ketakjuban kepada diri sendiri dijadikan wakil Islam untuk berdialog dengan agama Islam ? Ya. Kita mungkin kata Anwar tidak layak, tetapi paderi dan para Rabbi merasakan Anwar paling layak, kerana Anwar lambang kerosakan penganut Islam! Kenapa Anwar amat digemari oleh para Paderi dan Rabbi ? Kerana Anwar simbol Islam 'Apologetic', individu yang mengaku Islam tetapi sanggup tunduk kepada agama lain. Tidak berani mempertahankan kebenaran agama sendiri, tetapi mencari-cari dalil dan nas untuk menyamakan dengan agama lain dan pada kesimpulannya, agama lain adalah benar, agama sendiri menjadi pengemis yang melukut di tepi gantang! Itulah Anwar Ataturk, seorang yang apologetic! Misalnya di Perth, dalam persidangan antara Islam dan Kristian, Anwar tanpa segan silu mengatakan dia adalah pemuja kepada Nabi Isa (Yesus?) melebihi daripada Nabi Muhamad SAW. Sejak bila pula Islam meletakkan Nabi Isa melebihi martabat Nabi Muhamad SAW ? Inilah yang dikatakan 'apologetic', mengaku kalah dan mengambil hati agama lain, kerana majoriti yang menghadiri persidangan itu terdiri daripada penganut Kristian. Sebab itu dalam ucapan di Perth, Anwar memperlekehkan umat Islam (seperti Ahmad di Pakistan) yang mempertahankan penghinaan ke atas Nabi Muhamad SAW melalui kartun Darnis. Bahkan lebih jauh lagi, Anwar memanipulasi kefahaman Islam berasaskan 'maqasid syariah' dengan berpegang kepada ulamak-ulamak terpencil yang menolak pembentukan mahkamah syariah. Bagaimana pula ucapan Anwar di Common World, di Georgetown baru-baru ini ? Tidak ada yang hebatnya ucapan Anwar itu, selain menggambarkan menyerlahkan lagi sikap apologeticnya itu. Menurut laporan Eric Pilch, dalam Vox Populi, akhbar rasmi Georgetown, Anwar menyeru ke arah kehidupan masyarakat harmoni antara Islam, krsitian dan Yahudi menjadi satu bangsa yang terunggul di dunia.(klik di sini). Ucapan sebegini amatlah menyeronokkan telinga para paderi dan rabbi, kerana mereka boleh terus menerus menindas Islam. Siapa Presiden Bush yang menceroboh dan membunuh orang awam di Iraq dan Afganistan. Bukankah dia seorang Presiden Amerika Syarikat yang mengaku melakukan perkara itu atas arahan agama Kristian ? Siapa pula Ehud Olmert yang menyerang dan membunuh umat Islam di semenanjung Gazza ? Bukankah dia seorang Yahudi yang melakukan atas arahan agama Judaisme ? Siapa pula Anwar Ibrahim ? Bukankah dia merupakan bekas pekerja Presiden Bush di Jabatan Negara ? Malah ucapan Anwar di persidangan Islam-Kristian di Universiti Georgetown baru-baru ini, boleh dikatogerikan sebagai memalukan Islam, kerana sebahagian besar isi ucapannya adalah menyentuh berkenaan dirinya, bukannya menyentuh mengenai kemuliaan Islam. Klik di sini Kalau beginilah wakil-wakil Islam yang sedang diprojeksi oleh para paderi dan rabbi untuk berdialog atas nama agama, sampai bila-bila Islam menjadi agama apologetic.. Sudahlah sejarah Anwar sendiri terpalit dengan imej homoseksual, pemikiran Islamnya pula sarat dengan pluralisme acuan John Esposito.. Bagan Pinang : Faktor 'misteri' punca kekalahan PAS1 comments
Malaysiakini hari ini melaporkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak begitu bersetuju dengan oleh pendapat Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan akhbar web PAS Harakahdaily yang mengaitkan kemerosotan undi PAS dengan pergolakan politik di negeri Pakatan Selangor itu khususnya berkaitan dengan isu arak.
