Konspirasi goncang kerusi Presiden PAS ?

0 comments

Ramai penganalisis politik tidak bersetuju dengan kenyataan di atas. Mereka lebih cenderung kata, muktamar PAS ini hanya cubaan menggoncang kerusi Timbalan Presiden, bukannya kerusi Presiden PAS.

Kerusi Timbalan Presiden sekarang disandang oleh ustaz Nasharudin Mat Isa, Ahli Parlimen PAS Bachok. Kemudian muncul watak Husam Musa yang dikatakan berminat untuk menjadi galang ganti kepada Timbalan Presiden PAS sekarang.


Muncul pula watak Mat Sabu jadi calon alternatif. Kemudian muncul lagi Dr Hassan Ali, pesuruhjaya PAS Selangor yang tidak mempertahankan kerusi Naib Presiden dua tahun lepas.

Ada juga yang mencalonkan Dr Haron Din, tetapi mengikut tradisi Haron Din akan menarik diri jika ada pertandingan. Beliau tidak mahu terlibat dalam aktiviti sepak menyepak ini. Itu bukan budaya Islam.

Bermakna tiga calon hampir pasti akan berebut kerusi Timbalan Presiden iaitu ustaz Nasha (penyandang sekarang), Husam Musa (ketua Erdogan) dan Mat Sabu (calon alternatif).

Manakala Dr Hassan Ali Cuma calon stand by, jika nampak ada ‘peluang’ , beliau akan bertanding, jika tidak beliau akan tarik diri seperti yang dilakukan dua tahun lepas.

Soalnya kenapa berlumba-lumba mahu kejar kerusi Timbalan Presiden ? Sampai dua, tiga empat offer diri, apa maksud itu ?

Ustaz Nasha yang masih berminat mengekalkan jawatan itu digoncang-goncang seumpama kayu buruk. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepadanya; tidak aktif, lembab, tidak membantu Presiden dan sebagainya.

Kata ustaz Nasha;

"Insya-Allah saya akan mempertahankan jawatan ini dan saya telah dimaklumkan oleh kawasan yang telah mencalonkan saya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Muktamar Tahunan Pas Kawasan Bachok pada 25 April. Majlis itu dirasmikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Maksudnya jika ustaz Hadi benar-benar tidak ngam dengan ustaz Nasha, Presiden PAS tidak akan hadir merasmikan PAS kawasan Bachok yang diwakili oleh Timbalannya sekarang.

Bahasa politik senang dibaca, jika penyandang Timbalan Presiden berikrar mempertahankan jawatan dengan disaksikan oleh Presiden maknanya sudah jelas. Dalam politik tidak perlu Presiden mengistiharkan ustaz Nasha regu yang secocok untuk saya, cukup hadir merasmikan muktamar kawasannya sudah jelas maksudnya.

Jadi kalau ustaz Nasha sudah regu yang secocok untuk ustaz Hadi, kenapa mahu digoncang lagi kerusi Timbalan Presiden ?

Betulkah ada konspirasi di sebalik perebutan kerusi Timbalan Presiden itu ?


Sebenarnya proses melobi jawatan Timbalan Presiden PAS bermula pada April tahun lepas, setelah kemenangan besar PR dalam PRU 12. Anwar Ibrahim mendakwa faktor beliaulah merupakan pemacu kemenangan.

Lantas, kerana Anwar dakwa beliau merupakan faktor X, beliau pun menawarkan diri menjadi PM Malaysia pada 16 September 2008.

Ustaz Hadi, ustaz Nasha, Mat Sabu tidak berminat dengan ’Projek 16 September’, tetapi Husam Musa (Naib Presiden PAS), Dr Zulkifli Ahmad (Pengarah Penyelidikan PAS Pusat) amat berminat dengan Projek Anwar Ibrahim itu.

Kebetulan pula, operator yang menggerakkan Anwar menjadi PM 916 adalah anak buah Husam iaitu Saifuddin Nasution (Pengarah Strategik PKR).

Anwar menjelajah dari pentas ke pentas ceramah dakwa, dia akan jadi PM. Husam, Dr Zulkifli dan Saifudddin sokong penuh, tetapi Ustaz Hadi dan ustaz Nasha tidak masuk campur.

Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu menongkah arus, tidak bersetuju dengan retorik, bombastik politik yang tidak masuk akal dan merosakkan negara yang dilakukan oleh Anwar itu.

