Bagan Pinang dah umum calon, Anwar masih merewang di Amerika Syarikat..

0 comments



Hari ini Bagan Pinang telah umum calon. BN hantar Isa Samad, PAS hantar Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifly Mohamad Omar, tetapi ketua PR, Anwar Ataturk masih lagi merewang di Amerika Syarikat. Itu belum lagi menjadi PM, tetapi sudah berlagak sebagai PM, merewang, enjoy, di luar negara, meninggalkan Parti Islam terkontang kanting seorang diri. Ini isyarat awal, Anwar tiada semangat setiakawan, dia boleh meninggalkan rakan partnernya bila-bila masa. Dia boleh lari sekali lagi ke Amerika Syarikat, jika keadaan di Malaysia, tidak begitu berpihak kepadanya. Anwar telah membuktikannya pada tahun 2005-2007. Tanda awal. Dia sedang melobi.

Seperti biasa, Anwar gambarkan dia berangkat ke Amerika Syarikat dengan ditemani oleh Wan Azizah. Tetapi Anwar juga tulis, dia dodoikan Wan Azizah supaya tertidur di hotel dan dia boleh merewang-rewang seorang diri.[Klik di sini] Seperti biasa, Wan Azizah hanya pengiring untuk hantar Anwar sahaja, lepas hantar, Wan Azizah akan balik ke Malaysia untuk mengiringi calon PAS di Bagan Pinang. Tetapi Anwar masih merewang ke seorangan di US.

Bahaya tu Kak Wan, meninggalkan Anwar sorang-sorang di US. Itu negara free country. Itu negara bebas untuk kaum homoseksual. Godfather Anwar, Al Gore pun jadi penyokong utama kaum GAY di Amerika. Dia berkempen habis-habisan supaya kaum Gay dibenarkan hidup secara bebas, mengamalkan aktiviti seks mereka secara bebas, malah Al Gore juga perjuangkan agar kaum Gay boleh berkahwin sesama jenis serta diberikan hak asasi mereka. Itulah namanya perjuangan FREEDOM!

Di New York, Los Angeles, California, dan wilayah-wilayah lain, kaum gay hidup bebas, boleh merewang ke sana sini serta berani declare diri sebagai seorang homoseksual. Itulah negara FREEDOM!

Bukan setakat itu, malah institusi gereja juga telah mengiktiraf gay. Buktinya Gene Robinson, seorang gay telah dilantik sebagai Paderi Besar di New Hampshire Amerika Syarikat pada tahun 2003. Semasa angkat sumpah jadi paderi, 'anak ikan' Gene Robinson bernama Mark Andrew, pun turut sama meraikan upacara bersejarah boyfriendnya itu. Klik di sini dan di sini



Gene Robinson adalah penyokong kuat kepada Presiden Barack Obama kerana polisi Obama lebih cenderung kepada FREEDOM dan hak asasi kaum gay. Jika Obama menang sebagai Presiden, paderi Robinson akan mendaftarkan perkahwinan sesama jenisnya dengan Mark Andrews,dalam akta kebenaran berkahwin sesama jenis yang dinamakan, 'civil union law'. Klik di sini

Itulah maksud Anwar ketika berucap di New York (2005) dalam program NED, sekularisme bukan anti agama, sekularisme cuma pengasingan antara agama dan pemerintahan. Maksudnya, jika mengamalkan seluralisme, semua amalan agama dibenarkan (bebas beragama), sebab itu Anwar kata sekularisme tidak anti agama, malah sekularisme membenarkan cara hidup individu yang bebas, terutamanya boleh dihalalkan perbuatan homoseksual. Pengamal homoseksual pun boleh jadi paderi. Sudah terbukti di US, sekularisme tidak anti agama.

Nampaknya sekali lagi acara mengiringi calon PAS, tanpa kehadiran Anwar. Nampaknya Anwar tidak begitu bersungguh setiap kali calon PAS bertanding, tetapi jika calon PKR bertanding, Anwar akan membatalkan semua program di luar negara dan sanggup bercongol di kawasan pilihanraya dari hari penamaan calon hingga ke hari mengundi.

Ini bukan kali pertama Anwar buat perangai dengan PAS. Ketika penamaan calon pilihanraya kecil Kuala Terengganu - P036 - pada Januari 09, Anwar juga tidak mengiringi calon PAS. Ketika itu Anwar merewang-rewang di Dubai dan Turki. Kedua-duanya negara sekutu Amerika Syarikat. Klik di sini

Malah ketika parlimen bersidang, Anwar tidak ghairah menghadiri sidang parlimen, sebaliknya pada masa yang sama lebih ghairah menghadiri persidangan Amerika Syarikat, di Doha, Qatar. Nampak sangat Anwar lebih pentingkan Amerika Syarikat, berbanding dengan negara sendiri. Klik di sini

Nak kata Anwar sibuk kerana dia Menteri Luar Negari. Tidak juga. Dia hanyalah ketua pembangkang, parlimen Malaysia, merangkap ketua PR. Sepatutnya sebagai ketua kepada 'pakatan parti-parti rakyat', Anwar harus bertanggungjawab sepenuhnya. Nak kata, Anwar adalah PM. Tidak juga. Hasratnya nak jadi PM pada 16 September tahun lepas hanya tinggal angan-angan Mat Jenin saja. Tetapi cara Anwar sibuk merewang ke sana sini, mengalahkan Menteri Luar Negara hatta mengalahkan PM Malaysia!

Apa penting sangat Anwar merewang di Amerika, hingga meninggalkan PAS keseorangan di Malaysia ?