“Walaupun ada, tetapi kesannya jauh. Maknanya, ada kesan. Tetapi bukan (disebabkan perkara) itu sahaja. Jika itu berlaku, sudah tentulah kesannya ada juga di Bukit Selambau dan tempat lain (pilihan raya kecil sebelum ini),” katanya. Wan Azizah kelmarin berkata, imej negatif yang digambarkan media berhubung isu penjualan arak memberikan tanggapan tidak baik kepada calon Pakatan menjelang pilihan raya kerusi DUN itu. Sementara analisis Harakahdaily sejurus selepas keputusan pilihan raya itu menyebut, pengundi Cina menolak parti Islam kerana tidak berpuas hati dengan beberapa kenyataan pemimpin PAS di Selangor. Klik di sini Manakala web suaramalaysia,meletakkan sepenuhnya kepada PAS sebagai faktor kekalahan. "Hasil dari tinjauan – ada suara-suara yang menghentam PAS yang kini semakin besar kepala dalam Pakatan Rakyat. Ada yang mengatakan PAS sekarang ini hanya satu pertubuhan politik – tidak lebih dari itu – bukan sebagai parti yang mahu memperkasakan Islam tetapi hanya berlabel Islam untuk mendapat sokongan. Calon yang dikemukakan juga bukan dari pilihan kawasan tersebut tetapi akibat keinginan sesetengah kepimpinan politik PAS memasukkan kronis maka konflik calon berlaku yang menyebabkan PAS kecundang terus di Bagan Pinang. PAS juga mempunyai masalah dalam komunikasi dengan parti politik lain dalam sirkulasi Pakatan Rakyat. Sikap egois PAS dalam berkempen – sombong dan tidak menghiraukan usaha untuk kolaborasi dalam berkempen khususnya dengan Parti Keadilan Rakyat meranapkan peluang PAS untuk meneruskan legenda kemenangan PR dalam semua PRU Kecil" Klik di sini Saya tidak bersetuju sepenuhnya dengan analisis yang dipaparkan di atas. Ada faktor msiteri yang tidak disebut oleh Wan Azizah, harakahdaily, TS Khalid Ibrahim dan suaramalaysia. Faktor itu adalah faktor 'misteri' yang takut atau sengaja disembunyikan oleh penganasis-penganasis di atas. Selalunya dalam mana-mana pilihanraya, 'serangan' dua hari terakhir merupakan faktor penentu kemenangan. Culaan dan mood menang/kalah boleh dilihat melalui cerminan reaksi pengundi atau penceramah-penceramah utama semasa membidas atau menjawab isu. Anwar sebagai ketua PR, berkempen ketika saat penting (penentu kemenangan/kalah), dua hari terakhir iaitu pada 9 -10 Oktober 09. Sama ada strategi yang disusun dari awal/tidak dengan menurunkan 'tokoh besar Anwar Ataturk' ketika dua hari terakhir, tetapi yang pastinya, dua minggu sebelumnya Anwar tiada di Malaysia. Lebih daripada 12 hari, Anwar bertapa di negara Uncle Sam, menjelajah satu negeri ke satu negeri di Amerika Syarikat, berbincang, berpeluk dan berdialog dengan tokoh-tokoh Yahudi di sana, termasuk Al Gore, Richard Haass(CFR), Madeline Al Bright(NDI), Martin Indyk (Saban Centre), Strobe Talbott (Brookings Institution) dan lain-lain. Anwar sengaja tidak mengupload foto-foto mesyuarat-mesyuarat sulit ini, barangkali dianggap sensitif kepada rakyat Malaysia, berbanding dengan mengupload foto-foto perjumpaan dengan masyarakat Malaysia di US dan syarahan di universiti US. Sebenarnya kita tidak mahu melihat foto-foto yang kurang nilainya itu, kita mahu melihat foto-foto Anwar bermesyuarat dengan Al Gore, seperti yang diwar-warkan, sebagai justifikasi keberangkatannya ke US. Kalau foto-foto Anwar berjumpa dengan rakyat Malaysia di US, Anwar boleh berkongsi dengan rakyat Malaysia, kenapa pula foto-foto mesyuarat Anwar dengan Al Gore dan Richard Haass mahu disembunyikan ? Klik di sini dan di sini Bermakna semasa penamaan calon Parti Islam di Bagan Pinang, Anwar tiada di Malaysia. Ketika itu, Anwar seolah-olah 'berpuasa' memperkatakan mengenai pilihanraya di Malaysia. Tiada sokongan moral di blognya menyokong calon parti Islam, sebaliknya dia menulis tentang kesibukannya membuat persediaan, membaca buku dari pagi hingga ke malam, sebagai persiapan berjumpa dengan tokoh-tokoh Yahudi di Brookings Institution dan tokoh-tokoh Nasrani dalam program 'Common Word, Between US and You'[Persamaan agama : Antara kami (Muslim) dengan