Mustafa yang berkuasa di media PAS telah menggunakan akhbar tabloid PAS, TV PAS dan akhbar SIASAH memaklumkan bahawa mengikut pengalaman politiknya, Projek tajaan Anwar itu tidak berjaya dan tidak lebih hanya angan-angan kosong.

Apa perasaan Anwar jika ada pihak yang cuba mensabotaj projeknya ? Ego Anwar sangat tinggi. Sifat diktatornya pun sangat tinggi. Dalam PKR, semua mesti akur kepadanya, walaupun dia hanya pegang jawatan Penasihat parti.

Sesiapa yang bermasalah dengan Anwar, bermakna seseorang itu mesti bersedia mencari pintu keluar PKR. Hal ini pernah terjadi kepada Ezam, Lokman, Nalla, dan lain-lain. Bagi PKR, Anwar ibarat seekor dewa yang tidak boleh disentuh.

Tetapi yang sabotaj projek Anwar bukan ahli PKR, dia adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Kebetulan pula Mustafa adalah senegeri dengan Presiden PAS yang dianggap sebagai penyokong kuat ustaz Hadi.

Apakah Husam Musa tidak marah dengan tindakan Mustafa itu, sedangkan beliau merupakan tulang belakang utama projek Anwar ?

Tidak semena-mena Tok Guru Nik Aziz, (pendapat umum ramai mengatakan Tok Guru banyak dipengaruhi oleh Husam) marah kepada Pesuruhjaya PAS Terengganu. Tok Guru marah depan-depan kepada ustaz Hadi di Taman Malewar.

Kata Tok Guru Nik Aziz, ’tak pandai main politik, berbohong sunat tak boleh kah? Kalaupun dah tahu projek Anwar hanya pembohongan politik, tak bolehkah kita kata benar, kata Tok Guru Nik Aziz.

Itu titik permulaan pertikaian pendapat, antara dua tokoh tok guru, gara-gara projek yang dicanang oleh orang yang mengaku super hebat dan bakal PM Malaysia.

Tok guru Hadi tidak mahu berbohong dan melakukan teknik menghalalkan cara semata-mata untuk politik. Tok Guru Nik Aziz, membolehkan berbohong sunat, dan melakukan pelbagai teknik untuk mencapai cita-cita politik.

Soalnya idea teknik menghalalkan cara itu bukan datang dari PAS, tetapi datang dari manusia yang mendakwa maha hebat, bernama Anwar. Ekoran idea dari luar itu kedua tok guru terpaksa bersilat.

Pada akhir bulan Julai tahun lepas juga muncul satu blog khusus mendedahkan agenda gelap, Husam Musa. Blog itu dinamakan blog antihusam.blogspot.com.

Blog itu mendedahkan satu persatu konspirasi dalaman Husam Musa berusaha memperlekehkan kepimpinan Ustaz Hadi. Cerita-cerita dalaman dibongkar satu persatu yang mengesahkan lagi blog itu dibina oleh orang dalam PAS sendiri.

Tujuan utama blog itu dibina untuk menghalang Anwar menjadi PM dan untuk menghalang arus Husam melobi menjadi Presiden PAS.

Target tulisan blog itu ditujukan kepada Husam Musa yang dilihat sebagai ’anak emas’ kepada Anwar Ibrahim. Selepas Anwar gagal mengotakan janji menjadi PM pada 16 September, operasi blog itu dihentikan.

Walaupun begitu, operasi Husam Musa untuk melobi menjadi Presiden PAS masih belum terhenti. Anwar pun mahu Husam Musa menjadi Presiden PAS kerana akan menyenangkan perancangannya menjadikan PKR dan PAS, dua dalam satu dan Anwar sebagai kuasa atas kuasa.

Apabila Husam menjadi Presiden PAS, Anwar dapat kontrol kedua-dua parti sekaligus, PKR dan PAS.

Namun, seperti tulisan MSO, Husam turut ambil kira faktor latar belakang agama ustaz Hadi. Mampukah dia tempuh kerusi Presiden yang beraurakan Tok Guru. Di sini sekali lagi peranan Tok Guru Nik Aziz, merempuh imej Tok Guru Hadi seperti yang didedahkan oleh anak Tok Guru Nik Aziz bernama Nik Abduh.
Kata Nik Abduh, ada perancangan rapi dari orang keliling ayahandanya (Tok Guru Nik Aziz) yang berusaha melaga-lagakan antara Tok Guru Nik Aziz vs Tok Guru Haji Hadi.

