Kes liwat Anwar : Membaca bahasa tersirat Nasruddin Tantawi

1 comments

Video wawancara Malaysiakini dengan Nasruddin Tantawi membuka dimensi baru tentang pegangan Dewan Pemuda PAS terhadap isu liwat dan homoseksual yang disabitkan kepada Anwar Ibrahim.


Barangkali Malaysiakini memilih Nasruddin Tantawi kerana watak baru dalam Dewan pemuda PAS yang berimejkan ulama. Sudah tentu pemikiran, sikap dan tindak tanduknya amat berbeza dengan ketua Dewan Pemuda sebelum ini baik semasa Mahfuz Omar atau Salahuddin Ayub yang dikatakan mewakili kem profesional dalam PAS.

Nampaknya Nasruddin Tantawi kurang selesa (berdasarkan cara cakapnya) apabila diprovoke oleh wartawan Malaysiakini, khusus menyentuh berkenaan dengan kes liwat Anwar. Sebagai seorang kelulusan agama dari Jordan dan Al Azhar Mesir, beliau memilih sudut-sudut tertentu yang tidak mendamagekan Pakatan Rakyat yang turut disokong oleh partinya PAS.

Mungkin kalau wawancara itu bersama Salahuddin Ayub atau Husam Musa, bertanyakan tentang kes liwat, sudah tentu jawapannya berbeza. Mungkin kedua-duanya akan membersihkan imej Anwar sepenuh-penuhnya tanpa keraguan. Mungkin mereka akan membela Anwar habis-habisan, seolah-olah Anwar pemimpin maksum, yang tidak melakukan perkara-perkara tidak bermoral, apatah lagi melakukan perbuatan terkutuk itu.

Tetapi pandangan Nasruddin Tantawi yang mengenal hukum halal haram agak berlainan dan terdapat ruang-ruang kelabu yang sengaja disimpan dan tidak diteroka sepenuhnya.

Pertama : Nasruddin mengakui Anwar adalah figur penting dalam Pakatan, walaupun terdapat pro dan kontranya. Beliau tidak menjelaskan lanjut maksud pro dan kontra itu. Pendapat ini lebih rasional, kerana jika ditanya kepada kumpulan Erdogan yang pro Anwarisme, mereka tidak akan meletakkan titik kelabu yakni tidak menyatakan pelantikan Anwar tidak dipertikaikan. Tetapi Nasruddin memilih pelantikan Anwar terdapat pro dan kontranya, terutama dari sudut kredibiliti dan keperibadian. Bermakna terdapat pihak yang bersetuju dan terdapat pihak yang tidak setuju. Jawapan sebegini akan mengundang pertanyaan dan ruang kelabu; siapa yang tidak bersetuju, kenapa mereka tidak bersetuju dengan Anwar dan kenapa pula ketidaksetujuan kepada Anwar itu dikaitkan dengan kredibiliti dan keperibadian ?

Kedua : Ketika ditanya apakah kes liwat Anwar didengar di mahkamah ? Nasrudin dengan tanpa keraguan mengiakan kes liwat itu akan didengar di mahkamah. Tetapi jika soalan yang sama ditanya kepada Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR, sudah tentu jawapannya berlainan. Seperti yang ditegaskan oleh Sivarasa sebelum ini, kes ini tidak patut didengar di mahkamah kerana tiada kes dan ini merupakan pertuduhan jahat untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar. Kalau ditanya kepada Husam Musa atau Khalid Samad yang mewakili kem Erdogan PAS, jawapannya pun hampir sama dengan Sivarasa Rasiah yang akan menjaja idea Anwar iaitu Konspirasi politik. Tetapi Nasruddin memilih jawapan dari sudut lain yang berbeza dengan Sivarasa Rasiah, Husam Musa atau Khalid Samad. Itupun satu lagi ruang kelabu yang boleh diperdebatkan.

Ketiga : Ketika ditanya apakah kes liwat Anwar akan menjejaskan hubungan Pakatan rakyat ? Nasruddin menjawab, "setakat ini.. kita melihat dari sudut momentum rakyat, sejak dari zaman dia (Anwar) dizalimi dari zaman 'Reformasi' (1998), kes (liwat) yang dialami oleh Anwar Ibrahim tidak dapat menjejaskan kredibilitinya" Nasruddin memberi alasan kenapa orang tidak menerimanya dengan berkata begini; "Penganiyaan dan kezaliman UMNO/BN lebih menonjol daripada Anwar..jadi orang tidak fokus kepada apa yang dipolemikkan atau ditimbulkan atas peribadi (liwat) Anwar Ibrahim..tetapi orang akan melihat kepada UMNO/BN yang bertindak ke atas Anwar..saya nampak, bila timbul isu liwat Anwar Ibrahim, ia tidak boleh menutup kezaliman UMNO/BN..kalau kita lihat sistem kehakiman mahkamah juga dipertikaikan..misalnya kes Perak gagal diterima sepenuhnya oleh rakyat.."

Keempat : Tanpa diprovoke oleh wartawan, Nasruddin turut menjangkakan Anwar bakal didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan meliwat. Katanya, "Takdir katalah ... [saya harap tidak jadi begitu], takdir katalah mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas Anwar dan mensabitkan kesalahan sekalipun saya percaya sukar diterima oleh rakyat, kerana ketelusan dan kredibiliti kehakiman negara gagal dipulihkan..jadi sekiranya di situ tidak settle..Anwar ke siapa ke, semua itu orang melihat adalah mangsa kezaliman UMNO dan BN.."


Makna tersirat kes liwat dan mahkamah

Berdasarkan jawapan Nasruddin tentang perkara 4 dan 5 banyak ruang kelabu yang belum diterokai sepenuhnya. Nasruddin memikir masa untuk menjawab. Dia memulakan ayat dengan 'setakat (hari) ini' bermakna ruang jawapan/pendirian PAS boleh berubah mengikut keadaan semasa bergantung kepada sokongan/momentum rakyat. Jawapan yang tidak muktamad bergantung kepada keadaan semasa terutamanya bergantung kepada mood rakyat.

Kunci jawapan Nasruddin, bukan soal liwat atau tidak, tetapi soal kezaliman UMNO/BN yang terlalu besar hingga menenggelamkan permasalahan sebenar - isu liwat.

Nasruddin berhujah berasaskan apa yang berlaku pada tahun 1998 dengan mengatakan rakyat tidak membicarakan soal isu keperibadian Anwar (liwat), tetapi rakyat melihat apa yang telah dilakukan oleh kerajaan ke atas Anwar(lembab mata).

Bermakna berdasarkan jawapan ini, sokongan PAS ke atas Anwar bergantung kepada tahap sokongan rakyat. Bukan isu liwat atau tidak, tetapi bergantung kepada kadar kepercayaan rakyat. Jika rakyat menerima Anwar sebagai peliwat, kemungkinan besar PAS akan menolak Anwar dan jika rakyat masih menolak tuduhan liwat itu, maka PAS akan bersama-sama Anwar.

Nasruddin juga berhujah tentang kemungkinan Anwar akan disabitkan sekali lagi tuduhan bersalah meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari, apa kesannya kepada rakyat dan PAS. Fokus jawapan Nasruddin meletakkan Anwar di kandang 'orang bersalah' pun sebenarnya sudah berbeza dengan jawapan Sivarasa Rasiah. Seorang penyokong Anwarisme atau Erdogan tidak akan meletakkan Anwar di kandang orang bersalah dan mereka seboleh-bolehnya menepis cubaan konspirasi politik untuk menghancurkan karier Anwar.

Tidak terkeluar ayat popular "konspirasi politik" dari mulut Ketua Dewan Pemuda PAS ini, sedangkan slogan itu amat popular dilaungkan oleh Anwar dan dipanjangkan oleh para penyokongnya.

Nasruddin berhujah berasaskan fokus zaman reformasi dan bukannya fokus zaman sekarang. Bermakna kes itu belum bermula dan beliau belum dapat memastikan mood dan sokongan rakyat kepada Anwar.

Hujah Nasruddin tentang ketelusan mahkamah juga kelabu. Beliau hanya memberi contoh tentang kes Perak, yang semestinya berkaitan dengan PAS. Tiada contoh lain diberikan, terutamanya berkaitan kes spesifik liwat yang pernah dialami Anwar.

Mahkamah yang dikatakan tidak telus itu juga telah memenangkan Nizar sebagai Menteri besar Perak. Mahkamah itu juga yang telah membebaskan Anwar pada tahun 2004, meskipun ketiga-tiga hakim panel rayuan bersetuju berlaku perbuatan meliwat di antara Anwar, Azizan Abu Bakar (bekas pemandu peribadi Dr Wan Azizah) dan Sukma Darmawan (adik angkat Anwar).

Anwar dibebaskan bukan soal meliwat atau tidak, tetapi dibebaskan atas soal-soal teknikal berkaitan dengan masa kejadian.

Namun jawapan Nasruddin, bukanlah jawapan yang menolak sepenuhnya keputusan mahkamah, tetapi tidak diterima sepenuhnya. Inilah yang dimaksudkan ruang kelabu, di mana terdapat sejumlah yang menerima dan menolak keputusan mahkamah.

Jika dikiaskan kes liwat yang bakal ditempuhi oleh Anwar pada bulan Julai nanti dengan kes Perak, apa kesudahannya kes Perak akibat keputusan mahkamah?

Namun begitu, kiasan itu terlalu berbeza, kerana kes politik (Perak) amat berlainan dengan kes peribadi (liwat) yang dikenakan ke atas Anwar Ibrahim.


Kes liwat 1998 dengan 2008 sama ?

Kes liwat 1998, mula dibicarakan pada 9 Jun 1999. Tuduhan " Anwar bersubahat dengan Sukma didakwa melakukan liwat yang bertentangan dengan hukum tabii dengan Azizan Abu Bakar pada suatu malam antara Januari dan Mac 1993 kira-kira pukul 7.45 malam di unit No 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, Kuala Lumpur

Mereka didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Di bawah seksyen itu ia membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat. Keputusannya Mahkamah Tinggi mendapati Anwar dan Sukma bersalah. Anwar dihukum 9 tahun penjara dan Sukma dihukum 6 tahun penjara. Keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Ariffin Jaka, pada 8 Ogos 2000.

Kes liwat 2008 - Anwar,61, bekas Timbalan Perdana Menteri dan menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, pada 26 Jun tahun lalu, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Walaupun Anwar berusaha menyamakan kes liwat 1998, dengan kes liwat 2008, tetapi benarkah sama ?

Pastinya yang sama adalah 'kegemaran' Anwar 'meliwat' :

"Walaupun sudah membaca rekod rayuan tersebut, kami menjumpai bukti menunjukkan bahawa pihak perayu (Datuk Seri Anwar dan Sukma) terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung ke arah mempercayai bahawa tuduhan insiden di Tivoli Villa itu benar-benar berlaku" - Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004, oleh Datuk Abdul Hamid Mohamad, Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud dan Datin Paduka Rahmah Hussain"

"Bismillahirrahman nirrahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan, No Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut….A’uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahman nirrahim. Wallahi…Wabillahi….Wata’alahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 hb Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam.” - Sumpah Saiful Bukhari, di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos 2008.

Pastinya yang berbeza, Azizan Abu Bakar dahulunya tidak bersumpah di masjid, tetapi bersumpah dengan akauan bersumpah menggunakan nama Allah, dan kebenarannya hanya ditentukan oleh mahkamah. Manakala Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan kalimah "Wallahi…Wabillahi….Wata’alahi" di Masjid Wilayah Persekutuan.

Lebih membezakan lagi, pada tahun 1998, tuduhan liwat dikenakan selepas Anwar dipecat daripada UMNO. Ketika itu beliau bergelar Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Ketika itu ramai rakyat keluar di jalan raya, menyahut seruan 'Reformasi' Anwar. Ezam Mohd Nor, Lokman Nor Adam, Ghani Haron, Dr Chandra Muzaffar menjadi benteng utama membela Anwar.

Kes liwat 2008, tanpa siapa sangka, bekas pembantu Anwar, Saiful Bukhari Azlan mendakwa dirinya diliwat dan membuat laporan polis pada 28 Jun 2008. Pada malam, tarikh yang sama Anwar lari berlindung di Kedutaan Asing. Ketika itu Anwar lebih dikenali oleh negara Barat kerana telah menetap dua tahun di Amerika Syarikat, bermula pada 2005-2007. Negara-negara Barat lebih mengenali Anwar kerana Anwar pernah memegang jawatan Foundation For The Future (Yayasan di bawah Jabatan Negara Amerika), Pensyarah pelawat Universiti Johns Hopkin dan Georgetown, kedua-dua universiti Amerika Syarikat.

