Kalau bukan GAY, kenapa LGBT sokong Anwar ?

Zahid Mat Arip, bekas penyokong tegar Anwar yang pernah memegang jawatan Naib Ketua Pemuda Keadilan bertanya "golongan minoriti mana yang ingin dibela Anwar ? Adakah golongan minoriti homoseksual yang sedang menuntut hak mereka?"

Ketika ditanya apakah perbezaan Anwar dulu dengan sekarang, Zahid menjawab, "dulu Anwar, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, sekarang Anwar adalah bekas banduan. Pada benda-benda benar macam ni, Anwar akan marah, tetapi hakikatnya, siapa yang menghuni penjara 7 tahun, kalau bukan Anwar?".

Pada tahun 1998, ketika kali pertama Anwar didakwa melakukan perbuatan homoseksual, rakyat Malaysia dikejutkan dengan sokongan terhadap Anwar dari sebuah pertubuhan GAY di Filipina, The Progressive Organization of Gays in the Philippines atau diringkas menjadi PROGAY Philippines yang berdemonstrasi di depan kedutaan Malaysia di Manila pada 27 September 1998.

Dalam video demonstrasi PROGAY itu seperti yang dipaparkan di channel anwaribrahimdotcom, penyokong-penyokong Anwar di Filipina membawa spanduk-sepanduk di antaranya bertulis "Repeal Sodomy Law & All Anti-GAY Law's Decriminalize Homosexuality in Malaysia" (Mansuhkan Undang-undang Liwat & Semua Undang-undang Anti-Homoseksual Yang Mendiskriminasi Aktiviti Homoseksual di Malaysia); "Repeal Internal Security Act & Stop Human Rights violation in Malaysia" (Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri & Hentikan Pencabulan Hak Asasi Manusia di Malaysia) dan "Gay Rights are Human Rights!" (Hak-hak Homoseksual adalah Hak-hak Kemanusiaa!).

Kita menjadi keliru, seandainya Anwar menafikan dirinya adalah GAY, kenapa PROGAY Filipina dari kelompok minoriti LGBT (Lesbian, Homoseksual, Biseksual dan Transgender) berdemonstrasi menyokong Anwar Ibrahim dengan membawa spanduk-spanduk yang mengesahkan Anwar adalah mangsa undang-undang disebabkan aktiviti homoseksual ?

Hanya kelompok GAY yang dapat mengenali ahli-ahli kumpulan mereka, walau di mana mereka berada !

Kemudian pada November 1998, sekali lagi kita dikejutkan dengan kritikan Al Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat kepada kerajaan Malaysia, dalam persidangan APEC, Kuala Lumpur. Di samping mengkritik secara terbuka di depan Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia, Al Gore juga memuji rakyat Malaysia yang berani berdemonstrasi menyokong Anwar Ibrahim untuk melaksanakan "Reformasi" dan "Demokrasi" di Malaysia

“And so, among nations suffering from economic crises, we continue to hear calls for democracy, calls for reform in many languages – People’s Power, Doi Moi, Reformasi… We hear them today – right here, right now – among the brave people of Malaysia.”. Klik di sini

Laporan thefreelibrary.com menyebut selepas ucapan Al Gore itu, Presiden Filipina, Joseph Estrada menghampiri Al Gore dan mempertahankan ucapannya dengan berkata, "Sebagai presiden kepada sebuah negara yang demokratik, saya bersama dengan pendapat anda". Klik di sini

Sekarang semua itu bukan kejutan. Dulu kita tidak kenal latar belakang Al Gore, sekarang kita sudah kenal, Al Gore sebenarnya adalah penyokong aktiviti homoseksual yang berselindung di sebalik slogan 'hak asasi', 'kebebasan' dan 'demokrasi'.

Evan Wolfson, Pengarah Eksekutif Freedom to Marry sebuah organisasi LGBT yang memperjuangkan perkahwinan sesama jenis di Amerika Syarikat mengesahkan Al Gore merupakan salah seorang tokoh berpengaruh yang menyokong perkahwinan sejanis itu. Klik di sini

Current TV menyiarkan ucapan Al Gore yang berkata; "Saya berpendapat bahawa lelaki homoseksual dan wanita lesbian sepatutnya mendapat hak-hak yang sama seperti lelaki dan wanita normal, untuk mendapatkan kontrak-kontrak, hak-hak pelawat di hospital , untuk bersama dalam perkahwinan, dan saya tidak faham mengapa ia dianggap oleh sesetengah pihak, bahawa membenarkan perkahwinan homoseksual dan lesbian adalah satu ancaman kepada perkahwinan normal"

Malah tidak mengejutkan apabila Majalah Globe, sebuah majalah terunggul di Amerika Syarikat membongkar Al Gore sendiri terlibat dengan aktiviti homoseksual bersama lelaki Gay. Dan majalah itu merumuskan punca sebenar perceraian Al Gore dengan Tipper kerana isterinya berjaya merakamkan bukti hubungan seks suaminya bersama lelaki Gay itu. Klik di sini

Bermakna selama ini, kita tertipu dengan muslihat Al Gore yang membela Anwar Ibrahim di atas tema 'reformasi', 'hak asasi' dan 'demokrasi' rupa-rupa untuk mengabui mata rakyat Malaysia bahawa Anwar merupakan seorang homoseksual. Malah jika kita menyelidik lebih mendalam terma'reformasi', 'keadilan', 'hak asasi' dan 'demokrasi' adalah tema-tema yang menjadi slogan perjuangan LGBT.

