Gobind sudah tahu siapa pembunuh Teoh ?

0 comments

Utusan Malaysia, 30 Julai melaporkan Gobind Singh Deo, peguam pemerhati kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock berkata dua orang saksi yang enggan memberikan sampel DNA pernah datang berjumpa dengannya.

"Saya hanya boleh membuat andaian kerana dua orang datang berjumpa saya hari ini dan memberitahu bahawa mereka disuruh ke balai" kata Gobind

"Seorang daripada mereka adalah Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa, tetapi seorang lagi saya tak kenal," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas prosiding inkues mendiang Beng Hock di Mahkamah Majistret, Shah Alam.

Menurut laporan Utusan Malaysia lagi, selain Tan Boon Wah (yang diandaikan oleh Gobind), seorang lagi yang enggan memberikan sampel DNA kepada polis ialah perunding sebuah syarikat pembinaan (WSK Services bernama Lee Wye Wing).

Sama ada Gobind benar-benar tidak tahu, siapakah dua orang yang enggan beri ujian DNA itu atau pura-pura tidak tahu, tetapi hakikatnya kebanyakan aktivis DAP sudah tahu dan menamakan Tan Boon Hwa dan Lee Wye Wing, sebagai orang yang tidak mahu bekerjasama dengan pihak polis. Kedua-dua itu pula merupakan aktivis DAP dan kedua-duanya pula adalah kroni Ronnie Liu !

Tan Boon Hwa adalah aktivis DAP Sungai Long Kajang, seorang kontraktor dan berdasarkan pengaruh Ronnie Liu sebagai Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Kerajaan Negeri Selangor, beliau telah melantik Tan Boon Hwa sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kajang. Klik di sini

Lee Wye Wing adalah aktivis DAP Serdang Aman, seorang kontraktor WSK Services, satu syarikat kroni Ronnie Liu yang banyak mendapat projek-projek daripada Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor. Dana disalurkan oleh Ronnie Liu atas nama pembantu khasnya, Wong Chuan How (Ahli Majlis Tempatan Sepang) dan WSK Services, seterusnya keuntungan projek itu sebanyak 5 % disalurkan semula tabung DAP. Klik di sini dan di sini

Dokumen-dokumen yang berkaitan dengan penyelewengan Ronnie Liu dan WSK Services ini diperolehi dalam notebook Teoh Beng Hock.


Teoh & Tiga saksi SPRM, 15 Julai

Teoh Beng Hock, Tan Boon Hwa dan Lee Wye Wing adalah tiga orang saksi yang dipanggil SPRM pada 15 Julai lalu. Mereka disoalsiasat dalam bilik berasingan dan pegawai SPRM yang berasingan.

Menurut Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Syukri Abdul, dalam kenyataan medianya pada 16 Julai lalu :

"Teoh dipanggil ke SPRM Selangor pada pukul 5 petang (15 Julai) untuk dirakam percakapannya bersama tiga lagi saksi (termasuk Tan Boon Hwa). Tiga saksi telah dibenarkan pulang pada sebelah malam kecuali Teoh kerana percakapannya hanya selesai pada pukul 3.45 pagi", katanya.

‘‘Selepas itu Teoh juga turut dibenarkan balik oleh pegawai yang merakam percakapannya tetapi dia minta untuk berehat dan tidur sebentar di ruang tamu pejabat SPRM di tingkat 14 dan kali terakhir dia dilihat di situ ialah pukul 6 pagi", katanya lagi. Klik di sini

Berdasarkan laporan Pengarah Siasatan SPRM semua saksi dibenarkan pulang selepas percakapan dirakam, kecuali Teoh yang habis lewat ada 3.45 pagi memohon untuk tidur di bilik tetamu SPRM hingga jam 6 pagi.

Dikatakan selepas sesi soal siasat Teoh, pada jam 3.45 pagi, pegawai SPRM menawarkan diri untuk menghantar Teoh ke rumahnya, tetapi Teoh menolak dan memilih untuk berehat di bilik tetamu SPRM. Berdasarkan interaksi antara pegawai SPRM dengan Teoh ini menunjukkan Teoh memberi kerjasama sepenuhnya.

Sebaliknya Tan Boon Hwa yang merupakan salah seorang saksi, malam 15 Julai, apabila tamat sesi soal siasatnya, dia diminta SPRM untuk pulang ke rumahnya, tetapi Tan enggan, malah turut memarahi pegawai-pegawai SPRM kerana tidak membenarkannya 'bermalam' di SPRM. Klik di sini

Membaca dua perwatakan saksi ini, sudah jelas sikap mereka. Teoh memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM, sebab itu diberikan kebenaran untuk berehat di bilik tetamu SPRM, manakala Tan pula tidak bekerjasama, malah turut menunjukkan sikap panas barannya dengan memarahi pegawai SPRM, apabila tidak diberi 'bermalam' di SPRM.

1. Mesti terdapat alasan kukuh, kenapa Tan tidak mahu pulang ke rumahnya, meskipun siasatannya tamat lebih awal daripada Teoh ? Apa alasannya ?

2. Di antara Teoh, Tan dan dua saksi lagi, siapakah saksi paling utama SPRM ? Berdasarkan masa soal siasat, Teoh paling lewat tamat, 3.45 pagi, sedangkan tiga orang yang lain, tamat selewat-lewatnya jam 1.00 hingga 2.00 pagi, bermakna Teoh merupakan saksi paling utama SPRM.

3. Siapa empat orang saksi yang disoal siasat malam 15 Julai itu ? Sudah diketahui tiga daripada mereka; Teoh Beng Hock dan Tan Boon Hwa, Lee Wye Wing
dan siapa seorang lagi ? Kalau diikutkan kenyataan inkues, semua saksi telah memberi sampel DNA, kecuali Tan Boon Hwa dan Lee Wye Wing, kenapa mereka tidak mahu bekerjasama ?

4. Keempat-empat mereka dipanggil SPRM menjadi saksi kepada penyelewengan siapa ? Ean Yong Hian Wah (Exco Selangor, Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor) atau Ronnie Liu (exco Selangor yang memegang Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan) atau kedua-duanya sekali ?


Teoh saksi utama, rahsia besar dalam notebook


Zaini Hassan, Utusan Malaysia menulis dua rencana mengenai notebook Teoh. Dalam tajuk "Apa ada dalam notebook Beng Hock?" (22 Julai), penulis merumuskan Teoh mulai resah, setelah pegawai SPRM membuka notebook milik saksi. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 pagi 16 Julai. klik di sini

"Difahamkan Beng Hock, yang merupakan seorang pemuda yang bercakap lembut dan kaki buku mulai gelisah apabila komputer ribanya mula dibuka. Ia dikatakan berlaku sekitar pukul 1 pagi. Tidak pasti apa ada dalam komputer itu yang menyebabkan beliau terlalu gelisah. Tapi yang jelas bahan-bahan dalam komputer itu amat penting untuk siasatan" tulisnya.


"Apa sekalipun, isi kandungan dokumen-dokumen yang ada dalam komputer riba itu akan diteliti. Mungkin juga ada maklumat-maklumat penting yang boleh membongkar satu demi satu lagi cerita. Kita tidak tahu apa ada dalam komputer itu, tapi lazimnya sesuatu siasatan polis atau pihak berkuasa lain akan menjurus kepada pelbagai elemen kejutan 'cari benda lain akan terjumpa benda lain'", tulisnya lagi.

Wartawan Utusan Malaysia itu sekali lagi menyorot tajuk yang sama dalam tulisannya pada 29 Julai. Tentu tajuk ini menarik minat penulis hinggakan dia memberi fokus terhadap tajuk ini. Klik di sini

" Kita masih lagi tertanya-tanya apa lagi ada dalam komputer riba Beng Hock itu. Mungkinkah apa yang disiarkan oleh sebuah laman blog hantu http://t4tbh.blogspot.com adalah sebahagian daripada isi kandungan ‘rahsia besar’ yang cuba disembunyikan itu?", tulisnya.

"Jika benar, kita pasti ‘rahsia besar’ itu akan diperhalusi sedikit demi sedikit. Kita mendengar pihak-pihak yang terbabit sudah gabra mengenai hasil yang diperoleh itu"

"Membaca blog dalam Internet, satu komen yang dihantar amat menarik dan boleh diperhalusi oleh para penyiasat. Komen itu bertanya: Penyata-penyata kontrak dan invois yang diedarkan melalui blog hantu itu adakah ia dibuat melalui cek? Kelazimannya urus niaga itu akan dibuat melalui cek. Jika, ya, maka kerja para penyiasat akan lebih mudah. Urusan transaksi melalui bank adalah telus. Walaupun ada pihak yang menuduh semua itu adalah palsu, tapi transaksi bank tidak boleh tipu. Kita tunggu lagi perkembangan seterusnya...", tulisnya lagi.

Blogger The Unspinners turut bersetuju dengan pendapat wartawan Utusan Malaysia dengan menyimpulkan begini;

"Teoh kelihatan cool sepanjang soal siasat, seperti kata pengarah SPRM. Tapi dia tak cerita keadaan Teoh apabila laptop dan dokumen dibuka dihadapannya. Paras rupa Teoh pasti berubah menjadi panik dan cemas bila soalan yang ditanya bertambah hampir dengan kebenaran. Biasalah orang muda yang tak berpengalaman. Dia boleh merasa akan terjebak dan reaksi segera adalah mahu menyelamatkan dirinya dahulu dengan berkerjasama. Dengan tergesa-gesa dia tawarkan akan beri dokumen lain". Klik di sini

Jika diteliti dalam blog t4tbh kandungan artikel, bukti-bukti dokumen kesemuanya menjurus kepada penyelewengan bosnya, Ean Yong dan Ronnie Liu (kawan rapat bosnya). klik di sini dan di sini

"Teoh Beng yang kini mendiang juga terlibat dalam skandal ini juga tetapi setelah dipaksa oleh Ean Yong dan Ronnie Liu. Beliau tidak menyukai apa yang berlaku. Untuk melindungi dirinya, Teoh membuat salinan semua dokumen-dokumen palsu dan syarikat-syarikat yang ditubuhkan oleh DAP. Dan Teoh, kemudiannya menyerahkan hard disk yang mengandungi semua maklumat terperinci tersebut kepada seseorang yang kemudian berazam untuk membongkarkan kegiatan rasuah oleh DAP di Selangor" tulis blog itu. Klik di sini


Jika dipadankan dengan senarai 4 saksi SPRM pula; Teoh - pembantu kepada Ean Yong, banyak tahu tentang kegiatan penyelewengan bosnya kerana posisinya sebagai Setiausaha Politik, tetapi dalam masa yang sama turut menyimpan dokumen-dokumen Ronnie Liu yang merupakan kawan rapat kepada Ean Yong.

Tidakkah berkemungkinan dalam melakukan penyelewengan projek, Ronnie Liu sentiasa berpakat dengan Ean Yong, untuk mendapat naungannya sebagai Pengerusi DAP Selangor ?

Kalau telahan ini benar, bermakna tidak hairan Teoh boleh menyimpan semua dokumen penyelewengan Teoh, kerana Teoh dijadikan kambing hitam untuk melakukan semua penyelewengan Ronnie dan Ean Yong.

Manakala dua saksi lain, Tan Boon Hwa dan Lee Wye Win dikenalpasti sebagai kroni Ronnie Liu. Barangkali saksi ketiga yang belum terdedah namanya lagi juga merupakan kroni Ronnie juga. Dari segi hiraki jawatan Teoh berada dalam kedudukan paling atas, sebagai 'Setiausaha Politik', berbanding dengan saksi lain, hanya ahli Majlis Perbandaran dan kontraktor, bermakna mendiang merupakan saksi utama dan pengakuannya akan memberi impak besar kepada masa depan Ronnie Liu dan Ean Yong.

Apa agaknya tindakan yang dilakukan oleh Tan Boon Hwa yang terkenal sebagai penyokong fanatik Ronnie, apabila mendapat tahu Teoh telah belot dan sanggup menjadi saksi SPRM yang boleh menjejaskan masa depan Ronnie Liu ?

Apakah Tan Boon Hwa ugut, marah, tengking atau melakukan kekasaran kepada Teoh setelah mendapat tahu Teoh telah mengakui semua penyelewengan Ronnie dan bersedia memberikan dokumen-dokumen tambahan untuk menyokong penyelewengan bosnya itu ?


Benarkah wujud pakatan Tan Boon Hwa & Gobind Singh Deo ?