Pilihan Husam, jika kekebalan aura Tok Guru Hadi masih kuat adalah kerusi Timbalan Presiden. Lobi bahagian-bahagian kuat menyebelahi Husam. Ketika itu muncullah watak-watak lain menawarkan diri termasuk Mat Sabu dan Dr Hassan Ali.

Barangkali menurut percaturan Husam, walaupun belum berjaya sepenuhnya merebut kerusi Presiden, mengisi kerusi Timbalan Presiden sudah mencukupi untuk step permulaan kerana Presiden PAS boleh dibonekakan jika barisan Timbalan dan Naib Presiden serta MT dipenuhi oleh golongan Erdogan.

Ketika itu barangkali Husam boleh melakukan ’rampasan kuasa’ dan ancam ’presiden’ ; Mahu ikut kemahuan kami atau berundur secara secara kehormat?

Pilihan ini kedua-dua akan memenangkan Husam Musa sebagai Presiden PAS, sama ada secara rasmi atau tidak.


Read On

Anwar sudah pangkah siapa patut ‘dibunuh’ dalam PAS..

0 comments

Walaupun penarik beca (bekas wartawan Harakah) berani ’kerat jari’ kata Husam Musa bukan ’budak Anwar’ tetapi realiti persepsi rakyat tidak menunjukkan begitu. Realiti politik di Malaysia menunjukkan ’persepsi’ diterima sebagai kebenaran.

Blog anti-husam tunjuk Husam sebagai budak Anwar yang mengistilahkan geng-geng Husam sebagai kumpulan Erdogan. Begitu juga dengan blog MSO (penulis politik pro PR) turut melabelkan Husam yang sering menggelar Husam sebagai si baju petak-petak merah.



MSO melabel kumpulan Husam sebagai kumpulan ’proLib’ (proliberal) lawan ’ustaz Mat ’ (kumpulan pro-ulama) sebagai melambangkan pergelutan dalaman antara kem liberal dan ulama dalam PAS.

Perkataan ’proLib’ amat sinonim dengan aspirasi Anwar Ibrahim yang memperjuangkan konsep ’liberalisme’ dan secara kebetulan sangat dekat dengan istilah ’IsLib’ (Islam Liberal) yang diperjuangkan oleh kumpulan Nurcholis Madjid dan Uli Absa Abdala, geng Islam Liberal di Indonesia.

Sama ada secara kebetulan atau disengajakan MSO menggunakan ’proLib’ yang dekat dengan ’IsLib’ hanya penulis itu dapat menjawabnya.

Azizi Abdullah (penulis veteran pro PAS) mula dedah tangan-tangan Anwar berketayangan di badan PAS dalam tulisannya ’Baju PAS badan PKR’. Disambung pula dengan Faisal Tehrani (penulis muda pro PAS) menulis virus-virus ’Liberal’ mula menular ke badan PAS, hinggakan Mursyidul Am PAS (Ustaz Nik Aziz Nik Mat) sendiri sanggup turun ’memegang’ buku tulisan salah seorang pendokong Islam Liberal Malaysia.

IsLib pegang buku tok guru, tok guru pula pegang buku IsLib, seolah-olah ada ’persefahaman’ seperti yang diwar-warkan oleh Anwar Ibrahim.

Anwar sendiri tidak ’pegang’ apa-apa buku seperti sikapnya tidak memegang apa-apa jawatan parti (kecuali Ketua Umum PKR yang tidak dipertandingkan). Walaupun tidak pegang jawatan parti tetapi ’kuasanya’ melebihi daripada kuasa pemegang parti, boleh overrul kuasa Presiden PKR yang dipegang oleh isterinya sendirinya.

Sebenarnya, sikap Anwar tidak mahu memasuki mana-mana parti sudah diceritakan kepada wartawan Barat, di Munich pada tahun 2004, sebaik sahaja bebas dari penjara Sungai Buloh.

Ketika ditanya wartawan, adakah selepas ini Anwar akan memasuki politik (UMNO)?. Anwar menjawab, dia tidak akan memasuki mana-mana parti, baik UMNO atau PAS. Kata Anwar, dia tidak berminat dengan agenda partisan, tetapi amat berminat dengan agenda ’demokrasi’ dan ’kebebasan’ seperti mana yang menjadi visi Washington.