Anwar kata sangat penting. Godfather Yahudi Al Gore sudah panggil. Godfather Al Gore nak berdiskusi pasal negara China. Maka Anwar pun cepat-cepat ke kedai buku beli buku-buku negara China. Tak sempat baca di rumah, diangkutnya semua buku-buku itu naik kapal terbang. Kena baca, kena faham, sebab nak menjawab depan godfather ni. Tak boleh engkar arahan godfather!.

Sekali fikir, kalau setakat nak berdiskusi hanya menggunakan bahan-bahan bacaan buku, tidak semestinya jemput Anwar, kerani Al Gore pun boleh jadi tukang baca. Apa barang, berdiskusi guna buku. Dua kali fikir, kalau ya pun nak berdiskusi dengan Al Gore, tak kan berdiskusi selama seminggu...wow! Biasanya orang lain berdiskusi paling lama dua hari, lepas tu baliklah ke tempat asal, tetapi Anwar tak balik-balik, kenapa ? Pergi berdiskusi ke, buat apa?

Anwar tidak pernah hormat dengan Haji Hadi. Siapa Haji Hadi ? Lainlah dengan Al Gore, si Yahudi, neocons penaung kaum Gay di Amerika Syarikat. Sebab itu Anwar menolak jemputan untuk menghadiri penamaan calon PAS kerana sibuk menadah kitab dengan Yahudi Amerika!

Read On

Al Gore kempen besar-besaran hak asasi kaum Gay!

0 comments

Sekiranya anda menaip search engine (yahoo) dengan mencari kata kunci "Al Gore Gay", anda akan berjumpa dengan pelbagai artikel berkaitan dengan kempen Al Gore supaya rakyat Amerika memberi hak asasi kepada kaum gay, termasuk haknya untuk berkahwin sesama jenis.

Video Al Gore menyokong Gay yang diucapkan pada 17 Januari 2008 menjadi berita yang paling kontoversi. Transkrit video itu seperti berikut;



I think it’s wrong for the government to discriminate against people because of that person’s sexual orientation.

I think that gay men and women ought to have the same rights as heterosexual men and women, to make contracts, to have hospital visiting rights, to join together in marriage, and I don’t understand why it is considered by some people to be a threat to heterosexual marriage to allow it by gays and lesbians.

Shouldn’t we be promoting that kind of faithfulness and loyalty to one’s partner regardless of sexual orientation? Because if you don’t do that then to that extent you are promoting promiscuity and you are promoting all the problems that can result from promiscuity.

And the loyalty and love that two people feel for one another when they fall in love ought to be celebrated and encouraged, and shouldn’t be prevented by any form of discrimination in the law.


Video Al Gore ini disebarkan secara meluas terutamanya di website Freedom to Marry. Klik di sini

Freedom to Marry adalah satu perjuangan Kebebasan kepada kaum homoseks dan tidak homoseks untuk berkongsi persamaan perkahwinan. Dilancarkan pada 2003, diketuai oleh Evan Wolfson. Di peringkat nasional ia dinamakan "architect of the marriage equality movement" > Klik di sini

Berkaitan dengan sokongan Al Gore, Evan Wolfson berkata, "Al Gore, a true world leader, explains it perfectly. The freedom to marry is about protecting all families and promoting loyalty and love and commitment. As on so many crucial questions, Gore gets it right, and shows what leadership really means."

Isu gay dan homoseksual merupakan isu utama di Amerika. Kebanyakan tokoh-tokoh parti Demokrat seperti Al Gore dan Obama menyokong hak asasi kaum Gay serta meluluskan perkahwinan sesama jenis untuk mendapat undi daripada kaum tersebut.


Read On

Al Gore sokong gay!

0 comments



Bekas Naib Presiden, Al Gore menyokong perkahwainan homoseksual, kenyataan yang dikeluarkan dalam bentuk video 17 Januari 2008. Al Gore yang memenangi anugerah Nobel Prize Keamanan berkata pasangan perkahwinan homoseksual sepatutnya diberi hak yang sama seperti pasangan perkahwinan lelaki dan perempuan.

"Saya fikir pasangan lelaki homoseksual dan pasangan heteroseksual perlu diberi hak untuk rawatan di hospital. Saya tidak nampak pasangan perkahwinan gay menjadi ancaman kepada perkahwinan heteroseksual"


The Baptist Press melaporkan video ucapan al Gore itu boleh didapati di Current.com. Video Al Gore adalah seperti di atas.

Menurut Al Gore, kebahagiaan dan nilai kesetiaan perkahwinan tidak bergantung kepada jenis orientasi perkahwinan.

Semasa beliau menjadi Naib Presiden Amerika Syarikat, beliau dan Presiden Clinton telah melakukan perubahan dengan memberi hak kepada kaum homoseksual dalam satu deklarasi yang ditandatangani oleh Presiden Clinton yang dinamakan "The Defense of Marriage Act into Law"

Pada Mac 2006, ketika menghadiri acara kempen Hak Asasi di Los Angeles, Al Gore mengakui nilai "kasih sayang membawa pergertian yang banyak" sambil merujuk majlis perkahwinan yang dianjurkan oleh datuk bandar San Francisco, Gavin Newsom.

Detroit Free Press melaporkan Gavin Newsom, merupakan datuk bandar yang berani dan terbuka menyeru agar California melaksanakan perkahwinan sesama jenis secara sah di sini undang-undang. Dahulu pasangan gay and lesbian hanya dibenarkan perkahwinan di bawah 'civil unions under California legislation' tetapi pada tahun 2004, datuk bandar Newsom memutuskan untuk memberi semua hak asasi perkahwinan kepada pasangan sejenis itu. Klik di sini

Selepas bersara dari memegang jawatan orang nombor dua terpenting di Amerika Syarikat, Al Gore bersama isterinya Tipper menulis sebuah buku bertajuk " "Joined at the Heart: The Transformation of the American Family," yang dalam buku itu turut memuatkan profil pasangan-pasangan gay.