You(Kristian)], di Universiti Georgetown. Klik di sini dan di sini Berbanding dengan Tony Blair, hanya Anwar Ataturk sahaja berani mengatakan; “The way forward involves the pursuit of working together—Christians, Muslims, and Jews—in a universal community of the human race, a harmonious and enriching experience of living together among people of diverse religions and cultures,” Anwar Ibrahim said. Klik di sini Sebab itu, apabila Anwar balik berkempen di Bagan Pinang, pada dua hari terakhir, dia terkejut kerana semua serangan ditujukan kepadanya, bukannya kepada calon Parti Islam yang bertanding, Zulkifli Mohamad. Kata Anwar, "calon bertanding namanya Zulkifli Mohamad, tetapi setiap malam berkempen menyerang Anwar Ibrahim.." Bermakna Anwar sendiri mengakui isunya mengatasi isu calon yang bertanding. Persoalannya kenapa ? Seandainya Anwar sendiri mengakui pihak lawan (UMNO) berkempen menyerangnya hampir setiap malam di Bagan Pinang, apakah cara PR menangkis serangan itu, yang diakui sendiri oleh Anwar ? Jika benar, isu Anwar merupakan isu yang paling utama, apakah yang Parti Islam jawab ? Apa yang konco-konco Parti Amerika(PKR) jawab ? Adakah semuanya tidak menjawab dan membiarkan Anwar menjawabnya sendiri ? Sebab itu selama dua malam berturut-turut, di dua tempat yang berbeza, Anwar terpaksa mengambil satu pertiga masanya untuk menjawab persoalan Anwar dan Amerika Syarikat. Sepatutnya persoalan 'Anwar dan Amerika Syarikat' tidak patut dibangkitkan di Bagan Pinang, seandainya Anwar benar-benar tidak pergi ke Amerika Syarikat. Anwar boleh nafikan keberadaan dan penglibatannya di Amerika Syarikat, seperti yang pernah dinafikan sebelum ini. Boleh menyorok di sebalik sehelai daun, walaupun bontotnya tertonggeng! Orang bertanya, kenapa Anwar pergi ke Amerika Syarikat. Siapa Anwar ? Perdana Menteri ? Timbalan Perdana Menteri ? Menteri Luar Malaysia ? Menteri Kewangan Malaysia ? Menteri Agama Malaysia. Jawabnya semuanya TIDAK. Habis kenapa dijemput berunding, bermesyuarat dan berceramah untuk negeri-negeri di Amerika Syarikat? Siapa Anwar sebenarnya ? Jawabnya Anwar hanyanya ketua PR yang mengawal Parti Islam dan Parti Singapura (DAP) di Malaysia. Anwar juga dalam ceramahnya berturut-turut menyerang, memperlekeh dan memperbodohkan kumpulan Hindu di Malaysia. Kenapa ? Walaupun Anwar tidak menyerang, memperlekeh dan memperbodohkan pengundi Cina, tetapi kepada 42 peratus pengundi bukan Melayu (termasuk Cina) tidak lagi bersama PR ? Yang tidak disebut bukan bererti tidak penting. Walaupun Anwar memuji, membodek dan mendewa-dewakan pengundi Cina, tetapi jangan anggap semua orang Cina bodoh. Pepatah Cina ada mengatakan, 'pujian adalah racun paling berbisa'! Ustaz Riduan Tee Abdullah pernah membuka rahsia tradisi masyarakat Cina. Mereka boleh berkompromi dengan wang dan pangkat, tetapi mereka tidak sesekali akan berkompromi dengan kebudayaan dan bangsa! Anwar sendiri tulis di blognya, keberangkatannya ke Amerika Syarikat secara tergesa-gesa kerana jemputan daripada Sang Dewa Yahudi bernama Al Gore. Mendengar panggilan Sang Dewa, Anwar bergegas di kedai buku, membeli sebanyak mungkin buku berkenaan dengan negara China, kerana Sang Dewa mahu berdiskusi. Persoalannya, diskusi Anwar dan Al Gore (yang tidak diuplod foto-foto) untuk membantu negara China atau memusnahkan negara China? Itulah yang Anwar tidak faham kenapa pengundi Cina di Bagan Pinang turut meninggalkan Anwar. Tetapi yang paling sadis, rakyat Malaysia mahu menghukum Anwar Ataturk, tetapi calon Parti Islam yang terkena tikamannya.. Akhirnya Anwar Ataturk balik jadi ketua kempen Parti Islam..0 comments
Anwar sudah berlepas pulang dari Amerika Syarikat ke Malaysia. Setelah 'bertapa' 12 hari, menjelajah satu negeri ke satu negeri di Amerika Syarikat, berbincang, berpeluk dan berdialog dengan tokoh-tokoh Yahudi di sana (termasuk Al Gore, Richard Haass, Madeline Al Bright dan sebagainya), maka akhirnya mulai esok (9 Oktober), Anwar akan mengetui kempen Parti Islam, di Bagan Pinang.
