Kenapa Branson, pemilik kelab malam GAY, 'Heaven' sokong Anwar ?

3 comments




Menurut wikipedia Richard Branson, pada awal 1980-an, syarikatnya, Virgin telah membeli kelab malam gay yang lebih dikenali sebagai 'Heaven', di London. kelab gay Heaven dibuka oleh seorang usaha Gay bernama Jeremy Norman, pada Dis 1979. Namun pada tahun 1982, Norman telah menjual kelab Gaynya kepada rakan baiknya, Branson yang memiliki syarikat Virgin Group.

Branson yang sering berseronok di kelab malam gay dapat menghidu peluang perniagaan di kalangan masyarakat gay menggunakan konsep 'pink pound'. "Pink Pound' merujuk kepada perniagaan (pound) di kalangan komuniti kaum gay (Pink) di London. Jadi pembelian kelab malam 'Heaven' memenuhi hasrat Branson untuk menjadi penaung kepada komuniti Gay di London dan Kelab Heaven dijadi pusat penjanaan wang, selain untuk berhibur. Di pusat ini juga kemudiannya muncul 'gerakan membela hak-hak kaum gay'(the gay rights movement).

Walau bagaimanapun , sebagai sebuah kelab malam gay yang pertama dibuka di London, maka tidak hairan pelbagai kontroversi, sering dipaparkan dalam akhbar tabloid,dalam berita muka depan terutamanya berkaitan dengan penggunaan pil 'ecstasy'(sejenis dadah untuk menambahkan keseronokan ketika menari) yang berleluasa di kelab itu.

Kelab gay Heaven pernah ditutup untuk proses pembersihan dan dibuka semula pada tahun 1998 sebagai kelab Gay utama mencabar kemunculan kelab-kelab gay lain terutamanya 'Trade' dan 'The Fridge'. Dan sudah semestinya kelab Gay Heaven tetap menjadi Kelab Gay Nombor Satu di London yang terletak di 9 The Arches Shopping Villiers Street,London. Klik di sini

Branson digelar 'Mafia Gay'


Wartawan Chris Morris dari News Statesman pula menggelarkan Branson sebagai "Mafia Gay dalam rencananya bertajuk "Now meet the real gay mafia". Klik sini.



Apa yang lebih mengejutkan wartawan itu hanya menyebut nama Branson sebagai "Mafia Gay" di London, sedangkan terdapat lagi kelab-kelab gay lain yang beroperasi di negara itu.

Menurut Chris Morris, "Saya percaya terdapat penjelasan untuk kekurangan lobi gay terhadap kemajuan politik, dalam mengubah undang-undang dan hati serta fikiran masyarakat. Tanggungjawabnya terletak kepada sekelompok pengusaha kecil yang mempunyai kepentingan kewangan besar dalam menjaga kepentingan kelompok minoriti lesbian dan gay di pinggiran masyarakat - di mana perniagaan ini paling menguntungkan. Selamat datang ke dalam kehidupan sebenar mafia gay"

"Perniagaan Gay, atau "pound pelangi" semakin dikenali,sebagai perniagaan yang besar. Richard Branson, pengusaha Britain mempunyai kelab malam gay terbesar , dan ratusan pelabur-pelabur lain akan membuka kedai-kedai gay, restoran dan bar.."


Konspirasi Branson, Soros, Al Gore & Anwar di London

Laman Jew Watch menyenaraikan nama Richard Branson sebagai Tokoh 'Millionaires' Yahudi dari Britain. Bermaknanya mengesahkan lagi Branson berbangsa Yahudi yang mempunyai rangkaian meluas di peringkat antarabangsa. Klik di sini

Pusat perniagaan Branson adalah di kota London. Selain menjadi mafia Gay, Branson juga terlibat dalam gerakan membela hak asasi manusia khususnya kelompok LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

Branson bersama rakan baiknya, Peter Gabriel (Artis & pejuang LGBT) telah menaja sebuah organisasi antarabangsa yang dinamakan 'The Elders'. Salah satu agenda utama The Elders adalah menentang homophobia (melawan kebencian kepada homoseksual), serta membantu rangkaian LGBT yang berpotensi di seluruh dunia.

Desmond Tutu, paderi kontroversi dari Afrika Selatan yang memfatwakan 'GAY adalah Halal dalam agama' telah dipilih menjadi Pengerusi The Elders. Selain Tutu, Marry Robinson yang memperjuangkan hak gay dan lesbian sejak dari zaman universiti hingga dilantik menjadi Pesuruhjaya hak asasi manusia di PBB juga turut dipilih mengangotai kumpulan tersebut.
The Elders juga dianggotai oleh Jimmy Carter, Mandela, Kofi Annan dan beberapa tokoh lain. Klik di sini

Selain bekerjasamana dengan Branson, Peter Gabriel, rakan baiknya yang juga seorang penyanyi rock terkenal gay itu juga turut berkerjasama dengan George Soros, penyangak mata wang Yahudi yang membela kaum gay melalui organisasi tajaannya, Human Right Watch dan Amnesty International. Seorang lagi rangkaian Soros dalam Lembaga Pengarah The Elders adalah Amy Robbins yang juga menjadi Ahli Lembaga Pengarah Human Rights Watch, milik Soros. Klik di sini

Bermakna, tangan-tangan hitam di sebalik The Elders, selain Branson adalah George Soros. Soros dikenali sebagai dalang kepada kumpulan homoseksual dunia. Klik di sini.