Menurut Al Gore membenarkan perkahwinan sesama jenis, sesuai dengan falsafah demokrasi dan kebebasan serta hak asasi manusia.

Al Gore merupakan figur yang terkenal di Malaysia, kerana pada tahun 1998, beliau mengecam kerajaan Malaysia dan menyokong "Reformasi" serta berkempen membebaskan Anwar Ibrahim, yang dipecat daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia

 akibat kesalahan moralnya berkaitan dengan seks di luar tabii (liwat).

Anwar didapati bersalah melakukan perbuatan liwat terhadap bekas pemandunya, Azizan Abu Bakar dan dijatuhkan hukuman penjara selama 9 tahun pada tahun 2000. Namun pada tahun 2004, Anwar dibebaskan kerana berjaya dalam proses rayuan di Mahkamah Persekutuan, walaupun kesemua hakim bersepakat bersetuju mengatakan wujudnya aktiviti liwat antara Anwar dan Azizan.

Pembebasan Anwar pada tahun 2004, dianggap sebagai pembebasan teknikal dan diistilahkan sebagai 'pembebasan simpati politik'.

Read On

Maka berdiskusilah Anwar dengan si Yahudi Richard Haas

0 comments

Ini tulisan Anwar di blognya semalam (25 September).."Di New York, sejurus tiba di hotel, pengerusi Council on Foreign Relation Richard Haas berkunjung minum teh bersama. Richard baru meluncurkan buku menyerang mantan Presiden Bush kerana dasar tempang menyerang Iraq tanpa alasan kukuh, dan bukan “war on necessity” Klik di sini


Baru sahaja sampai di hotel, Pengerusi CFR, Richard Haas sudah tunggu. Lalu Richard pun ajak Anwar minum teh. Nasib baik Anwar tak tulis minum teh tarik. Kalau tulis minum teh tarik pun para penyokongnya tetap percaya.

Kenapa si Yahudi Richard Haas tunggu Anwar. Siapa Anwar, sampai begitu penting hingga belum dapat berehat, sudah ditunggu di pintu hotel ? Anwar kan diplomat jemputan CFR (klik di sini), jadi memang wajarlah pengerusi CFR menunggu untuk mendapatkan laporan.

"Macam mana perkembangan Parti Islam di Malaysia, awak dah ikat betul-betul kah ?" Masih turun ke jalan raya anti Amerika dan Israel lagi kah ?" Barangkali itulah soalan pertama Richard Haas.

Anwar sengaja menulis yang hebat-hebat di blognya, sebab ramai rakyat Malaysia tidak kenal Richard Haas. Mereka tidak tahu pun apa itu CFR, walaupun rakyat Amerika sendiri benci dengan perkataan itu (CFR) kerana CFR disinonimkan dengan agenda menakluk dunia agenda Yahudi.

Anwar sengaja tulis, dia dan Ricard Haas, benci kepada Presiden Bush dan benci kepada peperangan di Iraq, walhal Anwar dan si Ricard inilah yang menjadi tali barut Bush menyerang Iraq. Ketika Bush berkuasa, Anwar menetap di Amerika Syarikat, bekerja di bawah si Yahudi arkitek perang Iraq bernama Paul Wolfowitz yang ketika itu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat.

Stephen Sackur, wartawan BBC Hard Talk sendiri tidak percaya apabila Anwar kata dia anti peperangan di Iraq, sebab dia kenal tugas Anwar di Amerika dan dia juga tahu siapa Paul Wolfowitz. Stephen Sackur tahu, Paul Wolfowitz seorang yang keras hati dan sukar mempercayai sesiapa. Anwar adalah budak suruhan Wolfowitz, maka logiklah Stephen Sackur tidak percaya dengan kata-kata Anwar, sebab Anwar sudah banyak dapat habuan dari Wolfowitz.

Memang sukar Wolfowitz, mahu meluangkan masanya semata-mata untuk melawat individu-individu tertentu lagipun tugasnya antara terpenting di Amerika Syarikat ketika itu iaitu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika. Tetapi Wolfowitz sanggup berangkat dari Amerika Syarikat ke Munich Jerman semata-mata untuk melawat Anwar sakit tulang belakang. Empat jam masa Wolfowitz dihabiskan berbincang dengan Anwar di Munich.

Majoriti rakyat Islam Iraq benci kepada Wolfowitz, tetapi Anwar sayang kepadanya, malah turut bekerja di bawah telunjuknya. Wolfowitzlah yang serang Iraq dan Anwar tidak pernah melakukan apa-apa supaya tuannya (Wolfowitz) jangan serang Iraq atau sekurang-kurangnya desak Wolfowitz tarik tentera dari Iraq. Obama yang janji nak keluarkan tentera dari Iraq pun tidak melakukan apa-apa. Makin ditambah tentera ada lah..



Wolfowitz serang Iraq sebab dinasihat oleh 'pakar-pakar' penasihat luar, dua orang daripadanya adalag Richard Haas dan Anwar Ibrahim. Kedua-duanya dari CFR yang menentukan dasar luar Amerika sama ada serang atau tidak sesebuah negara itu.

Sekarang Presiden Bush sudah jatuh, jadi tali barut yang sebelum ini menjadi anjing-anjing Bush mula mengecamnya semata-mata untuk membodek Presiden Obama. Sekurang-kurangnya Presiden Obama memberi peranan kepada tukang-tukang bodek itu. Besok apabila Presiden Obama jatuh, pembodek-pembodek ini juga akan mengkritik segala kelemahan Obama dan dibodek Presiden Amerika yang baru pula.

