Kenapa Ekstrada kata Anwar Ibrahim pejuang minoriti ?

STAR melaporkan Joseph Ekstrada, bekas Presiden Filipina menggambarkan Anwar Ibrahim sebagai kawan baiknya yang merupakan 'tokoh pejuang untuk menuntut hak-hak minoriti di Malaysia'.

Kata Ekstrada : “Kami mempunyai perjuangan yang serupa kerana ketika saya berjuang untuk kemiskinan, Anwar pula telah berjuang untuk menuntut hak-hak minoriti di Malaysia. Saya beranggapan kami telah menjadi sahabat baik sejak bertahun-tahun kerana kami mempunyai persamaan dalam perjuangan, untuk kesamaan, keadilan dan demokrasi yang sebenar”. Klik di sini

Ini bukan kali pertama Anwar berjumpa Ekstrada. Sebagai sahabat baik, sudah berkali-kali perjumpaan diadakan. Misalnya pada tahun 2008, mereka bukan sekadar berjumpa, malah makan-minum dan berkaraoke sebagai melambangkan akrabnya hubungan mereka.

Ellen Tordesillas, wartawan Filipina mengambarkan "Anwar Ibrahim tiba tepat pada jam 7 p.m. di kediaman Estrada di 1 Polk Street, Utara Greenhills. Diiringi oleh isterinya, Datin Seri Wan Azizah. Disambut oleh Estrada dan Cory Aquino, yang telah tiba lebih awal dengan anak lelakinya Senator Noynoy Aquino..
Majlis Makan malam ini adalah satu jamuan yang sungguh hebat yang dimasak oleh seorang chef dari Perancis, Corner Billy King ..Makan malam itu termasuk kambing, daging panggang, ikan siakap dan udang kara. Ini disusuli dengan nyanyian, Estrada menyanyi lagu-lagu tradisional Filipina .."Klik di sini






Wartawan Philippine Daily Inquirer, Fernando del Mundo pula menggambarkan bekas Presiden dan bekas banduan, Joseph Estrada meraikan makan malam mewah, arak dan lagu kediaman mewahnya, Polk Street, Greenhills, San Juan. Kllik di sini

Apa yang digambarkan di sini hubungan akrab Anwar dan Joseph Ekstrada memang tidak dapat dinafikan. Jadi apabila Eksrada menggambarkan perwatakan Anwar mengikut kaca matanya sebagai sahabat baik, maka gambaran itu benar.

Kenapa Eksrada menggambarkan Anwar sebagai "tokoh pejuang yang berjuang untuk menuntut hak-hak minoriti di Malaysia" ?

Anwar berjuang menuntut hak-hak minoriti siapa di Malaysia ?

Apakah kesungguhan Anwar 'berjuang' memberi kalimah Allah kepada penganut Kristian adalah termasuk hak minoriti di Malaysia ? Kenapa mesti Anwar yang memperjuangkan pemberian kalimah Allah, sedangkan alim ulama yang lebih arif dalam bidang Islam tidak memperjuangkan pemberian kalimah Allah kepada Kristian itu ?

Ramai alim ulama Islam di Malaysia, seperti Dr Harun Din, Tan Sri Harussani Zakaria, Taib Azamuddin yang lebih arif dalam bidang agama daripada Anwar menolak cadangan pemberian kalimah Allah itu, tetapi Anwar bertegas juga mahu perjuangkan ?

Anwar lebih hebat ilmu agama dari Mufti Perak, bekas Imam Besar Wilayah Persekutuan dan Timbalan Mursyidul Am PAS itu ?

Soalnya, benarkah kaum Kristian merupakan minoriti di Malaysia ? Kalau benar, kenapa Anwar tidak perjuangkan agama Sikh dan Taois yang lebih minoriti daripada Kristian ?

Berbeza dengan sikap sahabat baik Anwar, Joseph Eksrada, walaupun beliau dikenali sebagai tokoh demokrasi, tetapi beliau memperjuangkan hak kaum majoriti di Filipina. Kaum majoriti di Filipina adalah Kristian, manakala kaum minoriti di sana adalah Islam yang lebih tertumpu di Selatan Filipina.

Sewaktu Ekstrada menjadi Presiden Filipina beliau dianggap penindas dan pemusnah yang kejam ke atas penganut Islam yang merupakan penganut minoriti.