Seorang lagi rakan karib Branson adalah Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat. Selepas Al Gore tewas kepada Presiden Bush dari Parti Repulikan, beliau melarikan semua aestnya ke kota London, disembunyikan di bawah syarikat bernama Generation Inversment Management (GIM)

Al Gore memilih London kerana rangkaian 'perniagaan Yahudi' melalui ikatan perkahwinan anaknya (Karenna Gore) dengan keluarga pewaris Rothchild (Dinasti Yahudi terkaya di London), Paul Schiff (atau Andrew Schiff). Klik di sini dan di sini

Branson dan Al Gore bekerjasama dalam syarikat pelaburan di Israel, GreenRoad. Virgin Green Fund milik Branson telah melabur sebanyak $40 million, manakala syarikat Al Gore, Generation Inverstment pula melabur sebanyak $10 million kepada syarikat tersebut.Klik di sini

Apakah semua ini mempunyai kaitan dengan Anwar Ibrahim ?

Sekarang mari kita susun semua episod Anwar dari dalam penjara Sungai Buloh hingga pergerakannya selepas dibebaskan pada tahun 2004.

Semasa Anwar di penjara, tokoh utama membantu kempen pembebasan Anwar adalah Marry Robinson, ketika itu menjadi Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi di PBB. Selain Robinson, organisasi tajaan Soros seperti Human Right Watch dan Amnesty Internation juga giat membantu kempen pembebasan Anwar. Klik di sini

Menariknya Mary Robinson adalah juga anak buah Branson dalam The Elders, anak buah Al Gore dalam GIM dan anak buah Soros dalam
The European Council.

Selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, tokoh pertama yang dikunjungi Anwar adalah paderi Desmond Tutu di Afrika Selatan, pada 1 Disember 2004, sebaik sahaja selepas selesai rawatan di Munich. Kenapa Anwar jumpa Desmond Tutu, anak buah Branson yang menjadi ketua The Elders ? Klik di sini

Selepas jumpa Desmond Tutu, tidak lama kemudian Anwar berhijrah ke London dengan menjadi pensyarah pelawat di di Saints Anthony's College, Oxford, hasil pertolongan Sir Christopher Patten,(kroni Soros) seorang rakan karib Anwar yang pernah menjadi Gabenor British di Hongkong yang menjadi Canselor di Universiti Oxford. Klik di sini

Selepas itu, Anwar turut dilantik sebagai ahli jawatankuasa ICG (International Crisis Group) yang Chris Pattern menjadi pengerusinya dan Soros menjadi penaja utama organisasi itu.

Dalam tempoh hampir sebulan, Anwar berada di London, beliau turut mengatur perjumpaan rasmi dengan Al Gore, sahabat akrabnya yang pernah menyokong reformasi pada tahun 1998.

Pertemuan diadakan pada 22 Februari 2005 di pejabat Al Gore, di One Vine Street, London. Turut hadir bersamanya adalah Desmond Tutu dan Marry Robinson. Dalam pertemuan itu Al Gore turut melantik Anwar sebagai salah seorang Ahli Lembaga Penasihat Generation Investment Management Group (GIM). Klik di sini

Bukankah ini semua merupakan konspirasi trio-Yahusi; Soros, Al Gore dan Branson dalam membantu penjuang minoriti homoseksual/ LGBT yang pernah dipenjarakan di Malaysia. Klik di sini dan di sini

Penutup

Ada maklumat yang diberikan oleh bekas inner circle Anwar (yang tidak perlu disebut namanya di sini). Katanya, semasa Anwar berada di London, Anwar turut mengunjungi kelab-kelab gay di sana. Bekas sahabat karib Anwar itu menjadi saksi dan turut serta dalam 'kunjungan sosial' Anwar itu.

Adakah kelab gay yang dikunjungi Anwar itu adalah milik Branson, The Heaven ?

Semua ini bakal terbongkar tidak lama lagi. Tunggu dan lihat.


Read On

Kalau bukan GAY, kenapa inti perjuangan Anwar senada dengan LGBT ?

0 comments

Saya berkali-kali membaca memorandum komuniti LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) yang dihantar kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada 10 Jun 2010 berkenaan berkenaan diskriminasi yang mengaibkan komuniti LGBT atau LGBTIQ atau 'Queer' dalam media.Klik di sini

Setelah membaca berkali-kali, saya terkejut kerana inti perjuangan LGBT dan kosa kata yang digunakan senada dengan gagasan yang Anwar Ibrahim sebut selama ini.

Tulis memorandum itu : 'First, to push for the protection of the human rights of individuals perceived or identified lesbians, bisexuals, gay, transsexual, transgendered, queer, under the Constitution and the Universal Declaration of Human Rights'.[Pertama, untuk melindungi hak asasi individu yang dilihat atau mengidentifikasikan diri mereka sebagai lesbian, biseksual, gay, transseksual, transgender, queer, di bawah Perlembagaan Malaysia dan Deklarasi Hak Asasi Manusia]

Perkataan 'human rights' atau hak asasi manusia sering Anwar sebut di mana-mana, sama ada dalam forum, dialog atau pentas ceramah, malah perkataan itu menjadi teras perjuangan Anwar selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh.

Bandingkan teras perjuangan LGBT ini dengan ucapan Anwar di FCCT (Foreign Correspondence Club of Thailand) pada 6 Februari 2007.

Susan Loone yang mengikuti ceramah Anwar itu mengupasnya dalam blognya bertajuk 'Anwar grilled on press freedom, homosexuality, communism'.

Menurut Susan, ketika Anwar ditanya, 'jika menjadi PM, apa pandangan kamu tentang isu homoseksualiti? Adakah anda akan mendiskriminasi homoseksual di Malaysia?', Anwar menjawab, “It is not our business to probe people’s personal lives” (Ia bukan urusan kami untuk menyiasat kehidupan peribadi rakyat). Klik di sini

Maksudnya apa ? Maksudnya homoseksual merupakan hak asasi peribadi manusia, dan jika Anwar menjadi PM, bukan urusannya untuk menyiasat kehidupan peribadi tersebut, walaupun hakikat sebenar homoseksual bertentangan dengan Al Quran dan Sunnah.