Itulah kerja pembodek, meskipun umur sudah tua, tetapi kerja membodek, kipas mengipas diteruskan selagi masih bernyawa. Memang Anwar pun bercita-cita nak jadi seperti Obama, tetapi Anwar lupa, dia sudah berumur 62 tahun..

Bagi yang tidak mengenai siapa Richard Haas, saya petik tulisan AIDC, di dalam egroup Klik di sini;

Richard Nathan Haass menjadi Presiden CFR sejak Julai 2003. Sebelumnya pada 2001-2003, Haass merupakan Pengarah Perancangan Dasar untuk Jabatan Negara Amerika Syarikat dan penasihat kanan kepada Setiausaha Negara, Colin Powell.

Pada tahun 1989 hingga 1993, Haass adalah Pembantu Khas kepada Presiden Amerika Syarikat George H W Bush dan Pengarah National Security Council untuk Timur Dekat dan Ehwal Asia Selatan.

Tugas lainnya adalah; Naib Presiden Brookings Institution ; Carnegie Endowment for International Peace; Aspen Institute; Bilderberg Group ; American Academy of Diplomacy; Bush-Cheney 2000; International Institute for Strategic Studies; McCain 2000 ;World Economic Forum; Rhodes Scholarship dan Jewish Ancestry .

Sepanjang kempen pemilihan Presiden US 2008 Haass bekerjasama dengan kedua-dua anggota parti (Republican Party dan Democratic Party) mengenai isu-isu mengenai dasar luar Amerika, kerana pendirian CFR tidak memihak kepada mana-mana parti.

Haass termasuk salah seorang arkitek Yahudi perang ke atas Iraq. Senarai arkitek perang Yahudi adalah :

Jews Directing The 'War' In Iraq:

1). Richard Perle -- One of Bush's Foreign Policy Advisors. He is
chairman of the Pentagon's Defense Policy Board.

2). Paul Wolfowitz -- Deputy Defense Secretary, Bush's foreign policy
campaign advisor.

3). Robert Satloff -- U.S. National Security Council Advisor; Satloff
was the executive director of the Israeli lobby's "think tank,"
Washington Institute for Near East Policy.

4). Dov Zekheim -- Under Secretary of Defense and Comptroller.

5). Douglas Feith -- Under Secretary of Defense and Policy Advisor at
the Pentagon. He is a close associate of Perle and served as his
Special Counsel.

6). Elliott Abrams -- National Security Council Advisor. He
previously worked at Washington-based "think tank" Ethics and
Public Policy Center.

7). Marc Grossman -- Under Secretary of State for Political Affairs.
He was Director General of the Foreign Service and Director of
Human Resources at the Department of State.

8). Richard Haass -- Director of Policy Planning at the State
Department and Ambassador at large. He is also Director of
National Security Programs and Senior Fellow at the Council on
Foreign Relations (CFR).

9). Henry Kissinger -- One of many Pentagon Advisors, Kissinger sits
on the Pentagon's Defense Policy Board.

10). James Schlesinger -- One of many Pentagon Advisors, Schlesinger
also sits on the Pentagon's Defense Policy Board.

11). Robert Zoellick -- U.S. Trade Representative, a cabinet-level
position.

12). Mel Sembler 1 President of the Export-Import Bank of the United
States. A Prominent Jewish 2 Republican and Former National
Finance Chairman of the Republican National Committee.

13). Ari Fleischer -- Official White House Spokesman for the Bush (Jr)
Administration. Prominent in the Jewish community.

14). Joshua Bolten -- Bush's Chief Policy Director, banker and former
legislative aide. Prominent in the Jewish community.

15). Steve Goldsmith -- Senior Advisor to the President, and Bush's
Jewish domestic policy advisor.

16). Adam Goldman -- White House's Special Liaison to the Jewish
Community.

17). Joseph Gildenhorn -- Bush Campaign's Special Liaison to the
Jewish Community.

18). Christopher Gersten -- Former Executive Director of the
Republican Jewish Coalition, husband of Labor Secretary Linda
Chavez.

19). Daniel Saul Goldin -- Head of NASA, National Aeronautics and
Space Administration.

20). Mark Weinberger -- Assistant Secretary of the Treasury.

21). Samuel Bodman -- Deputy Secretary of Commerce.

22). Bonnie Cohen -- Under Secretary of State for Management.

23). Ruth Davis -- Director of Foreign Service Institute, who reports
to the Office of Under Secretary for Management. This Office is
responsible for training all Department of State staff (including
ambassadors).

24). Lincoln Bloomfield -- Assistant Secretary of State for Political
Military Affairs.

25). Jay Lefkowitz -- General Counsel of the Office of Budget and
Management.

26). David Frum -- White House speechwriter.



Read On

Selangor berkocak, Anwar Ataturk lari jumpa Al Gore

0 comments

Drama Parti Islam (PAS) dengan Parti Singapura (DAP) di Selangor sudah masuk pusingan kedua. Hari itu pasal arak, kali ini pasal SELCAT. Di tengah-tengah kekecohan ini, Ketua Umum parti Amerika (PKR) pula 'terbang' ke New York, mengadap Al Gore, mentornya untuk bertukar-tukar idea, begitulah bunyi bahasa yang ditulis oleh Anwar Ataturk di blognya.


Tetapi, Anwar mengadap Al Gore bukan nak bincang pasal arak di Selangor. Buat apa bincang pasal arak, kerana Al Gore pun minum arak juga. Al Gore keturunan Yahudi, arak sudah menjadi minuman rasmi. Semasa dia jadi Naib Presiden Amerika, arak selalu dihidang, di mana-mana majlis yang dihadirinya. Sekarang dia jadi penasihat Presiden Obama, bebas minum arak di mana-mana, kerana dia sudah tidak pegang jawatan rasmi. American is the free country.