Anwar berkata dia akan ’menyertai’ UMNO dan PAS untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang demokratik dan bebas.

Wartawan itu bertanya lagi, Anwar sudah dipecat dari UMNO, kenapa tidak menyertai PAS kerana latar belakang sejarah silamnya. Anwar secara jujur menjawab, dia tidak berminat menyertai PAS, dan menegaskan bagaimana dia boleh mengubah PAS, jika dia tidak mempunyai latar belakang yang sama dengan PAS. Dia sengaja melibatkan diri dengan ’gerakan yang sealiran dengan PAS’ untuk memahami dan mengubah PAS dengan lebih berkesan.

Selepas wawancara itu, Anwar berhijrah ke Amerika selama dua tahun. Ketika itu juga pentadbiran dasar luar Washington sedang berkempen untuk menerapkan liberalisme ke dunia Islam dengan menuduh kononnya Osama Laden dan Sadam Husein penyebar virus terorisme hinggakan bangunan WTC dibom.

Anwar yang berada di Washington, turut menjadi tali barut Amerika. Selain mengiayakan pandangan Presiden Bush yang mengatakan Osama ben Laden sebagai teroris, Anwar juga menjadi penceramah upahan Amerika menerapkan ’demokrasi’ ke dunia Islam.

Menyedari betapa kencangnya Anwar menyambut lidah Amerika yang menyeru ’demokrasi Islam’ (baca Demokrasi = liberalisme ke dunia Islam) dengan tajaan NED (alat instrumen Demokrasi Amerika), Ustaz Hadi Awang, Presiden PAS di Malaysia telah menulis buku menyanggah pandangan Anwar bertajuk ” Islam & Demokrasi”

Jika kita mendengar buah fikiran Anwar mengenai Islam dan Demokrasi dan bandingkan dengan buku penulisan Ustaz Hadi, amat berbeza seumpama langit dengan bumi. Anwar Ibrahim mengajak umat Islam tunduk kepada Barat dengan slogan ”Islam dan Demokrasi”, ustaz Hadi pula mengajak umat kembali kepada Al Quran, kerana dalam Islam sudah cukup dengan demokrasi.

Ustaz Hadi dengan pantas menerbitkan buku Islam dan Demokrasi itu apabila melihat keghairahan dan kesungguhan Anwar meniupkan gelombang liberalisme tajaan Washinton.

Ustaz Hadi melalui rangkaian gerakan Islam sedunia dimaklumkan peranan Anwar di Amerika ke atas gerakan-gerakan Islam sedunia, terutamanya HAMAS di Palestin. Anwar yang bekerja di bawah telunjuk Washinton lebih ghairah membantu Fatah yang dianggap sebagai kroni Amerika dan Israel.

Dari jauh juga kedengaran, Anwar melepaskan ’peluru’ kepada Iran yang menjadi target Amerika dan Israel. Malah Anwar pernah menyiasat Dr Yusof Qardawi, salah seorang ulamak gerakan Islam sedunia. Anwar siasat Dr Yusof Qardawi selama dua jam untuk menentukan sama ada ulamak itu teroris ataupun tidak.

Selama dua tahun dari tahun 2005 -2007 Anwar mempromosikan Demokrasi ke dunia Islam. Anwar hampir-hampir melupakan rakyat Malaysia. Jarang-jarang sekali balik ke Malaysia.

Rupa-rupa agenda Anwar di Amerika dapat dihidu oleh kawan-kawan terdekatnya. Dalam diam-diam, Saari Sungip (bekas Presiden JIM), Anuar Tahir (bekas Setiausaha ABIM), Saifudin Nasution (bekas aktivis gerakan Islam kampus) meninggalkan Anwar dan PKR berhijrah ke parti PAS.

Anwar tidak memujuk Saari Sungip dan Anuar Tahir, walaupun kedua-duanya terkenal sebagai bekas orang kuatnya, sebaliknya memujuk semula Saifuddin Nasution berpindah kembali ke kem PKR dengan diberi jawatan ”Pengarah Strategik PKR”.

Dengan jawatan berbayar itu, Saifuddin sanggup berpindah kem semula dengan meninggalkan bosnya Husam Musa yang pernah memberi gaji lumayan di Yayasan Tok Kenali, Kelantan.