Sebagai bekas Presiden ABIM dan bakal Presiden PAS, Anwar sepatutnya tahu hukum homoseksual dan Islam dan bukannya bersandarkan kepada nilai hak asasi semata-mata.

Sila baca artikel "Kenapa video Anwar diletak foto arak?" untuk pemahaman lanjut. Klik di sini

Tulis memorandum itu : 'Second, to pressure the government to repeal all laws that outlaw and criminalise mutually consensual sexual behaviour between adults'[Kedua, untuk mendesak kerajaan untuk memansuhkan semua undang-undang yang mendiskriminasi hubungan seksual dengan kerelaan kedua-dua pasangan dewasa]

Perjuangan ini hampir sama dengan demonstrasi kumpulan PROGAY Filipina pada tahun 1998, yang membela Anwar Ibrahim di kedutaan Malaysia, Manila, ketika Anwar didakwa melakukan aktiviti homoseksualiti.

Dalam video demonstrasi PROGAY itu seperti yang dipaparkan di channel anwaribrahimdotcom, penyokong-penyokong Anwar di Filipina membawa sepanduk-sepanduk di antaranya bertulis "Repeal Sodomy Law & All Anti-GAY Law's Decriminalize Homosexuality in Malaysia" (Mansuhkan Undang-undang Liwat & Semua Undang-undang Anti-Homoseksual Yang Mendiskriminasi Aktiviti Homoseksual di Malaysia); "Repeal Internal Security Act & Stop Human Rights violation in Malaysia"(Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri & Hentikan Pencabulan Hak Asasi Manusia di Malaysia) dan "Gay Rights are Human Rights!" (Hak-hak Homoseksual adalah Hak-hak Kemanusiaan!).

Kita menjadi keliru, seandainya Anwar menafikan dirinya adalah GAY, kenapa PROGAY Filipina dari kelompok minoriti LGBT (Lesbian, Homoseksual, Biseksual dan Transgender) berdemonstrasi menyokongnya dengan membawa sepanduk-sepanduk yang mengesahkan Anwar adalah mangsa undang-undang disebabkan aktiviti homoseksual ?

Sekarang kita bandingkan ulasan Anwar berkenaan undang-undang homoseksual seperti yang dilaporkan oleh International Herald Tribune.

"Undang-undang mengenai homoseksual di Malaysia hendaklah dipinda, kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang didapati bersalah dan hukuman penjara sembilan tahun, tetapi dibebaskan kerana berjaya dalam rayuan kes liwat"

“Dalam pandangan umum, kalangan umat Islam dan banyak bukan Islam yang saya tahu, homoseksual adalah tidak diterima pakai,” katanya. “Sudah mencukupi. Tetapi di sini soalannya adalah bagaimanakah anda menggunakan undang-undang dan mengganggu rahsia rakyat dan pilihan individu mereka sendiri?”

“Ini merupakan batas-batasnya. Saya rasa jika rahsia individu didedahkan mungkin tidak menyenangkan, tetapi saya memikirkan undang-undang hendaklah dipinda".
Klik di sini

Tulis memorandum itu : 'Fourth, to pressure the government to repeal all laws that restrict freedom of expression and freedom of information'. [ Keempat, untuk mendesak kerajaan untuk memansuhkan semua undang-undang yang mengawal kebebasan berekspresi dan kebebasan informasi]

Sekarang bandingkan dengan ucapan Anwar ketika diwawancara oleh media Australia ABC (Australian Broadcasting Channel) pada 25 Mac 2007.

Ketika ditanya oleh wartawan ABC, apabila Anwar menolak konsep Negara Islam, apakah anda (Anwar) mahu 'Negara Sekular' ? Anwar keberatan menggunakan istilah 'Negara Sekular' tetapi lebih cenderung menggunakan istilah "Negara Liberal dan Demokratik".

Wartawan itu inginkan kepastian lagi, dalam sebuah "Negara Liberal dan Demokratik", bagaimana dengan status 'Kebebasan Beragama' seperti yang termaktub dalam sebuah negara sekular ?

Anwar menjawab negara yang menjadi impiannya itu mengutamakan kebebasan kepercayaan (Freedom of Conscience) dan kebebasan beragama (freedom of faith/religion). Beliau menegaskan isu yang berkaitan kepercayaan merupakan hak individu, dan tidak boleh diputuskan oleh negara atau undang-undang (Konsep ini sama seperti falsafah John Locke, bapa pencerahan agama Eropah).

Seandainya ada yang berpandangan itu merupakan pegangan lama Anwar (pada tahun 2007), sekarang kita bandingkan dengan pegangan baru 2010, ketika Anwar berucap di Woodrow Wilson International Center, Washington DC pada 24 Jun.Klik di sini

Dalam forum itu Anwar menegaskan, dia mahukan kebebasan beragama (Freedom of Conscience) dan kebebasan media (free media) atau 'freedom of information' (kebebasan maklumat).

Kenapa inti perjuangan Anwar mesti bermula dengan 'freedom' (kebebasan)?






Read On

Kalau bukan GAY, kenapa LGBT sokong Anwar ?

0 comments

Zahid Mat Arip, bekas penyokong tegar Anwar yang pernah memegang jawatan Naib Ketua Pemuda Keadilan bertanya "golongan minoriti mana yang ingin dibela Anwar ? Adakah golongan minoriti homoseksual yang sedang menuntut hak mereka?"