Sebelum berangkat pulang ke Malaysia, program terakhir Anwar di Washington adalah berucap di Brookings Institution sebuah think-tank di Washington, milik Yahudi, yang Anwar dilantik sebagai penasihat antarabangsa badan pemikir itu. Klik di sini “Reformasi dan demokrasi amat kritikal di dunia Islam", kata Anwar dalam majlis itu seperti yang dilaporkan oleh AFP semalam. Seperti biasa, Anwar mengambil kesempatan itu untuk membodek Presiden Obama, seperti mana yang pernah Anwar lakukan dalam persidangan Brookings Institution di Doha dan Paris baru-baru ini. " Dunia Islam mesti mengambil inisiatif mereformasi negaranya sendiri, sebagai menyahut seruan Presiden Obama di Kairo, Mesir baru-baru ini. Kalau tidak sahut seruan Obama, maka reformasi dan demokrasi dunia Islam gagal", kata Anwar. Anwar juga meminta Amerika membuat klasifikasi yang jelas antara fundamentalis dan moderat. Musuh Amerika adalah fundamentalis, bukannya moderat. "Saya solat, saya berpuasa, saya tidak minum arak, adakah saya fundamentalis ?", soal Anwar. Jawapannya Anwar tidak fundamentalis, tetapi dia adalah moderat yang merupakan sahabat dan rakan subhat kepada Amerika Syarikat. Anwar dilaporkan AFP berkata bahawa pendiriannya mengenai mahkamah syariah masih boleh dikompromi, sekali mana mahkamah itu tidak menyekat hak kebebasan asasi manusia dan mendiskriminasi wanita.( Kartika ?) Membaca laporan AFP tentang ucapan Anwar di Brookings Institution, Washington. Klik di sini Maka selesailah tugas Anwar di Amerika Syarikat. Walaupun banyak pertemuan-pertemuan sulit dengan tokoh-tokoh Yahudi, termasuk Al Gore tidak dilaporkan di blognya atau media antarabangsa, tetapi laporan AFP semalam sudah mencakupi keseluruhan misi Anwar selama lebih dua minggu di sana. Misi kedua adalah menjadi ketua kempen Parti Islam (fundamentalis atau moderat ?) di Bagan Pinang. Anwar telah susun jadual kempen secara padat bermula dari 9 Oktober(Jumaat) hingga 10 Oktober (Sabtu), dua hari sebelum pengundian. Lokasi kempen disusun mengikut kaum; sekitar jam 5.30-6.30 petang Anwar akan membawa calon Parti Islam berjumpa pengundi India; 7.30- 10.30 malam, kempen sambil makan kepada masyarakat Cina dan jam 9.00 malam hingga 12.00 malam, ceramah perdana untuk masyarakat Melayu. Kesemua program yang diatur itu diketuai oleh Anwar sendiri. Susunan lengkap jadual kempen, klik di sini. Dalam kempen itu juga, Anwar dijadualkan akan beri kuliah Magrib, iaitu di Surau Batu Lapan Port Dickson (Masjid Lama) pada 9 Oktober dan Surau Bandar Senggala (Belakang Hospital Besar) pada 10 Oktober. Yang pasti dalam jadual itu, Anwar akan menjadi pengkuliah agama di kedua-dua surau itu, tetapi yang tidak pasti adakah solat Magrib di kedua-dua surau itu turut diimami oleh Anwar. Juga tidak pasti, seandainya Anwar jadi imam solat Magrib itu, adakah calon Parti Islam akan turut jadi makmum. Tetapi yang pasti sejak semalam, SMS sudah berlegar bahawa pada 9 Oktober, selepas solat Jumaat, Anwar akan bersumpah di Masjid Besar Port Dickson dengan melafazkan kata dia tidak pernah meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Klik di sini Kalau benar seperti yang disebarkan dalam SMS itu, bagus lah. Barulah imej Anwar 'clean' dan boleh dipanggil 'Pak Sheikh' seperti dulu-dulu. Kalau tidak benar berlaku sumpah Anwar itu, maka, sampai bila-bila imej 'Pak Sheikh' akan jadi kelabu asap! Kenapa Anwar Ataturk tidak berminat kempen calon Parti Islam di Bagan Pinang ?0 comments