Gobind sendiri mengakui Tan Boon Hwa dan seorang lagi yang tidak dikenali (Lee Wye Win) datang berjumpa dengannya, sebab itu dia dapat mengagak dua orang yang tidak memberi sampel DNA itu adalah dua orang yang pernah berjumpa dengannya.

Persoalannya, bilakah kedua-dua individu itu berjumpa dengan Gobind dan apakah tujuan mereka? Adakah mereka ingin mendapat nasihat perundangan untuk tidak mahu memberi sampel DNA ?

Dari cara keyakinan Gobind memeberitahu media bahawa dua orang yang enggan memberi kerjasama DNA adalah orang yang pernah berjumpa dengannya, membuktikan bahawa Gobind sebelum ini pernah memberi nasihat dan melarang kedua-duanya bekerjasama dengan polis.

Blog t4tbh mengesahkan Gobind telah menasihati kedua saksi itu agar tidak memberi sampel DNA kepada pihak polis. Persoalannya kenapa ? Klik di sini

Persoalan yang lebih menarik, kenapakah dalam masa tidak sama seminggu kematian mendiang, Gobind menggunakan firma guaman bapanya ( Tetuan Karpal Singh & Co) membantu Tan Boon Hwa untuk memfailkan saman pemula kepada SPRM di Mahkamah Tinggi pada 22 Julai dengan mendakwa SPRM telah menahan serta menyoal siasat Tan Boon Hwa secara salah dari jam 8.45 malam (15 Julai) hingga 1.35 tengahari (16 Julai).

1. Sebelum memulakan fail saman, sebagai peguam profesional, adakah Gobind tidak diberitahu oleh Tan Boon Hwa secara terperinci kejadian yang berlaku pada malam 15 Julai dan 16 Julai ?

2. Inikah yang dimaksudkan oleh Gobind individu yang datang berjumpa dengannya untuk meminta nasihat perundangan dan akhirnya terhasil keputusan menyaman SPRM pada 22 Julai ?

3. Adakah benar tujuan saman pemula SPRM untuk melindungi Tan Boon Hwa serta mengalih pandangan masyarakat dengan mengatakan Tan Boon Hwa diperlakukan secara salah dari dari jam 8.45 malam (15 Julai) hingga 1.35 tengahari (16 Julai)

4. Bukankah meletakkan masa tarikh secara spesifik dari jam 8.45 malam (15 Julai) hingga 1.35 tengahari (16 Julai) mempunyai motif tersendiri antara lain untuk melindungi Tan Boon Hwa bahawa dia tidak mempunyai masa bersama dengan Teoh Beng Hock, kerana sepanjang masa itu sudah tercatat dia tiada mempunyai kelapangan kerana disoalsiasat secara 'kejam' oleh SPRM.

Keraguan motif Gobind membantu tan Boon Hwa memfailkan saman pemula ini berasaskan berasaskan beberapa sebab :

1. Tan Boon Hwa hanya memfailkan saman pemula, kesnya berfrofil rendah, memakan masa antara lima hingga sepuluh tahun untuk diselesaikan. Kes ini boleh ditarik oleh pengadu pada bila-bila masa.

2. Tan Boon Hwa tidak menyatakan jumlah ganti rugi yang dituntut sebagaimana kebiasaan saman yang pernah dilakukan sebaliknya meminta mahkamah mengistiharkan satu deklarasi menghadkan kuasa siasatan SPRM hanya di antara 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

3. Kenyataan masa dan tarikh seperti yang difailkan oleh pengadu [dari jam 8.45 malam (15 Julai) hingga 1.35 tengahari (16 Julai)] bertentangan dengan kenyataan SPRM yang menyatakan siasatan ke atas saksi bermula dari jam 8.30 (15 Julai - 2 pagi (16 Julai) dan selepas itu saksi dibenarkan pulang untuk melaporkan diri pada 16 Julai dari jam 11 pagi hingga 1.30 tengahari. Klik di sini

4. Kenyataan ini bertentangan dengan kenyataan yang dibuat oleh Tan Boon Hwa sendiri kepada Malaysiakini dengan mendakwa dia berjumpa dengan Teoh pada 16 Julai, jam 6.00, dekat pantry dalam perjalanan ke tandas. Bermakna Tan merupakan saksi terakhir yang berjumpa dengan Teoh selepas didapati mati sekitar jam 8 - 9 pagi (16 Julai) seperti yang dilaporkan oleh pihak polis. Klik di sini

5. Maka di atas alasan di atas, tidak salah jika dikatakan saman pemula ini dengan masa dan tarikh yang spesifik (walaupun bertentangan dengan kenyataan SPRM) bertujuan untuk melindungi Tan Boon Hwa daripada dianggap sebagai suspek membunuh mendiang Teoh.

Tambah mencurigakan Gobind merupakan individu pertama yang memaklumkan kepada Malaysiakini Klik di sini[sehari sebelum inkues] bahawa dia akan meminta penangguhan inkues sehingga dipersetujui dianjak ke tarikh 5 Ogos. Klik di sini

Lebih diragukan lagi kenapakah Gobind meminta semua dokumen berkaitan dengan bedah siasat mendiang Teoh dan meminta ditangguh selama 10 hari untuk meneliti satu persatu dokumen-dokumen itu ? Klik di sini

Ini merupakan sesuatu yang pelik, kerana sebelum ini DAP termasuk Gobind meminta kerajaan mempercepatkan siasatan dan menuduh pegawai SPRM terbabit dalam 'pembunuhan Teoh'.

Apakah ini juga ada kaitan dengan dua profail DNA yang tidak dikenali di pakaian mendiang ? Klik di sini dan di sini


Adakah Gobind yang mewakili keluarga mendiang dan DAP sudah mengetahui hasil keputusan inkues akan memakan diri sendiri, sebab itu dia minta ditangguhkan?



Sedikit latar belakang tentang Gobind

Gobind Singh Deo adalah seorang peguam, anak kepada peguam terkenal, Karpal Singh yang berjawatan sebagai Pengerusi DAP Pusat.

Gobind pernah mengendalikan kes guaman besar, antaranya menjadi peguambela kepada Sukma Darmawan yang pernah didapati bersalah bersuhabat dengan Anwar Ibrahim melihat Azizan Abu Bakar.

Dalam inkues Teoh, Gobind menjadi peguam pemerhati keluarga mediang Teoh, sekaligus menjadi peguam pemerhati mewakili DAP.

Gobind juga merupakan aktivis DAP dan menjadi ahli Parlimen DAP bagi kawasan Puchong, Selangor.

Sehingga sekarang Gobind merupakan peguam bela kepada Ronnie Liu yang didakwa telah bersubahat dengan pelanggan-pelanggan dan pekerja-pekerja hotel, sengaja menghalang seorang penjawat awam, Penolong Penguatkuasa MPSJ Mohamad Hadzim Zulkapli, 31, daripada menjalankan tugas-tugas jawatannya iaitu menutup Hotel Chile di No. 10, Jalan Kenari 6, Bandar Puchong Jaya, berdasarkan peruntukan Undang-Undang Kecil Hotel (Majlis Perbandaran Subang Jaya) 2007, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Klik di sini

Pada 2 November 2007, antara pukul 5.30 dan 6.30 petang, Ronnie Liu dan penyokongnya dituduh menghalang Polis dari menyita hotel terbabit yang tidak mempunyai lesen serta menjalankan aktiviti pelacuran. Terdapat 22 orang GRO warga asing ditangkap dalam operasi itu.

Kes ini belum selesai hingga ke hari ini.


Read On

Isu Teoh : Ada rahsia disembunyikan Tan Boon Hwa ?

0 comments



Melihat gerak geri dan tindak tanduk Tan Boon Hwa, Ahli Majlis Perbandaran Kajang (kroni Ronnie Liu) membayangkan ada sesuatu 'rahsia' yang cuba disembunyikannya. Tindak tanduknya segera mengadakan sidang media di bangunan SUK Selangor pada 17 Julai (sehari selepas mayat Teoh dijumpai mati di Tingkat 5, Bangunan Masalam) juga turut mengundang tanda tanya.


Walaupun mengakui, dia telah berjanji untuk tidak mendedahkan isi kandungan soal siasat antara dirinya dengan pegawai-pegawai SPRM, tetapi dia memungkiri janji itu dengan mendedahkan 'isi kandungan' soal siasat kepada sidang media di bangunan SUK yang turut dihadiri oleh Tan Sri Khalid dan exco-exco Selangor.

Dalam sidang media itu, Tan seperti seorang aktor, melakukan semula babak-babak yang didakwanya kandungan soal siasat. Sekilas pandang, Tan seperti seorang yang mudah melatah, cepat mengelabah dan panas baran, kerana sepanjang sidang media itu, dia melakonkan pelbagai watak, termasuk berdiri dan meninggikan suara hingga menyebabkan orang yang berada di sebelahnya turut terkejut.



Dalam sidang media itu, Tan mengakui dia berbohong kepada pegawai SPRM dan membuat kenyataan palsu, seperti mengiakan dakwaan pegawai SPRM, walhal dakwaan itu diperbetulkan kemudiannya sebagai tidak benar.

Sepanjang sidang media itu Tan tidak menceritakan sepenuhnya kejadian yang berlaku ke atas dirinya, sebaliknya memfokuskan tuduhannya untuk memburuk-burukkan SPRM dengan mendakwa pegawai SPRM telah bertindak kasar kepadanya.


Menolak beri kenyataan tentang kematian Teoh

Tiga hari selepas ghairah membuat kenyataan media di bangunan SUK, pada 20 Julai, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, membuat kenyataan media menyatakan kekesalannya kerana Tan menolak permintaan untuk memberikan kenyataannya kepada polis yang sedang menyiasat kes kematian Teoh. Klik di sini


"Kita sudah menghubungi Tan tetapi beliau menolak, jika beliau menolak untuk tampil ke hadapan, kita terpaksa menyamannya di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah," kata Ketua Polis Selangor.

Keenganan Tan ini lebih menimbulkan tanda tanya kerana menunjukkan sikapnya yang tidak prihatin dengan kematian Teoh, sebaliknya lebih mementingkan diri sendiri.

Setelah diancam dengan surat saman, pada keesokan hari, 21 Julai, Tan hadir membuat kenyataan di Balai Polis Shah Alam, jam 9 malam. Klik di sini


Menafikan tidak mahu bekerjasama dengan polis

Ketika ditanya oleh wartawan Malaysiakini, kenapa dia tidak mahu bekerjasama dengan polis tentang membantu soalsiasat kematian Teoh, dia berkata tuduhan itu tidak benar. Klik di sini

Tan mendakwa dia terlalu sibuk pada 20 Julai (Sabtu) kerana membuat report polis ke atas SPRM dan tidak mempunyai kelapangan untuk menghadirkan diri ke balai polis untuk membuat keterangan bantu siasatan kematian Teoh.

"Selepas saya buat report polis, saya terus ke Segamat dan kembali semula pada 21 Julai (Ahad). Seterusnya saya terus ke rumah Teoh di Melaka untuk hadiri upacara pegebumian mayat", katanya.

Tan mengakui, pihak polis telah memintanya beri keterangan pada pagi 20 Julai (Sabtu), tetapi dia tidak dapat menghadiri kerana kesibukan.


Failkan saman kepada SPRM

Pada 22 Julai, Tan menfailkan saman kepada SPRM melalui firma guaman, Tetuan Karpal Singh & Co. di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan Kuasa-Kuasa Khas) pada pukul 12 tengahari. Klik di sini

Dia mendakwa SPRM telah menahan serta menyoal siasat secara salah ke atasnya dari jam 8.45 malam (15 Julai) hingga 1.35 tengahari (16 Julai).

Berbeza dengan kebiasaan, seseorang yang menyaman akan menuntut ganti rugi berbentuk wang, tetapi Tan tidak menyatakan jumlah ganti rugi, sebaliknya dia menuntut mahkamah membuat deklarasi bahawa pihak SPRM hanya boleh merekodkan kenyataannya sebagai saksi pada waktu pejabat sahaja. Waktu pejabat yang dimaksudkan adalah mulai pukul 8.30 pagi sehingga 5.30 petang setiap hari dan bukannya selepas tempoh yang ditetapkan.


Persoalan tentang masa & tarikh siasatan di SPRM

Oleh kerana Tan telah failkan saman di mahkamah bahawa dia telah disoalsiasat secara salah dari jam 8.45 malam (15 Julai) hingga 1.35 tengahari (16 Julai) telah memberi gambaran kepada umum bahawa proses siasatan dijalankan sepanjang masa yang disebutkan itu.