Ketika tuduhan kedua ini, Ezam Mohd Nor, Lokman Nor Adam, Ghani Haron, Dr Chandra Muzaffar bukan lagi menjadi benteng utama Anwar, malah mereka merupakan penentang utama Anwar.

Sebab itu Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS membuat kenyataan begini (klik di sini) ketika diwawancara oleh The Star, 22 Julai 2008;

“I am not sure of his popularity when compared to 1998. The latest developments – the Saiful event and the statutory declaration by private investigator P. Balasubramaniam – have affected Anwar’s credibility"

(Saya tidak pasti kepopularitian dia (Anwar) berbanding dengan 1998. Dengan perkembangan sekarang, kes Saiful dan pengakuan bersumpah P. Balasubramaniam, penyiasat persendirian memberi kesan kepada kredibiliti Anwar)

“Still, his ability to lead is unquestionable. It’s arguable that the Malay community is also starting to believe the accusations against Anwar. His delay in taking an oath to swear on the Quran is also an issue.”


(Masih lagi diragukan keupayaan Anwar untuk memimpin. Kredibiliti Anwar di kalangan masyarakat Melayu juga telah mula dipertikaikan. Keengganannya untuk bersumpah dengan Al Quran juga turut menjadi isu)


Kesimpulan

Berdasarkan hujah-hujah di atas, nampak kes liwat Anwar 2008 ini menjadi semakin rumit. Sebab itu tidak menghairankan jika Nasruddin Tantawi, memilih pendekatan yang paling berhikmah.

Terakhir, Nasruddin memilih pendekatan untuk berdiri teguh di belakang Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Menurut Nasruddin, Haji Hadi Awang, bukan sahaja terkenal di dalam negara, tetapi terkenal di luar negara. Beliau mempunyai forum-forum yang sangat dihormati di peringkat antarabangsa, dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Pembebasan Al Qud (Jordan) dan Ahli Jawatan Kuasa Sunni-Syiah (Iraq)

Jika diteliti bahasa tersirat Nasruddin ini, sudah tentu, beliau ingin menggambarkan bahawa Presiden PAS juga terkenal di peringkat antarabangsa khususnya dunia Islam yang bertentangan dengan aliran tajaan Amerika Syarikat.

Selalunya Anwar Ibrahim sahaja digambarkan terkenal di peringkat antarabangsa, khususnya dunia Islam, tetapi yang membezakan dunia Islam itu semuanya adalah sealiran atau di bawah naungan Amerika Syarikat.

Bezanya, Haji Hadi Awang diklaskan dalam kelompok ulama dunia Islam, manakala Anwar Ibrahim adalah kelompok Muslim Moderat sama seperti Mir Hossein Mousavi, yang pro Barat di Iran.

Jadi Malaysiakini telah memberi tajuk yang tepat kepada interbiu ini - "Kes Liwat Tidak Jejas Pakatan - Nasruddin Tantawi", kerana Ketua Dewan Pemuda PAS itu mempunyai jawapan sendiri yang tidak diucapkan dalam wawancaranya.

Merenung ke dalam, saya juga tahu jawapannya.




Read On

Kesudahan Transformasi Husam dalam PAS ?

0 comments

Bukan Mohd Sayuti Omar (MSO) seorang yang menjadi mangsa cemuhan penyokong Husam. Ramli Abd. Halim (Meli kapak jangak), Nik Abduh (anak Nik Aziz), Roslan Shahir Dato Mohd Shahir (Roslan SMS). Semuanya aktivis atau sekurang-kurangnya pro PAS.

MSO dikritik kerana mendedahkan 8 siri kegagalan projek kambing Japnapari, idea Husam. Kesudahannya MSO dituduh 'gila komisyen'!. Meli kapak jangak, dikritik kerana mendedahkan konspirasi Husam menguasai dan menyalahguanakan media Wasilah (kepunyaan Meli). Kesudahannya Meli dihantar surat saman dan dituduh 'Meli Gila'!

Kalau MSO dan Meli dikritik seumpama sahabat baik dalam rakan penulis, bagaimana pula dengan Nik Abduh dan Roslan SMS yang tidak ada kena mengena dengan MSO ? Nik Abduh, anak Nik Aziz, kritik 'pembantu sesat' yang beri salah maklumat kepada ayahandanya. 'Pembantu sesat' itu didakwa Anual Bakri (SETPOL MB), juga kroni Husam. Kesudahannya Husam melalui kroninya Zaki Ibrahim (Ketua Pemuda PAS Kelantan) taja Abdul Latiff Abd. Rahman kalahkan Nik Abduh sebagai Ketua Pemuda PAS Kelantan.

Menariknya Abd Latiff ini juga merupakan salah seorang orang kuat Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Berhad (APKBB), pemilik Jihad Ternak Kambing Japnapari, idea Husam yang menemui kegagalan.

Bagaimana pula dengan Roslan SMS? Roslan dituduh penyokong Husam sebagai 'desprado', gara-gara sokongan kuatnya kepada ustaz Hadi Awang, Presiden PAS. Sebagai Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS, memang wajar Roslan, melakukan semua arahan ustaz Hadi. Apa masalahnya ? Kenapa dituduh 'desprado' ? Kesudahannya Husam menaja kroninya menumbangkan Roslan SMS sebagai Ketua Bahagian PAS kawasan Kelana Jaya. Kalau Husam berani potong paha 'orang kuat' Presiden PAS di Kelana Jaya, apa maksud itu ?


Kenapa ramai tidak sukakan Husam ?


Sebelum ini ustaz Taib Azamuddin, bekas Imam besar Masjid Negara dilupuskan peranannya di Baling apabila kroni Husam menewaskannya sebagai Ketua Bahagian PAS Baling. Apa salah ustaz Taib ? Salahkah beliau membela kalimah 'Allah' di parlimen daripada digadai kepada penganut Kristian ? Walaupun hujah pembelaan ustaz Taib, senada dengan Zahid Hamidi (Menteri di JPM ketika itu), bukan bermakna ustaz Taib sokong UMNO.

Hal agama jangan dicampur aduk dengan politik, kata ustaz Taib dalam rasionalnya mempertahankan kalimah Allah, meskipun yang mahu menggadainya adalah orang PAS sendiri iaitu Khalid Samad dan Dr Zulkifli Ahmad yang dilabel kem Erdogan pimpinan Husam.

Dalam debat TV9 baru-baru ini, Husam tarik diri dengan alasan, Zahid Hamidi, tidak ada sebagai panel. Mana Zahid? Mana Zahid? soal Husam di konti TV9, sebelum dia tarik diri. Walhal seminggu sebelum itu Husam sudah tahu Zahid Hamidi bukan ahli panel, dan iklan disebarkan (termasuk di blog penyokongnya) perdebatan antara Husam dan Ezam Mohd Nor. Apa masalah Husam dengan Zahid ? Masih ada unfinish bussines yang belum selesai lagi ke? Masih marah kerana ustaz Taib bantu Zahid pertahankan kalimah Allah di parlimen ?

Nasruddin Tantawi, pula sindir keras "Husam tak payah lah bertanding Timbalan Presiden. Timbalan Presiden Tak ada class, lawanlah terus Presiden PAS!". Itu kata-kata berani dari calon Ketua Pemuda PAS. Nasruddin tidak peduli Husam nak taja sesiapa pun lawannya sebagai Ketua Pemuda PAS (termasuk Zaki Ibrahim yang diwar-warkan bakal ditaja Husam lawan Nasruddin)

Ustaz Nik Amar, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan juga bernada seperti Nasruddin Tantawi. Dia mengesyorkan Husam tidak perlu cuci banyak pinggan mangkuk, bertanding Presiden PAS, habis cerita.

Kesudahannya Husam tidak berani bertanding Presiden PAS, dia hanya mahu Timbalan Presiden PAS. Timbalan Presiden maknanya satu tangga lagi ganti Presiden. Sama dengan Anwar sebelum tahun 1998, dia hanya berani bertanding Timbalan Presiden UMNO. Satu tangga lagi akan jadi Presiden UMNO!

Bayangkan kalau ditakdirkan Anwar Ibrahim jadi Presiden UMNO, maka hari ini dia sudah jadi Perdana Menteri Malaysia. Apa bentuk negara Malaysia ? DEB dihapuskan, Elizabeth Wong jadi Menteri Hak Asasi? Tian Chua Menteri Penerangan ? Zaid Ibrahim Menteri Antara Agama ? Sistem kapitalis Amerika bermaharajalela memunggah kekayaan negara Malaysia (terutamanya minyak)?

Dulu, kalau ramai tidak sukakan Anwar kenapa ? Sekarang ramai tidak sukakan Husam, kenapa ? Anwar dan Husam perlu cari jawapannya dalam diri sendiri, bukannya hanya terpesona dan takabur dengan kehebatan diri sendiri dan ampuan daripada para penyokong taksub sahaja..

Husam pula tidak disukai oleh orang PAS sendiri, kenapa? Bukan hanya MSO (pro PAS), Meli Kapak Jangak (pernah bekerja dengan PAS Kelantan), ustaz Daud Iraqi(bekas Ketua Dewan Ulama), Nik Abduh (anak Nik Aziz), Nasruddin Tantawi(Ketua Pemuda PAS), Nik Amar (Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan), Roslan SMS (Setiausaha Akhbar Presiden PAS), Dr Haron Din (Timbalan Musryidul am PAS) dan ramai lagi.

Kalau ramai tidak sukakannya kenapa ? Husam perlu mencari jawapannya sendiri.

Husam sendiri menyedari ramai orang PAS tidak sukakannya. Dia sendiri mengakui dalam wawancara dengan Berita Harian baru-baru ini.

"Sesetengah pihak mendakwa blog ini (blog anti-husam) didalangi kumpulan "di pejabat Jalan Raja Laut" (Ibu Pejabat Pas), tetapi saya tak pasti adakah mereka, ahli parti atau orang luar di belakang blog ini"

Husam sendiri mensasarkan dakwaan blog yang mengkritiknya didalangi oleh pihak PAS di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur. Elokkah pemikiran seorang bakal Timbalan Presiden PAS, membuat dakwaan tanpa bukti yang berniat untuk memecahbelahkan ahli-ahli sendiri ?

Baiklah kalau Husam dakwa blog anti-Husam didalangi oleh Ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, bagaimana pula dengan blog muktamarpas (http://muktamarpas.blogspot.com) yang menyenaraikan 10 sebab kenapa Husam tidak perlu dipilih Timbalan Presiden PAS ?

Menurut blog itu, salah satu sebab (sebab ketujuh) Husam tidak layak menjadi Timbalan Presiden PAS kerana Husam adalah budak suruhan Anwar. Saya peturunkan hujah blog itu seperti di bawah :

7. Husam Menjadi Budak Suruhan Anwar


Kira-kira 2 minggu yang lepas, Husam bertemankan Saifudin Nasution pergi berMUQABALAH dengan Dato’ Sahlan, Setiausaha Politik Dato Najib, Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya. Untuk pengetahuan semua Sahlan bukan orang PAS, bukan orang PKR dan bukan DAP – dia ahli UMNO. Boleh pula pergi berunding dengan orang UMNO? Mandat mana pula yang dia dapat? Apakah tujuan rundingan tersebut?


Katanya Husam pergi bertemu dengan Sahlan dengan tujuan untuk berbincang tentang nasib yag bakal dihadapi oleh Anwar Ibrahim apabila kes liwatnya didengar dalam bulan Julai nanti. Husam dihantar oleh Anwar kununnya untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kes liwat tersebut diluar mahkamah.


Apa dah jadi ni? Begitu murahkah pimpinan PAS dipergunakan oleh Anwar Ibrahim. Sebab itu tidak hairanlah mengapa Husam merujuk kepada Anwar terlebih dahulu sebelum bersetuju bertanding menentang Usta Nasharudin. Dan tidak hairan juga kenapa Anwar begitu bersungguh-sungguh membantu Husam agar dapat memenangi pertandingan tersebut nanti.


Rasionalnya, kalau Husam menjadi Timbalan Presiden PAS, mudahlah untuk Anwar menggunakan PAS untuk berunding tentang nasib kes liwat beliau memandangkan hanya PAS yang mempunyai “bargaining power” dengan kerajaan UMNO/BN.