Ketika ditanya apakah perbezaan Anwar dulu dengan sekarang, Zahid menjawab, "dulu Anwar, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, sekarang Anwar adalah bekas banduan. Pada benda-benda benar macam ni, Anwar akan marah, tetapi hakikatnya, siapa yang menghuni penjara 7 tahun, kalau bukan Anwar?".

Pada tahun 1998, ketika kali pertama Anwar didakwa melakukan perbuatan homoseksual, rakyat Malaysia dikejutkan dengan sokongan terhadap Anwar dari sebuah pertubuhan GAY di Filipina, The Progressive Organization of Gays in the Philippines atau diringkas menjadi PROGAY Philippines yang berdemonstrasi di depan kedutaan Malaysia di Manila pada 27 September 1998.

Dalam video demonstrasi PROGAY itu seperti yang dipaparkan di channel anwaribrahimdotcom, penyokong-penyokong Anwar di Filipina membawa spanduk-sepanduk di antaranya bertulis "Repeal Sodomy Law & All Anti-GAY Law's Decriminalize Homosexuality in Malaysia" (Mansuhkan Undang-undang Liwat & Semua Undang-undang Anti-Homoseksual Yang Mendiskriminasi Aktiviti Homoseksual di Malaysia); "Repeal Internal Security Act & Stop Human Rights violation in Malaysia" (Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri & Hentikan Pencabulan Hak Asasi Manusia di Malaysia) dan "Gay Rights are Human Rights!" (Hak-hak Homoseksual adalah Hak-hak Kemanusiaa!).

Kita menjadi keliru, seandainya Anwar menafikan dirinya adalah GAY, kenapa PROGAY Filipina dari kelompok minoriti LGBT (Lesbian, Homoseksual, Biseksual dan Transgender) berdemonstrasi menyokong Anwar Ibrahim dengan membawa spanduk-spanduk yang mengesahkan Anwar adalah mangsa undang-undang disebabkan aktiviti homoseksual ?

Hanya kelompok GAY yang dapat mengenali ahli-ahli kumpulan mereka, walau di mana mereka berada !

Kemudian pada November 1998, sekali lagi kita dikejutkan dengan kritikan Al Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat kepada kerajaan Malaysia, dalam persidangan APEC, Kuala Lumpur. Di samping mengkritik secara terbuka di depan Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia, Al Gore juga memuji rakyat Malaysia yang berani berdemonstrasi menyokong Anwar Ibrahim untuk melaksanakan "Reformasi" dan "Demokrasi" di Malaysia

“And so, among nations suffering from economic crises, we continue to hear calls for democracy, calls for reform in many languages – People’s Power, Doi Moi, Reformasi… We hear them today – right here, right now – among the brave people of Malaysia.”. Klik di sini

Laporan thefreelibrary.com menyebut selepas ucapan Al Gore itu, Presiden Filipina, Joseph Estrada menghampiri Al Gore dan mempertahankan ucapannya dengan berkata, "Sebagai presiden kepada sebuah negara yang demokratik, saya bersama dengan pendapat anda". Klik di sini

Sekarang semua itu bukan kejutan. Dulu kita tidak kenal latar belakang Al Gore, sekarang kita sudah kenal, Al Gore sebenarnya adalah penyokong aktiviti homoseksual yang berselindung di sebalik slogan 'hak asasi', 'kebebasan' dan 'demokrasi'.

Evan Wolfson, Pengarah Eksekutif Freedom to Marry sebuah organisasi LGBT yang memperjuangkan perkahwinan sesama jenis di Amerika Syarikat mengesahkan Al Gore merupakan salah seorang tokoh berpengaruh yang menyokong perkahwinan sejanis itu. Klik di sini

Current TV menyiarkan ucapan Al Gore yang berkata; "Saya berpendapat bahawa lelaki homoseksual dan wanita lesbian sepatutnya mendapat hak-hak yang sama seperti lelaki dan wanita normal, untuk mendapatkan kontrak-kontrak, hak-hak pelawat di hospital , untuk bersama dalam perkahwinan, dan saya tidak faham mengapa ia dianggap oleh sesetengah pihak, bahawa membenarkan perkahwinan homoseksual dan lesbian adalah satu ancaman kepada perkahwinan normal"

Malah tidak mengejutkan apabila Majalah Globe, sebuah majalah terunggul di Amerika Syarikat membongkar Al Gore sendiri terlibat dengan aktiviti homoseksual bersama lelaki Gay. Dan majalah itu merumuskan punca sebenar perceraian Al Gore dengan Tipper kerana isterinya berjaya merakamkan bukti hubungan seks suaminya bersama lelaki Gay itu. Klik di sini

Bermakna selama ini, kita tertipu dengan muslihat Al Gore yang membela Anwar Ibrahim di atas tema 'reformasi', 'hak asasi' dan 'demokrasi' rupa-rupa untuk mengabui mata rakyat Malaysia bahawa Anwar merupakan seorang homoseksual. Malah jika kita menyelidik lebih mendalam terma'reformasi', 'keadilan', 'hak asasi' dan 'demokrasi' adalah tema-tema yang menjadi slogan perjuangan LGBT.

Rupa-rupanya seorang lelaki homoseksual bijak membuat proses penyamaran dan berselindung di sebalik simbolik-simbolik tertentu yang hanya difahami oleh kaum sejenisnya sahaja.

Anwar meliwat lagi

Setelah rakyat Malaysia hampir melupakan episod liwat Anwar Ibrahim, sekali lagi kita dikejutkan dengan pendedahan bekas pembantu Anwar, seorang pemuda bernama Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008.