Rupa-rupanya seorang lelaki homoseksual bijak membuat proses penyamaran dan berselindung di sebalik simbolik-simbolik tertentu yang hanya difahami oleh kaum sejenisnya sahaja.

Anwar meliwat lagi

Setelah rakyat Malaysia hampir melupakan episod liwat Anwar Ibrahim, sekali lagi kita dikejutkan dengan pendedahan bekas pembantu Anwar, seorang pemuda bernama Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008.

Anwar meliwat lagi ? Itu yang kita tahu kerana pemuda itu buat laporan polis dan kesnya dibicarakan di mahkamah yang kita tidak tahu, mungkin ada lagi. Siapa tahu kan..tetapi Anwar tahu semua. Dia kenal Rashid, Sri Indrawan, Satesh Kumar, Joshua, Ismail dan ramai lagi..

Apabila Saiful bangkit mendedahkan skandal Anwar, kumpulan pertama yang tampil membela Anwar adalah LGBT Malaysia.

Susan Loone, bekas wartawan Malaysiakini yang sepatutnya menjadi calon Keadilan pada tahun 2004 mendedahkan diblognya dua aktivis bernama Alina Rastam dan Shanon Shah bin Mohd. Sidik telah memulakan kempen mendapatkan tanda tangan rakyat Malaysia menyokong Anwar Ibrahim. Tulis Susan Loone, AWAM (the All Women’s Action Society) dan PT Foundation telah menyokong kempen tersebut.Klik di sini

Siapa Alina Rastam ? Susan perkenalkan sebagai 'penulis' and 'aktivis'. Aktivis apa ? Susan tidak beritahu apa-apa. Tetapi laman poetrycafekl.com beritahu lanjut "Alina adalah seorang aktivis dan komentator sosial, terutamanya berkenaan hak-hak seksual di negara ini". Adakah Alina adalah lesbian ? hehe..Klik di sini

Siapa pula Shanon Shah bin Mohd. Sidik ? Susan tulis 'penulis', 'pelakon' dan 'aktivis'. Masih lagi Susan tidak menjelaskan aktivis apa ? NST menjelaskan Shanon adalah seorang penyanyi..meneruskan karier seninya selepas kemenangan mengejut dalam ICOM Millenium Patriotic Song Competition 2001. [klik di sini ].

Laporan NST itu menyebut Shanon Shah adalah pekerja kepada portal baru Radiqradio. Apa itu Radiqradio ? Harakahdaily melaporkan, 'Radiqradio adalah projek tertungak yang diusahakan oleh CIJ (The Centre for Independent Journalism). Projek yang dilancarkan pada tahun 2001 dengan sepasukan lapan orang kakitangan..'. Klik di sini

Tetapi laporan dari IRC International menyebut Shanon Shah adalah wakil Sister In Islam (SIS) dari Malaysia. Shahnon wakil SIS ? Ingatkan SIS untuk wanita..hehe Klik di sini

Tetapi lebih tepat adalah laporan MStar yang melaporkan SHANON SHAH BIN MOHD SIDIK sebagai Pengarah Eksekutif, Amnesty International Malaysia (AIM). Klik di sini

Aktivis AIM rupa-rupanya. Patutlah boleh jadi wakil SIS dan sokong Anwar Ibrahim. Siapa di belakang AIM ? OSI (Open Society Institute). Siapa pemilik OSI ? Soros! hehe..sudah nampak jaringannya..

Laman khairaummah.com bertanya adakah Shanon juga seorang aktivis homoseksual ? hehe..Klik di sini

Berpusing-pusing nak mengenali latar belakang sebenar aktivis hak asasi manusia ni..berselindung sana, tutup sini..pakai banyak watak..banyak flatform..apa sebenarnya mahu disembunyikan ? Apa agenda sebenar mereka di Malaysia ?

Siapa pula Susan Loone ? Tulis Susan, "Nama saya ialah SUSAN LOONE. Saya seorang penulis bebas , dan pekerja NGO / aktivis hak asasi manusia, hidup di Bangkok. Saya bukan operatif CIA atau dibayar CIA untuk menulis blog ini.. terutama cerita-cerita Altantuya.." Klik di sini

Haha, sebelum dituduh ejen CIA lebih baik menafikan dulu. Aktivis hak asasi manusia, tetapi 'berminat' menulis tentang Altantuya dan beroperasi pula di Bangkok..menarik ni..

Tetapi Forum Asia (Asian Forum for Human Rights and Development) yang beroperasi di Bangkok mendedahkan Susan Loone adalah Programme Coordinator: Information and Publications Forum Asia. Klik di sini. Siapa di belakang Forum Asia ?

Sebagai aktivis hak asasi manusia, adakah Susan Loone menyokong aktiviti homoseksual dan LGBT di Malaysia ? Susan sendiri menjawab persoalan ini dalam tulisannya bertajuk "Lesbians and gays take to the streets". Klik di sini


Soalan cepumas, adakah Susan juga seorang lesbian ? hehe..








0 comments:

Post a Comment