"Sepanjang pagi Sabtu di Washington DC, dan inshaAllah lewat malam nanti saya hanya menelaah buku, meneliti laporan dan menyiapkan kuliah dan ucapan memenuhi program Isnin hingga Rabu" [Anwaribrahimblog.klik di sini]
Sabtu yang sibuk Anwar di Amerika Ingatkan hari Sabtu, Anwar sibuk bermesyuarat dengan Al Gore atau Ricard Haas, di Amerika Syarikat, sebab sebelum ini, Anwar menulis membayangkan dirinya super hebat bermesyuarat sana sini, hingga terpaksa baca buku atas kapal terbang, rupa-rupanya dari pagi hingga ke malam, Anwar sibuk membaca buku. Buku apa yang dibaca itu, hingga ke lewat malam ? Ini senarai tajuk buku yang ditulis Anwar; 1. A Common Word and the Future of Christian-Muslim Relations 2. Changing Course : A New Direction for US Relations with the Muslim World 3. The Future of US – Kurdish Relations 4. Interfaith dialogue: A Guide for Muslims 5. American Arabs and Political Participation 6. Tilson Tongue: More Mortgage Meltdown 7. Richard Haas: War of Necessity, War of Choice: A Memoir of Two Iraq Wars 8. Michael Sandel: Justice – What’s The Right Thing To Do? Kalau diteliti satu persatu buku-buku yang dibaca untuk dijadikan bahan ceramah kita sudah dapat buat kesimpulan bahawa Anwar menggunakan hujah-hujah yang ditulis oleh orientalis/sarjana Amerika untuk menjustifikasi kaedah ke atas dunia Islam dari sudut 'demokrasi' dan 'persefahaman antara agama' (interfaith) khususnya di Timur Tengah. Anwar mewakili Muslim (Amerika) yang bercakap kepada dunia Muslim supaya menyokong Amerika Syarikat. Dunia Muslim mesti menerima 'demokrasi' kerana dalam 'demokrasi' inti utamanya 'kebebasan' dan 'persefahaman antara agama'. Inilah kesimpulan daripada kesemua buku-buku yang dibaca oleh Anwar. Tidak ada bahan rujukan Anwar yang anti-Amerika. Kesemuanya pro-Amerika untuk mencari strategi baru bagi menakluk dunia Islam. Alahai Anwar... Di Malaysia pun, kamu ghairah membawa demokrasi dan persefahaman antara agama(IFC), sanggup gadai kalimah 'ALLAH' kepada Kristian, bela Forum Memeluk Islam anjuran Bar Council, sokong Lina Joy, Siti Fatimah@Reevathi murtad dan gesa rakyat Malaysia supaya ambil IFC sebagai satu cara hidup! Di Perth, Australia, kamu ghairah memperlekeh umat Islam yang berdemonstrasi mempertikaikan Kartun Darnish yang menghina Nabi Muhamad SAW. Kamu kata yang berdemonstrasi adalah umat Islam miskin di Pakistan yang terpaksa kumpul duit 15 tahun untuk beli sebuah motorsikal kecil. Betapa hinanya umat Islam yang berdemonstrasi membela Nabi Muhamad SAW di sini kamu. Mentang-mentanglah kamu dibayar lumayan oleh Amerika, kamu sanggup menghina umat Islam sendiri. Paling tak dapat diterima, mentang-mentanglah nak menjaga hati kaum Kristian, kamu mengatakan diri kamu pun memuja Jesus (Isa), bukannya memuja Nabi Muhamad SAW. Ini betul-betul ayat dajal! Sekarang idea-idea "demokrasi Islam" yang kamu perkatakan di Malaysia dan Perth, kamu nak lanjutkan lagi keseluruh dunia Islam Timur Tengah, ke Doha, Baharain, Iraq, Iran, Kuwait, Sudan, Arab Saudi dan sebagainya. Itulah sebab kamu dan kumpulan-kumpulan Islam moderat yang sealiran dengan kamu menghantar surat kepada Presiden Barack Obama pada 10 Mac 2009, supaya Amerika Syarikat memberi dana yang lebih kepada kumpulan kamu untuk melaksanakan 'demokrasi Islam' di Timur Tengah Kandungan surat kumpulan kamu kepada Presiden Obama mendesak agar demokrasi Islam Islam dilaksanakan di