Anwar meliwat lagi ? Itu yang kita tahu kerana pemuda itu buat laporan polis dan kesnya dibicarakan di mahkamah yang kita tidak tahu, mungkin ada lagi. Siapa tahu kan..tetapi Anwar tahu semua. Dia kenal Rashid, Sri Indrawan, Satesh Kumar, Joshua, Ismail dan ramai lagi..

Apabila Saiful bangkit mendedahkan skandal Anwar, kumpulan pertama yang tampil membela Anwar adalah LGBT Malaysia.

Susan Loone, bekas wartawan Malaysiakini yang sepatutnya menjadi calon Keadilan pada tahun 2004 mendedahkan diblognya dua aktivis bernama Alina Rastam dan Shanon Shah bin Mohd. Sidik telah memulakan kempen mendapatkan tanda tangan rakyat Malaysia menyokong Anwar Ibrahim. Tulis Susan Loone, AWAM (the All Women’s Action Society) dan PT Foundation telah menyokong kempen tersebut.Klik di sini

Siapa Alina Rastam ? Susan perkenalkan sebagai 'penulis' and 'aktivis'. Aktivis apa ? Susan tidak beritahu apa-apa. Tetapi laman poetrycafekl.com beritahu lanjut "Alina adalah seorang aktivis dan komentator sosial, terutamanya berkenaan hak-hak seksual di negara ini". Adakah Alina adalah lesbian ? hehe..Klik di sini

Siapa pula Shanon Shah bin Mohd. Sidik ? Susan tulis 'penulis', 'pelakon' dan 'aktivis'. Masih lagi Susan tidak menjelaskan aktivis apa ? NST menjelaskan Shanon adalah seorang penyanyi..meneruskan karier seninya selepas kemenangan mengejut dalam ICOM Millenium Patriotic Song Competition 2001. [klik di sini ].

Laporan NST itu menyebut Shanon Shah adalah pekerja kepada portal baru Radiqradio. Apa itu Radiqradio ? Harakahdaily melaporkan, 'Radiqradio adalah projek tertungak yang diusahakan oleh CIJ (The Centre for Independent Journalism). Projek yang dilancarkan pada tahun 2001 dengan sepasukan lapan orang kakitangan..'. Klik di sini

Tetapi laporan dari IRC International menyebut Shanon Shah adalah wakil Sister In Islam (SIS) dari Malaysia. Shahnon wakil SIS ? Ingatkan SIS untuk wanita..hehe Klik di sini

Tetapi lebih tepat adalah laporan MStar yang melaporkan SHANON SHAH BIN MOHD SIDIK sebagai Pengarah Eksekutif, Amnesty International Malaysia (AIM). Klik di sini

Aktivis AIM rupa-rupanya. Patutlah boleh jadi wakil SIS dan sokong Anwar Ibrahim. Siapa di belakang AIM ? OSI (Open Society Institute). Siapa pemilik OSI ? Soros! hehe..sudah nampak jaringannya..

Laman khairaummah.com bertanya adakah Shanon juga seorang aktivis homoseksual ? hehe..Klik di sini

Berpusing-pusing nak mengenali latar belakang sebenar aktivis hak asasi manusia ni..berselindung sana, tutup sini..pakai banyak watak..banyak flatform..apa sebenarnya mahu disembunyikan ? Apa agenda sebenar mereka di Malaysia ?

Siapa pula Susan Loone ? Tulis Susan, "Nama saya ialah SUSAN LOONE. Saya seorang penulis bebas , dan pekerja NGO / aktivis hak asasi manusia, hidup di Bangkok. Saya bukan operatif CIA atau dibayar CIA untuk menulis blog ini.. terutama cerita-cerita Altantuya.." Klik di sini

Haha, sebelum dituduh ejen CIA lebih baik menafikan dulu. Aktivis hak asasi manusia, tetapi 'berminat' menulis tentang Altantuya dan beroperasi pula di Bangkok..menarik ni..

Tetapi Forum Asia (Asian Forum for Human Rights and Development) yang beroperasi di Bangkok mendedahkan Susan Loone adalah Programme Coordinator: Information and Publications Forum Asia. Klik di sini. Siapa di belakang Forum Asia ?

Sebagai aktivis hak asasi manusia, adakah Susan Loone menyokong aktiviti homoseksual dan LGBT di Malaysia ? Susan sendiri menjawab persoalan ini dalam tulisannya bertajuk "Lesbians and gays take to the streets". Klik di sini


Soalan cepumas, adakah Susan juga seorang lesbian ? hehe..








Read On

Anwar pejuang minoriti, maknanya pejuang GAY ?

0 comments

Hairan, slogan Anwar Ibrahim 'pejuang minoriti' hanya kedengaran di luar negara. Di Filipina di Australia, di Amerika Syarikat. Ini merupakan slogan baru yang dipotretkan kepada Anwar, bermula selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh. Dalam negara, slogan Anwar ini kurang jelas, kerana ditenggelami dengan slogan Hudud yang dilaungkan PAS, tetapi di luar negara slogan 'Anwar pejuang minoriti' amat jelas.

Anwar gembira apabila media dan tokoh luar melabelkan imej itu kepadanya dan memang itu kehendak Anwar kerana beliau boleh menghantar mesej yang jelas kepada pihak luar, tanpa merosakkan reputasinya sebagai ahli politik di Malaysia. Itulah kehebatan bahasa politik Anwar, menggunakan perlambangan yang menguntungkan dirinya, supaya terus disokong oleh pihak luar, tetapi dalam masa tidak kehilangan sokongan dari PAS, yang tidak memahami secara jelas mesej Anwar itu.