Husam pasti menang Timbalan Presiden PAS

Hari Jumaat ini penentu kemenangan Husam sebagai Timbalan Presiden PAS. Malaysiakini.com (salah satu instrumen pro Anwar)yakin Husam bakal menang Timbalan Presiden PAS. Anwar pun berharap Anwar bakal menang!

Seperti ramalan awal saya, walau apapun isu berlaku ke atas Husam. Walau ramai pihak tidak sukakan Husam. Walau Dewan Ulama PAS terpaksa berseminar untuk mempertahankan Nasharuddin, tetapi Husam tetap pemenangnya, kerana Husam mempunyai senjata rahsia yang telah digunakan sebelum ini secara sulit.

Lihat rentak orang suruhan Husam bekerja, termasuk Kickdefella. Itu salah satu serpihan senjata rahsia Husam.

Kickdefella bermati-matian mempertahankan Husam termasuk membongkar semua resit-resit projek kambing japnapari untuk membuktikan Husam tidak bersalah. Memang, Kickdefella mampu mendapatkan semua resit itu kerana dia penulis upahan Husam. Projek itu pula projek Husam. Kroni Husam (Zulkifli Yaakub dan Abd. lattif) pula disuruh mengendalikan projek itu. Sebab itu dengan mudah kickdefella 'berjaya' dapatkan semua resit-resit untuk dipaparkan dalam blognya.

Tetapi seperti menurut MSO, kickdefella tidak menunjukkan semua dokumen, termasuk 'dokumen bertulis perjanjian awal' antara Mohd Amin dengan Projek Jihad Ternak yang menyebabkan terjadi pertikaian berlarutan hingga ke hari ini.

Kickdefella sebagai penulis upahan Husam gagal menafikan bahawa projek itu bukan idea dan inisiatif Husam Musa, bosnya. Gagal menafikan Husam berunding dengan Mohd Amin dan melakukan beberapa perjanjian. Gagal menafikan projek yang menelan belanja lebih 5 juta itu akhirnya menemui kegagalan dan kesnya terpaksa diselesaikan di mahkamah.

Kalau projek kambing Japnapari gagal, apa hebatnya Husam sebagai exco ekonomi Kelantan? Apatah lagi makin serius jika kes itu tidak berjaya diselamatkan melalui perbincangan berhikmah hingga terpaksa diseret ke mahkamah ? Masuk mahkamah, maknanya kes serius!

MSO cuba berkias, projek japnapari penuh dengan 'penyelewengan', dari pembinaan tangki air, hingga ke pembinaan pagar kandang kambing. Bukan setakat urusan pembelian kambing sahaja. Kias MSO, kalau SPRM masuk, habis dikoreknya. Nahas nanti!

Untuk berlaku adil kepada MSO yang dituduh gila komisyen, saya perturunkan semua penulisan MSO berkaitan dengan projek kambing japnapari

1. Pertemuan Dato Amin dan Husam. Klik di sini

2. Husam beli kambing japnapari RM66,400.00. klik di sini

3. Taakaful Kifalah dan Jihad Ternak. Klik di sini

4. Bagaimana projek bermula. Klik di sini

5. Projek Japnapari gagal. Klik di sini

6. Sebab kegagalan projek Japnapari. Klik di sini

7. Rundingan tak selesai tanpa Husam. Klik di sini

8. Kejadian tembakan di ladang jihad ternak, Rong Chenok, Tok Uban. Klik di sini

9. Perebutan kuasa punca kegagalan projek japnapari. Klik di sini

10. Jihad Ternak ke mahkamah. klik di sini

11. Penjelasan Husam projek kambing tidak jelas. Klik di sini




Read On

Kickdefella vs MSO : Husam Musa Timbalan Presiden PAS ?

0 comments

Sebelum ini saya telah menyentuh berkenaan MSO dan Kickdefella dalam tulisan saya bertajuk " Senjata Terakhir : Husam Musa pasti menang Timbalan Presiden PAS"

Susulan artikel itu telah menyeret polemik antara Kickdefella (penulis upahan Husam) dengan MSO (penulis anti Husam) khusus berkenaan projek Jihad Ternak, Kambing Japnapari yang mengalamai kerugian besar dan membazir wang kerajaan negeri.

Saya bercadang membuat susulan lanjut khusus berkenaan artikel itu, tetapi buat masa ini eloklah diberi tumpuan kepada debat antara penyokong Husam dan anti Husam terlebih dahulu.


Artikel Kickdefella Klik di sini

Benarkah Husam Sedang Menyabung Nyawa?

Di dalam artikel bertajuk “Husam’s Fight For Survival” di dalam The Star hari ini, antara lain ianya melahirkan kegusaran yang mungkin akan dirasai sekiranya Haji Husam Musa tewas di dalam pertandingan tiga penjuru jawatan Timbalan Presiden PAS.

Artikel itu juga memetik tajuk temuramah antara Husam dan Berita Harian semalam yang bertajuk “Saya sedia kalah dalam pemilihan PAS”.

Hakikatnya, bukan sahaja Husam sedia untuk menghadapi kekalahan, tetapi Husam bermula dengan tewas dan besar kemungkinannya berakhir dengan kekalahan.

Memang Husam ramai tukang kempen, terutamanya di internet, contohnya blog ini sendiri. Tetapi kebanyakan tukang kempen Husam berkempen atas dasar mahukan perubahan dan bukan mahu menjatuhkan sesiapa.

Tetapi mereka yang tidak mahu Husam menang walaupun mungkin tak banyak tetapi amat berkesan terutamanya di internet. Mereka ini, kebanyakannya berselindung di sebalik nama samaran dengan hanya seorang dua menggunakan identiti sebenar, taktik mereka adalah mudah, hapuskan Husam waima apa cara sekalipun.

Apa cara sekalipun itu termasuklah menggunakan fitnah dan mencipta cerita yang bukan-bukan.

Dalam temuramah dengan Berita Harian, Husam dipetik berkata,

"Sesetengah pihak mendakwa blog (yang memburukan saya) ini didalangi kumpulan di pejabat Jalan Raja Laut (Ibu Pejabat Pas), tetapi saya tak pasti adakah mereka, ahli parti atau orang luar di belakang blog ini"

Namun apa yang pasti, satu nama telah disebut oleh pihak media massa sebagai orang yang sering menghubungi mereka untuk memberitahu mereka bahawa Husam akan kalah kerana pencalonan yang diterimanya sedikit. Orang yang samalah yang mendedahkan kepada media jumlah pencalonan yang diterima untuk kesemua dicalon bertanding jawatan Timbalan Presiden. Sesuatu yang tidak patut dilakukan apabila ianya dianggap sulit. Malangnya, orang ini berkhidmat dengan pucuk pimpinan parti dan ini membuatkan seolah-olah pucuk pimpinan parti merestui perbuatannya walaupun kita yakin tidak sama sekali.

Antara yang paling ketara memfitnah Husam ialah blogger Mohd Sayuti Omar atau menurut saudara Rozali Ahmad, di panggil dengan jolokan Imam as- Souti oleh Abangnya Ahmad Laksamana Bin Omar yang mengaku dirinya tuhan dan memanggil Rasulullah S.A.W sebagai Mamat Syariat yang jahat, penipu harta benda Mek Jah (Saidatina Khadijah r.a). Fitnah Sayuti bermula apabila Husam enggan campurtangan menyelesaikan kemelut antara syarikat milik sahabat Sayuti, Dato’ Amin Pipet dengan Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Berhad (APKB) berhubung isu Jihad Ternak atau lebih terkenal dengan nama Jamnapari. Dan fitnah ini dijunjung oleh segelintir pemimpin PAS yang tidak sebulu dengan gaya pentadbiran Husam.

Sahabat Sayuti itu, didapati telah tidak berlaku jujur dalam berurusan dengan pihak APKB dan program Jihad Ternak. Lalu usaha diambil mengikut saluran yang tepat untuk menghentikan penerimaan bekalan darinya.

Sayuti berusaha memujuk Husam supaya campurtangan di dalam urusan itu. Apabila gagal didalam memujuk Husam campurtangan supaya keputusan menyebelahi sahabatnya, Sayuti berusaha pula memujuk Husam supaya campurtangan didalam urusan pembayaran pampasan yang diminta.

Sekali lagi Husam tidak mahu campurtangan, lalu Sayuti memulakan ugutan terhadap Husam dengan berjanji untuk menulis pelbagai tuduhan ke atas Husam sehinggalah Husam campurtangan menyelesaikan urusan pampasan itu. Tetapi Husam tekad dan tidak tunduk.

Lalu mulai detik itu Sayuti mula menulis artikel-artikel yang diharap dapat membebankan Husam. Sayuti kemudian beralih kepada menjaja tuduhan demi tuduhan. Malangnya tiada sebarang tuduhan itu dibekalkan buktinya.

Sayuti berkali-kali berjanji akan mengeluarkan bukti tetapi kemudian senyap begitu sahaja. Antaranya ialah apabila Sayuti menuduh Husam telah mengambil seorang perempuan cina sebagai isteri kedua secara rahsia. Ianya cukup berkesan sehinggakan Annuar Musa ditengah-tengah malam menghantar sms tahniah kepada seorang wartawan kanan akhbar berbahasa Inggeris.

Sayuti kemudiannya berjanji untuk mengeluarkan bukti termasuk saksi nikah dan salinan surat nikah. Apa yang berlaku bagaimanapun berlainan sekali. Bukti tidak dikemukakan, sebaliknya Sayuti menghantar sms damai pada Husam yang antara ayatnya seperti berikut,

“As’kum biar apa anggapan sdr pd saya, saya takan membawa rasa kecil hati selamanya. Mulai jam 11 malam tadi (akhir 2007) saya tamatkan segala aktiviti melepas geram dan kritikan pd sdr.”

Begitulah kerenahnya, sendiri bikin perang, sendiri isytihar damai.

Namun serangan Sayuti semakin menjadi-jadi semula apabila dia mula rasa akar umbi PAS mahukan Husam menggantikan YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden. Maka sendiri isytihar damai, sendiri perang semula.


Masalah Sayuti ialah berhubung Jihad Ternak.

Maka blog ini hari ini mengambil inisiatif untuk mencabar Mohd Sayuti Omar berdepan dengan wakil Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Berhad di sebuah forum terbuka yang sedia saya anjurkan bagi semua yang berminat tahu apa sebenarnya yang berlaku di dalam isu Jihad Ternak.

Ustaz Zulkifli Yaacob, wakil Akademi yang terlibat dari awal dengan Jihad Ternak Sdn Bhd telah menyatakan persetujuan untuk tampil dalam forum terbuka ini.

Pihak Akademi juga sudah memberi kebenaran untuk blog ini menyiarkan dokumen-dokumen dan kertas sebut harga berhubung dengan urusan kambing Jamnapari. Ia juga akan membuktikan jumlah wang yang sudah pihak Akademi bayar kepada sahabat Sayuti seperti perjanjian awal perniagaan.

Dengan Nama Allah, saya mengambil tanggungjawab untuk mempamerkan dokumen-dokumen itu. Para pembaca boleh menafsir sendiri dengan membuat kajian harga pasaran kambing Jamnapari.


Husam Tewas?

Ya. Husam bersedia untuk tewas dan diharap semua pihak, baik ahli PAS maupun penyokong dan peminat PAS dan Husam bersedia untuk menerima hakikat ini.

Apa yang mampu dilakukan sekarang hanyalah supaya Husam tidak tewas kerana fitnah. Biarlah perwakilan tidak mengundi Husam kerana menolak idea dan matlamatnya dan bukan kerana termakan fitnah.

Terima Kasih.

Artikel MSO . Klik di sini

Jawab Kickdefella 1

Bila Kuda Juga Sakit Kepala

MESKIPUN hebat dan gagah sang kuda perang tetapi kalau habuk banyak dan jalan berbinggung-binggung ia bisa menjadikan sang kuda tunggangan itu boleh sakit kepala dan kelabu mata serta hilang fokas juga. Biasanya sebagai makhluk jadian, kita terpaksa akur kepada sunatullah, mengenai kelemahan dan kenaifan kita sebahagi makhluk baharu.

Begitulah yang dapat saya lihat apa yang berlaku ke atas blogger bernama Kickdefella atau (Syed, entah syed apa), sehari dua ini. Beliau yang menjadi tukang tulis berbayar secara rasmi kepada si baju petak-petak merah nampaknya tidak senang duduk.

