Rafizi menang Ketua AMK PKR ?

0 comments

Nampaknya arus perubahan anak muda PKR makin kuat. Rata-rata tidak sukakan Shamsul Iskandar Mat Akin, budak setakat dari segi saiz/karektor badan (gemuk dan pendek), tetapi sikap ketua AMK itu yang yang dilihat penakut dan lembab. Gelaran Shmasul kencing dalam seluar menjadi imej negatif yang menghantuinya hingga sekarang. Maka tiada pilihan lain, Ketua AMK baru perlu dipilih. Mereka kata, "cukup-cukup shamsul ketot pegang ketua AMK, kalau berkarisma sangat, awak bertanding pula, Naib Presiden PKR, ada berani?"

Calon kedua yang disebut-sebut adalah chegubard atau nama sebenar Badrul Hisham Shaharin. Ramai yang tidak suka caon ini, sebab dia tiada idealisme. Bukti yang paling jelas chegubard tiada idealisme, dia sendiri terpaksa menulis kertas edaran bertajuk "Menjawab tuduhan che’GuBard tidak punya idealisma?”. Kalau dah ada idealisme, tidak perlu jawab isu tiada idealisme, kecuali memang tiada idealisme, maka terpaksa menjawab isu idealisme untuk membuktikan ada juga idealisme.

Bukti kedua tiada idealisme adalah nama chegubard itu sendiri. Ramai yang kata chegubard tiada jati diri sendiri. Kalau nak tunjuk Badrul Hisham seorang guru tuisyen, gunalah nama Cikgu Bard, bukannya chegubard. Ramai yang tahu, dari mana chegubard ambil nama tu. Tak lain tak bukan dari nama "Che Guevara", tokoh sosialis Cuba. Nampak sangat tak ada idea, nama pun klon nama orang lain. Sebab itu chegubard suka berdemo, nak tiru gaya Che Guevara, dalam demo pula chegubard suka jadi hero, suka buat provokasi untuk tarik perhatian polis dan media. Suka pekik, suka melolong, itu saja kelebihan chegubard!

Tapi dari segi keberanian chegubard lebih berani daripada shamsul ketot. Shmasul semua orang tahu, saja buat-buat berani, tetapi buat-buat berani hingga terkencing dalam seluar. Sebab itu, menyedari kelemahan penakutnya shamsul, hingga gagal menarik anak muda untuk berdemo sokong Anwar peliwat di mahkamah, chegubard, selaku 'anak saudara' sangkut Anwar menawarkan diri. Bayangkan shamsul ketot janji nak himpunkan 5000 anak muda sokong Anwar di mahkamah, tetapi yang keluar hanya 50 orang sahaja. Tak ada karisma langsung shamsul ketot, hinggakan chegubard menulis warkahnya bertajuk 'Angin pemilihan makin terasa’ untuk diedarkan kepada perwakilan AMK.

Dari segi menonjol dan berani, ya lebih kepada chegubard, tetapi dari segi otak, langsung tak boleh pakai, jadi fail juga macam shamsul ketot.

Jadi siapa yang paling layak terajui AMK ? Sudah tentu Rafizi Ramli. Walaupun perwatakannya lembut dan tidak suka berdemontasi, tetapi dari segi kelulusan sudah mengalahkan kedua-dua calon itu. Shamsul lulusan UIA, chegubard dapat sijil beli dari Korea (sijil chegubard tidak boleh pohon kerja, sebab universiti Korea yang dimasuki chegubard itu tidak diiktiraf kerajaan). Itupun chegubard boleh belajar di universiti (kolej?) swasta di Korea sebab Ezam hantar. Ketika itu Ezam ketua AMK, dapat grant belajar untuk anak muda yang minat berdemontrasi, jadi Ezam hantar chegubard.

Rafizi budak cerdik, lulusan United Kingdom. Dia yang rekrut Nik Nazmi, semasa Nik Nazmi belajar di UK, jadi tidak hairan apabila Nik Nazmi naik dalam PKR, dulu jadi SETPOL Khalid Gagap, sekarang jadi Pengarah Komunikasi PKR, orang yang pertama ditunjuk oleh Nik Nazmi untuk jadi Ketua AMK adalah Rafizi. Kalau Nik Nazmi dah tunjuk tu, kira Anwar tunjuk lah, kerana Nik Nazmi adalah orang kesayangan Anwar, dulu bekas pegawai khas Anwar, disebut-sebut sebagai 'pewaris diari merah' selepas Azmin, dan sekarang apabila PKR kalah dari segi perang media, Anwar pujuk Nik Nazmi berhenti dari jadi SETPOL Khalid dan memegang jawatan baru Pengarah Komunikasi. Ingat senang ke nak berhenti dari jawatan SETPOL, jawatan yang menjanjikan lubuk duit, tetapi Nik Nazmi sanggup berhenti juga, maknanya gaji Pengarah Komunikasi lebih lumayan daripada SETPOL.

