"Sepanjang pagi Sabtu di Washington DC, dan inshaAllah lewat malam nanti saya hanya menelaah buku, meneliti laporan dan menyiapkan kuliah dan ucapan memenuhi program Isnin hingga Rabu" [Anwaribrahimblog.klik di sini]
Sabtu yang sibuk Anwar di Amerika
Ingatkan hari Sabtu, Anwar sibuk bermesyuarat dengan Al Gore atau Ricard Haas, di Amerika Syarikat, sebab sebelum ini, Anwar menulis membayangkan dirinya super hebat bermesyuarat sana sini, hingga terpaksa baca buku atas kapal terbang, rupa-rupanya dari pagi hingga ke malam, Anwar sibuk membaca buku.
Buku apa yang dibaca itu, hingga ke lewat malam ? Ini senarai tajuk buku yang ditulis Anwar;
1. A Common Word and the Future of Christian-Muslim Relations
2. Changing Course : A New Direction for US Relations with the Muslim World
3. The Future of US – Kurdish Relations
4. Interfaith dialogue: A Guide for Muslims
5. American Arabs and Political Participation
6. Tilson Tongue: More Mortgage Meltdown
7. Richard Haas: War of Necessity, War of Choice: A Memoir of Two Iraq Wars
8. Michael Sandel: Justice – What’s The Right Thing To Do?
Kalau diteliti satu persatu buku-buku yang dibaca untuk dijadikan bahan ceramah kita sudah dapat buat kesimpulan bahawa Anwar menggunakan hujah-hujah yang ditulis oleh orientalis/sarjana Amerika untuk menjustifikasi kaedah ke atas dunia Islam dari sudut 'demokrasi' dan 'persefahaman antara agama' (interfaith) khususnya di Timur Tengah.
Anwar mewakili Muslim (Amerika) yang bercakap kepada dunia Muslim supaya menyokong Amerika Syarikat. Dunia Muslim mesti menerima 'demokrasi' kerana dalam 'demokrasi' inti utamanya 'kebebasan' dan 'persefahaman antara agama'. Inilah kesimpulan daripada kesemua buku-buku yang dibaca oleh Anwar.
Tidak ada bahan rujukan Anwar yang anti-Amerika. Kesemuanya pro-Amerika untuk mencari strategi baru bagi menakluk dunia Islam.
Alahai Anwar...
Di Malaysia pun, kamu ghairah membawa demokrasi dan persefahaman antara agama(IFC), sanggup gadai kalimah 'ALLAH' kepada Kristian, bela Forum Memeluk Islam anjuran Bar Council, sokong Lina Joy, Siti Fatimah@Reevathi murtad dan gesa rakyat Malaysia supaya ambil IFC sebagai satu cara hidup!
Di Perth, Australia, kamu ghairah memperlekeh umat Islam yang berdemonstrasi mempertikaikan Kartun Darnish yang menghina Nabi Muhamad SAW. Kamu kata yang berdemonstrasi adalah umat Islam miskin di Pakistan yang terpaksa kumpul duit 15 tahun untuk beli sebuah motorsikal kecil. Betapa hinanya umat Islam yang berdemonstrasi membela Nabi Muhamad SAW di sini kamu. Mentang-mentanglah kamu dibayar lumayan oleh Amerika, kamu sanggup menghina umat Islam sendiri.
Paling tak dapat diterima, mentang-mentanglah nak menjaga hati kaum Kristian, kamu mengatakan diri kamu pun memuja Jesus (Isa), bukannya memuja Nabi Muhamad SAW. Ini betul-betul ayat dajal!
Sekarang idea-idea "demokrasi Islam" yang kamu perkatakan di Malaysia dan Perth, kamu nak lanjutkan lagi keseluruh dunia Islam Timur Tengah, ke Doha, Baharain, Iraq, Iran, Kuwait, Sudan, Arab Saudi dan sebagainya.
Itulah sebab kamu dan kumpulan-kumpulan Islam moderat yang sealiran dengan kamu menghantar surat kepada Presiden Barack Obama pada 10 Mac 2009, supaya Amerika Syarikat memberi dana yang lebih kepada kumpulan kamu untuk melaksanakan 'demokrasi Islam' di Timur Tengah
Kandungan surat kumpulan kamu kepada Presiden Obama mendesak agar demokrasi Islam Islam dilaksanakan di Timur Tengah yang matlamat utama memperjuangkan kebebasan beragama, persamaan taraf lelaki-wanita, hak asasi manusia dan menguatkan golongan moderat/sekular serta memusnahkan golongan fundamentalis. Klik di sini
Alahai Anwar Ataturk,
Mentang-mentanglah kamu berlatarbelakangkan gerakan Islam (ABIM), akhirnya kamu merelakan diri diperalatkan oleh Yahudi/Nasrani untuk merosakkan Islam semula.