Slogan ini mula ketara apabila sahabat baiknya, Joseph Estrada melabelkan Anwar sebagai 'pejuang demokrasi dan pejuang minoriti' ketika lawatan Anwar makan, minum dan bersantai di rumah kediaman mewah Estrada, di Polk Street, Utara Greenhills, Filipina, penghujung Januari lalu.Klik di sini

Peliknya, Estrada tidak melihat Anwar Ibrahim seperti gambaran yang dilihat oleh para penyokong PAS di Malaysia yang melihat Anwar sebagai bekas Presiden ABIM dan diramal bakal Presiden PAS satu ketika dulu. Maknanya para penyokong PAS di Malaysia mempotretkan Anwar sebagai seorang Islamik. Tetapi Estrada yang terkenal sebagai fundamentalis Kristian dan difatwa sebagai "Musuh Islam Nombor Satu di Filipina" oleh Majlis Ulama Bangsamoro melihat Anwar sebagai 'seorang tokoh liberal', bekas tokoh Malaysia yang dipenjarakan kerana sodomi dan kini menjadi 'pejuang minoriti'.

Imej penglihatan Estrada kepada Anwar amat kontras dengan imej penglihatan dari kalangan para penyokong PAS. Sebab itu, Ellen Tordesillas dan Fernando del Mundo, wartawan-wartawan dari Filipina menggambarkan Anwar dan Azizah seperti 'tokoh-tokoh Kristian yang lain, tanpa menghormati Anwar yang pernah dilabel sebagai bakal Presiden PAS.

Ellen Tordesillas melaporkan, Anwar dan Azizah tiba di rumah Estarada jam 7.00 petang (sebelum magrib), iaitu waktu paling ideal bagi bukan Islam untuk mengadakan majlis makan malam. Estrada menjamu Anwar masakan hebat dari seorang chef Perancis, Corner Billy King. Saya tidak fikir chef Perancis atau Estrada mengambil kira faktor-faktor halal/haram pemakanan seorang muslim seperti Anwar. Selepas itu, diadakan acara muzik dan nyanyian. Ekstrada menyanyi, Anwar pun menyanyi. Azizah pula gembira tepuk tangan.

Fernando del Mundo pula melaporkan selain makan malam yang mewah serta kumpulan muzik yang dibayar khusus, minuman arak juga turut dihidangkan. Klik di sini. Mungkin Anwar dan Azizah tidak minum, tetapi hidangan arak itu sendiri melambangkan Estrada tidak nampak gambaran 'Anwar Islamik' seperti yang dilihat oleh para penyokong PAS. Bayangkan bakal Presiden PAS boleh berada dalam majlis seumpama itu. Bayangkan Dr Haron Din berada di tempat Anwar di rumah mewah Estrada ketika itu..

Kumpulan PROGAY Filipina atau The Progressive Organization of Gays in the Philippines yang sebelum ini secara terang-terangan menyokong Anwar Ibrahim turut mempersoalkan sikap sebenar Estrada terhadap GAY.

Menurut kenyataan media Oscar Atadero, Setiausaha Umum PROGAY, yang dikeluarkan pada 27 September 1998 menyelar sikap dwi-standard Estrada. Estrada dilihat melayan Anwar Ibrahim, orang yang dituduh melakukan aktiviti homoseksual di Malaysia, seolah-olah Estrada faham makna'hak asasi dan nilai universal'. Tetapi di dalam negara sendiri, PROGAY mendakwa, kaum homoseksual dilayan seperti Estrada tidak faham nilai universal dan hak asasi manusia. Klik di sini

Hakikat sebenar Anwar Ibrahim adalah seorang GAY dan biseksual. Hakikat ini telah direkodkan di mahkamah. Kata Ezam, sehingga ke hari ini tiada undang-undang lain yang dapat mengatasi hakikat ini. Anwar pernah dipenjara 6 tahun kerana menyalahgunakan kuasanya sebagai TPM untuk melindungi skandal seksnya dengan isteri orang dan melakukan sodomi ke atas bekas pemandunya terbongkar. Anwar didakwa melakukan hubungan seks dengan isteri pembantunya, Azmi Ali yang bernama Shamshida Taharin. Manakala Anwar didakwa melakukan sodomi dengan bekas driber peribadi isterinya, Wan Azizah iaitu Azizan Abu Bakar.

Pada tahun 2000, Anwar telah didapati bersalah bersubahat dengan adik angkatnya, Sukma Darmawan meliwat Azizan Abu Bakar. Anwar dihukum penjara 9 tahun. Kemudian Anwar merayu untuk dibebaskan. Rayuan pertama gagal. Akhirnya Anwar berjaya mendapat pembebasan pada tahun 2004, apabila persidangan tiga hakim di Mahkamah Persekutuan bersetuju Anwar dibebaskan walaupun ketiga-tiga hakim itu percaya Anwar melakukan aktiviti homoseksual dengan Azizan di Tivoli Villa.

Selepas dibebaskan, pada tahun 2005, Tun Dr Mahathir Mohamad ditanya mengenai status pembebasan Anwar Ibrahim. Dr Mahathir melabelkan Anwar adalah 'seorang homoseksual' semasa sesi soal jawab bersama wartawan selepas program "Human Rights and Globalisation” anjuran SUHAKAM pada 9 September 2005.

Anwar marah dengan label 'homoseksual' itu lalu menyaman Dr Mahathir sebanyak RM100 juta, tetapi dalam perbicaraan di mahkamah, Anwar Ibrahim tewas, bermakna mahkamah mengesahkan Anwar adalah seorang homoseksual. Klik di sini

Bermakna sudah dua kali pengesahan mahkamah ke atas Anwar Ibrahim, sebagai peliwat Azizan Abu Bakar (2000) dan sebagai homoseksual (2009).