Hujah Anwar senang saja, kalau PKR kalah dalam PRU 13, tiada lagi jawatan SETPOL, tetapi jawatan PENGARAH KOMUNIKASI kekal. Kalau awak (Nik Nazmi) tidak pegang jawatan Pengarah KOMUNIKASI, PKR akan tewas dalam PRU 13. Itu hujah mudah Anwar kepada Nik Nazmi.

Lihat siapa di belakang Rafizi, siapa yang bawa Rafizi turun ke cabang-cabang dan ranting ? Orang itu tidak lain tidak bukan adalah Azmin Ali, bakal Timbalan Presiden PKR. Siapa Azmin di sisi Anwar ? Itu kena tanya dengan Ezam dan Anuar Shaari. Kalau tidak tidak muncul istilah 'Parti 3 A'. Kalau 3 A dirujuk kepada Anwar, Azizah dan Nurul Izzah memang kena, sebab mereka anak beranak, tetapi 3 A dirujuk kepada Anwar, Wan Azizah dan Azmin, dilihat pincang kerana Azmin bukan ahli keluarga sebenar Anwar. Tetapi Azmin mengaku Anwar adalah ahli keluarganya, termasuk dari keluarga sebelah isterinya, Shamsida Taharin. Ini salasilah baru, kena tanya dengan Dato Nallakarupan, macam mana boleh muncul salasilah ni!

Sekarang makin jelas, Azmin sokong Rafizi, Nik Nazmi pun sokong Rafizi, bermakna Nik Nazmi adalah anak buah Azmin, sebab itu Wan Azizah lantik orangnya, Faekah menjadi SETPOL baru Khalid Gagap. Ada polititing rupanya di pejabat MB Selangor, hinggakan dua orang kuat Anwar, Azmin dan Azizah, masing-masing bertarung untuk merebut kasih kepada Anwar !



Read On

Menuntut pendirian Anwar berkenaan HUDUD

1 comments

Semalam, Anwar mengadakan sidang media selepas mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat di Petaling Jaya kononnya ingin beri penjelasannya tentang hudud, tetapi seperti biasa jawapan Anwar tidak memuaskan, samar-samar dan tiada pendirian. Akhirnya seperti seperti sebelum ini, Anwar akan mengambil peluang melakukan serangan-serangan dilemparkan kepada pihak lain khususnya UMNO.

Taktik menyerang pihak lain bertalu-talu ini bertujuan untuk melarikan persoalan pokok, pendiriannya tentang hudud, dan mengajak penyokongnya membicarakan persoalan lain. Inilah jawapan master of the spin, tidak menjawab isu sebaliknya menyalahkan pihak lain.

Kenapa Anwar tidak mahu menyatakan pendiriannya tentang hudud ? Rasanya semua orang tahu jawapannya, sama seperti apabila orang ramai mendesak Anwar melakukan sumpah dengan menafikan tidak meliwat Saiful. Anwar juga enggan, sebaliknya menyalahkah PUTERA UMNO membaca fatihah kasi betul. Apabila Anwar tidak menjawab soalan, dan mula menyalahkan pihak lain bertalu-talu bermakna, dia berusaha untuk menyembunyikan sesuatu.

Dalam konteks hudud, Anwar sebenarnya tidak menyokong hudud, sebab itu serangan bertalu-talu kepada pihak lain. Dalam konteks liwat, Anwar sebenarnya meliwat Saiful Bukhari, sebab itu dia enggan bersumpah hingga sekarang.

Pelik juga, orang yang pernah menjadi Presiden ABIM seperti Anwar menolak hudud. Lagi pelik, orang yang pernah diramalkan menjadi bakal Presiden PAS satu ketika dulu menolak hudud, sedangkan hudud menjadi gagasan utama PAS.

Tetapi itulah realiti sebenar Anwar. Split karektor. Orang pernah meramalkan jadi Presiden PAS, akhirnya dia masuk UMNO. Orang pernah ramalkan jadi pejuang Islam, akhirnya dia jadi jaguh kepada bukan Islam. Orang pernah ramal jadi Insan Quranik, insan kamil lagi muttakamil, akhirnya dia jadi tokey pemerdagangan kalimah Allah. Orang pernah ramal jadi jaguh anti Yahudi, akhirnya dia lah kepala penyokong Yahudi dan orang pernah ramal jadi PM dari tahun 1997, tetapi hingga sekarang masih jadi peliwat.