Anwar juga tidak mungkin bawa isu SELCAT kepada Al Gore. Isu SELCAT isu kecil. Sebagai bekas Naib Presiden Amerika, Al Gore tiada masa untuk melayan isu sekecil itu.

Jadi, Anwar jumpa Al Gore, bincang pasal apa ?

Tulis Anwar, "..... saya harus membaca sebanyak mungkin terutama mengenai China kerana subjek ini menjadi tema diskusi dengan mantan Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore dan beberapa teman nanti. Nasib baik kami diberi penganjur tiket kelas pertama, waduh selesa sekali!" Klik di sini

Waduh..waduh.. selesa sekali Anwar naik tiket kelas pertama.Penganjur Anwar sungguh baik hati, sampai beri layanan first class.. Siapa penganjur Anwar ? Siapa Anwar pada kaca mata penganjur, sampai dilayan first class, sampai Anwar berwaduh-waduh..

Bayangkan itu baru tiket penerbangan, bagaimana pula dengan kos hotel, makan minum dan honororium hasil diskusi itu, tentu lebih lumayan lagi. Maklumlah yayasan-yayasan Yahudi pihak penganjur itu sanggup membayarnya.

Ini sekaligus menjawab, Anwar sebagai bekas banduan, boleh membina mahligai di Bukit Segambut, hasil daripada pendapatan wang-wang penganjur Yahudi Amerika itu.

Inilah contoh pejuang marhaen yang tulin, rakyat biasa cuma mampu naik tiket kelas ekonomi, itupun kalau ada duit ke Amerika, tetapi Anwar mampu naik tiket first class. Rakyat biasa cuma mampu membina rumah-rumah setinggan di lembah Bukit Segambut, tetapi Anwar berjaya membina mahligai di atas Bukit Segambut.

Inilah untungnya bekerja dengan Yahudi, hanya berdiskusi dengan Al Gore, semuanya dilayan first class..waduh-waduh..

Diskusi dengan Al Gore, tentang apa ?

Tentang negara China. Siapa Anwar ni, ketua pembangkang negara China kah, sampai berdiskusi mengenai negara China pun turut dijemput. Tentu Anwar seorang yang hebat, hingga dijadikan rakan sebincangan Yahudi Al Gore.

Masih teringat, tulisan Gershon Baskin, seorang warga Yahudi di Israel mengatakan, jika Anwar warga Palestin, tentu Anwar boleh jadi rakan seperbincangan Ariel Sharon untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin.Hebatkan Anwar bekas Perdana Menteri Israel pun suka kepadanya

Memang Anwar hebat, tetapi kehebatannya kerana wang dan pangkat. Dulu semasa dalam UMNO, dia puji dan bodek Tun Dr Mahathir, kerana PM beri dia pangkat dan wang. Apabila kena pecat dengan Tun Dr Mahathir, dia bekerja pula dengan musuh Tun, iaitu Yahudi. Yahudi memang sudah lama berdendam dengan Tun Mahathir dan menggunakan Anwar untuk merosakkan Malaysia. Anwar sedia menerima tugas, tidak kira siapa dan dari mana duit itu, asal saja boleh mencapai cita-citanya.

Sekarang Anwar bekerja dengan Yahudi untuk balun Tun Mahathir pula. Hebat kan Anwar.

Al Gore perlukan maklumat negara China untuk dipersembahkan kepada Presiden Obama yang berminat untuk memasuki negara itu, yang dikatakan merupakan kuasa terkuat di dunia bagi pihak Asia.

Maklumat negara China itu, Al Gore akan dapati daripada Anwar. Jadi siapakah sebenarnya Anwar ini ? Pembekal maklumat negara-negara Asia kepada Amerika ?

Kalau pembekal maklumat tarafnya adalah agen.Agen kerjanya mendapatkan maklumat -maklumat untuk dipersembahkan kepada penganjurnya. Jadi apa fungi Anwar? Anwar agen Amerika ?

Anwar tulis, selain berdiskusi dengan si Yahudi Al Gore, ada juga 'teman-teman' lain. Siapa teman-teman itu ?

Baguslah bertemankan Yahudi yang banyak merosakkan negara-negara Islam dan membunuh nyawa umat Islam yang tidak berdosa..

Balik ke Malaysia nanti, bolehlah kelentong Parti Islam lagi, supaya Parti Islam tidak dapat lari dari gengamannya..

Hebat Anwar kan..







Read On

Kes Lina Joy : Membaca tersirat pemikiran Islam Anwar...

0 comments

Mungkin kita terkejut, apabila Anwar bersetuju dengan kehendak Lina Joy yang menolak keputusan mahkamah syariah dan merayu di mahkamah sivil untuk istihar dirinya murtad (keluar dari Islam, memeluk agama Kristian).

Mungkin kita tidak menyangka dengan pendirian Anwar yang berpihak kepada kehendak persatuan Kristian dan membelakangkan pandangan persatuan pembela Islam yang diketuai oleh ABIM, satu NGO Islam yang pernah diterajuinya satu ketika dahulu.

Ironiknya, Anwar berpihak kepada Lina Joy yang menyokong murtad, manakala bekas anak buah Anwar, Yusri Mohamad (Presiden ABIM) dan Anuar Tahir, bermati-matian mempertahankan maruah Lina Joy supaya tidak digelar murtad.

Rakan sekutu Anwar, Malik Imtiaz, walaupun satu ketika dahulu pernah dikecam hebat kerana membela Lina Joy (termasuk kononnya pernah diugut bunuh), sekarang dibersihkan imej oleh Anwar apabila menjadi penasihat undang-undang kerajaan Selangor.