Menyedari Anwar tidak aktif membantu pembangkang di Malaysia, wartawan Harakah bertanyakan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa mengenai sumbangan Anwar kepada pembangkang di Malaysia.

Wartawan berkata, Anwar berjanji akan bantu pembangkang di Malaysia. Nasharuddin secara sinis menjawab, ’diharap jaminan Anwar ikhlas’.

Sekarang PAS akan menghadapi saat yang paling penting iaitu pemilihan dalam muktamar Jun ini. Muktamar ini akan menentukan masa depan dan hala tuju PAS yang akan datang.

Nampaknya kerusi Timbalan Nasharudin Mat Isa, orang yang pernah memandang sinis kepada Anwar telah digoncang dengan kuat. Sebelah kaki ustaz Hadi telah dipotong, apabila Setiausaha Akhbarnya, Roslan SMS telah dicantas sebagai Ketua Bahagian PAS Kelana Jaya.

Paling mengejutkan Ustaz Taib Azmuddin, seorang ulamak besar (bekas Imam Masjid Negara) ditewaskan oleh pesara guru, walaupun Ustaz Taib sebelum itu memegang jawatan sebagai MT PAS Pusat. Ustaz Taib dikorbankan di Baling yang sebelum ini, beliau sebagai ketua bahagian.

Ramai yang terpinga-pinga kenapakah Ustaz taib dikorbankan sedangkan ilmu agamanya sangat mendalam dan menjadi aset penting kepada PAS. Adakah kerana ustaz Taib membela kalimah Allah di parlimen yang tidak senada dengan Khalid Samad dan Dr Zulkifli Ahmad (kedua-dua kem Erdogan) di parlimen.

Atau Ustaz Taib dikorbankan semata-mata kerana beliau pernah menyimpan rahsia besar Anwar ketika menjadi Imam Besar Masjid Negara pada tahun 1998 ?

Sekarang angin perubahan makin kencang dalam PAS. Ramai di kalangan PAS anggap sebagai satu transformasi ?

Persoalannya ’transformasi’ ke arah mana ? dan siapakah dalang sebalik tranformasi itu ?


Read On

Sekeping foto seribu makna..Walter Cia dan Saifuddin Nasution

3 comments



Foto dirakam perbualan serius antara Saifuddin Nasution, pengarah Strategik PKR dengan Walter Chia, Setiausaha Pertama Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura. Foto dirakam pada 2 April 2009, di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani Kedah.

Begitu serius perbualan ini, beberapa keping kertas di atas meja di sebelah Walter. Tanpa minuman. Tanpa makanan. Hanya fokus kepada perbualan serius. Tetapi perbualan serius tentang apa, ketika calon PKR, S Manikumar berhadapan dengan 13 calon bebas dan seorang calon BN, di DUN Bukit Selambau?

Saifuddin Nasution tahu siapa perakam foto ini. Apabila foto ini tersebar di internet, beberapa orang pemuda AMK (Angkatan Muda Keadilan) telah menelefon si perakam foto, maki hamun kenapa siarkan di internet.

Kenapa AMK begitu marah dan makin hamun si perakam foto. Kalau sekadar pertemuan biasa kenapa marah? Sebelum makin hamun dihampurkan lagi, Saifuddin perlu mendedahkan peristiwa sebenar di sebalik foto itu

1. Betulkah Saifudddin, selaku Pengarah Strategik PKR bertemu dan berbincang selama dua jam dengan Walter Chia dari jam 9 pagi hingga 11 tengahari pada tarikh tersebut.

2. Kalau betul untuk tujuan apa perbincangan itu diadakan ? Kalau tidak betul, Saifuddin perlu jelaskan bagaimanakah foto Walter-Saifuddin boleh dirakamkan ?

3. Betulkah tidak semasa pertemuan itu Saifuddin telah menyerahkan beberapa dokumen kepada Walter ?

4. Kalau betul, dokumen apa yang diserahkan oleh Saifuddin kepada Walter dan untuk tujuan apa?

5. Betul atau tidak Walter sendiri menyerahkan bussines card kepada perakam foto dan ketika itu muka Saifuddin pucat apabila mengenali siapa perakam foto.