Seolah-olah dia pula yang bertanding nak merebut jawatan timbalan presiden Pas. Biasalah orang bersahabat kena saling merasa macam paha kanan dicubit paha kiri kena merasa sakit juga.

Sebenarnya saya tidak pernah menyentuh hal blogger ini. Seurat rumput dihalaman rumahnya pun saya tidak pernah menyentuhnya. Malahan blog dia pun saya tidak tengok. Cuma akhir-akhir ini apabila beliau ‘memadah’ saya menjenguk ke blognya maka saya melihat meskipun malas untuk berbuat demikian.

Tetapi kerana dia sudah memula maka saya akan mengikut rentaknya. Kata orang kalau orang menjual, dayus sangatlah kalau kita tidak membelinya. Apa lagi kalau yang dijual itu modalnya dibayar orang. Walaupun tidak ada duit kerana tidak dibayar secara tetap ataupun dikontra dengan berhektar kawasan getah klon, kalau paksa berhutang sekalipun maka saya rela berhutang untuk membeli sesuatu yang dijaja di hadapan rumah. Kesian pula kepada si penjaja kalau kita tidak membeli.

Sebenarnya saya berfikir panjang untuk bersoal jawab dengan sdr Kickdefella ini. Saya berfikir wajarkah saya berdebat dengannya yang mengakui pernah menjadi driver ayah Mohd Amar, Pak Nik Lah ini.

Kerana kritikan saya bukan kepadanya tetapi kepada si baju petak-petak merah. Tetapi bila mengenangkan menjadi driver kepada ustaz bukan bermakna kita juga alim, maka saya rasa terpanggil pula untuk menjawabnya, setidak-tidak untuk memuaskan penjenguk blog saya ini dan memberi petunjuk supaya jadi alim sikit.

Tetapi tidak mengapalah kerana dia adalah tukang tulis berbayar kepada si baju petak-petak merah, propagandis profesional, maka saya sedia menjawab apa yang dibangkitkan. Saya telah jelaskan hal kambing, saya tidak mahu mengusiknya lagi sebab ia sudah lama dan ramai orang sudah tahu. Tetapi kerana ia diminta berbuat demikian maka saya akan cuba menjawab.

Dalam posting pertama Kickdefella mengenai saya beliau ada membuat tuduhan yang saya melakukan ugutan ke atas si baju petak-petak merah. Katanya saya ugut akan menulis buku menghentam tuannya itu kalau tuntutan saya tidak dipenuhui. SMS ugutan itu juga disertakan oleh Kickdefella untuk menyakinkan pembaca otak kemetot. Kononnya dia juga saya ugut. Siapa Kickdefella sampai saya perlu ugut? Dia bukan siapa-siapa kepada saya pun.

Di sini saya minta Kickdefella membuktikan kebenaran dakwaan yang dipostingkan itu. Saya berharap beliau mengemukakan bukti mengenai perkara itu. Jangan menuduh melulu kalau tidak sdr juga jadi macam saya seperti mana sdr katakan itu? Elakkan terkena sifir sdr sendiri, 2 x 5. Jalannya mudah sahaja, beliau boleh minta bil telefon dengan Celcom dan teliti bila dan bagaimana butiran mengenai ugutan saya itu, dan dedahkan dalam blog beliau. Bukan payah sangat. Untuk itu juga buat laporan polis kerana ugutan itu bersifat jenayah. Biar polis siasat.

Kalau setakat hanya mencatat ada SMS begitu, sesiapa pun boleh melakukannya. Saya sendiri boleh buat begitu ianya cukup mudah. Tulis bal-bla dan tinggalkan nombor telefon. Saya juga ada nombor telefon Kickdefella. Tetapi saya rasa saya tidak seAbu Jahal Kickdefella. Tetapi apalah gunakan kalau membuat sesuatu yang tidak benar? Bukankah Pas itu mengajar manusia mengenai dosa dan pahala? Dan bila kita berkerja dengan mualim seharusnya kita juga kena jadi alim-alim kucing.

Kalau tak malu kepada Nik Aziz pun tetapi malulah kepada tongkat gerekoknya itu. Sia-sialah duit Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) untuk membayar gaji Kickdefella. Ingat duit itu duit rakyat.

Kita boleh berbohong dan menipu anak dan isteri kita. Kita boleh berbohong kawan-kawan kita mengatakan kita minum sirap walhal kita minum arak. Malahan kita boleh berbohong dan menipu Tok Guru Nik Aziz. Tetapi kita sama sekali tidak boleh berbohong kepada diri sendiri. Sebab kalau kita berak bau kohong itu akan bercampur dengan kebusukan tahi.

Biasanya apa yang kita minum itulah juga yang akan kita keluarkan menerusi 'mucung' kencing kita.

Saya berharap kepada Kickdefella yang menjadi jurutulis kepada idola Ahmad al Fateh itu bertanggungjawab. Bersikap jujur dan berkata benar bersertakan bukti sahih. Menulislah apa yang anda tengok dan alami sendiri. Jangan menulis apa yang anda dengar. Naif sangatlah untuk menjadi jurutulis kepada idola Ahmad al Fateh kalau tidak ada kejujuran, keikhlasan dan kebenaran. Hamlau sangatlah kita kalau duduk di pejabat ulama besar tetapi masih bercakap bohong.

Nombor telefon saya ditinggalkan Kickdefella dalam blognya. Tujuanya agar ada orang menelefon saya, menganggu ketenangan saya. Itulah tujuannya, agar saya tidak menulis dan gerun untuk mengkritik si baju petak-petak merah.

Sorrylah... saya bukan manusia lemah dan pengecut. Saya sedia berhadapan dengan sesiapa saja. Saya menulis lebih lama daripada Kickdefella. Maaf. Saya berdepan bukan saja dengan manusia yang bernafsu besar, tetapi saya juga turut mengkritik Istana Kelantan dan Tok Guru Nik Aziz bila saya lihat dia tidak kena. Saya tidak akan berkompromi dengan sesiapapun yang jahat.

Saya tidak jadi penulis kalau saya pengecut. Kalau Kickdefella dicekup polis kerana memasang bendera terbalik dlam blognya saya juga disiasat polis di bawah Akta Hasutan kerana tulis buku kritik Istana. Tetapi nasib saya baik tidak meringkuk dalam sel. Dan saya tidak pernah menjaja kehebatan kita kerana ditangkap polis untuk menunjukkan kita hero.

Walaupun nombor telefon saya ditinggalkan namun sehingga hari ini tidak ada seorang pun menelefon saya bertanyakan hal itu. Nampaknya idea Kickdefella untuk menyusahkan atau menganggu tidur saya tidak menjadi. Dan para pengkritik saya bersifat polong dan hantu juga takut untuk bertanyakan saya secara direct. Mereka hanya berani melempar batu kemudian sembunyi tangan atau pun melindungkan muka seperti watak Mawas dalam cereka Si Zati dan Si Mawas disiarkan TV3 itu.

Bersambung.. [wm.kl. 6:30 pm 01/06/09]
Read On

Kesudahan Transformasi PAS : Apa janji Anwar kepada Husam ?

0 comments

Bukan Mohd Sayuti Omar (MSO) seorang yang menjadi mangsa cemuhan penyokong Husam. Ramli Abd. Halim (Meli kapak jangak), Nik Abduh (anak Nik Aziz), Roslan Shahir Dato Mohd Shahir (Roslan SMS). Semuanya aktivis atau sekurang-kurangnya pro PAS.

MSO dikritik kerana mendedahkan 8 siri kegagalan projek kambing Japnapari, idea Husam. Kesudahannya MSO dituduh 'gila komisyen'!. Meli kapak jangak, dikritik kerana mendedahkan konspirasi Husam menguasai dan menyalahguanakan media Wasilah (kepunyaan Meli). Kesudahannya Meli dihantar surat saman dan dituduh 'Meli Gila'!

Kalau MSO dan Meli dikritik seumpama sahabat baik dalam rakan penulis, bagaimana pula dengan Nik Abduh dan Roslan SMS yang tidak ada kena mengena dengan MSO ? Nik Abduh, anak Nik Aziz, kritik 'pembantu sesat' yang beri salah maklumat kepada ayahandanya. 'Pembantu sesat' itu didakwa Anual Bakri (SETPOL MB), juga kroni Husam. Kesudahannya Husam melalui kroninya Zaki Ibrahim (Ketua Pemuda PAS Kelantan) taja Abdul Latiff Abd. Rahman kalahkan Nik Abduh sebagai Ketua Pemuda PAS Kelantan.

Menariknya Abd Latiff ini juga merupakan salah seorang orang kuat Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Berhad (APKBB), pemilik Jihad Ternak Kambing Japnapari, idea Husam yang menemui kegagalan.

Bagaimana pula dengan Roslan SMS? Roslan dituduh penyokong Husam sebagai 'desprado', gara-gara sokongan kuatnya kepada ustaz Hadi Awang, Presiden PAS. Sebagai Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS, memang wajar Roslan, melakukan semua arahan ustaz Hadi. Apa masalahnya ? Kenapa dituduh 'desprado' ? Kesudahannya Husam menaja kroninya menumbangkan Roslan SMS sebagai Ketua Bahagian PAS kawasan Kelana Jaya. Kalau Husam berani potong paha 'orang kuat' Presiden PAS di Kelana Jaya, apa maksud itu ?


Kenapa ramai tidak sukakan Husam ?


Sebelum ini ustaz Taib Azamuddin, bekas Imam besar Masjid Negara dilupuskan peranannya di Baling apabila kroni Husam menewaskannya sebagai Ketua Bahagian PAS Baling. Apa salah ustaz Taib ? Salahkah beliau membela kalimah 'Allah' di parlimen daripada digadai kepada penganut Kristian ? Walaupun hujah pembelaan ustaz Taib, senada dengan Zahid Hamidi (Menteri di JPM ketika itu), bukan bermakna ustaz Taib sokong UMNO.

Hal agama jangan dicampur aduk dengan politik, kata ustaz Taib dalam rasionalnya mempertahankan kalimah Allah, meskipun yang mahu menggadainya adalah orang PAS sendiri iaitu Khalid Samad dan Dr Zulkifli Ahmad yang dilabel kem Erdogan pimpinan Husam.

Dalam debat TV9 baru-baru ini, Husam tarik diri dengan alasan, Zahid Hamidi, tidak ada sebagai panel. Mana Zahid? Mana Zahid? soal Husam di konti TV9, sebelum dia tarik diri. Walhal seminggu sebelum itu Husam sudah tahu Zahid Hamidi bukan ahli panel, dan iklan disebarkan (termasuk di blog penyokongnya) perdebatan antara Husam dan Ezam Mohd Nor. Apa masalah Husam dengan Zahid ? Masih ada unfinish bussines yang belum selesai lagi ke? Masih marah kerana ustaz Taib bantu Zahid pertahankan kalimah Allah di parlimen ?

Nasruddin Tantawi, pula sindir keras "Husam tak payah lah bertanding Timbalan Presiden. Timbalan Presiden Tak ada class, lawanlah terus Presiden PAS!". Itu kata-kata berani dari calon Ketua Pemuda PAS. Nasruddin tidak peduli Husam nak taja sesiapa pun lawannya sebagai Ketua Pemuda PAS (termasuk Zaki Ibrahim yang diwar-warkan bakal ditaja Husam lawan Nasruddin)

Ustaz Nik Amar, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan juga bernada seperti Nasruddin Tantawi. Dia mengesyorkan Husam tidak perlu cuci banyak pinggan mangkuk, bertanding Presiden PAS, habis cerita.

Kesudahannya Husam tidak berani bertanding Presiden PAS, dia hanya mahu Timbalan Presiden PAS. Timbalan Presiden maknanya satu tangga lagi ganti Presiden. Sama dengan Anwar sebelum tahun 1998, dia hanya berani bertanding Timbalan Presiden UMNO. Satu tangga lagi akan jadi Presiden UMNO!

Bayangkan kalau ditakdirkan Anwar Ibrahim jadi Presiden UMNO, maka hari ini dia sudah jadi Perdana Menteri Malaysia. Apa bentuk negara Malaysia ? DEB dihapuskan, Elizabeth Wong jadi Menteri Hak Asasi? Tian Chua Menteri Penerangan ? Zaid Ibrahim Menteri Antara Agama ? Sistem kapitalis Amerika bermaharajalela memunggah kekayaan negara Malaysia (terutamanya minyak)?