Maklumlah Selangor di bawah telunjuk Anwar, dia boleh lantik sesiapa yang dia suka dan berpihak kepada pemikirannya. Dulunya Malik Imtiaz, umpama ranting kecil yang boleh diperkotakkatikkan oleh sesiapa sahaja, kini telah menjadi umpama pohon yang besar, di mana seluruh rakyat Selangor bernaung di bawah nasihat perundangannya. Semua ini sebagai balasan Malik Imtiaz membela Lina Joy.

Dr Siddiq Fadhil dan Dr Muhamad Nur Manuty (kedua-dua bekas Presiden ABIM), nampaknya berdiam diri dalam kes Lina Joy, sebab itu Anwar menarik kedua-dua tokoh ini menjadi panel pemikir kerajaan Selangor, sepertimana yang pernah dilakukan oleh Anwar ketika dalam UMNO, menubuhkan panel pemikir IKD (Institut Kajian Dasar) untuk kepentingan Anwar.

Inilah dilema yang dihadapi oleh Ahmad Azam (bekas Presiden ABIM) dan Yusri Mohamad (Presiden ABIM sekarang). Yusri telah memberi isyarat awal tidak mahu mempertahankan jawatan Presiden ABIM. Barangkali beliau sudah nampak arus perubahan makin kencang pada masa akan datang. Kalau terus menerus Yusri dan ABIM mempertahankan Islam seperti kes Lina Joy, maka risikonya, dia terpaksa berhadapan dengan bekas mentornya, Anwar Ibrahim!

Nampaknya sekali lagi ABIM/PKPIM diremote oleh Anwar melalui Dr Siddiq Fadhil dan Dr Muhamad Nur Manuty.

Dalam kes Lina Joy, Anwar secara terang memberi warning, itu hak asasi Lina Joy, bergantung kepada keputusan untuk murtad atau tidak.

Anwar pernah berkata kepada Australian Broadcasting Cannel (2007), bahawa keputusan memilih agama adalah hak peribadi, dan beliau menentang sama sekali jika hak beragama diputuskan oleh negara dan penguatkuasaan undang-undang. Ini sudah menyamai pandangan tokoh falsafah Barat, John Locke!

Itulah pegangan Muslim moderat yang bertuhankan kepada 'demokrasi'. Semua perkara termasuk agama, tidak boleh dikawal, semuanya bergantung kepada keputusan rakyat.Rakyat menentukan apa yang dia nak, pemerintah dan undang tiada hak ke atas kehendak peribadinya, termasuk dalam soal beragama.

Dalam kontek Pakatan Rakyat(PR), majoriti keputusan rakyat tidak memihak kepada Islam. Parti Islam (PAS) tidak mampu melawan kombinasi parti Amerika (PKR) dan parti Singapura (DAP), maka PAS perlu ikut keputusan rakyat. Keputusan penguatkuasa undang-undang arak di Selangor adalah buktinya. Itulah demokrasi!

Inilah bahaya muslim yang bermain dengan istilah 'demokrasi' dan memperjuangkan 'freedom' (kebebasan) kerana kedua-dua istilah ini amalan dari sistem sekular Barat. Aras utama 'demokrasi' dan 'freedom' di Barat adalah persoalan agama; bebas menukar agama (freedom of conscience) dan bebas bersuara (Freedom of expression), termasuk mengkritik Islam seperti yang dilakukan oleh Salman Rushdie.

Ketika diwawancara oleh Jim Middleton (2008) dari Australia New Network, Anwar sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali membenarkan orang bukan Islam dibicarakan di mahkamah syariah! Klik di sini

Begitu tegas suara Anwar. Tetapi terfikirkah kita, sejak bila pula mahkamah syariah membicarakan kes bukan Islam di negara ini ? Bukankah mahkamah syariah hanya untuk orang Islam dan orang bukan Islam tiada kena mengena dengan mahkamah syariah ?

Itulah kehebatan Anwar, membuat kenyataan yang mempunyai dua makna supaya masyarakat Islam tidak dapat menghidu maksud sebenarnya. Kalau dikaitkan dengan kes Lina Joy, maksud Anwar di atas adalah beliau tidak menyokong sama sekali Lina Joy dibicarakan di mahkamah syariah (kerana dia sudah bukan Islam). Anwar menyokong Lina Joy dibicarakan di mahkamah sivil dan menyokong hak Lina Joy untuk memilih murtad.

Itulah bezanya pemikiran Islam Anwar dengan pemikiran fundamentalis Islam di Malaysia, termasuk yang berpegang kepada penguatkuasaan mahkamah syariah.

Bagi Anwar, Lina Joy, sudah bukan Islam dan dia tiada hak untuk dibicarakan di mahkamah syariah. Tetapi bagi fundamentalis Islam, Lina Joy masih termaktub di bawah undang-undang syariah Islam dan menjadi tanggungjawab mahkamah syariah untuk menyelamatkan maruah penganutnya daripada menjadi murtad!



Read On

Semuanya bermula dari kemarahan Tan Boon Hwa..

0 comments

Di tengah mood Aidilfitri, Bulkini Paharuddin dipanggil membuktikan bahawa merupakan saksi yang menyaksikan pertengkaran Tan Boon Hwa dan mendiang Teoh. Keterangan saksi itu membenarkan dakwaan saksi lain sebelum ini, Mohd Anuar Ismail(Pegawai Penyiasat SPRM), yang mendedahkan beliau mendengar daripada Bulkini bahawa terdapat pergaduhan antara Boon Wah dan Beng Hock di tandas SPRM Selangor.

Bulkini berkata beliau terdengar suara Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah dengan nada tinggi memarahi Teoh Beng Hock dalam bahasa Mandarin, 'Ni lor' yang membawa maksud: "Awak punya hal lah ni" Saksi boleh faham maksud perkataan itu kerana beliau endapat pendidikan awal sekolah jenis kebangsaan Cina.