Hinggakan Majlis Ulama Bangsamoro (Filipina) mengeluarkan fatwa mengistiharkan "Joseph Estrada Sebagai Musuh Islam " kerana tindak tanduknya sangat anti Islam. Klik di sini



Bukti penindasan Ekstrada ke atas Islam dinyatakan sendiri dalam Wikipedianya sendiri menyebut beliau terkenal sebagai tokoh anti-Islam : Presiden Joseph Estrada mengistiharkan "Perang Habis-habisan" ke atas MILF (Moro Islamic Liberation Front). Semasa perang itu, Persidangan Bishop-Bishop Katolik Filipina (CBCP) mendesak Estrada untuk membuat gencatan senjata dengan MILF, tetapi Estrada menentang cadangan tersebut dengan hujah sekiranya genjatan senjata dilaksanakan akan mendorong lebih banyak serangan daripada 'pengganas' Islam. Untuk peperangan tiga bulan berikutnya, Kem Abubakar, ibu pejabat MILF, dimusnahkan bersama dengan 13 kem-kem utama lain dan 43 kem-kem kecil, yang kesemuanya di bawah kawalan kerajaan. Ketua MILF, Hashim Salamat melarikan diri ke Malaysia.Klik di sini

Apa agama Eksrada ? Roman Katolik. Sebab itu beliau tidak memberi hak kepada penganut Islam (minoriti) kerana tugasannya menjaga hak agama majoriti. Bukan setakat menafikan hak, malah Ekstrada bertindak lebih kejam dengan membunuh dan memusnahkan kem-kem yang disyaki menjadi kubu tentera Islam.

Apa pula agama Anwar ? Islam. Kenapa penganut agama Islam (kononnya dulu bekas Presiden ABIM dan bakal Presiden PAS) bersusah payah memperjuangkan hak kaum Kristian, sehingga sanggup menggadai agama sendiri ?

Layanan Ektrada ke atas penganut Islam, Anwar Ibrahim berbeza dengan layanan kepada penganut Islam MILF di Selatan Filipina.

“Ini merupakan pertemuan tokoh-tokoh demokrasi,” kata Estrada yang merujuk kepada dirinya, Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Cory Aquino dan lain-lain.

Anwar dilayan umpama seorang raja, dibayar chef dari Perancis untuk menyediakan hidangan mewah kepada Anwar. Turut dihidang minuman arak dan alunan lagu dan muzik.

“Pada saya dia (Ekstrada) lebih daripada seorang sahabat, (malah) dia seperti keluarga saya sendiri" kata Anwar seperti dilaporkan oleh wartawan, Ellen Tordesillas.

Sebab itu, tidak hairan jika hanya seorang Islam bernama Anwar Ibrahim sahaja menerima anugerah kedoktoran daripada Universiti Jesuit Filipina, Ateneo de Manila, sebaris dengan Eksrada, Fidel Ramos, Corazon Aquino dan lain-lain penganut Kristian. Klik di sini

Sebab itu juga, MILF menolak Anwar Ibrahim, kerana bekas Presiden ABIM itu dilihat bersekongkol dengan musuh-musuh Islam seperti Ekstrada. Klik di sini

Itu takrif minoriti berdasarkan agama. Terdapat takrif minoriti lain berdasarkan orientasi seks.

Menurut wikipedia takrif kumpulan minoriti berdasarkan orientasi seksual adalah kumpulan minoriti yang mengamalkan seks luar tabie yang lebih dikenali sebagai LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender). Klik di sini).

A sexual minority is a group whose sexual identity, orientation or practices differ from the majority of the surrounding society. The term was coined most likely in the late 1960s under the influence of Lars Ullerstam's ground breaking book "The Erotic Minorities: A Swedish View" (Grove, 1966) which came strongly in favor of tolerance and empathy to uncommon varieties of sexuality. The term was used as analogous to ethnic minority.

Initially the term referred primarily to lesbians and gays, bisexuals and transgender people. These four categories (lesbian, gay, bisexual and transgender) are often grouped together under the rubric LGBT.
.Klik di sini

Apakah Anwar juga merupakan pejuang kumpulan minoriti LGBT ?


1 comments:

  • Salam perjuangan,

    Gelombang Rakyat ingin mengucapkan SYABAS atas pengendalian blog anda yang semeamangnya mempengaruhi masyarakat terutamanya pengundi2 baru..

    Di harap dapat memberi tunjuk ajar mengenai pengendalian artikel yg mantap..

    Kami tlh linkkan blog anda di dalam senarai blog pilihan kami..

    Kami memohon jasa baik pihak anda agar dapat linkkan blog kamI di dalam senarai blog anda.

    SEKIAN, SALAM KASIH DARI,

    Melayu CinDia
    Wakil Blogger2 GELOMBANG RAKYAT.

Post a Comment