Sebaliknya, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Syukri Abdul, dalam kenyataan medianya pada 16 Julai berkata :

"Teoh dipanggil ke SPRM Selangor pada pukul 5 petang (15 Julai) untuk dirakam percakapannya bersama tiga lagi saksi (termasuk Tan Boon Hwa). Tiga saksi telah dibenarkan pulang pada sebelah malam kecuali Teoh kerana percakapannya hanya selesai pada pukul 3.45 pagi", katanya.

‘‘Selepas itu Teoh juga turut dibenarkan balik oleh pegawai yang merakam percakapannya tetapi dia minta untuk berehat dan tidur sebentar di ruang tamu pejabat SPRM di tingkat 14 dan kali terakhir dia dilihat di situ ialah pukul 6 pagi", katanya lagi. Klik di sini

Bermakna, kenyataan siapakah yang benar ? Adakah kenyataan Tan yang mendakwa dirinya disiasat tanpa henti dari jam 8.45 malam(15 Julai) hingga 1.30 tengahari (16 Julai) atau kenyataan Pengarah Siasatan SPRM yang mengatakan semua saksi (kecuali Teoh yang habis lewat) dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada malam itu setelah habis siasatan ?

Kalau berdasarkan kenyataan Pengarah Siasatan SPRM, terdapat tiga orang saksi dipanggil serentak pada malam itu (15 Julai). Teoh, Tan dan siapa saksi ketiga itu ? Kenapa saksi ketiga tidak 'marahkan' SPRM sebagaimana reaksi Tan ?


Mungkinkah ada tujuan tertentu, Tan menyaman SPRM dengan menyebut masa dan tarikh spesifik (walaupun bercanggah dengan kenyataan SPRM)?

Untuk makluman, Tan hanya membuat fail saman pemula dan kesnya boleh ditarik bila-bila masa, sekiranya dirasakan perlu, malah umum mengetahui kes yang berprofail rendah sepertinya memakan masa lima hingga sepuluh tahun dan ketika itu ramai orang telah melupakannya.

Untuk makluman lagi, proses siasatan Tan mempuyai dua fasa. Fasa pertama, dari jam 8.45 malam (15/7) hingga 2.00 pagi (16/7) dan fasa kedua dari jam 11 pagi hingga 1.30 tengahari (16/7)




Kenapa tidak bangkitkan soal SPRM merampas handphone ?

Sebelum ini, berlegar satu tohmahan mengatakan SPRM telah merampas handphone saksi. Tuduhan itu merujuk kepada 'rampasan' handphone Teoh, tetapi kenapakah Tan tidak mendakwa handphonenya juga dirampas oleh pihak SPRM sekiranya benar prosedur siasatan SPRM 'merampas' handphone saksi ?

Menurut blog The Unspiners yang dikutip hasil temubual pekerja-pekerja di Plaza Masalam, tiada prosedur SPRM merampas handphone saksi, Teoh tertidur di bilik tetamu SPRM dan tidak menyedari handphonenya tertinggal itu dan mungkin tercampak di bawah kerusi. Seorang pekerja SPRM sewaktu melakukan pembersihan pejabat terjumpa handphone itu dan menyerahkan kepada pegawai SPRM. Klik di sini

Bermakna saksi seperti Tan bebas menyimpan handphonenya sendiri dan bebas menelefon sesiapa sahaja, sepanjang berada di Plaza Masalam itu.


Teoh dan Tan di SPRM, 16 Julai ?

Kalau berdasarkan laporan SPRM, Teoh datang pada jam 5 petang (15 Julai) dan siasatannya tamat pada jam 3.45 pagi (16 Julai). Namun walaupun dibenarkan pulang selepas masa itu, Teoh mengambil keputusan untuk berehat dan tidur di bilik tetamu SPRM hingga jam 6 pagi (16 Julai). Selepas jam 6 pagi, Teoh sudah tiada di situ lagi.

Manakala Tan pula datang ke SPRM pada jam 8.45 malam (15 Julai) dan siasatannya tamat pada jam 2.00 pagi

Bermakna, Tan dibenarkan pulang ke rumahnya selepas 2 pagi (16 Julai) tetapi kenapakah dia mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah dan masih berlegar-legar di bangunan SPRM sehinggalah melaporkan diri semula ke SPRM pada jam 11 pagi (16 Julai)?

Apakah tujuannya bermalam di SPRM hingga ke pagi esoknya ? Apakah dia menunggu Teoh yang habis disiasat pada jam 3.45 pagi (16 Julai) ?.

Apakah aktiviti yang dilakukan sepanjang masa dari 2 pagi hingga 10.30 pagi (16 Julai), sementara menunggu melaporkan diri untuk sesi soal siasat kedua ?

Adakah benar, Tan membuat panggilan telefon dan menerima panggilan telefeon daripada Ronnie Liu dan Ean Yong yang berdebar-debar mahu mengetahui apakah yang telah diceritakan oleh Teoh, sebagai saksi utama penyelewengan kedua exco Selangor itu ?

Adakah benar, Tan diarahkan oleh Ronnie Liu dan Ean Yong untuk menunggu dan mengekori pergerakan Teoh ? Klik di sini

Menurut pengakuan yang pernah dibuat sendiri oleh Tan semasa sidang media di bangunan SUK (17 Julai), dia sendiri mengakui bahawa dia merupakan orang terakhir yang berjumpa dengan Teoh, sebelum dijumpai mati jam 1.30 tengahari, 16 Julai.

"Saya jumpa dengannya (Teoh), kira-kira jam 6 pagi (16 Julai) dekat pantry dalam perjalanan ke tandas" katanya seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Klik di sini

"Saya tegur dia. Dia hanya menjawab 'Umh'. Apabila saya keluar dari tandas, dia sudah tiada. Dia kelihatan letih", katanya lagi.

Benarkah dakwaan Tan ini ? Kalau benar, kenapa dia begitu keberatan untuk bekerjasama dengan polis, sedangkan dia sendiri mengakui, dia merupakan orang terakhir menemui Teoh sebelum ditemui mati ?



Sedikit latar belakang tentang Tan Boon Hwa

Tan Bon Hwa adalah kroni Ronnie Liu yang dilantik sebagai ahli majlis Perbandaran Kajang. Majlis Perbadaran Kajang adalah di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan yang dipengerusikan oleh Ronnie Liu. Klik di sini

Tan juga merupakan seorang ahli perniagaan yang menjalankan pelbagai jenis pembekalan termasuk membekalkan bendera kepada ADUN Seri Kembangan, Ean Yong. Klik di sini


Dia merupakan aktivis DAP cawangan Sungai Long, Kajang. Seperti yang dilaporkan oleh blog colour-blind.org (kepunyaan Ronnie Liu), Tan merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Buka Jalan Bandar Mahkota Cheras. Klik di sini, di sini dan di sini




Dalam mengetui Jawatankuasa Buka Jalan Bandar Mahkota Cheras (Toll Plaza Grand Saga, Batu 11), Tan telah menghasut orang ramai bangun memprotes dan membuka jalan yang pernah ditutup oleh Grand Saga sebelum ini. Hasutan itu menyebabkan orang ramai bertempur dengan pihak polis yang mengakibatkan berlakunya kecederaan. Klik di sini, dan di sini


Read On

Mengesan dalang komplot Teoh Beng Hock

0 comments

Kematian Teoh Beng Hock umpama senjata baru kepada Anwar Ibrahim (penasihat PKR), Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor-PKR), Ronnie Liu (Exco Selangor-DAP), Ean Yong Hian Wah (exco Selangor-DAP). Kalau dulu mereka.

Kalau sebelum ini, Anwar Ibrahim, kerajaan Selangor dan DAP Selangor dilanda kemelut dalaman, Anwar dengan kes liwatnya, Khalid Ibrahim dengan kecaman sesama sendiri (Azmin Ali), DAP Selangor pula dengan penyelewengan dan kongsi gelap, kini semuanya 'terhenti' dengan matinya seorang Setiausaha politik exco Selangor bernama Teoh Beng Hock.

Anwar, Khalid, Ronnie Liu, Ean Yong Hian Wah, cepat-cepat bingkas menuduh kematian Teoh angkara SPRM. Sehari selepas mati, PR yang diketuai oleh Anwar telah menjatuhkan hukuman, SPRM bersalah. Belum ada siasatan, belumpun mayat dikebumikan, tetapi Anwar sudah tahu siapa pembunuhnya. Macam mana Anwar tahu ?

Siapa Anwar, nak menjatuhkan hukuman ikut kepalanya sendiri ?

Sebelum rakyat Malaysia diasak minda dengan propanganda 'racist' Anwar Ibrahim, sekarang mari kita jejaki kes ini secara lebih terperinci.

Siapa Teoh ?

Teoh adalah Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah (DAP). Berumur 30 tahun dan berasal Melaka. Ada yang mempertikaikan status Setiausaha politik yang disandang oleh Teoh, kerana taraf exco kerajaan negeri tidak memperuntukkan jawatan sebagai 'Setiausaha Politik' tetapi hanya diberi jawatan hakiki sebagai 'pembantu khas' sahaja, tetapi biarkanlah jika exco DAP itu ingin mengangkat status pembantu khasnya sebagai Setiausaha Politik, suka hati dia lah.

Teoh adalah bekas penuntut UKM. Di kampus itu dia mengenali tunangnya,Soh Cher Wei. Selepas tamat belajar, dia bekerja sebagai wartawan di Sin Chew Daily (Sin Chew Jit Poh, Chinese Daily) berpejabat di Kajang.

Sebagai wartawan, dia banyak berkenalan dengan tokoh-tokoh politik Cina khususnya dari DAP. Maka tidak hairanlah, dari wartawan, dia menjadi pembantu khas kepada Tony Pua, Ahli Parlimen DAP, Petaling Jaya Utara dan pembantu khas (Setiausaha Politik) kepada ADUN DAP Sri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, 29 tahun.

Kawan baik Teoh di Chinese Daily, Tan Yu Chyan berkata Teoh berhenti sepenuhnya sebagai wartawan pada April 2008 setelah bekerja dengan Ean Yong Hian Wah.

Teoh digambarkan oleh kawan-kawan rapatnya, mula bosan dengan karenah kekotoran politik setelah berkhidmat selama satu tahun tiga bulan (sehingga tarikh kematiannya) kepada Ean Yong Hian Wah.

Teoh juga terdedah dengan permainan politik kotor yang ditanggung oleh bosnya, Ean Yong yang memegang jawatan sebagai ADUN Sri Kembangan, Pengerusi DAP Selangor dan exco kerajaan Selangor yang memegang bidang kuasa Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor.

Bidang kuasa Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram ini akan menghubungkan Ean dan Teoh kepada kancah kumpulan-kumpulan Cina cauvanis (Kampung Baru) dan kumpulan gangter dan kongsi gelap Cina yang sering menjalankan perniagaan secara haram.

Sebab itu, seminggu sebelum kematian Teoh pernah meluahkan perasaan tertekannya terus terlibat dalam kancah politik kepada Daniel Chong, (pembantu khas kepada Ronnie Liu). Daniel Chong mengakui Teoh pernah meluahkan kepadanya untuk meninggalkan dunia politik dan menyambung pengajian ke peringkat master dalam bidang undang-undang.

Oleh itu mudah difahami kenapa bapa Teoh, How Meng Hui, 60, tidak begitu gembira anaknya berkecimpung dalam politik. Menurut bapanya, dia sekeluarga pernah meminta mendiang supaya tidak bekerja sebagai Setiausaha Politik kerana menganggap ia berisiko tinggi.

Bapanya juga yakin anaknya bukannya membunuh diri, tetapi telah disabotaj oleh pihak lain.


Teoh bukan suspek, tetapi saksi SPRM

Teoh dipanggil ke SPRM pada 15 Julai, bukan kerana dia didakwa melakukan penyelewengan, tetapi sebagai saksi kepada bosnya Ean Yong yang didakwa antara empat exco Selangor yang menjadi suspek penyelewengan dana kerajaan negeri.

Selain Ean Yong, exco Selangor lain yang turut menjadi suspek menyelewengkan wang peruntukan negeri adalah Ronnie Liu, exco Selangor yang memegang Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan.

Menurut Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdul, Teoh datang ke pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam pada 5 petang 15 Julai untuk memberi keterangan dan dibenarkan pulang pada pukul 3.45 pagi itu.

“Dia adalah saksi untuk kes itu dan kami selesai merakamkan percakapannya bagi membantu siasatan berhubung salah guna wang peruntukan ADUN Selangor itu" kata Mohd Shukri.