Justeru itu, apabila Anwar kini berusaha mempotretkan dirinya sebagai 'Pejuang Minoriti', satu persoalan muncul 'Minoriti untuk kumpulan apa ?'

Seseorang pejuang dilabelkan mengikut latar belakang dirinya dan kelompok yang diperjuangkan. Seorang yang berasal dari kaum orang asli akan memperjuangkan kaum minoriti orang asli, maka dia selayaknya dilabel 'pejuang minoriti kaum asli'.

Anwar yang telah didapati bersalah melakukan aktiviti homoseksual, sekiranya dilabel pejuang minoriti, maka selayaknya dilabel 'Pejuang Minoriti kaum homoseksual'.

Menurut wikipedia, takrif minoriti lebih popular dengan orientasi seks songsang yang dikenali sebagai LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender). Pejuang LGBT tidak terus terang memperjuangkan kecuali berselindung di sebalik imej lain atau menggunakan bahasa isyarat atau simbol-simbol.

Selalunya 'pejuang minoriti LGBT' berselindung di sebalik imej 'demokrasi'(democracy), 'hak asasi'(human right) dan 'kebebasan'(freedom). Pejuang-pejuang ini akan mengunakan warna-warna pelangi (simbol LGBT) atau salah satu daripadanya seperti biru muda dalam lambang keadilan.

Menurut wikipedia : Kumpulan minoriti seksual adalah satu kumpulan yang identiti seks, orientasi atau amalan-amalan dipertikaikan oleh majoriti masyarakat.Pada umumnya dirujuk kepada lesbian dan homoseksual, biseksual dan transgender (orang yang tukar jantina). Empat kategori ini (lesbian, homoseks, biseksual, dan transgender) lebih popular dipanggil sebagai LGBT.

Salah satu simbol GAY adalah simbol berbentuk 'ribbon pink'. Jadi kita tertanya-tanya, apakah Wan Azizah sendiri tahu imej Anwar adalah homoseksual, ketika dia menubuhkan Presatuan ADIL untuk memperjuangkan Anwar pada tahun 1998. Simbol Persatuan ADIL juga adalah 'Ribbon'.

Begitu juga dengan simbol seluar dalam (underware) yang digunakan sebagai logo PROGAY Filipina adalah sinonim dengan keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan, mangsa liwat Anwar yang menerangkan di mahkamah bahawa Anwar menghadiahinya sehelai seluar dalam LEVI'S warna kelabu. Bagi kumpulan GAY seluar dalam mempunyai nilai sentimental yang tinggi, pasangan yang dikasihi akan dihadiahkan seluar dalam kegemaran.Klik di sini

Jadi, kena tanya Anwar, apa motif dia hadiahkan Saiful, sehelai seluar dalam LEVI'S ?

Read On

Kenapa Ekstrada kata Anwar Ibrahim pejuang minoriti ?

1 comments

STAR melaporkan Joseph Ekstrada, bekas Presiden Filipina menggambarkan Anwar Ibrahim sebagai kawan baiknya yang merupakan 'tokoh pejuang untuk menuntut hak-hak minoriti di Malaysia'.

Kata Ekstrada : “Kami mempunyai perjuangan yang serupa kerana ketika saya berjuang untuk kemiskinan, Anwar pula telah berjuang untuk menuntut hak-hak minoriti di Malaysia. Saya beranggapan kami telah menjadi sahabat baik sejak bertahun-tahun kerana kami mempunyai persamaan dalam perjuangan, untuk kesamaan, keadilan dan demokrasi yang sebenar”. Klik di sini

Ini bukan kali pertama Anwar berjumpa Ekstrada. Sebagai sahabat baik, sudah berkali-kali perjumpaan diadakan. Misalnya pada tahun 2008, mereka bukan sekadar berjumpa, malah makan-minum dan berkaraoke sebagai melambangkan akrabnya hubungan mereka.

Ellen Tordesillas, wartawan Filipina mengambarkan "Anwar Ibrahim tiba tepat pada jam 7 p.m. di kediaman Estrada di 1 Polk Street, Utara Greenhills. Diiringi oleh isterinya, Datin Seri Wan Azizah. Disambut oleh Estrada dan Cory Aquino, yang telah tiba lebih awal dengan anak lelakinya Senator Noynoy Aquino..
Majlis Makan malam ini adalah satu jamuan yang sungguh hebat yang dimasak oleh seorang chef dari Perancis, Corner Billy King ..Makan malam itu termasuk kambing, daging panggang, ikan siakap dan udang kara. Ini disusuli dengan nyanyian, Estrada menyanyi lagu-lagu tradisional Filipina .."Klik di sini






Wartawan Philippine Daily Inquirer, Fernando del Mundo pula menggambarkan bekas Presiden dan bekas banduan, Joseph Estrada meraikan makan malam mewah, arak dan lagu kediaman mewahnya, Polk Street, Greenhills, San Juan. Kllik di sini

Apa yang digambarkan di sini hubungan akrab Anwar dan Joseph Ekstrada memang tidak dapat dinafikan. Jadi apabila Eksrada menggambarkan perwatakan Anwar mengikut kaca matanya sebagai sahabat baik, maka gambaran itu benar.

Kenapa Eksrada menggambarkan Anwar sebagai "tokoh pejuang yang berjuang untuk menuntut hak-hak minoriti di Malaysia" ?

Anwar berjuang menuntut hak-hak minoriti siapa di Malaysia ?