Dulu, kalau ramai tidak sukakan Anwar kenapa ? Sekarang ramai tidak sukakan Husam, kenapa ? Anwar dan Husam perlu cari jawapannya dalam diri sendiri, bukannya hanya terpesona dan takabur dengan kehebatan diri sendiri dan ampuan daripada para penyokong taksub sahaja..

Husam pula tidak disukai oleh orang PAS sendiri, kenapa? Bukan hanya MSO (pro PAS), Meli Kapak Jangak (pernah bekerja dengan PAS Kelantan), ustaz Daud Iraqi(bekas Ketua Dewan Ulama), Nik Abduh (anak Nik Aziz), Nasruddin Tantawi(Ketua Pemuda PAS), Nik Amar (Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan), Roslan SMS (Setiausaha Akhbar Presiden PAS), Dr Haron Din (Timbalan Musryidul am PAS) dan ramai lagi.

Kalau ramai tidak sukakannya kenapa ? Husam perlu mencari jawapannya sendiri.

Husam sendiri menyedari ramai orang PAS tidak sukakannya. Dia sendiri mengakui dalam wawancara dengan Berita Harian baru-baru ini.

"Sesetengah pihak mendakwa blog ini (blog anti-husam) didalangi kumpulan "di pejabat Jalan Raja Laut" (Ibu Pejabat Pas), tetapi saya tak pasti adakah mereka, ahli parti atau orang luar di belakang blog ini"

Husam sendiri mensasarkan dakwaan blog yang mengkritiknya didalangi oleh pihak PAS di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur. Elokkah pemikiran seorang bakal Timbalan Presiden PAS, membuat dakwaan tanpa bukti yang berniat untuk memecahbelahkan ahli-ahli sendiri ?

Baiklah kalau Husam dakwa blog anti-Husam didalangi oleh Ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, bagaimana pula dengan blog muktamarpas (http://muktamarpas.blogspot.com) yang menyenaraikan 10 sebab kenapa Husam tidak perlu dipilih Timbalan Presiden PAS ?

Menurut blog itu, salah satu sebab (sebab ketujuh) Husam tidak layak menjadi Timbalan Presiden PAS kerana Husam adalah budak suruhan Anwar. Saya peturunkan hujah blog itu seperti di bawah :

7. Husam Menjadi Budak Suruhan Anwar


Kira-kira 2 minggu yang lepas, Husam bertemankan Saifudin Nasution pergi berMUQABALAH dengan Dato’ Sahlan, Setiausaha Politik Dato Najib, Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya. Untuk pengetahuan semua Sahlan bukan orang PAS, bukan orang PKR dan bukan DAP – dia ahli UMNO. Boleh pula pergi berunding dengan orang UMNO? Mandat mana pula yang dia dapat? Apakah tujuan rundingan tersebut?


Katanya Husam pergi bertemu dengan Sahlan dengan tujuan untuk berbincang tentang nasib yag bakal dihadapi oleh Anwar Ibrahim apabila kes liwatnya didengar dalam bulan Julai nanti. Husam dihantar oleh Anwar kununnya untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kes liwat tersebut diluar mahkamah.


Apa dah jadi ni? Begitu murahkah pimpinan PAS dipergunakan oleh Anwar Ibrahim. Sebab itu tidak hairanlah mengapa Husam merujuk kepada Anwar terlebih dahulu sebelum bersetuju bertanding menentang Usta Nasharudin. Dan tidak hairan juga kenapa Anwar begitu bersungguh-sungguh membantu Husam agar dapat memenangi pertandingan tersebut nanti.


Rasionalnya, kalau Husam menjadi Timbalan Presiden PAS, mudahlah untuk Anwar menggunakan PAS untuk berunding tentang nasib kes liwat beliau memandangkan hanya PAS yang mempunyai “bargaining power” dengan kerajaan UMNO/BN.


Husam pasti menang Timbalan Presiden PAS

Hari Jumaat ini penentu kemenangan Husam sebagai Timbalan Presiden PAS. Malaysiakini.com (salah satu instrumen pro Anwar)yakin Husam bakal menang Timbalan Presiden PAS. Anwar pun berharap Anwar bakal menang!

Seperti ramalan awal saya, walau apapun isu berlaku ke atas Husam. Walau ramai pihak tidak sukakan Husam. Walau Dewan Ulama PAS terpaksa berseminar untuk mempertahankan Nasharuddin, tetapi Husam tetap pemenangnya, kerana Husam mempunyai senjata rahsia yang telah digunakan sebelum ini secara sulit.

Lihat rentak orang suruhan Husam bekerja, termasuk Kickdefella. Itu salah satu serpihan senjata rahsia Husam.

Kickdefella bermati-matian mempertahankan Husam termasuk membongkar semua resit-resit projek kambing japnapari untuk membuktikan Husam tidak bersalah. Memang, Kickdefella mampu mendapatkan semua resit itu kerana dia penulis upahan Husam. Projek itu pula projek Husam. Kroni Husam (Zulkifli Yaakub dan Abd. lattif) pula disuruh mengendalikan projek itu. Sebab itu dengan mudah kickdefella 'berjaya' dapatkan semua resit-resit untuk dipaparkan dalam blognya.

Tetapi seperti menurut MSO, kickdefella tidak menunjukkan semua dokumen, termasuk 'dokumen bertulis perjanjian awal' antara Mohd Amin dengan Projek Jihad Ternak yang menyebabkan terjadi pertikaian berlarutan hingga ke hari ini.

Kickdefella sebagai penulis upahan Husam gagal menafikan bahawa projek itu bukan idea dan inisiatif Husam Musa, bosnya. Gagal menafikan Husam berunding dengan Mohd Amin dan melakukan beberapa perjanjian. Gagal menafikan projek yang menelan belanja lebih 5 juta itu akhirnya menemui kegagalan dan kesnya terpaksa diselesaikan di mahkamah.

Kalau projek kambing Japnapari gagal, apa hebatnya Husam sebagai exco ekonomi Kelantan? Apatah lagi makin serius jika kes itu tidak berjaya diselamatkan melalui perbincangan berhikmah hingga terpaksa diseret ke mahkamah ? Masuk mahkamah, maknanya kes serius!

MSO cuba berkias, projek japnapari penuh dengan 'penyelewengan', dari pembinaan tangki air, hingga ke pembinaan pagar kandang kambing. Bukan setakat urusan pembelian kambing sahaja. Kias MSO, kalau SPRM masuk, habis dikoreknya. Nahas nanti!

Untuk berlaku adil kepada MSO yang dituduh gila komisyen, saya perturunkan semua penulisan MSO berkaitan dengan projek kambing japnapari

1. Pertemuan Dato Amin dan Husam. Klik di sini

2. Husam beli kambing japnapari RM66,400.00. klik di sini

3. Taakaful Kifalah dan Jihad Ternak. Klik di sini

4. Bagaimana projek bermula. Klik di sini

5. Projek Japnapari gagal. Klik di sini

6. Sebab kegagalan projek Japnapari. Klik di sini

7. Rundingan tak selesai tanpa Husam. Klik di sini

8. Kejadian tembakan di ladang jihad ternak, Rong Chenok, Tok Uban. Klik di sini

9. Perebutan kuasa punca kegagalan projek japnapari. Klik di sini

10. Jihad Ternak ke mahkamah. klik di sini

11. Penjelasan Husam projek kambing tidak jelas. Klik di sini




Read On

Senjata terakhir : Husam Musa bakal menang Timbalan Presiden PAS!

1 comments

Tanpa diragu lagi, Husam Musa sudah membuat survey, beliau akan menang Timbalan Presiden PAS, sebab itu beliau penuh yakin menawarkan diri bertanding jawatan itu meskipun mendapat pencalonan 30 peratus, berbanding dengan Nasharuddin yang mendapat pencalonan lebih 60 peratus.

Peratus pencalonan bukan ukuran, bukan melambangkan sokongan sebenar kepada Husam, kerana sokongan akan berubah semasa pemilihan Muktamar nanti, bergantung kepada daya kempen dan daya beli undi. Badan penyelidikan Husam telah membuat kajian semua aspek ini dan merumuskan Husam bakal pemenang!

Ketika mengumumkan hasrat bertanding di Pejabat PAS, Kuala Lumpur pada 25 Mei lalu, Husam berkata :

"Saya menganggap penyandang jawatan sekarang (Nasharudin) terlalu liberal (condong) kepada Umno adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Pada pendapat saya, PAS perlu berada di tengah, bukan bersikap terbuka kepada Umno atau untuk menyelamatkan Umno."

Dr Haron Din, Timbalan Musyidul Am PAS memberi amaran kepada ahli PAS supaya berhati-hati dengan ‘musuh dalam selimut’ kerana PAS sekarang semakin terdedah dengan pengaruh luar yang cuba menyusup masuk dan “kita tidak mempunyai mekanisme khusus bagi dijadikan perisai menghadapi musuh kerana strategi ini dilakukan oleh Amerika Syarikat di dalam organisasi Islam di peringkat dunia."

Timbalan Musyidul Am PAS membuat kesimpulan : "Justeru itu, musuh berpeluang besar mempromosikan individu-individu tajaan mereka bagi mendapatkan kemenangan dalam pertandingan parti," katanya semasa membentangkan kertas kerja di seminar sehari kepimpinan ulama di Markaz Tarbiyah PAS, Gombak baru-baru ini.


Husam Musa membalas hujah Dr Haron Din itu dengan berkata pendapat Timbalan Musyidul Am itu hanya "bersifat peribadi" dan tidak mewakili keseluruhan pandangan PAS.

"Setahu saya kertas kerja tersebut adalah kertas kerja peribadi beliau. Dalam seminar tersebut, ia tidak diterima sebagai kertas kerja yang diterima bersama”, katanya.


Transformasi PAS, dari ulama ke liberal ?

Husam Musa telah menunjukkan visinya yang jelas. Visi dan misinya melebihi daripada visi Presiden dan Timbalan Presiden PAS sekarang ini. Inilah yang dikatakan oleh penyokong Husam, visi Husam melebihi visi Presiden PAS, lebih genius dan laju bekerja!

Ketika arwah Hj Yusof Rawa dan ustaz Fadzil Noor meletakkan visi PAS di bawah bayangan kepimpinan ulama, Husam Musa pula menongkah arus, mahu mentranformasi PAS secara keseluruhan, menjadikan PAS sebagai alternative kepada UMNO.

Seolah-olah apa yang dilakukan oleh arwah ustaz Fadzil Noor, 15 tahun lampau adalah silap kerana meletakkan ulama sebagai payung PAS akan menjauhkan diri daripada diterima umum khususnya di kalangan bukan Islam.

Imej lebai, berserban, berjubah akan menyukarkan PAS diterima sebagai alternative kepada UMNO. Oleh itu Husam mengagaskan landasan baru yang diistilahkan sebagai transformasi atau grand design besar-besaran PAS mengubah imej ulama menjadi imej professional Islam yang lebih dikenali sebagai “Erdogan”.

Imej Erdogan akan lebih mudah diterima semua lapisan masyarakat termasuk bukan Islam, kerana imejnya segak, berkot, bertali leher dan tidak berkupiah. Pemikiran ‘Erdogan’ lebih moden, boleh berkompromi antara agama dan boleh menerima pandangan barat.

Sebab itu, MSO (penulis terkenal pro PR) menulis mengenai Husam seperti berikut ;

“Negara-negara seperti Amerika Syarikat atau pengamal sistem kapatilis dan liberalisma mungkin suka kalau Husam menang sebab cara politik yang Husam nak bawa ialah politik moden yang liberal dan tidak meletakan Islam sebagai lambang gerakan Pas. Sudah pasti para pendokong Amerika Syarikat turut berdoa baik di gereja dan masjid agar Husam menang”

Empat faktor kekuatan Husam

1. Naungan Muryidul Am PAS & de factor PKR

Husam Musa mengamalkan politik ‘naungan’. Beliau bernaung kepada sesiapa sahaja yang dianggap puncak kuasa. Dalam kontek PAS, puncak kuasa adalah Mursyidul Am PAS, maka dia akan bernaung dengan paying Muryidul Am PAS itu. Di depan tok guru Nik Aziz, lagaknya seperti anak murid yang alim, pijak semut pun tidak mati. Di PKR, puncak kuasanya adalah de facto PKR. Kalau Muryidul am PAS terkenal alim agama, de factor PKR pula terkenal dengan liberalisme dan pluralisme. Maka di depan Anwar, Husam laksana murid plato, yang bijak berfalsafah antara dunia Islam dengan dunia barat. Maka Husam menjadi ‘orang perantaraan’ antara tok guru Nik Aziz (dunia Islam) dengan Anwar Ibrahim (dunia barat)

Pernah pada bulan Julai 2008 tok guru Nik Aziz ‘dirasuah’ dengan anugerah nobel keamanan dunia oleh rangkaian kakitangan Anwar yang berpengkalan di Manila. Anugerah itu dinamakan ‘nobel keamanan’ kerana menghargai jasa-jasa tok guru yang prihatin kepada keprihatinan antara agama yang bakal dianugerahkan oleh Gusi Peace Price Foundation. Anwar beriya-iya mahukan tok guru menerima anugerah itu, Husam pula melobi tok guru agar menerima hadiah itu kerana akan meningkatkan martabatnya sebagai negarawan terulung di negara ini.
Namun, setelah dinasihati oleh ulama-ulama lain dalam PAS, tok guru Nik Aziz menolak anugerah itu kerana Gusi Peace Price Foundation adalah mata rantai Amerika Syarikat yang berpengkalan di Manila. Sebelum ini Anwar telah menerima anugerah yang hampir sama di Manila (St Anteneo Univesity Manila) yang juga rangkaian Amerika atas sumbangannya dalam pluralisme agama di Malaysia.