Menurutnya, pada pukul 2.30 pagi, 16 Julai lalu, Boon Wah menemuinya di ruang makan pejabat SPRM (ketika itu saksi sedang makan) untuk bertanyakan arah ke tandas yang terletak di sebelah hujung pejabat itu.

Oleh kerana, Boon Wah tidak faham maka beliau terpaksa meninggalkan makan dan mengiringinya dan menunjukkan tandas tersebut.

"Sebaik sahaja Boon Wah masuk ke bilik air, tiba-tiba seorang lelaki yang berseluar putih dan berbaju hitam (Beng Hock) turut masuk. Dia datang dari arah depan saya.

"Sejurus lelaki itu masuk, saya terdengar suara tinggi memarahi seseorang. Masa itu, saya dekat pintu tandas. Suara lelaki itu kedengaran suara Boon Hwa memarahi lelaki seorang lagi(Teoh)"

Bulkini menjelaskan bahawa beliau berada di luar pintu tandas tersebut kira-kira dua minit tetapi kemudian meninggalkan tempat itu untuk menyambung makannya di dewan makan.

Setelah kira-kira lima minit, beliau melihat Boon Wah berjalan melalui pantri tetapi beliau tidak bertanya apa-apa (tentang pergaduhan) dan Ahli Majlis itu juga hanya diam.

Bulkani berkata beliau dan dua lagi pegawai SPRM ditugaskan untuk mengiringi Tan dari rumahnya di Balakong ke pejabat SPRM Selangor untuk membantu siasatan.


Tan Boon Hwa berbohong

Secara ringkas dapat disimpulkan daripada apa yang telah didedahkan oleh saksi (Bulkini), pada jam 2.30 pagi (15 Julai), Boon Hwa telah habis sesi soal siasatnya dan telah meminta bantuan pegawai SPRM (Bulkini) yang sedang makan untuk membantunya menunjuk arah ke tandas. Oleh kerana Boon Hwa tidak faham dengan panduan lisan Bulkini, menyebabkan saksi itu terpaksa membawa sendiri Boon Hwa ke tanadas. Semasa di tandas, beliau melihat mendiang Teoh juga turut masuk ke tandas itu dan saksi mendengar sendiri Boon Hwa memarahi dengan suara yang kuat kepada mendiang serta meletakkan segala apa yang berlaku dalam siasatan SPRM itu kerana kesalahan mendiang.

Pendedahan Bulkini ini tidak pernah diceritakan oleh Boon Hwa sebelum ini. Malah semua kenyataan media Boon Hwa menafikan pernah memarahi mendiang Teoh sebelum ini.

Perhatikan kenyataan media Boon Hwa kepada Malaysiakini pada 17 Julai (Dua hari selepas mendiang ditemui mati).

The duo met only when Tan woke up at about 6am the following day while on the way to the toilet. "He was in the pantry. I greeted him, but he replied only with a 'Umh'. But when I came out of the toilet, he was gone. He did look a little tired," said Tan. Klik di sini

Dari 17 Julai - pertengahan Ogos, Boon Hwa berpegang dengan kenyataan ini, seolah-olah ingin memberitahu umum bahawa dia tidak pernah memarahi ataupun boleh disabitkan dengan mendiang Teoh.

Tetapi kenyataan Boon Hwa mula berubah pada 27 Ogos, apabila beliau terpaksa mengadakan sidang media menjawab pendedahan Mohd Anuar Ismail(Pegawai Penyiasat SPRM), yang membongkar berlaku pergaduhan antara Boon Wah dan Beng Hock di tandas.

Perhatikan kenyataan media Boon Hwa di Malaysiakini pada 27 Ogos;

Tan berkata, pada jam 2 pagi hari Khamis tersebut, beliau masih disiasat dalam sebuah bilik di pejabat suruhanjaya itu. Tambahnya, beliau hanya keluar sebentar untuk minum air di pantri dan membuat panggilan telefon kepada keluarganya setengah jam selepas itu.

Bagaimanapun, ketika keluar kali kedua untuk ke tandas kira-kira jam 5 atau 6 pagi, beliau terserempak dengan Teoh di pantri.

"Saya nampak Teoh mundar-mandir di pantri. Saya tanya pada dia, 'Teoh, kamu masih berada di sini?'

"Teoh hanya tunduk kepala. Saya terus pergi ke tandas. Kemudian saya balik ke pantri. Saya tidak nampak Teoh lagi," katanya. Klik di sini

Bahagian bertanda 'bold' merupakan maklumat baru yang tidak pernah diceritakan kepada media sebelum ini iaitu aktiviti Boon Hwa keluar minum air dan membuat panggilan telefon kepada 'keluarganya'.

Siapakah yang dimaksudkan dengan 'keluarganya' itu ? Kerana Ronnie Liu juga dianggap sebagai 'keluarganya' oleh Boon Hwa atas jasa mengambilnya menjadi Ahli Majlis Perbandaran Kajang, serta banyak memberi projek-projek kepadanya.

Sekarang bandingkan pula dengan kenyataan Bulkini Paharuddin, pada 17 September;

Gobind: Tan menafikan mengenai insiden itu dan saya cadangkan kamu tidak tahu siapa sebenarnya yang bersuara kepada lelaki berseluar putih dan berbaju gelap itu (Teoh).

Bulkani: "Saya yang bawa Tan ke tandas."

"Sewaktu Tan masuk ke dalam tandas, saya berdiri di luar pintu tandas dan tidak lama selepas itu seorang lelaki Cina yang berseluar putih dan berbaju gelap (Teoh) datang dari arah bertentangan saya dan terus memasuki tandas yang sama.