6. Betulkah si perakam foto berkata kepada Saifuddin dengan kata-kata..”oh ini rupanya kerja awak..pejual maklumat negara, kepada agen asing”? Walter yang tidak faham bahasa Melayu berkata” What hapen? What hapen?”

7. Betulkah ketika foto itu dirakam, Saifuddin bagi pihak Anwar sedang ’bincang sesuatu’ dan ’serahkan dokumen penting’ kepada seorang agen CIA (status tidak rasmi) yang berjawatan first seceretary high commision of the republic of Singapore (status rasmi)?

8. Kalau tidak betul, untuk tujuan apa Walter Chia, first seceretary high commision of the republic of Singapore (seperti yang tercatat dalam bussnis card) berkunjung ke Kelab Cinta Sayang Sungai Petani ketika PKR sedang hadapi pilihanraya kecil ?

9. Soalan bonus : Betul atau tidak Walter Chia membayar USD 10 ribu sebulan kepada Saifuddin sebagaimana Walter membayar kepada Tian Chua dan Elizabeth Wong untuk mendapatkan maklumat-maklumat politik negara ?

Siapa Saifuddin Nasution ?

Saifuddin Nasution adalah ahli parlimen PKR di Machang Kelantan. Selepas tewas dalam pilihanraya 2004 di Kedah, Saifuddin berundur dari PKR dan mendaftar diri sebagai ahli PAS di cawangan Pokok Sena. Saifuddin berhijrah ke Kelantan, kerana isterinya adalah anak tempatan Machang.

Ketika itu Saifuddin memohon kerja dengan Husam Musa (exco ekonomi PAS Kelantan) dan Husam telah beri kerja sebagai Pengarah Urusan Yayasan Tok Kenali yang berfungsi untuk mengatur ceramah memperkukuhkan PAS Kelantan.

Pada Kongres Khas PKR 2007, Anwar Ibrahim secara diktator telah melantik Saifuddin Nasution sebagai Pengarah Strategik PKR walhal ketika itu Saifudin sudah menjadi ahli PAS dan bertugas sebagai Pengarah Urusan Yayasan Tok Kenali. Saifuddin menerima pelantikan jawatan yang diumumkan oleh Anwar itu kerana Anwar telah berjanji memberi sejumlah wang yang besar kepada Saifuddin di atas status jawatan itu.

Apa itu Pengarah Strategik PKR ? Kenapa Anwar mewujudkan jawatan itu ? Kenapa Saifuddin yang telah berstatus ahli PAS dan mempunyai pekerjaan tetap di Kelantan di pilih ?

Fungsi utama Pengarah Strategik PKR adalah penghubung di antara PKR dengan PAS dan orang perantaraan itu adalah Saifuddin Nasution. Saifuddin akan menjadi tali penghubung di antara Anwar Ibrahim (PKR) dengan Husam Musa (PAS) yang sekarang ini semakin berjaya dengan munculnya kumpulan Erdogan di dalam PAS.

Siapa Walter Chia ?

Walter Cia status rasminya adalah Setiausaha Pertama Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura di Kuala Lumpur. Berumur 35 tahun. Sebelum ini Walter adalah setiausaha akhbar kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapore dan dalam masa masa dia adalah pengumpul maklumat yang dibayar oleh CIA berkenaan dengan politik Malaysia.

Pada tahun 2003, Walter Chia mengatur perjumpaan aktivis PKR, termasuk Tian Chua, Khalid Jaafar, Wan Azizah, Azmin Ali dengan George Soros di Singapura.

Pertemuan ini didedahkan oleh Lokman Noor Adam, bekas Setiausaha Pemuda Keadilan pada tahun 2004.

Menurut Lokman, dia mengetahui mengenai pertemuan itu, apabila berlaku perselisihan faham di antara wakil-wakil PKR yang mahu berjumpa dengan Soros. Lokman tahu melalui inner circle Pemuda Keadilan di bawah pimpinan Ezam Mohd Nor.

Perselisihan faham berlaku di antara Tian Chua dengan Azmin Ali, apabila Azmin menghalang Mabel Aun (ketika itu tunang Tian Chua) masuk bersama berjumpa dengan Soros.

Jadi berdasarkan latar belakang Walter Cia sedemikian rupa, apakah pula tujuan pertemuan Saifuddin Nasution, pengarah Stategik PKR dengan Walter Cia di Kelab Cinta Sayang Sungai Petani dua hari lepas ?



Read On