"Dia berjanji akan datang kembali ke pejabat SPRM Selangor pada 16 Julai untuk membawa beberapa dokumen bagi membantu siasatan", katanya lagi.

Mohd Shukri berkata, semasa siasatan dilakukan, Teoh memberi kerjasama sepenuhnya dan tidak menunjukkan sebarang rasa tertekan pada riak wajahnya.

Selepas habis siasatan, Teoh dikatakan memohon untuk tidak balik ke rumahnya, sebaliknya pohon untuk berehat di bilik tetamu pejabat SPRM. Pada pukul 6 pagi, dia masih kelihatan tidur di atas sofa dan selepas itu SPRM tidak melihatnya.

Pada jam 1.30 tengahari (16 Julai), mayat Teoh ditemui dalam keadaan terlungkup di koridor luar tingkat 5, Plaza Masalam, Shah Alam.


Persoalan-persoalan berbangkit

1. Kenapa selepas habis siasatan, 3.45 pagi, Teoh memohon untuk tidur di bilik tetamu SPRM sehingga jam 6.00 pagi ? Adakah Teoh takutkan 'sesuatu' dan mengambil keputusan untuk tidak terus balik ke rumah pada jam 3.45 pagi serta mengambil keputusan untuk balik selepas jam 6.00 pagi (16 Julai) kerana waktu itu lebih selamat kerana telah ada orang datang bekerja ?

2. Seandainya 'ketakutan' itu menghantui Teoh, siapakah 'orang yang ditakutkan' itu. Adakah Teoh dapat menjangkakan, kehadirannya di pejabat SPRM pada jam 5 petang, 15 Julai tidak begitu disenangi oleh bosnya Ean Yong Hian Wah ?

3. Apa perasaan Ean Yong apabila pembantunya telah diwajibkan hadir ke pejabat SPRM, Selangor, pada jam 5, 15 Julai. Adakah Ean Yong gelisah, takut dan bimbang jika sekiranya pembantunya membocorkan segala rahsia penyelewengannya dalam kerajaan negeri.

4. Jika Ean takut dan sangsi dengan pembantunya yang dibimbangi akan membocorkan segala rahsianya yang menjadi suspek SPRM, apakah agaknya tindak balas Ean Yong seterusnya untuk menutup mulut pembantunya ?

5. Ketakutan Ean Yong pula kerana apa ? Adakah takut pendedahan penyelewengan dana kerajaan negeri yang sedang disiasat oleh SPRM atau bimbang terbongkarnya penglibatannya dengan tali temali kegiatan kongsi gelap yang di bawah jagaan jawatankuasanya ?

6. Ketakutan Ean Yong, jelas kelihatan, apabila dia bersama-sama dengan Ronnie Liu, kawan baiknya menyerbu ke pejabat SPRM, sebaik sahaja mendapati Teoh telah mati dibunuh. Kenapa hanya Ean dan Ronnie Liu sahaja yang datang menyerbu ke pejabat SPRM, kenapa tidak exco-exco lain, Teresa Kok, Elizabeth Wong, misalnya ?

7. Kalau Teoh 'takut', dan sanggup tidur di bilik tetamu SPRM, bagaimana pula dengan Tan Boon Hwa (ahli majlis perbandaran Kajang) yang turut disoalsiasat oleh SPRM pada tarikh sama. Beza masa tamat siasatan pun selang 1.45 minit. Tan tamat jam 2. 00 pagi, Teoh, tamat jam 3.45 pagi. Ke mana Tan pergi selepas tamat siasatan itu, adakah terus pulang ke rumah atau berlegar di sekitar plaza itu, kerana tidak maklumat mengatakan Tan bermalam di pejabat SPRM. Teoh dikatakan bekerjasama dengan SPRM, manakala Tan pula menyatakan kepada media, dia tidak akan sesekali bekerjasama dengan SPRM ataupun polis.


8. Kenapa mayat Teoh dijumpai di Tingkat 5, Plaza Masalam, bukannya di Tingkat 14, atau 15 Plaza Masalam yang boleh dikaitkan dengan SPRM ?

9. Untuk makluman, Plaza Masalam, Shah Alam mempunyai banyak tingkat, dan hanya tingkat 14 & 15 adalah kepunyaan SPRM Selangor, manakala tingkat-tingkat lain dimiliki oleh pihak lain termasuk pelbagai agensi kerajaan lain, swasta dan badan persendirian.

10. Plaza Masalam juga mempunyai bangunan berkembar dengan pusat membeli belah yang sering dikunjungi ramai. Dalam pusat membeli belah Plaza Massalam, terdapat 'Old Town Coffee' yang turut didakwa dibiayai oleh sumber kewangan kongsi gelap dan Ah Long.

11. Seseorang yang ingin pergi/keluar dari SPRM mesti melalui pintu pusat membeli belah Plaza Masalam dan mendaftarkan diri di pondok pegawal tingkat 5 untuk naik lift ke tingkat seterusnya.

12. Apa yang ingin disimpulkan di sini, adalah apabila disebut Plaza Massalam bukan semuanya dimiliki oleh SPRM, tetapi plaza itu digunakan oleh pelbagai pihak lain, seperti agensi kerajaan lain, pihak swasta dan pesendirian, termasuk juga para peniaga seperti "Old Town Coffee".

13. Di Plaza Masalam itu, SPRM menyewa dua tingkat (14 & 15) sebagai pejabat SPRM Negeri Selangor. Ibu pejabat SPRM dalah di Putrajaya.

14. Jadi berdasarkan kedudukan lokasi Plaza Masalam yang digambarkan di atas, logikkah Teoh ditolak dari tingkap SPRM (tingkat 14 & 15) hingga jatuh ke koridor luar tingkat 5 (atas bumbung) sedangkan mangsa tidak menunjukkan pendarahan teruk ?

15. Beza ketinggian antara bumbung tingkat 5 dengan tingkat 14 & 15, milik SPRM adalah 9 tingkat. Jadi jika benar mangsa ditolak dari tingkap SPRM, tingkat 14 & 15 apakah rupa bentuk yang sepatutnya mangsa alami, sebagai orang yang terjatuh dari ketinggian 9 tingkat ? Adakah kepala mangsa retak/pecah, kerana kedudukan kematiannya dilaporkan terlungkup ?


16. Berdasarkan foto yang disiarkan oleh Kosmo, mangsa tidak mengalami kecederaan teruk di bahagian bawah (muka, tangan dan dada), tetapi mengalami pendarahan di bahagian punggung. Kenapa terjadi begitu ? Sepatutnya jika mangsa jatuh terlungkup dari atas ke bawah, bahagian bahagian yang paling paling mengalami kecederaan adalah bahagian bawah (muka, tangan dan dada) dan bukan sebaliknya.

17. Apakah benar, mangsa sebenarnya 'takutkan' sesuatu, sebab itu dia mengambil keputusan untuk keluar dari pejabat SPRM (Tingkat 14 & 15) pada jam 6.00 pagi, dengan harapan ketika itu orang mulai datang membuka pejabat/kedai masing-masing ?

18. Apakah yang terjadi kepada Teoh di antara pukul 6 pagi hingga 1.30 tengahari, pada 16 Julai ? Selang masa adalah tujuh jam setengah. Dengan siapa dia bertemu ? Apakah peritiwa sebenar yang berlaku sepanjang masa itu ?

19. Apakah benar, 'orang yang ditakuti' Teoh, sebenarnya sudah menunggu di dalam bangunan Plaza Masalam (di luar bangunan SPRM) dari jam 3.45 pagi hingga ke 6 pagi ? Mungkin orang itu datang berkumpulan menunggu kelibat mangsa di setiap tingkat, sehinggalah mangsa ditemui mati di tingkat 5, Plaza Masalam, jam 1.30 tengahari ?

Benarkah Teoh pernah mengkritik Ean Yong dan Ronnie terlibat kongsi gelap ?


Menurut sumber, Teoh pernah menyuarakan rasa kurang berpuas hati dengan cara pentadbiran beberapa ADUN DAP Selangor, khususnya berkaitan rapat Ronnie dan Ean Yong dengan kongsi gelap.

Mereka telah menyalurkan peruntukan kerajaan negeri untuk membiayai kegiatan kongsi gelap dan seperti yang disebut oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong, menggunakan pejabat Exco sebagai tempat bermesyuarat mereka untuk berbincang berkaitan dengan peniagaan dan aktiviti haram.

Setelah tidak tahan dengan kerenah kongsi gelap yang selalu turun naik pejabatnya maka Teoh telah menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Ronnie dan Ean Yong tetapi tidak diendahkan.

Hampir kesemua ADUN-ADUN Cina di Selangor menggunakan kongsi gelap untuk menjaga mereka dan Ah Long pula menjadi Banker mereka. Dengan demikian, kesemua mereka terikat dengan perjanjian dengan kongsi gelap dan Ah Long.


Kesimpulannya, bapa mangsa sendiri telah membuat hipotesis bahawa anaknya bukan bunuh diri, sebaliknya menjadi mangsa sabotaj, jadi siapakah dalang yang mensabotaj anaknya itu ?




Read On

Siapa orang kanan 'bela' Anwar ? Khalid Ibrahim atau Azmin Ali ?

2 comments

Apabila Khalid Ibrahim menawarkan Selangor sebagai medan untuk menerangkan isu liwat Anwar, ramai berpendapat Khalid Ibrahim lah pendekar nombor 1, Anwar Ibrahim.

Tetapi perlu difikir sekali lagi, ceramah penerangan PKR yang diadakan di seluruh Selangor itu, untuk membela Anwar atau secara tersirat untuk membela Khalid Ibrahim sendiri ?


Persoalan ini ditimbulkan, kerana selepas seminggu ceramah penerangan PKR, yang bermula di stadium mini Kajang (2 Julai), Azmin Ali dua hari lepas, bersuara lantang membuat kenyataan kontroversi berkenaan kepimpinan Khalid Ibrahim di Selangor. Klik di sini

Kata Azmin, Khalid Ibrahim perlu merombak semula portfolio anggota exco kerajaan negeri Selangor, bukan berasaskan kepada parti atau kaum seperti yang diamalkan sekarang, tetapi berasaskan kepada keberkesanan prestasi melaksanakan kerja.

Apakah kenyataan yang sengaja dibuat oleh orang kesayangan Anwar ini (Azmin Ali), di media kerajaan (bernama) ingin memberitahu masyarakat luar, bahawa kena hati-hati dengan Khalid Ibrahim, dia bukanlah pendekar nombor wahid Anwar Ibrahim, dia ada masalahnya sendiri.

Barangkali bahasa tersirat Azmin, jangan terpedaya dengan 'sokongan' Khalid sebagai tuan rumah isu liwat, kerana Khalid bukan semata-mata untuk 'menyelamatkan' maruah Anwar, tetapi tujuan utamanya untuk menimbuskan segala permasalahannya sendiri.

Bila ahli-ahli PKR Selangor didendangkan dengan nyanyian lagu-lagu liwat Anwar, maka tertimbuslah segala salah laku Khalid. Bila ahli-ahli PKR Selangor terbuka mata hanya tertumpu kepada batang tubuh Anwar, maka tertutuplah mata kepada Khalid.

Sebab itu, Azmin Ali bangkit dengan kenyataan kontroversinya, "Khalid Ibrahim harus rombak semula semua exco Selangor yang bermasalah supaya kerajaan Selangor lebih efeksen".

Dari segi logik, ketika Anwar berhempas pulas menongkah arus melawan pertuduhan liwat di mahkamah dan ketika Selangor mengadakan gerak gempur besar-besar mengadakan kempen penerangan bela kes liwat Anwar, Azmin Ali tidak perlu bersuara lantang, mengalih isu dengan menuding jari kepada Khalid Ibrahim pula.

Logiknya ketika ini, time tidak sesuai untuk Azmin melontarkan 'bom tangan' kepada Khalid. Sepatutnya Azmin mendiamkan diri dengan masalah lain, kecuali turut sama mengikut arus ciptaan Khalid membina momentum, membina sokongan akar umbi menyokong Anwar. Tetapi ketika kerahan akar umbi ahli-ahli PKR di Selangor sedang digempur besar-besaran, Azmin pula melontar 'bom tangan' kepada Khalid. Kenapa?

Adakah Azmin sudah dapat mencium bau lain yang tidak dapat dihidu oleh ahli-ahli PKR lain ?