2. Kuasa Ekonomi

Dua penggal Husam Musa memegang exco paling kanan di Kelantan sebagai exco ekonomi. Bermakna hampir 10 tahun Husam memegang kunci duit kerajaan negeri Kelantan. Semua kelulusan projek, terutamanya kelulusan tender balak adalah melalui kelulusannya. Golongan korporat, tauke-tauke Cina berlumba-lumba untuk menghampiri, melobi dan membodeknya untuk mendapatkan kelulusan projek-projek mereka.

Sebab itu, blog anti-Husam menulis begini;

“Setelah lebih dari 18 tahun PAS memerintah Kelantan, yang kaya bukan PAS Kelantan tetapi Husam Musa. Semua orang tahu Husam banyak duit hasil dari kekayaan kerajaan negeri. Cuma dia bijak “berbelanja”. Dia tidak tunjuk kekayaannya atau berbelanja untuk membeli banglo mewah atau kereta mewah. Tetapi duitnya yang banyak digunakan untuk menjayakan cita-cita politiknya. Sudah berapa banyak kawasan dan negeri yang melaporkan bahawa Husam memberikan mereka wang yang agak banyak untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu. Husam memang pandai kerana dia belajar daripada UMNO dan mentornya Anwar Ibrahim untuk bermain dengan politik wang. Dia tahu bahawa kawasan-kawasan atau negeri yang diberikannya wang sudah tentu akan terhutang budi dengan beliau dan akan menyokongnya kelak bila tiba masanya. Ada juga dikalangan pimpinan kita di Perak dan negeri2 yang lain yang mendapat projek dan imbuhan secara tidak langsung daripada hasil balak di Kelantan. Semuanya hanyalah untuk membeli sokongan daripada negeri dan kawasan”

Salah satu pertikaian MSO (Mohd Sayuti Omar) dengan Husam Musa hingga MSO menggelarkan Husam sebagai si baju petak-petak merah adalah berkaitan dengan projek kambing japnapari.

Husam sangat berminat dengan kambing, hingga dibeli 3 ekor kambing secara cash, melalui laci mejanya bernilai RM66,400. Memang banyak duit Husam, dalam laci mejanya sahaja boleh dicekau wang sebanyak itu, tidak tahulah berapa asset Husam di tempat lain.

Melalui MSO, Husam telah dibawa berkenalan dengan peniaga kambing japnapari di Negeri Sembilan. Husam sendiri turut melihat kawasan perternakan itu dan telah melulusakan satu tapak penernakan projek kamping Japnapari di Tok Uban, Pasir Mas Kelantan.

Pada mulanya urus niaga usahasama berjalan baik di antara syarikat projek kambing Negeri Sembilan dengan projek Japnapari Kelantan yang dinamakan Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Bhd. (APKBB), milik Zulkifli Yaakob kroni Husam. Husam mengarahkan Fazli Abd Samat, Pengarah Urusan Komplek Perkayuan Kelantan (KPK) menggunakan duit KPK sebanyak RM 6 Juta untuk dimasukkan kedalam akaun APKBB sebagai modal untuk Projek Kambing Jihad Ternak.

Namun pada akhirnya projek Jihad Ternak itu menemui kegagalan kerana berlaku perselisihan faham, masing-masing berebut menjadi pemilik autonomi. Akhirnya berlaku tembak menembak dan akhirnya projek itu difailkan ke mahkamah.

Pada peringkat ini, Husam menarik diri, cuci tangan, seolah-olah beliau tidak terlibat, dan MSO orang yang mula-mula beri idea dan ‘kertas cadangan’ bermasam muka hingga ke hari ini.

Banyak lagi cerita-cerita gelap Husam semasa menjadi exco kanan kerajaan Kelantan. Termasuk tuduhan menerima sejumlah wang tunai dari Pengarah Urusan CAM Contract Work & Development (M) Sdn. Bhd. dan dari syarikat SBJ Development Sdn. Bhd pada tahun 2005.
Takiyudin Hassan dan ustaz Nik Amar, kedua-dua juga exco Kelantan tahu permainan-permainan gelap Husam sebab itu mereka tidak segan silu menjadi penentang Husam di Kelantan.

3. Percaturan Kroni

Sebenarnya sudah lama Husam mencaturkan orang-orangnya di tempat strategik untuk bantu karier politiknya di Kelantan, sebab itu nama Husam begitu gagah sekarang ini .

Kebanyakan kroni-kroni Husam yang dicaturkannya mempunyai rekod buruk dan terlibat dengan rasuah;

i) Mohd Fazli Ab. Samat pernah dicaturkan Husam sebagai Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK). Walhal penama ini mempunyai rekod buruk dan terlibat dengan korupsi. Dia didakwa menyalahgunakan wang syarikat untuk projek kambing japnapari. Mohd Fauzi Abdullah dilantik Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB walaupun tidak disukai pekerja bawahan. Kedua-dua kroni Husam itu telah disiasat oleh BPR.

ii) Anual Bakri Haron kawan Husam ketika di Universiti Malaya telah dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar untuk menggantikan jawatan asal Husam sebagai ‘penjaga pintu pejabat tok guru’. Anual Bakri pernah ditampar oleh Cikgu Kadir @ Hamid Musa ( Pegawai Pejabat Pelajaran Negeri ) di Kg Bunut Payong kerana menuduh cikgu itu sebagai KAFIR dan perlu mengucap semula sebab masuk UMNO.


iii) Sebelum Saifuddin Nasution Ismail diambil semula oleh Anwar menjadi Pengarah Strategik PKR dan sekarang ini menjadi Pengarah Pilihanraya PKR, Saifuddin adalah anak buah Husam.

Pada tahun 2005-2007, Saifuddin telah dilantik menjadi (Pengarah Urusan Yayasan Tabung Tok Kenali. Husam telah membayar Saifuddin sebanyak RM8000 sebulan menggunakan duit Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Tabung Tok Kenali digunakan sebagai flatform untuk memperkasakan parti selepas PAS menang dengan majority tipis di Kelantan (hanya majority satu kerusi).

Saifuddin pula menjadi ‘orang perantaraan; antara Husam dengan Anwar Ibrahim. Dari peranan Saifuddin selama tiga tahun di Kelantan, di bawah naungan Husam maka muncullah kumpulan Erdogan yang dikenali hari ini.

Kumpulan Erdogan merupakan kumpulan dua wajah antara wajah PAS dan wajah PKR sepertimana Saifuddin Nasution.



4. Penguasaan media alternative

Husam banyak duit. Boleh beli sesiapa sahaja. Syed Azidi Syed Abd Aziz Al-Bukhary ( Sheikh Kickdefella ) adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sri Hartamas yang pro Anwar. Husam berminat dengan Sheikh Kickdefella, walaupun wataknya dan kehidupannya tidak sesuai dengan PAS. Kickdefella sendiri mengakui di dalam blognya bahawa kehidupannya bebas, bergaul dengan artis dan terlibat dengan minuman keras, namun, Husam berfikir sebaliknya, ‘latar belakang seperti itu’ adalah asset kepada PAS. Husam telah membeli Sheikh Kicdefella dengan harga RM 6000 sebulan menggunakan wang PMBK dan ditugaskan menggunakan media internet untuk menyerang musuh PAS dan musuh-musuh Husam.

Terbongkarnya kisah Husam menguasai media alternative apabila terjadi pertikaian sengit antara Husam Musa dengan seorang pekerja pegawai urussetia penerangan SUK Kelantan yang bernama Ramli Abdul Hamid. Ramli juga merupakan pemilik akhbar tabloid berjodol “Wasilah”.

Husam melalui anak buahnya Khir Zahari Abd Ghani (bekas pegawai urusetia Penerangan SUK) telah mengutip duit KPK dan AKSB untuk membeli permit akhbar-akhbar tabloid bagi mempromosi PAS dan Husam.

Ramli Abdul Hamid telah meletakkan jawatan sebagai pegawai urusetia penerangan Kelantan dan menarik balik permit miliknya Wasilah yang pernah disewa kepada syarikat kroni Husam.

Ramli tidak berpuas hati kerana berita-berita dalam Wasilah dipenuhi dengan propanganda politik yang melampaui sempadan (sepertimana yang digariskan oleh KDN), sedangkan pemilik asal pemit itu adalah namanya.

Selepas itu Ramli menulis kritikan-kritikannya kepada Husam menggunakan blog yang bernama melikapakjangak.blogspot.com

Antara pendedahan Ramli (melikapakjangak) adalah dia tidak berpuas hati dengan layanan double standard Husam dengan membuat bayaran memilih bulu. Kata Ramli permit miliknya Wasilah hanya dibayar RM1000 sebulan sedangkan permit Siasah(milik kawannya MSO) dibayar RM6000 sebulan.

Apa beza Wasilah dengan Siasah, soal Ramli dalam salah satu tulisannya.

Sekrang SIASAH merupakan salah satu media tabloid alternative yang berpengaruh di Negara ini. Walaupun pada asalnya milik MSO, tetapi pemain di sebalik tabir SIASAH adalah kroni Husam yang bernama Zulkifli Sulong. Zulkifli Solong adalah bekas Ketua Pengarang Harakah yang tidak disambung kontrak kerana menggunakan pengaruhnya menjadikan berita-berita Anwar sebagai berita muka depan Harakah.

Seorang pelawat menghantar artikel kepada blog anti-Husam mendedahkan bagaimana Husam menguasai media alternatif untuk mempopularkan dirinya. Husam dikatakan menaja Syarikat Global Media Channel atau ipglobal.tv (syarikat IT) yang terletak di bangunan bersebelahan Jalan Telipot, Kota Bharu. Syarikat projek IT itu menggunakan 30 orang pekerja di bawah seliaan Sheikh Kicdefella dan Hisham.

Syarikat Global Media Channel berperanan menyediakan media tv dan portal berita untuk mengangkat imej Husam kepada pelawat dunia maya.

Husam telah menggunakan pengaruhnya sebagai exco Ekonomi Kelantan untuk mengeluarkan duit PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan) bagi menyengarakan kos operasi syarikat itu.


Jadi beradasarkan hipotisis ini, Husam Musa bakal menjadi pemenang Timbalan Presiden PAS dan bakal Presiden PAS untuk generasi akan datang.


Read On

Grand design besar-besaran Anwar kuasai PAS..

3 comments

Seboleh mungkin Anwar tidak tidak mahu pergelutan muktamar PAS menjadi perhatian masyarakat. Anwar mahu perubahan dalaman PAS berlaku secara menyeluruh tanpa disedari oleh umum. Sebab itu Anwar berusaha divert issue kepada pilihanraya kecil di DUN Penanti dan berpakat dengan DAP supaya buat gimik peletakan jawatan Manoharan, tetapi semuanya tidak menjadi..

Terbaru Anwar meletakkan PAS dalam keadaan terhimpit di Perak. Nizar wakil PAS, dihimpit rapat oleh DAP hinggakan menjadi jurucakap DAP. Kenyataan media Nizar bukan lagi keluar dari pejabat PAS, sebaliknya dibuat di pejabat DAP, membuktikan Nizar tidak cukup power, jika tidak disupport oleh DAP.

Memang itu realitinya, Nizar dari PAS hanya mempunyai 6 ADUN termasuk dirinya sendiri, berbanding dengan DAP 17 dan PKR 5 . Tiga orang yang sepatutnya menjadi ADUN PKR dan DAP telah keluar menjadi ADUN Bebas, menyokong ADUN BN yang berjumlah 27 orang.