Kenapa Anwar gagal mencapai cita-cita hingga sekarang. Sebabnya Anwar mengamalkan politik bermuka dua. Pendirian tidak jelas. Ketika dia menonjolkan dirinya seolah-olah sama seperti perjuangan PAS, tetapi anak buahnya membelasah teruk polisi PAS. Siapa tidak kenal Nik Nazmi, bekas pegawai paling kanan Anwar sekarang pegarah komunikasi PKR yang bertanggungjawab menerangkan dasar-dasar PKR kepada umum. Apa pendirian Nik Nazmi tentang hudud ? Nik Nazmi secara jelas menyatakan hudud tidak sesuai di Malaysia dan dasar PKR menolak hudud. Jadi ? Klik di sini

Mungkin ada berhujah, itu pandangan peribadi Nik Nazmi. Benarkah begitu ? Kalau benar, ada tak Nik Nazmi ditegur Anwar kerana mengeluarkan kenyataan menyanggah hudud ? Tidak ada. Ada tak, PKR mengadakan jawatankuasa disiplin menghakimi Nik Nazmi yang menentang hudud sebagaimana yang dilakukan ke atas Zul Nordin mengadakan jawatankuasa disiplin kerana kenyataannya menentang kalimah Allah kepada bukan Islam ? Pun tidak ada. Nik Nazmi lepas. Zul Noordin kena!

Itu belum ditanya lagi pendirian pembesar-pembesar PKR tentang hudud. Apa pandangan Lim Boon Chye ? Sivarasa Rasiah ? Dr Xavier Jayakumar ? Chua Jui Meng ? Tian Chua ? Elizaberth Wong ? Irene Fernandez ? Dr Jeffrey Kitingan ? Rasanya anda tahu jawapannya.

Kalau ada yang mengatakan tidak adil kerana bertanya kepada bukan Islam, sekarang kita bertanyakan kepada pembesar-pembesar PKR Islam. Apa pandangan Wan Azizah ? Azmin Ali ? Nurul Izzah ? Zaid Ibrahim ? Semua orang sudah tahu, pendirian mereka tentang hudud adalah sama dengan Anwar. Tidak bersetuju dengan hudud tetapi mendiamkan diri untuk menjaga hati PAS.

Tetapi pendirian Zaid tentang hudud semua orang tahu. Bukan setakat tentang malah saman pula PAS di mahkamah kerana mahu melaksanakan hudud. Ada yang berkata itu pendirian lama Zaid, ketika dalam UMNO, sekarang Zaid telah berubah, sudah sokong hudud. Dulu Zaid minum arak, sekarang tidak lagi, itu lah kempen-kempen PAS untuk memenangkan Zaid di Hulu Selangor. Ironiknya, walaupun PAS bermati-matian membersihkan imej Zaid, tetapi semalam, Zaid mengeluarkan kenyataan medianya sekali lagi menentang pelaksanaan hudud di Malaysia. Bermakna, Zaid masih lagi minum arak ! Klik di sini

Kalau orang kiri kanan Anwar semuanya menentang hudud, hanya Anwar seorang menyokong hudud ? Penasihat umum macam mana gagal mempengaruhi orang disekilingnya untuk menyokong hudud ? Hakikat sebenar dalam mesyuarat inner circle PKR, Anwar menjadi ketua menentang hudud, sebab itu semua anak buahnya konsisten menentang hudud, tetapi apabila Anwar berhadapan dengan PAS, dia berpura-pura jadi seperti PAS, sedangkan anak buah Anwar lain konsisten menentang hudud.

Cerdik la sikit main politik, tempelak Anwar. Bagi Anwar semuanya politik. Gadai kalimah Allah pun politik, meliwat pun politik! Bagi Anwar tiada erti halal/haram dalam kamus politiknya.

Nak kenal pendirian sebenar berkenaan Islam, dengar ucapan Anwar di depan khalayak bukan Islam. Ketika bercakap dengan media ABC Australia pada tahun 2007, Anwar dengan lantang menolak Negara Islam.

Ketika Anwar berucap di depan masyarakat Cina di Kajang pada tahun 2008, Anwar sekali lagi mengulangi pendiriannya menolak Islamic State (Negara Islam).

Tetapi ada juga mereka yang pro Anwar berhujah itu pendirian lama Anwar, pendirian sebelum menjadi Ketua PR. Allah Maha Kaya mahu tunjukkan kebenaran. Ketika Anwar pergi ke US pada Jun 2010, dalam program melutut kepada Yahudi baru-baru ini, sekali lagi Anwar mengulangi pendiriannya menolak Negara Islam. Dah berapa kali mahu ulang, kata Anwar, dah berpuluh-puluh kali dah, kata Anwar di Woodrow Wilson Center, Washington DC.

Bukan setakat Anwar kata dia menolak Negara Islam, tetapi dia memberi sebab kenapa dia menolak Negara Islam. Pertama Negara Islam menghalang kebebasan beragama. Kedua Negara Islam menghalang kebebasan (termasuk soal meliwat. Anwar juga menjelaskan secara terperinci, apa yang dia mahu. Dia mahu sebuah Negara Sekular, yang menjunjung kedaulatan undang-undang barat yang menjamin kebebasan beragama termasuk murtad dan menjamin kebebasan meliwat!. Klik di sini

Kalau sudah terang-terang Anwar menolak Negara Islam, jadi apalah sangat dengan hudud yang merupakan salah satu daripada kompenan Negara Islam..


Read On