Nampak seperti ada 'rahsia besar' yang cuba diselindungkan oleh Azmin. Walaupun, dia sendiri bersuara lantang, tetapi dia sendiri tidak menjelaskan secara terperinci maksudnya itu.

Kenapa ketika ini, Azmin meninggikan suara, mengatakan exco Khalid tidak cekap ?. Kenapa pula Azmin dengan beraninya menggesa Khalid memecat exco-exconya yang 'tidak cekap itu' dan menggantikan dengan orang lain yang lebih cekap, tanpa mengira 'kaum' dan 'parti' ?

Kenyataan Azmin yang seolah-olah menyembunyikan sesuatu itu, akan mengundang beberapa spekulasi lain : Siapa exco yang tidak cekap itu ? Tidak cekap dari sudut apa, adakah penyelewengan atau salah guna kuasa ? Kenapa perlu diganti dengan 'exco baru' tanpa mengira kaum dan parti. Adakah parti-parti komponen PR di Selangor (PKR, DAP dan PAS) bermasalah dan Khalid gagal menguruskannya ?

Jika diukur secara rawak, bermula dari sesi penerangan gerak gempur bela kes liwat Anwar, dari 2 Julai di stadium mini Kajang, hingga ke Dewan Dato Ahmad Razali, Ampang (8 Julai), berapa kerat sokongan rakyat Selangor berjaya dikerah oleh Khalid ? Berapa ramai ahli-ahli PAS dan DAP teruja untuk turut serta dalam gerombolan gerak gempur bela Anwar itu ?

Sudah pasti jawapannya amat menyedihkan. yang hadir, rata-rata hard core yang sedia ada di kalangan ahli-ahli PKR. Kurang dari 3 peratus ahli-ahli PAS dan DAP yang turun ke gelangang ceramah, walaupun de facto PKR menjadi penceramah utamanya. Kenapa terjadi begitu ? Apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat Selangor ? Adakah Khalid gagal membina 'Pakatan Rakyat' (PKR,PAS dan DAP) yang benar-benar kukuh di Selangor.

Bukti paling jelas ketika 8 Julai, ketika Anwar hadir ke mahkamah, hanya 50 hard core PKR yang hadir, di mana 'menghilangnya' 4,950 ahli lagi sepertimana yang dijanjikan oleh Shamsul Iskandar Mat Akin ?

Sedangkan gerak gempur 'bina momentum' sokong Anwar sudah digerakkan seminggu lebih awal. Gerak gempur meraih sokongan bela Anwar di Selangor bermula pada 2 Julai, tetapi yang hadir sokong Anwar di mahkamah, 8 Julai hanya 50 orang. Kenapa ?

Sepatutnya, pada 8 Julai tempohari, Shamsul Iskandar dan Tian Chua, tidak perlu lagi menjadi kepala 'tukang jerit'. Shamsul perlu memerhatikan dari jauh sahaja, untuk menjaga auranya sebagai Ketua AMK PKR Pusat. Tian Chua pula sepatutnya boleh berehat daripada melakonkan aksi-aksi demonstator jalanan, kerana kini dia sudah bergelar YB Parlimen Batu.

KEJAM sungguh Khalid Ibrahim kerana gagal menurunkan 'rakyat Selangor' bela Anwar, hinggakan YB Parlimen Batu dan Ketua AMK PKR sendiri terpaksa menjadi tukang jerit!

Adakah 'bau' ini, faktor penyebab, Azmin melontarkan 'bom tangan' kepada Khalid ?

Paling menarik, ketika Anwar menjelajah bela diri di 'mahkamah rakyat' pada sebelah malam selepas menghadiri Mahkamah Tinggi (8 Julai), Anwar sendiri dikejutkan dengan 'protes' daripada AMK PKR Ampang. Klik di sini

Akhbar tabloid Sinar Harian, 10 Julai melaporkan, sekumpulan 50 orang ahli PKR Ampang berperang mulut sesama sendiri, selepas mendengar ceramah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Sepatutnya program ceramah Ketua Umum PKR, disokong sebulat suara oleh ahli-ahli PKR, kenapa perlu berperang mulut sesama sendiri ? Sepatutnya ketika Anwar menghadapi saat-saat kritikal yang perlukan sokongan semua ahli-ahlinya, semua ahli bersatu padu bela Anwar, tetapi ketika ini juga muncullah masalah-masalah lain ?

"Ceramah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan bertujuan memberi penerangan berkaitan kes liwatnya malam kelmarin, bertukar kecoh apabila penyokong yang mendakwa mereka ahli PKR Ampang berperang mulut dengan ahli PKR lain. Kumpulan seramai 50 orang itu yang menjerit ‘Kita Mahukan Hak’ sambil membawa sepanduk ‘Kita Mahukan Perubahan’ itu menjadikan suasana hangat apabila mereka tidak sabar untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Anwar sebaik beliau selesai menyampaikan ceramah" lapor Sinar Harian.

Lebih menarik lagi, ada spekulasi lain turut didedah dengan mengatakan, 'demonstrasi' dan 'protes' di Ampang pada malam itu sengaja dirancang. Katanya ada 'orang besar' PKR sengaja mensabotaj dan memalukan Anwar sendiri pada malam itu.

Kalau benar, siapa 'dalang' yang menjadi perancang protes itu. Siapakah 'orang besar PKR' yang menjadi pembaling batu sembunyi tangan itu ? Dan paling persoalan paling menarik, kalau benar dirancang, apakah motifnya ?

Sebenarnya ada 'rahsia besar' yang akan berlaku di Selangor. Konspirasi besar itu belum lagi terdedah kepada umum. Kritikan Azmin Ali, kehadiran 50 penyokong PKR 8 Julai dan 'protes' di Ampang hanya bunga-bunga api. Kayu belum dinyalakan sepenuhnya!

Saya buka gelanggang dengan membaca bunga-bunga api. Ada 'rahsia besar' yang belum didedahkan!

Read On

Kes liwat Anwar : Membaca bahasa tersirat Nasruddin Tantawi

1 comments

Video wawancara Malaysiakini dengan Nasruddin Tantawi membuka dimensi baru tentang pegangan Dewan Pemuda PAS terhadap isu liwat dan homoseksual yang disabitkan kepada Anwar Ibrahim.


Barangkali Malaysiakini memilih Nasruddin Tantawi kerana watak baru dalam Dewan pemuda PAS yang berimejkan ulama. Sudah tentu pemikiran, sikap dan tindak tanduknya amat berbeza dengan ketua Dewan Pemuda sebelum ini baik semasa Mahfuz Omar atau Salahuddin Ayub yang dikatakan mewakili kem profesional dalam PAS.

Nampaknya Nasruddin Tantawi kurang selesa (berdasarkan cara cakapnya) apabila diprovoke oleh wartawan Malaysiakini, khusus menyentuh berkenaan dengan kes liwat Anwar. Sebagai seorang kelulusan agama dari Jordan dan Al Azhar Mesir, beliau memilih sudut-sudut tertentu yang tidak mendamagekan Pakatan Rakyat yang turut disokong oleh partinya PAS.

Mungkin kalau wawancara itu bersama Salahuddin Ayub atau Husam Musa, bertanyakan tentang kes liwat, sudah tentu jawapannya berbeza. Mungkin kedua-duanya akan membersihkan imej Anwar sepenuh-penuhnya tanpa keraguan. Mungkin mereka akan membela Anwar habis-habisan, seolah-olah Anwar pemimpin maksum, yang tidak melakukan perkara-perkara tidak bermoral, apatah lagi melakukan perbuatan terkutuk itu.

Tetapi pandangan Nasruddin Tantawi yang mengenal hukum halal haram agak berlainan dan terdapat ruang-ruang kelabu yang sengaja disimpan dan tidak diteroka sepenuhnya.

Pertama : Nasruddin mengakui Anwar adalah figur penting dalam Pakatan, walaupun terdapat pro dan kontranya. Beliau tidak menjelaskan lanjut maksud pro dan kontra itu. Pendapat ini lebih rasional, kerana jika ditanya kepada kumpulan Erdogan yang pro Anwarisme, mereka tidak akan meletakkan titik kelabu yakni tidak menyatakan pelantikan Anwar tidak dipertikaikan. Tetapi Nasruddin memilih pelantikan Anwar terdapat pro dan kontranya, terutama dari sudut kredibiliti dan keperibadian. Bermakna terdapat pihak yang bersetuju dan terdapat pihak yang tidak setuju. Jawapan sebegini akan mengundang pertanyaan dan ruang kelabu; siapa yang tidak bersetuju, kenapa mereka tidak bersetuju dengan Anwar dan kenapa pula ketidaksetujuan kepada Anwar itu dikaitkan dengan kredibiliti dan keperibadian ?

Kedua : Ketika ditanya apakah kes liwat Anwar didengar di mahkamah ? Nasrudin dengan tanpa keraguan mengiakan kes liwat itu akan didengar di mahkamah. Tetapi jika soalan yang sama ditanya kepada Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR, sudah tentu jawapannya berlainan. Seperti yang ditegaskan oleh Sivarasa sebelum ini, kes ini tidak patut didengar di mahkamah kerana tiada kes dan ini merupakan pertuduhan jahat untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar. Kalau ditanya kepada Husam Musa atau Khalid Samad yang mewakili kem Erdogan PAS, jawapannya pun hampir sama dengan Sivarasa Rasiah yang akan menjaja idea Anwar iaitu Konspirasi politik. Tetapi Nasruddin memilih jawapan dari sudut lain yang berbeza dengan Sivarasa Rasiah, Husam Musa atau Khalid Samad. Itupun satu lagi ruang kelabu yang boleh diperdebatkan.

Ketiga : Ketika ditanya apakah kes liwat Anwar akan menjejaskan hubungan Pakatan rakyat ? Nasruddin menjawab, "setakat ini.. kita melihat dari sudut momentum rakyat, sejak dari zaman dia (Anwar) dizalimi dari zaman 'Reformasi' (1998), kes (liwat) yang dialami oleh Anwar Ibrahim tidak dapat menjejaskan kredibilitinya" Nasruddin memberi alasan kenapa orang tidak menerimanya dengan berkata begini; "Penganiyaan dan kezaliman UMNO/BN lebih menonjol daripada Anwar..jadi orang tidak fokus kepada apa yang dipolemikkan atau ditimbulkan atas peribadi (liwat) Anwar Ibrahim..tetapi orang akan melihat kepada UMNO/BN yang bertindak ke atas Anwar..saya nampak, bila timbul isu liwat Anwar Ibrahim, ia tidak boleh menutup kezaliman UMNO/BN..kalau kita lihat sistem kehakiman mahkamah juga dipertikaikan..misalnya kes Perak gagal diterima sepenuhnya oleh rakyat.."

Keempat : Tanpa diprovoke oleh wartawan, Nasruddin turut menjangkakan Anwar bakal didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan meliwat. Katanya, "Takdir katalah ... [saya harap tidak jadi begitu], takdir katalah mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas Anwar dan mensabitkan kesalahan sekalipun saya percaya sukar diterima oleh rakyat, kerana ketelusan dan kredibiliti kehakiman negara gagal dipulihkan..jadi sekiranya di situ tidak settle..Anwar ke siapa ke, semua itu orang melihat adalah mangsa kezaliman UMNO dan BN.."


Makna tersirat kes liwat dan mahkamah

Berdasarkan jawapan Nasruddin tentang perkara 4 dan 5 banyak ruang kelabu yang belum diterokai sepenuhnya. Nasruddin memikir masa untuk menjawab. Dia memulakan ayat dengan 'setakat (hari) ini' bermakna ruang jawapan/pendirian PAS boleh berubah mengikut keadaan semasa bergantung kepada sokongan/momentum rakyat. Jawapan yang tidak muktamad bergantung kepada keadaan semasa terutamanya bergantung kepada mood rakyat.

Kunci jawapan Nasruddin, bukan soal liwat atau tidak, tetapi soal kezaliman UMNO/BN yang terlalu besar hingga menenggelamkan permasalahan sebenar - isu liwat.

Nasruddin berhujah berasaskan apa yang berlaku pada tahun 1998 dengan mengatakan rakyat tidak membicarakan soal isu keperibadian Anwar (liwat), tetapi rakyat melihat apa yang telah dilakukan oleh kerajaan ke atas Anwar(lembab mata).

Bermakna berdasarkan jawapan ini, sokongan PAS ke atas Anwar bergantung kepada tahap sokongan rakyat. Bukan isu liwat atau tidak, tetapi bergantung kepada kadar kepercayaan rakyat. Jika rakyat menerima Anwar sebagai peliwat, kemungkinan besar PAS akan menolak Anwar dan jika rakyat masih menolak tuduhan liwat itu, maka PAS akan bersama-sama Anwar.