Siapa mastermind yang mula-mula mencaturkan wakil PAS menjadi MB Perak (walaupun bilangan ADUNnya 6 orang), kalau bukan Anwar Ibrahim berpakat dengan Husam Musa (PAS) ?

Sebaik sahaja PAS Kelantan berjaya memenangi semula pemerintahan di Kelantan, selepas bernafas nyawa-nyawa ikan (hanya majoriti satu kerusi), Husam merajuk membawa diri ke Kuala Lumpur (menemui Anwar ?) dengan alasan untuk menyelesaikan isu pelantikan kerajaan PR di Perak dan Selangor.

Memang Husam Musa ’laju bekerja’, walaupun kapasitinya sebagai Naib Presiden, tetapi ’terlebih laju’ mengalahkan Presiden dan Timbalan Presiden PAS, melakukan ’perundingan’ dengan Anwar.

Inilah hujah utama geng Erdogan kenapa mereka bermati-matian menyokong Husam Musa sebagai Timbalan Presiden, hatta termasuk Presiden PAS kerana Husam seorang yang ’laju bekerja’

Tetapi ’laju apa’ ? Bertindak sendirian, berpakat dengan Anwar Ibrahim, tanpa mendapat restu daripada Presiden PAS dan membelakangkan Timbalan Presiden PAS. Meletakkan kedudukan Dr Hassan Ali yang sepatutnya menjadi Timbalan Menteri Besar ke posisi paling tercorot kalah kepada Dr Xavier Jayakumar, Elizabeth Wong, Ronnie Lew dan Teresa Kok, inikah yang dikatakan ’laju bekerja’ ?

Berpakat dengan Anwar Ibrahim meletakkan Nizar sebagai MB boneka yang dikontrol oleh 17 wakil DAP di Perak, inikah yang dikatakan ’laju bekerja’ ?

Itu bukan ’laju bekerja’ tetapi menjadi rakan kongsi, menjayakan agenda Anwar untuk meletakkan kedudukan PAS dalam keadaan terhimpit hingga tiada jalan keluar lagi
Maknanya MOU persefahaman kerajaan PR di Selangor dan Perak dibuat antara Anwar Ibrahim, Husam Musa (PAS) dan Lim Kit Siang (DAP). Bukankah itu Husam dari awal-awal lagi sudah menjadi ’budak suruhan’ Anwar yang kononnya mewakili PAS ?

Sebenarnya ketika Husam berunding di Kuala Lumpur itu, Husam dikatakan merajuk apabila terdapat desas desus mengatakan tok guru Nik Aziz tidak akan menyambung tugasnya sebagai exco paling kanan Kelantan (exco ekonomi) dan hanya diberikan exco paling junior (exco belia), namun setelah Husam berjaya ’mengertak tok guru, exco ekonomi telah dikembalikan kepadanya dan Husam kembali semula ke Kelantan.

Tetapi apa yang terjadi dengan MOU Husam dengan Anwar tentang kerajaan PR di Selangor dan Perak ? Adakah idea itu berjaya ?

Gembirakah Dr Hassan Ali yang sepatutnya menjadi Timbalan Menteri Besar Selangor dengan posisi paling tercorot menjaga hal ehwal adat istiadat Melayu dan agama Islam ? Berjayakah Dr Hassan jaga adat Melayu dan Islam, sedangkan Dr Xavier Jayakumar sedang membesarkan kuil, Teresa Kok sedang memperlekehkan simbol-simbol Islam termasuk azan dan tulisan jawi dan dalam masa sama memperbesarkan gereja ?

Ronnie Lew dan Eizabeth Wong pula sedang membenarkan lesen judi, rumah urut dan ’along’ besar-besaran di Selangor. Berjayakah Hassan Ali pertahankan Melayu dan Islam tetapi exco-exco yang lebih kanan daripadanya sedang melakukan grand design besar-besaran menghakisnya ?

Untuk tahu gembira atau tidak Hassan Ali, dengar pendapat Khalid Samad (geng Erdogan) ketika dipecat daripada menjadi Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Kata Khalid, ” Hassan Ali pecat saya kerana dia tidak sependapat dengan saya. Sepatutnya kalau PKR dan DAP yang memenangkan PAS di Selangor, selepas menang PAS patut menyokong kerajaan yang dipimpin oleh PKR dan DAP. Tetapi dia (Hassan Ali) tidak bersetuju dengan saya”

Bagaimana pula dengan Nizar ? Berjayakah agenda PAS, apabila Nizar dikelilingi oleh orang-orang DAP ?. Bermula dengan perjanjian Pangkor 11, gadai tanah rezab Melayu kepada Cina hingga 999 tahun, seperti kata Mustafa Ali, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, tindakan Nizar ibarat memberi bulan dan bintang kepada DAP. Inikah yang kejayaan yang dibanggakan PAS ?

Dengar apa kata Anwar ketika berkempen di Bukit Gantang. "Pilihlah Nizar, dia akan jadi pengganti saya, sekiranya apa-apa terjadi ke atas saya", kata Anwar yang dapat merasakan akan sangkut kes meliwat bekas pembantu peribadi bulan Julai ini.

Maknanya Anwar sudah gantung harapan kepada masyarakat Cina dan PAS dengan meletakkan Nizar sebagai pewaris zuriatnya penyambung jambatan antara PAS dan DAP. Adakah ini retorik politik, kerana Nizar adalah wakil PAS yang tidak mungkin boleh menggantikan tempat Anwar sebagai 'defacto PKR'. Atau Anwar sedang menyusun perancangan mendekatkan PAS dan PKR dengan Nizar sebagai penyatunya?

Lihat apa kesan kempen Anwar di Bukit Gantang. Nizar menang. Tetapi Nizar hilang 30 peratus undi Melayu. Statistik kerisauan hilang sokongan undi Melayu ini bukan dibuat oleh BN, tetapi dianalsis sendiri oleh salah satu think tank PAS Kelantan. Penarik Beca pun marahkan kepimpinan PAS kerana tidak jaga Melayu, hingga hilang 30 peratus di Bukit Gantang.

Soalnya, wajarkah penarik beca (blogger pro Erdogan) hanya marahkan Ustaz Hadi dan Nasaruddin ? Itu hanya petanda awal, jika tidak dibendung akan terus merebak lagi dan ini pasti akan berlaku sepenuhnya jika ulama PAS terus diperlekeh!

Lihat stail kepimpinan Nizar. Adakah dia sesuai jadi wakil PAS atau wakil DAP anggap Nizar sesuai jadi jurucakap DAP?

Nizar dan sentiasa diapit oleh Ngeh dan Nga akan mencabar sesiapa sahaja yang mendakwa PAS ingin memperjuangkan Negara Islam dan hukum hudud. Nizar cabar buktikan PAS memperjuangkan Islam walhal semua itu termaktub dalam fasal 5 perlembagaan PAS ?

Inikah kejayaan Husam, menurut kemahuan Anwar, menjadikan PAS semakin liberal dan akan menjadi seperti PKR.


Inilah satu-satu buah tangan hasil kejayaan Husam, meletakan ahli-ahli ”berbaju PAS, badan PKR’ seperti yang dinukilkan oleh Azizi Abdullah. Kalau itu ukuran kejayaan Husam, tunggu mimpi ngeri yang paling ditakuti oleh tok guru Nik Aziz iaitu bimbang PAS ditolak oleh pengundi Melayu, hingga tinggal satu kerusi seperti yang pernah terjadi di Kelantan.

Sekarang perancangan Anwar dan Husam menguasai PAS secara diam-diam telah terbongkar. Anwar cuba tutup, bimbang konspirasinya terbongkar, Husam pun mahu berpuasa daripada bercakap politik, tetapi bagaimana dengan ahli-ahli PAS yang lain ?

Bagaimana dengan Nik Abduh (anak tok guru) yang terpaksa menulis di blognya mendedahkan konspirasi melaga-lagakan dua tok guru (Nik Aziz dan Hadi) ?

Bagaimana dengan Nasruddin Tantawi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat yang secara terang-terangan mengkritik Anwar berkenaan isu pembinaan replika gergasi Anwar di Gombak dan mengkritik Husam yang mencabarnya supaya melawan Presiden PAS

Nik Abduh dan Nasruddin Tantawi ini kedua-dua produk ’ustaz’ daripada universiti Al Azhar, Timur Tengah. Kedua-dua bersuara tidak bersetuju dengan tindakan Husam, mengadaikan Islam kepada Anwar dan DAP semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

Tetapi apa yang terjadi kepada Nik Abduh selepas dia membongkarkan konspirasi Husam menguasai PAS ? Nik Abduh ditewaskan oleh Abdul Lattif, proksi Husam untuk jawatan Ketua Pemuda PAS Kelantan.

Memang betul Husam mahu ’berpuasa’ daripada bercakap politik, tetapi Husam tidak ’berpuasa’ daripada bekerja mencaturkan individu yang menghalang cita-citanya. Bukankah tindakan Husam ini sebiji sama dengan tindakan Anwar, membunuh sesiapa sahaja, tidak kira lawan atau kawan politik, sekiranya menjadi penghalang politik ?

MSO dalam tulisannya mendedahkan kekalahan Nik Abduh sudah dijangka apabila Mohd Zaki Ibrahim, (Ketua Pemuda PAS Kelantan) telah berjumpa dengan Abdul Latiff di Pantai Cahaya Bulan (PCB) sehari sebelum pengundian. Apabila Mohd Zaki sebagai Ketua Pemuda merestui Abd Latiff, apa harapan lagi Nik Abduh untuk menang ?

Siapa Mohd Zaki ? Dia bekas Ketua Pemuda PAS Kelantan yang bukan kelulusan agama. Dia adalah anak buah Husam Musa. Adiknya Zamarksari Ibrahim adalah Ketua Pemuda PKR Kelantan. Dari situ sudah nampak jelas perkaitan Zaki, Husam dan berakhir dengan Anwar Ibrahim.

Mohd Zaki Ibrahim pula dikatakan disuruh oleh Husam untuk mencabar Nasruddin Tantawi sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat untuk menutup mulut ustaz dari Tantawi itu yang sentiasa memberi dalil Al Quran mengenai kesalahan Anwar Ibrahim.

Adakah selepas ini, Nasruddin Tantawi juga menjadi mangsa kedua sembelihan Husam selepas Nik Abduh ?

Dikatakan jentera Husam sama hebat seperti Anwar Ibrahim. Dana melimpah ruah, orang-orang yang sanggup mati kepadanya telah dibeli satu persatu.

Blogger Kickdefella atau nama sebenar Syed Azidi pun sanggup mati kerana Husam. Kickdefella berasal daripada UMNO (dulu sokong Anwar), masuk PAS dan sanggup menyerahkan nyawa kepada Husam. Ketika salah seorang pelawat blog Meli Kapak Jangak (ketua pengarang Wasilah) mendedahkan kehidupan peribadi Kickdefella (pelawat mendedahkan Kicdefella minum arak dengan menyertakan tulisan pengakuan Kickdefella sendiri) yang tidak selaras dengan aspirasi PAS Kelantan, Husam telah bermati-mati membela Kickdefella dan menghantar surat saman kepada Meli.

Semua orang-orang Keadilan yang keluar dari PKR, masuk PAS pun bertuankan Husam. Adakah ini perancangan Anwar-Husam ? Saifuddin Nasution, dari PKR, masuk PAS, bertuankan Husam Musa, sekarang kembali semula kepada Anwar Ibrahim, sebagai Pengarah Piliharaya PKR.

Begitu juga dengan Saari Sungip, Anuar Tahir, Saufi Daud. Malah ketika Ezam Mod Nor menyatakan ura-ura ingin keluar daripada PKR, orang yang pertama berunding dengannya adalah Husam Musa.

Adakah Husam Musa ingin menjadi PAS seperti PKR, one stop centre, boleh bertukar-tukar ahli sesuka hati. Kalau begitu amat malang bagi PAS, kerana PAS bakal menjadi seperti PKR..

Menjelang Muktamar PAS ini, PAS telah bergolak besar, bukan setakat bergoncangnya jawatan Timbalan Presiden, yang menjadi buruan Husam, Nizar juga dicatur supaya merebut Naib Presiden, Zaki akan merebut Ketua Pemuda dan Dr Lo’lo Ghazali akan mencabar kerusi Ketua Dewan Muslimah.