Sampai bila kamu menjadi penyambung lidah syaitan Amerika/Yahudi itu ? Sampai mata tertutup dan jasad ditelan bumi ?
Sabtu yang sibuk di Malaysia, pilihan kecil Bagan Pinang
Anwar seolah-olah lupa asal usul. Dia adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh, ketua Pakatan Rakyat dan Ketua Ahli Parlimen Pembangkang Malaysia. Itulah tugas yang diamanahkan kepadanya di Malaysia , sebagai seorang ahli politikus!
Tetapi, pada hari Sabtu, ketika Parti Islam menghantar calon bertanding di Bagan Pinang, Anwar menyendiri di Amerika dengan membaca buku-buku, dari pagi hingga ke malam.
Tiada sekelumitnya rasa perihatinnya serta sokongan kepada calon Parti Islam, melainkan dia lebih mementingkan dirinya dan sahabat-sahabat Nasrani/Yahudinya di Amerika Syarikat!
Sepatutnya ketika calon Parti Islam bertanding, dia sebagai ketua PR, walaupun tidak dapat balik ke Malaysia(sibuk sangat ke? penting ke?), sekurang-kurang menghantar tulis kata semangat kepada calon Parti Islam di blog.
Nampak sangat calon Parti Islam tidak penting kepada Anwar dan seolah-olah sedang merestui agar calon Parti Islam kalah!
Sebab itu benar kata Karpal Singh, Anwar tidak layak jadi ketua PR, PR mesti mencari calon lain yang lebih berwibawa. Anwar perlu bertaubat!
Anwar mungkin tidak balik berkempen ?
Sebelum ini sudah terbukti, Anwar tidak balik mengiringi calon Parti Islam di Bagan Pinang. Dia tidak sibuk di Amerika, tetapi sengaja menyibukkan diri dengan buat sibuk-sibuk!
Hari ini, Anwar ada ceramah di Amerika. Itu pun buat-buat sibuk. Bukan dengan restu kerajaan Malaysia. Anwar bukan PM. Bukan TPM. Bukan Menteri Luar. Rasa-rasanya bukan juga dengan restu Parti Islam, tetapi tak tahulah kalau Parti Islam pun telah berubah sikap mahu mendapat pertolongan Amerika Syarikat dengan menghantar Anwar. Rasa-rasanya bukan. Jadi kalau semuanya bukan, Anwar sibuk di Amerika kerana siapa dan untuk apa serta bekerja kepada siapa ?
Anwar tulis, hari Rabu ini, dia masih sibuk berceramah di Amerika lagi. Alahai sibuk betul Anwar. Mentang-mentang dapat habuan lumayan, hingga ditinggal rakyat marhean di Bagan Pinang. Ceh! Konon nak perjuang untuk rakyat marhaen, tetapi menetap di hotel, bersama borjuis-borjuis Yahudi!
Bermakna, sekiranya Anwar masih sibuk dengan urusan di Amerika sehingga ke Rabu ini, nampak gayanya Anwar tidak akan balik berkempen untuk calon Parti Islam yang akan membuang undi pada Ahad ini.
Tu dia, dari penamaan calon hingga kempen, Anwar langsung tak tolong calon parti Islam!
Inilah model terbaik ketua PR, pentingkan diri sendiri, berdiskusi untuk menyokong borjuis-borjuis Yahudi Amerika, tetapi dalam masa sama mengerahkan seluruh tenaga Parti Islam untuk memastikan kemenangan di Bagan Pinang.
Itulah maknanya peranan Anwar sebagai "perantara Timur dan Barat". Di Timur, Anwar pegang parti Islam, di Barat, Anwar pegang Yahudi. Anwar pula berada di tengah-tengahnya!
ARKIB BLOG
TENTANG SAYA
LANGSUNG DARI AnwarDotComDARI ANWAR IBRAHIM BLOGLINK BLOG & WEBANDA PENGUNJUNG KE |
0 comments:
Post a Comment