Apakah kesungguhan Anwar 'berjuang' memberi kalimah Allah kepada penganut Kristian adalah termasuk hak minoriti di Malaysia ? Kenapa mesti Anwar yang memperjuangkan pemberian kalimah Allah, sedangkan alim ulama yang lebih arif dalam bidang Islam tidak memperjuangkan pemberian kalimah Allah kepada Kristian itu ?

Ramai alim ulama Islam di Malaysia, seperti Dr Harun Din, Tan Sri Harussani Zakaria, Taib Azamuddin yang lebih arif dalam bidang agama daripada Anwar menolak cadangan pemberian kalimah Allah itu, tetapi Anwar bertegas juga mahu perjuangkan ?

Anwar lebih hebat ilmu agama dari Mufti Perak, bekas Imam Besar Wilayah Persekutuan dan Timbalan Mursyidul Am PAS itu ?

Soalnya, benarkah kaum Kristian merupakan minoriti di Malaysia ? Kalau benar, kenapa Anwar tidak perjuangkan agama Sikh dan Taois yang lebih minoriti daripada Kristian ?

Berbeza dengan sikap sahabat baik Anwar, Joseph Eksrada, walaupun beliau dikenali sebagai tokoh demokrasi, tetapi beliau memperjuangkan hak kaum majoriti di Filipina. Kaum majoriti di Filipina adalah Kristian, manakala kaum minoriti di sana adalah Islam yang lebih tertumpu di Selatan Filipina.

Sewaktu Ekstrada menjadi Presiden Filipina beliau dianggap penindas dan pemusnah yang kejam ke atas penganut Islam yang merupakan penganut minoriti.

Hinggakan Majlis Ulama Bangsamoro (Filipina) mengeluarkan fatwa mengistiharkan "Joseph Estrada Sebagai Musuh Islam " kerana tindak tanduknya sangat anti Islam. Klik di sini



Bukti penindasan Ekstrada ke atas Islam dinyatakan sendiri dalam Wikipedianya sendiri menyebut beliau terkenal sebagai tokoh anti-Islam : Presiden Joseph Estrada mengistiharkan "Perang Habis-habisan" ke atas MILF (Moro Islamic Liberation Front). Semasa perang itu, Persidangan Bishop-Bishop Katolik Filipina (CBCP) mendesak Estrada untuk membuat gencatan senjata dengan MILF, tetapi Estrada menentang cadangan tersebut dengan hujah sekiranya genjatan senjata dilaksanakan akan mendorong lebih banyak serangan daripada 'pengganas' Islam. Untuk peperangan tiga bulan berikutnya, Kem Abubakar, ibu pejabat MILF, dimusnahkan bersama dengan 13 kem-kem utama lain dan 43 kem-kem kecil, yang kesemuanya di bawah kawalan kerajaan. Ketua MILF, Hashim Salamat melarikan diri ke Malaysia.Klik di sini

Apa agama Eksrada ? Roman Katolik. Sebab itu beliau tidak memberi hak kepada penganut Islam (minoriti) kerana tugasannya menjaga hak agama majoriti. Bukan setakat menafikan hak, malah Ekstrada bertindak lebih kejam dengan membunuh dan memusnahkan kem-kem yang disyaki menjadi kubu tentera Islam.

Apa pula agama Anwar ? Islam. Kenapa penganut agama Islam (kononnya dulu bekas Presiden ABIM dan bakal Presiden PAS) bersusah payah memperjuangkan hak kaum Kristian, sehingga sanggup menggadai agama sendiri ?

Layanan Ektrada ke atas penganut Islam, Anwar Ibrahim berbeza dengan layanan kepada penganut Islam MILF di Selatan Filipina.

“Ini merupakan pertemuan tokoh-tokoh demokrasi,” kata Estrada yang merujuk kepada dirinya, Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Cory Aquino dan lain-lain.

Anwar dilayan umpama seorang raja, dibayar chef dari Perancis untuk menyediakan hidangan mewah kepada Anwar. Turut dihidang minuman arak dan alunan lagu dan muzik.

“Pada saya dia (Ekstrada) lebih daripada seorang sahabat, (malah) dia seperti keluarga saya sendiri" kata Anwar seperti dilaporkan oleh wartawan, Ellen Tordesillas.

Sebab itu, tidak hairan jika hanya seorang Islam bernama Anwar Ibrahim sahaja menerima anugerah kedoktoran daripada Universiti Jesuit Filipina, Ateneo de Manila, sebaris dengan Eksrada, Fidel Ramos, Corazon Aquino dan lain-lain penganut Kristian. Klik di sini

Sebab itu juga, MILF menolak Anwar Ibrahim, kerana bekas Presiden ABIM itu dilihat bersekongkol dengan musuh-musuh Islam seperti Ekstrada. Klik di sini

Itu takrif minoriti berdasarkan agama. Terdapat takrif minoriti lain berdasarkan orientasi seks.

Menurut wikipedia takrif kumpulan minoriti berdasarkan orientasi seksual adalah kumpulan minoriti yang mengamalkan seks luar tabie yang lebih dikenali sebagai LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender). Klik di sini).

A sexual minority is a group whose sexual identity, orientation or practices differ from the majority of the surrounding society. The term was coined most likely in the late 1960s under the influence of Lars Ullerstam's ground breaking book "The Erotic Minorities: A Swedish View" (Grove, 1966) which came strongly in favor of tolerance and empathy to uncommon varieties of sexuality. The term was used as analogous to ethnic minority.

Initially the term referred primarily to lesbians and gays, bisexuals and transgender people. These four categories (lesbian, gay, bisexual and transgender) are often grouped together under the rubric LGBT.
.Klik di sini

Apakah Anwar juga merupakan pejuang kumpulan minoriti LGBT ?


Read On