Kalau semua perancangan ini berjaya, maka lengkaplah grand design Anwar untuk menguasai PAS secara besar-besaran, dan Anwar boleh tersenyum puas serta kembali semula ke Amerika, melaporkan kepada Carl Gershman, bahawa, dia telah berjaya menawan PAS!

Dulu pada tahun 2005, Anwar telah beritahu Carl Gershman bahawa PAS sekarang tidak lagi memperjuangkan cita-cita "Negara Islam". Macam mana Anwar terlalu konfiden yakinkan Carl, si Yahudi penaja dana demokrasi Amerika itu bahawa PAS akan ikut telunjuknya. Kemudian benar seperti dikata Anwar, PAS gugurkan slogan 'Negara Islam' pada PRU 12. Kebetulan atau perancangan Anwar ?

Sekarang, pada 2009, Anwar boleh kembali lagi ke Amerika, beritahu Carl Gershman, "Carl, sekarang bukan setakat PAS berjaya gugurkan "Negara Islam", tetapi seluruh kepimpinannya telah kita ambil alih", kata Anwar sebagai usaha menambahkan lobi demokrasi ke Malaysia.

Mungkin anda berfikir perkara ini tidak logik. Sama juga tidak logik, Anwar boleh melaporkan kepada Amerika berkenaan dengan PAS dan mengetahui apa yang akan berlaku kepada PAS,seperti dalam video NED, sedangkan Anwar bukan ahli PAS.

Read On

Benarkah Anwar peralatkan Husam Musa kuasai PAS ?

0 comments

Ada persamaan antara Anwar Ibrahim dan Husam Musa, selain sama-sama kelulusan aliran bukan agama di Universiti Malaya, kedua-dua disuluh berminat ’menggunakan’ gerakan Islam untuk berjaya sebagai seorang ahli politikus.

Husam berkelulusan ekonomi, manakala Anwar berkelulusan sastera, tetapi kedua-duanya berminat dengan PAS.

Anwar pernah memimpin ABIM dan pernah diramal menjadi Presiden PAS selepas Asri Muda, tetapi Anwar tidak masuk PAS, sebaliknya masuk UMNO, dengan cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Husam pula mendaki jawatan dalam PAS dan mendapat jawatan tertinggi sebagai Naib Presiden PAS, pernah disebut bakal Menteri Besar Kelantan dan sekarang disebut pula bakal Presiden PAS.

Maknanya titik pertemuan antara Husam dan Anwar adalah GILAKAN KUASA. Pernah disebut bakal Perdana Menteri Malaysia, bakal Menteri Besar Kelantan dan bakal Presiden PAS, tetapi hingga kini semua impian itu gagal dicapai.

Anwar tidak mungkin dapat kuasai PAS kerana dia bukan ahli PAS, dan dia dianggap orang luar sebagai defacto PKR. Dalam PKR, memang benar Anwar berkuasa, kerana dia dianggap ’defacto’, tetapi masih boleh berpengaruh ke atas PAS sebagai ketua Pakatan Rakyat (PR). Tetapi ketua PR bukan bermakna Anwar berkuasa mutlak ke atas PAS.

Husam Musa, orang dalam PAS yang dilihat intim dengan Anwar dianggap calon paling berpotensi untuk menjadi Presiden PAS, kerana kedudukannya sekarang sebagai Naib Presiden PAS, dua tangga lagi sebelum bergelar Presiden PAS.

Husam amat berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dengan pertandingan dalam PAS meskipun terdapat banyak pencalonan memihak kepadanya supaya bertanding Timbalan Presiden PAS.

Ketika ditanya media, Husam kelihatan agak keberatan menerima pencalonannya sebagai Timbalan Presiden PAS, seolah-olah dalam kepalanya memikirkan bukan jawatan Timbalan Presiden yang sedang diburunya.

Bacaan fikiran Husam kemudiannya diterjemahkan oleh MSO (penulis politik) dan Nasrudin Tantawi (Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat), sebenarnya hasrat sebenar Husam adalah mahu bertanding jawatan Presiden PAS,.

Barangkali sebab itu Husam keberatan mengulas, memandangkan bahu yang digalasnya amat berat, merempuh ustaz Hadi Awang yang bergelar ulama. Lagipun ustaz Nik Abdul Aziz berkata berkali jawatan Presiden dan Timbalan hanya sesuai untuk ulama dan orang yang bercita-cita untuk bertanding harus ukur baju di badan sendiri.

Ramai berpendapat sindiran ustaz Nik Aziz itu sebenarnya ditujukan kepada Husam Musa kerana melihat isyarat daripada tokoh-tokoh penting PAS Kelantan yang secara jelas memukul Husam.

Ustaz Mohd Daud Iraqi, ketua Dewan Ulama PAS Kelantan mengeluarkan kenyataan tegas mahukan Presiden dan Timbalan mestilah dari kalangan ulama, kerana sudah menjadi tradisi PAS, sejak kepimpinan ulama diperkenalkan semasa zaman ustaz Yusof Rawa menjadi Presiden PAS.

Kenyataan Dewan Ulama PAS Kelantan ini memberi mesej jelas kepada Husam, supaya jangan bertanding, kerana dia tidak sesuai menjawat salah satu daripada jawatan tersebut

Disusuli pula dengan serangan kedua kepada Husam dari dua exco Kelantan yang juga memegang jawatan penting dalam PAS Kelantan. Pertama dari mewakili kumpulan ustaz, Nik Amar yang memegang jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Kedua mewakili golongan profesional, Takiyuddin Hassan yang memegang jawatan Setiausaha PAS Kelantan.

Melihat serangan aktif pembesar-pembesar Kelantan ini, adakah sudah dirancang dan mendapat restu daripada ustaz Nik Aziz yang menjadi Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Kalau tanpa restu, exco-exco kanan kerajaan Kelantan itu tidak berani menyerang Husam tanpa sebab.

Sebabnya semakin terserlah, apabila anak pesuruhjaya PAS Kelantan, Nik Abduh juga turut dicabar jawatan Ketua Pemuda PAS Kelantan, yang sepatutnya diberi laluan mudah kerana anak ustaz Nik Aziz itu sepatutnya tidak ditentang. Penentangnya adalah Abdul Latif, orang yang dikatakan proksi Husam Musa.

Kalau Husam Musa sanggup meletakkan proksi melawan anak ustaz Nik Aziz, bermakna ’anak didik’ sudah makan tuan atau Husam tidak lagi bertuankan tok guru sebaliknya bertuankan ’orang luar’ yang dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia?

Kalau benar Husam sudah bertuan Anwar, bermakna Anwar sedang menyusun grand design besar-besaran untuk menguasai PAS secara dalaman.


Bermula gelaran Erdogan

Gelaran Erdogan diperkenalkan oleh blog anti-husam pada bulan April tahun lepas. Blog itu dipercayai dibina oleh orang dalaman PAS untuk membendung pengaruh Husam yang ditunjuk oleh Anwar untuk menguasai PAS.

Bermakna orang dalam PAS sudah mengetahui grand design Anwar dan Husam sejak tahun lepas dan satu langkah untuk membendung kemaraan dengan mendedahkan konspirasi mereka berdua di dalam blog itu.

Kerana nama Erdogan dipopularkan dalam blog anti-Husam, maknanya Husam adalah ketua kepada kumpulan Erdogan.

Soalnya kenapa nama Erdogan diberi jolokan kepada Husam, kenapa tidak gelaran ’profesional’?

Kumpulan PAS lebih tepat menggambarkan sikap dan perwatakan Husam and the gang sebagai Erdogan, merujuk kepada Recep Tayep Erdogan, Perdana Menteri Turki.

Kenapa nama Erdogan dipilih ?

Menurut Faisal Tehrani, dia ajak pembacanya berhati-hati dengan Tayep Erdogan, kerana katanya kulit nampak Islam, tetapi isi dalam adalah sekular. Erdogan akan mempopularkan dirinya ’jaguh’ Islam, tetapi sebenarnya dia bermain cinta dengan Israel.

Sebab itu Faisal Tehrani menulis Parti Keadilan adalah hamba Amerika. Sekali baca disangkakan Parti Keadilan Malaysia tetapi yang dimaksudkan oleh penulis itu adalah Parti Keadilan di Turki yang dipimpin oleh Recep Tayeep Erdogan.

Maksud penulis itu jelas, sama ada Parti Keadilan di Malaysia atau Parti Keadilan di Turki, kedua-dua adalah hamba Amerika.

Apatah lagi, Anwar Ibrahim pemimpin defacto Parti Keadilan Malaysia adalah penasihat dan sahabat baik kepada Recep Tayeep Erdogan, ketua Parti Keadilan Turki.

Atas premis itu, amat tepat, jika blog anti-Husam memilih istilah Erdogan kepada kumpulan Husam.

Anwar hantar Erdogan berkursus di Turki

Sebenarnya kepimpinan ulama PAS sudah mengesan grand design Anwar menguasai PAS sebelum PRU12. Tetapi perkara itu didiamkan kerana untuk melihat permainan seterusnya.

Ketika itu Anwar berada di Amerika dan sedang aktif berceramah bagi pihak Amerika Syarikat. Salah satu tempat yang sering menjadi kunjungan Anwar adalah Turki.

Sekitar bulan April 2006, Anwar telah mencatur satu gabungan pasukan parti, terdiri daripada PKR, PAS dan DAP ke Turki untuk mempelajari strategi kemenangan Parti Keadilan yang dipimpin oleh Recep Teyep Erdogan.

Wakil PAS yang hadir adalah Syed Azman Syed Ahmad Nawawi. Tian Chua dan Lee Bon Chye pula mewakili PKR dan Teresa Kok mewakili DAP. Manakala Stevan Gan pula mewakili media pro- pembangkang.

Program itu ditaja oleh World Movement for Democracy (WMD) dengan kerjasama National Endowment for Democracy (NED) diadakan di Istanbul Turki.

Recep Tayyip Erdogan, Anwar Ibrahim dan Kim Campbell (Secretary-General, Club of Madrid) memberi ucap utama dalam program bertema "Advancing Democracy: Justice, Pluralism, and Participation”

Selain itu peserta turut terlibat dalam bengkel yang disampaikan oleh Carl Gershman, (Presiden NED), John Sullivan, Center for International Private Enterprise US, dan Asher Arian, mewakili Israel Democracy Institute.

Rumusan yang mereka belajar dari model Parti Keadilan pimpinan Recep Tayyip Erdogan, untuk menang dalam pilihanraya modelnya mesti Parti Islam Liberal yang mengamalkan tolenransi antara Muslim dan Kristian (Pluralisme) dengan disokong kuat oleh oleh projek ”Demokrasi” Amerika.

Model Islam dan Pluralisme yang menjadi kebanggaan Barat di Turki adalah Hagia Sophia di Istanbul yang asalnya sebuah gereja telah diubah menjadi masjid semasa tentera Islam menawan Konstantinapel (Turki) pada tahun 1453.

Seterusnya Khalifah Uthamaniyah menukar nama kepada Aya Sofia dan dijadikan tempat menunaikan solat Jumaat. Ciri-ciri Kristian di masjid itu dicat semula supaya tidak kelihatan.

Namun selepas runtuhnya Khalifah Uthmaniyah, maka bangkitnya tokoh sekular Mustafa Kamal Atatürk, masjid Aya Sofia telah ditutup dan dijadikan sebagai muzium dengan mengembalikan nama asal iaitu Hagia Sophia. Kamal Artaturk mengorek kembali cat-cat yang memunculkan semula lukisan-lukisan berwajah Kristian.



Model seperti itu di Malaysia adalah Parti Keadilan yang dipimpin oleh Anwar. Namun Parti Keadilan pimpinan Anwar tidak mendapat sokongan majoriti Melayu dan parti majoriti Melayu adalah UMNO dan PAS.

UMNO adalah musuh Anwar, tetapi PAS adalah rakan Anwar dalam PR. Jadi target utama untuk mendapat undi Melayu adalah melakukan grand design ke atas PAS yang kemudiannya muncul kumpulan Erdogan PAS.

Bermakna amat munasabah jika Anwar berpakat dengan Husam untuk melakukan reformasi dan transformasi dalam PAS khusus menjadikan PAS sebagai sayap Melayu Anwar selaras seperti Parti Keadilan di Turki.

Apakah perancangan Anwar dan Husam ini akan berjaya ? Sama-samalah kita saksikan perubahan drastik yang akan berlaku ke atas PAS selepas ini.


Read On