Akhirnya Anwar Ataturk balik jadi ketua kempen Parti Islam..

Anwar sudah berlepas pulang dari Amerika Syarikat ke Malaysia. Setelah 'bertapa' 12 hari, menjelajah satu negeri ke satu negeri di Amerika Syarikat, berbincang, berpeluk dan berdialog dengan tokoh-tokoh Yahudi di sana (termasuk Al Gore, Richard Haass, Madeline Al Bright dan sebagainya), maka akhirnya mulai esok (9 Oktober), Anwar akan mengetui kempen Parti Islam, di Bagan Pinang.

Sebelum berangkat pulang ke Malaysia, program terakhir Anwar di Washington adalah berucap di Brookings Institution sebuah think-tank di Washington, milik Yahudi, yang Anwar dilantik sebagai penasihat antarabangsa badan pemikir itu. Klik di sini

“Reformasi dan demokrasi amat kritikal di dunia Islam", kata Anwar dalam majlis itu seperti yang dilaporkan oleh AFP semalam.

Seperti biasa, Anwar mengambil kesempatan itu untuk membodek Presiden Obama, seperti mana yang pernah Anwar lakukan dalam persidangan Brookings Institution di Doha dan Paris baru-baru ini.

" Dunia Islam mesti mengambil inisiatif mereformasi negaranya sendiri, sebagai menyahut seruan Presiden Obama di Kairo, Mesir baru-baru ini. Kalau tidak sahut seruan Obama, maka reformasi dan demokrasi dunia Islam gagal", kata Anwar.

Anwar juga meminta Amerika membuat klasifikasi yang jelas antara fundamentalis dan moderat. Musuh Amerika adalah fundamentalis, bukannya moderat.

"Saya solat, saya berpuasa, saya tidak minum arak, adakah saya fundamentalis ?", soal Anwar. Jawapannya Anwar tidak fundamentalis, tetapi dia adalah moderat yang merupakan sahabat dan rakan subhat kepada Amerika Syarikat.

Anwar dilaporkan AFP berkata bahawa pendiriannya mengenai mahkamah syariah masih boleh dikompromi, sekali mana mahkamah itu tidak menyekat hak kebebasan asasi manusia dan mendiskriminasi wanita.( Kartika ?)

Membaca laporan AFP tentang ucapan Anwar di Brookings Institution, Washington. Klik di sini

Maka selesailah tugas Anwar di Amerika Syarikat. Walaupun banyak pertemuan-pertemuan sulit dengan tokoh-tokoh Yahudi, termasuk Al Gore tidak dilaporkan di blognya atau media antarabangsa, tetapi laporan AFP semalam sudah mencakupi keseluruhan misi Anwar selama lebih dua minggu di sana.

Misi kedua adalah menjadi ketua kempen Parti Islam (fundamentalis atau moderat ?) di Bagan Pinang.

Anwar telah susun jadual kempen secara padat bermula dari 9 Oktober(Jumaat) hingga 10 Oktober (Sabtu), dua hari sebelum pengundian.

Lokasi kempen disusun mengikut kaum; sekitar jam 5.30-6.30 petang Anwar akan membawa calon Parti Islam berjumpa pengundi India; 7.30- 10.30 malam, kempen sambil makan kepada masyarakat Cina dan jam 9.00 malam hingga 12.00 malam, ceramah perdana untuk masyarakat Melayu. Kesemua program yang diatur itu diketuai oleh Anwar sendiri. Susunan lengkap jadual kempen, klik di sini.

Dalam kempen itu juga, Anwar dijadualkan akan beri kuliah Magrib, iaitu di Surau Batu Lapan Port Dickson (Masjid Lama) pada 9 Oktober dan Surau Bandar Senggala (Belakang Hospital Besar) pada 10 Oktober.

Yang pasti dalam jadual itu, Anwar akan menjadi pengkuliah agama di kedua-dua surau itu, tetapi yang tidak pasti adakah solat Magrib di kedua-dua surau itu turut diimami oleh Anwar. Juga tidak pasti, seandainya Anwar jadi imam solat Magrib itu, adakah calon Parti Islam akan turut jadi makmum.

Tetapi yang pasti sejak semalam, SMS sudah berlegar bahawa pada 9 Oktober, selepas solat Jumaat, Anwar akan bersumpah di Masjid Besar Port Dickson dengan melafazkan kata dia tidak pernah meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Klik di sini

Kalau benar seperti yang disebarkan dalam SMS itu, bagus lah. Barulah imej Anwar 'clean' dan boleh dipanggil 'Pak Sheikh' seperti dulu-dulu.

Kalau tidak benar berlaku sumpah Anwar itu, maka, sampai bila-bila imej 'Pak Sheikh' akan jadi kelabu asap!



0 comments:

Post a Comment