"Ketika saya pusing nak berjalan semula ke arah pantry saya terdengar suara Tan memarahi lelaki berbaju gelap dan berseluar putih dalam bahasa Mandarin dengan menyebut "Ni Lor" iaitu "Awaklah" dalam nada kuat dan tinggi.
Klik di sini

Keterangan saksi itu yang mengatakan beliau sendiri membawa saksi ke tandas, menyebabkan peguam Gobind mati akal dan tiada soalan lanjut.


Kenapa Boon Hwa marah Teoh, "Ni Lor" ?


Saksi mendengar Boon Hwa memarahi dan meninggikan suara kepada mendiang Teoh dengan mengatakan "Ni Lor" (bermaksud "awaklah punca semua ini").

Kenapakah Boon Hwa memarahi mendiang Teoh ? Kenapakah Boon Hwa meletakkan semua kesalahan ini kepada mendiang Teoh dengan meninggikan suara "Ni Lor"

Semua ini kunci jawapan kepada kematian mendiang Teoh berdasarkan premis Tan Boon Hwa sudah membuat kesimpulan awal yang berbentuk prejudis memarahi dan menyalahkan mendiang Teoh dengan apa yang terjadi dalam kes siasatan itu.

Mendiang Teoh merupakan saksi kepada penyelewengan bosnya Ean Yong Hiang Wah, exco penempatan kampung baru dan penyelesaian kilang haram Selangor. Di dalam komputer Teoh dilaporkan mengandungi bukti-bukti penyelewengan itu, termasuk invois-invois dan dokumen-dokumen syarikat yang ditugaskan untuk mencipta dokumen-dokumen palsu, sedangkan projek itu tidak wujud. Mendiang juga dikatakan telah bekerjasama dan mengesahkan berlakunya penyelewengan itu.

Sekiranya, Boon Hwa sudah membuat prejudis seperti itu dan turut memarahi mendiang, adakah tidak mungkin Boon Hwa turut menelefon kepada Ean Yong atau Ronnie Liu melaporkan perkara yang sama.

Lagipun, dalam kenyataan dalam Malaysiakini (27 Ogos), Boon Hwa secara tidak sengaja mendedahkan maklumat baru bahawa beliau melakukan aktiviti menelefon kepada pihak luar semasa selepas jam 2 pagi, 15 Julai lalu.


Misteri pertemuan Boon Hwa dan Mendiang Teoh


Terdapat dua masa berbeza tentang pertemuan Tan Boon Hwa dan mendiang Teoh yang diceritakan oleh dua saksi berbeza.

Pertama, Bulkini Paharuddin mendedahkan pertemuan antara Tan Boon Hwa dengan mendiang Teoh pada jam 2.30 pagi, 15 Julai, di tandas SPRM. Saksi mendengar Boon Hwa meninggikan suara kepada mendiang dengan mengatakan "Ni Lor". Hujah ini gagal dipatahkan oleh peguam Gobind, apabila saksi sendiri mendakwa, beliau sendiri membawa Boon Hwa ke tandas dan memahami bahasa Cina.

Kedua, Tan Boon Hwa sendiri mengakui bahawa pertemuannya dengan mendiang kira-kira jam 5.00 pagi hingga 6.00 pagi, 15 Julai, di pantri dekat tandas. Beliau mengakui berjumpa dengan mendiang dan nampak mendiang mundar mandir di pantri.

Kenyataan Boon Hwa yang menyatakan beliau nampak mendiang mundar-mandir di pantri, sudah menunjukkan bahawa Boon Hwa memerhatikan agar lama kelakuan mendiang, hingga beliau boleh membuat kesimpulan bahawa kelakuan mendiang adalah mundar-mandir.

Ini sudah tentu bercanggah dengan kenyataan awal Boon Hwa yang mendakwa, beliau hanya ternampak mendiang di pantri dan menegurnya "uhm", tetapi tidak dijawab oleh mendiang. Boon Hwa mendakwa, beliau terus masuk dalam tandas dan selepas itu, apabila keluar dari tandas tidak nampak lagi kelibat mendiang.

Dari keterangan kedua-dua saksi ini jelaslah Tan Boon Hwa merupakan suspek terakhir berjumpa dengan mendiang, sekurang-kurangnya dua kali pada hari kejadian, iaitu pada jam 2.30 pagi(saksi Bulkini) dan jam 5 - 6 pagi(diakui oleh Tan Boon Hwa), 15 Julai.

Jadi berdasarkan keterangan-keterangan ini, kenapakah Tan Boon Hwa tidak boleh direman polis untuk siasatan lanjut, memandangkan beliau saksi terakhir berjumpa mendiang dan beliau juga mempunyai motif ?

Saksi terakhir yang ternyata bersangkut paut dengan mendiang Teoh telah dikenalpasti, tetapi Gobind tidak berminat untuk menyoalsiasat saksi tersebut, sedangkan Gobind lebih berminat membawa saksi lain (India) yang tiada kaitan dengan kejadian kematian mendiang pada 15 Julai itu.

Sebab itu, sehari dua ini, kita lihat ibu mendiang selalu membawa foto Teoh bersama-samanya serta memeluknya setiap kali menghadiri inkues. Apa yang terpendam di hati ibu mendiang ?

Barangkali maksud tersirat, ibu mendiang sudah berpendapat, dia tidak mempercayai sesiapa lagi, kecuali anaknya sahaja. Gobind Deo yang kononnya mewakili peguam keluarga mendiang juga tidak boleh dipercayai, kerana tindak-tanduknya kebelakangan ini bukan mewakili mendiang Teoh, sebaliknya menjadi peguam kepada Tan Boon Hwa..

Read On