Nasruddin juga berhujah tentang kemungkinan Anwar akan disabitkan sekali lagi tuduhan bersalah meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari, apa kesannya kepada rakyat dan PAS. Fokus jawapan Nasruddin meletakkan Anwar di kandang 'orang bersalah' pun sebenarnya sudah berbeza dengan jawapan Sivarasa Rasiah. Seorang penyokong Anwarisme atau Erdogan tidak akan meletakkan Anwar di kandang orang bersalah dan mereka seboleh-bolehnya menepis cubaan konspirasi politik untuk menghancurkan karier Anwar.

Tidak terkeluar ayat popular "konspirasi politik" dari mulut Ketua Dewan Pemuda PAS ini, sedangkan slogan itu amat popular dilaungkan oleh Anwar dan dipanjangkan oleh para penyokongnya.

Nasruddin berhujah berasaskan fokus zaman reformasi dan bukannya fokus zaman sekarang. Bermakna kes itu belum bermula dan beliau belum dapat memastikan mood dan sokongan rakyat kepada Anwar.

Hujah Nasruddin tentang ketelusan mahkamah juga kelabu. Beliau hanya memberi contoh tentang kes Perak, yang semestinya berkaitan dengan PAS. Tiada contoh lain diberikan, terutamanya berkaitan kes spesifik liwat yang pernah dialami Anwar.

Mahkamah yang dikatakan tidak telus itu juga telah memenangkan Nizar sebagai Menteri besar Perak. Mahkamah itu juga yang telah membebaskan Anwar pada tahun 2004, meskipun ketiga-tiga hakim panel rayuan bersetuju berlaku perbuatan meliwat di antara Anwar, Azizan Abu Bakar (bekas pemandu peribadi Dr Wan Azizah) dan Sukma Darmawan (adik angkat Anwar).

Anwar dibebaskan bukan soal meliwat atau tidak, tetapi dibebaskan atas soal-soal teknikal berkaitan dengan masa kejadian.

Namun jawapan Nasruddin, bukanlah jawapan yang menolak sepenuhnya keputusan mahkamah, tetapi tidak diterima sepenuhnya. Inilah yang dimaksudkan ruang kelabu, di mana terdapat sejumlah yang menerima dan menolak keputusan mahkamah.

Jika dikiaskan kes liwat yang bakal ditempuhi oleh Anwar pada bulan Julai nanti dengan kes Perak, apa kesudahannya kes Perak akibat keputusan mahkamah?

Namun begitu, kiasan itu terlalu berbeza, kerana kes politik (Perak) amat berlainan dengan kes peribadi (liwat) yang dikenakan ke atas Anwar Ibrahim.


Kes liwat 1998 dengan 2008 sama ?

Kes liwat 1998, mula dibicarakan pada 9 Jun 1999. Tuduhan " Anwar bersubahat dengan Sukma didakwa melakukan liwat yang bertentangan dengan hukum tabii dengan Azizan Abu Bakar pada suatu malam antara Januari dan Mac 1993 kira-kira pukul 7.45 malam di unit No 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, Kuala Lumpur

Mereka didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Di bawah seksyen itu ia membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat. Keputusannya Mahkamah Tinggi mendapati Anwar dan Sukma bersalah. Anwar dihukum 9 tahun penjara dan Sukma dihukum 6 tahun penjara. Keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Ariffin Jaka, pada 8 Ogos 2000.

Kes liwat 2008 - Anwar,61, bekas Timbalan Perdana Menteri dan menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, pada 26 Jun tahun lalu, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Walaupun Anwar berusaha menyamakan kes liwat 1998, dengan kes liwat 2008, tetapi benarkah sama ?

Pastinya yang sama adalah 'kegemaran' Anwar 'meliwat' :

"Walaupun sudah membaca rekod rayuan tersebut, kami menjumpai bukti menunjukkan bahawa pihak perayu (Datuk Seri Anwar dan Sukma) terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung ke arah mempercayai bahawa tuduhan insiden di Tivoli Villa itu benar-benar berlaku" - Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004, oleh Datuk Abdul Hamid Mohamad, Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud dan Datin Paduka Rahmah Hussain"

"Bismillahirrahman nirrahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan, No Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut….A’uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahman nirrahim. Wallahi…Wabillahi….Wata’alahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 hb Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam.” - Sumpah Saiful Bukhari, di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos 2008.

Pastinya yang berbeza, Azizan Abu Bakar dahulunya tidak bersumpah di masjid, tetapi bersumpah dengan akauan bersumpah menggunakan nama Allah, dan kebenarannya hanya ditentukan oleh mahkamah. Manakala Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan kalimah "Wallahi…Wabillahi….Wata’alahi" di Masjid Wilayah Persekutuan.

Lebih membezakan lagi, pada tahun 1998, tuduhan liwat dikenakan selepas Anwar dipecat daripada UMNO. Ketika itu beliau bergelar Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Ketika itu ramai rakyat keluar di jalan raya, menyahut seruan 'Reformasi' Anwar. Ezam Mohd Nor, Lokman Nor Adam, Ghani Haron, Dr Chandra Muzaffar menjadi benteng utama membela Anwar.

Kes liwat 2008, tanpa siapa sangka, bekas pembantu Anwar, Saiful Bukhari Azlan mendakwa dirinya diliwat dan membuat laporan polis pada 28 Jun 2008. Pada malam, tarikh yang sama Anwar lari berlindung di Kedutaan Asing. Ketika itu Anwar lebih dikenali oleh negara Barat kerana telah menetap dua tahun di Amerika Syarikat, bermula pada 2005-2007. Negara-negara Barat lebih mengenali Anwar kerana Anwar pernah memegang jawatan Foundation For The Future (Yayasan di bawah Jabatan Negara Amerika), Pensyarah pelawat Universiti Johns Hopkin dan Georgetown, kedua-dua universiti Amerika Syarikat.

Ketika tuduhan kedua ini, Ezam Mohd Nor, Lokman Nor Adam, Ghani Haron, Dr Chandra Muzaffar bukan lagi menjadi benteng utama Anwar, malah mereka merupakan penentang utama Anwar.

Sebab itu Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS membuat kenyataan begini (klik di sini) ketika diwawancara oleh The Star, 22 Julai 2008;

“I am not sure of his popularity when compared to 1998. The latest developments – the Saiful event and the statutory declaration by private investigator P. Balasubramaniam – have affected Anwar’s credibility"

(Saya tidak pasti kepopularitian dia (Anwar) berbanding dengan 1998. Dengan perkembangan sekarang, kes Saiful dan pengakuan bersumpah P. Balasubramaniam, penyiasat persendirian memberi kesan kepada kredibiliti Anwar)

“Still, his ability to lead is unquestionable. It’s arguable that the Malay community is also starting to believe the accusations against Anwar. His delay in taking an oath to swear on the Quran is also an issue.”


(Masih lagi diragukan keupayaan Anwar untuk memimpin. Kredibiliti Anwar di kalangan masyarakat Melayu juga telah mula dipertikaikan. Keengganannya untuk bersumpah dengan Al Quran juga turut menjadi isu)


Kesimpulan

Berdasarkan hujah-hujah di atas, nampak kes liwat Anwar 2008 ini menjadi semakin rumit. Sebab itu tidak menghairankan jika Nasruddin Tantawi, memilih pendekatan yang paling berhikmah.

Terakhir, Nasruddin memilih pendekatan untuk berdiri teguh di belakang Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Menurut Nasruddin, Haji Hadi Awang, bukan sahaja terkenal di dalam negara, tetapi terkenal di luar negara. Beliau mempunyai forum-forum yang sangat dihormati di peringkat antarabangsa, dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Pembebasan Al Qud (Jordan) dan Ahli Jawatan Kuasa Sunni-Syiah (Iraq)

Jika diteliti bahasa tersirat Nasruddin ini, sudah tentu, beliau ingin menggambarkan bahawa Presiden PAS juga terkenal di peringkat antarabangsa khususnya dunia Islam yang bertentangan dengan aliran tajaan Amerika Syarikat.

Selalunya Anwar Ibrahim sahaja digambarkan terkenal di peringkat antarabangsa, khususnya dunia Islam, tetapi yang membezakan dunia Islam itu semuanya adalah sealiran atau di bawah naungan Amerika Syarikat.

Bezanya, Haji Hadi Awang diklaskan dalam kelompok ulama dunia Islam, manakala Anwar Ibrahim adalah kelompok Muslim Moderat sama seperti Mir Hossein Mousavi, yang pro Barat di Iran.

Jadi Malaysiakini telah memberi tajuk yang tepat kepada interbiu ini - "Kes Liwat Tidak Jejas Pakatan - Nasruddin Tantawi", kerana Ketua Dewan Pemuda PAS itu mempunyai jawapan sendiri yang tidak diucapkan dalam wawancaranya.

Merenung ke dalam, saya juga tahu jawapannya.




Read On

Kesudahan Transformasi Husam dalam PAS ?

0 comments

Bukan Mohd Sayuti Omar (MSO) seorang yang menjadi mangsa cemuhan penyokong Husam. Ramli Abd. Halim (Meli kapak jangak), Nik Abduh (anak Nik Aziz), Roslan Shahir Dato Mohd Shahir (Roslan SMS). Semuanya aktivis atau sekurang-kurangnya pro PAS.

MSO dikritik kerana mendedahkan 8 siri kegagalan projek kambing Japnapari, idea Husam. Kesudahannya MSO dituduh 'gila komisyen'!. Meli kapak jangak, dikritik kerana mendedahkan konspirasi Husam menguasai dan menyalahguanakan media Wasilah (kepunyaan Meli). Kesudahannya Meli dihantar surat saman dan dituduh 'Meli Gila'!

Kalau MSO dan Meli dikritik seumpama sahabat baik dalam rakan penulis, bagaimana pula dengan Nik Abduh dan Roslan SMS yang tidak ada kena mengena dengan MSO ? Nik Abduh, anak Nik Aziz, kritik 'pembantu sesat' yang beri salah maklumat kepada ayahandanya. 'Pembantu sesat' itu didakwa Anual Bakri (SETPOL MB), juga kroni Husam. Kesudahannya Husam melalui kroninya Zaki Ibrahim (Ketua Pemuda PAS Kelantan) taja Abdul Latiff Abd. Rahman kalahkan Nik Abduh sebagai Ketua Pemuda PAS Kelantan.

Menariknya Abd Latiff ini juga merupakan salah seorang orang kuat Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Berhad (APKBB), pemilik Jihad Ternak Kambing Japnapari, idea Husam yang menemui kegagalan.

Bagaimana pula dengan Roslan SMS? Roslan dituduh penyokong Husam sebagai 'desprado', gara-gara sokongan kuatnya kepada ustaz Hadi Awang, Presiden PAS. Sebagai Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS, memang wajar Roslan, melakukan semua arahan ustaz Hadi. Apa masalahnya ? Kenapa dituduh 'desprado' ? Kesudahannya Husam menaja kroninya menumbangkan Roslan SMS sebagai Ketua Bahagian PAS kawasan Kelana Jaya. Kalau Husam berani potong paha 'orang kuat' Presiden PAS di Kelana Jaya, apa maksud itu ?


Kenapa ramai tidak sukakan Husam ?


Sebelum ini ustaz Taib Azamuddin, bekas Imam besar Masjid Negara dilupuskan peranannya di Baling apabila kroni Husam menewaskannya sebagai Ketua Bahagian PAS Baling. Apa salah ustaz Taib ? Salahkah beliau membela kalimah 'Allah' di parlimen daripada digadai kepada penganut Kristian ? Walaupun hujah pembelaan ustaz Taib, senada dengan Zahid Hamidi (Menteri di JPM ketika itu), bukan bermakna ustaz Taib sokong UMNO.

Hal agama jangan dicampur aduk dengan politik, kata ustaz Taib dalam rasionalnya mempertahankan kalimah Allah, meskipun yang mahu menggadainya adalah orang PAS sendiri iaitu Khalid Samad dan Dr Zulkifli Ahmad yang dilabel kem Erdogan pimpinan Husam.