Timur Tengah yang matlamat utama memperjuangkan kebebasan beragama, persamaan taraf lelaki-wanita, hak asasi manusia dan menguatkan golongan moderat/sekular serta memusnahkan golongan fundamentalis. Klik di sini Alahai Anwar Ataturk, Mentang-mentanglah kamu berlatarbelakangkan gerakan Islam (ABIM), akhirnya kamu merelakan diri diperalatkan oleh Yahudi/Nasrani untuk merosakkan Islam semula. Sampai bila kamu menjadi penyambung lidah syaitan Amerika/Yahudi itu ? Sampai mata tertutup dan jasad ditelan bumi ? Sabtu yang sibuk di Malaysia, pilihan kecil Bagan Pinang Anwar seolah-olah lupa asal usul. Dia adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh, ketua Pakatan Rakyat dan Ketua Ahli Parlimen Pembangkang Malaysia. Itulah tugas yang diamanahkan kepadanya di Malaysia , sebagai seorang ahli politikus! Tetapi, pada hari Sabtu, ketika Parti Islam menghantar calon bertanding di Bagan Pinang, Anwar menyendiri di Amerika dengan membaca buku-buku, dari pagi hingga ke malam. Tiada sekelumitnya rasa perihatinnya serta sokongan kepada calon Parti Islam, melainkan dia lebih mementingkan dirinya dan sahabat-sahabat Nasrani/Yahudinya di Amerika Syarikat! Sepatutnya ketika calon Parti Islam bertanding, dia sebagai ketua PR, walaupun tidak dapat balik ke Malaysia(sibuk sangat ke? penting ke?), sekurang-kurang menghantar tulis kata semangat kepada calon Parti Islam di blog. Nampak sangat calon Parti Islam tidak penting kepada Anwar dan seolah-olah sedang merestui agar calon Parti Islam kalah! Sebab itu benar kata Karpal Singh, Anwar tidak layak jadi ketua PR, PR mesti mencari calon lain yang lebih berwibawa. Anwar perlu bertaubat! Anwar mungkin tidak balik berkempen ? Sebelum ini sudah terbukti, Anwar tidak balik mengiringi calon Parti Islam di Bagan Pinang. Dia tidak sibuk di Amerika, tetapi sengaja menyibukkan diri dengan buat sibuk-sibuk! Hari ini, Anwar ada ceramah di Amerika. Itu pun buat-buat sibuk. Bukan dengan restu kerajaan Malaysia. Anwar bukan PM. Bukan TPM. Bukan Menteri Luar. Rasa-rasanya bukan juga dengan restu Parti Islam, tetapi tak tahulah kalau Parti Islam pun telah berubah sikap mahu mendapat pertolongan Amerika Syarikat dengan menghantar Anwar. Rasa-rasanya bukan. Jadi kalau semuanya bukan, Anwar sibuk di Amerika kerana siapa dan untuk apa serta bekerja kepada siapa ? Anwar tulis, hari Rabu ini, dia masih sibuk berceramah di Amerika lagi. Alahai sibuk betul Anwar. Mentang-mentang dapat habuan lumayan, hingga ditinggal rakyat marhean di Bagan Pinang. Ceh! Konon nak perjuang untuk rakyat marhaen, tetapi menetap di hotel, bersama borjuis-borjuis Yahudi! Bermakna, sekiranya Anwar masih sibuk dengan urusan di Amerika sehingga ke Rabu ini, nampak gayanya Anwar tidak akan balik berkempen untuk calon Parti Islam yang akan membuang undi pada Ahad ini. Tu dia, dari penamaan calon hingga kempen, Anwar langsung tak tolong calon parti Islam! Inilah model terbaik ketua PR, pentingkan diri sendiri, berdiskusi untuk menyokong borjuis-borjuis Yahudi Amerika, tetapi dalam masa sama mengerahkan seluruh tenaga Parti Islam untuk memastikan kemenangan di Bagan Pinang. Itulah maknanya peranan Anwar sebagai "perantara Timur dan Barat". Di Timur, Anwar pegang parti Islam, di Barat, Anwar pegang Yahudi. Anwar pula berada di tengah-tengahnya!
Subscribe to:
Posts (Atom)
ARKIB BLOGTENTANG SAYA
LANGSUNG DARI AnwarDotComDARI ANWAR IBRAHIM BLOGLINK BLOG & WEBANDA PENGUNJUNG KE |