Dalam debat TV9 baru-baru ini, Husam tarik diri dengan alasan, Zahid Hamidi, tidak ada sebagai panel. Mana Zahid? Mana Zahid? soal Husam di konti TV9, sebelum dia tarik diri. Walhal seminggu sebelum itu Husam sudah tahu Zahid Hamidi bukan ahli panel, dan iklan disebarkan (termasuk di blog penyokongnya) perdebatan antara Husam dan Ezam Mohd Nor. Apa masalah Husam dengan Zahid ? Masih ada unfinish bussines yang belum selesai lagi ke? Masih marah kerana ustaz Taib bantu Zahid pertahankan kalimah Allah di parlimen ?

Nasruddin Tantawi, pula sindir keras "Husam tak payah lah bertanding Timbalan Presiden. Timbalan Presiden Tak ada class, lawanlah terus Presiden PAS!". Itu kata-kata berani dari calon Ketua Pemuda PAS. Nasruddin tidak peduli Husam nak taja sesiapa pun lawannya sebagai Ketua Pemuda PAS (termasuk Zaki Ibrahim yang diwar-warkan bakal ditaja Husam lawan Nasruddin)

Ustaz Nik Amar, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan juga bernada seperti Nasruddin Tantawi. Dia mengesyorkan Husam tidak perlu cuci banyak pinggan mangkuk, bertanding Presiden PAS, habis cerita.

Kesudahannya Husam tidak berani bertanding Presiden PAS, dia hanya mahu Timbalan Presiden PAS. Timbalan Presiden maknanya satu tangga lagi ganti Presiden. Sama dengan Anwar sebelum tahun 1998, dia hanya berani bertanding Timbalan Presiden UMNO. Satu tangga lagi akan jadi Presiden UMNO!

Bayangkan kalau ditakdirkan Anwar Ibrahim jadi Presiden UMNO, maka hari ini dia sudah jadi Perdana Menteri Malaysia. Apa bentuk negara Malaysia ? DEB dihapuskan, Elizabeth Wong jadi Menteri Hak Asasi? Tian Chua Menteri Penerangan ? Zaid Ibrahim Menteri Antara Agama ? Sistem kapitalis Amerika bermaharajalela memunggah kekayaan negara Malaysia (terutamanya minyak)?

Dulu, kalau ramai tidak sukakan Anwar kenapa ? Sekarang ramai tidak sukakan Husam, kenapa ? Anwar dan Husam perlu cari jawapannya dalam diri sendiri, bukannya hanya terpesona dan takabur dengan kehebatan diri sendiri dan ampuan daripada para penyokong taksub sahaja..

Husam pula tidak disukai oleh orang PAS sendiri, kenapa? Bukan hanya MSO (pro PAS), Meli Kapak Jangak (pernah bekerja dengan PAS Kelantan), ustaz Daud Iraqi(bekas Ketua Dewan Ulama), Nik Abduh (anak Nik Aziz), Nasruddin Tantawi(Ketua Pemuda PAS), Nik Amar (Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan), Roslan SMS (Setiausaha Akhbar Presiden PAS), Dr Haron Din (Timbalan Musryidul am PAS) dan ramai lagi.

Kalau ramai tidak sukakannya kenapa ? Husam perlu mencari jawapannya sendiri.

Husam sendiri menyedari ramai orang PAS tidak sukakannya. Dia sendiri mengakui dalam wawancara dengan Berita Harian baru-baru ini.

"Sesetengah pihak mendakwa blog ini (blog anti-husam) didalangi kumpulan "di pejabat Jalan Raja Laut" (Ibu Pejabat Pas), tetapi saya tak pasti adakah mereka, ahli parti atau orang luar di belakang blog ini"

Husam sendiri mensasarkan dakwaan blog yang mengkritiknya didalangi oleh pihak PAS di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur. Elokkah pemikiran seorang bakal Timbalan Presiden PAS, membuat dakwaan tanpa bukti yang berniat untuk memecahbelahkan ahli-ahli sendiri ?

Baiklah kalau Husam dakwa blog anti-Husam didalangi oleh Ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, bagaimana pula dengan blog muktamarpas (http://muktamarpas.blogspot.com) yang menyenaraikan 10 sebab kenapa Husam tidak perlu dipilih Timbalan Presiden PAS ?

Menurut blog itu, salah satu sebab (sebab ketujuh) Husam tidak layak menjadi Timbalan Presiden PAS kerana Husam adalah budak suruhan Anwar. Saya peturunkan hujah blog itu seperti di bawah :

7. Husam Menjadi Budak Suruhan Anwar


Kira-kira 2 minggu yang lepas, Husam bertemankan Saifudin Nasution pergi berMUQABALAH dengan Dato’ Sahlan, Setiausaha Politik Dato Najib, Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya. Untuk pengetahuan semua Sahlan bukan orang PAS, bukan orang PKR dan bukan DAP – dia ahli UMNO. Boleh pula pergi berunding dengan orang UMNO? Mandat mana pula yang dia dapat? Apakah tujuan rundingan tersebut?


Katanya Husam pergi bertemu dengan Sahlan dengan tujuan untuk berbincang tentang nasib yag bakal dihadapi oleh Anwar Ibrahim apabila kes liwatnya didengar dalam bulan Julai nanti. Husam dihantar oleh Anwar kununnya untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kes liwat tersebut diluar mahkamah.


Apa dah jadi ni? Begitu murahkah pimpinan PAS dipergunakan oleh Anwar Ibrahim. Sebab itu tidak hairanlah mengapa Husam merujuk kepada Anwar terlebih dahulu sebelum bersetuju bertanding menentang Usta Nasharudin. Dan tidak hairan juga kenapa Anwar begitu bersungguh-sungguh membantu Husam agar dapat memenangi pertandingan tersebut nanti.


Rasionalnya, kalau Husam menjadi Timbalan Presiden PAS, mudahlah untuk Anwar menggunakan PAS untuk berunding tentang nasib kes liwat beliau memandangkan hanya PAS yang mempunyai “bargaining power” dengan kerajaan UMNO/BN.


Husam pasti menang Timbalan Presiden PAS

Hari Jumaat ini penentu kemenangan Husam sebagai Timbalan Presiden PAS. Malaysiakini.com (salah satu instrumen pro Anwar)yakin Husam bakal menang Timbalan Presiden PAS. Anwar pun berharap Anwar bakal menang!

Seperti ramalan awal saya, walau apapun isu berlaku ke atas Husam. Walau ramai pihak tidak sukakan Husam. Walau Dewan Ulama PAS terpaksa berseminar untuk mempertahankan Nasharuddin, tetapi Husam tetap pemenangnya, kerana Husam mempunyai senjata rahsia yang telah digunakan sebelum ini secara sulit.

Lihat rentak orang suruhan Husam bekerja, termasuk Kickdefella. Itu salah satu serpihan senjata rahsia Husam.

Kickdefella bermati-matian mempertahankan Husam termasuk membongkar semua resit-resit projek kambing japnapari untuk membuktikan Husam tidak bersalah. Memang, Kickdefella mampu mendapatkan semua resit itu kerana dia penulis upahan Husam. Projek itu pula projek Husam. Kroni Husam (Zulkifli Yaakub dan Abd. lattif) pula disuruh mengendalikan projek itu. Sebab itu dengan mudah kickdefella 'berjaya' dapatkan semua resit-resit untuk dipaparkan dalam blognya.

Tetapi seperti menurut MSO, kickdefella tidak menunjukkan semua dokumen, termasuk 'dokumen bertulis perjanjian awal' antara Mohd Amin dengan Projek Jihad Ternak yang menyebabkan terjadi pertikaian berlarutan hingga ke hari ini.

Kickdefella sebagai penulis upahan Husam gagal menafikan bahawa projek itu bukan idea dan inisiatif Husam Musa, bosnya. Gagal menafikan Husam berunding dengan Mohd Amin dan melakukan beberapa perjanjian. Gagal menafikan projek yang menelan belanja lebih 5 juta itu akhirnya menemui kegagalan dan kesnya terpaksa diselesaikan di mahkamah.

Kalau projek kambing Japnapari gagal, apa hebatnya Husam sebagai exco ekonomi Kelantan? Apatah lagi makin serius jika kes itu tidak berjaya diselamatkan melalui perbincangan berhikmah hingga terpaksa diseret ke mahkamah ? Masuk mahkamah, maknanya kes serius!

MSO cuba berkias, projek japnapari penuh dengan 'penyelewengan', dari pembinaan tangki air, hingga ke pembinaan pagar kandang kambing. Bukan setakat urusan pembelian kambing sahaja. Kias MSO, kalau SPRM masuk, habis dikoreknya. Nahas nanti!

Untuk berlaku adil kepada MSO yang dituduh gila komisyen, saya perturunkan semua penulisan MSO berkaitan dengan projek kambing japnapari

1. Pertemuan Dato Amin dan Husam. Klik di sini

2. Husam beli kambing japnapari RM66,400.00. klik di sini

3. Taakaful Kifalah dan Jihad Ternak. Klik di sini

4. Bagaimana projek bermula. Klik di sini

5. Projek Japnapari gagal. Klik di sini

6. Sebab kegagalan projek Japnapari. Klik di sini

7. Rundingan tak selesai tanpa Husam. Klik di sini

8. Kejadian tembakan di ladang jihad ternak, Rong Chenok, Tok Uban. Klik di sini

9. Perebutan kuasa punca kegagalan projek japnapari. Klik di sini

10. Jihad Ternak ke mahkamah. klik di sini

11. Penjelasan Husam projek kambing tidak jelas. Klik di sini




Read On

Kickdefella vs MSO : Husam Musa Timbalan Presiden PAS ?

0 comments

Sebelum ini saya telah menyentuh berkenaan MSO dan Kickdefella dalam tulisan saya bertajuk " Senjata Terakhir : Husam Musa pasti menang Timbalan Presiden PAS"

Susulan artikel itu telah menyeret polemik antara Kickdefella (penulis upahan Husam) dengan MSO (penulis anti Husam) khusus berkenaan projek Jihad Ternak, Kambing Japnapari yang mengalamai kerugian besar dan membazir wang kerajaan negeri.

Saya bercadang membuat susulan lanjut khusus berkenaan artikel itu, tetapi buat masa ini eloklah diberi tumpuan kepada debat antara penyokong Husam dan anti Husam terlebih dahulu.


Artikel Kickdefella Klik di sini

Benarkah Husam Sedang Menyabung Nyawa?

Di dalam artikel bertajuk “Husam’s Fight For Survival” di dalam The Star hari ini, antara lain ianya melahirkan kegusaran yang mungkin akan dirasai sekiranya Haji Husam Musa tewas di dalam pertandingan tiga penjuru jawatan Timbalan Presiden PAS.

Artikel itu juga memetik tajuk temuramah antara Husam dan Berita Harian semalam yang bertajuk “Saya sedia kalah dalam pemilihan PAS”.

Hakikatnya, bukan sahaja Husam sedia untuk menghadapi kekalahan, tetapi Husam bermula dengan tewas dan besar kemungkinannya berakhir dengan kekalahan.

Memang Husam ramai tukang kempen, terutamanya di internet, contohnya blog ini sendiri. Tetapi kebanyakan tukang kempen Husam berkempen atas dasar mahukan perubahan dan bukan mahu menjatuhkan sesiapa.

Tetapi mereka yang tidak mahu Husam menang walaupun mungkin tak banyak tetapi amat berkesan terutamanya di internet. Mereka ini, kebanyakannya berselindung di sebalik nama samaran dengan hanya seorang dua menggunakan identiti sebenar, taktik mereka adalah mudah, hapuskan Husam waima apa cara sekalipun.

Apa cara sekalipun itu termasuklah menggunakan fitnah dan mencipta cerita yang bukan-bukan.

Dalam temuramah dengan Berita Harian, Husam dipetik berkata,

"Sesetengah pihak mendakwa blog (yang memburukan saya) ini didalangi kumpulan di pejabat Jalan Raja Laut (Ibu Pejabat Pas), tetapi saya tak pasti adakah mereka, ahli parti atau orang luar di belakang blog ini"

Namun apa yang pasti, satu nama telah disebut oleh pihak media massa sebagai orang yang sering menghubungi mereka untuk memberitahu mereka bahawa Husam akan kalah kerana pencalonan yang diterimanya sedikit. Orang yang samalah yang mendedahkan kepada media jumlah pencalonan yang diterima untuk kesemua dicalon bertanding jawatan Timbalan Presiden. Sesuatu yang tidak patut dilakukan apabila ianya dianggap sulit. Malangnya, orang ini berkhidmat dengan pucuk pimpinan parti dan ini membuatkan seolah-olah pucuk pimpinan parti merestui perbuatannya walaupun kita yakin tidak sama sekali.

Antara yang paling ketara memfitnah Husam ialah blogger Mohd Sayuti Omar atau menurut saudara Rozali Ahmad, di panggil dengan jolokan Imam as- Souti oleh Abangnya Ahmad Laksamana Bin Omar yang mengaku dirinya tuhan dan memanggil Rasulullah S.A.W sebagai Mamat Syariat yang jahat, penipu harta benda Mek Jah (Saidatina Khadijah r.a). Fitnah Sayuti bermula apabila Husam enggan campurtangan menyelesaikan kemelut antara syarikat milik sahabat Sayuti, Dato’ Amin Pipet dengan Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Berhad (APKB) berhubung isu Jihad Ternak atau lebih terkenal dengan nama Jamnapari. Dan fitnah ini dijunjung oleh segelintir pemimpin PAS yang tidak sebulu dengan gaya pentadbiran Husam.

Sahabat Sayuti itu, didapati telah tidak berlaku jujur dalam berurusan dengan pihak APKB dan program Jihad Ternak. Lalu usaha diambil mengikut saluran yang tepat untuk menghentikan penerimaan bekalan darinya.

Sayuti berusaha memujuk Husam supaya campurtangan di dalam urusan itu. Apabila gagal didalam memujuk Husam campurtangan supaya keputusan menyebelahi sahabatnya, Sayuti berusaha pula memujuk Husam supaya campurtangan didalam urusan pembayaran pampasan yang diminta.

Sekali lagi Husam tidak mahu campurtangan, lalu Sayuti memulakan ugutan terhadap Husam dengan berjanji untuk menulis pelbagai tuduhan ke atas Husam sehinggalah Husam campurtangan menyelesaikan urusan pampasan itu. Tetapi Husam tekad dan tidak tunduk.

Lalu mulai detik itu Sayuti mula menulis artikel-artikel yang diharap dapat membebankan Husam. Sayuti kemudian beralih kepada menjaja tuduhan demi tuduhan. Malangnya tiada sebarang tuduhan itu dibekalkan buktinya.

Sayuti berkali-kali berjanji akan mengeluarkan bukti tetapi kemudian senyap begitu sahaja. Antaranya ialah apabila Sayuti menuduh Husam telah mengambil seorang perempuan cina sebagai isteri kedua secara rahsia. Ianya cukup berkesan sehinggakan Annuar Musa ditengah-tengah malam menghantar sms tahniah kepada seorang wartawan kanan akhbar berbahasa Inggeris.

Sayuti kemudiannya berjanji untuk mengeluarkan bukti termasuk saksi nikah dan salinan surat nikah. Apa yang berlaku bagaimanapun berlainan sekali. Bukti tidak dikemukakan, sebaliknya Sayuti menghantar sms damai pada Husam yang antara ayatnya seperti berikut,

“As’kum biar apa anggapan sdr pd saya, saya takan membawa rasa kecil hati selamanya. Mulai jam 11 malam tadi (akhir 2007) saya tamatkan segala aktiviti melepas geram dan kritikan pd sdr.”

Begitulah kerenahnya, sendiri bikin perang, sendiri isytihar damai.

Namun serangan Sayuti semakin menjadi-jadi semula apabila dia mula rasa akar umbi PAS mahukan Husam menggantikan YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden. Maka sendiri isytihar damai, sendiri perang semula.


Masalah Sayuti ialah berhubung Jihad Ternak.

Maka blog ini hari ini mengambil inisiatif untuk mencabar Mohd Sayuti Omar berdepan dengan wakil Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Berhad di sebuah forum terbuka yang sedia saya anjurkan bagi semua yang berminat tahu apa sebenarnya yang berlaku di dalam isu Jihad Ternak.

Ustaz Zulkifli Yaacob, wakil Akademi yang terlibat dari awal dengan Jihad Ternak Sdn Bhd telah menyatakan persetujuan untuk tampil dalam forum terbuka ini.

Pihak Akademi juga sudah memberi kebenaran untuk blog ini menyiarkan dokumen-dokumen dan kertas sebut harga berhubung dengan urusan kambing Jamnapari. Ia juga akan membuktikan jumlah wang yang sudah pihak Akademi bayar kepada sahabat Sayuti seperti perjanjian awal perniagaan.

Dengan Nama Allah, saya mengambil tanggungjawab untuk mempamerkan dokumen-dokumen itu. Para pembaca boleh menafsir sendiri dengan membuat kajian harga pasaran kambing Jamnapari.


Husam Tewas?

Ya. Husam bersedia untuk tewas dan diharap semua pihak, baik ahli PAS maupun penyokong dan peminat PAS dan Husam bersedia untuk menerima hakikat ini.

Apa yang mampu dilakukan sekarang hanyalah supaya Husam tidak tewas kerana fitnah. Biarlah perwakilan tidak mengundi Husam kerana menolak idea dan matlamatnya dan bukan kerana termakan fitnah.

Terima Kasih.

Artikel MSO . Klik di sini

Jawab Kickdefella 1

Bila Kuda Juga Sakit Kepala

MESKIPUN hebat dan gagah sang kuda perang tetapi kalau habuk banyak dan jalan berbinggung-binggung ia bisa menjadikan sang kuda tunggangan itu boleh sakit kepala dan kelabu mata serta hilang fokas juga. Biasanya sebagai makhluk jadian, kita terpaksa akur kepada sunatullah, mengenai kelemahan dan kenaifan kita sebahagi makhluk baharu.

Begitulah yang dapat saya lihat apa yang berlaku ke atas blogger bernama Kickdefella atau (Syed, entah syed apa), sehari dua ini. Beliau yang menjadi tukang tulis berbayar secara rasmi kepada si baju petak-petak merah nampaknya tidak senang duduk.

Seolah-olah dia pula yang bertanding nak merebut jawatan timbalan presiden Pas. Biasalah orang bersahabat kena saling merasa macam paha kanan dicubit paha kiri kena merasa sakit juga.

Sebenarnya saya tidak pernah menyentuh hal blogger ini. Seurat rumput dihalaman rumahnya pun saya tidak pernah menyentuhnya. Malahan blog dia pun saya tidak tengok. Cuma akhir-akhir ini apabila beliau ‘memadah’ saya menjenguk ke blognya maka saya melihat meskipun malas untuk berbuat demikian.

Tetapi kerana dia sudah memula maka saya akan mengikut rentaknya. Kata orang kalau orang menjual, dayus sangatlah kalau kita tidak membelinya. Apa lagi kalau yang dijual itu modalnya dibayar orang. Walaupun tidak ada duit kerana tidak dibayar secara tetap ataupun dikontra dengan berhektar kawasan getah klon, kalau paksa berhutang sekalipun maka saya rela berhutang untuk membeli sesuatu yang dijaja di hadapan rumah. Kesian pula kepada si penjaja kalau kita tidak membeli.

Sebenarnya saya berfikir panjang untuk bersoal jawab dengan sdr Kickdefella ini. Saya berfikir wajarkah saya berdebat dengannya yang mengakui pernah menjadi driver ayah Mohd Amar, Pak Nik Lah ini.

Kerana kritikan saya bukan kepadanya tetapi kepada si baju petak-petak merah. Tetapi bila mengenangkan menjadi driver kepada ustaz bukan bermakna kita juga alim, maka saya rasa terpanggil pula untuk menjawabnya, setidak-tidak untuk memuaskan penjenguk blog saya ini dan memberi petunjuk supaya jadi alim sikit.

Tetapi tidak mengapalah kerana dia adalah tukang tulis berbayar kepada si baju petak-petak merah, propagandis profesional, maka saya sedia menjawab apa yang dibangkitkan. Saya telah jelaskan hal kambing, saya tidak mahu mengusiknya lagi sebab ia sudah lama dan ramai orang sudah tahu. Tetapi kerana ia diminta berbuat demikian maka saya akan cuba menjawab.

Dalam posting pertama Kickdefella mengenai saya beliau ada membuat tuduhan yang saya melakukan ugutan ke atas si baju petak-petak merah. Katanya saya ugut akan menulis buku menghentam tuannya itu kalau tuntutan saya tidak dipenuhui. SMS ugutan itu juga disertakan oleh Kickdefella untuk menyakinkan pembaca otak kemetot. Kononnya dia juga saya ugut. Siapa Kickdefella sampai saya perlu ugut? Dia bukan siapa-siapa kepada saya pun.

Di sini saya minta Kickdefella membuktikan kebenaran dakwaan yang dipostingkan itu. Saya berharap beliau mengemukakan bukti mengenai perkara itu. Jangan menuduh melulu kalau tidak sdr juga jadi macam saya seperti mana sdr katakan itu? Elakkan terkena sifir sdr sendiri, 2 x 5. Jalannya mudah sahaja, beliau boleh minta bil telefon dengan Celcom dan teliti bila dan bagaimana butiran mengenai ugutan saya itu, dan dedahkan dalam blog beliau. Bukan payah sangat. Untuk itu juga buat laporan polis kerana ugutan itu bersifat jenayah. Biar polis siasat.

Kalau setakat hanya mencatat ada SMS begitu, sesiapa pun boleh melakukannya. Saya sendiri boleh buat begitu ianya cukup mudah. Tulis bal-bla dan tinggalkan nombor telefon. Saya juga ada nombor telefon Kickdefella. Tetapi saya rasa saya tidak seAbu Jahal Kickdefella. Tetapi apalah gunakan kalau membuat sesuatu yang tidak benar? Bukankah Pas itu mengajar manusia mengenai dosa dan pahala? Dan bila kita berkerja dengan mualim seharusnya kita juga kena jadi alim-alim kucing.

Kalau tak malu kepada Nik Aziz pun tetapi malulah kepada tongkat gerekoknya itu. Sia-sialah duit Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) untuk membayar gaji Kickdefella. Ingat duit itu duit rakyat.

Kita boleh berbohong dan menipu anak dan isteri kita. Kita boleh berbohong kawan-kawan kita mengatakan kita minum sirap walhal kita minum arak. Malahan kita boleh berbohong dan menipu Tok Guru Nik Aziz. Tetapi kita sama sekali tidak boleh berbohong kepada diri sendiri. Sebab kalau kita berak bau kohong itu akan bercampur dengan kebusukan tahi.

Biasanya apa yang kita minum itulah juga yang akan kita keluarkan menerusi 'mucung' kencing kita.

Saya berharap kepada Kickdefella yang menjadi jurutulis kepada idola Ahmad al Fateh itu bertanggungjawab. Bersikap jujur dan berkata benar bersertakan bukti sahih. Menulislah apa yang anda tengok dan alami sendiri. Jangan menulis apa yang anda dengar. Naif sangatlah untuk menjadi jurutulis kepada idola Ahmad al Fateh kalau tidak ada kejujuran, keikhlasan dan kebenaran. Hamlau sangatlah kita kalau duduk di pejabat ulama besar tetapi masih bercakap bohong.

Nombor telefon saya ditinggalkan Kickdefella dalam blognya. Tujuanya agar ada orang menelefon saya, menganggu ketenangan saya. Itulah tujuannya, agar saya tidak menulis dan gerun untuk mengkritik si baju petak-petak merah.

Sorrylah... saya bukan manusia lemah dan pengecut. Saya sedia berhadapan dengan sesiapa saja. Saya menulis lebih lama daripada Kickdefella. Maaf. Saya berdepan bukan saja dengan manusia yang bernafsu besar, tetapi saya juga turut mengkritik Istana Kelantan dan Tok Guru Nik Aziz bila saya lihat dia tidak kena. Saya tidak akan berkompromi dengan sesiapapun yang jahat.

Saya tidak jadi penulis kalau saya pengecut. Kalau Kickdefella dicekup polis kerana memasang bendera terbalik dlam blognya saya juga disiasat polis di bawah Akta Hasutan kerana tulis buku kritik Istana. Tetapi nasib saya baik tidak meringkuk dalam sel. Dan saya tidak pernah menjaja kehebatan kita kerana ditangkap polis untuk menunjukkan kita hero.

Walaupun nombor telefon saya ditinggalkan namun sehingga hari ini tidak ada seorang pun menelefon saya bertanyakan hal itu. Nampaknya idea Kickdefella untuk menyusahkan atau menganggu tidur saya tidak menjadi. Dan para pengkritik saya bersifat polong dan hantu juga takut untuk bertanyakan saya secara direct. Mereka hanya berani melempar batu kemudian sembunyi tangan atau pun melindungkan muka seperti watak Mawas dalam cereka Si Zati dan Si Mawas disiarkan TV3 itu.

Bersambung.. [wm.kl. 6:30 pm 01/06/09]
Read On